KAEDAH DAN FAKTOR KEBERKESANAN PERUBATAN ISLAM RUQYAH: KAJIAN KES DR. JAHID SIDEK

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Khadher Ahmad * Ishak Suliaman ** Sedek Ariffin ***

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PANDUAN DOA QUNUT & SUJUD SAHWI. Oleh Imer Imran A Blog About Life. Panduan Ringkas Tetapi Mudah Difahami

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Malam nisfu syaaban. 10/25/2017 Pavithra parthan 10/26/2017. How do you re rock meth 10/27/2017

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

THE ONLINE JOURNAL OF ISLAMIC EDUCATION July 2017, Vol. 5, Issue 1

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Permulaan Kesedihan Seseorang Manusia

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

SPIBAC: KAEDAH MENGESAN KEWUJUDAN JIN BERDASARKAN PERUBAHAN WARNA AURA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

Matlamat. Wadah Maklumat. Simposium 2014 Methodologi Pengambilan Ilmu Dalam Islam. Buku. Internet. Ceramah TV/Radio 22/10/14&

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

KERIS DALAM PENGUBATAN TRADISIONAL MELAYU DARI PERSPEKTIF ISLAM SEBAGAI SUATU KAJIAN KES DI KELANTAN

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

Transcription:

KAEDAH DAN FAKTOR KEBERKESANAN PERUBATAN ISLAM RUQYAH: KAJIAN KES DR. JAHID SIDEK Phayilah Yama, Ikmal Zaidi Hashim, & Farhah Zaidar Mohamed Ramli phayilah@kuis.edu.my, ikmalzaidi@kuis.edu.my, & farhahzaidar@kuis.edu.my Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS ABSTRAK Perubatan Islam dalam konteks Malaysia mengalami transisi perkembangan yang semakin positif dan memberangsangkan sejajar kewujudan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 775). Kemasukan kategori perubatan Islam dalam akta ini disifatkan sebagai tanda aras pengiktirafan serta penerimaan kerajaan Malaysia terhadap peranan penting yang turut dimainkan oleh perubatan Islam dalam meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat Malaysia arus perdana seiring dengan perubatan moden. Sambutan masyarakat yang memberangsangkan terhadap perubatan Islam pada masa kini ini turut dapat dikenal pasti menerusi penubuhan organisasi, persatuan dan pertubuhan perubatan Islam yang semakin banyak sehingga mencetuskan penggabungan di bawah organisasi induk yang menghimpuan belasan ribu pengamal perubatan Islam di Malaysia iaitu Gabungan Persatuan Perawat Islam Malaysia (GAPPIMA). Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah dan faktor keberkesanan perubatan Islam ruqyah seorang tokoh pengasas dan perawat perubatan Islam yang terkenal di Malaysia iaitu Dr. Jahid Sidek. Data-data kajian dikumpul menerusi metode analisis dokumen dan temu bual tidak berstruktur. Dapatan kajian berdasarkan analisis data secara historikal dan deskriptif mendapati ruqyah merupakan kaedah asas perubatan Islam responden dan terdapat enam faktor utama keberkesanan Perubatan Islam Ruqyah responden. Kata kunci: Kaedah, Faktor Keberkesanan, Dr. Jahid Sidek, Perubatan Islam Ruqyah, Malaysia. 33

1.0 PENGENALAN 4 th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017) Sihat dan sakit merupakan dua senario yang lumrahnya bersilih ganti perlu ditempuhi dalam kehidupan manusia. Setiap manusia yang diciptakan selaku khalifah Allah secara normalnya tidak dapat mengelakkan diri daripada menghadapi ujian kesihatan yang merosot pada suatu hari kelak khasnya akibat pertambahan usia dan lain-lain. Rasulullah sendiri pada penghujung usianya telah mengalami kemerosotan kesihatan yang seterusnya membawa kepada kematian baginda. Walaupun ajal merupakan ketentuan yang tidak dapat dielakkan, namun Islam sebagai agama yang mempunyai cara hidup yang sempurna masih tetap menitik beratkan amalan penjagaan kesihatan, pencegahan dan perawatan penyembuhan penyakit sejak 1400 tahun dahulu lagi sehingga kini (Phayilah Yama et. al., 2017). Fenomena keprihatinan ini dapat ditelusuri menerusi dua sumber ilmu Islam teragung iaitu al-quran dan Hadis. Statistik menunjukkan terdapat enam ayat al-quran yang menyentuh tentang konsep penyembuhan iaitu surah al-taubah ayat 14, surah Yunus ayat 57, surah al-nahl ayat 69, surah al-isra' ayat 82, surah al-syu'ara' ayat 80 dan surah al-fussilat ayat 44. Manakala, Sahih al-bukhari sebagai kitab hadis yang paling benar selepas al-quran pula menyenaraikan kitab al-tibb yang terkandung dalamnya lapan bab berkaitan ruqyah. Teks-teks wahyu ini bukan sahaja membicarakan tetapi memberi garis panduan tentang aspek penjagaan kesihatan, pencegahan dan perawatan penyembuhan penyakit. Bahkan ayat al- Quran itu sendiri di samping perkataan Rasulullah merupakan antara teks doa yang ditegaskan oleh Allah sebagai mempunyai unsur penyembuhan penyakit. Antaranya firman Allah dalam Surah al-isra': 82: "Dan kami turunkan daripada al-quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman." Manakala Nabi Muhammad selaku utusan Allah turut mengisyaratkan betapa mustahaknya penjagaan kesihatan supaya terhindar daripada mendapat penyakit. Imam al-bukhari meriwayatkan hal ini sebagaimana dalam hadis berikut: 34

''Daripada Ibn 'Abbas semoga Allah meredahainya, beliau berkata, Nabi telah bersabda, dua ni'mat yang kebanyakan manusia tidak menyedarinya, iaitu kesihatan dan masa lapang.'' (al-bukhari, Sahih al-bukhari, Bab la 'Isy illa 'isy al-akhirah, no. Hadis 5933) Selain itu, Baginda menegaskan keistimewaan seseorang mukmin yang kuat dalam erti kata mempunyai kesihatan tubuh badan yang optima sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim menerusi hadis berikut: ''Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, bersabda Rasulullah, mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah.'' (Muslim, Sahih Muslim, Bab fi al-amr bi al-quwwah wa tarak al'ajz wa al-istighathah, no. Hadis 4816) Rasulullah juga mendorong umat Islam bertindak untuk berikhtiar dalam mengubati penyakit yang dialami. Imam Tirmidhi meriwayatkan sebuah hadis yang menunjukkan dorongan ini iaitu : "Daripada Usamah bin Syarik, beliau telah berkata, telah bertanya sekumpulan orang Arab, Wahai Rasulullah, adakah kami perlu berubat, baginda menjawap, ya, wahai hamba Allah, berubatlah, sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit kecuali ia telah menetapkan baginya penawar kecuali satu. Mereka bertanya, apakah yang satu itu? Baginda menyatakan iaitu tua." (al-tirmidhi, Sunan al-tirmidhi, Kitab Ma Ja'a fi al-dawa' wa al-hath 'alayh, no. hadis 1961). Sehubungan itu, perubatan Islam yang mengikuti tradisi amalan turun menurun berasal daripada Rasulullah sama ada berdasarkan skop al-quran mahu pun hadis masih kekal dipraktiskan sehingga abad ini. Rentetan kesinambungan ini menyebabkan perubatan Islam dalam konteks Malaysia kini dapat diklasifikasikan secara standardnya sebagai salah 35

satu kaedah rawatan tradisional dan komplementari sejajar dengan penubuhan Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2004 (TCM, 2016). Penubuhan BPTK merupakan satu pengiktirafan rasmi daripada pihak kerajaan Malaysia bahawa sistem perubatan tradisional dan komplementari termasuk kategori Perubatan Islam adalah merupakan salah satu komponen penting dalam sistem penjagaan kesihatan. Ianya berfungsi seiring dengan perubatan moden untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan rakyat Malaysia (Dasar Perubatan Tradisional dan Komplementari Kebangsaan, 2007). Kaedah pengamalan perubatan Islam yang dimaksudkan oleh kajian ini adalah kaedah ruqyah iaitu doa-doa khusus yang bersumberkan hadis yang bertepatan dengan syarak bagi tujuan pengubatan dan kesejahteraan atau kebaikan. Maksud ini diadaptasikan daripada definisi ruqyah yang lebih luas sebagaimana yang ditakrifkan dalam Garis Panduan Amalan Perubatan Islam (2011) iaitu doa yang berasaskan ayat-ayat al-quran dan Hadis, yang bertepatan dengan syarak bagi tujuan pengubatan dan kesejahteraan atau kebaikan. 2.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengamalan perubatan Islam (ruqyah) responden dan menganalisis faktor keberkesanannya. Jenis kajian adalah kombinasi antara kepustakaan dan lapangan. Reka bentuk kajian adalah kualitatif daripada jenis kajian kes. Persampelan kajian adalah daripada jenis bertujuan yang melibatkan seorang orang pengamal perubatan Islam berprofil tinggi di Malaysia. Instrumen pengumpulan data melibatkan analisis dokumen dan temu bual tidak berstruktur. Metode analisis data adalah secara historikal, deskriptif dan komparatif (Phayilah Yama et. al., 2017). 3.0 KAEDAH PENGAMALAN PERUBATAN ISLAM RESPONDEN menjelaskan kaedah pengamalan ruqyah beliau berdasarkan aspek-aspek berikut: 3.1 Pengertian Ruqyah Ruqyah menurut responden adalah merupakan bacaan tertentu yang dapat memberi kesan penyembuhan terhadap penyakit. Teks yang dibacakan adalah terdiri sama ada daripada jenis 36

ayat al-quran atau pun doa-doa bersumberkan daripada Rasulullah. dipetik berkata (Phayilah Yama et. al., 2017): " Ruqyah itu adalah bacaan-bacaan ayat al-quran, doa-doa Rasulullah, ma'thurat apabila dibacakan dapat menyembuhkan penyakit." 3.2 Ruqyah Kaedah Asas dalam Perubatan Islam menjelaskan peranan ruqyah sebagai kaedah asas dalam perubatan Islam. Namun perubatan Islam itu sendiri menurut responden adalah universal konteks kefahamannya selagi mana aspek paradiqma, konsep, nilai, prosedur, tatacara terutamanya berkait dengan kaedah amalannya masih tertakluk dalam batasan syarak. Perubatan Islam juga bersifat fleksibel dalam erti kata sentiasa dapat menerima perubahan-perubahan terkini dalam sistemnya atau kaedahnya yang berlandaskan syariat di samping mengekalkan asas rawatan dengan bacaan ruqyah. dipetik berkata (Phayilah Yama et. al., 2017): "Hal ini kerana ruqyah merupakan perubatan Islam yang asas atau basic yang selaras dengan al-quran dan al-sunnah dan tidak berlawanan dengan kedua-dua sumber Islam tersebut baik dari aspek paradiqmanya, konsepnya, aspek nilai, prosudernya, tatacaranya terutamanya berkait dengan kaedah amalannya, tujuannya dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan kaedah perubatan Islam. Oleh yang demikian perubatan Islam bersifat universal mencakupi semua aspek keperluan perubatan, fleksibel dan sentiasa menerima apa juga system atau kaedah perubatan, asal tidak berlawanan dengan al-quran dan al-sunnah." 3.3 Contoh Teks Bacaan Ruqyah memberi contoh antara teks bacaan ruqyah daripada sumber hadis yang melibatkan masalah kesihatan tertentu yang paling kerap beliau gunakan adalah seperti berikut (Phayilah Yama et. al., 2017): Banyaklah bacaan teks hadis yang menjadi bacaan saya ketika berubat, saya tak khusus apa yang saya rasa perlu saya baca saya baca antaranya Bismillah Hillazi La yadhurumaasmihi Syaiu Fil ardhi wala Fissama'i Wahuwasamiul basir. Kajian mendapati teks berkenaan terdapat dalam hadis berikut: 37

Daripada Uthman bin 'Affan, beliau berkata saya telah mendengar Rasulullah bersabda: Sesiapa yang membaca sebanyak tiga kali, bala tidak akan menimpanya secara tiba-tiba sehingga waktu pagi, dan sesiapa yang membacanya pada waktu pagi sebanyak tiga kali maka bala tidak akan menimpanya secara tiba-tiba sehingga sampai waktu petang. (al-tirmidhi, Jami' al-tirmdhi, Kitab al-da'awat,, No. Hadis 3388, Hasan Sahih Gharib). 3.4 Solat Hajat, Solat Taubat, Pukulan dan Mandi ais. Selain bacaan ruqyah, responden turut menyertakan empat elemen lain dalam proses rawatan yang mustahak untuk dilakukan iaitu solat hajat, solat taubat, kaedah pukulan dan kaedah mandian menggunakan ais. Masalah kesihatan yang tiada harapan pulih dengan perubatan moden seperti HIV dan lain-lain semuanya adalah dirawat dengan menggabungkan kesemua elemen-elemen ini. dipetik berkata (Phayilah Yama et. al., 2017): "Tiada bacaan khusus teks tertentu sama sahaja cumanya saya akan lebihkan dengan solat hajat, solat taubat, pukulan, dan mandi ais. "Bacaan ruqyah teks hadis tu banyak jadi apa yang saya rasa nak baca saya bacalah." 3.5 Keberkesanan Ruqyah berdasarkan Doa Rasulullah Menurut pengalaman responden terdapat keberkesanan yang memberangsangkan dalam usaha penyembuhan penyakit dengan mengguna pakai kaedah perubatan Islam ruqyah bersumberkan Rasulullah. menyatakannya sebagaimana berikut (Phayilah Yama et. al., 2017): "Pada pandangan saya kalau kita amalkan ruqyah Rasulullah disertai dengan kaedah saya ini ketukan, solat, mandian saya rasa lebih berkesan lah sangat berkesan tu macam mana? Pertama kita dapat tahu apa sebab penyakit tersebut dengan cepat kalau hospital mungkin mengambil masa beberapa hari atau kena ambil darah dahulu baru kita dapat tahu tapi kaedah ini cepat kadang-kadang penyakit yang biasa biasa seperti sakit lutut sakit kepala dan sebagainya dapat dirawat dengan cepat tanpa perlu mengambil ubat " 38

juga menjelaskan faktor sebenar yang menyebabkan keberkesanan ruqyah yang menggunakan doa Rasulullah adalah berkaitan kemustajaban doa seseorang individu perawat. Justeru usaha memperbanyakkan amalan soleh dalam kalangan perawat adalah penting kerana ianya membawa kepada kemustajaban doa-doa ruqyah terbabit. dipetik berkata (Phayilah Yama et. al., 2017): "Keberkesanan ruqyah ini sangat hebat lah yang boleh saya katakan. Kita baca ayat al-quran kita baca teks hadis ruqyah jin pun boleh menjerit dalam badan, apa yang penting kita perlu memperbanyakkan amalan-amalan yang membolehkan doa kita termakbul." Kajian mendapati responden berpengalaman selama 23 tahun dalam merawat 36 jenis masalah kesihatan sebagaimana jadual berikut (Primanara, 2009): Jadual 1: Jenis Penyakit Rawatan BIL. NAMA PENYAKIT BIL. NAMA PENYAKIT 1. Kencing Manis (Diabetis) 19. Sihir Seri Muka 2. Darah Tinggi 20. Sihir Susuk Cantik 3. Sakit Jantung (Heart Attack) 21. Sihir Penggerun 4. Sakit Buah Pinggang 22. Sihir Ilmu Kuat 5. Migrain / Sakit Kepala 23. Sihir Busung 6. Sembelit / Buasir 24. Sihir Pelaris 7. Angin Ahmar / Stroke 25. Sihir Ilmu Kebal 8. Lumpuh / Polio 26. Sihir Pelbagai Jenis Silat 9. Denggi 27. Sihir Santau 10. Resdung 28. Sikap Malas / Bodoh / Tidak dapat Belajar@Bekerja 11. Jerawat Batu 29. Sikap Panas Baran / Pemarah 12. Gengren 30. Sikap Murung 13. Gout 31. Sikap Hyper-Active 14. Kanser Payudaya (Breast 32. Sikap Hisap Dadah Cancer) 15. Kanser Rahim 33. Sikap Ketagih Judi / Arak 16. Kanser Hati 34. Tidak dapat anak walaupun sudah lama berkahwin 17. Pelbagai Jenis Kanser yang lain 35. Mati Pucuk 18. Buang Sihir Saka 36. Tidak dapat tidur malam 4.0 FAKTOR KEBERKESANAN PERUBATAN ISLAM RESPONDEN juga memperakui faktor-faktor keberkesanan ruqyah beliau juga adalah membabitkan enam aspek berikut: 39

4.1 Aspek Akidah mengesahkan bahawa pegangan akidah yang kukuh tersemat bahawa hanya Allah hakikat sebenar penyembuh segala penyakit menyebabkan amalan ruqyah responden adalah berkesan. Justeru itu, kesungguhan untuk berubat dan merawat sehingga mencapai kesembuhan dan tidak berputus asa adalah refleksi tauhid yang bersumberkan pegangan akidah tersebut. dipetik berkata (Phayilah Yama et. al., 2017): Itu sudah semestinya kita perlu yakin Allah adalah penentu sesuatu perkara, dalam kita berubat orang kesembuhan itu datang daripada Allah jika tidak sembuh itu juga datang dari Allah cumanya kita perlu ikhtiar dan tidak putus asa." Seterusnya responden menjelaskan tiga nilai tauhid berkaitan konsep ruqyah yang perlu diyakini dan dipercayai oleh seseorang pengamal ruqyah supaya ruqyah tersebut berkesan iaitu sabab, musabbab dan musabbib al-asbab. Contohnya, ubat dan rawatan adalah sabab, sembuh penyakit yang diubati adalah musabbab. Kehendak, ketentuan dan kekuasaan Allah yang menyembuhkan penyakit itu adalah musabbib al-asbab. Dengan erti kata lain, responden menjelaskan kesembuhan sebagai menggambarkan sifat jamal (indah) iaitu sembuh dengan semata-mata rahmat Allah. Manakala ketidaksembuhan pula menunjukkan sifat jalal iaitu tidak sembuh semata-mata kerana ianya adalah kehendak Allah. Kedua-dua sifat ini menunjukkan keagungan Allah yang berkuasa mutlak dalam menentukan keputusan hasil berubat dan merawat. Justeru, ilmu pengetahuan seseorang pengamal ruqyah terhadap akidah Islam dalam konteks ruqyah adalah mustahak untuk didalami dan dipelajari secara sewajarnya. Pendapat responden terangkum dalam petikan berikut (Phayilah Yama et. al., 2017): Menggabungkan tiga aspek sabab, musabbab dab musabbibab asbab itu dari aspek tauhid kalau sembuh itu jamal iaitu rahmat Allah kalu tidak sembuh itu jalal itu memnag kehendak Allah. Allah nak tunjukkan keagungan Dia " "Komen saya aspek akidah ini penting lah dan perlu ada dalam diri seorang perubatan Islam." Kajian mendapati para perawat dilatih oleh responden dengan latihan memperkasakan akidah dan sifat ketakwaan kepada Allah. Latihan tersebut bertujuan untuk memperteguhkan iman dan akidah perawat menerusi pendekatan ta lim dan ditarbiyahkan dengan ilmu tauhid dan kefahamannya (Primanarah, 2016). 40

4.2 Aspek fiqh juga mengesahkan nilai-nilai fiqh ruqyah yang berteraskan hukum halal dan haram turut merupakan faktor yang memberi kesan kepada ruqyah yang dipraktikkan oleh responden. Pengamal ruqyah yang iltizam dengan fiqh halal dan haram ini berkemampuan mencegah pesakit daripada berikhtiar mencari kesembuhan menerusi kaedah yang dilarang oleh Islam seperti berpawang. Selain itu, pengamal dapat melakukan usaha penyembuhan menerusi dorongan melaksanakan kewajipan selaku penganut agama Islam dalam kalangan pesakit. Contohnya seperti pesakit didorong untuk kembali menunaikan solat lima waktu serta meninggalkan perkara-perkara yang tidak disukai Allah. juga menegaskan bahawa seseorang pengamal ruqyah sangat perlu memiliki ilmu pengetahuan fiqh secara sewajarnya. Pendapat responden terangkum dalam petikan berikut (Phayilah Yama et. al., 2017): Apakah nilai-nilai fiqh ruqyah yang diamalkan oleh tuan? Halal dan haram.iaitu kita membantu orang yang sakit dapat menyembuhkannya daripada perkara-perkara yang dilarang di dalam Islam, membetulakan perbuatan mereka daripada berpawang kepada perubatan yang betul daripada tidak solat pesakit itu solat dan sebagainya Apakah pandangan tuan jika dikatakan sikap komited dan dedikasi dalam mematuhi fiqh ruqyah tersebut menyebabkan amalan ruqyah tuan berkesan untuk penyembuhan penyakit? Ye lah. disini kita akan melarang kalau mahu berubat mesti tinggal perkara yang dibenci oleh Allah dahulu. Contohnya kalau memakai tangkal perlu mengahpuskannya dahulu barulah perubatan kita akan berjalan dengan lancar. Justeru apakah komentar tuan terhadap kenyataan bahawa ilmu pengetahuan fiqh seseorang pengamal ruqyah dalam konteks ruqyah adalah mustahak untuk didalami dan dipelajari secara sewajarnya? Sangat perlu sebabnya peserti yang saya katakana sebentar tadi. 4.3 Aspek Tasawuf juga mengesahkan terdapat unsur-unsur tasawuf dalam amalan ruqyah beliau iaitu zikir, tafakur dan muraqabah. Pengaruh tasawuf adalah diperlukan dalam perubatan Islam ruqyah disamping faktor kepatuhan kepada syariat. Ini adalah kerana hakikat kesembuhan sebenarnya adalah dengan pertolongan Allah dan rahmat-nya sebagaimana yang dapat difahami menerusi ayat 82 dalam surah al-isra' iaitu: 41

4 th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017) Dan kami turunkan daripada al-quran sesuatu yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan al-quran itu tidaklah menambahkan kepada orang yang zalim kecuali kerugian. dipetik berkata Pendapat responden terangkum dalam petikan berikut (Phayilah Yama et. al., 2017): Ya ada.zikir, tafakur, muraqabah. Dalam tasawuf ini dia ada kata-kata ulamak masalah yang diselesaikan dengan syariat dengan hakikat yang sebenar iaitu kalau nak sembuh mesti dengan pertolongan Allah, rahmat Allah tapi kalau kita nak sembuh kita hanya pandang kepada syariat sahaja itu kita sendiri yang akan penat sebab apa? sebab seperi dalam surah al-israk ayat 82 ada mengatakan (rujuk seminar perubatan Islam) kertas kerja." Seterusnya responden juga menjelaskan memiliki jiwa yang berusaha disucikan menerusi konsep tazkiyyah al-nafs yang terdapat dalam ilmu tasawuf adalah mustahak untuk keberkesanan ruqyah oleh pengamalnya. Ini adalah kerana konsep ini membina keyakinan yang tinggi dalam kalangan pengamal untuk mempraktikkan rawatan perubatan yang dipelajari oleh mereka. dipetik berkata (Phayilah Yama et. al., 2017): "Ya sudah semestinya kerana konsep tazkiyyah al-nasf ini merupakan salah satu cara seseorang pengamal perubatan itu betul-betul yakin dengan apa yang diubatinya." Justeru unsur tasawuf seperti amalan zikir penting diamalkan serta diperolehi secara bersanad untuk menambahkan lagi keberkesan rawatan ruqyah. Ini adalah kerana intipati zikir adalah sentiasa konsisten mengingati Allah. Justeru ilmu pengetahuan tasawuf dan amalannya adalah mustahak untuk didalami dan dipelajari secara sewajarnya oleh seseorang pengamal ruqyah. Pendapat responden ini dapat disemak dalam petikan berikut Pendapat responden terangkum dalam petikan berikut (Phayilah Yama et. al., 2017): Kenapa zikir-zikir ini penting diamalkan serta diperolehi secara bersanad dalam konteks ruqyah Untuk menambah lagi keberkesanan ruqyah kepada pesakit kerana kita sentiasa mengingati Allah. Justeru apakah komentar tuan terhadap kenyataan bahawa ilmu pengetahuan tasawuf dan amalannya adalah mustahak untuk didalami dan 42

4 th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017) 1 dipelajari secara sewajarnya oleh seseorang pengamal ruqyah? Bagi saya ilmu tasawuf amat penting dipelajari supaya pengamal perubatan tersebut tidak menyalahgunakan kaedah yang telah dipelajarinya. Kajian mendapati amalan zikir berteraskan lafaz ال إله إال هللا diterapkan secara konsisten dalam kalangan perawat di bawah bimbingan responden. Ianya bertujuan untuk memperteguhkan keimanan kepada Allah. Prinsip ini diselaraskan berpandukan firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 27 iaitu (Primanarah, 2016): Allah meneguhkan zahir dan batin (jiwa dan raga) orang-orang yang beriman ال إله إال هللا. tauhid didunia dan akhirat dengan kalimah Dan juga sabda Rasulullah yang bermaksud (Primanarah, 2016): Rasulullah (SAW) pernah ditanya oleh para sahabat bagaimana cara memperteguhkan iman. Maka baginda (S.A.W.) menjawab dengan sabdanya yang bermaksud Hendaklah kamu banyakkan sebutan kalimah إله إال هللا.ال (Ahmad, Musnad Ahmad,, No. hadis 8695. Kajian mendapati matan untuk hadis di atas adalah seperti berikut: Lazimnya zikir tersebut perlu diamalkan oleh calon perawat sekurang-kurangnya selama setahun sebelum layak terlibat dalam melakukan rawatan perubatan Islam mengikut kaedah responden (Primanarah, 2016). 4.4 Aspek akhlak dan Adab memperakui terdapat akhlak dan adab yang perlu dititik beratkan dalam amalan ruqyah beliau iaitu akhlak dan adab terhadap diri pengamal sendiri, terhadap pesakit dan terhadap doa-doa ruqyah. Dalam konteks pesakit, responden menekankan supaya meninggalkan terus amalan-amalan yang menyalahi syariat sebagaimana yang diamalkan 43

sebelum ini, pesakit juga perlu menutup aurat dengan sempurna dan ditemani mahram untuk pesakit wanita. Manakala petua atau saranan berkaitan dengan akhlak dan adab yang disarankan untuk diamalkan oleh pengamal atau pesakit supaya ruqyah lebih berkesan adalah bacaan zikir ayat 33. Pesakit dan pengamal perlu memberi komitmen dan iltizam dengan peraturan membabitkan akhlak dan adab ini supaya kegagalan rawatan dapat dielakkan. Kenyataan ini dapat disemak dalam petikan temubual berikut (Phayilah Yama et. al., 2017): Apakah terdapat akhlak dan adab yang perlu dititik beratkan dalam amalan ruqyah tuan contohnya akhlak dan adab terhadap diri pengamal sendiri, terhadap pesakit dan terhadap doa-doa ruqyah? Ada pesakit tidak boleh terus mengamalkan semula apa yang diamalkannya sebelum ini jika tidak rawatan tersebut tidak menjadi. Sejauhmanakah akhlak dan adab yang diterapkan ini mempengaruhi keberkesanan ruqyah? Akhlak dan adab kena ada pertama pesakit perlu menutup aurat...selain itu perlu ditemani oleh mahram ketika rawatan dijalankan terutamanya perempuan. Terdapat petua atau saranan berkaitan dengan akhlak dan adab yang disarankan untuk diamalkan oleh diri tuan atau pesakit tuan supaya ruqyah lebih berkesan? Kalau saya pesakit perlu terus amalkan amalan ayat 33 surah al-baqarah. Kajian mendapati amalan ayat 33 yang dimaksudkan oleh respondenadalah himpunan potongan ayat al-quran tertentu yang disusun daripada 15 buah surah sebagaimana dalam jadual berikut: Jadual 2: Amalan Ayat 33 BIL NAMA SURAH POTONGAN AYAT 1. Surah Al-Fatihah Ayat 1-7 2. Surah Al-Baqarah ayat 1-5, 163, 255-257, 284-286; 3. Surah Ali Imran ayat 18, 26-27 4. Surah Al-A raaf ayat 54-56; 5. Surah Al-Isra Ayat 110-111 6. Surah Al-Mu minun ayat 115-118 7. Surah As-Shaffat ayat 1-11 8. Surah Ar-Rahman ayat 33-40 9. Surah Al-Hasyr ayat 21-24 10. Surah Al-Jin ayat 1-4 11. Surah Al-Kafirun Ayat 1-6 12. Surah Al-Ikhlas Ayat 1-4 13. Surah Al-Falaq Ayat 1-5 14. Surah An-Nas Ayat 1-6 JUMLAH 14 SURAH 79 POTONGAN AYAT 44

Kajian juga menemui bahawa amalan Ayat 33 ini adalah berasal daripada amalan Rasulullah. Kajian mendapati amalan ini terdapat dalam hadis berikut:. Ubai bin Kaab r.a. telah meriwayatkan ; Sewaktu kami bersama Rasulullah SAW se orang badwi telah datang kepada Baginda dan berkata; Ya Rasulullah SAW saya ada seorang saudara yang telah ditimpai penyakit. Baginda SAW telah bertanya; penyakit apa? jawab nya; sejenis gila, Rasulullah SAW menyuruh orang itu membawa saudara nya. Kemudian Baginda Rasulullah SAW telah membaca surah Al-Fatihah. empat ayat pertama surah Al-Baqarah (2;1-4) ayat bermula dangan Wa ilahukum ilahu wahid (2;163). Ayat Syahidallahuannahu (3;18), ayat terakhir surah Al Mukmunun (23;118) ayat dari surah Al-Jin :Wa annahu ta ala (72;3), sepuluh ayat pertama surah Was-syaffat (37;1-10), tiga ayat terakhir dai surah Al-Hasyar (59;22-24) surah Al-Ikhlas (113;1-5) dan surah An-Nas (114;1-6). Selepas itu orang yang berpenyakit itu bangun dan pergi dari situ. Penyakit yang di deritai nya itu telah hilang. (al-hakim. Mustadrak al-hakim., no. hadis: 8319). Seterusnya kajian mendapati secara lengkapnya terdapat 11 etika yang perlu dipatuhi oleh perawat di bawah bimbingan responden sebagaimana dalam jadual berikut (Primanarah, 2016). 45

Jadual 3: Etika Perawat BIL. ETIKA PERAWAT 1. Perawat mestilah sentiasa menjaga sifat taqwanya kepada Allah. Kerana ketaqwaan yang benar-benar teguh menjadi asas utama yang membantu tercapainya tujuan rawatan dilakukan. Sebab itu sepanjang sejarah Islam mereka yang melakukan adalah mereka yang benar-benar bersifat taqwa. 2. Perawat mesti sentiasa dalam keadaan berdhikrullah. Semasa melakukan rawatan tidak boleh lalai hati. 3. Seberapa boleh elakkan dari bercakap yang tidak berfaedah dan yang melalaikan. 4. Jika pesakit dipastikan lemah semangat atau tidak tertahan menanggung kesakitan, hendaklah perawat beri nasihat dan tarbiyahkan dengan kata-kata penuh hikmah dan boleh menguatkan semangat dan keyakinan serta berdaya untuk bersabar terus hingga selesai rawatan dibuat. 5. Jika pesakit yang sedang dirawat meminta bersungguh-sungguh supaya rawatan ditamatkan, maka permintaannya itu mestilah dipenuhi dan rawatan tidak boleh diteruskan. Bagaimanapun perawat boleh menasihatkan agar rawatan diteruskan dengan alasan yang jelas dan mudah difahami oleh pesakit. 6. Perawat hendaklah membuktikan kesan rawatan yang dibuat itu kepada pesakit. Banyak cara boleh dibuat. Misalnya dengan melakukan picitan di bahagian tubuh badan tertentu, di bahagian perut atau bawah telinga dan sebagainya lagi. Biasanya pesakit yang sedar bahawa penyakitnya banyak berkurangan, ia bertambah yakin untuk terus berubat walaupun terpaksa menanggung sakit. 7. Perawat mestilah menasihatkan pesakit agar terus menerus beristighfar meminta keampunan kepada Allah. 8. Perawat hendaklah sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaiannya. Jika pakaian telah dibasahi dengan peluh, hendaklah salin dan pakai baju lain yang bersih. 9. Jika perawat berasa lemah atau tidak bermaya atau mengantuk, mestilah berehat sebentar. Sebaik-baiknya ia mandi dan baharui air sembahyang. 10. Jika perawat rasakan jin atau syaitan yang dalam badan pesakit tidak boleh keluar, maka hendaklah dicari sebabnya 11. Perawat mesti menjaga aurat pesakit perempuan. Tidak boleh didedahkan jika tidak perlu. Hanya tempat yang diperlukan untuk diketuk sahaja yang boleh dibuka. Perawat mesti terangkan mengenai keharusan merawat pesakit perempuan seperti yang dipetuakan oleh Imam Sayuti dalam kitabnya At-Tibbu An-Nabawiyu 4.5 Aspek Meneladani Sunnah Rasulullah mengesahkan terdapat elemen-elemen dalam rawatan ruqyah yang ketara meneladani sunnah Rasulullah iaitu elemen ketukan. Ianya didapati berkesan dalam menyembuhkan kebanyakan penyakit yang dirawat. Dalam kes responden, ketukan adalah dengan menggunakan kayu nona, diikuti mandian ais batu dan limau nipis. Fakta ini dapat disemak dalam petikan berikut (Phayilah Yama et. al., 2017): Apakah elemen-elemen dalam rawatan ruqyah tuan yang ketara meneladani sunnah Rasulullah? elemen ketukan kerana di dalam al-quran juga diceritakan mengenai 46

ketukan ini dan nabi pernah menggunakan teknik pukulan ini dengan menggunakan serban baginda Adakah sunnah tersebut mempengaruhi keberkesanan ruqyah tuan? Ya, berkesan alhamdulillah diseratai dengan ketukan dengan kayu nona, mandian ais batu dan limau nipis." Kajian mendapati terdapat tiga hadis yang menunjukkan elemen ketukan (sejenis tepukan atau pukulan) ini merupakan kaedah rawatan berasal daripada Rasulullah. Hadith Pertama: Diriwayatkan daripada Abdullah bin A mir bin Rabia h daripada ayahnya berkata; Saya bersama Sahl bin Hanif pergi mencari arak. Kemudian kami memperolehinya. Salah seorang daripada kami merasa malu untuk mandi ke sungai apabila ada yang melihatnya. Apabila mandi, dia menyelinap bersembunyi dari pandangan saya dan menanggalkan jubahnya lalu masuk ke dalam air. Saya memerhatikannya dan tingkah-lakunya didapati sangat menghairankan. Dia sedikit pun tidak menyahut panggilan saya ketika memanggilnya. Ini menyebabkan saya menyangka dia telah terkena gangguan jin. Dengan segera saya menemui Rasulullah s.a.w. mengkhabarkan tentangnya. Apabila datang kepada Rasullullah s.a.w., baginda menepuk-nepuk dadanya kemudian berdoa; Ya Allah, hilangkanlah kepanasan gangguan itu, kesejukannya dan kesan buruknya. Kemudian Baginda bersabda kepadanya; bangunlah, lalu dia bangun dalam keadaan sihat. Rasulullah s.a.w. seterusnya bersabda; Apabila ada di kalangan kamu mendapati pada dirinya berlaku perkara yang menghairankan atau pada harta bendanya mahupun pada ahli keluarganya, hendaklah segera dia berdoa memohon keberkatan daripada Allah. Ini kerana gangguan rasukan memang benar berlaku (Abi Syaibah, Musannaf Ibn Abi Syaibah,, no. hadis 23594). 47

Hadith Kedua: Diriwayatkan daripada Uthman bin Abi al-a sh berkata; apabila Rasulullah s.a.w. mengutus saya ke Taaif, saya pernah merasa diganggu di dalam sembahyang sehingga tidak mengetahui apa yang dilakukan di dalamnya. Saya menemui Rasulullah s.a.w. lalu memberitahu baginda peristiwa tersebut. Baginda bersabda; Gangguan itu sebenarnya daripada syaitan, hampirlah kepadaku. Saya menghampiri Rasulullah s.a.w. dan duduk berhadapan dengan baginda. Baginda menepuk-nepuk dadaku dengan tangannya dan meludah ke dalam mulut ku, sambil berkata; Keluarlah wahai musuh Allah!. Baginda mengulanginya tiga kali. Kemudian baginda bersabda; Kebenaran adalah berserta dengan amalanmu. U thman berkata; Saya tidak pernah lagi diganggu setelah itu (Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Kitab al-tibb,, hadith no; 3548.) Hadith Ketiga: Diriwayatkan daripada Jarir berkata; Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadaku tidakkah mahu kamu menyenangkanku dengan memusnahkan Zil Khalasah? [iaitu sebuah binaan yang digelar Ka bah Yaman terletak di Khatha m.]. Jarir berkata; Lalu saya bersedia bertolak ke sana bersama satu pasukan tentera berkuda 48

sebilangan seratus lima puluh orang. [Sebelum bertolak], saya mengadu kepada Rasulullah s.a.w. bahawa saya merupakan seorang yang tidak boleh berada tetap di atas tunggangan kuda. Lalu Rasulullah s.a.w. menepuk nepuk dadaku sehingga kedapatan kesan tepukan jari jemari Baginda di dadaku. Dalam pada itu baginda berdoa; Ya Allah jadikanlah dia tetap di atas tunggangannya dan jadikanlah dia seorang yang petunjuk yang mendapat penunjuk dari Mu. Jarir kemudiannya bertolak ke sana dan memperolehi kemenangan.(al-bukhari, Sahih Bukhari, Kitab al-jihad,, No. hadis 4356). 4.6 Kelebihan Lain juga mengesahkan kelebihan yang dikurniakan Allah dalam erti kata keistimewaan peribadi pengamal adalah mempengaruhi keberkesanan ruqyah responden. Tambahan keperibadian soleh dan keyakinan dalam melaksanakan rawatan menjadikan responden dapat menyumbang menyelesaikan banyak masalah pesakit-pesakit di Malaysia. Ketokohan diri yang dibina dan sumbangan yang konsisten dalam perubatan Islam ruqyah sebagaimana yang diusahakan merupakan satu kepuasan yang dihargai oleh responden sendiri. Beliau merasa selesa berkongsi kelebihan ini dengan masyarakat sambil mengharapkan ganjaran pahala yang besarnya khasnya di akhirat kelak. Kenyataan ini dapat disemak dalam petikan berikut (Phayilah Yama et. al., 2017): Pada pandangan tuan, apakah kelebihan yang dianugerahkan Allah kepada tuan sehingga menyebabkan ruqyah tuan berkesan? Tiada apa cumanya ia merupakan kelebihan yang Allah berikan kepada saya untuk saya membantu masyarakat Islam kita daripada mempercayai perkara-perkara khurafat. Apakah faktor atau amalan yang menyebabkan tuan dikurniakan kelebihan tersebut? Rasanya keyakinan kita terhadap apa yang kita pelajari kalau perkara yang kita belajar itu betul Allah akan bersama kita itu sahaja. Apakah perasaan tuan memiliki kelebihan tersebut? Perasaan saya, saya bersyukur dengan nikmat atau kelebihan yang Allah berikan kepada saya untuk sama sama saya membantu menyelesaikan masalah masyarakat di luar sana dan Allah akan memberi ganjaran pahala In Sha Allah bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak. 5.0 KESIMPULAN Analisis merumuskan ruqyah merupakan kaedah asas perubatan Islam yang diamalkan oleh responden. menggunakan bacaan bersumberkan ayat-ayat al-quran dan doa-doa 49

yang diriwayatkan dalam hadis Nabi ketika melaksanakan rawatan ruqyah. Analisis turut merumuskan terdapat lima elemen rawatan tertentu yang disertakan dalam proses rawatan ruqyah responden iaitu solat hajat, solat taubat, kaedah mandian ais, kaedah pukulan kayu nona, dan bacaan ayat 33. Analisis merumuskan kesemua kaedah ini pada dasarnya adalah sabit disandarkan sebagai kaedah perubatan Nabi meskipun terdapat sedikit perubahan seperti penggunaan kayu nona sebagai ganti penggunaan tangan. Atas dasar itu juga, kaedah-kaedah ini dapat dirumuskan sebagai model perubatan Islam ruqyah Rasulullah. Rajah 1: Model Ruqyah Selain itu, analisis juga merumuskan bahawa terdapat enam faktor keberkesanan rawatan ruqyah berdasarkan paradigma pemikiran responden iaitu akidah, fiqh, tasawuf, akhlak dan adab, teladan sunnah Rasulullah dan lain-lain. 50

Rajah 2: Faktor Keberkesanan Rawatan Ruqyah 51

RUJUKAN 4 th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017) Ahmad, Muhammad bin Hambal.1994. Musnad Ahmad. Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi. Al-Bukhari, Muhammad bin Isma il. 1994, Sahih al-bukhari. Beirut: Dar al-ma rifah. Al-Hakim, Muhammad bin Abd Allah. 1990. al-mustadrak ala al-sahihayn. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah. Al-Tirmidhi, Abu Isa Muhammad bin Isa bin Sawrah.t.t. al-jami al-sahih. Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi. Dasar Perubatan Tradisional dan Komplementari Kebangsaan. 2007. Atas talian tcm.moh.gov.my dalam http://tcm.moh.gov.my/v4/pdf/nationalpolicy.pdf (8 Disember 2016). Garis Panduan Amalan Perubatan Islam. 2011. Kuala Lumpur: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari Kementerian Kesihatan Malaysia. Ibn Abi Syaibah, Abu Bakr 'Abd Allah. 1989. al-musannaf fi al-ahadith wa al-athar. al-riyad: Maktabah al-rushd. Ibn Majah, Muhammad bin Yazid al-qazwini. t.t. Sunan Ibn Majah. Beirut: Dar al-fikr. Muslim, al-hajaj bin Muslim al-qusyairi. t.t. Sahih Muslim. Beirut: Dar al-jayl. Phayilah Yama et.al. 2017. Analisis Takhrij Hadis dan Kaedah Pengamalan Perubatan Pengamal Perubatan Islam di Malaysia. Laporan an GPIK I 2016. Pusat Pengurusan an. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Profil Pusat Rawatan Islam Manarah atas talian primanara.blogspot.com dalam http://www.primanara.blogspot.com/p/httpwww.html (15 Ogos 2016). Profil Pusat Rawatan Islam Manarah atas talian primanara.blogspot.com dalam http://www.primanara.blogspot.com/p/httpwww.html (15 Ogos 2016). TCM 2016 atas talian (http://tcm.moh.gov.my/v4/bmelayu/modules/mastop_publish/?tac=2. 16 Jun 2016). Temu bual bersama. Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah pada 21 September 2016. Jam 12.00 tengahhari. 52