BULETIN JABATAN PENGAJIAN AM V O L U M E 1, I S S U E 2 J U L A I 2 0 1 4 Seminar Kebangsaan Penyelidikan dan Pendidikan Islam Politeknik 2014 Seminar SKPI 2014 telah berlangsung selama tiga hari iaitu dilaksanakan pada 4-6 Jun 2014. Seminar tersebut bermula pada hari Rabu dan tamat pada hari Jumaat. Tempat seminar tersebut diadakan di Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang 35950, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan di bawah anjuran Jabatan Pengajian Politeknik, Politeknik seluruh Malaysia dan Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Seramai empat orang pensyarah Politeknik Nilai telah terlibat dalam SKPI 2014, iaitu: 1. Dr. Mohd Zuhir Abd Rahman 2. En. Rusdin Bin Husin 3. Pn. Mastura Bt Mamat 4. Pn. Hasani Bt. Ghazali Pembentangan dua (2) kertas kerja oleh Pensyarah Politeknik Nilai, iaitu: 1. Tajuk: Kata Pinjaman Arab dalam Bahasa Melayu: Aplikasi dalam Pembelajaran dan Kesannya Terhadap Prestasi Penguasaan Bahasa Pelajar. Oleh: Dr. Mohd Zuhir Bin Abd Rahman 2. Tajuk:Tahap Pencapaian Pelajar Program Diploma Islamic Banking and Financial Terhadap Kursus Usul Fiqh (AS208): Kajian Kes di Politeknik Nilai. Oleh: Pn. Mastura Bt Mamat, Pn. Hasani Bt Ghazali, dan En. Rusdin Bin Husin. Seminar ini bertemakan Transformasi Pendidikan Islam Mendepati Globalisasi telah mendapat sambutan yang baik daripada para peserta.
P A G E 2 KURSUS PENULISAN DAN PENERBITAN DALAM TVET CPCM 3 Julai 2014 Kursus Penulisan dan Penerbitan Dalam TVET (CPCM 2014) anjuran Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, Politeknik Seberang Perai (PSP) telah berlangsung dengan jayanya selama 4 hari 3 malam iaitu pada 17 hingga 20 Jun 2014 bertempat di Bilik Seminar Unit Latihan dan Kerjaya Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Kursus yang diadakan selama empat hari ini disampaikan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Abdul Karim bin Abdul Bakar, Editor Kanan daripada Bahagian Buku Umum, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Antara objektif kursus adalah untuk membimbing ahli akademik untuk menghasilkan karya ilmiah, khususnya buku ilmiah. Memberikan pemahaman tentang proses penerbitan supaya ahli akademik faham akan keperluan dalam penghasilan karya yang boleh diterbitkan Untuk membimbing ahli akademik muda supaya lebih proaktif dalam aktiviti kesarjanaan, khususnya dalam penerbitan dalam bentuk buku atau jurnal Untuk mendedahkan ahli akademik tentang pelbagai aspek penerbitan, bahasa, laras, dan sebagainya yang berhubung penulisan akademik. Kursus Penghasilan CD P&P JPA Kursus (PPK) Penghasilan CD P&P JPA telah diadakan pada Kursus ini memberi pendedahan kepada perisian tangan tersebut. Syabas diucapkan. PPK 19 hingga 22 Mei 2014 bertempat di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan. Kursus ini dikendalikan oleh Kukuh Kenari Sdn Bhd, dan telah dihadiri oleh peserta dari pelbagai politeknik seluruh Malaysia. Seramai tiga orang pegawai dari Jabatan Pengajian Am telah menghadiri kursus tersebut iaitu Encik Megat Ahmad Murad bin Megat Baharuddin, Puan Adlan Norliza binti Hj Abdullah dan Puan Nor Farihan binti Azizan. pembangunan bahan multimedia Adobe Flash. Di dalam kursus ini peserta telah diajar mengenai asas penggunaan Adobe Flash dan penghasilan animasi dari perisian tersebut. Pada hari terakhir, peserta secara berkumpulan telah membentangkan hasil kerja penyediaan bahan multimedia masing-masing dan kumpulan Encik Megat Ahmad Murad telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pemben-
V O L U M E 1, I S S U E 2 P A G E 3 Bengkel Penyelarasan Kurikulum Baharu Bengkel Penyelarasan Kurikulum Baharu bagi kursus-kursus Bahasa Inggeris di Jabatan Pengajian Am telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik dari 21 hingga 25 April 2014 dan diadakan di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur. Bengkel ini dihadiri oleh Ketua Jabatan dan Ketua Kursus Politeknik seluruh Malaysia. Seorang pegawai dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Nilai yang telah menghadiri bengkel tersebut iaitu Puan Nor Farihan binti Azizan selaku Ketua Kursus Bahasa Inggeris. Tujuan bengkel tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada Ketua Kursus mengenai perubahan di dalam silibus baharu. Kursus ini dirasmikan oleh Puan Yusma binti Yusof, Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik. Taklimat kursus telah disampaikan oleh pensyarah- pensyarah kanan yang berpengalaman dari pelbagai politeknik. Selain itu, para peserta juga menyumbangkan idea dalam pembinaan sampel item soalan bagi membantu memberi rujukan tambahan kepada para pensyarah yang bakal mengajar kursus tersebut. Bengkel ini telah berjalan dengan baik dan lancar seperti yang dirancang. KURSUS HRMIS DAN SKT Kursus HRMIS dan SKT ini dijalankan selama sehari.kursus ini memberi pendedahan kepada semua warga PNS cara untuk mengisi Sasaran Kerja Tahunan secara online menggunakan HRMIS. Antara objektif kursus ini ialah semua warga PNS menggunakan HRMIS untuk mengisi LNPT dan SKT bermula 2014. Ketua Jabatan perlu mengesahkan SKT yang bakal dihantar oleh warga JPA menggunakan HRMIS.
V O L U M E 1, I S S U E 2 P A G E 4 Program Orientasi Mata Pelajaran Pengajian Umum Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia telah berjaya menganjurkan Program Orientasi Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) peringkat zon tengah Jabatan m Politeknik Malaysia KPM pada 10 hingga 12 Jun 2014, bertempat di Politeknik Sultan Azlan Shah(PSAS), Behrang 35950, Tanjung malim, Perak darul Ridzuan. Program ini adalah untuk memberi pendedahan dan panduan kepada semua pensyarah yang akan mengajar mata pelajaran umu iaitu pengajian malaysia telah mendapat sambutan yang baik daripada para peserta terutama para pensyarah daripada Politeknik zon tengah. MPU ( 10-12 JUN 2014) Pengenalan MPU oleh PM Dr.Nazri Bin Muslim. Pengenalan KPI Oleh Dr.Azman Bin Abdul Rahman Kurikulum KPI Oleh Dr.Azman Bin Abdul Rahman Bengkel KPI Impak/Pencapaian objektif Para perserta dapat pendedahan secara ditil mengnai konsep pengajaian malaysia. Dapat menambah kemahiran dalam proseses pembalajaran dan pengajaran.. Para perserta dapat Menanam rasa jati diri dan petriotik.memberi semangat yang tinggi untuk melaksanakan pengajian Malaysia Dapat menayambung silatilrahim dikalangan perserta dan dan semangat kenagaraan..
P A G E 5 PPK: ICT Dalam Pengurusan TVET Satu kursus Pembangunan Pengajar Kemahiran (PPK) yang bertajuk ICT dalam Pengurusan TVET telah dianjurkan oleh Seksyen Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kursus yang telah diadakan di Hotel Langkawi Seaview ini telah juga dianjurkan secara kerjasama bersama Wide Space Enterprise selama 5 hari bermula dari 5 Mei sehingga 9 Mei 2014. Kursus ini menekankan akan penggunaan TVET atau Technical and Vocational Education and Training dalam sistem pembelajaran serta pentadbiran dalam Politeknik dan Kolej Komuniti. Sistem TVET adalah sistem yang mesra pengguna dimana ia boleh digunakan dalam sistem pembelajaran dalam memantau para pelajar. Dengan adanya kursus ini, diharapkan para peserta kursus dapat mengaplikasikan penggunaan TVET dalam pekerjaan seharian sekaligus dapat meningkat mutu kerja. QUOTES