PENGURUSAN PERPUSTAKAAN MUSLIM ABAD KE 8-19 MASIHI: SATU PENGENALAN. Haslan bin Tamjehi dan 2 Latifah binti Ramli 1

Similar documents
NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKEMBANGAN INSTITUSI KEILMUAN DI ANDALUS PADA ABAD KE 10M HINGGA 13M

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ. Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Sumbangan Tamadun Islam kepada Dunia SUMBANGAN TAMADUN ISLAM

RADON AND THORON STUDY IN AREAS OF ELEVATED BACKGROUND RADIATION IN PALONG, SEGAMAT, JOHOR NUR AMIRA BINTI ABD WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

[SV 9] MENGANALISIS ISU HALAL TERHADAP SEKTOR PERKHIDMATAN HOTEL DI MALAYSIA. Nursyahida Jaafar¹ & Mohamad Ghozali Hassan²

Makalah/Article Pembinaan Institusi Wakaf Kesihatan di Istanbul pada Tahun 1470M (Hospital Fatih)


PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Baghdad sebagai pusat ilmu (Bayt Al- Hikmah) Andalusia dan Granada sebagai pusat pertemuan budaya Islam dan Barat Universiti Al-Qarawiyyin di Morokko

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Transcription:

Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians Vol. 9, 2015 PENGURUSAN PERPUSTAKAAN MUSLIM ABAD KE 8-19 MASIHI: SATU PENGENALAN 1 Haslan bin Tamjehi dan 2 Latifah binti Ramli 1 Perpustakaan Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur, Malaysia 2 Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Batu 8, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia haslan@um.edu.my; latifah@iium.edu.my ABSTRAK Perpustakaan Muslim telah melalui sejarah yang amat panjang. Kewujudannya yang bermula dari abad ke 6 Masihi dirakamkan dalam pelbagai sumber bertulis oleh ilmuwan Muslim mahupun orientalis. Kini, sebahagian dari penulisan mereka telah sampai kepada kita pada sebagai khazanah ilmu yang bernilai tinggi dan warisan intelektual tamadun manusia. Sehubungan dengan itu, penulisan ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan keunikan aspek pengurusan perpustakaan Muslim pada zaman Islam sehingga abad ke 19 Masihi yang merangkumi aspek pembangunan koleksi, pengkatalogan dan sirkulasi. Perincian lanjut bagi setiap aspek ini dikupas untuk memahami bagaimana mereka menguruskan Perpustakaan Muslim dalam tempoh tersebut. Kata kunci: Perpustakaan Muslim; Pengurusan perpustakaan; Sejarah perpustakaan, Pustakawan ABSTRACT Muslim libraries have undergo a long comprehensive history. Its existence which began since 6 th century A.D. are recorded in written sources by Muslims and orientalists. Some of the sources are preserved till today as precious knowledge and intellectual heritage of the human civilization. Hence, this writing introduces the unique aspects of Muslim libraries during Islamic period until 19 th century A.D. such as collection development, cataloging and circulation. The details of those aspects will be illustrated to understand its management within the specified period. Keywords: Muslim libraries; Library management; History of libraries; Librarians 51

Haslan Tamjehi dan Latifah Ramli PENGENALAN Perkembangan ilmu yang begitu pesat di zaman Islam pada abad ke 6 Masihi adalah disebabkan oleh budaya ilmu yang kukuh di kalangan umat Islam pada masa itu. Nukleus ilmu yang berpusat di masjid menerusi perbincangan dan penjelasan tentang praktis agama Islam dalam kehidupan seharian individu Muslim akhirnya telah melahirkan pelbagai disiplin ilmu pengetahuan. Manakala pengembangan empayar Islam di Eropah dan Asia meluaskan transmigrasi ilmu ke dalam tamadun Islam. Wujudnya institusi ilmu seperti madrasah adalah untuk memenuhi tuntutan agama terhadap umat Islam bagi mendapatkan pendidikan. Ilmuwan yang dihasilkan oleh madrasah ini telah menyumbangkan pelbagai karya penulisan yang bermutu tinggi untuk rujukan umat manusia. Selain itu pemindahan teknologi pembuatan kertas pada 751 Masihi 1 ke dalam tamadun Islam turut mempengaruhi penyebaran ilmu di kalangan Muslim. Di sinilah datangnya kepentingan untuk mewujudkan institusi maklumat seperti perpustakaan bagi menyimpan dan memelihara khazanah ilmu dan budaya manusia dengan lebih teratur. Pada zaman Islam, institusi ini terdapat dalam pelbagai jenis dan memberi perkhidmatan kepada pelbagai golongan masyarakat. Antaranya adalah perpustakaan masjid, perpustakaan madrasah, perpustakaan persendirian dan perpustakaan di Raja yang masing-masing dimiliki oleh golongan bangsawan dan pemerintah. Peranan perpustakaan Muslim zaman Islam tidak terhad kepada penyediaan bahan bacaan kepada umat Islam tetapi sebagai pusat pembudayaan minat terhadap ilmu dan lambang kekuatan intelek sebuah pemerintahan Islam. Semua ini dapat dilaksanakan kerana telah wujud pengurusan perpustakaan yang sistematik pada ketika itu. Seperti perpustakaan moden pada hari ini juga, perpustakaan Muslim turut melakukan aktiviti asas seperti pembangunan koleksi, pengkatalogan dan sirkulasi. PEMBANGUNAN KOLEKSI Sumber awal terhadap pembangunan koleksi perpustakaan berasal daripada syarahan agama oleh para ilmuwan Muslim yang diadakan di dalam masjid 2. Syarahan ini adalah berdasarkan ilmu-ilmu daripada kitab Al-Quran seperti fiqh, tauhid, tafsir, akidah, syariah, tatabahasa Arab dan lain-lain. Catatan daripada pelajar yang mengikuti syarahan tersebut akhirnya dikumpul, dijadikan buku dan kemudian disimpan di dalam perpustakaan masjid untuk rujukan umum. 1 Pertempuran Talas yang berlaku pada Julai 751 M di antara tentera Muslim yang diketuai oleh Ziyad ibn Salih dan tentera Cina oleh Jeneral Kao Hsien-chih di kawasan bernama Talas (pada hari ini dikenali sebagai Kashi) sewaktu pemerintahan Dinasti Tang. Kemenangan tentera Muslim telah menyebabkan kemahiran pembuatan kertas yang dimiliki oleh tawanan perang Tang dipelajari oleh Muslim. Melalui cara ini pengetahuan tentang teknologi pembuatan kertas telah tersebar bukan sahaja ke ke wilayah Islam seperti Baghdad dan Andalusia, malah secara tidak langsung Eropah. 2 Dohaish, Abdul Latif. Growth and development of Islamic Libraries. Islamic Quarterly. 52

Pengurusan perpustakaan Muslim abad ke 8-19 Masihi: Satu pengenalan Selain daripada itu, perolehan bahan turut dilakukan menerusi cara pembelian. Ini adalah seperti yang dipraktikkan oleh perpustakaan yang terdapat di Qurtuba 3 di mana buku-buku diperoleh melalui pembelian di bazar buku yang terdapat di bandar tersebut (Imamuddin, 1983). Qurtuba bukan sahaja mempunyai bazar, malah bandar ini merupakan pusat industri buku di Eropah pada abad ke 8. Setiap tahun bandar Muslim ini akan menghasilkan sekurang-kurangnya 7,000 naskhah buku dengan jilidan yang berkualiti tinggi (Imamuddin, 1981). Satu lagi kaedah yang proaktif untuk mendapatkan bahan terkini oleh perpustakaan Muslim di Qurtuba adalah dengan berjumpa terus dengan penulis buku sebelum buku tersebut dipasarkan kepada umum 4. Proses penyalinan buku kemudiannya akan dilakukan oleh wakil yang ditugaskan oleh mendapatkan buku-buku tersebut. Perolehan berbentuk hadiah turut diamalkan oleh perpustakaan Muslim. Sebagai contoh, Perpustakaan Di Raja Hakam II kerap menerima sumbangan berupa buku daripada penulis dan ilmuwan Islam. Ibnu Mufarraj dari Fonteaurea dan Muhammad bin Harith Asad al-khusaini dari Qayrawan adalah antara contoh individu yang menyumbang kepada pembangunan koleksi ini. PENGKATALOGAN BAHAN Tugas katalog buku merupakan tanggungjawab yang penting untuk memudahkan pengguna mengakses bahan di dalam perpustakaan Muslim. Tanggungjawab untuk katalog bahan kebiasaannya ditugaskan kepada ilmuwan Muslim yang ternama (Khan, 1981). Sebagai contoh, al-khawarizmi (780-850 M) yang pernah ditugaskan sebagai pustakawan di Perpustakaan Bayt Al-Hikmah, Baghdad. Berdasarkan al-fihrist 5 yang disediakan oleh Ibnu al-nadim, bahan dikategorikan mengikut subjek seperti al-quran, tatabahasa, sejarah, syair, dogma, perundangan, falsafah, sastera ringan, agama dan kimia. Al-Nadim menggunakan nama penulis buku sebagai entri utama di dalam al-fihrist. Catatan tambahan mengenai latar belakang ringkas penulis dan karya-karya yang pernah dihasilkan turut disertakan. Adalah dipercayai al-fihrist merupakan satu format katalog perpustakaan Muslim yang wujud hingga ke hari ini. 3 Qurtuba merupakan sebuah bandar di Andalusia yang terletak di Selatan Sepanyol. Ia merupakan ibu kota Khalifah Islamiyah dari dinasti Ummayah. 4 Pinto, Olga. The libraries of the Arabs during the time of the Abbasids. Islamic Culture. April. ms. 231. Diterjemahkan dari Bahasa Itali ke Bahasa Inggeris oleh F. Krenkow. Pendekatan ini dilakukan oleh Khalifah Al-Hakam, Spanyol & Banu Ammar, Tripoli. 5 Al-Fihrist bermaksud katalog. Penulis al-fihrist merupakan pengkatalog bagi Perpustakaan Bayt Al-Hikmah, Baghdad (830M- ). 53

Haslan Tamjehi dan Latifah Ramli Seperti Al-Fihrist, Kashf al-zunun yang ditulis oleh Mustafa bin Abdullah atau Haji Khalifa (1608-1657) juga mempunyai maklumat seperti sebuah katalog perpustakaan. Kitab ini merekodkan maklumat tentang 25,000 karya yang dihasilkan oleh 9,500 penulis dari Turki dan Parsi dalam subjek sejarah, geografi, kewangan dan lain-lain (Haider, 1979). Apa yang menarik tentang Kashf al- Zunun ialah susunan bahan di dalamnya yang mengutamakan tajuk bahan sebagai entri utama manakala kitab lain sepertinya menggunakan nama penulis sebagai entri utama 6. Haji Khalifah dikatakan adalah orang yang pertama menggunakan konsep ini dan menjadi perintis kepada katalog perpustakaan pada hari ini yang menggunakan tajuk bahan sebagai entri utama. Format lain adalah seperti katalog Perpustakaan Masjid Fatih di Turki yang disediakan pada 1560 oleh Mehmed bin Hizir el-hac Hasan, seorang guru daripada Kolej Semaniye (Erunsal, 1987). Katalog tersebut dinamakan Kitaplar Defteri (Katalog Buku-buku). Beliau kelaskan buku mengikut subjek seperti tafsir al-quran, fiqh, usul fiqh, penulisan bahasa Arab, logik, perubatan, mistik, falsafah, sejarah, buku dalam bahasa Parsi dan Turki, astronomi, kesusasteraan, geometri dan lain-lain. Deskripsi fizikal bagi buku turut direkodkan seperti jenis dan warna kertas, jenis penjilidan, jenis kaligrafi, jenis dakwat dan warnanya, jumlah muka surat dan hiasan. Maklumat am seperti nama penulis kaligrafi, tahun, tempat penyalinan, daripada salinan mana buku itu disalin dan nama penderma atau penyumbang buku turut disertakan sekiranya diketahui. SIRKULASI Di dalam sebuah perpustakaan Muslim, buku disimpan mengikut susunan koleksi di rak tertentu secara bertindih. Koleksi kitab al-quran diletakkan secara berasingan di tempat yang tinggi. Kemudian susunan tersebut diikuti oleh buku dalam subjek lain (Lerner, 2002). Secara amnya, perpustakaan Muslim dibuka untuk umum tanpa mengira status individu di dalam masyarakat. Perpustakaan masjid umpamanya, terbuka untuk jemaah masjid yang datang untuk menunaikan solat atau mereka yang bermusafir. Mereka bebas untuk menggunakan segala bahan bacaan yang terdapat di dalam perpustakaan. Namun begitu, peminjaman bahan adalah untuk rujukan dalaman sahaja. Seperti yang berlaku di Mesir, hanya penduduk asal dan tokoh ulama sahaja yang dibenarkan meminjam keluar buku (Lerner, 2002). 6 Pendapat lain seperti Syed Jalaluddin Haider turut menyatakan al-fihrist dan Kashf al-zunun dikategorikan sebagai bibliografi. Namun begitu penulis berpendapat kedua-dua kitab tersebut adalah katalog perpustakaan berdasarkan jumlah maklumat yang banyak dan format yang konsisten di dalam kitab tersebut. Untuk mendapatkan maklumat sebanyak itu, seseorang perlu berada di perpustakaan bagi mengumpulkan maklumat dan tidak mustahil apa yang mereka sedang usahakan digunakan oleh perpustakaan tersebut sebagai katalog rujukan bahan yang ada di situ. 54

Pengurusan perpustakaan Muslim abad ke 8-19 Masihi: Satu pengenalan Terdapat beberapa peraturan lain yang telah di implementasi di perpustakaan Muslim. Buku yang telah diwakafkan kepada Masjid al-azhar oleh Ali al- Ishbadi pada 1513 M perlu mematuhi syarat yang ditetapkan oleh beliau (Sibai, 1987). Ali al-isbandi memberi tanggungjawab kepada pustakawan masjid tersebut untuk merekodkan nama individu di dalam rekod peminjaman apabila terdapat peminjaman keluar bukunya dan memadamkan nama individu tersebut apabila individu tersebut mengembalikan buku tersebut dalam keadaan asal (Sibai, 1987). Variasi peraturan penggunaan perpustakaan ini berlaku kerana kebanyakan institusi ini dimiliki oleh individu tertentu sama ada dari golongan bangsawan ataupun pemerintah. Selain itu, faktor lain yang mewujudkan perbezaan praktis ini ialah terma yang ditetapkan oleh pewakaf. Buku-buku yang diwakafkan kepada sesebuah perpustakaan kebiasaannya mempunyai syarat penggunaan. Penerima bahan wakaf tersebut haruslah mematuhi syarat tersebut sebelum menerimanya. Namun begitu, tindakan ini bukanlah untuk menghalang penggunaan bahan tersebut tetapi sebagai langkah berhati-hati dan rasa tanggungjawab pemegang amanah wakaf tersebut untuk melindungi bahan daripada hilang atau rosak disebabkan oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab. PUSTAKAWAN DI ZAMAN ISLAM Menurut Mackensen (1932), para khalifah Muslim di kota Baghdad amat mencintai ilmu dan di istana-istana mereka disediakan sebuah tempat khas di mana para ilmuwan berkumpul untuk membaca dan berbincang tentang ilmu. Turut sama dalam kumpulan ini adalah para wazir, penyair dan juga khalifah. Ilmuwan dari kalangan inilah yang kebiasaannya dilantik menjadi pustakawan di perpustakaan Istana. Mereka melakukan tugas-tugas kepustakawanan dan pada masa yang sama menjadi tempat rujukan dan penasihat khalifah. Perlantikan mereka sebagai pustakawan adalah disebabkan oleh ilmu pengetahuan mereka dan peranan mereka ini amat dihormati tidak kira oleh golongan istana mahupun masyarakat. Dalam sejarah kepustakawanan Muslim, terdapat ramai individu penting yang menjawat jawatan pustakawan dan bertugas di perpustakaan yang tersohor antaranya ialah al-kindi dan Musa al-khawarizmi di Perpustakaan Bayt al- Hikmah, Abu Zakaria Tibrizi dan Ya qub ibn Sulaiman Al-Askari di Perpustakaan Ibn al-amidi. Namun begitu, amat sedikit maklumat yang boleh didapati tentang kerjaya mereka sebagai pustakawan. Peranan mereka sebagai ilmuwan lebih dikenali daripada tugas sebagai pustakawan. Sebagai contoh, al- Kindi lebih dikenali sebagai seorang penterjemah karya bahasa Latin dan pakar dalam konsep falsafah Aristotle serta penghasil karya ilmu dalam pelbagai bidang. Namun sumbangan beliau sebagai pustakawan tidak begitu diketahui 55

Haslan Tamjehi dan Latifah Ramli umum. Jadual 1 menyenaraikan beberapa nama ilmuwan yang pernah bertugas sebagai pustakawan: Jadual 1: Antara ilmuwan yang pernah bertugas sebagai pustakawan (11-13 Masehi). Bil Nama Tahun (A.D.) Dinasti Lokasi perpustakaan 1. Fasihi d. 1078 M. Seljuk Perpustakaan Nizamiyyah, Baghdad 2. Jawaliqi 1037-1144 M. Seljuk Perpustakaan Nizamiyyah, Baghdad 3. Ibnu Sina 980-1037 M. Safavid Perpustakaan Sultan Nuh Ibnu Mansur 4. Ibnu as- Shajari d. 1148 M. Seljuk Perpustakaan Nizamiyyah, Baghdad 5. As-Shabusti d. 1008 M. Fatimid Perpustakaan peribadi al- Aziz Ibnu al-mu izz, Mesir 6. Ukbari 11 M. Seljuk Perpustakaan Nizamiyyah, Baghdad 7. Sahl Ibnu Harun d. 830 M. Abbasiyyah (Harun al- Rashid, al- Ma mum) 8. Ibnu al-nadim d. 998 M. Abbasiyyah Baghdad Perpustakaan Bayt al- Hikmah, Baghdad 9. Ibn al-sa I d. 1275 M. Abbasiyyah Perpustakaan Mustansiriyyah, Baghdad 10. Bakiya 10 M. Ummayyah, Andalusia (al-hakam II al- Mustansir (r. 961-976) Perpustakaan Istana Al- Hakam II INSTITUSI WAKAF Institusi perpustakaan di zaman Islam tidak akan dapat wujud sekiranya tiada sokongan padu daripada institusi wakaf 7. Bantuan kewangan, peralatan, bangunan, dan kakitangan adalah dijana oleh program wakaf yang kebanyakan disumbangkan oleh golongan pemerintah. Sebagai contoh, Perpustakaan Bayt al- Hikmah yang merupakan sebuah pusat penyelidikan dan penterjemahan yang 7 Wakaf bermaksud seseorang yang menyerahkan hak miliknya ( harta yang boleh digunakan tanpa susut fizikalnya) kepada pengguna wakaf tersebut dari mula harta diwakafkan hingga ke akhirnya semata-mata kerana Allah S.W.T. Ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu. 56

Pengurusan perpustakaan Muslim abad ke 8-19 Masihi: Satu pengenalan terkenal telah dibangunkan oleh Khalifah Abbasiyah di Baghdad iaitu Harun al- Rasyid pada abad ke 8 M (Fadzlullai, 1995). Manakala di Sepanyol, Amir Abd al-rahman II dan Khalifah Hakam II bukan sahaja mendirikan perpustakaan tetapi turut mewakafkan sebahagian harta mereka untuk membiayai para ulama, penyair, pemuzik dan sasterawan yang menyumbang kepada pembangunan ilmu dan seterusnya pembangunan koleksi Perpustakaan mereka (Fadzlullai, 1995). Wazir Ya qub bin Kilis semasa pemerintahan Fatimiyah di Mesir telah mewakafkan sebanyak 1,000 dinar setiap bulan sebagai gaji kepada ilmuwan dan pembangunan koleksi di perpustakaan Madrasah tersebut (Pederssen, 1929). Di Perpustakaan Al-Hakim iaitu Dar al-ilm, pengguna yang ingin membuat catatan daripada buku bacaannya atau ingin membuat salinan buku tersebut akan dibekalkan dengan kertas, dakwat dan pen secara percuma. Malah tempat tinggal sementara serta makanan turut diberikan dengan percuma kepada pengguna yang datang daripada luar kota. ZAMAN KELAM PERPUSTAKAAN MUSLIM Kejatuhan sistem Khalifah Islam yang terakhir pada 1922 di Turki turut menandakan berakhirnya kegemilangan institusi perpustakaan Muslim. Koleksi perpustakaan Muslim yang menjadi sumber rujukan dan kebanggaan Muslim, sebahagian besarnya telah berpindah ke tangan asing melalui pelbagai cara dan sebab. Antaranya ketinggian budaya ilmu yang terdapat di kota-kota Islam Eropah (Kurun 11-14 M) seperti Qurtuba dan Tulaytula telah menarik perhatian ramai tokoh dan ilmuwan barat seperti Gerard of Cremona, Michael Scott, Adelard of Bath, Geoffrey Chaucer, Roger Bacon dan lain-lain. Mereka ini secara langsung dan tidak langsung bertanggungjawab membawa ilmu bersama-sama manuskrip Islam ke tanah air mereka yang pada ketika itu berada di Zaman Kegelapan (Dark Ages) (Roman, 1990). Kota-kota ini merupakan pusat aktiviti penterjemahan karya karya Muslim ke dalam dalam bahasa Latin. Dan para ilmuwan barat yang disebutkan sebelum ini memainkan peranan penting sebagai penterjemah karya-karya tersebut. Sebagai contoh, pada 1217, Michael Scot telah berada di Toledo dan menterjemahkan karya al-bitruji ke versi Latin bertajuk De motibus celorum Migrasi manuskrip disebabkan oleh aktiviti pengumpulan secara aktif oleh individu yang melawat negara-negara Islam juga turut menyumbang kepada penyusutan perpustakaan Muslim. Sebagai contoh, manuskrip Leiden yang bertajuk Kitab al-musta ini yang ditulis oleh Yusuf B. Ishak ibn Baklarish al- Israili pada 1106 M telah diperoleh oleh wakil diplomat Belanda ke Maghribi 57

Haslan Tamjehi dan Latifah Ramli iaitu Jacobus Golius (1584-1624) daripada Ahmad B. Qasim. Manuskrip tersebut telah diperbetulkan kandungannya oleh beliau sebelum diserahkan kepada Jacobus 8. Namun begitu, tidak semua manuskrip tersebut didapati secara sukarela dari pemilik Muslim. Kekerasan turut digunakan untuk mendapatkannya. Hosain (1949) melaporkan, selepas Tipu Sultan terbunuh di dalam peperangan menentang Kompeni Hindia Timur, perpustakaan dan lebih 2,000 koleksi manuskripnya telah dirampas oleh Kompeni Hindia Timur dan diserahkan kepada institusi pendidikan Inggeris seperti Asiatic Society of Bengal, Kolej Fort William, Universiti Oxford dan Cambridge (Hosain, 1940). KESIMPULAN Meskipun belum mencapai kesempurnaan seperti perpustakaan moden hari ini. perpustakaan Muslim telah mampu diwujudkan oleh Muslim kerana ia keperluan kepada mereka yang menjunjung ketinggian ilmu. Perpustakaan Muslim boleh dikatakan adalah yang terbaik pada zamannya. Kemampuannya untuk menguruskan khazanah ilmu yang pelbagai dalam jumlah yang besar 9 dan memberi perkhidmatan kepada penggunanya menunjukkan telah wujud pengurusan perpustakaan yang cekap. Seluruh pelosok dunia Islam malah Eropah tertumpu ke pusat keilmuan seperti Baghdad, Qurtuba, Kaherah, Shiraz, Marv dan Istanbul untuk melakukan rujukan mengenai Islam dan ilmu-ilmu terkini di perpustakaan-perpustakaan Muslim. Daripada penulisan ini, beberapa ciri penting perpustakaan Muslim pada zaman Islam telah dapat dikenal pasti. Antaranya, amalan pengkatalogan bahan adalah berbeza antara perpustakaan. Ia bergantung kepada ilmu yang dikembangkan pada masa itu dan kreativiti para ulama untuk menyediakan klasifikasi subjek sebagai panduan untuk menguruskan koleksi perpustakaan. Tiada sistem yang standard yang digunakan seperti sistem klasifikasi Library Of Congress yang ada pada hari ini. Tugas perolehan turut dilakukan oleh para ilmuwan Muslim dan sebahagian besar perpustakaan Muslim adalah perpustakaan persendirian. 8 Jan Just Witkam. The Leiden Manuscript of the Kitab al-musta ini. Working paper. 9 Jumlah koleksi di antara perpustakaan berbeza. Sebagai contoh, Perpustakaan al-hakam II di Qurtuba, Andalus mengandungi sebanyak 600,000 naskhah buku dalam koleksinya. Manakala selepas Salehuddin al-ayubi mengambil pemerintahan di dinasti Fatimiyah di Mesir, beliau mengambil tindakan untuk menutup perpustakaan yang dimiliki oleh dinasti tersebut. Dianggarkan terdapat 120,000 hingga 2 juta naskhah buku yang terkandung di dalam perpustakaan tersebut. (Avrin, L. 1990. Scribe, script and books: The book arts from the antiquity to the Reinassance. Chicago: American Library Association) 58

Pengurusan perpustakaan Muslim abad ke 8-19 Masihi: Satu pengenalan Penulisan ini hanya menyentuh permukaan kepada sejarah perpustakaan Muslim yang amat komprehensif. Penyelidikan yang mendalam merupakan tuntutan bagi memahami lagi setiap aspek historiografi sains perpustakaan ini. RUJUKAN Avrin, L. 1990. Scribe, Script and Books: The Book Arts from the Antiquity to the Reinassance. Chicago: American Library Association Auchterlonie, Paul. 1981. (Ed.) Collections in British Libraries on Middle Eastern and Islamic Studies. England: Center for Middle Eastern & Islamic Studies, University of Durham. Atiyeh, George. N. 1995. The Book in the Islamic World: The Written Word and Communication in the Middle East. Albany, NY: State University of New York Press. Casson, Lionel. 2001. Libraries in the Ancient World. London: Yale University Press. Dodge, Bayard. 1970. (Trans.) The Fihrist of al-nadim: A Tenth-Century Survey of Muslim Culture. New York: Columbia University Press. Erunsal, Ismail E. 1987. Catalogues and cataloging in the Ottoman libraries. Libri, Vol. 37, no. 4 : 333-349. Fadzlullai Shuib. 1995. Kecemerlangan Ilmu Dalam Sejarah dan Tamdun Islam : Penginstitusian Ilmu di Zaman Abbasiyah 750 1258 M. Kuala Lumpur: Pustaka Warisan. Haider, S. J. 1979. Bibliographic heritage of Muslims. Libri, Vol.29 : 207-218. Hosain, H. 1940. The library of Tipu Sultan. Islamic Culture, Vol. 14, no. 3 : 139-167 Ibnu Khaldun. 1993. Mukadimah Ibn Khaldun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Imamuddin, S. M. 1983. Arabic Writing and Arab libraries. London: Taha Publisher. Imamuddin, S. M. 1981. Muslim Spain 711-1492 A.D. : A Sociological Study. Leiden: E. J. Brill. Khan, Ahmad Kabir. 1981. Organisation and administration of libraries in the Islamic world. Islamic Culture. Vol. 55 : 123-129. Kohlberg, Etan. 1992. A Medieval Muslim Scholar at Work: Ibn Tawus and His Library. New York: E. J. Brill. Kratchkovsky, I. Y. 1953. Among Arabic manuscripts: Memories of Libraries and Men. Trans. Tatiana Minorsky. Leiden: E. J Brill. Lerner, Fred. 1999. Libraries Through the Ages. New York: Continuum. Lerner, Fred. 2002. The Story of libraries: From the Invention of Writing to the Computer Age. New York: Continuum. Mez, Adam. 1937. The Renaissance of Islam. Translated by Salahuddin Khuda Baksh and D. S Margoliuth. Patna: Jubilee Printing & Publishing House. 59

Haslan Tamjehi dan Latifah Ramli Pedersen, Johannes. 1984. The Arabic Book. Translated by Geoffrey French and Robert New. Princeton, Jersey: Hillenbrand. Princeton University Press. Pedersen, Johs. 1929. Some aspects of the history of the Madrasa. Islamic Culture. Vol. 3, no. 4: 525-537. Roman, Stephan. 1990. The Development of Islamic Library Collection in Western Europe and North America. New York: Mansell. Sardar, Ziauddin. 1979. Islam, Outline of a Classification Schema. London: Clive Bingley. 60