KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN BERUMAHTANGGA SEMASA BELAJAR

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

PERSEPSI PELAJAR 4 SPI TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR SITI ZAHARAH BINTI HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

Transcription:

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAEDAH PENGAJARAN GURU- GURU DI PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK SESI PENGAJIAN 2007 / 2008 SAYA : (HURUF BESAR) NORLIZA BT ABDUL MANAF mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) Disahkan oleh SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselematan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) (TANDATANGAN PENYELIDIK) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : PT 1604, Kg Gelong Badak Tengah, 16370, Jelawat, Bachok, Kelantan Darul Naim. Nama Penyelia: USTAZ AHMAD PUHAD BIN ALIM Tarikh : 2 Mei 2008 Tarikh:2 Mei 2008 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Tandatangan : Nama Penyelia : Tarikh : 2 MEI 2008

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Mei 2008

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Tandatangan : Nama Penulis : NORLIZA BT ABDUL MANAF Tarikh : 2 MEI 2008

Dedikasi Khas buat Ayah Abdul Manaf Bin Mat Diah dan Mek Siti Minah Binti Mat Jusoh yang amat disayangi dan disanjungi. Terima kasih yang tidak terhingga dari anakmu ini. Segala jasa dan pengorbananmu tidak akan ku lupakan hingga ke akhir hayat. Kakak, abang dan adik-adikku, Kak Na, Abang Min, Syukur dan Atikah Terima kasih atas pertolongan dan semangat dari kalian. Semoga kasih dan sayang kita berkekalan hingga akhirat. Teristimewa buat Pensyarah sekalian yang tidak pernah jemu mendidik dan mencurahkan ilmu. Terima kasih atas segala tunjuk ajar. Halalkan segala ilmu yang pernah kupelajari. Buat insan teristimewa, Yusof Bin Ahmad Terima Kasih atas dorongan dan sokongan darimu Semoga perkenalan ini memberi makna dalam hidup kita Adik-adik seperjuangan, Khairul Akmal bin Nusi dan Siti Shuwaibah bt Che Omar Terima kasih diatas pertolongan kalian dalam menambahbaikan segala apa yang terkurang dan terlebih. Semoga persahabatan kita kekal hingga akhirat. Sahabat-sahabat Seperjuangan. Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar kalian. Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku buat selama-lamanya.

PENGHARGAAN Alhamdulillah, saya panjatkan sepenuh kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan Taufik dan Hidayah-Nya, dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan sempurna. Harapan semoga segala hasil usaha yang sedikit ini dapat memberikan manfaat kepada semua. Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan terima kasih khas buat Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku Penyelia Projek Sarjana Muda di atas segala tunjuk ajar, dorongan serta nasihat yang memberangsangkan sepanjang menyiapkan projek ini. Segala nasihat ustaz akan saya sematkan dalam hati. Ucapan penghargaan kepada guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) daerah Bachok di atas kerjasama yang diberikan. Juga tidak dilupakan kepada sahabatsahabat seperjuangan yang tidak jemu memberi perangsang dan semangat. Semoga usaha dan cita-cita yang diimpikan mencapai matlamat. Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam menjayakan usaha saya sepanjang menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Kerjasama kalian amat dihargai. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas segala jasa yang telah diberikan. Semoga segala usaha mendapat keberkatan dan rahmat dari-nya, Insya Allah. Amin.

v ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kaedah pengajaran yang digunakan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Bachok. Di samping itu, kajian ini juga mengkaji kaedah pengajaran utama yang digunakan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Bachok. Penyelidikan ini telah melibatkan responden seramai 34 orang dan kesemua responden dari kalangan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Bachok. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal-selidik bagi mendapatkan data kajian dan pemprosesan data yangdiperolehi adalah dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 12.0 for windows. Dapatan min sebanyak 4.06 menunjukkan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) menggunakan kaedah mengajar yang dikaji oleh penyelidik. Kaedah utama yang digunakan guru-guru PASTI adalah kaedah hafalan dengan catatan min sebanyak 4.16. Guru-guru PASTI juga mengetahui tentang kaedah pengajaran yang dikaji oleh penyelidik. Secara keseluruhannya hasil kajian menunjukkan responden memberi persepsi yang positif terhadap aspek yang dikaji. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

vi ABSTRACT The purpose of this experiment is to determine the method of teaching that has been use by teachers of Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) in Bachok area. Besides that, the experiment to determine main method of teaching that has been use by teachers of PASTI in Bachok. This research is consisting of 34 respondents and all of the respondents are teachers of PASTI in Bachok. Questionnaires are use to determine the data of experiment and to process the data that have been obtain by using Statistical Package for Social Science (SPSS) 12.0 for windows. The mean 4.06 represent that the teacher of Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) is using the method of teaching that has been search by researcher. The main method has been use by teachers of Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) is memorize method and the mean is 4.16. The overall of this experiment is show that the respondents give the positive perception to the aspect that has been research. In the end of this experiment the researchers give a several opinion to certain side to focus about the problem has been search. The researcher also gives the further suggestion for the next experiment.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PELAJAR DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN / SIMBOL ii iii iv v vi vii xii xiii BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latarbelakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 7 1.4 Objektif Kajian 9 1.5 Persoalan Kajian 9 1.6 Kepentingan Kajian 9 1.7 Batasan Kajian 10

viii 1.8 Skop Kajian 10 1.9 Takrifan Istilah 11 1.10 Kesimpulan. 12 BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 13 2.2 Pendidikan Islam 14 2.3 Kaedah Pengajaran Dalam Pendidikan 16 2.3.1 Kaedah Hafalan 17 2.3.2 Kaedah Soal Jawab 19 2.3.3 Kaedah Lawatan 20 2.3.4 Kaedah Halaqah 22 2.3.5 Kaedah Imlak 22 2.3.6 Kaedah Permainan 23 2.3.7 Kaedah Demonstrasi (tunjukcara) 24 2.3.8 Kaedah bercerita 26 2.4 Kaedah-Kaedah Lain Dalam Pendidikan 27 2.4.1 Kaedah Kuliah 27 2.4.2 Kaedah Diskaveri/Penemuan 28 2.4.5 Kaedah Projek 29 2.4.6 Kaedah Simulasi 30 2.5 Guru 31 2.6 Latar Belakang Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) 33 2.7 Falsafah Pendidikan PASTI 34 2.8 Kurikulum PASTI 35 2.9 Kajian Lepas 36 2.11 Kesimpulan 38

ix BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan 39 3.2 Rekabentuk Kajian 39 3.3 Tempat Kajian 40 3.4 Populasi Kajian dan Sampel Kajian 40 3.5 Instrumen Kajian 41 3.6 Analisis Data 43 3.7 Tatacara Kajian 45 3.8 Jangka Masa Kajian 46 3.9 Kesimpulan 46 BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pendahuluan 47 4.2 Analisis Latar Belakang Responden 48 4.3 Analisis Data: Bahagian B dan C 4.3.1.Analisis Data Bahagian B: Kaedah Pengajaran yang digunakan Guru-Guru PASTI 52 4.3.2.Analisis Data Bahagian C: Kaedah Utama Yang digunakan Guru-guru PASTI 64 4.3.3 Analisis Bahagian D: Pengetahuan Guru-Guru PASTI terhadap Kaedah Lain 71 4.4 Rumusan Dapatan Kajian Kaedah pengajaran yang digunakan Guru-Guru PASTI 76

x 4.5 Rumusan Dapatan Kajian Kaedah utama Yang di Gunakan Guru-Guru PASTI 79 4.6 Rumusan Dapatan Kajian Pengetahuan Guru-Guru PASTI Terhadap Kaedah Lain 81 4.7 Kesimpulan 83 BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan 84 5.2 Perbincangan 84 5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 85 5.2.2 Kaedah Pengajaran Yang Digunakan Guru-Guru PASTI 86 5.2.3 Kaedah Pengajaran Utama Yang Digunakan Guru-Guru PASTI 90 5.2.4 Pengetahuan Guru-Guru PASTI Terhadap Kaedah Lain 91 5.3 Rumusan 94 5.4 Cadangan 94 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 96 5.6 Kesimpulan 97 BIBLIOGRAFI 98 LAMPIRAN

xii SENARAI JADUAL NO JADUAL PERKARA MUKA SURAT 3.2 Skala Lima Mata Likert 43 3.3 Skala Pemeringkatan likert Untuk Min 44 3.4 Klasifikasi Analisis Min 44 4.1 Taburan Responden mengikut Jantina 48 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 49 4.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 49 4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 50 4.5 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 50 4.6 Taburan Responden Mengikut Status Gaji 51 4.7-4.30 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 1-24 (Bahagian B) 52 4.31-4.46 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 25-40 (Bahagian C) 64 4.47-4.58 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 41-52 (Bahagian D) 71 4.60 Rumusan Dapatan Kajian Kaedah Pengajaran Yang Digunakan Guru-Guru PASTI 76 4.60 Rumusan Dapatan Kajian Kaedah Utama Yang Digunakan Guru-Guru PASTI 79

xiii 4.61 Rumusan Dapatan Kajian Pengetahuan Guru- Guru PASTI Terhadap Kaedah Lain. 81 5.1 Jumlah Min Setiap Kaedah (Bahagian C) 90 5.2 Jumlah Min Setiap Kaedah (Bahagian D) 92

xiii SENARAI SINGKATAN / SIMBOL % - Peratus BIL - Bilangan N - Kekerapan Populasi FPI - Falsafah Pendidikan Islam FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan PASTI - Pusat Asuhan Tunas Islam PAS - Parti Islam SeMalaysia SWT -subhanallahu wa ta ala SAW - Sallahu alaihi wasalam r.a - Radiallahu anhu SPSS - Statistical Package For the Social Sciences STS - Sangat Tak Setuju TS - Tak Setuju S - Setuju SS - Sangat Setuju KS - Kurang Setuju TADIKA - Taman Didikan Kanak-kanak TABIKA -Taman Bimbingan Kanak-kanak.

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Pendidikan merupakan satu perkataan yang mempunyai pengertian yang amat luas dan mendalam. Sejak zaman Rasulullah SAW lagi pendidikan merupakan sesuatu perkara amat yang ditekankan dan dilakukan setiap masa. Pendidikan adalah bersifat dalaman iaitu pendidikan yang membentuk peribadi manusia menjadi lebih baik dan berakhlak. Proses pembentukan ini tidak akan terhasil dalam masa yang singkat. Ia memerlukan masa yang panjang untuk mendidik manusia. Dalam menjalankan proses pendidikan, elemen agama perlu sentiasa diambil kira dan tidak boleh dipisahkan. Ianya penting kerana pembentukan seorang muslim itu mestilah berunsurkan agama iaitu Islam. Hal ini sangat jelas apabila kita meneliti ayat al-quran yang pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW. Penurunan ayat ini tidak dimulai dengan perintah untuk melaksanakan ibadat syariat, akan tetapi ayat yang diturunkan adalah berkaitan dengan pendidikan. Firman Allah SWT :

2 t,n=y{ Ï%!$# y7în/u ÉΟó $Î/ ù&t ø%$# Maksudnya : Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). ( al-alaq: 1) Pendidikan Islam merupakan pendidikan yang sesuai untuk pembentukan muslim yang berakhlak mulia. Berdasarkan kepada tujuan yang mulia ini, pendidikan seperti ini perlu bermula sejak kecil dan berlandaskan al-quran dan as-sunnah supaya mereka dapat memahami dan menjadikan nas sebagai pedoman dalam hidup. Menurut Abdul Halim Mat Diah dalam Kertas Kerja Seminar Dan Ekspo Pendidikan Islam (1988: 20) pendidikan adalah bertujuan untuk membentuk peribadi muslim yang utuh iaitu peribadi yang ideal menurut ajaran Islam. Ianya meliputi aspek individual, aspek moral, aspek material dan aspek spiritual. Semua aspek-aspek tersebut adalah sesuai dengan hakikatnya sebagai seorang muslim yang mengabdikan seluruh hidupnya kepada Allah SWT. Hal ini sesuai dengan firman Allah SWT dalam al-quran: Èβρß ç7 èu Ï9 ωî) } ΡM}$#uρ Ågø:$# àmø)n=yz $tβuρ Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku. (Al-zariyat: 56) Proses pembentukan manusia yang berakhlak mulia ini dinamakan sebagai proses mengajar dan mendidik tentang kehidupan berteraskan agama Islam. Bagi mendapatkan hasil yang baik dalam mendidik manusia, para pendidik perlulah bijak menguruskan proses pengajaran dengan baik dan menggunakan pengkaedahan yang sesuai bagi menarik minat pelajar supaya dapat menghayati setiap pelajaran agama yang disampaikan.

3 Sabda Rasulullah SAW dalam buku Yusuf al-qardawi tejh Bustami A. Gani et.al (1980: 25) : لا ن يهدى االله بك رجلا واحدا خيرلك من الدنيا وما فيها. Maksudnya : Bahawa jika kamu mengajar seseorang lalu dia mendapat kebajikan yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Di dalam proses pendidikan, guru memainkan peranan yang amat penting selain ibu bapa. Setiap guru perlu dibekalkan dengan kemahiran mengajar yang mantap kerana setiap kemahiran dan kebolehan semasa proses mengajar merupakan asas yang paling penting bagi seorang guru. Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga membimbing, membantu, mendidik, mengasuh, memberi tunjuk ajar serta menjadi contoh kepada pelajar. Oleh sebab itu, guru perlu memiliki sebanyak mungkin ilmu. pengetahuan tentang pengajaran dan mahir dalam menyampaikan ilmu dengan menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai supaya pelajar dapat menerima dengan berkesan. 1.2 Latar Belakang Masalah. Kaedah pengajaran dalam pendidikan merupakan perkara yang penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan mendapat hasil yang berkesan. Kaedah pengajaran yang efektif amat penting dalam setiap pengajaran terutamanya pendidikan Islam. Pendidikan Islam adalah satu proses mendidik dan melatih akliah, jasmaniah dan ruhaniah manusia. Ia berasaskan nilai-nilai Islamiah yang bersumberkan al-qur an dan al-sunnah Rasulullah SAW bagi melahirkan insan yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata. Oleh itu, setiap pendidik tidak boleh memandang ringan dalam membentuk insan supaya menjadi muslim dan mukmin.

4 Kepentingan membentuk insan beriman dan bertakwa seperti ini menjadikan guru-guru agama sangat perlu menguasai penggunaan kaedah pengajaran agar dapat menyampaikan setiap ilmu agama dengan sempurna dan lebih baik. Selain itu, kaedah pengajaran juga dapat memudahkan pelajar menerima setiap ilmu yang diberikan terutamanya dalam aspek penghayatan. Menurut al-syaibani dalam Ismail Ab. Rahman (1992:165) menyatakan kaedah mengajar bermaksud segala segi kegiatan terarah yang dikerjakan oleh guru dalam rangka tuntutan mata pelajaran yang diajarnya, ciri-ciri perkembangan murid-muridnya dan suasana alam sekitarnya dengan tujuan menolong murid-murid untuk mencapai pembelajaran yang diinginkan dan perubahan yang dikehendaki pada tingkahlaku mereka. Selanjutnya menolong mereka memperolehi maklumat, pengetahuan, kemahiran, kebiasaan, sikap, minat, dan nilai-nilai yang diinginkan. Penggunaan kaedah pengajaran dalam pendidikan Islam secara berkesan akan menampakkan hasil apabila pelajar dapat menerima pengajaran yang disampaikan serta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari. Namun begitu, terdapat juga guru-guru yang mengajar tidak menitikberatkan penggunaan kaedah yang sesuai dengan pelajar. Menurut Ibnu Khaldun dalam Ismail Abdul Rahman (1992:112) kami perhatikan ramai dikalangan guru-guru yang ada pada zaman kami tidak mengetahui kaedah-kaedah pengajaran dan faedahnya. Diperingkat awal lagi mereka memulakan dengan masalahmasalah yang susah untuk pelajar memahaminya. Ramai guru yang merumitkan keadaan semasa proses pengajaran berlaku dan ini boleh menyebabkan pelajar rasa terbeban dan akhirnya pelajar tidak dapat menerima ilmu yang diajarkan. Dalam kertas kerja Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM yang bertajuk Masa Hadapan Sekolah- Sekolah Agama Rakyat Di Malaysia dalam Ismail Abdul Rahman (1991:182) menyatakan bahawa kebanyakkan guru-guru sekolah agama adalah lepasan dari sekolah Arab tanpa mendapat latihan dan kursus perguruan yang

5 mencukupi. Oleh itu, kebolehan mereka sebagai pendidik kurang memuaskan dan tidak dapat menjalankan pengajaran dengan berkesan. Ini akan memberikan kesan yang buruk kepada murid. Masalah ini amatlah membimbangkan kerana kesannya terletak pada muridmurid yang menerima pengajaran tersebut. Masalah pengajaran akan sentiasa timbul kerana guru tidak memahami proses pengajaran dan pembelajaran dan penggunaan kaedah yang sesuai. Kebanyakkan guru-guru pada masa kini dikatakan tidak kreatif untuk menggunakan kaedah yang sesuai untuk menarik minat pelajar ke sekolah. Hal ini sesuai dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Ali Hasan, Presiden Permuafakatan Ibu Bapa Nasional (MAPIN) dalam Utusan Online, (2004) bahawa guru-guru sekolah sekarang ini semakin hilang kreativiti dalam menarik minat pelajar. Guru perlu bijak menggunakan kaedah-kaedah pengajaran yang ada dengan lebih mencabar kerana generasi muda sekarang semakin sukakan cabaran dan guru mengikut rentak pelajar. Guru tidak boleh menyogok pelajar dengan buku sebaliknya perlu mengimbangi aktiviti luar agar pelajar dapat menyelesaikan masalah apabila berada pada situasi yang sebenar. Sikap yang tidak kreatif guru ini akan menyebabkan pelajar malas untuk meneruskan pembelajaran mereka. Mereka akan cepat bosan dengan apa yang dipelajari sekiranya guru menggunakan kaedah yang statik setiap masa. Menurut Mohd Salleh Lebar (2007:78) murid-murid bosan dengan sebahagian guru yang mengajar sambil lewa dan tidak banyak perubahan dalam teknik pengajaran. Ini bukan sahaja berlaku pada kelas yang lemah tetapi juga berlaku pada kelas yang bijak. Sikap malas belajar akan menimbulkan kesan yang buruk terhadap pelajar terutamanya kanak-kanak yang baru mengenali dunia pendidikan. Sekiranya guru tidak menarik minat kanak-kanak, mereka akan menganggap bahawa menuntut ilmu bukanlah satu perkara penting dalam kehidupan malah ia membebankan.

6 Pentarbiyahan awal kanak-kanak sangat penting bagi membentuk fikiran yang positif di kalangan mereka. Kanak-kanak perlu diajar dengan sesuatu yang berbentuk kebaikan supaya mereka dapat membentuk fikiran positif. Dalam hal ini, guru memainkan peranan penting dalam membentuk pentarbiyahan peringkat awal ini. Ini kerana, guru adalah orang yang paling dekat dengan kanak-kanak selain ibu bapa. Konsep tarbiyyah yang dimaksudkan adalah proses mendidik manusia dengan tujuan untuk memperbaiki kehidupan ke arah yang lebih sempurna. Ia bukan sahaja dilihat sebagai proses mendidik tetapi merangkumi proses mengurus dan mengatur supaya perjalanan kehidupan berjalan dengan lancar. Ia termasuklah tarbiyyah dalam bentuk fizikal, spiritual, material dan intelektual. Pentarbiyahan yang berjaya terhadap generasi muda hendaklah dimulakan dari peringkat kecil lagi. Sabda Rasulullah SAW : ما من مولود الا يولد على الفطرة فا بواه يهودانه أوينصرانه أو يمجسانه Maksudnya : Tiap-tiap anak yang dilahirkan keadaannya suci, sehingga fasihlah daripada lidahnya, maka orang tuanyalah yang menjadikan anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi (HR:Muslim) Menurut Nazmi Aidarus, Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Negeri Terengganu dalam Bicara Agama Utusan Online (2006) menulis bahawa orang kita seringkali mengungkapkan pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi menggambarkan keberkesanan pendidikan kanak-kanak. Pepatah tersebut menjadi katakata semangat dan perangsang yang berkesan kepada para pendidik dalam meningkatkan lagi penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang konsisten dengan harapan dapat membina generasi yang berpendidikan dan berakhlak mulia.

7 Penggunaan kaedah pengajaran yang sesuai kepada kanak-kanak akan dapat menimbulkan rasa minat kanak-kanak untuk terus ke sekolah dan tidak menganggap sekolah sebagai musuh. Kanak-kanak memerlukan perkembangan bahasa dan komunikasi agar mereka menghormati di antara satu sama lain, memiliki sifat yakin diri dan berani bersaing apabila dewasa. Menurut Rosmah Mansor, Isteri Timbalan Perdana Menteri dalam Utusan Online (2006) bahawa kita perlu memikul tanggungjawab memastikan generasi akan datang dapat dibimbing, dididik dan diasuh menjadi rakyat yang berhemah tinggi dan mulia. Generasi selepas kita adalah anak-anak yang akan mewarisi setiap apa yang diajar dan dipelajari oleh gurunya. Setiap pendidik perlulah mendidik anak-anak kearah yang sempurna. Menurut Abdul Salam Yusoff (2003: 131) al-ghazali adalah seorang tokoh yang amat prihatin tentang pendidikan anak-anak. Beliau menekankan pendidikan hati dengan ilmu, mendidik jiwa dengan ibadah, mengenal Allah SWT dan mendekati tuhan. 1.3 Pernyataan Masalah Dalam proses pengajaran kanak-kanak pada hari ini, kaedah pengajaran yang baik amat penting bagi menarik minat mereka terhadap menuntut ilmu. Selain itu, kaedah pengajaran juga bertujuan agar guru-guru dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan. Kepelbagaian kaedah yang ada dalam pengajaran yang digunakan disekolah menengah, rendah dan prasekolah telah menyebabkan kecenderungan ibu bapa menghantar anak-anak mereka disekolah-sekolah tersebut. Ini kerana, setiap sekolah yang mempunyai guru-guru yang bijak, akan dapat menjalankan kaedah pengajarannya dengan baik. Pembentukan anak-anak akan lebih terkesan apabila guru-guru berjaya menggunakan kaedah yang baik dan sempurna.

8 Di Bachok, ramai kanak-kanak yang memasuki pusat asuhan selain PASTI seperti TABIKA, TADIKA, TASKI dan sebagainya. Namun begitu, kanak-kanak yang menamatkan prasekolah di PASTI dapat mengaplikasikan apa yang dipelajarinya dalam kehidupan mereka. Menurut Ahmad Yaakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan dalam Harakah.Net (2006) pelajar-pelajar lepasan PASTI lebih berdisiplin dan berakhlak walaupun mereka belajar di sekolah kebangsaan. Dalam hal ini, sudah pasti ada sesuatu yang telah dilakukan oleh guru-guru PASTI menyebabkan kanak-kanak ini berjaya. Salah satu sebabnya adalah proses pengajaran yang telah dilakukan oleh guru-guru pusat asuhan tersebut. Melihatkan keadaan ini mesti ada sebab mengapa kanak-kanak PASTI berjaya dalam pembelajaran mereka. Selain tarikan dari sudut Islam, mesti ada tarikan lain menyebabkan kanak-kanak berjaya di PASTI. Kenyataan itu seolah-olah menggambarkan kita bahawa adakah pusat asuhan yang lain tidak mempunyai guru-guru yang pandai mengajar, guru-guru tidak mengetahui kaedah mengajar kanak-kanak dengan betul atau sebab lain. Pusat Asuhan Tunas Islam yang menjadi batasan kajian dalam kajian ini adalah salah satu pusat asuhan kanak-kanak dalam pendidikan yang berasaskan Islam. Pusat ini menjalankan proses pengajaran kanak-kanak dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu yang dapat menarik minat mereka untuk belajar di sini. Hal ini menyebabkan ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar agama Islam dan akademik di sini. Penyelidik menjalankan kajian bagi mengenalpasti penggunaan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru-guru PASTI serta kekuatan kaedah-kaedah tersebut. Berdasarkan kajian yang lepas, diperhatikan ramai ibubapa menghantar anakanak mereka ke pusat asuhan ini kerana amat tertarik dengan teknik yang digunakan oleh guru-guru PASTI dalam mengajar anak-anak mereka.

9 1.4 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk : a. Mengenalpasti kaedah pengajaran yang digunakan guru-guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). b. Mengenalpasti kaedah utama yang digunakan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). c. Mengenalpasti pengetahuan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) terhadap kaedah lain. 1.5 Persoalan Kajian a. Apakah kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru-guru di Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI). b. Apakah kaedah utama yang digunakan oleh guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI). c. Apakah pengetahuan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) terhadap kaedah lain. 1.6 Kepentingan Kajian Penyelidik sangat berharap agar kajian yang telah dijalankan ini dapat dimanfaatkan samada oleh pihak kerajaan, media massa, pentadbiran Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), guru-guru terlibat serta ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan yang ingin di sampaikan :

10 1. Mengetahui kekuatan kaedah yang digunakan oleh guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan perkara akan dapat dijadikan panduan di masa hadapan. 2. Dapatan kajian ini diharap dapat mendorong guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) lebih bersemangat untuk menjalankan kaedah mengajar yang lebih berkesan. 3. Dapat memberi garis panduan kepada semua pihak yang bertanggungjawab, supaya dapat merancang strategi yang lebih berkesan untuk meningkatkan prestasi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) 1.7 Batasan Kajian Kajian ini telah dilakukan terhadap guru-guru PASTI kawasan Bachok. Penyelidik memilih kesemua guru-guru PASTI kawasan Bachok yang terdiri daripada 34 orang guru sebagai responden. Kajian ini hanya terbatas kepada guru-guru PASTI yang menjadi responden sahaja dan tidak menggambarkan keseluruhan guru-guru PASTI di Malaysia. Responden yang dipilih oleh penyelidik terdiri daripada guru-guru PASTI kawasan Bachok termasuk lelaki dan perempuan. 1.8 Skop Kajian Skop kajian ini dijalankan oleh penyelidik berdasarkan kaedah pengajaran Islam dan konvensional. Antara kaedah yang dikaji oleh penyelidik terhadap responden ialah kaedah pengajaran menurut Ahmad Mohd Salleh (2000:192) iaitu kaedah hafalan, kaedah soaljawab, kaedah lawatan, kaedah halaqah, kaedah imlak, kaedah permainan, kaedah demonstrasi (tunjukcara) dan kaedah bercerita. Selain itu,

11 penyelidik juga mengkaji kaedah-kaedah lain seperti kaedah kuliah, kaedah diskoveri/penemuan, kaedah projek dan kaedah simulasi. 1.9 Takrifan Istilah 1.9.1 Kaedah Kaedah ialah satu siri tindakan guru yang sistematik serta berurutan dimana ia bertujuan untuk mencapai objektif yang spesifik, iaitu jangka masa pendek sesuatu pelajaran. Kaedah juga bermaksud penyusunan terhadap isi pelajaran berdasarkan objektif (Ee Ah Meng 1999:35) 1.9.2 Pengajaran Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada orang lain iaitu pelajar. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian secara berkesan (Mok Soon Sang 2000:1 ). Menurut Abdul Hamid Othman dalam Kertas Kerja Seminar Dan Ekspo Pendidikan Islam (1988: 23) pengajaran beerti pemindahan pengetahuan, pendidikan seseorang yang mempunyai pengetahuan kepada orang lain yang belum mengetahui.

12 1.9.3 Kaedah Pengajaran Kaedah pengajaran merupakan alat penyambung atau penggerak dua hala iaitu dari pihak pengajar dan pelajar yang sifatnya sentiasa berinteraksi dan saling mempengaruhi. (Abdullah Ishak 1995:66). 1.9.4 Pusat Asuhan Tunas Islam Menurut Noresah Baharom dalam Kamus Dewan (2004:1075) pusat membawa maksud tempat tumpuan berbagai kegiatan. Asuhan membawa maksud memelihara dan memberi tunjuk ajar atau menjaga dan mendidik anak-anak kecil. Tunas Islam membawa maksud anak atau zuriat orang-orang beragama Islam. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dalam kajian ini adalah sebuah prasekolah Islam yang telah bermula akhir tahun 1970an yang mana pada peringkat awalnya di beri nama Tadika Islam. Ia juga membawa maksud tempat pembelajaran awal kanak-kanak yang berusia dari 4 tahun hingga 6 tahun. Mereka diajarkan dengan membaca, menulis, dan mengira melalui asas Islam yang kukuh. 1.10 Kesimpulan Dalam bab satu ini telah membicarakan tentang tajuk-tajuk yang berkaitan dengan pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, kepentingan kajian, persoalan kajian, skop kajian, definisi atau istilah serta kesimpulan.