ABSTRAK FARIZA MD SHAM 3 AZYYATI MOHD NAZIM 1. Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor, Malaysia.

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENDEKATAN MOTIVASI DALAM DAKWAH REMAJA (Motivation Approach of Dakwah for the Teenager)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

BAB 1: PENGENALAN. mendapati ada wanita yang sanggup melakukan perkara di luar norma masyarakat atau

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

TEORI MASLOW DAN KAITANNYA DENGAN KEHIDUPAN MUSLIM (Maslow s Theory and its Relation to Muslim s Life)

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Faktor Dalaman Dalam Pembentukan Tingkah laku Beragama Menurut al-ghazali dan Sigmund Freud

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Spiritual

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

PERANAN SPIRITUAL DALAM RAWATAN PALIATIF

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

APLIKASI MODUL TERAPI JIWA DALAM KALANGAN PESAKIT MENTAL DAN FAEDAHNYATERHADAP KESIHATAN JIWA MOHD NASIR BIN MASROOM

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Special Issue 3 (2017): 011 ISSN: x

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

TEKANAN MENTAL DALAM PERKAHWINAN DAN PENYELESAIANNYA MENURUT UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

Transcription:

Jurnal Hadhari 7 (2) (2015) 63-73 www.ukm.my/jhadhari PENDEKATAN PSIKOLOGI DAKWAH DALAM MENANGANI REMAJA BERISIKO: FOKUS PENDEKATAN BIMBINGAN JIWA (Psychology of Da wah to Deal Adolescents at Risk: Focusing on Spiritual Counselling) 1, 2 FARIZA MD SHAM 3 AZYYATI MOHD NAZIM 1 Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor, Malaysia. 2 Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor, Malaysia. 3 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu, Malaysia. ABSTRAK Peringkat remaja, zaman penuh dengan risiko hasil perubahan dari aspek psikologi, biologi dan sosial. Perubahan ini, kadang-kadang memberi cabaran dan tekanan kepada remaja yang kurang bersedia dengan kehadirannya. Mereka tidak berupaya menyesuaikan atau menerima dengan mudah perubahan tersebut. Kesan dari tekanan dan ketegangan emosi, remaja menunjukkan sikap yang agresif, mudah memberontak, marah yang tidak dapat dikawal dan terlibat dalam masalah sosial. Remaja seperti ini tergolong dalam kumpulan remaja yang berisiko. Oleh itu, remaja berisiko perlu diberi bimbingan pada peringkat awal, agar mereka tidak terjerumus ke dalam jenayah yang lebih berat. Bimbingan jiwa merupakan salah satu pendekatan dalam psikologi dakwah bagi menangani permasalahan remaja berisiko. Oleh itu, penulisan ini akan membincangkan tentang pendekatan psikologi dakwah menangani permasalahan remaja berisiko dengan memfokuskan kepada kaedah bimbingan jiwa. Terdapat tiga kaedah bimbingan jiwa iaitu, kaunseling secara langsung, bimbingan secara berkelompok, bimbingan keluarga dan perkahwinan. Bimbingan jiwa yang berasaskan ajaran agama Islam, mampu menangani permasalahan remaja berisiko. Kata kunci: Remaja berisiko; psikologi dakwah; bimbingan jiwa; kaunseling; agama. Corresponding author: Fariza Md Sham, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia, mel-e: farisham@ukm.edu.my Diserahkan: 14 April 2015 Diterima: 7 Jun 2015 63

Jurnal Hadhari Volume 7 (2) (2015) 63-73 ABSTRACT Adolescence, age fraught with risks from changes in terms of psychology, biology and social. This change, sometimes a challenge and pressure on those who are less ready with his presence. They were not able to adjust or easily accept changes in their life. As a result of emotional stress and tension, aggressive adolescents showed attitude, easy rebellious, uncontrollable anger and engage in social issues. Such adolescents belong to a group of teenagers at risk. Therefore, adolescents at risk should be given guidance at an early stage, so that they do not fall into the more severe crime. There are three methods of counselling psychologist, direct counselling, counselling in group and family counselling and marriage. Based on spiritual counselling, is capable of handling the problems of adolescents at risk. Keywords: Adolescents at risk; psychology of da wah; spiritual counselling; counselling, religion. PENGENALAN Daripada perspektif Islam, remaja dianggap sudah cukup umur atau diistilahkan sebagai baligh. Pada peringkat remaja, golongan ini mengalami peralihan zaman, antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa. Pada peringkat usia remaja, berlaku perubahan yang pesat sama ada perubahan biologi, fizikal, mental dan emosi serta perubahan tanggungjawab dan peranan. Untuk mengimbangi perubahan-perubahan ini, golongan remaja sering berhadapan dengan masalah dan konflik. Dengan sebab itu, berlakulah ketegangan dan tekanan emosi dalam diri remaja. Bagi remaja yang bersedia dengan kehadiran masalah dan sanggup menerimanya dengan hati terbuka, mereka berjaya menerima perubahan-perubahan itu sekalipun kadang kala pahit baginya. Tetapi bagi sesetengah remaja pula, tidak berupaya menyesuaikan atau menerima dengan mudah perubahan tersebut, lalu menunjukkan gangguan psikologi pada dirinya. Keadaan ini boleh menimbulkan ketegangan dan tekanan kepada emosi remaja. Akibat dari tekanan yang dialami, remaja mungkin menunjukkan sikap yang agresif, mudah memberontak, marah yang tidak dapat dikawal, kemurungan dan terlibat dengan masalah sosial seperti merokok, lumba haram dan dadah bagi melepaskan rasa tertekan. Bagi mengatasi permasalahan ini, pencegahan awal perlu dilakukan. Antara kaedah pencegahan awal ialah mengenal pasti ciri-ciri remaja berisiko. Apabila ciriciri remaja berisiko dapat dikesan, maka proses intervensi dapat dilakukan lebih awal agar remaja dapat mempersiapkan diri menjadi lebih kuat dari sudut jiwa dan psikologi mereka dalam menghadapi cabaran dunia remaja. 64

Pendekatan Psikologi Dakwah dalam Menangani Remaja Berisiko: Fokus Pendekatan Bimbingan Jiwa REMAJA BERISIKO Dalam menjelaskan dan menerangkan siapakah remaja terdapat pelbagai pendapat. Ulama fukaha melihat dari sudut kanak-kanak yang telah mencapai umur baligh adalah sebagai remaja. Kebanyakan ulama fukaha berpendapat umur baligh tersebut adalah antara 15 hingga 18 tahun (Muhammad Abu Zahrah t.th.). Namun begitu, terdapat juga kanak-kanak yang mencapai umur baligh lebih awal, berdasarkan tanda-tanda baligh seperti keluar air mani apabila dia bermimpi bagi kanak-kanak lelaki dan keluar darah haid bagi kanak-kanak perempuan. Mu jam Ilmu al-nafs (Fakhir Akil 1985), disebut sebagai murahaqah iaitu bermula dari baligh dan berakhir apabila mencapai umur dewasa. Menurut kebanyakan ahli psikologi Barat, penetapan remaja adalah berdasarkan umur antara 15 hingga 18 tahun dan juga tanda-tanda fizikal (Fariza Md Sham 2013). Oleh itu, berdasarkan takrif yang dinyatakan, dapat dibuat kesimpulan bahawa remaja merupakan salah satu peringkat dalam proses perkembangan manusia. Ia merupakan peringkat peralihan antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa. Peringkat perkembangan ini merangkumi aspek fizikal seperti perubahan pada tubuh badan dan aspek psikologi seperti perubahan mental dan emosi. Perubahan yang berlaku kepada aspek fizikal dan psikologi ini pula, akan turut mempengaruhi perkembangan sosial dan moral individu. Remaja berisiko pula, ialah remaja yang menghadapi masalah perlakuan atau remaja yang terdedah kepada faktor-faktor berisiko akan menjadi lemah dan peluang untuk berdepan dengan perlakuan bermasalah adalah tinggi (Azyyati Mohd Nazim 2014). Manakala dari aspek istilah, Kamus Dewan (1999) mendefinisikan risiko sebagai kemungkinan menemui bahaya, kerugian atau kecederaan. Istilah berisiko pula didefinisikan sebagai diancam oleh kemungkinan kerugian, kegagalan dan dalam keadaan bahaya. Ringkasnya, kebanyakan kamus lebih suka mengaitkan perkataan risiko dengan tema bahaya. Faktor yang menyebabkan remaja berada dalam berisiko adalah pelbagai. Antaranya, faktor keluarga, rakan sebaya, sekolah dan budaya (Azyyati Mohd Nazim 2014). Berteraskan kepada pendekatan ekologikal, perlakuan-perlakuan bermasalah di peringkat remaja adalah berhubung rapat dengan masalah perkembangan remaja itu sendiri. Justeru, dalam kajian (Baruch & Stutman 1994; Wozniak & Fischer 1993) menunjukkan faktor persekitaran luar negatif seperti proses dalam keluarga, kumpulan rakan sebaya, sokongan sosial dan sumber-sumber komuniti, keselamatan jiran, mutu kehidupan dan institusi-institusi tertentu begitu rapat hubungannya dengan proses perkembangan perlakuan di kalangan remaja (Mohammad Nasir Bistaman 2006). 65

Jurnal Hadhari Volume 7 (2) (2015) 63-73 Oleh itu, faktor persekitaran luar negatif tersebut dianggap sebagai faktorfaktor berisiko yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada perlakuan bermasalah terutamanya pada peringkat remaja. Kanakkanak atau remaja yang terdedah dengan persekitaran sosial berisiko dianggap sebagai kanak-kanak atau remaja berisiko (Garmezy 1991). Kajian tentang kanakkanak dan remaja berisiko telah dijalankan secara menyeluruh dan melibatkan pelbagai metodologi sama ada kaedah kajian kes secara sejarah individu atau kajian rentas (cross-sectional) dalam jangka pendek dan jangka panjang. Dalam kajian Psikologi Abnormal (Egeland et. al 1996; Harper 2000; Popper et. al 2000) terutamanya perkembangan psikopatologi, ramai pengkaji telah mengaitkan antara punca awal kekacauan adalah melibatkan faktor berisiko seperti persekitaran keluarga, rakan sebaya, kejiranan, persekolahan dan kemiskinan serta pengalaman awal ketika peringkat kanak-kanak dan remaja. Kekacauan awal ini berkesudahan dengan tingkah laku yang bermasalah seperti ketagihan dadah dan alkohol, gengsterisme, masalah melibatkan seksual (pelacuran dan serangan seks) dan depresi sehingga membawa kepada masalah membunuh orang atau bunuh diri pada peringkat remaja atau dewasa (Mohammad Nasir Bistaman 2006). Remaja berisiko juga dikaitkan dengan faktor perkembangan psikologi remaja. Menurut pakar psikiatri dan psikologi, didapati bahawa remaja yang mengalami gangguan psikologi seperti kebimbangan dan kemurungan yang berlaku di peringkat awal sekolah rendah memberi kesan kepada masalah perlakuan yang sama pada peringkat remaja. Contohnya, jika semasa kanak-kanak mereka mengalami masalah perlakuan antisosial, turut meningkatkan risiko kepada perlakuan antisosial pada peringkat remaja (Azyyati Mohd Nazim 2014). 66 CIRI-CIRI REMAJA BERISIKO Ciri-ciri remaja berisiko boleh dikenal pasti melalui peringkat perkembangan, status sosio-ekonomi dan jantina. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Azyyati, Fariza & Salasiah (2013), mendapati antara ciri-ciri kanak-kanak dan remaja bermasalah adalah berlatarbelakangkan sistem keluarga yang tidak berfungsi, kemiskinan, kehidupan yang dilalui penuh dengan kekacauan dan terlepas dari ikatan kekeluargaan dan kasih sayang serta pemerhatian. Selain itu, yang berada dalam keadaan ketakutan pada peringkat awal kanak-kanak (Achenbach & Edelbrock 1981), suka membantah, bertumbuk, biadab, menghadapi masalah persekolahan pada peringkat awal remaja, mengalami kemurungan, ponteng (Edelbrock 1989) dan penyalahgunaan dadah pada peringkat akhir remaja (Mohammad Nasir Bistaman 2006). Kanak-kanak dan remaja dari SES (sosioekonomi status) rendah didapati lebih cenderung menghadapi masalah (Achenbach & Edelbrock 1981; Achenbach et.al 1991), kurang cekap (Achenbach et.al 1991), menghadapi masalah bersifat

Pendekatan Psikologi Dakwah dalam Menangani Remaja Berisiko: Fokus Pendekatan Bimbingan Jiwa luaran (externalizing behaviors) seperti merosakkan barang-barang orang lain dan bertumbuk (Achenbach & Edelbrock 1981) berbanding dengan remaja daripada SES lebih tinggi. Masalah yang dihadapi oleh remaja daripada SES sederhana pula lebih bersifat dalaman (internalizing behaviors) seperti ketakutan dan kemurungan (Achenbach & Edelbrock 1981). Kanak-kanak dan remaja juga lebih bermasalah apabila kurang berhubung dengan orang dewasa di rumah, datang daripada pasangan yang bersekedudukan, ibu bapa yang tinggal berasingan atau bercerai, tinggal bersama keluarga yang mempunyai pembantu rumah dan tinggal bersama ahli keluarga yang menghadapi masalah mental (Achenbach et.al 1991). Di samping itu, kajian Achenbach & Edelbrock (1981), remaja lelaki lebih tinggi ciri-ciri bermasalah berbanding remaja perempuan (Mohammad Nasir Bistaman 2006). Berdasarkan kepada bukti-bukti daripada pelbagai kajian dan berteraskan kepada pendekatan ekologikal yang telah dibincangkan di atas, jelas menunjukkan fenomena remaja berisiko berkait rapat dengan masalah perkembangan remaja. Ia melibatkan persekitaran luar yang negatif atau faktor-faktor berisiko seperti proses dalam keluarga, kumpulan rakan sebaya, sokongan sosial dan sumber-sumber komuniti, keselamatan kejiranan, mutu kehidupan dan melibatkan institusi-institusi berkaitan seperti sekolah. Faktor-faktor berisiko ini menjadi penyebab terhadap perlakuan bermasalah dalam kalangan remaja (Azyyati Mohd Nazim 2014). PENDEKATAN PSIKOLOGI DAKWAH Zaman remaja yang penuh risiko amat memerlukan pendekatan dakwah yang berhikmat dalam proses memberi bimbingan kepada golongan ini. Amat serasi sekiranya pendekatan psikologi dakwah digunakan terhadap golongan ini. Ini kerana pendekatan psikologi dakwah menumpukan terus kepada pemulihan dari aspek jiwa dan rohani remaja tersebut. Psikologi dakwah merupakan dua gabungan perkataan iaitu psikologi dan dakwah yang saling mempunyai hubungan antara keduanya. Bagi menjelaskan hubungan ini, dipetik penjelasan yang diberikan oleh Abdul Aziz Mohd Zin (1999). Beliau menjelaskan psikologi dakwah sebagai dakwah mengikut cara psikologi, penggunaan psikologi dalam dakwah, dakwah melalui pendekatan psikologi dan kajian jiwa manusia untuk dakwah. Seterusnya psikologi dakwah diertikan juga sebagai ilmu pengetahuan yang bertugas mempelajari dan membahaskan tentang segala gejala hidup kejiwaan manusia yang terlibat dalam proses kegiatan dakwah (H.M Ariffin 1977). Manakala menurut Jamaluddin Kafie (1993) dalam bukunya Psikologi Dakwah, telah mengkategorikan psikologi dakwah termasuk dalam pembicaraan metode dakwah yang menggabungkan antara ilmu psikologi dan dakwah. 67

Jurnal Hadhari Volume 7 (2) (2015) 63-73 Mengenai sumbangan psikologi dakwah terhadap penyelesaian kepada pelbagai masalah manusia pernah dibentangkan oleh Norazlan Hadi Yaacob dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam Persidangan Psikologi Malaysia 2003. Beliau menyatakan bahawa pendekatan psikologi dakwah mampu menyelesaikan masalah dalam pembangunan manusia yang bersifat menyeluruh dan seimbang sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Norazlan Hadi Yaacob 2003). Daripada pelbagai penjelasan yang telah dikemukakan oleh beberapa sarjana dalam bidang dakwah, dapat dibuat kesimpulan bahawa psikologi dakwah merupakan satu pendekatan atau metode dalam dakwah yang menggabungkan antara disiplin psikologi dan dakwah. Dari segi psikologi, dakwah dalam prosesnya dilihat sebagai pembawa perubahan atau suatu hasil. Manakala dari segi dakwah pula, psikologi banyak memberikan jalan kepada perumusan dakwah, pemilihan medium dakwah, pemahaman jiwa sasaran dakwah (manusia) dan penentuan metodenya. Oleh itu, psikologi dakwah merupakan satu alat bantu atau satu pendekatan dakwah yang boleh digunakan oleh para pendakwah dalam membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan manusia. Antara pendekatan psikologi dakwah yang boleh digunakan oleh para pendakwah untuk golongan remaja berisiko, antaranya pendekatan kaunseling, pendekatan emosi, pendekatan menggerakkan minda, pendekatan motivasi (Fariza Md Sham 2013) dan bimbingan jiwa (Azyyati Mohd Nazim 2014). Dalam perbincangan ini hanya menumpukan kepada pendekatan bimbingan jiwa (al-irsyad) sahaja. BIMBINGAN JIWA REMAJA DAN BELIA Terdapat beberapa pendekatan dalam kaedah bimbingan dan kaunseling. Matlamat bimbingan dari aspek jiwa adalah untuk membantu para remaja yang berisiko menyelesaikan masalahnya terutama jika jenis masalah itu didorong oleh faktor peribadi atau personaliti. Pengertian personaliti oleh al-ghazali (2005) adalah merangkumi keseluruhan diri individu. Diri individu itu pula meliputi dua aspek iaitu jasmaniah (luaran) dan rohaniah (dalaman). Oleh itu, remaja perlu dibimbing dari aspek jasmani dan rohani. Manakala kefahaman mengenai kesedaran diri seorang remaja adalah menerusi tugasan yang dilakukan oleh manusia dalam pelbagai peringkat usia. Bimbingan dari aspek jiwa adalah merujuk kepada kepelbagaian dorongan emosi dan jiwa. Terdapat tiga kaedah bimbingan dan kaunseling dalam menangani remaja (al-zarrād 1995). Pertama: Bimbingan Secara Langsung (Directive Counseling) Kaedah ini digunakan untuk mengkaji individu, mengetahui tahap kemampuannya dan maklumat lazim seperti pekerjaan, pembelajaran atau pengkhususan bagi 68

Pendekatan Psikologi Dakwah dalam Menangani Remaja Berisiko: Fokus Pendekatan Bimbingan Jiwa membantu individu terbabit dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Jenisjenis kaunseling adalah seperti kaunseling komuniti, keluarga, perkahwinan, agama, rawatan, akhlak, pemulihan, kesihatan dilakukan secara perjumpaan (interview) dan pemerhatian (observation). Dalam kaedah pemerhatian, ujian psikologi digunakan sebagai pengukuran. Terapi analisa ringkas (Brief analytical therapy) digunakan untuk memberi peluang kepada individu menceritakan sendiri permasalahannya. Dalam situasi ini, ujian psikologi seperti T.A.T, ujian IQ, ujian projektif seperti ujian Roscharch digunakan (al-zarrād 1995). Kaedah kaunseling dan dakwah digunakan untuk membimbing individu dalam aspek keimanan kepada Allah dan pegangan akidah dalam merawat permasalahan individu (al-zarrād 1995). Setiap manusia melaksanakan tugasan yang bersesuaian dengan kemampuannya. Seterusnya setiap orang akan melakukan peranan yang sesuai dalam kehidupan. Hasil dari itu, seseorang akan merasai harga dirinya dan kesungguhan dalam menjalani kehidupan setelah menyedari matlamatnya. Oleh yang demikian, usia remaja ialah waktu yang sangat sesuai untuk dibimbing dan diberi tunjuk ajar dalam memikul tanggungjawab apabila sudah sampai akil baligh (al-nughaymishi 1414 H). Menurut pandangan pakar rawatan berkonsepkan agama mengenai faktor paling utama yang membawa kepada penyakit yang berkaitan dengan jiwa manusia ialah kesesatan dan kehidupan yang jauh dari agama, kelemahan iman, lemah ukuran dan nilai akhlak dan agama, tidak melaksanakan dan mengamalkan suruhan ibadat, lemah dalam kawalan hawa nafsu, melakukan maksiat kepada Allah, menyekutukan Allah, berfikiran bebas iaitu tidak mempercayai kewujudan Allah, konflik antara nilai kebaikan dan keburukan, halal dan haram, hak dan batil. Kesemua faktor tersebut membawa sifat kebimbangan dalam diri manusia dan menghantui jiwa dalamannya dan menyakitinya. Kesannya membuatkan manusia tiada penyesuaian dari aspek jiwa, pemikiran, sosial dan membuatkan rasa berdosa dan akhirnya terjebak kepada tingkah laku yang menyeleweng dan menyimpang (al-zarrād 1995). Oleh yang demikian, rawatan dalam bentuk keagamaan sangat menekankan kepada pembinaan sahsiah mengikut garis panduan agama selain menggunakan pendekatan akal dan logik. Pakar psikoanalisis meyakini bahawa faktor agama sangat utama dalam mengembalikan ketenangan jiwa, keamanan dalam diri individu. Agama dapat memperbaiki situasi dirinya dan menjadikannya lebih mampu untuk menghadapi permasalahan hidup dan penyelesaiannya. Dalam rawatan berasaskan agama, ia bergantung kepada proses mengenali diri sendiri, agama, nilai-nilai rohani dan akhlak. Seterusnya, individu dapat membebaskan diri dari perasaan berdosa dan membantu dalam menerima diri sendiri dan memenuhi keperluan dirinya dengan rasa aman. Inilah pendekatan agama yang boleh dilaksanakan oleh pakar rawatan jiwa, ahli pendidik, ibu bapa dan ahli agama dalam menjalankan proses kaunseling agama yang menjadikan seseorang dapat melihat jauh lebih mendalam dimensi permasalahannya 69

Jurnal Hadhari Volume 7 (2) (2015) 63-73 dan mengenali sebab dan punca kesengsaraan serta dorongan yang membawa ke arah itu (al-zarrād 1995). Dalam rawatan berkonsepkan agama, manusia menjadi saksi atas segala tingkah lakunya. Walaupun pelbagai alasan diberikan tetapi manusia yang menerima dirinya menyedari hakikat dan rahsia ketuhanan ke atas sesuatu kejadian yang berlaku. Firman Allah SWT (al-qiyāmah: 14): Terjemahan: Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri. Dalam pendekatan bimbingan dan kaunseling agama, individu yang terlibat akan memperoleh hala tuju, pemikiran, nilai baru dan menjadi lebih mampu mengawasi diri, mengawal tingkah laku, meringankan derita perasaan, membersihkan jiwa dan memohon taubat dan keampunan kepada Allah SWT. Hal ini selari dengan perintah Allah seperti dalam Firman Allah SWT (al-taḥrim: 8): Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya. Sehubungan ini, pendekatan bimbingan dan kaunseling agama digunakan dalam merawat permasalahan remaja dan golongan muda khususnya terhadap permasalahan yang melibatkan emosi dan psikologi seperti gangguan personaliti ( - personality disorders), penyakit berkenaan neurotik ( ) seperti masalah ketagihan, penyimpangan seksual, kebimbangan, ketakutan, was-was, histeria, hypochondria ( ), tingkah laku agresif dan lain-lain jenis masalah sosial. Pendekatan yang digunakan ialah psikoterapi tingkah laku kognitif (Cognitive Behavioral Psychotherapy) dan kesedaran diri (self assertive). Pendekatan sebegini diakui oleh sebilangan besar pakar perubatan psikologi seperti J Wolpe dan A. Lazarus terhadap kepentingan melatih individu yang terlibat dalam permasalahan yang dihadapinya. Selain itu, pendekatan psikologi menerusi meluahkan perasaan (feelings talks), meluahkan perasaan yang terpendam (suppression) dalam bentuk kalimat yang jelas dengan penuh kesedaran akan menambahkan individu terbabit terhadap pengawasan dirinya (self regulation). Sekiranya bermasalah dari sudut kesihatan, dirawat secara pemeriksaan perubatan dan disusuli dengan proses kaunseling dan rawatan (al-zarrād 1995). Kedua: Rawatan Jiwa Secara Berkelompok (Group Psychotherapy) Dalam menangani permasalahan remaja dan golongan muda, rawatan jiwa secara berkumpulan (Group psychotherapy) juga boleh dilakukan selain rawatan secara individu (al-zarrād 1995). Rawatan jiwa secara berkumpulan menerusi perbincangan 70

Pendekatan Psikologi Dakwah dalam Menangani Remaja Berisiko: Fokus Pendekatan Bimbingan Jiwa dan analisis permasalahan individu mengikut pandangan kumpulan. Kaedah ini digunakan dalam merawat permasalahan remaja dan golongan muda yang mempunyai ciri-ciri tidak ada kemahiran sosial dan hubungan kemasyarakatan, mudah terpengaruh dengan orang lain dari segi perasaan, simpati, emosi dan suka menyendiri. Situasi ini digunakan dalam rawatan jiwa secara berkumpulan adalah untuk memperbetulkan pendirian yang salah dalam kalangan kumpulan remaja yang antaranya dikuasai perasaan malu, tiada kesedaran diri sendiri (self assertive), mengalami konflik dan lemah dalam menggunakan akal fikiran (al-zarrād 1995). Ketiga: Rawatan Keluarga dan Perkahwinan (Family And Marriage Psychotherapy) Pendekatan dalam menangani masalah remaja dan golongan muda dapat dilaksanakan secara rawatan keluarga dan perkahwinan (Family and Marriage psychotherapy). Ini adalah kerana suasana keluarga dan persekitarannya mempunyai pengaruh kepada pembawaan tingkah laku dan masa hadapan anak-anak (al-zarrād 1995). Dalam kaedah rawatan jiwa secara berkeluarga dan perkahwinan (Family and Marriage psychotherapy), bimbingan akan diberikan kepada remaja dan golongan muda yang mengalami permasalahan dari sudut keluarga. Oleh yang demikian, fungsi kekeluargaan yang gagal adalah punca dan asas kepada permasalahan jiwa dan tingkah laku remaja. Sekiranya ahli-ahli keluarga mampu membantu dengan segala usaha dan ikhtiar untuk menangani permasalahan anak remaja, demikian jugalah ahli-ahli keluarga yang bertanggungjawab mempengaruhi permasalahan remaja dan membantut perkembangan baik usia remaja. Justeru, kaedah rawatan yang melibatkan keluarga remaja bertujuan mengukuhkan sistem kekeluargaan, mendukung perasaan individu dan menguatkan ikatan hubungan perkahwinan. Sekiranya ahli-ahli keluarga yang terbabit enggan menjalani proses rawatan, maka hendaklah diadakan alternatif lain seperti temu bual perseorangan, pemerhatian dan akhirnya dilakukan proses interaksi sesama semua ahli keluarga remaja yang bermasalah. Selain itu, beberapa jenis soalan dan ujian boleh diajukan untuk tujuan penilaian keluarga (al-zarrād 1995). KESIMPULAN Remaja berisiko ialah remaja yang mempunyai potensi untuk terlibat dalam masalah sosial kerana pelbagai faktor seperti faktor persekitaran, keluarga, sosio-ekonomi dan peribadi. Bagi melindungi remaja berisiko terus terlibat dalam gejala sosial, mereka perlu diberi bimbingan dari sudut spiritual. Proses bimbingan jiwa adalah satu proses yang beransur-ansur kerana proses ini melibatkan tazkiyyah al-nafs dan riyadah al-nafs. Oleh itu, para pembimbing memerlukan kesabaran dan kemahiran dalam menangani remaja berisiko. 71

Jurnal Hadhari Volume 7 (2) (2015) 63-73 RUJUKAN Al-Quran. Abdul Aziz Md Zain. 1999. Psikologi Dakwah. Kuala Lumpur: JAKIM. Achenbach, T.M. & Edelbrock,C.S. 1981. Behaviour Problems and Competencies Reported by Parents of Normal and Disturbed Children Age Four through Sixteen. Monograf 46 (Vol.1.No 188), The Society for Research in Child Development, http://www.proquest.umi.com/pqdweb (25 Julai 2001). Achenbach, T.M., Howell, C.T., Quay, H.C. & Conners, C.K. 1991. National Survey of Problems and Competencies among for to Sixteen-year-olds. Monograf 225 (Vol.56, No. 3), The Society for Research in Child Development, http://www. proquest.umi.com/pqdweb (25 Julai 2001). Azzyati Mohd Nazim. 2014. Peranan NGO Islam dalam Menagani Remaja Berisiko di Kuala Terengganu. Tesis PhD, Fakulti Pengajian Islam. Bangi: UKM Azzyati Mohd Nazim, Fariza Md Sham, Salasiah Hanin Hamjah. 2013. Ciri-Ciri Remaja Berisiko. Tinjauan Literatur. Jurnal Islamiyyat. Jil. 35(1).Bangi: Penerbit UKM. Baruch, R.& Stutman, S. 1994. Strategies for Forstering Resilience. Washington DC: Institute for Mental Health Initiatives. Edelbrock, C.S. 1989. Self-reported Internalizing and Externalizing Problems in a Community Sample of Adolescents. Proceedings of the Society for Research in Child Development, Kansas City, April, 1989. http://www.proquest.umi.com/ pqdweb (2 Januari 2001). Egeland, B., Pianta, R. & Ogawa, J. 1996. Early Behavior Problems: Pathway to Mental Disorders in Adolescence. Journal of Development and Psychopathology 8: 735-747. Fakhir Akil. 1985. Mu jam Ilm al-nafs. Beirut: Dar El-Ilm lil Malayin. Fariza Md Sham. 2013.Perkembangan Moral, Sosial Remaja dan Pendekatan Psikologi Dakwah. Dlm. Fariza Md Sham, Siti Rugayah hj. Tibek, Othman Talib (pnyt.). Dakwah dan Kaunseling di Malaysia. Bangi: Penerbit UKM. al-ghazali. 2005. Ihya Ulum al-din. Kaherah: Dar al-bayan al-arabi. 72

Pendekatan Psikologi Dakwah dalam Menangani Remaja Berisiko: Fokus Pendekatan Bimbingan Jiwa Garmezy, N. 1991. Resilience and Vulnerability to Adverse Developmental Outcomes Associated with Poverty. Journal of American Behavioral Scientist 34(4): 416-430. Hajah Noresah Binti Baharom. 1999. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danpustaka. Harper, D.C. 2000. Developmental disorder. Dlm. A. Kazdin (pnyt.). Encyclopedia of Psychology. Hlm. 256. Washington: American Psychology Association and Oxford University Press. H.M Ariffin. 1977. Psikologi Dakwah: Suatu Pengantar Studi. Jakarta: Bulan Bintang. Jamaluddin Kafie. 1993. Psikologi Dakwah. Jakarta: Bulan Bintang. Mohammad Nasir Bistaman. 2006. Kesan Kaunseling Kelompok ke atas Penyesuaian Remaja Berisiko. Tesis PhD. Bangi: UKM. Muhammad Abu Zahrah. t.th. Usul al-fiqh.t.tp.: Dar al-fikr al-arabi. Norazlan Hadi Yaacob. 2003. Psikologi Dakwah dan Pembangunan Manusia: Satu Tinjauan Dari Perspektif Pendidikan. Kertas Kerja Persidangan Psikologi Malaysia. Langkawi, 9-11 Mei. al-nughaymishi, Abd.Aziz Muhammad. 1414 H. al-murahiqun- Dirasah Nafsiyyah Islamiyyah lil al-aba wa al-mu allimun wa al-du at.riyadh: Dar al-muslim. al-zarrad, Faisal Muhammad Khayr. 1997. Mushkilat al-murahiqah wa al- Syabab. Beirut: Dar al-nafis. Popper, S.D., Ross, S. & Jennings, K. D.2000. Development and Psychopathology. Dlm, M. Herson & R.T. Ammerman (pynt.). Advanced Abnormal Child Psychopathology. Hlm. 159-198. Mahwah, NJ: Erlbaum. Wozniak, R.H. & Fischer. 1993. Development in Context: Acting and Thinking in Specific Environments. Dlm K. W. (pnyt.). hlm. 34-69. Hlsdale NJ: Erlbaum. 73