THE ONLINE JOURNAL OF ISLAMIC EDUCATION July 2017, Vol. 5, Issue 1

Similar documents
Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

KEPENTINGAN SANAD DALAM MENJAGA KEASLIAN AL-QURAN

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

Penguasaan Bacaan Hamzah Wasal Menggunakan Kaedah Bafkad (Mastering the Reading of Hamzah Wasal Using Bafkad Method)

Matlamat. Wadah Maklumat. Simposium 2014 Methodologi Pengambilan Ilmu Dalam Islam. Buku. Internet. Ceramah TV/Radio 22/10/14&

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

Oleh. Syed Mohd Solehin bin Wan Sarip ABSTRAK

KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

MENINGKATKAN KEMAHIRAN HAFAZAN AL-QURAN MURID TAHAP 2 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAH. Oleh ABD RAZAK B.

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

KELEBIHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL- QURAN SECARA BERTAJWID MENGGUNAKAN KAEDAH AL- MATIEN

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGGUNAAN B-PoP: RASULULLAH, KEKASIH ALLAH DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI DAN MENGINGAT KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Penguasaan dan Kesalahan Bacaan dalam Surah Al-Fatihah di kalangan Pelajar DKA 1A Sesi Dis 2012 : Satu Kajian Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Khadher Ahmad * Ishak Suliaman ** Sedek Ariffin ***

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

PENGGUNAAN SUPER AYAT DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SECARA MEKANIS MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Norhadi Anwar bin Tamit

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

PENDEKATAN BIMBINGAN RUKUN SOLAT MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN KAEDAH MNEMONIK BERBANTUKAN MULTIMEDIA. Oleh

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

ANALISIS STRUKTUR FOKUS DALAM KOMUNIKASI ARAHAN GURU DALAM BILIK DARJAH

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

HAFAZAN MASRUR DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN MINAT DAN PENGUASAAN MURID UNTUK MENGHAFAZ SURAH AL- C ᾹDIYᾹT

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Transcription:

IMPLIMENTASI TALAQQI DAN MUSHAFAHAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN QIRA AT WARSH AN NAFI Mohd Abdul Nasir Abd Latif, Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi, Muhammad Hasbi Abdul Rahman, Muhammad Nadzir Ibrahim & Muhammad Akramin Kamarul Zaman ABSTRACT This article discusses the implementation of talaqqi and mushafahah by Tn Hj Sulaiman bin Ali through the teaching and learning of qira'at Warsh An Nafi '. Data were collected through a qualitative approach using document analysis tools, observations and structured interviews. The findings show that talaqqi and mushafahah are performed in Qira'at's teaching and learning through several aspects. These aspects are the selection and use of the material (mashaf al-qur'an), the implementation of the main elements in talaqqi and mushafahah, the reinforcement techniques and the provision of shahadah study (sanad readings). Implementation technique has shown how the Qur'anic reading skills are inherited and applied. It illustrates how a tradition of transfer of Quranic knowledge from one generation to another is implemented with full trust and responsibility so that the skill of the Qur'anic way of reading is preserved. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak, Malaysia muhd.nasir@fsk.upsi.edu.my Keywords: Talaqqi Mushafahah, Qira at Warsh, Tuan Hj. Sulaiman Ali 28 https://ejournal.um.edu.my/index.php/o-jie

PENDAHULUAN Meriwayatkan kaedah bacaan al-qur an memerlukan ketekunan, kebolehan dan kemahiran yang tinggi kerana ia melibatkan kesahan kaedah bacaan wahyu yang menepati qiraat yang sahih dan mutawatir. Bagi memastikan perkara ini terpelihara, kaedah pengajaran dan pembelajaran al-quran yang efektif perlu dilaksanakan. Mohd Yusuf (2000) menjelaskan tiga tahap yang meliputi tahap permulaan, perkembangan dan penutup sangat penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran al-quran. Menerusi tiga tahap yang dicadangkan ini, kaedah yang digunakan oleh al-qabisi (1955) dalam proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz boleh diberikan penekanan. Antara kaedah yang digunakan adalah kaedah talqin (mengajar), takrar (latih tubi), al-mail (cintakan al-quran) dan al-fahm (kefahaman). Dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran, kaedah talaqqi dan mushafahah mestilah merentasi semua kaedah-kaedah yang tersebut. Kaedah Talaqqi Mushafahah adalah kaedah pembelajaran atau penerimaan al-quran dari mulut ke mulut atau berguru. Ia merupakan kaedah tradisi yang terbukti berkesan dalam menyampaikan teknik sebutan dengan tepat. Kaedah ini berasaskan kepada firman Allah s.w.t: janganlah engkau (wahai Muhammad) menggerak-gerakkan lidahmu kerana hendak bersegera dengannya (membaca dan menghafaz sebelum Jibril membacanya). Sesungguhnya Kami lah yang berkuasa mengumpulkan al-qur an ke dadamu dan Kami lah yang menetapkan bacaannya pada lidahmu. Oleh itu, apabila kami selesai membacanya maka ikutlah bacaannya (Surah al-al-qiyamah 16) Menerusi ayat ini, Allah SWT menyuruh Nabi Muhammad SAW agar mendengar bacaan wahyu oleh malaikat. Ini kerana pada peringkat awal penerimaan wahyu, Nabi SAW membaca dengan cara yang gopoh sehingga mendahului malaikat. Baginda bersegera untuk menggerakkan bibirnya kerana dikhuatiri akan lupa awal ayat yang diterima sebelum ayat itu sempurna. Oleh itu baginda SAW ditegur agar jangan menggerakkan lidah dengan sebab terburu-buru dalam menerima al-qur an (Ibn. Kathir, 1999). Ini menggambarkan bahawa dalam proses penerimaan wahyu, nabi disuruh agar mendengar dengan teliti bacaan dan kemudiannya mengikuti bacaan tersebut. Proses ini mestilah dilalui dengan tenang. Menurut Sedek Arifin (2009) sehingga kini ia dianggap satu-satunya cara yang boleh digunakan untuk mengajar dan mempelajari al-quran agar menepati konsep membaca al-qur an dengan cara ia diturunkan. Mempelajari al-quran menerusi kaedah ini memberikan faedah yang besar kepada guru dan pelajar. Guru dapat memantapkan teknik pengajarannya manakala pelajar dapat menimba ilmu yang tulus, jelas, dan sempurna mengikut kehendak Allah SWT. LATAR BELAKANG KAJIAN Abd. Qadir (2015) dalam muqaddimah penulisannya Tajwid al-qur an Rasm Uthmani antara lain menegaskan bahawa bacaan yang sempurna adalah bacaan yang diambil dari ustaz yang mempunyai bacaan yang sahih dalam bidang al-qur an. Ia menjadi syarat yang wajib. Ini bertepatan dengan apa yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa Baginda mengambil bacaan daripada malaikat Jibril a.s dan Malaikat Jibril a.s mengambil bacaan dari Allah s.w.t. Ilmu Qira at adalah sebahagian dari bacaan yang diterima oleh rasulullah saw. Ini kerana wahyu yang diturunkan bersama dengan cara dan teknik bacaan kepada wahyu itu sendiri. Oleh itu, Ilmu Qiraat merupakan sebahagian daripada Al-Qur an. Ini dapat disandarkan kepada firman Allah s.w.t: Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau 29 https://ejournal.um.edu.my/index.php/o-jie

hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. Wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah. (Surah al-najm : 3-5) Ini diperkukuhkan lagi dengan hadith berikut: Dari Syihab r.a berkata; Ubaidillah meriwayatkan kepadaku bahawa Ibnu Abbas telah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Jibril telah membaca al-quran kepadaku di atas satu huruf maka aku membaca huruf tersebut dan setiap kali aku meminta tambahan lalu ia menambahkan kepadaku sehingga terkumpul tujuh huruf. (al-bukhari, 1422H) Kepelbagaian bentuk bacaan yang diterima oleh Rasulullah dapat dikenal pasti menerusi kepelbagaian bacaan yang diterima oleh para sahabat daripada Rasulullah s.a.w. Kepelbagaian ini dikenal pasti berdasarkan riwayat berikut; Umar bin Al-Khattab berkata aku mendengar Hisyam bin Hakim membaca surah Al-Furqan pada zaman Rasulullah s.a.w. Aku mendengar bacaannya, tiba-tiba beliau membaca di atas huruf yang banyak yang mana Rasulullah s.a.w tidak pernah membacanya kepadaku. Hampir aku ingin menariknya di dalam solat lalu aku bersabar sehingga beliau memberi salam, kemudian aku menarik bajunya seraya berkata; Siapakah yang membacakan surah ini kepadamu? Beliau menjawab, Rasulullah s.a.w yang membacakannya kepadaku. Lalu aku membawanya kepada Rasululah s.a.w dan mengadu tentang bacaan tersebut yang mana Rasulullah s.a.w tidak pernah membaca kepadaku. Kemudian Rasulullah s.a.w menyuruh Hisyam membaca surah itu dan baginda bersabda; begitulah ia diturunkan. Kemudian Rasulullah s.a.w menyuruh aku membacanya dan seterusnya baginda bersabda; Begitulah ia diturunkan dan sesungguhnya al-quran itu diturunkan di atas tujuh huruf, maka bacalah di antara mana-mana huruf yang mudah daripadanya (Bukhari, 1422h; Muslim, 2004). Penyampaian dan penerimaan qira at al-quran semenjak penurunannya diakui hanya melalui talaqqi dan mushafahah. Ia merupakan proses pengambilan dan penerimaan bacaan secara langsung daripada seorang imam. Penerimaan ini berbentuk rantaian sehingga sampai kepada Rasulullah s.a.w. Cara bacaan yang diterima tersebut kemudiannya diperakui kesahihannya secara konsensus oleh ilmuan al-qur an. Masyarakat Islam kemudiannya menerima qira at imam tersebut dan perakuan sandaran bacaan dikekalkan menerusi sanad penerimaan. Imam-imam qira at ini kemudiannya telah membentuk qurra yang ramai. Mereka bertebaran di seluruh pelusuk dunia dan silih berganti sehingga muncul generasi qurra yang disebut sebagai tabaqat yang masyhur pada setiap peringkat sehinggalah kepada kemunculan qira at sab ah. Oleh itu lahirlah beberapa qira at yang disandarkan kepada imam tertentu seperti qira at Warsh, qira at Ibn Kathir, qira at Hafs dan sebagainya. Surur Shihabuddin (2004) menyatakan walaupun al-qur an telah disusun dalam bentuk tulisan oleh Saidina Uthman r.a, beliau tidak mengabaikan sunnah penyampaian al-qur an itu sendiri yang mestilah diwarisi dari mulut ke mulut. Dalam menjaga kesahihan bacaan al-qur an ini, mashaf al-qur an yang berjumlah enam atau tujuh naskhah pada permulaannya itu telah dikirimkan bersama guru-guru untuk mengajar bacaannya ke negerinegeri umat Islam pada masa itu. PENYATAAN MASALAH Kemahiran membaca al-qur an khasnya kemahiran membaca berdasarkan qira at tertentu merupakan satu kemahiran yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari mereka yang benar-benar mahir serta menerima dan mempelajari kemahiran tersebut dari mereka yang diketahui sanadnya. Bimbingan dan tunjuk ajar dalam konteks ini merujuk kepada kaedah talaqqi dan mushafahah yang dijalankan oleh seorang guru ketika mengajar kemahiran membaca al-qur an. Tedapat pelbagai perbincangan secara teori dikemukakan dalam menggambarkan bagaimana kaedah talaqqi dan mushafahah perlu dijalankan dalam pengajian al-qur an. Kaedah ini yang menekankan pertemuan antara guru 30 https://ejournal.um.edu.my/index.php/o-jie

dengan pelajar, proses penerimaan bacaan dari mulut ke mulut, mengikuti bacaan guru, teknik memperbetulkan bacaan oleh guru dan bahan yang digunakan sepanjang talaqqi dan mushafahah dijalankan memerlukan satu bentuk gambaran yang jelas bagaimana semua proses ini dijalankan. Situasi ini mendorong kepada satu kajian dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana kaedah talaqqi dan mushafahah dijalankan dalam satu kelas pengajian. Bagi tujuan tersebut, satu kajian berkaitan implementasi talaqqi dan mushafahah dijalankan. Kajian ini melibatkan kelas pengajian ilmu qira at riwayat Warsh dari Qira at Nafi yang dijalankan oleh seorang tokoh ilmu qira at di negeri Terengganu. Beliau adalah Tn. Hj. Sulaiman bin Ali yang merupakan satu-satunya ulama Qira at tempatan yang masih aktif mengajar qira at tersebut di kampung Wakaf Beruas, Kuala Terengganu. Dalam waktu yang sama, beliau juga merupakan ulama al-qur an yang menerima didikan dan cara bacaan secara terus dari tokoh qari dunia dengan pengiktirafan bacaan yang paling sahih iaitu Shaykh Mahmoud Khalil al-husary. Tinjauan yang dijalankan terhadap penguasaan pelajar yang mengikuti kelas yang dikendali oleh Tn Hj Sulaiman bin Ali menunjukkan penguasaan qira at yang dimiliki oleh mereka sangat baik walaupun semua pelajar tersebut terdiri dari kalangan warga emas. Mereka bukan sahaja menguasai teori qira at berkaitan tetapi dalam waktu yang sama mereka juga berkemahiran dalam mengaplikasikan teori tersebut dalam bacaan mereka. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti elemen-elemen yang ditekankan oleh Tn Hj Sulaiman bin Ali ketika mempraktikkan kaedah talaqqi dan mushafahah dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Dalam waktu yang sama, Tn. Hj. Sulaiman mempunyai satu hasil tulisan yang khusus berkaitan Qira at Warsh dari Nafi. Tulisan tersebut bertajuk al-nur Riwayat Warsh Dari Qira ah Nafi. Tulisan ini menjadi rujukan utama oleh semua pelajar yang menerima bacaan Warsh dari beliau. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti bagaimana implimentasi talaqqi dan mushafahah yang dilaksanakan oleh Tn Hj. Sulaiman Ali dalam pengajaran dan pembelajaran Qira at Warsh an Nafi. METODOLOGI Kajian ini adalah kajian kualitatif. Data diperolehi menerusi tiga instrumen iaitu temu bual berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen. Temu bual yang dijalankan berdasarkan empat peringkat sebagaimana yang dikemukakan oleh Mohd Majid (1998) iaitu persiapan, membentuk hubungan baik, mendapatkan maklumat dan merekodkan maklumat dengan bersandarkan objektif kajian yang telah ditetapkan. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan temu bual berstruktur dengan menjadikan saranan-saranan lain sebagai garis panduan dalam memantapkan proses kutipan data yang dijalankan. Ini kerana menurut Merriam (1984) penggunaan temu bual berstruktur bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang tepat seperti maklumat sosiodemografik, umur, pendapatan, taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan sebagainya. Manakala temu bual separa berstruktur bersifat fleksibel dan keadaan ini membolehkan responden menghuraikan apa yang difikirkannya kepada penyelidik. Pemerhatian yang dijalankan pula adalah pemerhatian secara terus (direct observation) dan Pemerhatian melalui penglibatan (participant-observation) digunakan. Sebahagian penyelidik ditugaskan untuk menjalankan pemerhatian terus manakala sebahagian yang lain menjalankan pemerhatian melalui penglibatan dalam proses pengajaran yang dijalankan. Data dicatatkan berdasarkan elemen-elemen yang menepati konsep pembelajaran qira at. Analisis dokumen pula dijalankan kepada penggunaan bahan dalam talaqqi dan mushafahah yang dijalankan. Ia meliputi mashaf yang digunakan dan hasil penulisan yang telah dihasilkan oleh responden. Responden kajian ini terdiri daripada empat responden iaitu seorang responden utama (guru) dan tiga responden dari kalangan pelajar. Walaupun secara keseluruhannya terdapat 15 orang responden yang mengikuti kelas pengajian yang dijalankan, namun sebahagian mereka tidak bersedia untuk ditemu bual untuk tujuan pengumpulan data atas sebab-sebab yang tidak dapat dikenal pasti. 31 https://ejournal.um.edu.my/index.php/o-jie

DAPATAN Berikut adalah hasil dapatan kajian yang dijalankan. Pemilihan Mashaf Responden utama mencadangkan supaya pemilihan mashaf mestilah mashaf yang dicetak berdasarkan qira at Hafs iaitu mashaf yang biasa digunakan dalam bacaan al-qur an. Ini bagi tujuan memudahkan pelajar mengenali perbezaan bacaan antara qira at warsh dan qira at Hafs yang sedia ada dilazimi oleh pelajar. Menerusi mashaf ini, catatan-catatan dan nota ditulis berdasarkan pemahaman sendiri bagi tujuan rujukan dalam bacaan berdasarkan qira at warsh. Bagi responden utama, cara ini lebih mudah diingati dan banyak membantu pelajar menguasai bacaan qira ah Warsh. Dalam waktu yang sama, pelajar akan dapat membezakan antara riwayat yang sedia ada dikuasai dan yang sedang dipelajari. Namun begitu beliau tidak menolak penggunaan mashaf-mashaf yang ditulis berdasakan riwayat Warsh sebagaimana mashaf yang dikeluarkan oleh Majma` Malik Fahd Li Thibaah Mashaf Syarif. Berdasarkan pemerhatian, responden utama sendiri menggunakan mashaf sebagaimana yang beliau sarankan. Mashaf yang digunakan didapati penuh dengan catatan dan panduan dalam membaca al-qur an berdasarkan qira at Warsh. Catatan ini telah dimulakan sejak responden utama mula bertalaqqi dengan Syeikh Ibrahim iaitu guru Qira at terakhir sebelum beliau sendiri memulakan kelas pengajian. Catatan-catatan yang dilakukan oleh responden utama boleh dilihat menerusi gambar 1.1 berikut: 1.1. Tn Hj Sulaiman menggunakan Mashaf yang penuh dengan catatan berkaitan bacaan warsh. 32 https://ejournal.um.edu.my/index.php/o-jie

1.2. Sebahagian dari catatan dalam mashaf Tn Hj Sulaiman. Selain daripada membuat catatan terhadap bentuk bacaan qira ah Warsh dalam mashaf qira ah Hafs, responden utama juga menyarankan agar setiap kesalahan yang pernah dilakukan ketika membaca al-qur an ditanda dengan jelas. Ini bertujuan agar apabila membaca pada waktu yang lain, kesalahan yang pernah dibuat dapat dilihat. Ini akan membantu pelajar membuat peneguhan agar bacaan yang betul dapat dibaca pada tempat kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini. Dalam waktu yang sama, pelajar akan mengingati bentuk bacaan yang tidak menepati kaedah bacaan yang berkaitan. Kaedah ini ternyata berkesan dalam pengajaran dan peneguhan. Menurut responden P1L1: Saya suka melihat Al-Quran Tuan Haji yang mempunya dobit (catatan) macam mana. Kemudian saya akan memberitahu Tuan Guru saya selepas melihat al-quran beliau. Saya membaca juga membaca al-qur an biasa yang saya lakukan dobit (catatan). Saya melakukan demikian kerana Tuan Guru saya juga begitu. Apabila saya mula mengaji, saya akan tanya Tuan Guru saya. Tuan Guru mahu saya beli Al-Quran atau mahu saya dobit (membuat catatan). Tuan Guru saya akan menyusun saya untuk dobit. Hal ini untuk membolehkan saya mengajar mengaji apabila mempelajari dobik pada suatu hari nanti dan saya akan tahu bacaan yang betul, bacaan naqal yang betul dan lebih yakin untuk mengajar. Oleh sebab itu saya memilih dobit walaupun saya memiliki semua cetakan al-quran (qira at) Warsh. Itu (merupakan) kelebihan (pengajaran) Tuan Haji yang pertama. Beliau menulis kesalahan pada buku dan mengingati kesalahan tersebut. Talaqqi dan Mushafahah Kaedah talaqqi mushafahah adalah kaedah pembelajaran atau penerimaan al-quran dari mulut ke mulut atau berguru. Dalam hal ini responden utama menyatakan; mempelajari riwayat Warsh perlulah berguru atau disebut sebagai talaqqi/mushafahah. Ini adalah rukun pertama dalam pelajaran ilmu qira at. Talaqqi bermaksud mengambil bacaan secara berguru iaitu mempelajari dari mulut guru dengan melihat atau mendengar sebutan guru umpamanya tarqiq, taqlil, qasr, tawassut dan mad. Guru mendengar bacaan murid dan membetulkannya apabila terdapat kesalahan. Menerusi pemerhatian yang dijalankan, responden utama benar-benar menitik beratkan rukun pertama sebagaimana yang beliau nyatakan. Responden dilihat menitik beratkan bacaan agar dapat didengari dengan jelas oleh pelajar. Dalam waktu yang sama, semakan bacaan dijalankan dengan teliti yang dapat dilihat dari pelbagai sudut. Beliau mendengar bacaan murid dan membetulkannya apabila terdapat kesalahan. 33 https://ejournal.um.edu.my/index.php/o-jie

Proses talaqqi dan mushafahah yang dijalankan oleh beliau boleh dibahagikan kepada dua bentuk. Bentuk pertama adalah talaqqi mushafahah dengan pelajar berkemahiran tinggi manakala bentuk kedua pula adalah talaqqi mushafahah dengan pelajar berkemahiran sederhana. Talaqqi Mushafahah dengan Pelajar Berkemahiran Tinggi Dalam proses ini, responden utama didapati duduk ditempat yang agak tinggi (kerusi) berbanding pelajar yang memperdengar bacaan. Menerusi kedudukan ini menurut beliau, bacaan pelajar dapat dinilai dengan jelas menerusi dua aspek. Pertama aspek sebutan manakala aspek kedua pula aspek gerakan bibir dan mulut bagi memantapkan sebutan dalam bacaan. Dalam waktu yang sama juga, pelajar mempunyai ruang dan peluang yang cukup jelas untuk mendengar, memerhati dan mengajuk cara bacaan dan dan gerakan mulut responden utama ketika memperdengarkan bacaan. Kedudukan responden utama dengan pelajar dalam talaqqi mushafahah dengan pelajar berkemahiran tinggi dapat dilihat menerusi gambar 1.3 dan 1.4 berikut; 1.3. Talaqqi mushafahah dijalankan kepada pelajar berkemahiran tinggi 1.4. Kedudukan pelajar yang berkemahiran tinggi apabila menjalani talaqqi mushafahah 34 https://ejournal.um.edu.my/index.php/o-jie

Menurut P1L1, kedudukan ini memberikan beliau ruang yang cukup untuk memerhati, mendengar dan mengajuk bacaan responden utama. Dalam waktu yang sama, jarak antara beliau dengan responden utama sangat sesuai. P1L1 menyatakan: Saya duduk di sini sokmo (sentiasa), dan tuan guru akan duduk atas kerusi. Bila saya duduk sini, saya boleh tengok bacaan Tuan Guru dan dia pun boleh tengok bacaan saya sebab tuan guru duduk tempat lebih tinggi dari saya. Proses talaqqi mushafahah dengan pelajar berkemahiran tinggi menyaksikan pelajar berkenaan membaca dengan pelbagai wajah bacaan yang dibenarkan dalam qira at Warsh pada ayat-ayat tertentu. Pemerhatian yang dijalankan mendapati pelajar berkenaan akan membaca dalam jumlah muka surat yang banyak hampir satu juzu. Responden utama akan bertanya pelajar secara detail bagi wajah-wajah bacaan. Pelajar akan diminta menghuraikan teori wajah berkaitan dan disusuli dengan praktikal kepada teori wajah bacaan tersebut. Dalam beberapa keadaan, pemerhatian juga menunjukkan pengetahuan pelajar berkemahiran tinggi berkenaan sangat mantap. Huraian yang diberikan sesekali memaksa Tuan Guru merujuk kembali nota-nota rujukan berkaitan bagi melakukan pengesahan wajah bacaan. Talaqqi Mushafahah dengan Pelajar Berkemahiran Sederhana Dalam proses talaqqi mushafahah dengan pelajar berkemahiran sederhana, responden utama akan berada pada kedudukan seperti proses pertama. Beliau kemudiannya dibantu oleh pelajar berkemahiran tinggi. Ketika ini, pelajar berkemahiran tinggi akan membantu memperbetulkan bacaan pelajar berkemahiran sederhana. Bantuan diberikan berdasarkan bentuk bacaan dan kepelbagaian bacaan bagi ayat-ayat tertentu berkaitan bacaan warsh. Pemerhatian menunjukkan bahawa pelajar berkemahiran tinggi berada di sebelah kiri responden utama manakala pelajar yang berkemahiran sederhana berada dihadapan responden utama. Kedudukan ini dalam proses talaqqi dan mushafahah menjadikan pelajar yang sedang membaca al-qur an akan mendapat bimbingan sepenuhnya dari aspek teori dan praktikal. Aspek teori banyak dibantu oleh pelajar berkemahiran tinggi manakala aspek praktikal banyak dibantu oleh responden utama sendiri. Sepanjang semakan bacaan dijalankan, proses ini berlaku secara berterusan sehingga pelajar menamatkan bacaan. 1.5. Pelajar berkemahiran tinggi memberikan bimbingan dari aspek teori bacaan Warsh ketika pelajar berkemahiran sederhana memperdengarkan bacaan Menerusi dua bentuk talaqqi yang mushafahah di atas juga, responden utama memainkan peranan yang aktif dalam mengekalkan talaqqi dan mushafahah agar berlansung dengan cara yang betul. Beliau amat menitik beratkan soal panjang dan pendek dalam bacaan dan memperdengarkannya secara berulang-ulang sehingga dikuasai oleh pelajar. Dalam waktu yang sama proses mengikut bacaan juga dijalankan dengan berkesan. Ini 35 https://ejournal.um.edu.my/index.php/o-jie

menyumbang kepada rasa amat berpuas hati, mudah faham dan memahami apa yang diajar oleh responden utama. Menurut P1L2: Tuan Haji mengajar saya (menekankan) pada bahagian saya tidak menguasai sahaja. Tuan Haji banyak menunjukkan contoh bacaan kepada saya. Beliau banyak memberi praktikal bacaan dan memberi tafsil (huraian bentuk bacaan) ayat kepada saya semasa pengajaran. Contohnya sebutan a illa. Apabila Tuan Haji menyuruh saya memanjangkan sedikit bacaan, saya akan panjangkan. Tuan Haji memang banyak menyebut (memperdengarkan) cara bacaan yang betul semasa mengajar saya mengaji. Tuan Haji banyak memberi praktikal semasa mengajar. 1.6 Tn Hj Sulaiman sedang memperdengarkan bacaan Al-Qur an. Responden utama juga meminta pelajarnya membaca dengan kuat (didengari dengan jelas) dengan tempo yang sesuai. Kadangkala, tempo laju dibenarkan dan begitulah juga sebaliknya. Semakan bacaan pula dibuat secara berterusan dengan semakan dijalankan terhadap nota yang dicatatkan di mashaf responden utama, mashaf pelajar dan di susuli dengan buku rujukan yang digunakan hasil tulisan responden utama. Dalam waktu yang sama, bimbingan dan semakan terhadap teori dan penekanan terhadap praktikal dijalankan secara berulang-ulang sehingga kemahiran bacaan benar-benar dikuasai. Menurut P1L2: Tuan Haji Sulaiman akan sentiasa menyemak bacaan saya secara berterusan. Selepas merujuk kepada al-quran beliau, beliau akan merujuk kepada al-quran saya pula selepas itu. Jika terdapat kesalahan, beliau akan meminta saya untuk berhenti seketika dan merujuk kepada bukunya (al-nur). Menurut P1L2 lagi: Beliau akan menyuruh saya mengulang bacaan sehingga saya menyebut dengan betul dan juga menunjukkan bacaan dan menerangkannya seperti bacaan ibdal yang (dibaca) enam harakat. Teknik talaqqi dan mushafahah yang dipraktikkan oleh Tn Hj Sulaiman sebagaimana yang dibincangkan di atas terbukti benar-benar berkesan. Ini diakui sendiri oleh pelajar beliau. Menurut P1L2: 36 https://ejournal.um.edu.my/index.php/o-jie

bagi saya memang cara ini yang paling berkesan dalam membaiki bacaan kerana saya pernah belajar mengaji Al-Quran di IQ (Institut al-qur an Negeri Terengganu), Padang Midin Kuala Terengganu selama setahun. Tetapi hasilnya tidak baik dan pengajaran tidak begitu berkesan. Hal ini kerana di IQ tiada buku rujukan dan hanya lebih kepada mengajar dan bukannya memperbaiki bacaan saya. Teguran dan Pembetulan Bacaan Pemerhatian yang dijalankan menunjukkan responden utama didapati sangat tegas dalam membetulkan bacaan. Beliau tidak akan membenarkan bacaan diteruskan kecuali selepas beliau berulang-ulang kali menyebut teori bacaan dan disusuli dengan praktikal kepada bacaan tersebut. Selepas beliau merasa pelajar betul-betul memahami, menguasai dan mampu mengajuk cara bacaan beliau, barulah beliau membenarkan bacaan diteruskan. Prinsip beliau kesalahan mesti diperbetulkan. P1L1 menyatakan: Kadang-kadang bacaan saya lekat (tersekat disebabkan kesalahan). Tuan Guru akan tegur dan tanya beberapa kali... walaupun saya jawab tu betul doh... tapi dia akan tanya lagi... beberapa kali dan saya akan ulang dengan jawapan yang sama sehingga dia puas hati. Peneguhan dan Penghargaan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan pemerhatian, berikut adalah kata-kata peneguhan yang sering meniti di mulut responden utama ketika mendengar bacaan yang baik dan betul dari pelajar-pelajar beliau; a) Bertakbir Allahuakbar b) Pujian Bagus... Bagus... Bagus... c) Peneguhan YA... YA... Betul... Betul... dan Sungguh.. Sungguh... d) Tahmid Alhamdulillah... e) Tahlil Lailahaillallah... f) Menyebut Allaaah, Ya Allah g) Menyebut Molek.. Molek. h) Menyebut aaa.. Tu Dia Peneguhan oleh responden utama juga dapat dilihat menerusi tadabbur beliau terhadap bacaan yang diperdengarkan oleh pelajar. Ini dapat dilihat tatkala beliau berzikir apabila tiba kepada ayat-ayat tertentu dan kerap mengalirkan air mata apabila ayat-ayat tertentu dibacakan. Situasi ini menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan penuh dengan penghayatan sekali gus meniupkan rasa kesungguhan dan dorongan kepada pelajar untuk membaca al-qur an dengan bersungguh sungguh. Sungguhpun begitu, sepanjang pengajian yang dijalankan, Responden utama tidak pernah membincangkan maksud dan tafsir ayat yang diperdengarkan. Pemahaman maksud ayat lebih bersifat individu dan teguran yang dibuat oleh Tn Hj merupakan refleksi terhadap lafaz-lafaz yang kadang-kadang tidak menepati kaedah sebutan yang betul terhadap lafaz-lafaz tersebut. Responden utama juga mempunyai kemahiran sendiri dalam memperbetulkan bacaan pelajar-pelajar beliau. Bahasa yang digunakan mampu mengendurkan suasana dan melembutkan hati pendengar. Ini menjadikan kelas beliau santai walaupun penuh dengan ilmu al-qur an yang bersifat berat. Masakan tidak, pelajar bukan sahaja perlu menguasai ilmu tajwid, bahkan dalam waktu yang sama perlu mengaplikasikan bacaan bertajwid yang diwarnai dengan disiplin qira at warsh. Menurut P1L1: Di sini saya belajar untuk menghormati anak murid. Beliau sentiasa menggunakan ayat kenapa buat salah seperti itu?. Jadi setiap teguran yang beliau berikan tidak menyakitkan saya dan kami sebagai orang yang sudah berusia. Cara beliau mengajar tidak shadid (keras), (ini) merupakan kali pertama saya berjumpa tuan guru seperti beliau. Sebelum ini, saya juga seorang yang shadid dan selepas berguru dengan beliau saya juga berubah. Ahli keluarga saya juga tidak belajar mengaji dengan saya sebelum ini kerana saya seorang yang shadid tetapi setelah saya berguru dengan tuan guru saya ini, saya berubah. 37 https://ejournal.um.edu.my/index.php/o-jie

Syahadah Pengajian Responden utama mengeluarkan syahadah (sijil) kepada beberapa pelajar yang telah berjaya khatam samada sekali atau beberapa kali dalam mempelajari qira ah Warsh dengan beliau. Beliau juga menegaskan, semua pelajar yang diberikan sijil secara amnya diberikan ijazah kebenaran untuk membaca dan mengajar Qira ah Warsh kepada orang lain. Menurut responden utama: Walaupun (seseorang itu) sekali khatam, (seseorang) boleh mengajar asalkan dapat menguasai bacaan dengan baik. Sijil yang diberikan juga adalah kebenaran untuk mengajar orang lain. Tinjauan pasukan penyelidik mendapati responden utama secara asasnya mempunyai 3 orang pelajar yang dilihat berbakat dan mahir untuk membaca dan mengajar Qira at Warsh. Mereka adalah Tn Hj Che Ku Razak Che Ku Mohd, Tn Hj Ismail bin Embong dan Tn Hj Rashid bin Alias. PENUTUP Tulisan ini menunjukkan bagaimana kaedah talaqqi dan mushafahah diimplimentasikan dalam pengajaran dan pembelajaran al-qur an sehingga kemahiran membaca al-qur an khasnya qira at Warsh an Nafi dapat dikuasai dengan baik. Tn Hj Sulaiman telah menunjukkan bagaimana kaedah ini dijayakan dalam pengajaran dan pembelajaran Qira at. Proses ini dapat disimpulkan menerusi pemilihan bahan (mashaf), elemen-elemen utama dalam pelaksanaan talaqqi dan mushafahah, teknik peneguhan dan penghargaan dan pemberian sijil pengajian. Implimentasi tersebut menunjukkan bagaimana tradisi pengajaran dan pembelajaran ilmu al-qur an diwariskan kepada generasi baru dalam bentuk yang penuh amanah dan tanggungjawab. RUJUKAN Ab. Halim Tamuri. (2006). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Tahfiz al-quran: Pendekatan Masa Kini. Konvensyen Pensyarah Tahfiz Peringkat Kebangsaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Abd. Qadir Leong. (2015). Tajwid al-qur an Rasm Uthmani, Kuala Lumpur: Pustaka Salam. al-bukhari, Muhammad bin Isma il (1422H), Sahih al-bukhari, Muhammad Fu ad Abd. al-baqi (Ed.), Beirut: Dar Tuq al-najat. al-kaylani, Taisir, Iyad, & Mulhim. (1986), al-taujih al-fanni fi Usul al-tarbiyah wa al-tadris. Lubnan: Muktabah Lubnan. al-qabisi. Abi Hasan Ali Muhammad Khalaf (1986). al-risalah al-mufassolah li Ahwal al-mua allimin wa Ahkam al-mu allimin wa al-mutaallimin, Tunis: al-sharikah al-tunisiyyah li al-tawzi. Ibn. Kathir, Isma il bin Umar. (1999). Tafsir al-qur an al-azim, Sami bin Muhammad Salamah (Ed.), Beirut: Dar Tayyibah li al-nashr wa al-tawzi. Merriam, S. B. (1984). Qualitative research and case study applications in education. San Francisco, CA: Jossey- Bass. Mohd Majid Konting.(1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Yusuf Ahmad. (2000). Sejarah dan kaedah pendidikan al-quran. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Universiti Malaya. Muslim bin al-hajjaj. (2004). al-musnad al-sahih al-mukhtasar. Muhammad Fu ad Abd. al-baqi (Ed.), Beirut, Lubnan: Dar Ihya al-turath al- Arabi. Sedek Arifin. (2009). Kepentingan talaqqi dan mushafahah dalam pembacaan Al-Quran. Jurnal Darul Quran, 13, hh. 109-127. Surur Shihabuddin. (2016). Perbahasan Ilmu Tajwid menurut Riwayat Hafs An Asim melalui Toriq Ash Shatibiyyah. Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam. 38 https://ejournal.um.edu.my/index.php/o-jie