GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN KANDUNGAN SEKTOR AWAM

Similar documents
AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia PERUNDANGAN DAN PERATURAN DALAM PENGURUSAN REKOD

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

ISI KANDUNGAN SEKSYEN/ RUJUKAN 1.0 TUJUAN OBJEKTIF DAN SKOP 3

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (TK 1) BAGI PENERBIT RANCANGAN GRED B27/ B28

Prakata. BERSAMA MELAKSANA TRANSFORMASI Dato Mohamad Zabidi Zainal

GARIS PANDUAN LAMAN WEB PTJ DI USM

PROSEDUR KERJA UMUM ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN UKM-SPKP-PKU11

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 4 TAHUN myportfolio: PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PEJABAT PENDAFTAR MANUAL KUALITI. Ringkasan Pindaan Dokumen Dokumen Baru WP Pendaftar Pindaan Skop Pensijilan

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SUKATAN PEPERIKSAAN (SUBJEK JABATAN) AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN

ll&tvli ffitrfij' s,k. Naib Canselor "BERKHIDMAT &r{e nx>ranr}ttrn Tarikh : 12 Julai2013

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PEKELILING ICT BIL. 1 TAHUN 2009 DASAR KESELAMATAN ICT (DKICT) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Perpustakaan yang dilantik terus;

Dasar Keselamatan ICT

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

PORTAL PERSATUAN PENDUDUK (PPP)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

Dasar Keselamatan ICT. Universiti Malaysia Pahang

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P008 PROSEDUR MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN ISO UPM

Polisi ipad Pensyarah

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PENILAIAN PENGETAHUAN

Dasar Keselamatan ICT. Universiti Malaysia Pahang

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P008 PROSEDUR MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN ISO UPM

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

SISTEM E-PELAPORAN PEMANTAUAN LAMAN WEB JABATAN STANDARD MALAYSIA. Maggery Roxane Dennis Dr. Mohd Ridzwan Yaakub

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 (PTK1) BAGI JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

KEPERLUAN PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN PENGETAHUAN MELALUI MICROSOFT OFFICE SHAREPOINT SYSTEM (MOSS) DIKALANGAN WARGA NUKLEAR MALAYSIA.

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Veterinar (Fakulti Farmasi) yang dilantik terus;

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

PENGURUSAN RISIKO DAN PELUANG UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

PENGURUSAN. Kod Dokumen: UPM/PGR/P003 PROSEDUR KAWALAN KETAKAKURAN, TINDAKAN PEMBETULAN, TINDAKAN PENCEGAHAN, DAN PELUANG PENAMBAHBAIKAN

Manual dan Pelan Pengurusan Risiko. First published by

SISTEM MAKLUMAT PENDAFTARAN KURSUS PENDEK ABDUL HADI BIN AUGUST FOUZY DR. NOOR HASRINA BINTI BAKAR

PENGURUSAN. Kod Dokumen: UPM/PGR/P003 PROSEDUR KAWALAN KETAKAKURAN, TINDAKAN PEMBETULAN, DAN PELUANG PENAMBAHBAIKAN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SCS. Kit HR FACILITIES (KEMUDAHAN)

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN. Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar

KUALITI PERKHIDMATAN AWAM di MALAYSIA menurut ISLAM. Ilhaamie binti Abdul Ghani Azmi Sharifah Hayaati binti Syed Ismail Siti Arni binti Basir

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

Platform pelaburan patuh Syariah yang pertama di dunia AMALAN TERBAIK PELABURAN SYARIAH

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP02/RISK ASSESSMENT

PROSEDUR SOKONGAN KEPUASAN PELANGGAN. PK.UniMAP.(P).11. Disediakan oleh : Disemak oleh : Diluluskan oleh :

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

Transcription:

(Lampiran kepada Surat Ketua Pengarah MAMPU) Rujukan MAMPU : UPTM 159/05/648/1 (14) Tarikh : 11 September 2009 GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN KANDUNGAN SEKTOR AWAM Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri

KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1. TUJUAN 1 2. LATAR BELAKANG 1 3. PEMBANGUNAN KANDUNGAN SEKTOR AWAM 2 4. 5. KRITERIA PERTIMBANGAN PEMBANGUNAN KANDUNGAN FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN PELAKSANAAN PEMBANGUNAN KANDUNGAN 3 5 6. PEMATUHAN AKTA/UNDANG-UNDANG/ PERATURAN 7 7. PROMOSI DAN PENILAIAN 9 8. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN/KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO) 9 9. PENUTUP 9 10. MAKLUMAT LANJUT 10 i

1. TUJUAN 1.1. Tujuan utama garis panduan ini adalah untuk menjadi rujukan dan panduan kepada agensi dalam membangunkan kandungan Sektor Awam. 1.2. Garis panduan ini mengandungi perkara-perkara berikut: (a) Pengenalan kepada Pembangunan Kandungan Sektor Awam; (b) Asas-asas pertimbangan dalam pemilihan kriteria Pembangunan Kandungan; (c) Faktor-faktor kejayaan pelaksanaan Pembangunan Kandungan; (d) Pematuhan Akta/Undang-Undang/Peraturan yang perlu diambil kira dalam pembangunan kandungan; (e) Kaedah Promosi dan Penilaian; dan (f) Tanggungjawab Ketua Jabatan/Ketua Pegawai Maklumat (CIO). 1.3. Garis Panduan ini perlu dibaca bersama dengan Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2006 : Pengurusan Laman Web/Portal Sektor Awam. 2. LATAR BELAKANG 2.1. Pihak Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam penyampaian perkhidmatan sektor awam kepada pelanggan. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah dipertanggungjawabkan untuk menyedia dan memantau pelaksanaan Strategi Jalur Lebar Nasional sebagai usaha pihak kerajaan dalam mempertingkatkan keberkesanan ke arah penyediaan perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan telus. Pelaksanaan strategi ini menyasarkan sebanyak 50% kadar penembusan jalur lebar mengikut isi rumah pada tahun 1

2010. Strategi Jalur Lebar Nasional ini merangkumi penyediaan infrastruktur dan meningkatkan permintaan bagi jalur lebar. 2.2. Bagi menyediakan infrastruktur jalur lebar ke seluruh negara, strategi ini telah mensasarkan penyediaan dua jenis infrastruktur iaitu jalur lebar berkelajuan tinggi (High Speed Broadband-HSBB) melebihi 10Mbps bagi kawasan bandar-bandar utamadan kawasan industri dan jalur lebar bagi orang ramai (Broadband to General Population - BBGP) dengan kelajuan sehingga 2 Mbps yang merangkumi kawasan bandar, daerah luar bandar termasuk kawasan pedalaman. 2.3. Bagi menyokong kejayaan program Jalur Lebar Kerajaan, Pasukan Pembangunan Kandungan (Integrated Content Development Taskforce - ICON) pada 30 Jun 2008 antaranya telah bersetuju menubuhkan Pasukan Petugas Khas di peringkat Kementerian dan Agensi bagi Pembangunan Kandungan. MAMPU adalah dipertanggungjawabkan untuk menerajui Pembangunan Kandungan bagi pihak Kerajaan. 3. PEMBANGUNAN KANDUNGAN SEKTOR AWAM 3.1 Definisi (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mentafsirkan Kandungan sebagai apa-apa bunyi, teks, gambar pegun, gambar bergerak atau persembahan audio visual lain, persembahan sentuhan atau apa-apa gabungan yang sedemikian yang mampu direka, di manipulasi, disimpan, diambil atau disampaikan secara elektronik. (b) Definisi Kandungan Sektor Awam merujuk kepada aplikasi atau informasi perkhidmatan yang disediakan oleh agensi Kerajaan bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada pelanggan dengan menggunakan pelbagai media (multimedia) seperti visual, imej, animasi, grafik, teks, audio, video, WebTV dan sebagainya. 2

3.2 Hala Tuju (a) Agensi dikehendaki mengenal pasti keperluan kandungan berdasarkan fungsi utama agensi masing-masing dan disesuaikan mengikut sasaran pelaksanaan perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi yang ditetapkan. Usaha ini perlu berterusan dan ditingkatkan selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan daya saing negara dalam menjana pembangunan negara serta memenuhi kehendak pelanggan. 3.3 Objektif (a) Pembangunan Kandungan adalah untuk menyediakan kemudahan capaian kepada maklumat dan perkhidmatan kepada pelanggan melalui sistem penyampaian secara atas talian yang cekap, cepat, dan berkesan melalui pelbagai saluran. Kandungan yang disediakan hendaklah tepat, ringkas dan memudahkan pelanggan untuk berurusan dengan agensi. Pembangunan Kandungan Sektor Awam adalah bermatlamat untuk: (i) Memperbanyakkan Kandungan agar pelanggan dalaman dan luaran mempunyai pilihan dalam kepelbagaian perkhidmatan; (ii) Memperluaskan dan mempelbagaikan kemudahan Kandungan kepada pelanggan; dan (iii) Meningkatkan tahap kepuasan pelanggan agar terus mencapai dan menggunakan perkhidmatan yang diberikan. 4. KRITERIA PERTIMBANGAN PEMBANGUNAN KANDUNGAN 4.1. Agensi bertanggungjawab bagi memastikan kandungan yang disediakan adalah sentiasa tersedia (reliable), boleh dipercayai dan mematuhi tahap keselamatan yang ditetapkan. Antara kriteria pertimbangan Pembangunan Kandungan adalah seperti berikut: 3

(a) Kumpulan Sasaran Setiap agensi dikehendaki mengenal pasti kumpulan sasaran/pelanggan supaya kandungan yang dihasilkan bermanfaat kepada agensi Kerajaan, swasta dan orang awam yang juga meliputi golongan kurang upaya (OKU). Penekanan perlu diberikan kepada Pembangunan Kandungan yang boleh memberikan perkhidmatan terus kepada pelanggan pada bilabila masa dan di mana sahaja. (b) Saluran Penyampaian Kandungan yang dibangunkan hendaklah boleh dicapai menerusi pelbagai saluran seperti Internet, kios, Gerbang SMS, Web TV, Portal MyGov, Portal Agensi dan peralatan mudah alih. (c) Kebolehlaksanaan (Feasibility) Tahap kebolehlaksanaan boleh dinilai berdasarkan ciri-ciri berikut: (i) Penggunaan teknologi yang sesuai (availability of technology); (ii) Mudah dilaksanakan (ease of implementation) dan mesra pengguna; (iii) Melibatkan kos yang minimum (low capital outlay); (iv) Tempoh jangka masa pelaksanaan yang singkat, berfaedah cepat (quick win) kepada Kerajaan dan pelanggan serta tahap penerimaan yang tinggi oleh pengguna (high user acceptance); dan (v) Kepelbagaian media kandungan dan saluran penyampaian. 4

(d) Impak (i) Setiap kandungan yang akan dibangunkan dan dilaksanakan perlu memberi impak yang tinggi kepada pengguna dan pihak Kerajaan. Impak sesuatu kandungan boleh dinilai berdasarkan ciri-ciri berikut: a. Memberi kesan yang nyata (high visibility); b. Memberi nilai yang tinggi (high value delivered); c. Mempunyai tahap penggunaan yang tinggi (high usage level); d. Meningkatkan kecekapan (improved efficiencies); dan e. Meningkatkan produktiviti. 5. FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN PELAKSANAAN PEMBANGUNAN KANDUNGAN 5.1. Faktor-faktor kejayaan pelaksanaan Pembangunan Kandungan adalah seperti berikut: (a) Fokus kepada Fungsi Utama (Core Business) Pembangunan Kandungan perlu berdasarkan kepada fungsi-fungsi utama agensi dan selaras dengan pelan strategik agensi masingmasing. (b) Keperluan Pengguna Pembangunan Kandungan perlu berdasarkan kumpulan pengguna yang disasarkan dengan memfokuskan kepada penyediaan maklumat 5

dan perkhidmatan yang benar-benar menepati keperluan, kehendak dan cita rasa mereka. Penyampaian maklumat dan perkhidmatan yang tidak menepati kehendak pengguna mengakibatkan wujud kekecewaan dan ketidakpuasan hati pengguna. (c) Tadbir Urus Dan Pengurusan Kandungan Bagi mewujudkan tadbir urus dan pengurusan Pembangunan Kandungan yang cekap, agensi perlu mengambil perhatian dan tindakan seperti berikut: (i) Menggunakan Jawatankuasa Pemandu ICT atau Jawatankuasa lain yang sedia ada bagi mengenal pasti, merancang dan memantau Pembangunan Kandungan di agensi masing-masing; (ii) Melaksanakan aktiviti mengenal pasti, mengumpul, mengkaji semula dan menyiarkan kandungan bagi memastikan kandungannya terkini, tepat, sahih dan berterusan; (iii) Menyenggarakan kandungan bagi memastikan kandungan berfungsi, beroperasi dalam keadaan baik dan mesra pelanggan; (iv) Menjalankan penilaian ke atas keberkesanan penggunaan kandungan yang dibangunkan; (v) Mengambil tindakan penambah baikkan secara berterusan dengan menambah ciri-ciri baru mengikut keperluan dan persekitaran semasa agensi dan pelanggan; dan (vi) Merujuk kepada dokumen Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006: Pengurusan Laman Web/Portal Sektor Awam. 6

(d) Kawalan Keselamatan Maklumat Pembangunan Kandungan perlu dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan boleh dipercayai. Polisi dan prosedur keselamatan perlu dikuatkuasakan bagi memastikan kandungan tidak dicerobohi. Langkah-langkah kawalan keselamatan perlu dilaksanakan menggunakan Standard Operating Procedure (SOP) yang tertentu. Agensi-agensi hendaklah memastikan kandungan yang disediakan tidak melibatkan maklumat yang diklasifikasikan sebagai Sulit, Rahsia, Terhad atau sebarang maklumat yang tidak dibenarkan sama sekali. 6. PEMATUHAN AKTA/UNDANG-UNDANG/PERATURAN 6.1. Agensi hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa dalam membangun dan menyediakan kandungan atau aplikasi Sektor Awam. Pembangunan, pelaksanaan dan penyenggaraan Kandungan Sektor Awam juga hendaklah sentiasa mematuhi akta, undangundang atau peraturan yang berkaitan. 6.2. Prosedur yang melibatkan pembayaran hendaklah sentiasa mematuhi Tatacara Kewangan dan Arahan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia yang berkuat kuasa mengenai perkara-perkara yang berkaitan pembayaran. 6.3. Pembangunan Kandungan perlu dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan serta mematuhi Arahan Keselamatan yang berkuat kuasa. 7

6.4. Agensi boleh merujuk kepada dokumen rujukan yang disenaraikan seperti berikut: (a) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKM), 1998; (b) Kod Kandungan Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Forum Kandungan Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (Forum Kandungan), 2004; (c) Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik (Akta 680) EGAA, 2007; (d) Arahan Teknologi Maklumat, Disember 2007; (e) Data Dictionary Sektor Awam (DDSA); (f) Malaysian Government Interoperability Framework Version 1.0 (MyGIF), August 2003; (g) Malaysian Government Interoperability Framework For Open Source Software (MyGIFOSS), August 2008; (h) Akta Hak Cipta (Pindaan) Tahun 1997; (i) Akta Harta Intelek; (j) Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000 Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan; (k) Management of Information & Communication Technology Security Handbook (MyMIS); dan (l) Piawaian/Standard yang disediakan oleh Jabatan Standard Malaysia atau pun badan-badan profesional di peringkat antarabangsa: Contohnya: Information Security Management System MS-ISO/IEC 8

27001:2006, Shareable Content Object Reference Model (SCORM) and XML-based Framework for e-learning. 7. PROMOSI DAN PENILAIAN 7.1. Agensi perlu mempromosi setiap kandungan yang dibangunkan bagi menghebahkan kepada pelanggan mengikut kumpulan sasaran. Promosi seharusnya boleh dibuat dalam tiga (3) peringkat sama ada Peringkat Agensi, Peringkat Kebangsaan atau pun Peringkat Antarabangsa. Promosi boleh menggunakan pelbagai saluran seperti portal Kerajaan/agensi, gerbang SMS, media elektronik, media cetak, bengkel, seminar dan pameran. 7.2. Penilaian ke atas keberkesanan penggunaan kandungan yang dibangunkan dicadangkan dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun oleh pihak agensi masing-masing. 8. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN/KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO) 8.1. Ketua Jabatan/CIO sebagai pengurusan atasan agensi yang dilantik bagi pengurusan maklumat bertanggungjawab dan berperanan untuk menentukan hala tuju pembangunan dan pelaksanaan kandungan mencapai objektif Pembangunan Kandungan Sektor Awam. 9. PENUTUP 9.1. Agensi hendaklah mematuhi garis panduan ini di dalam mengenal pasti, membangun, melaksana dan menyenggarakan kandungan di agensi masingmasing. 9

10. MAKLUMAT LANJUT 10.1. Sebarang pertanyaan mengenai kandungan dokumen ini boleh ditujukan kepada:- Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan ICT Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri Aras 6, Blok B2 Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA Tel: 03-88881199, Faks: 03-88894841 Laman Web : www.mampu.gov.my 10