UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

FAKTOR INSANIAH DALAM PENGURUSAN KUALITI: KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

MODELLING AND VIBRATION CONTROL OF PIEZOELECTRIC ACTUATOR

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

ABSTRAK. menghidupkan syiar Islam di Brunei Darussalam. Oleh yang demikian, kajian ini

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

HALATUJU PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR. Disediakan Oleh; Muhamad Asmadi bin Mustakim Ketua Sektor Pengurusan Akademik

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PENGARUH BERBAGAI KETEBALAN MULSA SABUT KELAPA DAN INTERVAL PENYIRAMAN TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN SUKUN (Artocarpus communis) DI RUMAH KACA

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

THERMOLUMINESCENCE PROPERTIES OF DYSPROSIUM-DOPED CALCIUM BORATE GLASS FOR DOSE MEASUREMENT SUBJECTED TO IONIZING RADIATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TOWARDS AN ISLAMIC PARADIGM OF THE INFORMATON SOCIETY ABBAS GHANBARI BAGHESTAN FBMK

THE CONCEPT OF CRIMINOLOGY {BATHIL) IN ISLAMIC FINANCIAL INSTITUTION PRACTICES IN MALAYSIA AND ISLAMIC REPUBLIC OF IRAN

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

KEUTAMAAN PEMBANGUNAN INSAN DALAM MENGIMBANGI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA (The Priority of Human Development to Balance National Development)

MARA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Transcription:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FALSAFAH PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN: ANUTAN DI BEBERAPA BUAH AGENSI DI MALAYSIA JAAFAR BIN HJ. ABD. RAHMAN FPP L 1996 8

F ALSAFAH PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN : ANUTAN DI BEBERAPA BUAH AGENSI DI MALAYSIA JAAFAR BIN HJ. ABD. RAHMAN MASTER SAINS UNIVERSITI PERT ANIAN MALAYSIA 1996

F ALSAF AH PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN : ANUTAN DI BEB ERAPA BUAH AGENSI DI MALAYSIA JAAFAR BIN HJ. ABD. RAHMAN Projek Penyelidikan Ini Disediakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Untuk Mendapat Ij azah Sarj ana Sains Pembangunan Sumber Manusia MAS TER SAINS UNIVERSITI PERT ANIAN MALAYSIA 1996

Kertas Projek bertajuk "Falsafah Program Pembangunan Insan : Anutan Di Beberapa Buah Agensi Di Malaysia", yang disediakan oleh Jaafar Bin Hj. Abd. Rahman memenuhi syarat mendapatkan Master Sains Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Pertanian Malaysia. Disahkan oleh : Profesor Madya Dr. Hj. Azimi Hamzah ( Penyelia Proj ek) Tarikh : 7' - b- ere.. _ Tarikh : q- b '- 9b ( Pemeriksa )

PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Segala puji-puj i bagi Allah Swt. Tuhan sekelian Alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Saw., para Sahabat serta seluruh kaum muslimin dan muslimat. Sepanj ang menjalankan kajian ini, saya telah mendapat sokongan, bantuan dan kerjasama yang tidak ternilai dari berbagai pihak. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada isteri saya Puan Faridah Hj. Embe dan anak saya Najmuddeen Rabbani Jaafar yang banyak berkorban, memberikan sokongan serta galakkan dalam berbagai bentuk dari awal hingga akhir. Moga-moga Allah Swt. memberikan ganj aran yang setimpal di atas pengorbanan mereka itu serta melimpahkan kebahagiaan kepada kami sekeluarga di dunia dan akhirat. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan kepada penyelia proj ek, Profesor Madya Dr. Hj. Azimi Hamzah kerana telah memberi banyak bimbingan, galakan, saranan, tunjuk aj ar dan bantuan yang sangat berguna sej ak dari peringkat penyediaan cadangan penyelidikan hinggalah ke peringkat kertas projek ini disempurnakan. Kesabaran beliau dalam membimbing dan berbincang dengan meluangkan masa tanpa jemu-jemu hingga membolehkan kertas projek ini disempurnakan pada masa yang ditetapkan, amat memberi makna kepada saya. Demikian juga kepada Pn. Norizan Abu Bakar, setiausaha beliau. Budi, jasa dan bakti mereka

yang sungguh murni dan mulia itu, saya mohon agar diganjari Allah Swt. dengan anugerah yang berlipat kali ganda dan diterima sebagai amal soleh. Amin. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Shamsuddin Ahmad di atas maklumbalas serta tunjukajar yang sangat berguna yang diberikan, terutama di peringkat akhir penyediaan laporan kertas penyelidikan ini. Saya memohon kehadrat Allah Swt. agar jasa dan bakti beliau itu diterima Allah sebagai amalan soleh serta diberikan ganj aran yang setimpal. Amin. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada kesemua agensi-agensi yang terlibat dalam penyelidikan ini, terutama kepada mereka-mereka yang turut membantu memberikan maklumat semasa penyelidikan dijalankan. Saya memohon agar segala sokongan dan kerjasama tersebut diberikan Allah Swt. dengan ganj aran yang setimpal serta diterima sebagai amal soleh belaka. Amin. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pensyarah Universiti Pertanian Malaysia terutama pensyarahpensyarah di Pusat Pengembangan Dan Pendidikan Lanj utan (PPPL) serta kakitangan mereka di atas segala bimbingan, galakan, tunjukaj ar dan bantuan yang sangat berguna yang mereka telah berikan kepada saya, sejak dari mula saya menjejaki PPPL sebagai pelajar hinggalah penyelidikan kertas projek ini siap disempurnakan. Saya memohon kehadrat Allah Swt. agar jasa dan bakti mereka itu diterima Allah sebagai amalan para shuhada' serta diberikan ganjaran yang setimpal. Amin. 11

Akhirnya doa dan harapan saya agar usaha-usaha yang telah dij alankan bagi menyiapkan projek penyelidikan ini, yang juga telah melibatkan berbagai pihak baik individu mahupun perkumpulan, merupakan usaha murni yang menyumbang ke arah peningkatan keilmuan di bidang pembangunan sumber manusia khusus dari perspektif Islam. Justeru itu moga-moga Allah Swt. menerimanya sebagai sumbangan amal soleh jua. Amin. 111

KANDUNGAN Muka Surat PENGHARGAAN KANDUNGAN SENARAI MATRIK SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL ABSTRAK ABSTRACT I IV IX X Xl XU XIV BAB I PENDAHULUAN Konteks Kajian 1 Program Pembangunan Insan 2 Pendekatan Universal Program Pembangunan Insan 2 Pendekatan Negara-Negara Dunia Ketiga Program Pembangunan Insan 4 Evolusi Program Pembangunan Insan Di Malaysia 8 Perlaksanaan Program Pembangunan Insan Di Malaysia 14 Pe:1dekatan Program Pembangunan Insan Di Malaysia 15 Pertama : Pendekatan Pengendalian Dalaman 15 Kedua : Pendekatan Menggunakan Khidmat Perunding Latihan 15 Penyataan Masalah 17 Objektif Kajian 19 Objektif Umum 19 Objektif Khusus 19 Kepentingan Kajian 20 Skop Kajian 21 Batasan Kajian 21 Definisi Operasional 22 BAB II KAJIAN BAHAN BERTULIS Rangka T eori Fenomena Pembangunan Yang Tidak Seimbang Falsafah Pengertian Falsafah Fungsi Falsafah Dalam Pendidikan 24 25 28 28 29 IV

Asas- Asas Falsafah Kepada Pendekatan Islam Terhadap Pembangunan 32 Kepentingan Falsafah Program Pembangunan Insan Pembangunan Insan 37 Pengert ian Pembangunan 37 Pengert ian Pembangunan Insan 39 Program Pembangunan Insan : Metod Menggembleng Unsur Fitrah Manusia Ke Arah Pembangunan Seimbang 42 Konsep-Konsep Utama Falsafah Program Pembangunan Insan Konsep Manusia 51 Konsep Fitrah 51 Konsep Kehidupan 52 Konsep Bek erja Dan Beramal 54 Konsep Ilmu 56 Konsep Pembangunan Insan 59 Konsep Pertanggungjawaban 60 Konsep Berkerjasama 61 Konsep Kec em erlangan 62 Konsep Sepadu 65 Falsafah Program Pembangunan Insan Sepadu 66 34 45 BAB III METODOLOGI KAJIAN Metodologi Kajian 69 Mengapa Kaedah Penyel id ikan Kualitatif? 70 Populasi Kajian 72 Info rman Kajian 73 Instrum en Kajian 75 Validiti Dan Reliabiliti 76 Validiti 77 Rel iab il it i 78 Pengumpulan Data 80 Pers ed iaan Sebelum Pengumpulan Data 80 Pengumpulan Data Sebenar 81 Analis is Data 82 Transkrib Data 83 Membuat Daftar Kategori 83 Mengkod Data 85 Menggunakan Peris ian TDC II 86 Menc etak Output 86 Proses Analis is Kandungan 87 v

BAB IV PENEMUAN KAJIAN Penemuan Kajian 89 Profail Ag ensi Iumpuan Kajian 90 Biro Iatanegara, labatan Perdana Ment eri (BIN) 90 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 91 INSPEN Manag ement Consultant Sdn. Bhd. (INSPEN) 91 AMR Consultant Sdn. Bhd. (AMR) 92 Konsep-Konsep Utama Fa lsafah Program Pembangunan Insan 92 Konsep-Konsep Utama Yang Dianuti Oleh BIN 92 Konsep-Konsep Utama Yang Dianuti Oleh DBKL 93 Konsep-Konsep Utama Yang Dianuti Oleh INSPEN 93 Konsep-Konsep Utama Yang Dianuti Oleh AMR 93 Konsep Manusia 98 Kepentingan Konsep Manusia 99 Pengamalan Konsep Manusia 100 Konsep Fitrah 102 Konsep Kehidupan 102 Kepentingan Konsep Kehidupan 103 Pengamalan Konsep Kehidupan 104 Konsep Bek erja Dan Beramal 105 Kepentingan Konsep Bek erja Dan Baramal 107 Pengamalan Konsep Bekerja Dan Beramal 108 Konsep Ilmu 109 Kepentingan Konsep Ilmu 110 Pengamalan Konsep Ilmu 110 Konsep Pembangunan Insan 111 Kepentingan Konsep Pembangunan Insan 113 Pengamalan Konsep Pembangunan Insan 114 Konsep Pertanggungjawaban 115 Kepentingan Konsep Pertanggungjawaban 116 Pengamalan Konsep Pertanggungjawaban 117 Konsep Kerj asama 117 Kepentingan Konsep Kerj asama 118 Pengamalan Konsep Kerjasama 119 Konsep Cemerlang 120 Kepentingan Konsep Cemerlang 120 Pengamalan Konsep Cemerlang 121 Konsep Sepadu 12 1 Kepentingan Konsep Sepadu 123 Pengamalan Konsep Sepadu 124 Falsafah Program Pembangunan Insan Anutan Ag ensi-agensi Ierpilih 125 VI

Evolusi Program Pembangunan Insan 125 Ag ensi BT N 125 Ag ensi DBKL 125 Ag ensi INSPEN 126 Ag ensi AMR 127 Matlamat Ag ensi Dalam Melaksanakan PPI 127 Matlamat BT N 127 Matlamat DBKL 128 Matlamat INSPEN 129 Matlamat AMR 130 Falsafah Program Pembangunan Insan Ag ensi-agensi Terpilih 131 Falsafah PPI BT N 131 Falsafah PPJ DBKL 131 Falsafah PPJ INSPEN 132 Falsafah PPJ AMR 132 Sumber Falsafah Program Pembangunan Insan Yang Di Anuti 133 Sumb er Falsafah PPJ BT N 133 Sumber Falsafah PPI DBKL 133 Sumber Falsafah PPI JNSPEN 134 Sumber Falsafah PPI AMR 134 Penel it ian Terhadap Falsafah PPI Dari Negara Lain / Pendekatan Lain 135 Penelitian Ol eh BT N 135 Penelitian 01eh DBKL 135 Penelitian Ol eh INSPEN 135 Penel it ian Ol eh AMR 136 Ringkasan 136 BAB, V RINGKASAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN Ringkasan 13 8 Penyataan Masalah 13 8 Ob jektif Kajian 139 Kepentingan Kaj ian 140 Rangka Teo ri 141 Metodologi 142 Ringkasan Penemuan Kajian 143 Perbincangan 149 Konsep-Konsep Utama Falsafah Program Pembangunan Insan 149 Falsafah Program Pembangunan Insan 154 Temuan Serendipiti 155 Metodologi 157 VB

Kesimpulan 158 Cadangan 160 Bibliografi 163 Lampiran Lamp iran A : Surat Permohonan Kebenaran 177 Lampiran B : Panduan Temuduga 178 Lampiran C : Panduan Menggunakan Peri sian TDC II 183 Lampiran D : Defin is i Kategori 197 Lampiran E: Matrik 2,3,4, 5,6,7,8,9,10 &11 202 Lampiran F : Matrik 12 224 Lampiran G : Perincian Tahap-Tahap "Audit Trail " 229 V111

SENARAI MATRIK Matrik Muka Surat 1 Matrik Jelas-Tidak Jelas Anutan Konsep-Konsep Utama Fa lsafah PPI Di Kalangan Ag ensi-ag ensi Terpilih 96 IX

SENARAI RAJAH Rajah 1 Development Process 2 Fungsi-Fungsi Falsafah Dalam Pendidikan 3 Hikmat Sebagai Ghayah Dan Falsafah Sebagai Wasilah 4 Hu bungan Konsep, Falsafah Dan Dasar 5 Struktur Hirarki Ilmu Pengetahuan 6 Rangka Konsep (Conceptual Framework) 7 Tumpuan Konsep-Konsep Utama Falsafah PPI Di Kalangan Ag ensi-agensi Terp ilih Muka Surat 13 31 48 49 57 64 94 x

SENARAI JADUAL Rajah 1 Maklumat Ringkas Sampel Dan Penemuan Kajian Muka Surat 97 Xl

ABSTRAK Kajian in i dijalankan bertujuan untuk memahami falsafah program pembangunan insan (PPI) yang dianuti oleh beberapa agensi terp il ih di Malaysia. Secara khusus kajian ini bertujuan untuk memahami konsep-konsep utama falsafah PPI yang dianuti oleh ag ensi-agensi terp il ih. Kajian in ijuga bertujuan untuk memahami perb ezaan dan persamaan konsep-konsep utama yang dianuti, memahami sejauhmana konsep-konsep terse but dipraktikkan, mengenalpasti falsafah dan konsep-konsep yang dapat melahirkan insan yang dapat berfungsi bagi mencapai kejayaan dunia dan akhirat serta melihat sejauhmana falsafah PPI yang dianuti itu seja ja r dengan falsafah PPI sepadu. Kajian in i dijalankan ke atas empat buah agensi terd iri daripada dua buah agensi kera jaan dan dua buah agensi perunding latihan swasta. Kaedah penyel id ikan adalah secara kualitatif kajian kes. Metod semi- structured interview digunakan bagi pengumpulan data. Seramai lapan orang in fo rman telah di temubual berasaskan kepada criterion-base sampling menggunakan panduan temubual dan pita rakaman mikro. Kajian in i mendapati terdapat sebanyak sembilan konsep-konsep utama yang didapati dalam literatur telah dianuti di kalangan ag ensi-agensi yang terp il ih. Konsep-konsep terse but adalah, 1) konsep manusia, 2) konsep bekerja dan beramal, 3) konsep pembangunan insan, 4) konsep sepadu, 5) konsep ilmu, 6) konsep kerjasama, 7) konsep kehidupan, 8) konsep pertanggungjawaban dan 9) konsep cemerlang. Walaubagaimanapun hanya empat konsep utama yang Xll

dianuti ol eh keempat-empat agensi berk enaan, konsep-konsep lain dianuti secara berasingan. Kesimpulan daripada kajian in i didapati bahawa konsep-konsep yang dianuti itu adalah tidak menyeluruh dan mempunyai ju rang berbanding dengan konsep dan falsafah prog ram pembangunan insan sepadu. Pengamalan konsepkonsep juga didapati lebih menekankan kepada memb eri kes edaran dan keinsafan dalam jangkamasa yang singkat. Kajian in i mencadangkan agar dibentuk panel di kalangan ulama' bagi menyel id ik dan memperk embangkan lagi pendekatan PPI ke arah yang lebih ters elaras, bers epadu, mendapat komitmen dari semua pihak serta menjadi teras kepada semua prog ram pembangunan di Malaysia. Xill

ABSTRACT Th e study was conducted with the aim of revealing the spiritual development philosophies adopted by the selected ag encies in their Human Development training programme. Spec ifically the objectives of the study were to determ in e the major concepts associat ed with the ado pted ph ilosophies, the similarities and differences of the concepts and ph ilosophies adopted between the agencies, the interpretation of the concepts and ph ilosophies into practice by the selected agencies, the concepts and ph ilosophies that were instrumental in attaining the success in this world and the hereafter and whether the concepts and ph ilosophies ado pted by the sel ect ed agencies were in congruence with the Integrated Human Development ph ilosophies established in the literatures. F our agencies, two from the government sector and the other two from the private sector, were sel ect ed as the units of analysis. The study em ployed the qualitative res ea rch methodology -- the case study design. Semi, :structured interview technique was used to gather data. Based on the crit erion-base sampling principl e, eight in fo rmants were interviewed. A micro cassette and a guided interview list were used to aid in capturing th e conversation during each interview. In general the study reveals that the selected ag encies as a group had adopted nine major concepts in their Human Development training programm es. Th es e major concepts are; 1) the concept of man, 2) the concept of work and good deed, 3) the concept of human develo pm ent, 4) the concept of int eg rated development, 5) the concept of knowledge, 6) the concept of cooperation, XIV

7) the concept of life, 8) the concept of accountability and 9) the concept of excellence. On closer scrutiny, however, the study reveals that only four concepts that were adopted cut accross the four agencies. Basically, the study concludes that there is a gap between the actual major concepts and philosophies adopted by the selected agencies in their Human Development training programmes and the concepts and philosophies of Integrated Human Development established in the literatures. Also, the interpretation of the major concepts and philosophies into practice among the selected agencies was found to emphasise on creating short term awareness and concern. The study suggests that there is a need to established a panel of scholars in the area of Integrated Human Development to conduct research and disseminate the approaches in Human Development training programmes so as to achieve coordination, integration and wide scale commitment in accepting the Integrated Human Development concepts and philosophies in all development programmes in Malaysia. xv

BAB I PENDAHULUAN Konteks Kajian Menangani pembangunan negara secara seimbang di antara pembangunan jasmani dan rohani memang sering diutarakan (Hassan Langgulung, 1993 dan Mohd. Kamal Hassan, 1988). Tindakan yang lebih bersepadu dari pihak pembuat polisi dan perancang pembangunan dengan mengambil kira keduadua aspek pembangunan tersebut, sentiasa menjadi tuntutan. Gejala keruntuhan moral dan peradaban moden masa kini, yang dianggap oleh Roger Garaudy (1982) sebagai sedang menuju kepada pembunuhan diri sendiri, sememangnya menimbulkan rasa cemas tentang keupayaan manusia moden mengendalikan masa depan dunia (M. Kamal Hassan, 1992). Sesungguhnya program pembangunan fizikal yang pesat, perlu diimbangi dengan program pembangunan insan yang diasaskan kepada kemurnian dan kesucian jiwa dan rohani. Justeru itu pembangunan bangsa Malaysia yang menuju ke arah negara maju seperti yang tersirat di dalam Wawasan 2020, perlulah berasaskan kepada pembangunan insan (Ismail Ibrahim, 1993). Oleh demikian perlaksanaan program pembangunan insan di Malaysia, adalah sebagai usaha untuk mengimbangi kepesatan program pembangunan fizikal, dan ia perlu dimanf aatkan sepenuhnya (Mahathir Mohamad, 199 1 a, 199 1 b ; Anwar Ibrahim, 1996). Sesungguhnya perlaksanaan program pembangunan insan memerlukan perancangan yang menyeluruh, bukan sahaja mengambilkira dari aspek pengendaliannya, tetapi yang lebih penting lagi ialah dari aspek falsafahnya. Husain Fauzy AI -Najjar (197 1, hal. 14-24) menyatakan ;"Tidak akan tumbuh, 1

2 berkembang, dan selaras dalam bidang kemajuan selagi hal itu tidak bersandar pada pemikiran falsafah yang selalu disertai dengan pembaharuan dan dayacipta dalam dunia yang selalu bertarung dengan ilmu dan teknologi..." Justeru itu falsafah pembangunan insan yang menjadi as as kepada pencapaian matlamat mengimbangi di antara pembangunan jasmani dan rohani, perlulah di dasarkan kepada nilai yang murni dan sepadu. Program pembangunan insan yang dibentuk dan dilaksanakan secara sepadu, dengan menggabungkan pembinaan potensi jasmani dan rohani akan dapat menyumbang ke arah pembangunan moral dan kerohanian (M. Kamal Hassan, 1992). Ia secara langsung akan menyumbang ke arah melahirkan peradaban manusia yang tinggi. Manusia yang memiliki nilai peradaban yang tinggi, sudah tentu berpotensi besar untuk membangunkan negaranya secara seimbang. Sesungguhnya pendekatan ini perlu agar pembangunan dalam negara maju yang dicita-citakan menjadi kenyataan, dan dapat dikekalkan. Oleh yang demikian kajian perlu dibuat bagi melihat apakah terdapat falsafah yang murni dan sepadu dalam program pembangunan insan yang dilaksanakan oleh agensiagensi yang terlibat. Program Pembangu nan Insan Pendekatan Universal Program Pembangunan Insan Pendekatan program pembangunan insan yang universal sentiasa memberikan penekanan utama kepada keseimbangan di antara kehidupan dunia dan akhirat. Keseimbangan di antara kedua-duanya pula, bergantung kepada bagaimana manusia itu mengimbangi di antara tuntutan pembangunan jasmani dan rohani. Maka fokus utama program pembangunan insan, adalah terhadap

3 konsep manusia itu sendiri. Namun demikian berbagai fahaman, pandangan dan andaian telah dibuat oleh para sarjana dalam berbagai disiplin ilmu tentang manusia. Berbagai fahaman, pandangan dan tanggapan in i akhirnya telah melahirkan berbagai teori dan amalan yang berb eza (Mohd. Id ris J auzi, 1991). Stevenson (1974) telah menunjukkan bagaimana kefahaman yang berlainan terhadap manusia yang dibina oleh Plato, Krist ian, Marx, Freud, Sarte, Skinner dan Lo ren z, telah menghasilkan pendekatan yang berb eza dalam usaha membangunkan masyarakat dan tamadun. Muhammad Al-Buraey (1986) menyatakan masyarakat yang memandan g manus ia dalam uku ran yang materialist ik tentu akan memiliki st rat egi yang berb eza den gan mereka yang menitikb eratkan pada nilai-nilai ro han ia h. Sehubun gan it u, M. Utsman Najat i (1982) mengatakan bahawa akibat da ri kecend erungan menerapkan metod ilmu fizik dalam pen el it ian ilmu jiwa, maka timbul do minas i pandangan yang mat erialistik yang akhirnya mengarah kepada memandang manusia sepert i memandang ha iwan. Ol eh itu dari pers pekt if Islam, manus ia dilihat sebagai makhluk yang diciptakan oleh Allah untuk melaksanakan tugas khal ifah (AI-Baqarah, 2 : 30). Ianya merangkumi tugas lihirasatud-din wa siyasatud-dunya yakni demi memel ihara agama dan mengurus dunia (Siddiq Fadh il, 1995). Tugas in i adalah termasuk di dalam program pengabdian diri manusia kepada Allah (Az Zaariyaat, 51 : 56). Sehubungan itu manusia berperanan melaksanakan dua fungsi hidup, ia itu fungsi yang kekal sebagai hamba dan fungsi sementara sebagai pewa ris Allah di bum i (N ik Aziz Nik Pa, 1990). Kedua-dua fungsi ters e but adalah merupakan amanah yang harus dipikul oleh manusia seja ja r dengan matlamat pen ciptaan mereka (AI-Mu'minun, 23 : 115).

4 Untuk memikul amanah yang diberikan itu, manusia dicipta ol eh Allah dengan sebaik-baik kejadian (At-Tiin, 95 : 4). Allah telah memberikan kepada manusia keistimewaan dan kemuliaan yang tidak terdapat pada makhluk lain. Manusia dibekalkan dengan unsur roh dan jasad (Haron Din, 1988). Di samping itu, manusia juga dibekalkan dengan ilmu wahyu yakni AI-Quran dan pembimbing yakni sunnah Nabi (AI-A'raaf, 7 : 52 ; AI-Baqarah, 2 : 15 1). Unsur- unsur roh, jasad, ilmu wahyu (al-quran), dan pembimbing (sunnah Nabi) adalah merupakan unsur fitrah (N ik Aziz Nik Pa, 1990). Oleh kerana tugas memelihara agama dan mengurus dunia amat mencabar, maka manusia perlu menggemblengkan unsur-unsur fi trah tersebut. Dalam konteks inilah Nik Azis Nik Pa (1990) menyatakan, syarat bagi jawatan pewaris bumi (khalifah) perlulah manusia itu mengenali Tuhannya dengan sebenar-benar, dan beribadat kepadanya dengan sebenar-benar ibadat. Ini memerlukan manusia sentiasa mengambil panduan dan bimbingan dari Tuhannya. Pandangan dari perspektif di atas merupakan perbezaan yang nyata di antara barat dan Islam. Perspektif yang melihat manusia secara sepadu, gabungan di antara roh dan jasad akan memberi impak kepada program pembangunan yang seimbang. Sesungguhnya pendekatan program pembangunan insan yang universal sentiasa menitik beratkan soal keseimbangan dengan mengambil falsafah dan nilai pegangan yang murni dan sepadu berteraskan ilmu wahyu. Pendekatan Negara-Negara Dunia Ketiga Program Pembangunan Insan Program pembangunan insan sememangnya dipandang penting oleh negara-negara di dunia. Beberapa negara dunia ketiga telah pun melaksanakan program seumpamanya bagi merubah si kap dan sistem nilai di negara mereka.

PERPUSTAK-\AN UNlVERSITlPUTRt\ MALAYSIA 5 Di Korea Selatan dilaksanakan program Saemaul Undong. Di Filipina pula dilaksanakan program Samahang Nayon. Di India dilaksanakan program Panchayati Raj. Di Sri Langka dilaksanakan program Sarvodaya Shramadana. Di Tanzania juga dilaksanakan program Uj amaa Fijijini. Di Republik Rakyat China pula dilaksanakan program Commune System dan di Kenya dilaksanakan program Harambee (Hassan Mohd. Ali, 1986). Dalam melaksanakan program seumpama itu, negara-negara berkenaan semuanya mempunyai falsafah atau pegangan yang dijadikan asas bagi menggerakkan program tersebut. Di Korea Selatan misalnya, program Saemaul Undong yang dicetuskan oleh Presidennya Park Chung Hee pada 22 April, 1970, menekankan kepada amalan semangat Saemaul iaitu kerajinan (diligence), menolong diri (self-help) dan berkerjasama (cooperation). Ia adalah sebagai usaha untuk menghasilkan kemakmuran dalam menangani masalah kemelaratan dan kemiskinan rakyat terutama di kawasan pendalaman (Ministry of Home Affairs Republic of Korea, 1980 ; Park Chung Hee, 1979). Di Republik Rakyat China pula, Commune System yang dilaksanakan dalam tahun 1958 menekankan kepada semangat berdikari (self-reliance) dan berkerjasama (cooperation) di kalangan masyarakat komune yang dibentuk. Ia membina semangat rakyat secara menyeluruh, mengurangkan perbezaan sosial serta menanamkan moraliti sosialisma dan komunisma, sebagai usaha meningkatkan hasil pertanian yang pesat (Stavis, 1974). Sementara program Ujamaa Fijijini yang dilaksanakan di Tanzania sekitar tahun 1970an juga, menekankan kepada semangat gotong royong masyarakat tradisi Afrika dan semangat berdikari (self-reliance). Ia adalah sebagai usaha meningkatkan hasil pertanian masyarakat perkampungan Uj amaa. Program ini

6 memudahkan pihak pemerentah untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan dan pendidikan kepada rakyat (The World Book Encyclopedia, 1992). Program Harambee yang diperkenalkan di Kenya dalam tahun 1963 pula, adalah berbentuk pendidikan. Sekolah-sekolah Harambee ini bertujuan membangunkan masyarakat Kenya ke arah kemajuan. Ia menggerakkan rakyat kepada semangat menolong diri (self-help) dan berkerjasama (pulling together) bagi melepaskan diri mereka dari belenggu kemiskinan (The World Book Encyclopedia, 1992). Pendekatan-pendekatan di atas menjelaskan bahawa matlamat untuk membangunkan negara dari aspek fizikal ke arah kemajuan, amat memerlukan penggemblengan tenaga manusia yang menyeluruh. Nilai-nilai pembinaan diri yang positif seperti rajin, berdikari, menolong diri dan berkerjasama menj adi fokus utama kepada program pembangunan di negara-negara tersebut. lni sememangnya dipersetujui oleh pakar-pakar di bidang pembangunan, khususnya pembangunan di peringkat akar umbi. Mereka bersepakat mengatakan bahawa faktor utama yang menjejaskan kelancaran program-program pembangunan adalah disebabkan oleh nilai pembinaan sikap dan sistem nilai dalam diri individu itu sendiri (Hasan Mohd. Ali, 1986). Namun fenomena yang berlaku hari ini di beberapa buah negara yang melaksanakan program seumpama itu, telah menimbulkan tanda tanya berkaitan dengan keberkesanannya. Sebagai contoh, kemarahan rakyat Korea Selatan terhadap korupsi dan penyelewengan pemimpin-pemimpin negara mereka sehingga saat ini (penyelidikan ini dibuat) masih sukar dibendung. Pembinaan semangat Saemaul, seolah-olah dilupakan begitu sahaja. Beribu-ribu rakyat Korea Selatan bangkit menunj uk perasaan terhadap bekas pemimpin mereka Roh Tae-Woo yang dituduh melenyapkan wang negara sebanyak RM 1.6 bilion.