ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

Similar documents
AL-HIKMAH. Jilid 9 ISSN M No H

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Spiritual

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

POWER QUALITY IMPROVEMENT BY DYNAMIC VOLTAGE RESTORER AND UNIFIED POWER QUALITY CONDITIONER USING FUZZY LOGIC FARIDULLAH KAKAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KEPERCAYAAN EPISTEMOLOGI ISLAM

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

Persepsi Siswa/Siswi Terhadap Kaedah Merujuk Buku Dalam Peperiksaan: Satu Kajian Kes Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. 1.0 PENGENALAN sejarah

Special Issue 3 (2017): 011 ISSN: x

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEPUASAN KERJA PENSYARAH DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA DI MAKTAB PERGURUAN ISLAM BANGI RUSLI BIN ABDULLAH FPP

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

KESAN KERJA SYIF MALAM TERHADAP HUBUNGAN SOSIAL DAN KESIHATAN FIZIKAL JURURAWAT

AISYAH ABDUL-RAHMAN & WAJEEHA ZULKIFLY ABSTRAK. Kata kunci: Pengurusan Kewangan, Pengetahuan kewangan, Pengurusan Perbelanjaan, Sumber Pembiayaan

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

TAHAP PENYERTAAN DAN PENDAYAUPAYAAN PSIKOLOGI: MENJELASKAN HUBUNGAN MENERUSI ORGANISASI BERASASKAN KOMUNITI

KOS SARA HIDUP MAHASISWA UPM

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROSIDING PERKEM IV, JILID 2 (2009) ISSN: X

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Transcription:

69 Jurnal Personalia Pelajar 18 (2)(2015): 69-73 Gaya Kepimpinan Ketua Platun PALAPES Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kepuasan Kerja dalam Fasa Medan Pertahanan: Kajian Kes di Mempaga, Bentong Pahang (Leadership Stail of the Platun Chief of University Kebangsaan Malaysia PALAPES and Working Satisfaction in the Defence Field Phase: Case Study in MEMPAGA, BENTONG, PAHANG) ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL ABSTRAK Gaya kepimpinan dilihat berperanan besar dalam usaha memperkembangkan dan meningkatkan tahap kemantapan PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) Universiti Kebangsaan Malaysia dalam fasa Medan Pertahanan di Mempaga, Bentong Pahang. Gaya kepimpinan yang berkesan seringkali dilihat menyumbang kepada tahap kemantapan yang tinggi dan sebaliknya. Selari dengan itu, kertas kerja ini akan melihat hubungan antara gaya kepimpinan dengan kepuasan kerja PALAPES UKM. Kajian dijalankan ke atas PALAPES Universiti Kebangsaan Malaysia. Keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek kepuasan kerja antara jantina. Hasil kajian juga menunjukkan gaya kepimpinan yang demokratik menyumbang kepada kepuasan kerja yang tinggi manakala gaya kepimpinan autokratik dan laisse faire menyumbang kepada kepuasan kerja yang rendah. Kertas kerja ini akan juga membincangkan beberapa intervensi yang boleh dilakukan dalam meningkatkan kepuasan kerja PALAPES UKM dalam usaha memperkembangkan dan meningkatkan keprofesionalisme PALAPES UKM. Kata kunci: Gaya kepimpinan, medan pertahanan, kepuasan kerja, pasukan mantap, profesionalisme. ABSTRACT Leadership stail has been seen as playing a major role in the effort of developing and improving the level of UKM PALAPES (Reserve Officers Training Unit) strength in the phase of Defence Field in Mempaga, Bentong, Pahang. An effective leadership stail has been frequently seen contributing toward higher level of strength and otherwise. In line this, the present paper will look at the relationship between the leadership stail of UKM PALAPES platun chief and working satisfaction of UKM PALAPES. The finding from the research conducted on UKM PALAPES show that there is no significant different in the aspect of working satisfaction between genders. The finding also shows that the democratic stail of leadership of platun chief of UKM PALAPES contribute to the higher level of working satisfaction whereas autocratic and laisse faire stail of leadership contribute to the lower level of working satisfaction. This paper will also discuss several intervention that can be done to improve the working satisfaction of UKM PALAPES, in the effort of developing and improving the professionalism of UKM PALAPES. Keywords: Leadership stail, defence field, working satisfaction, strong team, professionalism.

70 PENGENALAN Dalam arus kepesatan dan perubahan proses pendidikan negara, kualiti kepimpinan yang mantap dan efektif amat perlu dalam usaha menjamin kualiti profesionalisme para pendidik. Dalam memastikan tahap profesionalisme PALAPES UKM perlu menyedari bahawa gaya kepimpinan yang bersesuaian diperlukan dalam menjamin perjalanan kelicinan sebuah organisasi. Organisasi PALAPES UKM perlu menyedari bahawa cabaran yang dihadapi di organisasi PALAPES pada masa kini dan masa hadapan sesungguhnya amat besar selari dengan kemajuan dan kepesatan proses pendidikan PALAPES. Kepimpinan dilihat sebagai perhubungan yang dinamik antara individu dengan ahliahli kelompok dalam kumpulan serta persekitarannya. Ia juga merupakan satu proses di mana individu lain dipengaruhi untuk mencapai matlamat dalam situasi tertentu. Gaya kepimpinan berbeza mengikut kesesuaian kepimpinan tersebut. Terdapat pemimpin yang menekankan kepada gaya kepimpinan yang sangat berfokus kepada tugas manakala terdapat pemimpin yang lebih mementingkan perhubungan manusia. Bagaimanapun Khan (1993) mendapati kebanyakan pemimpin mempamerkan gaya kepimpinan yang menggabungkan gaya kepimpinan yang mementingkan tugas dan perhubungan manusia. Beliau juga menjelaskan pihak PALAPES UKM yang bersedia berkongsi pendapat, menggalakkan penglibatan ahliahlinya, menggalakkan kebebasan bekerja dan memberi pendapat lebih mengalami kepuasan kerja yang tinggi dibandingkan dengan pemimpin yang terlalu rigid dan mengikut peraturan. Banyak kajian yang telah membezakan antara gaya kepimpinan autokratik, demokratik dan gaya kepimpinan laissez-faire. Khan (1983) mendefinisikan kepimpinan autokratik sebagai situasi di mana pemimpin membuat semua keputusan yang penting tanpa merujuk kepada orang-orang bawahannya. Pemimpin yang bersifat demokratik pula lebih menggalakkan perbincangan kelompok atau kumpulan dan membuat keputusan. Owens (1970) pula telah membahagikan gaya kepimpinan kepada 5 iaitu autokratik, demokratik, laissez-faire, birokratik dan karismatik. Beliau berpendapat pemimpin yang melaksanakan gaya kepimpinan autokratik yang melampau adalah ketua di mana kesemua keputusan dan polisi dilakukan oleh pihak pentadbir. Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan laissez-faire pula menggalakkan perbincangan kumpulan dan pembuatan keputusan. Kebanyakan pemimpin yang bersifat birokratik menggabungkan ketiga-tiga gaya kepimpinan iaitu demokratik, autokratik dan laissez-faire. Jacobson, Logsdon dan Wiegman (1973) telah membezakan gaya kepimpinan demokratik dengan gaya kepimpinan autokratik dan laissez-faire melalui tiga hipotesis iaitu pemimpin yang bersifat demokratik lebih menghormati individu lain tidak kira bangsa atau status sosial dan memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu dan menumpukan kepada kaedah bekerjasama untuk kepentingan umum. TUJUAN Objektif kertas kerja ini adalah melihat hubungan gaya kepimpinan dengan kepuasan kerja. Tujuan kertas kerja ini juga adalah melihat sama ada terdapat perbezaan antara kepuasan kerja dan subjek lelaki dengan subjek kadet perempuan PALAPES UKM. METODOLOGI Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik. Subjek kajian terdiri daripada 110 orang kadet PALAPES, UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan maklumat daripada gabungan soal selidik Leadership Behaviour Description Questionnaire dan kepuasan kerja kadet PALAPES, UKM, Bangi. Dalam usaha penentuan gaya kepimpinan sama ada tinggi atau rendah, penyelidik menggunakan julat min 1.00 hingga 3.00 sebagai rendah dan julat min 3.01 hingga 5.00 sebagai tinggi. Manakala dalam penentuan tahap kepuasan kerja ia dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu julat min antara 1.00 hingga 1,99 sebagai tidak puas hati, julat min 2.00 hingga 2.99 sebagai sederhana puas dan julat antara julat min 3.00 hingga 4.00 sebagai puas hati. Soal selidik yang digunakan mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian satu mengandungi soal selidik berkaitan dengan latar belakang responden manakala bahagian kedua pula mengandungi soal selidik yang berkaitan dengan gaya kepimpinan PALAPES UKM. Bahagian ketiga pula ialah soalan-soalan yang berkaitan dengan kepuasan kerja PALAPES UKM. Soal selidik mengenai latar belakang responden mengandungi 7 item yang dikemukakan iaitu jantina, umur, taraf perkahwinan, taraf kelulusan, pengalaman kadet dan lama berkhidmat dalam PALAPES UKM serta jawatan di mana subjek ditugaskan dalam platun semasa sesi medan pertahanan dijalankan. Bahagian kedua pula mengandungi 40 item-item yang direkabentuk untuk melihat dan menentukan gaya

71 kepimpinan PALAPES UKM di dalam menjalankan rutin harian mereka dan menentukan gaya kepimpinan. Terdapat 3 gaya kepimpinan yang dikaji iaitu gaya kepimpinan berorientasikan tugas (gaya autokratik), gaya kepimpinan berorientasikan pertimbangan atau hubungan manusia (gaya demokratik) dan gaya kepimpinan Laissez-faire. Semakin tinggi skor yang diperolehi semakin tinggi gaya kepimpinan yang diperolehi. Bahagian ketiga pula mengandungi 18 item soalan yang bertujuan mengukur kepuasan kerja kadet yang terdiri daripada 8 item positif dan 10 item negatif. Bagi item-item negatif, pemarkahan diubah. Setiap item soalan yang dikemukakan menggunakan skala likert yang terdiri daripada 4 skala iaitu yang bermula dari sangat setuju (4), setuju (3), tidak setuju (2) dan sangat tidak setuju (1). Indeks kepuasan kerja pula dikira berdasarkan markah skor kesemua item. Pemarkahan 1 hingga 4 diberikan bermula dari sangat setuju (4), setuju (3), tidak setuju (2) dan sangat tidak setuju (1). Bagi pernyataan yang berbentuk negatif, pemarkahan diubah di mana sangat setuju diberikan skor (1), setuju diberikan skor (2), tidak setuju (3) dan sangat tidak setuju diberikan skor (4). Kerangka Teoritikal Kerangka teoritikal diubahsuai daripada model Yukl dalam Jaafar Sulaiman (1999) yang menunjukkan gaya kepimpinan boleh mempengaruhi suasanan atau kepuasan kerja individu dalam organisasi. RAJAH 1. Model Teori Gaya kepimpinan - Autokratik Kepuasan - Demokratik kerja - Laissez-faire Sumber: Diubahsuai daripada model Hubungan Pengujian Hipotesis Kertas kerja ini akan mengemukakan beberapa hipotesis yang akan membantu menjawab permasalahan kajian. Hipotesis-hipotesis yang dibina ialah: Terdapat perbezaan yang signifikan mengenai kepuasan kerja di antara subjek lelaki dengan subjek perempuan. Terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan autokratik dengan kepuasan kerja. Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan demokratik dengan kepuasan kerja kadet PALAPES UKM. Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan Laissez-faire dengan kepuasan kerja kadet PALAPES UKM HASIL KAJIAN Jadual 1 menunjukkan min skor kepuasan kerja subjek perempuan (min=53.31, SP=6.14) adalah lebih tinggi berbanding dengan min skor lelaki (min=52.46, SP=6.96). Bagaimanapun nilai ujian t (t=0.47, K>0.05) menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara subjek lelaki dengan subjek perempuan dalam sub-skala kepuasan kerja. Ini dapat disimpulkan bahawa jantina tidak mempengaruhi kepuasan kerja subjek kajian.bagaimanapun, dapatan kajian ini tidak selari dengan kajian yang dijalankan oleh Xia Ma dan MacMillan (1999) dan Nawi dalam Suraineh (2001) yang mengatakan wanita lebih berpuas hati dalam pekerjaan mereka jika dibandingkan dengan subjek lelaki. Hasil kajian ini konsisten dengan kajian yang dijalankan oleh Mohd Dahalan Abdul Malek dan rakanrakan (1998) dan Esah Sulaiman (1998). Berdasarkan keputusan kajian (Jadual 2), kerja hanya dilihat berkorelasi secara positif dengan gaya kepimpinan demokratik (0.30*, k<0.05). Gaya kepimpinan autokratik dan Laissez-faire didapati tidak berkorelasi secara positif dengan kepuasan kerja di mana nilai (r = 0.16, k > 0.05) diikuti dengan (r = 0.22, k > 0.05). Penemuan ini selari dengan dapatan kajian Khan (1993) di mana pihak kadet PALAPES yang mengamalkan corak kepimpinan yang demokratik adalah lebih berpuas hati dengan tugas mereka daripada pihak kadet PALAPES yang mengamalkan gaya kepimpinan

72 autokratik. Penemuan ini juga selari dengan kajian Morse dan Reimer (1956) yang mendapati pentadbir bersifat demokratik mempunyai tahap kepuasan kerja yang lebih tinggi walaupun tidak semestinya efektif. Scbuler (1976) mendapati penyertaan memberi kesan yang signifikan ke atas kepuasan kerja. Ini dipersetujui oleh Ralston (1986) yang mendapati sekiranya pembuatan keputusan diamalkan oleh satu institusi, pekerja-pekerja mengalami kepuasan kerja. Begitu juga dengan kajian Morrissey (1988) yang mendapati pegawai-pegawai yang bergantung atau berfokus kepada kuasa lebih berpuas hati dengan pencapaian objektif tugas mereka. Berdasarkan hasil kajian terhadap kepuasan kerja, didapati kepuasan kerja subjek adalah pada tahap kepuasan kerja yang tinggi dengan min skor keseluruhan ialah 3.84. Hasil kajian ini menyamai dapatan kajian yang dilakukan oleh Suraineh Suweh (2005) di PALAPES Universiti Sabah yang menunjukkan kepuasan kerja kalangan PALAPES berada pada tahap yang sederhana. Begitu juga dengan kajian Mohd Nor dalam Shahrul Arba iah Othman (2007) yang mendapati sebilangan besar PALAPES Universiti Malaya merasai kepuasan kerja pada tahap tinggi. JADUAL 1. Perbezaan min skor dan sisihan piawai kepuasan kerja antara subjek lelaki dengan perempuan. Jantina Bil Min Sisihan Piawai t Lelaki 50 42.461 6.96 0.48 Perempuan 70 53.31 6.14 p > 0.05 *k < 0.05 JADUAL 2. Korelasi pearson antara skala kepuasan kerja palapes ukm dengan gaya kepimpinan PALAPES UKM Pembolehubah Kepuasan kerja (N=120) Gaya kepimpinan autokratik 0.46 Gaya kepimpinan demokratik 0.27* Gaya kepimpinan laissez-faire 0.38 CADANGAN Dalam usaha memantapkan tahap keprofesionalisme kadet PALAPES, UKM gaya kepimpinan harus sentiasa disesuaikan dengan keperluan dan kehendak semasa. Ini terutama sekali dalam membuat perancangan perlu melihat semua aspek kelemahan dan kekuatan kadet PALAPES, UKM terutama sekali kadet PALAPES Senior UKM agar boleh memberikan kepuasan kerja dalam kalangan kadet PALAPES, UKM khususnya dan warga pelajar universiti amnya. Kepimpinan di dalam organiasi PALAPES, UKM juga haruslah mengambil berat tentang peningkatan mutu perkhidmatan dengan menggalakkan kadet PALAPES UKM meningkatkan tahap keprofesionalismenya. Galakan seperti mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan, melanjutkan pengajian pada tahap yang lebih tinggi dan memberi peluang untuk menjawat jawatan kepengurusan dalam organisasi PALAPES UKM, lebih memberi manfaat kepada semua pihak terutama kepada pihak individu maupun pihak PALAPES UKM itu sendiri. KESIMPULAN Dalam negara mengalami proses kepesatan pendidikan, mutu kepimpinan perlu diberi perhatian yang serius. Gaya kepimpinan yang mantap dan kepuasan kerja yang tinggi dilihat berperanan besar dalam usaha memperkembangkan dan meningkatkan tahap profesionalisme PALAPES UKM di institut pengajian tinggi tempatan (IPTA). Gaya kepimpinan yang berkesan

73 seringkali dilihat menyumbang kepada tahap kepuasan kerja tinggi dan sebaliknya. Selari dengan itu, kertas kerja ini telah melihat hubungan antara gaya kepimpinan dengan kepuasan kerja. Gaya kepimpinan demokratik didapati menyumbang kepada kepuasan kerja yang tinggi. Bagaimanapun, tahap kepuasan kerja yang sederhana yang dialami oleh subjek kajian memerlukan tindakan yang baik oleh pihak yang berkaitan. Hasil kajian juga menunjukkan gaya kepimpinan yang demokratik menyumbang kepada kepuasan kerja yang tinggi. Beberapa cadangan dan intervensi telah dicadangkan dalam usaha memperkembangkan dan meningkatkan tahap keprofesionalisme PALAPES di institut pengajian tinggi tempatan (IPTA). Zaizul Ab. Rahman (Dr.) Jabatan Usuluddin & Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor. E-mel: zaizul@ukm.edu.my Khaidzir Hj. Ismail (Prof. Dr.) Pusat Citra UKM Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor. E-mel: izay@ukm.edu.my RUJUKAN Jacobson, P.B., Longsdon, J.D., & Wiegman, R.R. 1973. The Principal: New Perspectives. New Jersey: Prentice-Hall Inc. Khan, U.A. 1993. Type of administrator differences in work satisfaction of secondary school administrators. Education 113(4):574-579. Ma, X. & MacMillan, R.B. 1999. Influence of Workplace Condition on Teachers Job Satisfaction. Journal of Educational Research 93(1): 39. Malek, M.D.A., Baco, B.S. & Seok, C.B. 1998. Teoriteori motivasi dalam psikologi Industri dan Organisasi. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Morrissey, J.J. 1988. How chief executives officers get things done: An investigation of the use of social power in organization settings (Doctoral Dissertation, The Fielding Institute, 1987). Dissertation Abstracts International. 49, 553A. Morse, N.C & Reiner, E. 1956. The Experimental Change of a Major Organizational Variable. Journal of Abnormal Social Psychology 52: 120-129. Othman, S.A. 2007. Kepuasan kepimpinan PALAPES Universiti Kebangsaan Malaysia. Latihan Ilmiah UKM. Owens, R.G. 1970. Organizational Behavior in Schools. New Jersey: Prentice-Hall Inc. Ralston, W.W. 1986. Participative Decision Making in Academic Institutions (Doctoral Dissertation). Scbuler, R.S. 1976. Participation with supervisor and subordinate authoritarianism: A Path-Goal Theory Reconciliation. Administrative Science Quarterly 21: 230-325. Sewah, S. 2005. Kepuasan kerja PALAPES Universiti Malaysia Sabah (Satu Kajian Kes). Sabah: Univeristi Malaysia Sabah. Sulaiman, E. 1998. Stres di kalangan pensyarah Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim. Satu Kajian Kes. Jurnal Akademik. Jilid 19, MPTI.