JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Kerangka Penggunaan Maqasid Shari`ah Dalam Hukum Muamalat. The Framework of the Use of Maqasid Shari`ah In Muamalat Law

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK DAN KONTEMPORARI

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

[12] Pendekatan Pseudo-Maqasid Dalam Aliran Hukum Islam Semasa

The current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

HUBUNGAN MAQASID SYARIAH DAN SIASAH SYAR IYYAH DALAM URUS TADBIR NEGARA

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Takrifan Etika ethos

eissn MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES VOL 2, BIL RAF'U AL-HARAJ IN AL-QUR'AN: INSPIRING THE INNOVATION

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN FATWA KONTEMPORARI DALAM MENGHADAPI CABARAN GLOBALISASI: SATU PENDEKATAN

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

Amar Makruf Nahi Mungkar

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

PENGGUNAAN PISAU MEKANIKAL DALAM INDUSTRI SEMBELIHAN AYAM HALAL: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF MAQASID AL-SHARIAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

SKOP EKONOMI DALAM KONTRAK TABARRU AT : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA AL-UM DAN MINHAJ AL-TALIBIN (AL-SYARBINI)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Application [Logik & Aplikasi]

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

A Review on Bequest Writing in The Management of Property in Malaysia

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

HALAL HARAM MAKANAN MENURUT IMAM SYAFI I: ANALISIS DARI PERSPEKTIF MAQASID AL-SHARI AH

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

Transcription:

PEMBENTUKAN HUKUM BERASASKAN MAQASID SHARI`AH: ANALISIS METODE PENGENALPASTIAN DAN KAWALAN OLEH AL-SHATIBI DAN IBN `ASHUR Nora inan bt. Bahari 1 ASTRAK Wujud berbagai-bagai pendapat di kalangan sarjana berkaitan kedudukan objektif syariat (maqasid shari`ah) dalam manhaj istinbat hukum. Antara pendapat tersebut ialah sebagai satu sumber perundangan yang terasing, suatu pendekatan dan orientasi dalam memahami hukum, sumber asas perundangan Islam yang dikeluarkan melalui kaedah ijtihad yang berpandukan al-quran dan al-sunnah serta asas bagi menyempurnakan manhaj istinbat hukum sama seperti kaedah fiqh. Di sebalik perbezaan itu, mereka bersependapat tidak menolaknya sama ada untuk dijadikan sumber atau sebagai salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan bagi tujuan pengeluaran hukum. Justeru kajian ini akan menganalisis aspek pengenalpastian dan kawalan terhadap penggunaan maqasid shari`ah bagi memastikan pencapaiannya dan mengelakkan penyelewengan dalam penggunaannya. Bagi merealisasikan objektif ini, metode deskriptif digunakan dengan mengaplikasikan metode perpustakaan dan metode dokumentasi penganalisisan terhadap data secara induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati metode pengenalpastian dan kawalan yang dibentuk oleh al-shatibi dan Ibn `Ashur menjadi rujukan utama kepada para sarjana sehingga ke masa kini dengan tambahan yang berupa perincian kepada asas metode yang telah dibentuk itu. 1 Calon Ijazah Doktor Falsafah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Pensyarah Jabatan Syariah Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, norainan@kuis.edu.my 16

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015 Kata kunci: Maqasid shari`ah; Kedudukan; Metode Pengenalpastian dan Kawalan ABSTRACT There are many different opinions among scholars regarding the status of objectives of shari`ah (maqasid shari`ah) in methodology of Islamic law. Some of these opinions is as a source of legislation, an approach and orientation in understanding the law, the basic source of Islamic law issued by means of ijtihad based on al- Quran and al-sunnah and the basis for refining the methodology of Islamic law similar to legal maxims of fiqh (qawa`id fiqh). Despite the differences, they agreed not to reject either as a source or as one of the things to consider for the purpose of issuing of the law. Thus this study will analyze the aspects of identification and control of using maqasid shari`ah to ensure they are met and to avoid distortion in use. To realize this objective, descriptive method used by applying the library method along with the documentation method and analysis of data in an inductive, deductive and comparative methods. The study found that the identification and control methods developed by al-shatibi and Ibn `Ashur as the main reference to scholars until the present time with the addition of a form detailing the basis of the method has been established. Keywords: Maqasid shari`ah; Status; Methods for Identification and Control PENDAHULUAN Manhaj istinbat hukum adalah kaedah bagi mengeluarkan hukum daripada sumber-sumber rujukan terhadap sesuatu perkara yang tiada nas dan hukum yang diputuskan sebelumnya (al-zuhayli, 1986). Sumber-sumber yang menjadi rujukan untuk mengeluarkan hukum terbahagi secara umum kepada sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer atau sumber asli yang disepakati jumhur ulama dan ummah ialah al-quran, al-sunah, ijmak dan qiyas yang bersumberkan 17

wahyu (al-qaradawi, 2001). `Abd al-karim Zaydan (Zaydan, 1992) meletakkan kedua-dua yang terakhir dalam kategori sumber sekunder atau sokongan kerana ia bukanlah wahyu pada asalnya tetapi sumber hukum yang merujuk kepada nas-nas al-quran dan al-sunnah. Terdapat juga sumber sekunder yang juga bersumberkan al-quran dan al-sunnah tetapi tidak disepakati oleh para fuqaha seperti istislah, istihsan, `urf, istishab, syar` man qablana, qawl al-sahabi, qawl ahli madinah dan sadd al-dhara`i (al-qaradawi, 2001; al-zuhayli, 1986). Terdapat beberapa pandangan tentang kedudukan maqasid shari`ah dalam manhaj istinbat hukum iaitu sebagai sumber asli yang terkandung dalam semua sumber hukum primer dan sekunder, (al-fasi, 1993) sumber hukum yang terasing, pendekatan atau orientasi hukum (al-zuhayli, 1986) dan asas menyempurnakan manhaj istinbat hukum sama seperti kaedah fiqh (`Abd al-rahman Qasim, 2012). Bahkan para ulama salaf dan khalaf sepakat menyatakan bahawa secara umum dan terperinci semua hukum yang diturunkan oleh Syarak adalah mempunyai sebab (`illah) dan maqasid yang boleh difahami dan diterima akal. Justeru meraikan maqasid sebagai punca sesuatu hukum sudah menjadi amalan para ulama semenjak zaman nabi SAW lagi di samping memperakukan perubahan fatwa disebabkan perubahan masa, tempat, kebiasaan dan keadaan (al-qaradawi, 2001). Kajian ini akan membincangkan tentang konsep maqasid shari`ah, metode pengenalpastian dan kawalan terhadap penggunaannya. Selaras dengan usaha-usaha kerajaan Malaysia yang menggunakannya sebagai asas kepada pelaksanaan ajaran Islam di negara ini, maka kedua-dua metode berkaitan adalah releven untuk diketahui bagi memastikan maqasid shari`ah sebenar dapat dicapai dan mengelakkan kekeliruan dan penyelewengan dalam penggunaannya. Maqasid Shari`ah Dari Sudut Bahasa Perkataan maqasid shari`ah juga disebut dengan maqasid al-tashri` al- Islami atau maqasid al-shar` atau qasd al-shar` dalam bahasa Arab. Bagaimanapun majoriti sarjana menggunakan perkataan maqasid shari`ah. Secara umumnya maqasid shari`ah didefinisikan sebagai mewujudkan kebaikan dan menolak keburukan serta menghilangkan kemudaratan (al-ghazali, 1993; Ibn `Abd al-salam, t.t. dan al- 18

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015 Qaradawi, 2001). Tujuan ini disepakati oleh para ulama dahulu dan masa kini. Memahami tujuan syariat akan memudahkan kefahaman tentang kedudukannya dalam penentuan hukum. Pengertian maqasid shari`ah juga memerlukan penjelasan awal dari aspek bahasa dan istilah sebelum ia menjadi satu ilmu yang tersendiri bagi memastikan pengertian maqasid shari`ah dapat difahami dengan sempurna dan tepat kerana ia menjadi landasan teori kepada kajian ini. Maqasid adalah kata jamak kepada maqsad dan maqsid dari perkataan bahasa Arab qasada bermaksud menuju ke suatu arah (al- Qazwini, 1986). al-qasdu pula bermakna jalan yang lurus, keadilan dan sederhana antara membazir dan kedekut (Ibn Manzur, t.t.). Maqsad adalah ism mufrad masdar mimi bermaksud kehendak dan maksud manakala maqsid adalah ism makan bermaksud tempat qasad atau niat (al-badawi, 2000; Abu `Amr, 2003 dan al-fayumi, 2008). Perkataan maqasid shari`ah dalam bahasa Melayu bermaksud niat, maksud dan kehendak sebagaimana terjemahan dalam kamus bahasa Arab ke bahasa Melayu seperti Kamus Marbawi (al-marbawi, 1934). Kamus Miftah dan Kamus Oxford Fajar juga menterjemahkannya sebagai niat, maksud dan tujuan (Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Nazri Zainuddin dan Mohd Fuad Mohd Isa, 2008 dan Abd. Rauf, 2011). Kamus Dewan pula menterjemahkan tujuan sebagai objektif khusus dan matlamat (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Dalam konteks bahasa Inggeris maqasid diterjemahkan sebagai goals, objectives, higher objectives, principles, intents, purposes dan ends bergantung kepada pengertian ayat yang digunakan (Ibn `Ashur, 2006 dan Sanu Qutb, 2000). Penelitian dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan (Kamus Inggeris Melayu Dewan, 1992) menunjukkan pengertian objektif, tujuan, matlamat, maksud dan niat adalah terkandung dalam pengertian goals, objectives, ends, purposes dan intents manakala perkataan principles adalah merujuk kepada asas atau dasar pokok sesuatu pemikiran, tindakan dan lain-lain (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Syariat atau shari`ah dalam konteks bahasa Arab membawa maksud tempat terbit air yang menjadi sumber minuman, jalan, apa yang disyariatkan Allah dari aspek akidah dan hukum, agama dan pandangan mazhab yang jelas dan lurus (Sa`di Abu Jayb, 1993). Oleh itu pengertian syariat dari sudut bahasa Arab sekurang-kurangnya 19

mempunyai empat pengertian iaitu tempat terbit air, jalan, akidah dan hukum yang diturunkan Allah serta pandangan mazhab yang sahih. Keempat-empatnya mempunyai perkaitan yang mana syariat umpama nyawa kepada manusia dan seluruh alam yang dianugerahkan oleh Allah, bertunjangkan akidah dan dilestarikan oleh para ulama yang mewarisinya dari nabi Muhammad SAW melalui mazhab yang dipeloporinya. Dalam bahasa Melayu pula ia merujuk kepada hukum dan undang-undang Islam (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007 dan al- Marbawi, 1934). Pengertian ini mempunyai persamaan dengan definisi dalam bahasa Arab. Manakala syariat dalam konteks bahasa Inggeris bermaksud islamic law (al-ba`albaki, 2000) atau hukum syariah, (Kamus Inggeris Melayu Dewan, 1992) lubang air dan jalan ke arahnya serta undang-undang yang diwahyukan (Hans Wehr, 1974). Rumusannya pengertian maqasid shari`ah dari aspek bahasa sama ada bahasa Arab, Melayu dan Inggeris mempunyai pengertian yang sama iaitu maksud, tujuan, objektif, kehendak dan matlamat agama yang menjadi jalan yang jelas dan lurus datang dari Allah sama ada berbentuk asas iaitu akidah atau hukum berkaitan ibadat, muamalat, munakahat, jenayah, sosial dan politik serta alam yang menjadi punca kepada kehidupan (Shaltut, 2007). Bagaimanapun perbezaan perkataan dalam definisi itu merujuk kepada konteks, contohnya objektif merujuk kepada tujuan dan kehendak khusus manakala matlamat adalah tujuan dan kehendak am. Maqasid Shari`ah Dari Sudut Istilah Perbincangan tentang istilah maqasid shari`ah sebagai satu ilmu yang berdiri sendiri, boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu para pengasas seperti al-ghazali (m1111m/505h), al-shatibi (m1388m/790h) dan Ibn `Abd al-salam (m1262m/861h); dan ulama kontemporari seperti Ibn `Ashur (m1973m/1393h), Ahmad al-raysuni, al-qaradawi, al-zuhayli, Ibn al-zagibah, Jasir `Awdah, al-khadami dan `Alal al-fasi. Maqasid Shari`ah Menurut al-ghazali Perbincangan al-ghazali tentang maqasid shari`ah adalah bertitik-tolak dari perbincangan yang panjang lebar tentang maslahah yang 20

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015 bertepatan dengan syarak dan maslahah yang ditolak kerana bercanggah dengan Syarak. Di antara keduanya terdapat maslahah yang belum dipastikan penerimaannya menurut Syarak yang diistilahkan dengan maslahah mursalah. Al-Ghazali menggariskan hanya yang menepati maqasid shari`ah sahaja diterima. (al-ghazali, 1993) Seterusnya al-ghazali menjelaskan bahawa tujuan syarak (maqsud al-shar`) dalam penciptaan hambanya ada lima iaitu menjaga agama, diri, akal, keturunan dan harta. Kelima-lima asas ini penting bagi kelangsungan hidup manusia yang dikategorikan sebagai daruriyyat. Pengiktirafan ini bukan sahaja oleh syariat Islam tetapi dalam semua syariat dan agama. Justeru Syarak menetapkan hukuman dalam bentuk qisas (pembalasan setara) dan hudud (keseksaan). Oleh itu menjaga kelima-lima tonggak (usul) ini adalah maslahah dan setiap yang menghapuskan kelima-limanya adalah mafsadah. Malahan mempertahankannya juga adalah maslahah yang sebenar bukan setakat menarik manfaat atau menolak mudarat (jalb almanfa`ah wa daf` al-madarrah) yang menjadi tujuan dan maslahah makhluk (maqasid al-khalq wa salah al-khalq) untuk mencapai maqasid mereka. Tahap kedua yang dinamakan hajiyyat adalah perkara bukan asasi tetapi diperlukan untuk kemaslahatan hidup kerana ditakuti kesulitan contohnya kuasa wali mengahwinkan anak lelaki atau perempuan yang masih kecil sekiranya ada keperluan bagi memastikan kehidupan yang lebih sempurna. Bagaimanapun bagi menjaga maslahah disyaratkan agar pasangan itu sekufu dan bermahar mithil iaitu maskahwin yang berpadanan dengan keluarga pengantin perempuan. Manakala perkara tahsiniyyat pula bukanlah dalam kategori kepentingan asasi dan keperluan tetapi untuk penambahbaikan, perhiasan dan kemudahan serta meraikan tatacara yang lebih baik dalam perkara-perkara adat dan muamalat yang berkaitan dengan keperluan asas seperti mengamalkan adab sesama insan dan etika dalam perniagaan. Berdasarkan huraian di atas, al-ghazali tidak memberikan takrifan yang jelas tentang maqasid shari`ah tetapi lebih menekankan tentang penentuan bilangan, penjagaan dan pelestariannya. 21

Maqasid Shari`ah Menurut al-shatibi Beliau menjelaskan maksud Allah SWT (qasd al-shari)` adalah dalam empat aspek iaitu penciptaan syariat kepada umat manusia, kefahaman kepada tujuan syariat, memberi kebertanggungjawaban dan melibatkan manusia sebagai seorang mukallaf dalam hukumnya (al-shatibi, t.t.). Penciptaan syariat menurut tujuan ilahi ialah demi kemaslahatan hamba di dunia dan akhirat melalui pertanggungjawaban hukum syarak. Maqsid shari`ah yang dimaksudkan sama ada berbentuk asasi (daruriyyat), keperluan (hajiyyat) atau kesempurnaan (tahsiniyyat). Aspek keperluan dan kesempurnaan adalah pelengkap kepada keperluan asasi. Maka kewajipan solat untuk menjaga agama tidak akan tertunai dengan sempurna tanpa syarat menutup aurat dan menghadap kiblat serta sunat memakai wangian semasa solat. Sama seperti pembahagian yang dibuat oleh al-gazali, al-shatibi juga meletakkan lima perkara asas iaitu penjagaan agama, diri, keturunan, harta dan akal dalam perkara daruriyyat, yang mesti dipertahankan agar kemaslahatan di dunia dan akhirat terpelihara kerana ketiadaannya akan menyebabkan kebinasaan dan kerugian. Justeru, kebanyakan tulisan para sarjana masakini, lazimnya menggandingkan pandangan al-ghazali dan al-shatibi apabila membincangkan tentang persoalan maqasid shari`ah (al-qaradawi, 2001 dan al-badawi, 2000). Bagaimanapun al-shatibi mengelompokkan lima perkara tersebut kepada beberapa kategori iaitu asas-asas ibadat, adat dan muamalat. Penjagaan agama dimartabatkan dengan menegakkan asasasas ibadat, maka disyariatkan iman, mengucap dua kalimah shahadah, solat, zakat, puasa, haji dan sebagainya. Manakala penjagaan diri dan akal penting bagi mempertahankan adat meliputi kewajipan menyediakan makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Penjagaan keturunan dan harta dimestikan bagi memelihara asas muamalat melalui hukum pemindahan pemilikan harta dengan gantian atau akad. Manakala kelima-lima maqasid al-shari` adalah asas hukum jinayat yang mensyariatkan hukuman qisas, diyat dan hudud. Perkara hajiyyat pula diperlukan bagi kemudahan hidup dan mengelakkan kesukaran manakala tahsiniyyat adalah perkara yang elok 22

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015 mengikut adat kebiasaan dan menjauhkan hal yang menghinakan mengikut pertimbangan akal yang disimpulkan sebagai kesempurnan akhlak. Maqasid Shari`ah Menurut Ibn `Abd al-salam Istilah maqasid digunakan oleh Ibn `Abd al-salam semasa membincangkan tentang tujuan kitab beliau Qawa`id al-ahkam ditulis. Antara intipati tulisannya ialah maslahah ketaatan dan muamalat berserta segala aktivitinya adalah untuk menggalakkan manusia mendapatkannya manakala penjelasan tentang maqasid perkara yang menyalahi perintah Allah adalah untuk menggalakkan manusia meninggalkannya. Segala syariat Allah SWT adalah maslahah untuk manusia sama ada dalam bentuk melakukan kebaikan (jalb al-masalih) atau meninggalkan kerosakan (dar al-mafasid). Penggunaan perkataan maslahah dan maqasid digunakan saling berganti dalam perbincangan sama ada melakukan kebaikan dan ketaatan atau meninggalkan keburukan dan ketidakpatuhan. Huraian ini tidak jauh berbeza dengan kedua-dua pengasas yang terdahulu tetapi mengukuhkan lagi teori tentang maslahah dan maqasid. (Ibn `Abd al-salam, t.t.) Maqasid Shari`ah Menurut Ulama Kontemporari Perkembangan teori maqasid shari`ah diteruskan oleh para ulama kontemporari yang menjadikan pandangan para pengasasnya sebagai dasar perbincangan dengan membuat penambahan yang berupa pegukuhan kepada subjek ini. Ibn `Ashur (Ibn `Ashur, 2006) dan al-zuhayli (al-zuhayli, 1986) sebagai contoh menjelaskan maqasid shari`ah kepada dua iaitu maqasid umum atau am dan maqasid khas. Maqasid shari`ah secara umum ialah makna dan hikmah yang diambil perhatian oleh syarak dalam keseluruhan atau sebahagian besar situasi penurunan syariat yang tidak mengkhusus dalam mana-mana hukum syarak yang tertentu. Al- Qaradawi (al-qaradawi, 2001) berpandangan bahawa setiap hukum kecuali sebahagian hukum berkaitan ibadat mempunyai maqasid dan `illah yang boleh diterima akal dan difahami bukan sahaja secara umum tetapi juga secara terperinci. Maqasid yang dimaksudkan ialah memelihara maslahat para mukalaf (seorang yang baligh dan berakal yang mempunyai kapasiti yang penuh untuk dipertanggungjawabkan) 23

dan menolak kerosakan daripada mereka serta merealisasikan kebaikan ke tahap maksimum. Ibn Zagibah dan al-fasi (Ibn Zagibah, 2010 dan al-fasi, 1993) pula menekankan bahawa maqasid shari`ah bukan sahaja mempelajari matlamat dan rahsia tingkahlaku yang terdapat dalam hukum tetapi juga mengurus maslahat mukalaf di dunia dan akhirat agar selaras dengan syariat. Ia juga bermaksud perbuatan dan tindakan yang dimaksudkan oleh Allah SWT mestilah diusahakan dengan apa cara sekalipun oleh dengan penuh ketaatan (Ibn`Ashur, 2006) bagi merealisasikan sesuatu maqasid shari`ah (al-raysuni, 1999). Maqasid khas pula merujuk kepada matlamat syariat dan rahsia yang diletakkan oleh Syarak pada setiap hukumnya selaras dengan sifat Allah yang maha pencipta; mengetahui apa yang terbaik untuk semua makhluknya (Ibn`Ashur, 2006). Al-Zuhayli dan al-fasi juga berpandangan bahawa maqasid terdapat dalam segala dalil syarak primer; al-quran dan al-sunnah serta sekunder; ijmak, qiyas, istislah, istihsan dan sebagainya (al-zuhayli, 1986 dan al-fasi, 1993). Sarjana terkini seperti Jasir `Awdah (Jasir `Awdah, 2010) juga mempunyai pandangan yang sama dengan Ibn `Asyur (Ibn`Ashur, 2006) dan al-ghazali (al-ghazali, 1993) bahawa maqasid shari`ah adalah tujuan di sebalik hukum Islam dan terdapat hubungan yang rapat antaranya dengan maslahah. Dalam konsep ahli usul maqasid shari`ah digunakan secara bersilang ganti. Maslahah adalah apa yang memenuhi maqsad Syarak dan keabsahan sesuatu maqasid shari`ah tertakluk kepada sama ada ia dapat memenuhi maslahah atau menjauhi mafsadah. Selain dari makna, hikmah dan tujuan, perkataan rahsia dan kehendak Syarak juga didefinisikan sebagai maqasid shari`ah (al- Khadami, 2003). Berdasarkan analisis perbandingan yang dilakukan, maqasid shari`ah dari sudut bahasa dan istilah mempunyai persamaan dari sudut maksud. Bagaimanapun yang membezakannya adalah huraian lanjut oleh para sarjana yang sekaligus meletakkan prinsipprinsip khusus bagi mendefinisikan maqasid shari`ah. Antara prinsip-prinsip tersebut ialah pertama, tujuan Syarak (maqsud al-shar`) dalam penciptaan hambanya ada lima iaitu menjaga agama, diri, akal, keturunan dan harta mereka. Menjaga dan 24

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015 mempertahankan kelima-lima tonggak ini adalah maslahah dan setiap yang menghapuskan kelima-lima perkara ini adalah mafsadah; kedua, hanya maslahah yang menepati maqasid shari`ah sahaja boleh diterima; ketiga, segala syariat Allah SWT adalah maslahah untuk manusia sama ada dalam bentuk meninggalkan kerosakan (dar almafasid) atau melakukan kebaikan (jalb al-masalih) dan keempat, falsafah maqasid shari`ah ialah syariat dicipta khusus kepada umat manusia, memberi kefahaman kepada tujuan syariat, memberi kebertanggungjawaban dan melibatkan manusia sebagai seorang mukallaf dalam hukum. Kedudukan Maqasid Shari`ah Dalam Hukum Persoalan tentang kedudukan maqasid shari`ah dalam manhaj istinbat hukum menjadi sesuatu yang tidak disepakati oleh para sarjana. Ada yang menyatakannya sebagai satu sumber perundangan yang terasing (al-mahmassani, 2000) ataupun suatu pendekatan dan orientasi dalam memahami hukum (al-zuhayli, 1986) dengan meletakkannya dalam susunan perbincangan tentang Usul fiqh; selepas `illah dan sebelum perbincangan tentang ijtihad dan ikutan (taqlid). Sebaliknya terdapat pandangan yang menyatakan maqasid shari`ah adalah sumber asas perundangan Islam yang terkandung dalam hukum yang dikeluarkan melalui kaedah maslahah, istihsan atau lainlain kaedah ijtihad berpandukan al-quran dan al-sunnah sebagai sumber primer (al-fasi, 1993). Bahkan ia bukanlah dalil yang berasingan (al-khadami, 2003) tetapi mempunyai hubungan rentetan (tab`iyah) yang diterbitkan dari dalil-dalil al-quran dan al-sunah. Oleh itu ia boleh menjadi hujah apabila bersesuaian dengan kedua-duanya. Terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa ia adalah sama seperti kaedah fiqh yang menjadi asas bagi menyempurnakan manhaj istinbat hukum (Tawfiq `Abd al-rahman, 2012). Oleh itu bukanlah menjadi satu kesalahan untuk menggunakan maqasid shari`ah dalam penentuan hukum bersama-sama dengan sumber-sumber hukum yang lain, bagaimanapun ia mestilah mempunyai kriteria dan kawalan bagi memastikan manhajnya menepati kaedah hukum dan boleh menyampaikan kepada maqasid yang dikehendaki oleh Allah SWT. Tambahan lagi, perbezaan pandangan di kalangan sarjana ini bukanlah sesuatu yang boleh mensyirikkan seseorang kerana ia bukanlah berkaitan dengan perkara Usul al-din 25

seperti akidah sebagaimana juga perbezaan dalam menerima ijmak sebagai sumber perundangan Islam. Ibn `Ashur (Ibn`Ashur, 2006) yang menghasilkan tulisan berkaitan dengan maqasid shari`ah sehingga menjadi satu ilmu tersendiri menjadikannya sebagai panduan apabila menghadapi perbezaan pendapat, hasilnya mengurangkan perselisihan dengan mengelakkan sifat fanatik demi mencapai kebenaran. Selain itu ia menjadi menjadi instrumen perundangan dalam memutuskan sesuatu kes baharu apabila terdapat konflik antara mazhab dan di kalangan sarjana. Berdasarkan pandangan para sarjana di atas, perbezaan falsafah dan pendekatan oleh mereka membezakan kedudukan maqasid shari`ah dalam bidang ilmu kaedah mengeluarkan hukum. Namun mereka tidak menolaknya sama ada untuk dijadikan sumber hukum atau sebagai salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan bagi tujuan pengeluaran hukum kerana terdapat dalam semua sumber hukum primer dan sekunder. Metode Pengenalpastian Maqasid Shari`ah Cara untuk mengenalpasti maqasid adalah penting bagi memastikan maqasid shari`ah dapat dicapai kerana ada kalanya ia boleh dilihat dengan jelas dalam sesuatu hukum yang disyariatkan tetapi ada kalanya kabur sehingga menyebabkan orang mengingkari atau menafikan kewujudannya. Oleh itu semua pendekatan untuk mengenalpasti maqasid perlu diketahui bagi mengelakkan implikasi tersebut (al- Qaradawi, 2001). Justeru wujud pelbagai pendekatan di kalangan sarjana seperti Hashim Kamali, al-badawi, `Abdullah Nasih `Ulwan, al- Khadami dan al-raysuni dalam mengemukakan kaedah untuk mengenalpasti maqasid dengan menjadikan pandangan al-shatibi dalam al-muwafaqat dan Ibn `Ashur dalam Maqasid al-shari`ah al- Islamiyyah sebagai rujukan utama. Semata-Mata Merujuk Kepada Perintah Dan Larangan Yang Jelas Ia merupakan formula mudah yang digunakan bagi mengenalpasti maqasid shari`ah. Oleh itu apa sahaja yang diperintahkan dengan jelas oleh Allah untuk dilaksanakan dan dilakukan, maka perbuatan itu dikira memenuhi kehendak Syarak. Begitu juga dengan larangan dalam sesuatu perkara. Apabila dipatuhi maka dianggap menepati maksud 26

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015 Syarak. Namun jika dilakukan sebaliknya maka tindakan itu dikira tidak memenuhi kehendak Syarak. (al-shatibi, t.t.; Ibn`Ashur, 2006; `Abdullah Nasih `Ulwan, 2005; al-khadami, 2003 dan al-raysuni, 1995). Mengambil Kira `Illah Suruhan Dan Larangan Kaedah kedua ini dilakukan dengan mengenal pasti sebab atau `illah sesuatu suruhan atau larangan. `Illah tersebut boleh sama ada telah diketahui atau tidak. Jika telah diketahui maka hendaklah diikuti seperti perkahwinan adalah maslahah untuk mengembangkan zuriat dan jual beli untuk maslahah mendapatkan manfaat barang yang diakad. Jika `illah tidak diketahui dalam sesuatu perkara maka hendaklah berhenti dari memperakukan sesuatu maqasid shari`ah dalam perkara tersebut kerana tiada dalil khusus yang menjadi `illah dan ditakuti tidak menepati maqasid shari`ah atau kehendak Syarak. Bagaimanapun cara ini tidak muktamad kerana berkemungkinan ia boleh menjadi maksud Syarak dan ada kemungkinan tidak. Sebaliknya dalam perkara yang langsung tiada nas maka `illah tidak boleh ditentukan. Cara kedua adalah muktamad kerana sedari awal hukum meletakkan syarat jika tiada dalil maka maqasid shari`ah tidak boleh ditentukan (al-shatibi, t.t.; Ibn`Ashur, 2006; `Abdullah Nasih `Ulwan, 2005; al-khadami, 2003 dan al-raysuni, 1995). Istinbat Hukum Berasaskan Maqasid Dalam Adat Dan Ibadat Maqasid asal hukum pernikahan disyariatkan adalah untuk meneruskan zuriat diikuti dengan tuntutan tempat tinggal, penyediaan makanan dan minuman serta hubungan tubuh sebagai maslahah dunia bagi mencapai maslahah akhirat. Maksud Syarak ini boleh diteliti melalui nas atau dengan kaedah analisis. Hasilnya apa yang dinaskan sebagai tujuan rentetan (maqsad tabi`ah) adalah mensabitkan tujuan asal (maqsad asliyyah). Begitu juga solat disyariatkan sebagai tanda ketundukan kepada Allah SWT semata-mata, penuh kerendahan dan kehambaan di hadapannya juga cara untuk memperingatkan diri dengan berzikir kepadanya. Manakala tujuan berikutnya (maqasid tabi`ah) adalah sebagai pencegahan dari melakukan keburukan dan kemungkaran serta bentuk kerehatan dari urusan dunia (al-shatibi, t.t.; Ibn`Ashur, 2006; `Abdullah Nasih `Ulwan, 2005; al-khadami, 2003; al-raysuni, 1995 dan al-badawi, 2000). 27

Tiada Ketetapan Syarak Sedangkan Makna Menghendakinya Terdapat dua keadaan yang diistilahkan sebagai ketiadaan hukum iaitu pertama, tiada keperluan kepada hukum dan tidak diwajibkan seperti pengumpulan al-quran dan pembukuan ilmu. Hukum ini tidak berlaku pada zaman Rasulullah SAW kerana tiada keperluan. Kedua, tidak ada hukum tetapi ada keperluan seperti nas yang menunjukkan maksud Syarak yang membataskan sesuatu perbuatan semasa berpuasa seperti berpuasa dengan meninggalkan percakapan dan menahan diri dari memakan makanan tertentu. Perbuatan ini menyalahi nas Syarak yang menjadikan perbuatan tersebut tidak sah kerana yang disyariatkan adalah supaya meninggalkan percakapan yang tidak berfaedah seperti mengumpat dan mencela manakala menahan dari makanan tertentu tidak diperintahkan asalkan ia halal dan mendatangkan kebaikan. (al-raysuni, 1995; al-badawi, 2000 dan `Abdullah Nasih `Ulwan, 2005 ). Penganalisisan (Istiqra ) Kaedah ini dilakukan dengan menganalisis aktiviti dalam Syariat sama ada menganalisis hukum yang diketahui `illahnya atau menganalisis dalil-dalil hukum yang mempunyai `illah yang sama. Cara menganalisis `illah hukum adalah lebih mudah untuk mengenalpasti maqasid apatah lagi apabila terdapat pelbagai dalil bagi sesuatu hukum yang mempunyai `illah yang sama. Contohnya `illah larangan berjual beli secara tukaran antara tamar kering dan tamar basah (rutab) adalah kerana kadar berat rutab apabila ia kering tidak dapat diketahui (gharar), mungkin lebih berat atau ringan dari tamar kering yang hendak dibuat tukaran. Begitu juga larangan meminang tunangan orang lain adalah untuk mengekalkan persaudaraan sesama Islam. Menganalisis dalil hukum yang mempunyai `illah yang sama juga menjadi petanda ia adalah maqasid shari`ah. Contohnya larangan menjual makanan semasa dalam penghantaran adalah bagi meningkatkan keboleh pasaran dan kewujudan makanan di pasar. Begitu juga larangan menyorokkan makanan yang akan mengakibatkan kekurangan makanan. Kelima-lima metode pengenalpastian maqasid shari`ah ini dipersetujui oleh majoriti kalangan sarjana dari al-shatibi hingga kini yang kemudiannya diberi penambahan oleh sarjana yang terkemudian 28

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015 dengan merujuk kepada analisis dari aspek bahasa bagi kaedah keenam dan ketujuh, aspek sirah bagi kaedah ke lapan dan metode tarjih antara mazhab bagi kaedah kesembilan (al-shatibi, t.t.; Ibn`Ashur, 2006; al- Raysuni, 1995 dan al-badawi, 2000). Penetapan Menurut Bahasa Arab (Dabt al-lisan al-`arabi) Bahasa Arab adalah cara asas untuk mengetahui maksud Syarak. Ia bersifat mahkumah (yang dikenakan hukuman) bukan hakimah (yang menghukum). Bermaksud tujuan Syarak itu boleh dikesan melalui pengertian sesuatu kalimah atau ayat dalam bahasa Arab (al-badawi, 2000). Tujuan percakapan (Siyaq al-khitab) Pengetahuan tentang gaya, kebiasaan dan cara ungkapan hukum dan maksud Syarak juga merupakan salah satu kaedah untuk mengetahui maqasid shari`ah kerana tujuan percakapan adalah untuk difahami, disampaikan dan seterusnya untuk dilakukan. Begitu juga dalam konteks al-quran sebagai kalam Allah yang perlu difahami bagi mengenal pasti tujuan Syarak. Mengikut Sahabat (Al-Iqtida bi al-sahabah) Kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti maqasid shari`ah kerana para sahabat adalah orang yang paling hampir dengan Nabi SAW dan yang paling memahami maqasid sesuatu hukum berdasarkan pengetahuan mereka berkaitan dengan apa yang diperkatakan oleh Rasulullah SAW, perbuatan, pergerakan dan malahan diamnya baginda SAW. Malahan keperibadian sahabat sendiri yang paling beragama dan mentaati apa yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW menambahkan kepercayaan kepada mereka. 29

Hukum Hendaklah Dipilih Mengikut Yang Terhampir Dengan Maqasid Shari`ah Cara terakhir bagi mengenal maqasid shari`ah ialah mencari pandangan dari salah satu mazhab fiqh yang paling menghampiri maksud Syariah atas justifikasi bahawa pandangan para fuqaha adalah salah satu sumber bagi mengetahui maqasid shari`ah (`Abdullah Nasih `Ulwan, 2005). Bagaimanapun Hashim Kamali (Hashim Kamali, 2006) yang melakukan analisis terhadap pandangan al-shatibi, membuat rumusan terdapat dua pendekatan sarjana hukum untuk mengenalpasti maqasid. Pertama menggunakan pendekatan tekstualism (Hashim Kamali, 2006 dan Mahmood Zuhdi Hj. Abd Majid, 2012) dan kedua berorientasikan maqasid atau pendekatan maqasidi (Hashim Kamali, 2006 dan al- Qaradawi, 2001). Pendekatan tekstualism bermaksud maqasid boleh dikenal pasti terbatas kepada teks (ayat) arahan dan larangan yang jelas serta mengandungi maqasid. Selain itu pendekatan ini juga merujuk kepada `illah dan rasional teks. Oleh itu apabila sesuatu teks (ayat) arahan atau larangan membawa kepada pencapaian objektif, ini adalah pendekatan yang tekal membawa kepada keharmonian yang lebih besar dengan tujuan Tuhan yang memberi undang-undang. Huraian beliau ini jelas merujuk kepada kaedah pertama dan kedua yang dibuat oleh al-shatibi (al-shatibi, t.t.). Bagaimanapun Kamali tidak merujuk kepada kaedah pengenalpastian ketiga iaitu rujukan kepada tujuan asal dan tujuan ikutan; yang pada pandangan pengkaji terangkum dalam kaedah pertama dan kedua dalam aspek melakukan rujukan kepada nas. Dalam menganalisis kaedah ini, Kamali menyimpulkan bahawa setiap perkara baharu perlukan pemeriksaan terperinci sebelum sampai kepada isu sebenar dan fatwa dikeluarkan. Antaranya maksud tepat sesuatu perkara yang dipersoalkan, status hukum yang dinyatakan dalam nas (jika ada), sebab sebenar sesuatu hukum dan persoalanpersoalan berkaitan. Manakala pendekatan maqasidi bermaksud merealisasikan manfaat dan menghalang keburukan iaitu `illah terbesar bagi semua undang-undang Syariah yang dilaksanakan kepada semua kes yang relevan. Oleh itu para sarjana perlu memastikan kewujudan maslahah 30

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015 dan hikmah (rasional dan kewajaran) dalam semua kes dan hukum yang baharu. Hikmah adalah merupakan istilah yang berorientasikan maslahah untuk `illah. Ia merupakan satu terminologi dalam ilmu Usul; satu sifat yang boleh didapati dalam sesuatu hukum dan menjadi tanda kehadiran dan keabsahannya. Oleh itu mabuk adalah hikmah, sifat dan `illah arak dan pengharamannya. Faedah atau kenaikan yang tidak wajar adalah sifat jual beli riba dan sebab pengharamannya. Sama juga seperti musafir dan kesakitan adalah `illah untuk berbuka puasa. Dalam sesuatu hikmah pula terdapat rasional sesuatu hukum sama ada untuk merealisasikan sesuatu manfaat atau untuk menghalang sesuatu keburukan dan marabahaya. Oleh itu pengharaman arak adalah untuk menghalang bahaya yang muncul dari kehilangan daya kewarasan, pengharaman riba adalah untuk menghalang eksploitasi dan hikmah berbuka puasa di bulan Ramadhan bagi musafir dan pesakit adalah bagi mengelakkan kesusahan dan marabahaya. Rumusannya pemeriksaan secara terperinci melibatkan kesemua metode di atas adalah diperlukan bagi mengenal pasti maqasid shari`ah sebelum sesuatu hukum dikeluarkan agar proses ijtihad, hukum dan kesannya itu menepati maqasid shari`ah yang mahukan kemaslahatan kepada manusia direalisasikan di dunia dan di akhirat (Hashim Kamali, 2006). Kawalan Maqasid Shari`ah Melakukan ijtihad secara maqasidi memerlukan kaedah kawalan bagi memastikan penggunaannya betul dan dapat menyampaikan kepada maqasid shari`ah sebenar. Aspek kawalan itu sama ada dari aspek ilmu, akhlak, proses, kaedah fiqh, larangan dan meraikan perbezaan tingkatan maslahah berdasarkan kepentingan. Ilmu Sebagaimana pandangan al-shatibi dan al-buti, pengetahuan tentang maqasid shari`ah menjadi prasyarat untuk mencapai tahap mujtahid (al- Shatibi, t.t. dan al-buti, 2001). Ia juga disokong oleh kebanyakan sarjana masa kini seperti al-qaradawi dan al-raysuni (al-qaradawi, 2001 dan al-raysuni, 1995). Bahkan ijtihad dibuka dalam Islam adalah berasaskan maqasid shari`ah iaitu dalam ruang lingkup bersesuaian 31

dengan kehendak Ilahi. Justeru, sesiapa yang meminggirkannya akan membawa kepada kesalahan dalam berijtihad. Khallaf menambah berpengetahuan dengan maslahah `ammah perundangan seperti yang dimaksudkan oleh Syarak adalah cara untuk mengeluarkan hukum yang tidak mempunyai nas sama ada dengan menggunakan sumber qiyas atau lainnya (Khallaf, 1972). Ibn `Ashur turut menekankan bahawa pengetahuan tentang maqasid adalah sangat diperlukan dalam ijtihad bahkan menjadi tanggungjawab kepada para fuqaha untuk mengetahuinya (Ibn`Ashur, 2006). Akhlak Ia menjadi tanda ukur yang asas dalam penentuan maslahah am. Malahan maqasid shari`ah berfungsi untuk merealisasikan maslahah agar tidak terkeluar dari pertimbangan akhlak yang diletakkan oleh Islam untuk menentukan maslahah hakiki dari maslahah berbentuk sangkaan atau yang ditarjihkan (al-shatibi, t.t.; Badran, t.t.; al-fasi, 1993 dan al-qaradawi, 2001). Proses Ijtihad, Keputusan Dan Kesan Hukuman Kegagalan membuat pemerhatian dengan mendalam terhadap proses, keputusan dan kesan fatwa atau ijtihad akan menyebabkan kecacatan fatwa yang dikeluarkan. Malahan adalah satu keperluan untuk memastikan maqasid shari`ah itu tidak bertentangan dengan al-quran, al-sunnah, Ijmak dan Qiyas. Lebih-lebih lagi meraikan `illah dan maqasid shari`ah sesuatu hukum menjadikan para ulama semenjak zaman sahabat memperakukan perubahan fatwa dengan berubahnya masa, zaman dan tempat (al-qaradawi, 2001 dan al-buti, 2001 ). Dalam hal ini al-shatibi membuat perbezaan antara kesan efektif yang mencetuskan hukum dalam sesuatu kes dan apa yang diistilahkan sebagai pengesahan dari `illah yang tertentu (tahqiq al-manat al-khass) iaitu yang diterima oleh seluruh umat dalam penghakiman dan ijtihad. Para sarjana dan mujtahid mungkin mencari sebab yang normal dan mengenal pastinya sebagai rujukan. Contohnya keadilan seorang saksi. Satu inkuiri mungkin akan menyebabkan sesuatu tindakan tertentu dilakukan apabila berkaitan dengan status individu yang berkemungkinan sesuai atau tidak menjadi saksi dalam sesuatu kes (al- Shatibi, t.t.). 32

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015 Kaedah Fiqh Menurut al-fasi dan Ibn Abd al-salam terdapat berberapa kaedah fiqh yang dilihat membataskan penggunaan maslahah tetapi hakikatnya memastikan agar maqasid shari`ah itu terpelihara. Antaranya tahammul al-darar al-khas fi sabil daf`i al-darar al-`am dan dar` al-mafasid muqaddam `ala jalb al-masalih (al-fasi, 1993 dan Ibn al-salam, t.t.). Kaedah pertama membawa maksud maslahah ramai didahulukan daripada maslahah individu. Oleh itu individu hendaklah mengorbankan kepentingannya untuk kepentingan ramai. Contohnya hak kerajaan untuk bertindak sekiranya terdapat maslahah umum yang menepati kaedah al-tasarruf `ala al-ra`iyyah manut bi al-maslahah (al- Zarqa, 1989) seperti mengurangkan subsidi barang bagi mengelakkan mudarat kepada orang ramai; membeli makanan (secara terpaksa) daripada pemonopoli dan melarang penyerahan harta kepada pemilik safih atau bodoh dalam pengurusan harta. Manakala dar`al-mafasid muqaddam `ala jalb al-masalih bermaksud apabila bertembung antara maslahah dan mafsadah, didahulukan menolak mafsadah dari menarik maslahah. Contohnya pengharaman arak. Tidak dinafikan maslahah arak dalam perdagangan dan nilai harganya tetapi keburukannya dalam merosakkan akal, memudaratkan kesihatan dan menimbulkan perbalahan dan membawa perpecahan di kalangan umat Islam adalah lebih besar daripada manfaatnya. Oleh itu diutamakan menolak keburukan ini dari sudut nilai dalam perdagangan dan ekonomi. Manakala Ibn `Abd al-salam membataskan maslahah iaitu sesuatu hukum itu berbeza hukumannya apabila berbeza maslahahnya (ikhtilaf ahkam al-tasarrufat li ikhtilaf masalihuha). Ia bermaksud kerana Allah menerima setiap perbuatan yang boleh menyampaikan kepada tujuannya (maqsaduh) dan menepati maslahah sama ada maslahah `ammah atau khassah. Contohnya disyaratkan had waktu dalam sewaan atau muzara`ah sebaliknya tidak disyaratkan dalam perkahwinan kerana ia akan membawa keburukan dan menafikan maksudnya. Begitu juga dilarang jual beli barang yang tidak ada ketika akad jual beli (bay` al-ma`dum) tetapi diharuskan kerana terdapat manfaat dalam kontrak seperti dalam contoh tempahan (Ibn al-salam, t.t.). 33

Larangan Berijtihad Terhadap Perkara Yang Bersifat Tetap (Qat`i) Perkara-perkara bersifat qat`i adalah seperti berkaitan akidah, ibadat, perkara yang telah ditentukan kadarnya oleh syarak, perkara-perkara asas muamalat dan perkara-perkara umum berkaitan dengan muamalat. Larangan berijtihad termasuk secara maqasidi dalam perkaraperkara berkaitan akidah adalah seperti keimanan kepada Allah dan segala sifat, nama dan perbuatannya; membenarkan semua nabi dan rasul serta kitab dan risalah mereka; mengakui kehidupan selepas kematian, balasan pahala dan dosa dan segala asas akidah yang telah sabit sekian lama. Larangan juga dalam perkara berkaitan ibadat termasuk niat, perkataan dan perbuatan yang menghubungkan hamba dengan penciptanya seperti bersuci, solat, puasa, zakat, haji, zikir, istighfar dan apa-apa yang berkaitan dengan setiap satunya yang terdiri dari syarat, adab dan cara-cara perlaksanaannya. Ia tidak boleh diganti atau diubah, dikurang atau ditambah atas alasan untuk penambah baikan berterusan, menambah pahala atau memudahkan. Begitu juga larangan dari berijtihad terhadap perkara yang telah ditentukan kadarnya oleh Syarak yang tidak boleh berubah atas sebab perubahan masa, tempat, `urf, maslahah atau adat seperti urusan pusaka, `iddah, hudud, kifarah dan jenayah yang hanya boleh menerima perubahan berdasarkan maqasid yang zahir dan maslahah yang diterima Syarak. Seterusnya larangan melakukan ijtihad dalam perkara-perkara asas muamalat; antaranya kaedah-kaedah akhlak yang am dan asas-asas utama seperti mengadakan syura, menegakkan keadilan, amanah, amar makruf, nahi mungkar, menepati janji dan janji damai, membantu yang lemah dan memerlukan serta memuliakan tetamu. Kesemua perkara amalan kemanusiaan ini juga tidak boleh menggunakan ijtihad maqasidi kecuali dalam aspek perincian dan teknikal. Akhirnya semua perkara umum muamalat sama ada dengan adanya nas, ijmak, perkara yang sedia maklum dalam agama, dan apa sahaja yang tidak menerima perubahan dan gantian seperti sifat qat`i pada hadis mutawatir dan ijmak (al-khadami, 2003). 34

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015 Larangan Berijtihad Terhadap Perkara Bersifat Sangkaan (Zanni ) Ia merangkumi tatacara dan tindak tanduk yang rencam dalam segala aspek akidah, ibadat, muamalat, masalah yang tidak boleh ditarjih dan perubahan terhadap masalah dan pecahannya dengan berubahnya zaman dan keadaan demi menjaga Syariat untuk merealisasikan maslahah kemanusiaan dan keperluan hidup yang pelbagai mengikut kriteria Syarak. Dalam tatacara pemeliharaan akidah diharuskan berdakwah, berceramah, mengajar dan berdebat dengan pelbagai cara bagi menerangkan dasar dan rukun akidah Islam dengan menggunakan akal secara umum dan khusus bagi mendatangkan kesan dan penghayatan dalam kehidupan keseluruhannya dan mengelakkan penyelewengan dalam akidah yang menjadi asas keislaman. Seterusnya, tatacara untuk memelihara ibadat antaranya dengan menggunakan suara yang kuat untuk azan, sembahyang, solat jumaat dan hari raya, pembinaan bilik air dan tandas, memasang lampu dan kipas, memindahkan dan menyusun para jemaah haji dan melakukan tawaf, sa`i dan melontar jamrah secara bergilir-gilir bagi mengelakkan kesesakan, percampuran, kemudaratan, kemusnahan, perbalahan dan permusuhan. Cara-cara ini dilakukan untuk mempertahankan maqasid yang asal melalui pemeliharaan dan penunaian ibadat yang lebih selesa. Oleh itu mana-mana maslahah adalah terbatal jika bukan untuk menjaga agama seperti perubahan solat Jumaat ke hari Ahad untuk membolehkan ramai makmum menghadirkan diri atau sembahyang dengan duduk di atas kerusi untuk khusyuk kerana tatacara ini bukan dihasilkan oleh pemikiran tetapi oleh Allah yang menetapkan Syariat dan tatacaranya. Begitu juga dengan tatacara pentadbiran yang berdasarkan maslahah kerajaan dan rakyat, penentuan bidang tugas, gaji, penempatan dan sebagainya. Malahan tindakan politik seperti tanggung jawab ulu al-amr seperti pemerintah, hakim dan mufti adalah berasaskan maslahah Syarak seperti menyediakan garis panduan pengajaran dan komunikasi, sistem organisasi, pentadbiran, kewangan dan kehakiman, jaminan keamanan dan amaran kepada penceroboh, gencatan senjata dan peperangan mengikut kaedah-kaedah Syarak dan maqasidnya. 35

Bahkan hanya keterpaksaan (darurat) sahaja yang boleh memaksa orang Islam secara individu atau ramai melakukan sesuatu yang dilarang kerana tiada jalan lain kecuali melakukannya seperti hukum rukhsah dan daruriyyat yang dilakukan dalam situasi itu sahaja dan mengikut kadarnya. Begitu juga dengan dua masalah yang bertentangan dan tiada kemungkinan untuk mengharmonikannya maka boleh ditarjih berdasarkan maslahah. Antaranya hukum tahsiniyyat yang mengelak dari menggunakan qiyas sehingga boleh membawa kepada keadaan yang tidak selaras dengan Syariat, hukum rukhsah dan apa sahaja yang boleh ditarjih berdasarkan penelitian maqasidi dan maslahah yang diterima Syarak. Akhirnya perkara umum yang bersifat zanni seperti masalah yang tiada nas dan ijmak tetapi dihukumkan berdasarkan maslahah dan maqasid Syarak sama ada menggunakan qiyas, istihsan dan `uruf yang diputuskan untuk kesenangan hidup manusia dengan menggunakan ijtihad maqasidi selaras dengan sifat hukum harus itu lebih luas dan sifat fleksibiliti Syariat yang bersifat kekal (al-khadami, 2003). Meraikan Perbezaan Tingkatan Maslahah Berdasarkan Kepentingan Hendaklah dipastikan bahawa perbezaan nilai kepentingan itu dilihat dari tiga aspek: pertama, nilai dari sudut zat dan tingkatannya, kedua, kadar kesyumulan dan ketiga, kekuatan natijah yang mana kesemua pertimbangan ini adalah berlandaskan kepada dalil Syarak (al-buti, 2001). Pertama, dari aspek perbezaan zat umum maslahah yang terdiri dari lima tingkatan iaitu yang paling penting menjaga agama diikuti dengan diri, akal, keturunan dan yang terakhir harta. Oleh itu apabila ada pertembungan, tingkatan ini perlu dilihat. Penjagaan kelima-lima kepetingan ini bagaimanapun melalui tiga cara berdasarkan susunan kepentingan iaitu daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat. Daruriyyat ialah perkara-perkara yang menjaga kelima-lima maslahah dan mencapai had darurah seperti jihad bagi menjaga agama dan pengharaman arak bagi menjaga akal. Manakala hajiyyat ialah perkara yang dikehendaki bagi menjaga kelima-lima maslahah dengan syarat tidak mencapai had 36

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015 darurah seperti keperluan kepada mengucap dua kalimah syahadah untuk menjaga agama dan harus memburu bagi menjaga diri. Tahsiniyyat pula ialah perkara yang dilihat baik oleh adat kebiasaan bagi menjaga maslahah seperti menghilangkan najis bagi menjaga agama dan adab makan dan minum bagi menjaga diri. Oleh itu apabila berlaku pertembungan antara kedua-dua maslahah dalam satu tingkatan seperti kedua-duanya daruriyyat, maka didahulukan perkara darurii yang berkaitan dengan menjaga agama dari menjaga diri. Kedua, penilaian dari aspek kesyumulan dilakukan apabila pertembungan itu antara perkara daruri yang sama tingkatannya maka didahulukan yang lebih umum kesyumulannya iaitu memelihara kepentingan ramai dari individu seperti mendahulukan maslahah menjaga akal fikiran orang ramai dari kebebasan bercakap dan menulis apabila mafsadah itu lebih besar dari maslahah. Begitu juga demi mendahulukan kepentingan orang ramai di pasar maka dilarang julbeli di pertengahan jalan walaupun ada keperluan. Ketiga, penilaian terhadap kesan maslahah atau mafsadah hendaklah sampai ke martabat yakin dan zann bukan syak. Oleh itu menjual senjata ketika zaman fitnah seperti banyak berlaku jenayah atau menjual anggur untuk dibuat arak adalah dilarang kerana mafsadahnya jelas. Sebaliknya harus jika menjual anggur bagi yang tidak tahu produk yang akan dihasilkan darinya atau memperniagakan harta anak yatim secara hutang. KESIMPULAN Berdasarkan perbincangan di atas, dapat dirumuskan bahawa maqasid shari`ah atau tujuan syariat sama ada umum atau khusus adalah untuk kemaslahatan manusia di dunia dan akhirat sama ada dalam bentuk mendatangkan kebaikan atau menolak keburukan. Dalam konteks manhaj istinbat hukum ia menjadi salah satu sumber pengeluaran hukum berdasarkan kepada nas yang dinamakan sebagai pendekatan tekstualism. Manakala pendekatan maqasidi adalah merealisasikan manfaat dan menjauhkan keburukan yang merujuk kepada maslahah, hikmah dan `illah semata-mata. Justeru maqasid shari`ah perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi memastikan kesahihannya sebagai asas hukum dan seterusnya dikawal penggunaannya agar maqasid sebenar dapat dicapai. 37

RUJUKAN JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS Abd. Rauf Dato Hassan et.al.. Kamus Bahasa Melayu- Bahasa Arab dan Bahasa Arab- Bahasa Melayu. Ed. 2. Shah Alam: Oxford Fajar, 2011. Abu `Amr, Syihab al-din. Al-Qamus al-munjid. Beirut: Dar al-fikr, 2003M/1423H. Al-Ba`albaki, Ruhi. Al-Mawrid A Modern Arabic-English Dictionary. Ed. 13. Beirut: Dar al-`ilmi li al-malayin, 2000. Al-Badawi, Yusuf Ahmad Muhammad. Maqasid al-shari`ah `inda Ibn Taymiyyah. Jordan: Dar al-nafais, 2000. Badran, Abu al-`aynayn Badran. Usul al-fiqh al-islami. Iskandariyyah: Muassasah Syabab al-jami`ah, t.t. Al-Buti, Muhammad Sa`id Ramadan. Dawabit al-maslahah fi al- Syari`ah al-islamiyyah. Beirut: Muassasah al-risalah, 2001M/1422H. Al-Fasi, `Alal. Maqasid al-shari`ah al-islamiyyah wa Makarimuha. C. Rabat: Dar al-gharb al-islami, 1993. Al-Fayumi, Ahmad Ibn Muhammad ibn `Ali. Al-Misbah al-munir. Kaherah: Muassasah al-mukhtar li al-nasyr wa al-tawzi`, 2008. Al-Ghazali, Muhammad ibn Muhammad. Al-Mustasfa min `Ilm al- Usul. J. 1. C. 3. Beirut: Dar Ihya al-turath al-`arabi Muassasah al-tarikh al-`arabi, 1993M/1414H. Hajah Noresah bt. Baharom et al. (Ketua Editor). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007. Hans Wehr. A Dictionary of Modern Written Arabic Arabic- English. Ed. J. Milton Cowan. C. 3. Beirut: Maktabah Lubnan, 1974. Ibn `Abd al-salam, Abi Muhammad Ibn al-salam `Abd al-`aziz al- Salma. Qawa`id al-ahkam fi Masalih al-anam. J. 1. Kaherah: Umm al-qura, t.t. Ibn `Ashur, Muhammad al-tahir. Maqasid Al-Shari`ah Al-Islamiyyah. Tunisia: Al-Dar Al-Tunisiyyah Li Al-Nasyr, 1366H. 38

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015 Ibn `Ashur, Muhammad al-tahir. Treaties on Maqasid al-shari`ah. Terj. dan ed. Muhammad al-tahir al-misawi. London: The International Institute of Islamic Thought and Al-Maqasid Research Centre In The Philosophy Of Islamic Law, Al-Furqan Islamic Heritage Foundation, 2006. Ibn Faris al-qazwini, `Ali al-husin Ahmad. Mujmal al-lughah. Tahqiq Zahir `Abd al-muhsin Sultan. J. 3. C. 2. Beirut: Muassasah al- Risalah. 1986M/1406H. Ibn Manzur. Lisan al-`arab. J. 3. Beirut: Dar Sadir, t.t. Ibn Zagibah, Ibn al-salam. Maqasid al-syari`ah al-khassah bi al- Tasarrufat al-maliyyah. Jordan: Dar al-nafais, 2010. Jasir `Awdah, Maqasid al-shari`ah As Philosophy of Islamic Law. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust dan Herndon: The International Institute of Islamic Thought, 2010M/1431H. Khallaf, `Abd al-wahhab. Masadir al-tashri` al-islami fi Ma la Nassa fih. Kuwait: Dar al-qalam, 1972M/1392H. Al-Khadami, Nur al-din ibn Mukhtar. Abhath fi Maqasid al-shari`ah. Beirut: Muassasah al-ma`arif, 2008M/1429H. Al-Khadami, Nur al-din ibn Mukhtar. Al-Maqasid al-shar`iyyah. Riyadh: Kunuz Asybilia, 2003M/1424H. Kamus Inggeris Melayu Dewan an English-Malay Dictionary. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992. Al-Mahmassani, Subhi Rajab. The Philosophy of Jurisprudence In Islam. Ter. Farhat J. Ziadeh. Kuala Lumpur: The Open Press, 2000. Mahmood Zuhdi Hj. Abd Majid. Ijtihad dan Fatwa Berorientasi Maqasidi: Satu Tinjauan Kritis. Kajian Kerja 7 dibentangkan di Seminar Teori dan Aplikasi Prinsip Maqasid al-shari`ah, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Mei 29-30, 2012. Al-Marbawi, Muhammad Idris Abdul Rauf. Qamus al-marbawi. C. 4. Mesir: Mustafa al-babi al-halabi wa Awladuh, 1354H. 39

Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Nazri Zainuddin dan Mohd Fuad Mohd Isa. Kamus al-miftah. Kuala Pilah: al-azhar Media Enterprise, 2008. Muhammad Hashim Kamali. An Introduction To Syariah. Selangor: Ilmiah Publishers, 2006. Al-Qaradawi, Muhammad Yusuf. Madkhal li Dirasah al-shari`ah al- Islamiyyah. Kaherah: Maktabah Wahbah, 2001M/1421H. Qasim, Tawfiq `Abd al-rahman Al-Ijtihad fi al-mu`amalat al- Maliyyah al-mu`asirah Ususuhu wa Dawabituh. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Malaya, 2012. Al-Raysuni, Ahmad. Al-Fikr al-maqasidi. Rabat: Mansyurat Jaridah al- Zaman, 1999. Rosli Bin Mokhtar Dan Mohd Fikri Che Hussain. Maqasid Al-Shari`ah: Hikmah Di Sebalik Pensyariatan. Shah Alam: Karya Bestari Sdn. Bhd., 2007. Sa`di, Abu Jayb. Al-Qamus al-fiqhi. Damsyik: Dar al-fikr, 1993. Sanu Qutb, Mustafa. Mu`jam Mustalahat Usul al-fiqh. Damsyiq: Dar al-masyriq, 2000M/1420H. Al-Shatibi, Abi Ishaq Ibrahim Ibn Musa Al-Lakhamiyy. Al-Muwafaqat Fi Usul Al-Ahkam. J. 2. Beirut: Dar Al-Fikr, t.t. Syaltut, Mahmud. Al-Islam `Aqidah wa Syari`ah. C. 29. Kaherah: Dar al-syuruq. 1428H/2007M. Al-Zarqa, Ahmad ibn Muhammad. Syarh al-qawa`id al-fiqhiyyah. C. 2, Damsyiq: Dar- al-qalam, 1989M/1409H. Zaydan, `Abd al-karim. Al-Madkhal li Dirasah al-shari`ah al- Islamiyyah. Baghdad: Dar al-wafa, 1992M/1412H. Al-Zuhayli, Wahbah. Usul al-fiqh al-islami. Juz. 1. Damsyiq: Dar al- Fiqh, 1986M/1406H. 40