COMMUNITY AWARENESS AND UNDERSTANDING OF WAQF IN MALAYSIA: EXPERIENCE OF THE STATES ISLAMIC RELIGIOUS COUNCIL

Similar documents
IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

IS SOCIETY WILLING TO DONATE TO WAQF? OPINIONS OF THE STATE ISLAMIC RELIGIOUS COUNCILS IN MALAYSIA

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

AMALAN PENGURUSAN ZAKAT DI INSTITUSI MASJID DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PEMBANGUNAN DANA WAKAF : KAJIAN DI PERBADANAN WAKAF SELANGOR

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) YEAR 2009

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Mohd Faisol Ibrahim 1 ABSTRAK

PELABURAN DANA SEDEKAH MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ZAKAT COLLECTION AND DISTRIBUTION IN MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Faktor-Faktor Mempengaruhi Sumbangan Wakaf Tunai di Kuis

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PEMBANGUNAN TANAH WAKAF MELALUI HOTEL WAKAF: STRATEGI LAUTAN BIRU NASIONAL

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

MODEL PENGURUSAN SURAU ORANG ASLI DI SELANGOR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PERANCANGAN HARTA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM MENGGUNAKAN KONSEP HIBAH NURUL HAZIRA BINTI RAHMAT

ABSTRAK. pada suatu ketika dahulu contohnya di zaman kerajaan Uthmaniyyah. Kajian ini

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

KEPERLUAN KEPADA SKIM BANTUAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) ATAU LIFELONG LEARNING UNTUK FAKIR MISKIN MENERUSI ZAKAT

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

KOMUNIKASI MASJID: KAJIAN TERHADAP HEBAHAN AKTIVITI MASJID AL-HASANAH BANDAR BARU BANGI KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

CABARAN PELAKSANAAN WAKAF UNIVERSITI AWAM DI MALAYSIA: ANALISIS MENURUT PERUNDANGAN DI MALAYSIA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

APLIKASI PRINSIP BERKEKALAN WAKAF DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TERPILIH: PERSPEKTIF PERUNDANGAN

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

[SV 9] MENGANALISIS ISU HALAL TERHADAP SEKTOR PERKHIDMATAN HOTEL DI MALAYSIA. Nursyahida Jaafar¹ & Mohamad Ghozali Hassan²

PROGRAM USAHAWAN BAGI MEMPERKASAKAN EKONOMI GOLONGAN ASNAF: PEMANTAUAN DARI APLIKASI MYEMA ABSTRACT

Jurnal Pengurusan JAWHAR LEMBAGA EDITOR

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Zakat: Analisis Pengurusan dan Trend Agihan di Melaka

JAWHAR. JURNAL PENGURUSAN. Vol. 4, No. 1, 2010 ISSN KANDUNGAN JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR) JURNAL

Sorotan Literatur Pelaksanaan Wakaf Tunai di Malaysia

KECEKAPAN PENGURUSAN SURAU ORANG ASLI DI SELANGOR DARI ASPEK KEWANGAN

Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor

Perubahan Konsentrasi Ruangan Penduduk Semenanjung Malaysia

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PEMBENTUKAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI BERTERASKAN WAKAF DI MALAYSIA: CADANGAN MODEL PELAKSANAANNYA

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PENGAGIHAN ZAKAT OLEH INSTITUSI ZAKAT DI MALAYSIA: MENGAPA MASYARAKAT ISLAM TIDAK BERPUAS HATI?

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Transcription:

COMMUNITY AWARENESS AND UNDERSTANDING OF WAQF IN MALAYSIA: EXPERIENCE OF THE STATES ISLAMIC RELIGIOUS COUNCIL Farhana Mohamad Suhaimi 1 Asmak Ab Rahman 2 ABSTRACT This study aims to identify the awareness and understanding of the Muslims in Malaysia regarding the development of waqf property. An understanding of the importance of waqf and its impact on the Muslims economy is significant as the community are the backbone supporting the charitable institutions survival. In fact, the lack of public awareness on the project will affect the development of waqf. The research conducted is in the form of field research implemented through interviews with the selected State Islamic Religious Council (MAIN) Waqf Section officers as MAIN had vast experience in leading the society on waqf property management. In addition, review of literature was performed as part of the study. The study focuses on the awareness and understanding of the Muslims in Malaysia on waqf property. The study found that Muslims awareness on the waqf property in Malaysia varies according to states. This is due to the different approaches by MAIN in developing the waqf property in their respective states. Overall, the Muslim community has awareness regarding the waqf propery, however, the understanding of the waqf property still needs to be improved. Efforts to increase awareness and understanding of the relevant endowment should be diversified with an effective approach to optimized endowment role in community development, particularly in Malaysia. Keywords: Waqf, Waqf Awareness, Waqf Management 1. PENDAHULUAN Berdasarkan sejarah, Nabi Muhammad s.a.w adalah individu pertama yang telah memulakan wakaf, apabila Baginda s.a.w telah mewakafkan Masjid Quba yang dibina ketika Baginda s.a.w sampai di Madinah. Selain itu, Baginda s.a.w juga telah mewakafkan tujuh buah kebunnya di Madinah, yang telah diberikan kepadanya oleh Mukhairiq. Para sahabat sering meneladani akhlak dan tindakan Baginda s.a.w, Umar r.a. sebagai contohnya turut mewakafkan tanahnya di Khaibar setelah mendengar saranan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w tidak menasihati Umar untuk memberikan hartanya (tanah tersebut) kepada negeri itu, walaupun Baginda s.a.w sendiri merupakan ketua Negara pada masa itu. Bahkan, Baginda s.a.w menasihatkan Umar untuk mewakafkannya. Nasihat ini menunjukkan bahawa Nabi s.a.w melihat kepada kepentingan peranan wakaf dalam sektor awam4. Menurut Ziauddin Ahmad pada awal sejarah Islam, masyarakat Islam mempunyai semangat yang tinggi dalam melaksanakan tuntutan fardu kifayah. Pada kebiasaannya, mereka akan membelanjakan sebahagian harta mereka untuk tujuan kebajikan awam, yang mana salah satu caranya menerusi wakaf. Harta tersebut disalurkan bagi menjalankan projek kebajikan awam seperti mendirikan hospital, rumah penginapan dan pusat pendidikan5. Bahkan amalan berwakaf berterusan sehingga harta wakaf menjadi salah satu sumber utama pendapatan 1 Postgraduate Student, Department of Shariah and Economics, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 50603, Kuala Lumpur, Malaysia. anafarhana10@gmail.com 2 Senior Lecturer, Department of Shariah and Economics, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 50603, Kuala Lumpur, Malaysia. asmak@um.edu.my 454

kepada kerajaan Islam dengan memainkan peranannya dalam membiayai aktiviti kebajikan masyarakat, keagamaan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya pada zaman kegemilangan pemerintahan khilafah `Uthmaniyah. 2. LATAR BELAKANG Secara praktikalnya, wakaf bukan sahaja untuk manfaat orang fakir dan miskin saja, bahkan wakaf telah menjadi modal untuk projek kebajikan awam seperti mendirikan hospital, rumah penginapan, pusat pendidikan dan kemudahan awam lain yang dapat dinikmati oleh keseluruhan masyarakat. Di Malaysia, amalan berwakaf telah lama sebati dalam masyarakat. Hal ini terbukti dengan banyaknya pembinaan dan pembangunan seperti masjid, surau, sekolah agama ataupun tanah perkuburan yang dibina atas tanah wakaf. Ini berdasarkan kepada dua faktor, fahaman tradisi turun temurun dan pegangan kepada mazhab Shāfi ī yang menjadi mazhab fiqh rasmi di Negara ini. Semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di setiap negeri telah dipertanggung jawabkan sebagai pemegang amanah tunggal di negeri masing-masing dengan wujudnya akta dan kanun khas berkaitan wakaf di setiap negeri. Perlembagaan Persekutuan juga turut memperuntukkan hal berkaitan wakaf dalam Jadual Kesembilan, Senarai 2 (Senarai Negeri) bahawa undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam termasuklah wakaf adalah tertakluk dalam bidang kuasa kerajaan negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Walau bagaimanapun, peranan wakaf dilihat terhad kepada aktiviti keagamaan dan kerohanian seperti pembinaan masjid, surau, kubur dan sebagainya. Pengabaian dalam melihat potensi institusi wakaf ini akan merugikan masyarakat dan negara. Ini kerana secara tidak langsung, pengetahuan dan penghayatan masyarakat Islam mengenai kepentingan dan peranan wakaf adalah semakin terhakis dan terpinggir.hal ini sekiranya dibiarkan terus berlaku, akan mengakibatkan sumbangan wakaf semakin berkurangan memandangkan masyarakat adalah penyumbang kepada kelangsungan harta wakaf untuk terus bertahan. Sumbangan wakaf terhadap pembangunan di Malaysia juga tidak dapat dinafikan antaranya menerusi: i) Pendidikan dalam membiayai sekolah dan pusat pengajian, juga masjid ii) Kesihatan dalam membiayai klinik dan hospital wakaf, iii) Peningkatan ekonomi melalui penyediaan lot kedai, premis perniagaan dan hotel, pertanian iv) Kebajikan menerusi pembiayaan penyelenggaran tanah perkuburan, rumah perlindungan wanita dan anak yatim dan manfaat untuk bangunan persatuan. Menyedari akan kesannya, maka sejak beberapa tahun kebelakangan ini pelbagai usaha sama ada daripada institusi wakaf sendiri mahupun kerajaan telah bersama-sama berusaha mengembalikan semula peranan wakaf dalam menyelesaikan masalah kebajikan masyarakat di samping membangunkan ekonomi setempat. Antara usaha yang dijalankan adalah dengan mengembalikan kefahaman kepada masyarakat tentang kedudukan dan kepentingan wakaf dalam Islam serta sumbangannya terhadap sosioekonomi masyarakat. Komitmen kerajaan diterjemahkan menerusi penubuhan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) pada tahun 27 Mac 2004 dan kemudiannya membawa kepada penubuhan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) pada tahun 23 Julai 2008. Bahkan, pada tahun 2013, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan menaik taraf YWM kepada Perbadanan Wakaf. Penubuhan institusi ini bagi 455

memartabatkan pembangunan harta wakaf di Malaysia dengan pelbagai projek komersial dibangunkan di atas tanah wakaf untuk kemaslahatan umat. Bertepatan dengan misi JAWHAR dan YWM bertujuan memupuk kesedaran masyarakat tentang potensi wakaf.8 Sekali gus mengikis tanggapan uruf atau adat dalam masyarakat bahawa tanah wakaf hanya boleh dibangunkan untuk membina masjid, surau, perkuburan dan rumah anak-anak yatim. Selain itu, Islamic Development Bank (IDB) dalam usahanya untuk membangunkan potensi harta wakaf telah menubuhkan Awqaf Properties Investment Fund (APIF) pada tahun 2001. Penubuhan tabung ini turut menekankan misinya untuk mempromosi, membangunkan harta wakaf di seluruh dunia serta membangkitkan kesedaran umat Islam terhadap kepentingan wakaf. 3. KAJIAN LEPAS Kajian dan penulisan berkaitan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap wakaf di Malaysia kebanyakannya dibincangkan secara tidak langsung yang kebiasaannya lebih tertumpu kepada cadangan dan saranan agar diadakan program atau sebarang bentuk promosi yang dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat berkaitan wakaf terutamanya dengan perkembangan pelbagai wakaf kontemporari. Ahmad Zaki (2011) menjelaskan bahawa di Malaysia, walaupun masyarakat menyedari tentang amalan wakaf dan peranannya terhadap masyarakat, namun kefahaman masyarakat masih terbatas kepada harta tak alih dan wakaf khas. Kebanyakan mereka masih memahami bahawa wakaf terhad kepada tanah, masjid, rumah, bangunan dan tanah perkuburan. Siti Mashitoh Mahamood et al. (2009) menyatakan bahawa sesetengah masyarakat juga didapati masih lagi belum memahami konsep beberapa wakaf kontemporari antaranya, saham wakaf dan wakaf saham kerana ia merupakan wakaf jenis baharu malah, ada juga yang mempersoalkannya keharusan saham wakaf dan wakaf saham. MAIN Pulau Pinang sendiri perlu menggunakan nama dana wakaf untuk menunjukkan saham wakaf bagi mengelakkan kekeliruan dan pertanyaan dalam kalangan masyarakat. Siti Mashitoh Mahamood (2003) menjelaskan bahawa kefahaman benefisiari, waris dan masyarakat setempat yang sempit akan menggugat prinsip undan-undang wakaf Islam, yang akan mengakibatkan terhalangnya pembangunan harta wakaf. Bahkan dalam kajian Siti Mashitoh Mahamood, Asmak Ab Rahman, Azizi Che Seman, Suhaili Sarif & Ali (2009) mendapati Sebahagian masyarakat juga kurang yakin akan potensi wakaf dalam pembangunan masyarakat. Mohd 2012 juga menyatakan bahawa memandangkan pembangunan wakaf pada hari ini turut menfokuskan kepada projek berbentuk ekonomi seperti pembangunan rangkaian hotel wakaf, terdapat sebilangan masyarakat yang mempersoalkan keputusan MAIN serta kerajaan meluluskan pembangunan sedemikian yang mungkin mengundang gejala maksiat. Hakikatnya, pembinaan hotel ini memenuhi tuntutan fardhu kifayah bagi umat Islam untuk memenuhi keperluan masyarakat yang bermusafir dalam menjalankan tugas atau berekreasi.pihak pengurusan hotel juga bertanggung jawab bagi memastikan pengurusannya mematuhi syariah. Seperti di Malaysia, negara jiran juga menghadapi situasi yang sama berkaitan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap pembangunan wakaf masa kini. Indonesia sebagai contohnya, Tabung Wakaf Indonesia (TWI) mendapati proses sosialisasi wakaf tunai agak terbantut memandangkan hanya dapat mengumpulkan wakaf tunai sebanyak Rp 100 juta sedangkan matlamatnya adalah Rp 2 Miliar. Ini disebabkan kekangan kefahaman masyarakat 456

Indonesia mengenai wakaf tunai yang merupakan wakaf baru. Oleh yang demikian, TWI telah melancarkan kempen dan pemasaran mengenainya dan berusaha untuk menjadi satu unit yang terpisah dari zakat. (Republika, 19 Oktober 2005). Selain itu, Fahmi Medias berpendapat bahawa Undang-Undang No. 41 tahun 2004 tentang Wakaf yang dilaksanakan berupaya menggalakkan perubahan pemikiran umat Islam di Indonesia terhadap wakaf. Di Patani pula, masih banyak daripada kalangan masyarakat Islam yang kurang sedar tentang amalan wakaf, budaya wakaf, dan potensinya. Kefahaman wakaf masih terbatas kepada harta yang tidak dapat dipindah dan terhad kepada tanah, rumah, bangunan dan sebagainya. Sedangkan amalan wakaf yang disyarakkan ialah amalan yang mampu membangun kemajuan sosioekonomi umat, seperti wakaf tunai, saham wakaf, wakaf koprat dan sebagainya. Kesimpulannya, amalan wakaf perlu dipromosikan bagi memberi kesedaran tentang kepentingan wakaf sebagai medium pemacu ekonomi dan kefahaman mengenai wakaf perlu diperjelaskan agar tidak timbul kekeliruan mengenainya. Ahmad Zaki (2011) dan Nurul Asyikin & Shafiai (2013) turut menyimpulkan bahawa kesedaran berhubung dengan keupayaan wakaf seperti wakaf tunai, saham wakaf dan wakaf korporat terhadap pembangunan ekonomi perlu diteruskan bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam pembangunan wakaf di Malaysia sama ada secara langsung atau sebaliknya, dan memartabatkannya menjadi sektor ketiga sebagai pelengkap program pembangunan kerajaan. 4. METODOLOGI KAJIAN Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian kualitatif. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah kaedah temu bual dan kaedah dokumentasi. Temu bual dijalankan dengan pegawai Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) memandangkan pengalaman dan pemerhatian mereka dalam melaksanakan tugas sebagai wakil kepada MAIN yang merupakan pemegang amanah harta wakaf di negeri asingmasing. Kajian dilakukan di Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Wilayah Persekutuan. 5. KESEDARAN DAN KEFAHAMAN MASYARAKAT TERHADAP WAKAF DI MALAYSIA Berdasarkan kajian didapati bahawa terdapat beberapa aspek berkaitan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap amalan berwakaf di Malaysia iaitu: 1. Keliru dalam membezakan antara wakaf dan sedekah Bagi Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang bertanggung jawab menguruskan harta wakaf di Wilayah Persekutuan, berdasarkan pengalaman pegawai MAIWP mendapati kebanyakan masyarakat masih agak keliru dalam membezakan antara wakaf dan sedekah, melainkan mereka yang biasa menghadiri kuliah pengajian dan ceramah di surau dan masjid. Masyarakat awam juga didapati masih kurang pengetahuan mengenai konsep wakaf dan kepentingannya. 2. Mengutamakan wakaf khas berbanding wakaf am Pengalaman Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan sebagai pemegang amanah wakaf di Negeri Kelantan mendapati masyarakat di Kelantan mempunyai kesedaran mengenai wakaf. Namun, kebiasaannya, masyarakat didapati lebih berminat kepada wakaf khas berbanding wakaf am berdasarkan perbandingan kepada 457

jumlah kutipan wakaf tersebut. Masyarakat lebih cenderung untuk melakukan wakaf bagi tujuan pembangunan masjid atau bagi mendirikan tanah perkuburan orang Islam. 3. Penerimaan terhadap Wakaf Tunai Manakala, dari sudut penerimaan masyarakat terhadap wakaf tunai adalah amat baik. Buktinya, kutipan wakaf tunai yang dianjurkan oleh Yayasan Waqaf Malaysia dalam Karnival Raudah telah mendapat sambutan daripada masyarakat di Kelantan. Justeru, Bahagian Wakaf, MAIK berpendapat tahap kefahaman masyarakat mengenai wakaf perlu dipertingkatkan lagi agar sumbangan kepada wakaf am dapat diperluaskan dan memudahkan MAIK untuk membangunkan wakaf sedia ada18. Bagi Negeri Selangor, Perbadanan Wakaf Selangor, Majlis Agama Islam Negeri Selangor yang bertanggungjawab menguruskan pembangunan harta wakaf di seluruh Negeri Selangor. Pada awal penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor, kempen dan program kesedaran dan kefahaman mengenai wakaf kepada masyarakat telah dipergiatkan dan menjadi misi utama. Berikutan itu, Perbadanan mendapati setelah setahun penubuhan Perbadanan, kesedaran dan kefahaman masyarakat meningkat berdasarkan peningkatan kutipan wakaf terutamanya saham wakaf. Ini juga didorong oleh bahagian kutipan yang aktif menjalankan kutipan. 4. Kecenderungan mewakafkan harta jenis tak alih Manakala di Negeri Sembilan, Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan setakat ini mendapati bahawa kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai wakaf terbatas kepada harta tak alih, oleh itu Perbadanan menitikberatkan kempen kesedaran dan kefahaman pada peringkat awal bermula tahun ini, bagi meningkatkan kefahaman masyarakat berkaitan wakaf dan memperluaskan kefahaman wakaf kontemporari seperti wakaf tunai.begitu juga di Negeri Melaka, berdasarkan pengalaman Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam Melaka pula mendapati setakat ini, kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai wakaf masih terbatas kepada harta tak alih. 5. Kurang mengetahui dan mengenali institusi yang terlibat untuk menyalurkan sumbangan wakaf Manakala di Johor, menurut pengalaman Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), masyarakat mempunyai kesedaran dan kefahaman berkaitan wakaf khususnya di Johor dan amnya di Malaysia. Ini berdasarkan dalam setiap talk, ceramah, taklimat, kuliah atau tazkirah mesti ada yang akan berwakaf, malah jumlah sumbangan juga adalah banyak. Namun masyarakat kurang mengetahui dan mengenali institusi yang terlibat untuk menyalurkan sumbangan wakaf. Tambahan pula, masyarakat bertambah waspada untuk menyumbang sebarang bentuk sumbangan termasuklah wakaf kepada sebarangan orang memandangkan laporan akhbar dan berita yang memaparkan sindeket penyelewangan dana dan kutipan sedekah orang ramai. Oleh yang demikian, MAIJ mengambil langkah menerangkan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah kutipan saham wakaf Johor yang akan disalurkan kepada penerima yang layak. Malah penyertaan melalui MAIJ, mendapat kepercayaan memandangkan semua dana yang diperoleh MAIJ dipantau oleh Jabatan Audit Negara dan pelbagai pihak lagi. Sehingga satu peringkat disebabkan terlalu ramai yang ingin berwakaf sistem atas talian (online) akan mengalami kesesakan terutamanya pada bulan Ramadhan dan 31 Disember setiap tahun. 458

6. Program Promosi Wakaf oleh MAIN terhadap Masyarakat Secara keseluruhannya, kesedaran masyarakat terhadap wakaf adalah berbeza mengikut negeri. Ini juga berikutan, pendekatan MAIN yang berbeza dalam membangunkan harta wakaf di negeri masing-masing. Walau bagaimana pun, sebahagian MAIN didapati memandang serius dalam menyebarkan amalan wakaf ini. Justeru, pelbagai aktiviti yang telah dirancang dari semasa ke semasa bagi merancak dan memperluaskan amalan ini dirancang dan dilaksanakan secara komited dan berterusan. 1. Sebagai contohnya, Perbadanan Wakaf Selangor telah melancarkan dan melaksanakan beberapa aktiviti dan program bagi menyebarkan amalan wakaf di negeri Selangor, iaitu: Melancarkan Program bulanan; Bulan Wakaf iaitu pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan, Bulan Wakaf bersama Wanita bagi mempromosikan wakaf emas. 2. Mempromosikan Program BUMI ( Bulan Mesra Industri) yang memfokuskan kepada agensi swasta. 3. Mewujudkan Skim Infaq iaitu berwakaf menerusi potongan gaji 4. Mewujudkan Wakaf Seni pada Jun 2013 5. Bekerjasama dengan Karangkraf sebagai rakan media Perbadanan Wakaf Selangor. 6. Bekerjasama dengan Bank Muamalat bagi menubuhkan Wakaf Selangor- Muamalat yang menumpukan kepada wakaf pendidikan dan kesihatan 7. Menjalankan penerangan di setiap masjid menerusi khutbah dan kuliah agama (bergilir mengikut daerah). 8. Mengadakan kerjasama dengan pihak swasta dan kerajaan, serta sekolah bagi tujuan promosi dan penerangan berkaitan wakaf. Selain itu, Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan juga merancang bagi menambah medium supaya masyarakat lebih mudah menyertai Skim Wakaf Tunai Negeri Sembilan, antaranya menerusi potongan gaji dan transaksi atas talian (online). Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan melihat promosi dan program penerangan berkaitan wakaf perlu dipertingkatkan dan dilaksanakan secara lebih agresif bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam amalan wakaf. Bagi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pula, penyebaran amalan wakaf di kalangan masyarakat di Wilayah Persekutuan telah dirancang dan akan dilaksanakan menerusi, antaranya penekanan mengenai wakaf dalam setiap program MAIWP sama ada program bersama kakitangan mahu pun program luar. MAIWP juga menggalakkan kakitangan MAIWP untuk berwakaf bermula Februari 2014. Pelaksanaan ini dilakukakan menerusi potongan gaji dengan kadar minimum RM 1. Pelaksanaan ini bertujuan menyebarkan amalan ini menerusi kakitangan kepada keluarga dan kepada masyarakat. MAIWP juga akan memberikan talk dan turun padang untuk melancarkan Bulan Wakaf Wilayah pada bulan Mei selain daripada mewar-warkan amalan wakaf melalui media massa seperti radio dan beberapa siaran televisyen. Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Johor yang sememangnya komited dalam mempromosikan wakaf dan pembangunan harta wakaf di Johor. Selain daripada ceramah, program penerangan yang dijalankan di surau dan masjid Negeri Johor, MAIJ juga menjalankan program penerangan di universiti-inversiti. Di samping itu, MAIJ juga melancarkan kempen menerusi media massa seperti radio, menerusi saluran Institut Kefahaman Malaysia. Kesan pengiklanan di radio turut merancakkan sumbangan masyarakat 459

terhadap dana wakaf di Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). Bahkan masyarakat daripada pelbagai negeri selain Johor turut berminat menyertai saham wakaf Johor yang dilaksanakan oleh MAIJ. Selain pengiklanan di radio, MAIJ juga giat mempromosikan aktiviti wakaf di laman sesawang e-wakaf MAIJ dan media social seperti Facebook dan Twitter. Kesungguhan dan komitmen MAIJ dalam menyebarkan amalan wakaf di negeri Johor sememangnya amat baik, bahkan MAIJ juga telah memperuntukkan jumlah yang besar bagi tujuan mempromosikan budaya wakaf ini. 6. KESIMPULAN Kesedaran masyarakat di Malaysia terhadap harta wakaf adalah berbeza mengikut negeri. Ini berikutan pendekatan MAIN yang berbeza dalam membangunkan harta wakaf di negeri masing-masing. Secara keseluruhannya, masyarakat di Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka mempunyai kesedaran berkaitan harta wakaf. Manakala di Wilayah Persekutuan, MAIWP mendapati masyarakat di kawasannya masih agak keliru antara wakaf dan sedekah. Walau bagaimanapun, masyarakat di Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka didapati lebih cenderung untuk mewakafkan harta tak alih dan memilih untuk berwakaf dalam wakaf khas. Justeru, MAIN mendapati kefahaman masyarakat terhadap harta wakaf masih perlu dipertingkatkan agar dapat menggalakkan penyertaan masyarakat dalam pembangunan wakaf di Malaysia sama ada secara langsung atau sebaliknya, dan memartabatkannya menjadi sektor ketiga sebagai pelengkap program pembangunan kerajaan. Oleh yang demikian, wakaf dapat berperanan dengan sewajarnya dalam membantu kerajaan memenuhi keperluan dan perkhidmatan kepada masyarakat. Usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat berkaitan wakaf perlu dipelbagaikan dengan pendekatan yang berkesan agar peranan wakaf dapat dioptimakan sebagai salah satu instrumen pembiayaan awam, khususnya di Malaysia. RUJUKAN Abdul Halim Ramli, & Sulaiman, K. (2006). Pembangunan Harta Wakaf:Pengalaman Negara-Negara Islam. Paper presented at the Konvensyen Wakaf Kebangsaan, Jabatan Waqaf, Zakat & Haji, Jabatan Perdana Menteri. Ahmad Zaki Abd Latiff, (2011). Pengurusan Harta Wakaf di Malaysia: Realiti & Prospek. Kertas kerja dibentangkan di Islamic Real Estate Education: A New Paradigm, 10 November 2011, UIC Centre, UiTM Shah Alam, http://www.slideshare.net/drzakilatiff/pengurusan-harta-wakaf-di-malaysia Ahmad, Z. (1989). Public Finance in Islam: International Monetary Fund. Ali Mazri Mauludin, Eksekutif, Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Temubual di Pejabat Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan, pada pukul 9.00am, bertarikh 4 Februari 2014 Azri Ahmad, (2008). Pelaksanaan Skim Wakaf Tunai oleh Yayasan Waqaf Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR, 2(2). h.87-98 460

Fahmi Medias, (2010). Wakaf Produktif Dalam Perspektif Ekonomi Islam. Jurnal Ekonomi Islam (La Riba). IV (1) Kahf, M. (2002). Waqf and its Sociopolitical Aspects. www.iefpedia.com/english/wp.../waqf-and-its-socio-political-aspects1.pdf Kahf, M. (n.d.). Waqf: A Quick Review. http://monzer.kahf.com/papers/english/waqf_a_quick_overview.pdf Mohd Azrul Ismail, Penolong Pengurus, Unit Pengurusan Zakat, Wakaf, Wasiat dan Sumber Am, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Pejabat Unit Pengurusan Zakat, Wakaf, Wasiat dan Sumber Am MAIWP, Bangunan Daruzzakah, pada pukul 9.00 pagi bertarikh 28 Januari 2014 Mohd Huzairi Hamdan, Penolong Eksekutif Penilaian dan Shahrul Ashraf Jamaludin, Penolong Eksekutif Pemasaran (Bahagian Swasta), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Temubual di Pejabat PWS, Tingkat 10, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, pada pukul 9.00 pagi bertarikh 25 November 2013 Mohd Khabir Abdul Karim, Penolong Hal Ehwal Islam, Bahagian Wakaf dan Sumber Am, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Temubual di Pejabat Bahagian Wakaf dan Sumber Am MAIM, pada pukul 3.00 petang bertarikh 4 Februari 2014 Mustafayuddin bin Abd Halim, Penolong Pengarah Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), Temubual di Bilik Mesyuarat, Pejabat Wakaf MAIJ, pada pukul 12 tengahari bertarikh 7 November 2013 Nurul Asykin Mahmood, & Shafiai, M. H. M. (2013, 7 9 Jun 2013). Potensi Wakaf Korporat kepada Pemilikan Ekuiti Muslim: Kajian di Wakaf An-Nur Corporation. Paper presented at the Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII), Johor Bahru Senarai 2- senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan (2008), Petaling Jaya: International Law Book Series, h.156 Shakirah Mohamad, Penolong Pegawai Wakaf, Unit Baitulmal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Temubual di Pejabat Wakaf MAIK, pada pukul 9.00 pagi bertarikh 27 Oktober 2013 Siddiqi, M. N. (1996). Role of the State in the Economy An Islamic Perspective. Leicester, United Kingdom: The Islamic Foundation Siti Mashitoh Mahamood, (2003). Undang-undang Pentadbiran Harta Wakaf, Seminar Penyelidikan Jangka Pendek (vot F) 2003, 11-12 Mac 2003, No. Projek F0423/2001A Siti Mashitoh Mahamood, (2007). Pembentukan Dana Wakaf Menurut Perspektif Syariah dan Undang-undang serta Aplikasinya di Malaysia. Jurnal Syariah, 15(2), h.61-83 Utusan Malaysia versi mobile. 461

m.utusan.com.my/bicara_agama/20130412/ba_02/pwsperluas-konsep-wakaf, 20 Mac 2014 Yayasan Waqaf Malaysia, https://www.ywm.gov.my/profile/visi, 20 Mac 2014 โซ ะ, บ. ห. ร. ด. น. บ. ย. (2013). The concept of wakaf, reality implementation in Patani (วา ก ฟ (การ บร จาค เพ อ สาธารณะ ประโยชน ) แนวค ด ก บ การ ปฏ บ ต จร ง ใน ส งคม ม สล ม ป ตตาน ). AL-HIKMAH, 3(6), 95-107. DOI: http://www.yiu.ac.th/e-majallah/index.php/alhikmah/article/viewfile/74/72 462