Polisi ipad Pensyarah

Similar documents
PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (TK 1) BAGI PENERBIT RANCANGAN GRED B27/ B28

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

GARIS PANDUAN LAMAN WEB PTJ DI USM

PROSEDUR SOKONGAN KEPUASAN PELANGGAN. PK.UniMAP.(P).11. Disediakan oleh : Disemak oleh : Diluluskan oleh :

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Perpustakaan yang dilantik terus;

Plat Kaca Terma & Syarat

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MANUAL PANDUAN PENGGUNA

PROSEDUR KERJA UMUM ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN UKM-SPKP-PKU11

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

2.1 Arahan kerja ini merupakan sebahagian daripada Proses Tuntutan Hasil/ Amanah (Rujuk : PA/UPKK.BEND/002/KL)

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

ll&tvli ffitrfij' s,k. Naib Canselor "BERKHIDMAT &r{e nx>ranr}ttrn Tarikh : 12 Julai2013

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

SCS. Kit HR FACILITIES (KEMUDAHAN)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PENILAIAN PENGETAHUAN

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia PERUNDANGAN DAN PERATURAN DALAM PENGURUSAN REKOD

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Kod Dokumen : UPM/OPR/PKU/P005

BERSIH 2.0 KOD ETIKA PENGLIBATAN DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-13 DAN GARIS PANDUAN KERAJAAN SEMENTARA

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

SISTEM E-PELAPORAN PEMANTAUAN LAMAN WEB JABATAN STANDARD MALAYSIA. Maggery Roxane Dennis Dr. Mohd Ridzwan Yaakub

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

KAD KREDIT-i BANK ISLAM TERMA DAN SYARAT Bermula September 2018

PEKELILING ICT BIL. 1 TAHUN 2009 DASAR KESELAMATAN ICT (DKICT) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Dasar Keselamatan ICT

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 (PTK1) BAGI JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

2.0 WAKTU OPERASI PERPUSTAKAAN. 4.0 ETIKA PAKAIAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU Kandungan

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen : UPM/SOK/KEW-AST/P012. PROSEDUR PENGURUSAN ASET Tarikh: 05/06/2015

PENGURUSAN. Kod Dokumen: UPM/PGR/P003 PROSEDUR KAWALAN KETAKAKURAN, TINDAKAN PEMBETULAN, TINDAKAN PENCEGAHAN, DAN PELUANG PENAMBAHBAIKAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(19)/4-402/14 DI ANTARA NOORHAYATI BINTI JARLILL DENGAN MAYA MAJU (M) SDN. BHD. AWARD NO: 1607 TAHUN 2017

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

TERMA DAN SYARAT. PROGRAM SAHABAT AGRO (AgroPrimaS)

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Semua Pelajar Ijazah Tinggi (Mod Kerja Kursus & Mod Campuran), Luar Pesisir dan Ijazah Pertama (Penuh Masa) PERCETAKAN. & Ijazah Pertama [Penuh Masa]

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN KANDUNGAN SEKTOR AWAM

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI


SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen : UPM/SOK/KEW-AST/P012. PROSEDUR PENGURUSAN ASET Tarikh: 18/08/2016

KEJOHANAN MEMANAH PEMBANGUNAN DAN TERBUKA AKMA A.C 2018

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Transcription:

Polisi ipad Pensyarah Kolej PERMATA Insan Kod Rujukan IPPP15-01 Versi V1 Tarikh Versi 1 Oktober 2015 Disediakan oleh Ahmad Faiz Bin Ab Aziz [Pegawai Teknologi Maklumat, KPI] Disahkan oleh

1. Pengenalan 1.1. Polisi ipad ini mengandungi dasar serta peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) USIM serta Kolej PERMATA Insan (KPI). Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna di KPI mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT KPI ini. 2. Dasar Keselamatan ICT Kolej PERMATA Insan 2.1. Kesemua alatan ICT yang mengikut perolehan dari peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah tanggungjawab Kolej PERMATA Insan sepenuhnya. Justeru segala polisi dalam dokumen ini yang telah digariskan wajib dipatuhi dalam memastikan segala aset ini digunakan sebaiknya. 2.2. Manakala peralatan ICT yang dibekalkan terus dari Pusat Teknologi Maklumat (PTM) USIM seperti komputer kerja / laptop / printer / setara adalah tertakluk secara lansung dengan dasar keselamatan ICT USIM yang dikeluarkan. Dokumen ini boleh dirujuk menerusi pautan berikut: http://ptm.usim.edu.my/images/files/dasarkeselamatanictusim.pdf 3. Polisi Smart Classroom Kolej PERMATA Insan 3.1. Smart Classroom adalah pendekatan pdp (pengajaran dan pembelajaran) Kolej PERMATA Insan yang melibatkan pelaksanaan pembelajaran abad ke 21, berasakan konsep akses global, ubiquotus (24/7, setiap masa, setiap tempat), personalized learning, dengan menggunapakai persekitaran pintar (Intelligent environment). Implimentasi SMART Classroom menggunakan peralatan ICT secara lansung. 3.2. Polisi ini adalah dalam skop peralatan, perisian, serta servis yang digunakan hanya di Kolej PERMATA Insan (KPI) bagi pelaksanaan Smart Classsroom. 3.3. Menurut polisi USIM, setiap staf dan pensyarah hanya dibekalkan satu sahaja peranti berkomputer (samada laptop ataupun desktop) untuk meja kerja. Walaubagaimanapun, pensyarah PERMATA Insan diberi kebenaran untuk peminjaman ipad dalam satu tempoh bersama syarat-syarat yang wajib dipatuhi. 1

3.4. Peranti Smart Classrom adalah melibatkan : 3.4.1. Peranti pegangan personal : ipad dan charger. 3.4.2. Peralatan pdp kelas : Smart HD TV, Apple TV, projektor, kabel, kamera video, printer dan yang setara dengannya. 3.5. Penggunaan semua peranti Smart Classroom juga adalah tertakluk pada dasar keselamatan ICT USIM (Perkara 2). 3.6. Peranti Smart Classroom hanya dibenarkan untuk penggunaan aktiviti pdp Smart Classroom sahaja. 3.7. Sebarang penggunaan peranti untuk tujuan peribadi adalah dilarang sama sekali. 4. Hakmilik ipad 4.1. IPad adalah hakmilik Kolej PERMATA Insan. 4.2. Setiap peminjaman adalah wajib direkod. Peminjaman tanpa rekod adalah dilarang dan wajib dipulangkan semula. 4.3. Pihak pentadbiran kolej berhak memantau, memerhati dan menilai segala aktiviti penggunaan ipad pada bila-bila masa yang ditentukan. 4.4. Peminjam terikat dengan segala peraturan, larangan, serta tanggungjawab terhadap kesalahan. 4.5. Penggunaan ipad seperti hakmilik persendirian adalah satu larangan, seperti penggunaan yang berkaitan dengan urusan peribadi. 4.6. Pentadbiran kolej berhak menarik balik sebarang peminjaman dan penggunaan ipad dari mana-mana pengguna jika berlakunya kesalahan. 2

5. Hakmilik Aksesori Berkaitan ipad 5.1. Aksesori berkaitan ipad adalah mencakupi : i. Charger, adaptor, lighting cable ii. Apple TV iii. Smart cover iv. Beg v. Rak vi. Dan lain-lain peralatan berkaitan yang akan dibeli pada masa hadapan dan digunakan secara lansung bersama ipad. 5.2. Segala aksesori ini adalah hakmilik Kolej PERMATA Insan. 5.3. Segala polisi berkenaan aksesori ini adalah mengikut polisi ipad. 6. Polisi ipad Pensyarah 6.1. Pensyarah dibenarkan untuk membuat pinjaman ipad dan charger selama satu (1) tahun. 6.2. Untuk tempoh satu (1) tahun, peminjam hanya dibenarkan untuk meminjam satu (1) unit ipad bersama satu (1) unit charger sahaja. 6.3. Dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh peminjaman, peminjam wajib menghantar ipad kepada penyelaras ICT untuk pemeriksaan status keadaan ipad. 6.4. Penggunaan aset ini terikat dengan tatacara berkaitan penggunaan aset, iaitu di Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007. 6.5. Memegang ipad hakmilik KPI adalah tertakluk pada peraturan peminjaman, penggunaan dan pemulangan. 6.6. Peminjaman 6.6.1. Pensyarah wajib mengisi rekod peminjaman daripada Penyelaras ICT kolej yang dilantik. 6.6.2. Permohonan pinjaman untuk tempoh satu (1) tahun, wajib dibuat tiga hari sebelum tarikh penggunaan. 3

6.6.3. Permohonan peminjaman hanya boleh dibuat di pejabat penyelaras ICT KPI. 6.6.4. Status IPad : (sedang dipinjam/telah dipulangkan/sedia dipinjam) adalah berdasarkan kod ipad serta rekod nama dan ID peminjam. 6.6.5. Jika berlaku sebarang masalah atau kesulitan pada ipad yang baru dipinjam dalam jangkamasa dua hari dari tarikh peminjaman, pensyarah berhak merujuk kepada penyelaras ICT untuk penukaran ipad atau laporan keadaan ipad. 6.6.6. Peminjaman ipad pelajar utk pdp juga terikat atas penama pensyarah bertanggungjawab dan atas kebenaran mengikut kelas dan pdp yang telah dirancang oleh pensyarah. 6.6.7. Peminjaman untuk satu (1) tahun memerlukan tandangan surat akujanji dan perjanjian penggunaan ipad KPI. 6.6.8. Pihak pentadbiran kolej berhak mengambil semula dan membatalkan peminjaman jika peminjam disahkan menyalahgunakan ipad. 6.7. Penggunaan 6.7.1. Setiap ipad mempunyai kod unik yang telah didaftarkan dengan akaun Apple ID serta icloud tersendiri. 6.7.2. Untuk penggunaan itunesu, pensyarah boleh menggunakan Apple ID tersendiri dengan melaporkan kepada penyelaras ICT. 6.7.3. Bagi Apple ID khas yang didaftarkan atas setiap ipad, peminjam tidak boleh mengubah password asal melainkan dengan kebenaran admin (penyelaras ICT). 6.7.4. Penggunaan ipad adalah hanya untuk tujuan pdp di dalam atau di luar kelas, penyelidikan serta pembangunan bahan. 6.7.5. Sebarang penggunaan untuk tujuan peribadi adalah dilarang. 6.7.6. Penggunaan untuk tujuan acara / persembahan / program rasmi di luar kawasan wajib mengisi borang khas untuk rekod. 4

6.8. Pemulangan 6.8.1. Peminjam wajib memulangkan ipad pada tarikh tamat yang telah ditetapkan 6.8.2. ipad boleh dipulangkan sebelum tarikh tamat peminjaman. 6.8.3. Peminjam juga boleh memulangkan ipad atas sebab-sebab tertentu seperti telah membuat pembelian ipad peribadi atas tanggungan sendiri. 6.8.4. Peminjam wajib mengisi rekod pemulangan pada penyelaras ICT. 6.8.5. Kelewatan pemulangan daripada tarikh yang ditetapkan adalah dilarang. Jika berbuat demikian, peminjam terikat dengan tindakan yang digariskan dalam butiran larangan & kesalahan. 5

7. Larangan & Kesalahan Peminjaman ipad & aksesori milik PERMATA Insan adalah tertakluk kepada garis panduan larangan, kesalahan serta prosedur tindakan berikut : 7.1. Kehilangan 7.1.1. Peminjam bertanggungjawab dalam memastikan penemuan semula ipad yang hilang, melibatkan gerakan pencarian dalam tempoh lima hari dari tarikh disahkan hilang. 7.1.2. Wajib melaporkan kehilangan kepada penyelaras ICT. 7.1.3. Jika disahkan hilang, penama yang meminjam diwajibkan membuat penggantian dalam tempoh dua minggu. 7.1.4. Bertangungjawab menanggung kos pada sebarang implikasi kewangan yang berlaku. 7.1.5. Kehilangan juga terikat dengan Prosedur kehilangan USIM, merujuk Pekeliling Bendahari bil 11/2007 7.2. Kerosakan Fizikal 7.2.1. Melibatkan kesemua bentuk kerosakan fizikal termasuk skrin, komponen hardware dalaman, casing, kamera dan yang setara dengannya. 7.2.2. Peminjam wajib melaporkan kerosakan kepada penyelaras ICT untuk rekod. 7.2.3. Bertanggungjawab secara individu untuk membaiki di mana-mana premis yang menyedia khidmat pembaikan ipad/setara. 7.2.4. Bertangungjawab menanggung kos pada sebarang implikasi kewangan yang berlaku. 7.2.5. Boleh menggunakan waranti jika masih dalam tempoh. 7.2.6. Tempoh siap pembaikan dalam tiga minggu dari masa kerosakan. 6

7.3. Kerosakan Perisian 7.3.1. Peminjam bertanggungjawab terhadap masalah perisian / apps yang digunapakai ketika berada dalam penggunaan. 7.3.2. Kerosakan atau petanda awal permasalahan seperti perisian berhenti beroperasi dengan sendirinya, paparan mesej error, crash atau hang wajib dilaporkan kepada penyelaras ICT. Kegagalan dalam melaporkan status tersebut menyebabkan peminjam bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang bakal berlaku. 7.3.3. Kesalahan juga melibatkan kerosakan perisian yang berhubung secara lansung dengan hardware seperti kerosakan perisian kamera, perisian rakaman suara dan yang berkaitan. 7.3.4. Peminjam bertanggungjawab untuk memperbaiki kerosakan perisian tersebut dalam jangkamasa dua minggu daripada masa kerosakan berlaku. 7.3.5. Bertanggung jawab secara individu untuk membaiki di mana-mana premis yang menyedia khidmat pembaikan perisian ipad/setara. 7.3.6. Jika kerosakan itu adalah kerosakan kekal, peminjam bertanggungjawab untuk menggantikan ipad tersebut. 7.3.7. Peminjam bertangungjawab menanggung kos pada sebarang implikasi kewangan yang berlaku. 7.4. Bertukar Milik 7.4.1. Tidak dibenarkan berpindah milik kepada sesiapa sahaja samada bertukar milik sesama pensyarah/staf ataupun menukar ipad pensyarah dengan ipad pelajar. 7.4.2. Pelajar tidak dibenarkan untuk menggunakan ipad pensyarah. 7.4.3. Jika ada digunakan oleh pihak lain melibatkan pelajar, pemegang ipad adalah bertanggungjawab secara individu terhadap apa sahaja yang berlaku pada ipad tersebut. 7.4.4. Tertakluk kepada kesemua tindakan yang telah termaktub pada butiran-butiran kesalahan. 7

7.5. Akses Internet 7.5.1. Tertakluk kepada peraturan akses internet di USIM. 7.5.2. Penggunaan akses internet hanyalah dibenarkan untuk tujuan pdp, penyelidikan dan penyediaan bahan pembelajaran. 7.5.3. Pihak pentadbiran kolej berhak untuk memantau serta menilai segala akses serta aktiviti internet berkaitan pdp pada ipad peminjam. 7.5.4. Akses internet untuk kepentingan dan urusan peribadi adalah dilarang; mencakupi i. Menjalankan perniagaan atas talian. ii. Membeli-belah barangan peribadi. iii. Bermain permainan atas talian (online game) secara peribadi yang bukan kategori permainan pendidikan. iv. Menonton dan melanggan rancangan TV/filem secara atas talian (streaming) secara peribadi bukan untuk pdp. v. Lain-lain yang setara dengannya. 7.5.5. Akses, muat turun, muat naik, serta menyebar segala bahan, web atau laman yang mengandungi kandungan lucah serta pornografi adalah satu kesalahan besar. Sabit kesalahan akan dikenakan tindakan tatatertib dan ipad akan dirampas serta merta. 7.5.6. Segala aktiviti dan perbuatan termasuk muat turun, muat naik, serta menyebar segala bahan web atau laman yang berkaitan politik yang membawa kepada permusuhan, perpecahan serta kekacauan adalah satu kesalahan besar dan dilarang sama sekali. Sabit kesalahan akan dikenakan tindakan tatatertib dan ipad akan dirampas erta merta. 7.5.7. Segala aktiviti dan perbuatan memulakan, memuat naik, memuat turun serta menyebar sebarang unsur fitnah, memecah belah dan permusuhan adalah satu kesalah besar dan dilarang sama sekali. Sabit kesalahan akan dikenakan tindakan tatatertib dan ipad akan dirampas serta merta. 7.6. Password & Privisi 7.6.1. Password yang telah ditetapkan oleh admin bagi setiap kod ipad adalah dilarang untuk diubah melainkan atas perubahan serta 8

keadaan tertentu. Perubahan password kod ipad yang unik hanya boleh dilakukan oleh penyelaras ICT. 7.6.2. Peminjam dilarang memecah masuk akaun orang lain, dan menggunakan akaun orang lain untuk sebarang aktiviti ipad termasuk pdp serta penyediaan bahan pembelajaran. 7.6.3. Peminjam hanya dibenarkan untuk menggunakan Apple ID atas penama individu peminjam sahaja untuk segala penyediaan bahan seperti itunes U. 7.6.4. Segala privisi melibatkan Apple ID individu peminjam adalah di bawah tanggungjawab individu masing-masing. Pihak kolej tidak bertanggung jawab atas sebarang masalah melibatkan Apple ID individu. 7.6.5. Setiap peminjam wajib menjaga segala kerahsiaan berkenaan pengisian bahan pembelajaran, data-data sulit, serta segala bahan hakmilik KPI termasuk password. Sabit dengan kesalahan ini akan dikenakan tindakan tatatertib. 7.7. Penggunaan Peribadi 7.7.1. Penggunaan ipad untuk kepentingan dan tujuan peribadi selain daripada aktiviti pdp, penyelidikan, serta penyediaan bahan pembelajaran adalah ditegah sama sekali. 7.7.2. Tegahan penggunaan ipad KPI untuk tujuan peribadi adalah mecakupi perkara berikut : i. ipad digunakan untuk kegunaan keluarga dan anak-anak. ii. iii. iv. Menjalankan perniagaan atas talian secara peribadi, seperti membuka blog/laman sosial yang menjual segala produk/servis. Membeli-belah barangan peribadi atas talian menggunakan ipad KPI. Membawa dan menggunakan ipad dalam mana-mana acara peribadi / kursus / seminar luar yang tiada kaitan dengan pdp KPI. v. Menyertai pertandingan untuk keuntungan peribadi menggunakan pengantara ipad KPI. 9

vi. Akses internet untuk kepentingan peribadi seperti yang telah digariskan dalam perkara 7.5. 7.8. Kelewatan Pemulangan 7.8.1. Peminjam wajib memulangkan ipad pada tarikh pemulangan yang telah ditetapkan seperti dalam borang permohonan. 7.8.2. Peminjaman untuk satu (1) tahun berikutnya perlu membuat permohonan baru, melibatkan pembaharuan perjanjian peminjaman. 7.8.3. Kelewatan melebihi tempoh seminggu dari tarikh pemulangan memerlukan surat tunjuk sebab dari peminjam. 7.9. Lain-lain kesalahan 7.9.1. Segala perbuatan / kelakuan / salah guna / perkara yang berkaitan dengan penggunaan ipad KPI sehingga menyebabkan rosak nama baik KPI dan universiti. 7.9.2. Tindakan tatatertib akan dikenakan jika sabit dengan sebarang kesalahan ini. 8. Tanggungjawab Pensyarah terhadap ipad Pelajar 8.1.1. Pelajar KPI memiliki polisi peminjaman ipad tersendiri dalam pelaksanaan pdp SMART Classroom bersama peraturan yang telah digariskan. 8.1.2. Peminjaman ipad oleh pelajar untuk aktiviti pdp wajib melalui kebenaran dan tandatangan pensyarah pada borang peminjaman pelajar yang diisi lengkap menerusi penyelaras ICT KPI. 8.1.3. Pensyarah yang menandatangani peminjaman pelajar diberi kuasa untuk memantau serta menguatkuasakan peraturan. Penggunaan ipad akan terikat dengan nama pensyarah yang memberi kebenaran terhadap pinjaman pelajar. 8.1.4. Pensyarah wajib memastikan ipad digunakan dengan baik serta tidak melanggar segala peraturan. 10

8.1.5. Kegagalan pemantauan yang mengakibatkan sebarang kerosakan atau masalah pada ipad tersebut akan menyebabkan pensyarah perlu menanggung segala implikasi yang berlaku termasuk implikasi kewangan. 8.1.6. Pensyarah wajib memastikan pelajar memulangkan ipad yang dipinjam setelah tamat tempoh peminjaman. Kelewatan menghantar pulang ipad tersebut boleh mengganggu proses peminjaman pelajar-pelajar lain. Jika berlaku sebarang masalah yang bermula dari faktor ini, pensyarah juga akan dipertanggungjawabkan. 9. Penutup 9.1. Polisi ini adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa mengikut perkembangan, perubahan serta penambahbaikan selaras dengan pelaksanaan Smart Classroom Kolej PERMATA Insan. Segala pindaan dan pembaharuan polisi terkini akan termaktub dalam nombor versi serta kod rujukan. 9.2. Pensyarah serta staf yang terlibat dengan pdp, penyelidikan serta pembangunan bahan adalah wajib mengikut segala polisi yang telah termaktub. 11