KONSEP HISBAH DAN PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM MAIS DAN JAIS DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (TK 1) BAGI PENERBIT RANCANGAN GRED B27/ B28

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

Pengurusan dan Pentadbiran Islam di Malaysia: Sumbangan Terhadap Pembangunan Politik, Ekonomi dan Sosial

ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SYARAT KHAS PROGRAM STPM / STAM DIPLOMA / SETARAF SALURAN KEDUA. Lulus mata pelajaran Bahasa Arab pada

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia PERUNDANGAN DAN PERATURAN DALAM PENGURUSAN REKOD

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

INTEGRASI HISBAH DAN DAKWAH DALAM PROSEDUR PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG KESALAHAN MAKSIAT DAN JENAYAH KHALWAT DI MALAYSIA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

CABARAN INSTITUSI HISBAH DALAM DUNIA KONTEMPORARI SERTA USAHA-USAHA BAGI MEMPERKASAKANNYA

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PERANCANGAN HARTA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM MENGGUNAKAN KONSEP HIBAH NURUL HAZIRA BINTI RAHMAT

ISI KANDUNGAN SEKSYEN/ RUJUKAN 1.0 TUJUAN OBJEKTIF DAN SKOP 3

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

THE 5 th ISDEV INTERNATIONAL ISLAMIC DEVELOPMENT MANAGEMENT CONFERENCE (IDMAC 2011) Islamic Marketing & Asset Management DECEMBER 2011

PEMERKASAAN SISTEM ZAKAT DI MALAYSIA: PERMASALAHAN DAN CADANGAN PELAKSANAAN

GALLEY PROOF. Kawalan Dalaman Tadbir Urus Wakaf di Malaysia

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA SERTA LANGKAH- LANGKAH MENGATASINYA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SEMAKAN KEHAKIMAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: ULASAN LITERATUR

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

Transcription:

Jurnal AL-ANWAR, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) Volume 1(3), June 2017: 51-66 KONSEP HISBAH DAN PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM MAIS DAN JAIS DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN ABSTRAK Abdul Qahhar Ibrahim, Abdul Ghafar Hj. Don & Muhamad Faisal Asha ari Tulisan ini bertujuan untuk membincangkan konsep hisbah dan pengurusan hal ehwal Islam (PHEI) di negeri Selangor yang berada dibawah bidangkuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ini kerana pengurusan hal ehwal Islam yang berdaya maju dan berkesan amat penting bagi menjana kemajuan masyarakat Islam pada masa kini. Hisbah merupakan suatu elemen yang wujud dalam pengurusan hal ehwal Islam dimana ianya menyentuh berkenaan konsep amar maaruf dan nahi munkar. Manakala pengurusan Islam atau pengurusan hal ehwal Islam merupakan suatu bentuk cara atau pengurusan yang berkaitan dengan kehidupan umat Islam dalam mencapai al-falah iaitu kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kaedah analisis kandungan telah digunakan bagi memenuhi objektif kajian. Jelasnya fungsi MAIS dan JAIS adalah merupakan sebuah badan yang melaksanakan pengurusan hal ehwal Islam mengikut jalur syarak yang betul, sesuai dengan kuasa yang telah diberikan berdasarkan Undang Undang Negeri Selangor; Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor). Secara teoritikalnya unsur hisbah itu wujud dalam pengamalan pengurusan hal ehwal MAIS dan JAIS serta sesuai dengan dasar PHEI MAIS iaitu untuk membangunkan ekonomi dan memelihara kesejahteraan umat Islam di negeri Selangor Darul Ehsan. Kata Kunci: Hisbah, PHEI, MAIS, JAIS THE CONCEPT OF HISBAH AND MANAGEMENT OF ISLAMIC AFFAIRS MAIS AND JAIS IN THE STATE OF SELANGOR DARUL EHSAN ABSTRACT This paper aims to discuss the concept of hisbah and Management of Islamic Affairs (MIA) in the state that is under the jurisdiction of the Selangor Islamic Religious Council (MAIS) and Selangor Islamic

52 Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais Religious Department (JAIS). This is because the management of the affairs of a viable and effective critical to generating the progress of the Muslim community nowadays. Moral Conduct is an element inherent in managing Islamic affairs where it touched on the concept al-amr bi al-maᶜruf and al-nahyi ᶜan al-munkar. Whereas management or management of the affairs of Muslims is a form method or management related to the lives of Muslims in al-falah means to achieve happiness in this world and the hereafter. Content analysis method was used to meet the objectives of the study. Obviously the MAIS and JAIS is a body which carries out management of Islamic affairs according to Islamic law the right path, in accordance with the authority granted by the rules of the State; Administration of the Religion of Islam (State of Selangor). In theoretical, the elements of hisbah is still exist in the practice of management of the affairs MAIS and JAIS and MAIS PHEI accordance with the policy which is to develop the economy and safeguard the welfare of Muslims in Selangor Darul Ehsan. Keywords: Hisbah, MIA, MAIS, JAIS PENDAHULUAN Pengurusan hal ehwal Islam pada masa kini terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan cabaran. Sesuai dengan perkembangan pada masa kini yang memerlukan anjakan paradigma dalam meneruskan lagi usaha yang lebih terkehadapan. Khususnya dalam persoalan pengurusan Islam, supaya ianya dapat berkembang maju sesuai dengan kehendak global pada masa kini. Agama Islam merupakan suatu kepercayaan yang berdasarkan tauhid, dan ianya merupakan ajaran yang merangkumi seluruh gerak kerja yang berkaitan dengan kehidupan insan itu sendiri sesuai dengan kehendak fitrah. Pelbagai masalah dan persoalan yang wujud sekitar pengurusan hal ehwal Islam pada masa kini. Seharusnya pihak yang bertanggungjawab hendaklah memberikan perhatian yang lebih terhadap situasi tersebut. Di samping itu juga, menjadi tanggungjawab dikalangan umat Islam dalam memberikan kerjasama dan buah fikiran dalam usaha mendayamajukan lagi aspek pengurusan Islam pada ketika ini dan seterusnya. Antara perkara yang sering ditimbulkan adalah berkenaan bidang kuasa badan pengurusan hal ehwal Islam itu sendiri, di mana

53 Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais ianya hanya terbatas kepada beberapa lapangan sahaja seperti institusi kekeluargaan, zakat, wakaf, pendidikan Islam. Malah terdapat juga beberapa masalah lain seperti tahap perlaksanaan PHEI itu sendiri sesuai dengan dasar dan strategi yang telah ditetapkan. Di samping itu, aspek hisbah juga turut dititikberatkan dalam perlaksanaan pengurusan Islam pada masa kini. Hisbah merupakan suatu konsep dan amalan yang wajar difahami dalam setiap organisasi khususnya yang berkaitan dengan institusi organisasi Islam. Tanpa pengetahuan, pemahaman dan pengamalan hisbah yang berkesan maka pelbagai masalah yang akan timbul khususnya korupsi dan pecah amanah serta salah guna kuasa. Sewajibnya setiap pihak yang bertanggungjawab lebih berkerja keras dan telus dalam membina model pengurusan Islam yang mantap dan berjaya. Elemen hisbah amat penting pada masa kini, etika yang dibentuk perlulah menonjolkan aspek hisbah yang bersih daripada sebarang korupsi dan penyelewengan. Pelbagai usaha yang wajar dibuat dalam memastikan konsep hisbah dapat difahami dan diaplikasi dalam setiap organisasi khususnya badan agama yang menguruskan hal ehwal umat Islam, seperti majlis dan jabatan agama Islam negeri. ULASAN KEPUSTAKAAN Perubahan dan pembangunan pada masa kini di kalangan masyarakat Islam khususnya di Malaysia amat memerlukan kepada bentuk pengurusan hal ehwal Islam yang mantap dan benar-benar efisyen dalam memenuhi tuntutan perkembangan zaman pada ketika ini. Sewajarnya konsep pengurusan Islam yang benar-benar ideal dan efektif perlulah difahami dan diamalkan untuk kepentingan pembangunan umat Islam pada masa ini. Sesuai dengan perkembangan dan perubahan semasa maka pengurusan Islam seharusnya sentiasa berkembang dan terus maju dalam memacu usaha untuk masa depan masyarakat Islam di Malaysia. Begitu juga dengan aktiviti hisbah, ianya turut memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan setiap perkara yang dirancang berjalan dengan lancar sesuai dengan kehendak syariat Islam. Hisbah merupakan sebuah badan kawalan dalam pengurusan bagi memastikan perjalanan sesebuah organisasi akan berjalan dengan baik dan berkesan.

54 Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais Kewujudan eleman hisbah atau biasanya dikenali sebagai audit amat dititikberatkan lebih-lebih lagi kepada proses pengurusan Islam pada masa kini. Ini adalah kerana konsep amr ma ruf wa nahi munkar menjadi unsur yang penting dalam etika hisbah. Skop pemahamannya amat luas bukan sahaja menjaga hubungan dengan Allah Taala sematamata malah turut juga menekankan sistem muamalah sesama makhluk khususnya manusia. Terdapat ramai ilmuan Islam yang telah membahaskan konsep dan persoalan hisbah, antaranya ialah Imam al- Mawardi (450H) dalam al-ahkam al-sultaniyyah, Abu Ya ala al-fara (458H) dalam al-ahkam al-sultaniyyah, Ibn Taimiyyah (728H) dalam Hisbah fi Islam, Ibn Qayyim (751H) dalam Turuq al-hukumiyyah dan Ibn Khaldun (808H) dalam Muqadimah. Dalam konteks hari ini, menurut Mohd Rumaizuddin Ghazali (2011) institusi hisbah ini mempunyai bidang kuasa yang lebih luas dan bukan terhad kepada tugas yang disebut di atas sahaja. Bidang yang dijalankan oleh Direktorat Penguatkuasaan Majlis Daerah dan Dewan Bandaraya merupakan sebahagian daripada bidang hisbah. Begitu juga dengan pegawai pencegah maksiat atau unit penguatkuasaan dan pencegahan Jabatan Agama Islam Negeri dan Pengurusan Tatatertib Perkhidmatan Awam.Terdapat beberapa penulisan yang berkaitan dengan hisbah antaranya ialah Auni Bin Haji Abdullah (2000). Hisbah dan Pentadbiran Negara Hisbah : Konsep Serta Pengamalannya di Malaysia oleh Mohamad Syafiqe bin Abdul Rahim (2008), dimana ianya lebih kepada penerangan konsep dan perlaksanaannya secara umum di Malaysia. Malahan terdapat kajian yang telah dijalankan berkaitan hisbah antaranya ialah Institusi hisbah dalam pentadbiran Islam : suatu kajian mengenai sejarah dan pelaksanaannya di Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna oleh Noranita binti Mat Rozi (2003) dan Institusi hisbah dalam sistem Islam: suatu kajian mengenai sejarah dan pelaksanaannya di Direktorat Penguatkuasaan DBKL oleh Syahrul Faizaz Abdullah (2003). Kajian yang telah dibuat cuba untuk menyentuh berkenaan sejarah dan bentuk perlaksanaan hisbah yang telah dijalankan oleh kedua-dua badan tersebut yang bukannya terdiri daripada badan berkuasa agama seperti majlis dan jabatan agama Islam negeri.

55 Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah merupakan sebuah badan yang menguruskan hal ehwal umat Islam di negeri Selangor. Pelbagai bahagian yang wujud dibawah kuasa MAIS dalam usaha untuk menjayakan dasar dan strategi yang telah dibentuk dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Sebagai sebuah badan yang mempunyai autoriti dalam menangani dan membangunkan langkah terbaik bagi memastikan hal ehwal umat Islam berjalan lancar mengikut apa yang telah dirancang maka pelbagai tindakan dan anjakan telah dilakukan. Sebagai suatu institusi yang ditubuhkan oleh suatu enakmen yang tertentu. Ianya tertakluk kepada bidang kuasa dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Ianya merupakan sebuah badan yang tertinggi mengenai penadbiran agama Islam di negeri-negeri berkenaan, tetapi kuasanya adalah terbatas dalam lingkungan melaksanakan Undangundang Pentadbiran Agama Islam (Hailani Muji Tahir 1984:69). Setiap Majlis Agama Islam yang wujud tidak mempunyai sebarang ikatan dengan Majlis Agama Islam yang lain, ini adalah disebabkan setiap urusan keagamaan yang berkaitan dengan hal ehwal Islam pada setiap wilayah tersebut terletak di bawah kuasa Sultan atau Raja yang memerintah (Wan Husin Azmi 1985: 146). Majlis Agama Islam hanya berfungsi sebagai satu badan untuk menguasai dan mentadbir hal ehwal agama Islam yang terbatas oleh konsep pemahaman dan amalan undang-undang Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Negeri. Malah jenis organisasi keislaman di Malaysia jelas ditentukan oleh Sultan di bawah pengaruh pentadbiran birokrasi British yang kesannya masih wujud hingga kini (Ideris Endot 1983). Oleh itu, urusan pengurusan Islam di Malaysia berkait rapat dengan pembentukan Majlis Agama Islam di setiap negeri. Ini adalah kerana badan tersebut berfungsi untuk membantu Sultan atau Raja berkaitan dengan urusan hal ehwal Islam dan menguruskan sebarang urusan yang berkaitan dengan agama Islam (sesuai dengan bidang kuasa yang telah ditetapkan) (Rauf al-shalabi 1981: 254). Satu kajian perlu dibuat secara khusus terhadap badan agama Islam tertentu seperti Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam menguruskan urusan hal ehwal umat Islam di Selangor dan kaitannya dengan Hisbah. Iaitu dalam

56 Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais usaha untuk mengkaji tahap pengamalan hisbah dalam gerak kerja yang telah dilaksanakan. Ianya sejajar dengan matlamat kerajaan dalam usaha untuk mentransformasikan sistem pengurusan Islam kearah yang lebih cemerlang. KONSEP HISBAH Hisbah merupakan suatu aspek yang penting dalam proses pengurusan Islam, di mana ianya menjadi kayu ukur kepada tahap dan perjalanan pengurusan itu sendiri. Tanpa tumpuan yang khusus terhadap aspek ini maka pelbagai masalah yang tidak diingini akan wujud. Oleh itu, ianya perlu kepada proses pemerkasaan khususnya terhadap perlaksanaannya pada masa kini. Sehubungan itu, ianya wajar diteliti dari semasa ke semasa, supaya tidak berlaku sebarang kesilapan yang boleh mengundang bala kepada sesebuah organisasi khususnya terhadap pengurusan hal ehwal Islam. Hisbah berasal daripada lafaz حسب (hasaba) yang membawa kepada beberapa makna, antaranya ialah menghitung, mengira, menimbang ataupun menilai. Sementara perkataan احتسب (Ihtisab) yang berasal daripada akar umbi kata yang sama bermaksud mengharapakan pembalasan pada hari akhirat dengan melakukan perbuatan yang mulia disisi Allah Taala. Dengan pengertian inilah hisbah sering dikaitkan dalam sejarah ilmu pengurusan dan pentadbiran Islam sebagai institusi yang bertugas memerhati, meninjau dan supaya semua kerja berjalan di atas landasan menegakkan yang baik (ma ruf) dan mencegah yang jahat (munkar) (Auni bin Abdullah, 2000: 1) Dr. Abdul Karim Zaidan (2011: 263) menyatakan bahawa hisbah itu ialah satu bentuk peraturan yang terdiri daripada beberapa peraturanperaturan Islam, ianya merupakan asas tanggungjawab bagi orang Islam dalam menghilangkan kemunkaran dan menyeru kepada yang maaruf. Manakala Imam Mawardi (2006: 349) menjelaskan bahawa hisbah itu membawa pengertian menyeru kepada perkara kebaikkan apabila nyata ianya ditinggalkan dan menegah daripada perkara kemunkaran apabila terzahir kemunkaran tersebut. Seterusnya Imam al-ghazali (1980: 398) mendefinasikan hisbah sebagai suatu ibarat yang meliputi konsep amar maaruf dan nahi munkar. Ibnu Bassam memberi takrif hisbah sebagai

57 Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais amar maaruf dan nahi munkar dalam usaha mendamaikan sesama manusia ( 1968: 10). Pengurusan yang baik dan teliti adalah bentuk pengurusan yang amat teliti dan telus dalam memastikan gerak kerja sesebuah organisasi itu berjalan lancar dan tidak terjebak dengan mana-mana bentuk tindakan yang boleh membawa padah dan kerugian kepada organisasi tersebut. Kaedah hisbah atau audit yang tepat dan cemerlang dapat menjamin perjalanan pengurusan yang baik, secara tidak langsung setiap dasar dan strategi yang telah dibentuk dapat dicapai dengan jayanya. Kemunculan Hisbah dalam sejarah tamadun Islam bertujuan memastikan segala suruhan dan larangan Allah Taala ditaati dan dilaksanakan dalam kehidupan manusia. Keadaan ini menjelaskan bahawa hisbah mempunyai bidang kuasa yang amat luas meliputi pelbagai aspek seperti ekonomi, sosial, pengurusan dan pentadbiran. Dengan kata lain, hisbah merupakan sumbangan Islam dalam peradababan dunia kerana ia mengandungi pengertian luas dan merujuk kepada penglibatan semua aspek kehidupan (Mardzelah Makhsin, 2008: 109). Hisbah beberapa rukun yang terdiri daripada muhtasib, muhtasab alaih muhtasab fih dan ihtisab. Keempat-empat rukun ini amat penting bagi memastikan institusi hisbah berjalan mengikut syariat Islam. Rukun yang pertama adalah muhtasib (pegawai penguatkuasa) yang menjalankan tugas-tugas hisbah sama ada ianya dilaksanakan sendiri ataupun dilantik secara rasmi daripada orang tertentu. Adapun seseorang yang melaksanakan hisbah dengan tanpa taklif daripada pemimpin, maka para fuqaha memanggilnya mutatawwi. Malah mereka juga turut meletakkan beberapa perbezaan yang wujud diantara muhtasib dan mutatawwi (Abdul Karim Zaidan, 2011: 319). Rukun yang kedua ialah muhtasab alaih iaitu golongan yang dikenakan tindakan hisbah atas sebarang kesalahan yang dilakukannya tanpa sebarang pengecualian. Boleh juga ditakrifkan sebagai orang atau pihak yang melakukan perbuatan-perbuatan munkar atau meninggalkan perbuatan-perbuatan maaruf yang wajib. Manakala muhtasab fih merupakan perkara yang menjadi fokus atau topik utama hisbah. Ianya terbahagi kepada dua bahagian iaitu amar maaruf dan

58 Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais nahi munkar yang membabitkan hak-hak manusia dan hak-hak Allah Taala. Ihtisab merupakan rukun terakhir iaitu rupa bentuk tindakan yang diambil terhadap orang yang terlibat dalam hisbah. Ianya terdiri daripada kaedah dan strategi secara berperingkat. Ia bermula dengan tindakan secara ringan seperti makluman seterusnya diikuti kepada bentuk hukuman yang berat seumpama sebatan dan sebagainya. Tujuan utama ihtisab ialah sebagai panduan kepada manusia bahawa setiap kemungkaran yang dilakukan akan menerima pembalasan di dunia dan akhirat (Mardzelah Makhsin, 2008: 51). PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM (PHEI) MAIS DAN JAIS Agama Islam amat mementingkan bentuk pengurusan yang baik dan efektif dalam perjalanan kehidupan manusia. Pengurusan yang mantap dan berkualiti akan dapat memberikan manfaat dan pulangan yang lumayan kepada pengamalnya. Pengurusan di dalam Islam juga disebut sebagai Pengurusan Hal Ehwal Islam merujuk kepada Sistem Pentadbiran Awam di Malaysia. Ini adalah kerana status undang-undang negara sendiri meletakkan bahawa urusan hal ehwal Islam adalah urusan yang melibatkan pengorganisasian yang dikawal oleh sesebuah negeri. Oleh itu, kewujudan organsasi Islam secara tidak langsung akan melahirkan satu sistem pengurusan yang dipanggil pengurusan hal ehwal Islam (Razaleigh Muhamat@ Kawangit,2005:12). Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab kepada perlunya kajian sebegini antaranya ialah saranan kerajaan dalam usaha mentransformasikan PHEI di Malaysia supaya menjadi berdaya maju serta berjaya menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain, wujudnya persoalan terhadap kekuatan dan kelemahan badan-badan agama Islam dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan umat Islam pada masa kini, dan mengkaji usaha institusi-institusi agama seperti majlis dan jabatan agama Islam dalam melaksanakan konsep amalan hisbah dan etika hisbah secara menyeluruh. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Selangor telah ditubuhkan di bawah seksyen 5, Enakmen pentadbiran undang-undang

59 Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais Islam 1952 yang bertujuan untuk menasihati Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan dalam hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat Melayu. Walaubagaimanapun, pada tahun 2003 nama dan identiti badan ini telah ditukar kepada Majlis Agama Islam Selangor berdasarkan pada seksyen 5 kurungan 1, enakmen pentadbiran agama Islam (Negeri Selangor) 2003. MAIS merupakan Suatu Badan Berkanun Negeri yang kekal dan Pihak Berkuasa Utama selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. MAIS juga bertanggungjawab untuk menasihati dan membantu Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam semua perkara yang berkaitan dengan agama Islam di dalam negeri Selangor, kecuali dalam perkara-perkara Hukum Syarak dan yang berhubung dengan pentadbiran keadilan (Seksyen 6, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Pindaan 2008). MAIS berkewajipan untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan sosial masyarakat Islam di dalam Negeri Selangor selaras dengan hukum syarak (Subseksyen 7(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor) Pindaan 2008). Ianya ditubuhkan adalah untuk membuat dan melaksanakan kewajipan dan dasar memajukan ekonomi dan menjamin kesejahteraan sosial umat Islam Negeri Selangor selaras dengan subseksyen 7(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Pindaan 2008,...maka hendaklah menjadi kewajipan Majlis untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di dalam Negeri Selangor selaras dengan Hukum Syarak (Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 & Pindaan 2008: 13). Secara umumnya Majlis Agama Islam (MAIS) mempunyai peranan yang cukup besar dalam usaha menjaga dan memastikan perkembangan serta pembangunan agama Islam dan umat Islam di negeri Selangor sentiasa terjamin dan sesuai mengikut perkembangan semasa. Penubuhan MAIS dan JAIS mempunyai perkembangan sejarahnya yang tersendiri, dan jika dilihat kedua-dua organisasi ini saling bantu membantu dalam usaha merealisasikan dasar yang telah di

60 Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais bentuk oleh badan penggubal dasar yang telah dilantik oleh Sultan Selangor sendiri. Sejarah Penubuhan JAIS bertitik tolak daripada keperihatinan Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj terhadap nasib rakyat dalam zaman pemerintahan Jepun dan penularan fahaman komunis yang boleh menjejaskan nilai akhlak serta kepercayaan orang Melayu pada masa itu. Baginda menitahkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam diwujudkan. Pada 1 Oktober 1945, Jabatan Hal Ehwal Islam ditubuhkan, di mana YM Raja Haji Nong bin Raja Hussin telah dilantik menjadi setiausaha institusi ini. Pejabat sementara pentadbiran ini telah ditempatkan di pejabat Sultan yang terletak berhampiran dengan Istana Kota Klang setelah mendapat restu dan keizinan Baginda. Pembiayaan pengurusan adalah bersumberkan daripada peruntukan diraja. Pada asalnya penubuhan jabatan ini adalah untuk membantu usaha kerajaan dalam mengekang perkembangan fahaman komunis di Tanah Melayu di samping memperbaiki akhlak dan kepercayaan orang Melayu pada masa itu. Setelah dirujuk susunan pentadbiran Jabatan Agama Islam Johor berasaskan satu lawatan ke Jabatan Agama Islam Johor pada 1946, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor telah digubal pada tahun 1947 meliputi hal penubuhan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Rentetan daripada perkembangan ini, tertubuhlah secara rasminya Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam pada bulan Januari 1948. Bangunan lama Kelab Diraja Selangor dipilih sebagai pejabat pentadbirannya. Kini JAIS beroperasi di bangunannya sendiri di Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid, Seksyen 5, Shah Alam (Ab Aziz Mohd Din 2006: 126). Majlis dan Jabatan Agama Islam di negeri Selangor memainkan peranannya yang penting dalam pengurusan berkenaan hal ehwal Islam di Selangor Darul Ehsan. Bentuk pengurusan tersebut berdasarkan kepada dasar dan strategi yang telah dibina oleh badan tersebut dalam menguruskan perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam. Antaranya seperti pengurusan keluarga Islam, pengurusan pembangunan insan (saudara baru), pendidikan Islam dan pengurusan wakaf serta pendidikan Islam di Selangor.

61 Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais Malah Majlis dan Jabatan Agama Islam di Selangor mempunyai bentuk atau proses yang tersendiri berkaitan struktur organisasi, dasar dan strategi Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) berbanding negerinegeri lain yang ada di Malaysia. Secara ringkasnya MAIS berperanan sebagai penggubal dasar, bertanggungjawab untuk menjaga, mengurus hal kutipan dan harta umat Islam secara amanah dan telus. Manakala JAIS pula bertindak sebagai pelaksana terhadap setiap dasar yang telah digubalsehubungan dengan itu, untuk memastikan hal ehwal Islam sentiasa terurus dan terjaga dengan baik maka wujudlah beberapa bahagian di dalam MAIS seperti bahagian baitulmal, bahagian sumber manusia, bahagian pengurusan, bahagian hartanah, bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D), bahagian kewangan, bahagian audit dan bahagian undang-undang (Abdul Qahhar bin Ibrahim, 2011: 51). Terdapat beberapa bahagian yang terdapat di dalam MAIS dan JAIS yang memainkan peranan yang penting dalam proses hisbah PHEI di negeri Selangor antaranya ialah (Selangor Maju Menurut Perspektif Islam, 2005:79): A. Bahagian Penyelidikan MAIS Bahagian ini berperanan melaksanakan penyelidikan dan penelitian bagi memastikan kesucian agama Islam dan keharmonian masyarakat Islam terpelihara serta tidak diganggu gugat oleh mana-mana anasir yang boleh merosakkan kesejahteraan dan kefahaman umat Islam di negeri Selangor sesuai dengan ajaran Islam. Antara fungsinya adalah: i) Merancang, melaksanakan dan memantau penyelidikan berkaitan ancaman yang menggugat kesucian Agama Islam dengan sistematik dan tepat, sama ada melalui penyelidikan dalaman, kerjasama (JV) atau khidmat luar (outsource). ii) Memberi kefahaman dan membuat hebahan kepada Islam di Selangor berkaitan perkara-perkara yang menggugat kesucian Agama Islam iii) Mengadakan kerjasama/penyelarasan dengan Bahagian R&D yang sedia ada di agensi-agensi MAIS dan agensi-agensi lain (www.mais.gov.my [21/1/2017]). B) Bahagian Undang-undang MAIS Penubuhan bahagian ini adalah untuk memastikan segala urusan perundangan Majlis diurus dengan efektif, efisyen dan profesional melalui khidmat nasihat, penggubalan, penyediaan dan semakan

62 Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais perjanjian dan pengurusan kes mahkamah selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada berlandaskan Syariah. i) Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan Pusat ini dilihat berfungsi memberikan latihan dan maklumat kepada golongan wanita yang mempunyai masalah dan ianya merupakan sebagai pusat pemulihan serta perlindungan bagi golongan tersebut. Kewujudan pusat ini adalah selaras dengan dasar dan strategi PHEI MAIS iaitu dari aspek pembangunan sosial dan ekonomi serta berfungsi sebagai pusat yang berperanan pada aspek amar maaruf nahi munkar. Pusat ini berperanan untuk menguruskan permohonan perlindungan wanita Islam dan juga berperanan untuk melindungi kepentingan kaum wanita yang bermasalah di negeri Selangor. Setiap pelatih akan diberi latihan, kaunseling serta bimbingan dalam segenap aspek yang mencakupi rohani dan jasmani melalui tarbiyah Islamiah, para pelatih juga akan dilatih dengan pelbagai kemahiran bersepadu dan kemudahan latihan vokasional. Malah ianya juga turut memberikan perkhidmatan perlindungan, pemulihan, latihan bimbingan, kepada kumpulan wanita dan gadis yang terlibat dengan gejala sosial selaras dengan kehendak maksud Seksyen 53 & 54 (2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No.9 (1995). ii) Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman Bagi memperkasakan lagi pelaksanaan hisbah PHEI di negeri Selangor maka MAIS telah mewujudkan Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman dalam usaha mengamalkan konsep amar maaruf nahi munkar di Selangor. Pusat ini berperanan menyediakan perkhidmatan pemulihan akidah serta mengembalikan kesedaran, kefahaman dan pemulihan akidah Islam yang selari dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Para pelatihan terdiri daripada mereka yang terlibat dengan ajaran-ajaran sesat dan yang berkaitan dengan salah faham mengenai akidah Islam. Para Pelatih akan diberi bimbingan pemulihan melalui kursus pemulihan, sesi kaunseling dan aktiviti susulan (Selangor Maju Menurut Perspektif Islam, 2005: 83). Jelasnya pusat ini merupakan penempatan untuk tujuan pemulihan bagi mereka yang terbabit dengan mana-mana ajaran salah sesuai dengan apa yang telah diperuntukkan dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor (1995). Pusat ini dilihat sebagai sebuah pusat yang meneruskan kesinambungan usaha amar maaruf nahi mungkar PHEI di negeri Selangor selain dari kaedah penguatkuasaan.

63 Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais iii) Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS Bahagian Penguatkuasaan melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang dan pematuhan berkesan serta berusaha untuk mencegah kemungkaran dengan penuh tanggungjawab, berhikmah, berhemah, bertoleransi dan sabar. Aktiviti Bahagian Penguatkuasaan meliputi penerimaan aduan awam, melaksanakan tindakan siasatan dan menyediakan fail kes. Bahagian ini merupakan bahagian utama yang berperanan melaksanakan hisbah dari aspek penguatkuasaan enakmen kesalahan jenayah syariah negeri di samping memperkasakan usaha amar maaruf nahi munkar di negeri Selangor sesuai dengan dasar PHEI MAIS. iv) Bahagian Perundangan Syarak JAIS Bahagian Perundangan Syarak berperanan untuk menjalankan tugastugas pendakwaan terhadap mereka yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang Islam yang berkuatkuasa di negeri Selangor dan juga mencadangkan pindaan atau penggubalan terhadap Enakmen Undang-undang Islam Negeri Selangor. Bahagian ini dilihat sebagai pihak tengah yang menghubungkan antara bahagian penguatkuasaan dan mahkamah syariah. Usaha penguatkuasaan menjadi lebih mudah dan profesional melalui penubuhan bahagian ini. Ini kerana bahagian pendakwaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa prosuder yang telah dikuatkuasakan dapat dipenuhi oleh bahagaian penguatkuasaan sebelum dihantar kepada pihak mahkamah syariah untuk tindakan lanjut seperti penyediaan laporan yang lengkap, pembuktian yang nyata dan saksi yang mencukupi agar tidak timbulnya masalah ketika proses pendakwaan di buat untuk tujuan penghakiman di mahkamah. Jelasnya MAIS dan JAIS adalah sebuah badan agama yang amat penting dalam menjaga dan memelihara hal ehwal masyarakat Islam di negeri Selangor. Dasar yang dibentuk adalah bertujuan untuk memelihara kesucian dan kemurnian agama Islam. Di samping itu, selain bertindak sebagai sebuah institusi agama di Selangor, pihak MAIS dan JAIS terutamanya turut bertindak sebagai badan yang melaksanakan hisbah sesuai dengan bidang kuasa yang telah diperuntukkan berdasarkan undang-undang agama Islam Selangor. Sekalipun pelbagai isu yang timbul pada masa kini seperti isu murtad, ajaran sesat dan sebagainya, MAIS dan JAIS tetap berdiri teguh dalam

64 Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais membela dan menjamin hal ehwal Islam di negeri Selangor Darul Ehsan. HASIL KAJIAN Berdasarkan kajian yang dibuat maka dapat disimpulkan disini bahawa: 1. Hisbah merupakan suatu konsep amar maaruf dan nahi munkar yang meliputi kepada seluruh aspek kehidupan manusia dalam mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. 2. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) merupakan sebuah badan yang amat penting dalam memelihara kesucian agama Islam di negeri Selangor Darul Ehsan sesuai dengan kehendak dasar yang telah ditetapkan berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor. 3. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diberikan tanggungjawab menjadi pelaksana dasar pengurusan hal ehwal Islam (PHEI) di negeri Selangor dengan bantuan pejabat-pejabat agama Islam di setiap daerah. 4. Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS merupakan sebuah bahagian khusus yang menjalankan aktiviti hisbah sesuai dengan bidangkuasa yang telah ditetapkan dalam melaksanakan tugastugas penguatkuasaan undang-undang dan pematuhan berkesan serta berusaha untuk mencegah kemunkaran berasaskan nilai etika yang telah ditetapkan sesuai dengan apa yang telah diperuntukkan dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor (1995) dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor (2003). 5. JAIS telah menetapkan beberapa bentuk etika tersendiri dalam amalan pengurusan hal ehwal Islam JAIS dalam menjamin kecemerlangan pengurusan dan nilai kerja. 6. Bidangkuasa PHEI MAIS dan JAIS masih lagi terbatas dalam beberapa lapangan sahaja yang berkaitan dengan hal ehwal umat Islam di negeri Selangor. 7. MAIS dan JAIS merupakan sebuah badan agama yang penting dalam merealisasikan konsep amar maaruf dan nahi munkar bagi menjamin kesejahteraan umat Islam di negeri Selangor. KESIMPULAN Secara ringkasnya kajian ini ingin menumpukan secara khusus kepada konsep Hisbah dan kaitannya dengan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) di negeri Selangor. Melalui etika dan pelaksanaan hisbah yang

65 Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais cemerlang maka pengurusan hal ehwal Islam yang kukuh dan sesuai pasti akan dapat membawa kepada manfaat dan keberkesanan yang lebih berkualiti dalam perlaksanaannya terhadap masyarakat khususnya di Selangor. Penyelarasan dan perlaksanaan yang jitu dan efektif akan dapat membentuk nilai pengurusan yang berkualiti sesuai dengan perkembangan zaman. Perkembangan semasa yang pesat pada masa kini memerlukan kepada bentuk gerak langkah yang lebih sesuai terhadap PHEI. Penambahbaikan dan cadangan yang difikirkan sesuai terhadap pembentukan dan pengetahuan serta pemahaman yang tinggi tentang hisbah wajar di ambil perhatian dalam usaha meningkatkan lagi peranan pengurusan tersebut. Di samping itu, konsep hisbah dalam PHEI perlu difahami dengan sejelasnya oleh pihak-pihak yang berkenaan agar dapat mencapai matlamat yang diingini hasil dari perlaksanaan PHEI. Islam amat memandang penting terhadap bentuk pengurusan yang ideal sesuai dengan prinsip-prinsip yang berteraskan asas agama Islam yang benar khususnya yang berkaitan dengan hisbah. RUJUKAN Abd. Aziz Mohd Zin. (2006). Dakwah Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Abdul Karim Zaidan. (2011). Nizām Al-Qadha fi Al-Syariah Al-Islamiyyah. Beirut: Muassasah Risalah Nashirun Abdul Qahhar bin Ibrahim. (2011). Kajian Dasar dan Strategi Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) MAIS dan JAIS di Negeri Selangor Darul Ehsan. Tesis Ijazah Sarjana Pengajian Islam, Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad. (1980). Ihya Ulum Al-Din, Jil 2. Beirut: Dar Al-Rasyad Al-Hadithah Al-Mawardi. (2006). Al-Ahkām Al-Sultaniyah. Kaherah: Dar al-hadis Anon. (2005). Selangor Maju Menurut Perspektif Islam. Shah Alam: Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor. Auni Bin Haji Abdullah. (2000). Hisbah dan Pentadbiran Negara. Kuala Lumpur: IKDAS Sdn. Bhd. Hailani Muji Tahir & Mohd. Akhir Yaacob. (1984). Islam dan Beberapa Persoalan Semasa. Bangi: Al- Rahmaniyah. http://www.mais.gov.my/organisasi/sektor-perancangan-danpenyelidikan/bahagian-penyelidikan (21 Januari 2017).

66 Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais Ibn Bassam, Muhammad ibn Muhammad al-muhtasib. (1968). Nihāyah al- Rutbah fi Talab al-hisbah, Beirut: Dar al-nafais. Ideris Endot. (1983). Dakwah Islamiah di Malaysia Semenjak Tahun 1957-1979: Perkembangan dan Cabaran-Cabarannya. Tesis Ijazah Sarjana Pengajian Islam, Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mardzelah Makhsin. (2008). Hisbah: Sistem Pengawasan dan Etika Pengurusan Islam. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Mohamad Syafiqe bin Abdul Rahim. (2008). Hisbah dan Pentadbiran Negara Hisbah : Konsep Serta Pengamalannya di Malaysia http://www.hisbahmohamadsyafiqe.my [16 Mei 2012]. Mohd Rumaizuddin Ghazali. (2011). Penghayatan Prinsip Hisbah dan Urus Tadbir yang Baik di Malaysia www.gerakmalaysia.org [16 Mei 2012]. Noranita binti Mat Rozi. (2003). Institusi hisbah dalam pentadbiran Islam : suatu kajian mengenai sejarah dan pelaksanaannya di Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Tesis Ijazah Sarjana Pengajian Islam Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Razaleigh Muhamat @ Kawangit. 2005. Pengurusan Hal Ehwal Islam di Pusat Islam IPT. Bangi: Pusat Islam UKM. Shalabī, Rauf. (1981). Al-Islam fī Arkhabil al-malāyū wa Manhaj al-da c wah Ilaihi. al-qahirah: Matba c ah al-sa c adah. Syahrul Faizaz Abdullah. (2003). Institusi hisbah dalam sistem Islam : suatu kajian mengenai sejarah dan pelaksanaannya di Direktorat Penguatkuasaan DBKL. Tesis Ijazah Sarjana Pengajian Islam Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Undang-Undang Negeri Selangor; Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (2003) & Pindaan 2008. 2008. Shah Alam: Majlis Agama Islam Selangor. Wan Husin Azmi & Harun Din. (1985). Al-Da c wah al-islamiyyah fī Māliziyā Zuhūruhā wa Intishāruhā. Bangi: Fakulti Pengajian Islam UKM. Abdul Qahhar Ibrahim Abdul Ghafar Hj. Don (Prof. Madya Dr.) Muhamad Faisal Asha ari (Dr.Pensyarah Kanan) Jabatan Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, 43600 Selangor D.E. Malaysia Fax: +603-8921 3152 Email: abdulqahharibrahim@yahoo.com.my