INDEKS SYARIAH MALAYSIA : SATU PENGENALAN Oleh: Nor Safina binti Zainal 1 Mohd Hariri bin Mohamad Daud 2

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

PENGURUSAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR: PENENTUAN KEPERLUAN ASAS BERASASKAN INDEKS SYARIAH MALAYSIA 1

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

KEWANGAN ISLAM DAN MAQASID AL-SHARIAH

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN KANDUNGAN SEKTOR AWAM

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

KONSEP HISBAH DAN PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM MAIS DAN JAIS DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Hasri bin Harun Pusat Pengembangan Pengajian Asasi (CDFS) & Institut Maqasid Syariah (INSMAQ) Universiti Selangor (UNISEL)

SKIM AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF FI SABILILLAH MENGIKUT MAQASID SYARIAH: KAJIAN DI SELANGOR DAN PULAU PINANG 1

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

PERADABAN ISLAM TERAS TRANSFORMASI NASIONAL (Islamic Civilization as the Basis of National Transformation)

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Pengurusan dan Pentadbiran Islam di Malaysia: Sumbangan Terhadap Pembangunan Politik, Ekonomi dan Sosial

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

PEMBELAJARAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH): KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI SEIMBANG UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA.

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

Peranan Ngo Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

PEMBAHARUAN PENTADBIRAN UNTUK PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hairunnizam Wahid Ab. Razak Dan Mohd Ali Mohd Nor

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

BUTIRAN PERIBADI

[SV 9] MENGANALISIS ISU HALAL TERHADAP SEKTOR PERKHIDMATAN HOTEL DI MALAYSIA. Nursyahida Jaafar¹ & Mohamad Ghozali Hassan²

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia PERUNDANGAN DAN PERATURAN DALAM PENGURUSAN REKOD

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA SERTA LANGKAH- LANGKAH MENGATASINYA

Transcription:

INDEKS SYARIAH MALAYSIA : SATU PENGENALAN Oleh: Nor Safina binti Zainal 1 Mohd Hariri bin Mohamad Daud 2 PENGENALAN Sejak merdeka hingga kini, Kerajaan Malaysia sentiasa konsisten dalam memastikan setiap usaha dan dasar yang dilaksanakan adalah berpaksikan kepada prinsip Maqasid Syariah. Namun usaha murni ini di lihat oleh sesetengah pihak sebagai tidak menepati semangat dan tuntutan Islam. Hal ini terjadi disebabkan oleh label atau nama yang digunakan tidak secara langsung menggunakan perkataan Islam, walaupun dari segi matlamatnya adalah islamik. Pada dasarnya, Maqasid Syariah telah diaplikasikan sebagai teras dalam pemerintahan di Malaysia sejak sekian lama, hanya ia belum pernah diukur dalam kaedah pengukuran yang saintifik. Oleh itu, telah tiba masanya suatu pendekatan serius diambil oleh Kerajaan bagi merungkai salah faham dan tanggapan negatif sesetengah pihak yang mengatakan sistem pentadbiran Negara ini tidak mengikut prinsip-prinsip Islam. Beriltizam kepada perkara tersebut, YAB Perdana Menteri telah mencetuskan satu idea penubuhan Indeks Syariah Malaysia. Idea gagasan mampu membuka mata pemimpin dunia Islam dari segi misi pelaksanaannya, khususnya bagi melihat tahap pengimarahan sesebuah negara dalam melaksanakan pentasbiran Negara berlandaskan Maqasid Syariah. Selaras dengan hasrat dan kesungguhan Kerajaan tersebut, YAB Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Indeks Syariah Malaysia pada 10 Februari 2015 bersempena dengan Majlis Perdana Ulama-Umara 2015 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 1 Ketua, Unit Indeks Syariah Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Emel : norsafina@yahoo.com 2 Penolong Pengarah, Seksyen Perancangan dan Dasar, Unit Indeks Syariah Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Emel : hariridaud@gmail.com 1

YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (2015) dalam ucapan sempena Majlis Perdana Ulama Umara menyatakan bahawa: Salah satu projek yang amat dekat dihati saya ialah projek Indeks Syariah. Saya telah cetuskan idea bagi Malaysia melakar satu dimensi baharu yang belum pernah dilaksanakan sebelum ini. Indeks ini merupakan pelengkap tadbir urus di Malaysia yang boleh dianggap mempunyai nilai-nilai perintis. Dalam erti kata ia adalah menyeluruh, komprehensif dan pertama seumpamanya di dunia. INDEKS SYARIAH MALAYSIA PERTAMA DI DUNIA Terdapat pelbagai indeks yang dibangunkan untuk mengukur dan menilai dalam domain serta indikator yang ditentukan sama ada diperingkat domestik dan antarabangsa. Antara contoh indeks yang dibangunkan diperingkat domestik adalah Indeks Kesejahteraan Keluarga oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Indeks Pembangunan Belia oleh Kementerian Belia dan Sukan, Indeks Patriotisme Negara dari Biro Tatanegara dan banyak lagi. Diperingkat antarabangsa pula, beberapa Indeks telah dibangunkan antaranya Indeks Kualiti Hidup Fizikal (Physical Quality of Life Index, PQLI) oleh Morris dan Liser (1977), Indikator Sosial untuk Pembangunan (Social Indicators for Development, SID) oleh Bank Dunia (1978) dan Indeks pembangunan lestari dicetuskan pada Persidangan Rio 1992 melalui Agenda 21 oleh United Nation (2004). Antara Indeks-Indeks diperingkat antarabangsa : Bil Indeks Institusi 1. Worldwides Governance Index World Bank 2. Happy Planet Index New Economics Foundation 3. World Bank Development Index World Bank 4. Global Competitiveness Index World Economic Forum 2

5. World Happiness Index Sustainable Development Solutions Network 6. Heritage Foundation Economic Index The Heritage Foundation and The Wall Street Juornal 7. Corruption Perseption Index Transparency International Secretariat 8. Human Development Index United Nations Development Programme 9. Democracy Index Democracy Ranking Association 10. Freedom Hoouse Index Freedom House 11. Wellbeing Index Healthways 12. Environment, Social, Governance (ESG) MSCI Index Namun, salah satu indeks yang popular dan berpengaruh adalah Indeks Pembangunan Manusia (Human Development Index atau dikenali HDI). HDI dikemukakan oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Development Programme, UNDP). Indeks ini diterbitkan pertama kali pada tahun 1990 melalui Laporan Pembangunan Manusia bersama Indeks Kemiskinan Manusia, Indeks Pembangunan Berkaitan Jantina dan Ukuran Pemerkasaan Jantina (UNDP, 2007). Pembangunan manusia yang dimaksudkan dalam HDI adalah kesedaran terhadap potensi manusia. HDI dibina beracuankan pendekatan keupayaan dan kefungsian (capabilities and functionings approach) yang dikemukakan oleh tokoh ekonomi, Mr. Armatya Sen. Melalui pendekatan ini, pembangunan manusia bukan sahaja untuk membolehkan manusia berfungsi tetapi lebih penting lagi untuk mempunyai keupayaan atau kebebasan mencapai potensi diri (UNDP, 2007). HDI menggabungkan tiga komponen utama dalam pemilihan indikatornya iaitu ekonomi, pendidikan dan kesihatan. Melalui indikator - indikator ini, UNDP menegaskan pendirian bahawa pembangunan adalah untuk manusia dan 3

ekonomi merupakan satu cara untuk mencapai pembangunan manusia (UNDP, 1996). Kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan indeks yang dibangunkan adalah bersifat sektoral yang mengukur dalam indikator bidang masing-masing. Oleh kerana itu, belum ada indeks yang telah dibangunkan menggunakan elemen Maqasid Syariah sebagai instrumen pengukuran yang mengintegrasikan aspek agama yang mencerminkan kesejahteraan dalam pembangunan rohani sebagai satu komponen penting dalam pembinaan indeks. Jika status kehidupan; maju atau mundur; sejahtera atau tidak sesebuah negara itu boleh diukur menggunakan Indeks Pembangunan Manusia, maka adalah sangat perlu bagi Malaysia yang merupakan Negara Islam contoh dan pertama di dunia yang mempunyai satu kayu ukur yang objektif dan saintifik berdasarkan prinsip Maqasid Syariah bagi mengukur status kedudukan Kerajaan dalam pentadbiran negara. PEMBANGUNAN INDEKS SYARIAH MALAYSIA Indeks Syariah Malaysia adalah satu kaedah pengukuran saintifik bagi menentu ukur kedudukan kerajaan dalam menjalankan pentadbiran Negara berdasarkan prinsip Maqasid Syariah. Ia juga menilai keseriusan usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan dalam melaksanakan dasar dan program berlandaskan prinsip Maqasid Syariah serta mengenal pasti ruang-ruang penambahbaikkan yang perlu diberi fokus oleh kerajaan, agar rakyat dapat menerima lebih banyak manfaat, hasil daripada penerapan nilai-nilai sejagat dalam Islam (Jakim, 2015). Secara tuntasnya, Indeks Syariah Malaysia bukan satu ukuran seperti sistem patuh syariah yang dilaksanakan dalam institusi kewangan dan perbankan Islam. Ia juga bukan menyerupai sistem pensijilan halal ke atas produk-produk makanan atau sistem pengurusan berkualiti daripada perspektif Islam yang dibangunkan oleh Jabatan Standard Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Namun, Indeks Syariah Malaysia adalah satu kaedah pengukuran yang 4

mengukur usaha-usaha kerajaan dan usaha-usaha ini didefinasikan sebagai perancangan dan tindakan Kerajaan dalam membentuk dasar serta program berlandaskan prinsip Maqasid Syariah. Penentuan pengukuran usaha-usaha yang menjadi kayu ukur kepada Indeks Syariah Malaysia diambil berdasarkan ayat Al-Quran. Allah SWT menjelaskan dalam al-quran bahawa setiap manusia akan dibalas atas apa yang mereka usahakan di atas muka bumi. Firman Allah SWT : Maksudnya : dan Bahawa Sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; (Surah An-Najm ayat 39) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selaku agensi pusat yang bertanggungjawab dalam penyelarasan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri telah mula melaksanakan fungsi dan tugas Indeks Syariah Malaysia dengan mewujudkan satu unit baharu di Jakim iaitu Unit Indeks Syariah Malaysia pada 1 April 2015 yang berperanan sepenuhnya dalam pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia untuk memastikan pengurusannya telus, berpusat dan sistematik. (Jakim, 2016) Bagi memastikan pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia berimpak tinggi, tiga jawatankuasa telah dibentuk iaitu : i. Jawatankuasa Khas Kabinet Indeks Syariah Malaysia (Pengerusi : YAB Perdana Menteri) ii. Jawatankuasa Kerja Indeks Syariah Malaysia (Ketua Setiausaha Negara) iii. Jawatankuasa Penyelidikan Indeks Syariah Malaysia (Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) 5

Jawatankuasa yang ditubuhkan ini mengambil alih fungsi dan tugas Jawatankuasa Tadbir Urus Indeks Syariah Malaysia yang ditubuhkan pada 28 Ogos 2014. YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (2016) dalam ucapan sempena Majlis Perdana Ulama Umara 2016 menyatakan bahawa: Sebagai usaha memastikan Indeks Syariah bergerak lebih efektif dan berimpak tinggi serta segala cadangan penambahbaikkan diambil sewajarnya, membuktikan kesungguhan kerajaan maka sebuah Jawatankuasa Khas kabinet akan ditubuhkan dan saya sendiri akan mempengerusikannya dan Ketua Setiausaha Negara sebagai setiausaha. Secara langsung Jawatankuasa ini akan mengambil alih fungsi Jawatankuasa Tadbir Urus Indeks Syariah Malaysia sebelum ini. Penyelidikan pertama Indeks Syariah Malaysia pada tahun 2015 telah dilaksanakan oleh 133 penyelidik dari lima (5) buah Universiti Awam yang mengukur lapan (8) bidang utama pentadbiran negara iaitu pendidikan, perundangan, politik, ekonomi, kesihatan, budaya, prasarana persekitaran dan sosial. Perincian kumpulan penyelidik dan bidang penyelidikan adalah seperti berikut : Bil Bidang Penyelidikan Universiti Awam 1. Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 2. Perundangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 3. Politik Universiti Utara Malaysia 4. Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia 5. Ekonomi 6. Budaya 7. Sosial Universiti Teknologi Malaysia 8. Prasarana dan Persekitaran 6

MAQASID SYARIAH SEBAGAI ELEMEN PENGUKURAN INDEKS SYARIAH MALAYSIA Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada seluruh umat manusia dan sekalian alam. Ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam al-quran : Maksudnya : dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Surah Al-Anbiya; ayat 107) Al-Syatibi menjelaskan bahawa rahmat yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dalam tujuan kerasulannya adalah untuk memenuhi kebaikan (maslahah) dan menghindari keburukan (mafsadah), (al-syatibi, 1997). Secara ringkasnya, apabila melihat definisi Maqasid Syariah oleh para Ulama seperti Al-Raisuni (2013), Ibnu Ashur (1998), Al-Ghazali (1993) didapati bahawa Maqasid Syariah merujuk kepada maslahah yang menjadi objektif kepada penurunan syariat Allah. Al-Ghazali telah memurnikan teori al-juwaini tentang Maqasid Syariah, dan telah mengkategorikannya kepada tiga maslahah: iaitu Daruriyyah, Hajiyyah dan Tahsiniyyah. Menurut al-ghazali, objektif syarak ialah lima (5) perkara iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta yang disebut sebagai unsur Daruriyyah. Hajiyyah pula adalah suatu keperluan hidup untuk memudahkan kehidupan manusia. Sementara itu Tahsiniyyah adalah merupakan suatu keperluan untuk keselesaan, bukan suatu kemestian. (al-ghazali, 1993) 7

Menjaga Agama Menjaga Nyawa Menjaga Akal Menjaga Keturunan Menjaga Harta Surah Al- Anbiya Ayat 107 Dharuriyyah Tafriful Imam A la Ro iyyati Manuthon bil Maslahah MEMELIHARA MASLAHAH MENGHINDARI MAFSADAH Hajiyyah Surah An- Nisa Ayat 165 Tahsiniyyah Pengukuran Indeks Syariah Malaysia disandarkan kepada satu asas yang telah digariskan oleh Islam iaitu berdasarkan penyempurnaan lima (5) Maqasid Syariah dan sangat dituntut pemeliharaannya. Sebagai pemerintah yang dilantik secara sah, maka penjagaan lima (5) perkara asas kesejahteraan rakyat dan negara adalah wajib dilaksanakan mengikut keutamaan dalam Maqasid Syariah iaitu i. Pemeliharaan Agama Dalam konteks Malaysia, memelihara Agama (ad-din) bermakna untuk mengelakkan apa-apa yang melanggar dan memusnahkan asas-asas serta mempertahankan negara dan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan secara mana dan harmoni sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebagai pemerintah, menjadi kewajipan untuk meletakkan kepentingan agama di tempat yang teratas. Pemeliharaan akidah umat Islam adalah perkara utama yang patut diberi perhatian agar ketaatan dan ketakwaan kepada Allah SWT dan RasulNya menjadi keutamaan, serta ketaatan kepada pemimpin turut dititikberatkan. 8

ii. Pemeliharaan Nyawa Memelihara nyawa adalah memelihara maruah, persaudaraan dan kesaksamaan sosial, keadilan, peningkatan rohani dan moral, keselamatan hidup, harta dan kehormatan, kebebasan, mengurangkan kadar kemiskinan dan memenuhi keperluan pekerjaan, pengagihan saksama pendapatan dan kekayaan, perkahwinan dan kehidupan keluarga yang stabil, keluarga dan perpaduan sosial dan pengurangan jumlah jenayah serta keamanan dan kestabilan mental. Sebagai pemerintah, menjadi tanggungjawab kerajaan mengelakkan pertumpahan darah dengan jalan yang tidak benar. Apabila nyawa tidak terpelihara maka negara akan menghadapi kemusnahan, manakala ketenteraman dan keamanan pula akan hilang. iii. Pemeliharaan Akal Pemeliharaan akal ertinya memberi perlindungan kepada akal manusia dari apa-apa yang akan merosakkan. Akal wajib dipelihara dan dipupuk dengan nilai-nilai mulia dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Semua unsur-unsur yang menjurus pada kehilangan dan merosakkan akal serta pemikiran seperti arak, dadah serta filem yang merosakkan, perlu dibanteras dan dihalang dengan segera. Penyediaan infrastuktur dan sistem pendidikan yang holistik serta terbaik menjadi tanggungjawab kerajaan bagi membolehkan setiap rakyat mendapat pendidikan sempurna. Penguasaan ilmu pengetahuan merupakan asas untuk mencapai kemajuan dan mewujudkan umat yang bertamadun. iv. Pemeliharaan Keturunan Konsep memelihara keturunan melibatkan perlindungan dan pemeliharaan keturunan. Ia adalah penting untuk membentuk masyarakat yang sihat, produktif dan berkesan. Keturunan wajib dipelihara demi menjaga sistem sosial dalam masyarakat. 9

Apabila keturunan telah rosak dengan sebab menyalahi agama dan tabi ie manusia seperti penzinaan, liwat, lesbian, gay, transeksual dan sebagainya, maka struktur sosial akan menjadi kacau bilau dan akhirnya akan runtuh jalur keturunan yang suci serta merosakkan maruah agama, bangsa dan negara. v. Pemeliharaan Harta Memelihara harta bermakna melindungi kekayaan masyarakat daripada kehancuran dan dari peralihan harta ke tangan orang lain dengan cara yang tidak sah termasuk larangan terhadap ketidakadilan, menafikan hak dan sebagainya. Sebagai pemerintah wajib memelihara dan mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba, penipuan, rasuah, monopoli yang tidak seimbang, cetak rompak, menipu hak intelek, manipulasi pasaran dan segala bentuk penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan pihak lain. KAEDAH PENGUKURAN INDEKS SYARIAH MALAYSIA Untuk setiap satu bidang, Indeks Syariah Malaysia akan mengukur dan menyemak sama ada dasar dan program yang ditetapkan oleh kerajaan melalui kementerian dan agensi berkaitan, menepati tahap penyempurnaan lima (5) aspek dalam tuntutan Maqasid Syariah; iaitu pemeliharaan nyawa, pemeliharaan agama, pemeliharaan akal, pemeliharaan keturunan dan pemeliharaan harta. Setiap bidang yang di ukur mempunyai indikator yang berfokus untuk di ukur dengan kayu pengukur Maqasid Syariah (Jakim, 2015). Indikator-indikator yang terkandung dalam bidang pengukuran adalah seperti berikut : 10

Bidang Perundangan Politik Kesihatan Ekonomi Pendidikan Sosial Budaya Indikator Pemeliharaan Kedudukan Agama Islam Pemerkasaan Peranan Institusi Raja Sebagai Ketua Agama Perluasan Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Pemeliharaan Institusi Perkahwinan & Kekeluargaan Penterjemahan Gaya Tadbir Urus Negara Pendekatan Politik Pembangunan yang Bersifat Holistik Pembinaan dan Penampilan Imej Islamik dan Biah Solehah Pematuhan Amalan Kerja Patuh Syari'ah Penjaminan Kualiti Dan Keberkesanan Proses Pemberdayaan dan Pengukuhan berterusan sumber struktural dan sumber manusia Pegangan Harta Negara Penjaminan Ekonomi Percukaian Keadilan Dan Kestabilan Peluang Ekonomi Penggalakan Penglibatan Masyarakat Aktiviti Ekonomi Pemantapan Sistem dan Institusi Kewangan Islam Pemerkasaan Sistem Pendidikan Islam Pewujudan Rangkaian Pakar Pemerkasaan Modal Insan Sebagai Penggerak Utama Membina Muslim Professional Penggiatan Usaha Menjadikan Negara Sebagai Hab Pendidikan Pewujudan Persekitaran Sosial yang Kondusif Pemeliharaan Kebajikan Umat Perkasa Institusi Keluarga Pemerkasaan Sistem Sokongan Pengukuhan Jati Iman Dan Jati Diri Masyarakat Peranan pihak berkuasa Agama Menegakkan prinsip Maqasid Syariah Pewujudan Usaha Mengekang Unsur Syirik Dan Nilai Negatif Dalam Kesenian Dan Hiburan 11

Pemeliharaan Warisan Negara Prasarana Persekitaran dan Penyediaan Prasarana Dan Kemudahan yang Landskap Pengurusan Bencana Pemeliharaan Alam Sekitar Pengukuhan Kesedaran Cintakan Alam Sekitar Sebagai contoh, apabila hendak dinilai sektor pendidikan, para penyelidik akan mengenal pasti aspek-aspek pendidikan yang ada dalam negara sama ada memenuhi tuntutan syariah dalam menjaga lima matlamat atau istilah syaraknya Dharuriyah al-khamsah. Ini bermakna jika ada program-program yang tidak berlabel Islam tetapi memenuhi tuntutan syariat maka ia tetap dianggap memenuhi aspek Maqasid Syariah dan begitulah pada bidang-bidang yang lain. >> MENJAGA AGAMA >> MENJAGA NYAWA >> MENJAGA AKAL ACUAN MAQASID SYARIAH >> MENJAGA KETURUNAN >> MENJAGA HARTA Pengukuran Indeks Syariah Malaysia ini akan melibatkan tiga kelompok utama iaitu pemerintah (pembuat dasar), agensi (pelaksana dasar) dan masyarakat (penerima manfaat). 12

i. Pemerintah Pengukuran dilakukan dengan melihat sejauh mana undang-undang, dasar dan polisi yang dirangka serta program-program dan aktiviti-aktiviti yang diatur mematuhi dan bertepatan dengan Syariah Islam serta memenuhi kemaslahatan yang menepati lima prinsip Maqasid Syariah, dengan menyediakan keperluan asas yang mencukupi dalam segala aspek kehidupan demi kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik dan kepercayaan. ii. Agensi Pelaksana Pengukuran dilakukan dengan melihat sejauh mana undang-undang, dasar-dasar dan polisi-polisi yang dirangka serta program-program dan aktiviti-aktiviti yang diatur, mampu direalisasikan dan dilaksanakan dengan jayanya berdasarkan kepentingan lima prinsip Maqasid Syariah, di samping melihat tahap keserasian dan kesesuaian terhadap sesuatu dasar, polisi, program dan aktiviti yang diadakan mampu memberi impak terhadap keperluan masyarakat. iii. Masyarakat Pengukuran dilakukan dengan membuat penilaian dan persepsi masyarakat terhadap undang-undang, dasar-dasar dan polisi-polisi yang dilaksanakan serta program-program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, mampu menjamin kesejahteraan hidup, keharmonian dan ketenteraman dalam kehidupan sama ada secara individu mahupun kolektif berdasarkan kepentingan lima prinsip Maqasid Syariah. Pengukuran terhadap ketiga-tiga kelompok utama melalui Indeks Syariah dijangka akan mampu memberi gambaran dan kedudukan Malaysia iaitu, sejauh mana tahap usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam membangunkan Negara berasaskan kerangka Maqasid Syariah, di samping 13

membuka peluang dan ruang kepada penambahbaikan bagi ketiga-tiga kelompok utama berkenaan yang terdiri daripada pemerintah, agensi pelaksana dan rakyat. Dapatan yang diperolehi akan dijadikan rujukan dan panduan kepada Kerajaan bagi melakarkan hala tuju terbaik buat negara melalui pendekatan wasatiyyah agar sentiasa berada di atas landasan Syariah Islam. Pembinaan Indeks Syariah Malaysia adalah satu usaha bertahap perintis oleh Kerajaan bagi memperkukuhkan komitmen memajukan Malaysia berasaskan model atau acuan yang digubal oleh negara kita sendiri. Ia juga secara tidak langsung menilai tahap keseriusan Malaysia dalam melindungi, menyubur dan memantapkan prinsip serta nilai Islam melalui strategi yang pragmatik dan progresif berasaskan pada Islam sebagai Agama Persekutuan. Justeru, pembinaan Indeks Syariah Malaysia dapat membuka jalan pada usaha-usaha tajdid (pembaharuan), islah (penambahbaikan), ihya (penyemarakan), tasbit (pengukuhan) dan ta wid (pembudayaan). PENUTUP Komponen penting dalam Maqasid Syariah membuktikan bahawa Islam adalah sistem hidup yang lengkap, komprehensif dan relevan pada bila-bila masa dan sudah tentu boleh dilaksanakan dalam apa juga urusan kehidupan. Garis panduan yang ideal ini adalah bagi memastikan segala keperluan, kehendak dan aspirasi kehidupan dapat dipenuhi serta terpelihara. Hal ini bertepatan dengan matlamat yang tersirat dalam prinsip Maqasid Syariah iaitu menjamin serta melindungi maruah, kepentingan dan kehormatan individu di samping memelihara keharmonian hubungan antara manusia demi kepentingan umat manusia sejagat. Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa pentadbiran negara melalui pewujudan Indeks Syariah Malaysia berteraskan Maqasid Syariah ini akan dapat merancang polisi-polisi negara dan melakarkan program-program dengan baik. 14

Ini kerana intipati Maqasid Syariah itu sendiri ingin mencapai kemaslahatan manusia sejagat yang dapat diterima oleh semua agama. Keamanan, kemakmuran, keharmonian serta kestabilan yang wujud di Malaysia dan dinikmati oleh pelbagai kaum pada hari ini merupakan pelaksanaan dan penguatkuasaan prinsip Maqasid Syariah yang menjaga lima perkara utama yang ditekankan iaitu penjagaan dari segi nyawa, agama, akal, keturunan dan harta. Oleh itu, semua rakyat di Negara ini perlu bersikap positif bahawa hasrat murni Kerajaan untuk melaksanakan Indeks Syariah Malaysia ini adalah demi untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. 15

BIBLIOGRAFI Al-Quran Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad (1993). Al-Mustasfa fi ilm al-usul. Sunt. Muhammad Abd al-salam. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyah. Al-Raysuni, Muḥammad. (2013). Maqāṣid al-maqaṣid. Beirut: Al-Shabakah al-ʿarabiyyah li al- Abḥath wa al-nashr. Al-Syatibi, Abu Ishaq Ibrahim bin Musa al-lakhmi al-gharnati (1997). al-muwafaqat fi usul al- Syari'ah. Sunt. Ibrahim Ramadhan. Cet. ke-3. Beirut: Dar al-ma'rifah. Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. (2014). Ucapan Perasmian Majlis Perdana Ulama Umara bersama YAB Perdana Menteri. Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. (2016). Ucapan Perasmian Majlis Perdana Ulama Umara bersama YAB Perdana Menteri. Ibnu Ashur (1998). Maqasid Syariah al-islamiyah. Kuala Lumpur : al-basa'ir li al-intaj al-'ilmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2015) Profil Korporat Indeks Syariah Malaysia. Putrajaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2016) Pelan Pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia. Putrajaya Morris, D. M., & Liser, F. B. (1977). The PQLI: measuring progress in human needs. Communiqué on Development Issues, 32. The World Bank, U. (1978). World Bank World Development Report. UN (United Nations) (2004). Agenda 21: Chapter 40. Dipetik daripada http://www.un. org/esa/sustdev/documents/agenda21/english/ agenda21chapter40.htm. UNDP (United Nations Development Programme) (1996). Human Development Report. Oxford University Press, New York, USA. UNDP (United Nations Development Programme) (2007). Measuring Human Development: A Primer. UNDP, New York, USA. World Bank (1978). World Development Report 1978. The World Bank, USA. 16