MODUL ASAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NYANYIAN LAGU MELAYU ASLI NOR AZURA BINTI ABU BAKAR DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK

Similar documents
Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

KAJIAN ORNAMENTASI DALAM MUZIK MELAYU ASLI : PERMAINAN VIOLIN GAYA HAMZAH DOLMAT NIK SHAREENA ROSNY BINTI MOHD ROSLY

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN B-PoP: RASULULLAH, KEKASIH ALLAH DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI DAN MENGINGAT KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

PENGADAPTASIAN TEKNIK NYANYIAN BEL CANTO DALAM LAGU MELAYU ASLI SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

SISTEM MAKLUMAT PENDAFTARAN KURSUS PENDEK ABDUL HADI BIN AUGUST FOUZY DR. NOOR HASRINA BINTI BAKAR

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

Transcription:

MODUL ASAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NYANYIAN LAGU MELAYU ASLI NOR AZURA BINTI ABU BAKAR DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN MUZIK MOD KERJA KURSUS FAKULTI MUZIK DAN SENI PERSEMBAHAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2014

v ABSTRAK Tujuan projek ini adalah untuk membina dan melaksanakan 'Modul Asas Pengajaran dan Pembelajaran Nyanyian Lagu Melayu Asli'. Melalui penghasilan modul ini, guruguru muzik ataupun individu yang berminat untuk menguasai nyanyian lagu Melayu Asli di peringkat asas, akan dapat memahami sedikit sebanyak perkara penting yang perlu diketahui sebelum mempelajari nyanyian lagu Melayu Asli ini dengan lebih mendalam. Beberapa topik telah dikemukakan agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih mudah difahami seperti pengenalan, sejarah asal usul, teks dan pantun, struktur, alat muzik pengiring, penerokaan teknik vokal, latihan pemanasan suara yang bersesuaian, patah lagu dan langkah-langkah asas mempelajari nyanyian lagu Melayu Asli menerusi beberapa buah lagu yang telah dipilih. Notasi dan Cakera Padat nyanyian Allahyarham Rahim Jantan juga turut dilampirkan bersama untuk tujuan rujukan. Dalam masa yang sarna penghasilan produk ini juga dapat menyumbang kepada pengekalan warisan budaya. Pemerhatian terhadap rakaman Allahyarham Rahim Jantan yang merupakan aktivitis ataupun j agoan muzik tradisional yang pemah berkhidmat bersama dengan badan-badan kebudayaan di sekitar Kuala Lumpur dan terakhir berkhidmat sebagai adiguru Vokal Tradisional di ASWARA sehingga ke akhir hayatnya. Temu bual juga telah dijalankan dengan 2 orang pensyarah muzik ASWARA, dan 2 orang pelajar lulusan ASWARA yang mengambil alat muzik Vokal Tradisional sebagai alat muzik Major dan mempunyai pengalaman dalam nyanyian tradisional lebih dari 10 tahun. Dapatan dari temu bual menunjukkan bahawa semua responden bersependapat dan bersetuju dengan semua aspek dalam produk yang telah dibangunkan. Namun begitu masih juga terdapat sedikit kelemahan dalam penghasilannya. Akan tetapi cadangan untuk penambahbaikan bagi mengatasi kelemahan tersebut turut dibincangkan dalam bahagian akhir penulisan ini.

Vi ABSTRACT The purpose of this project is to develop and implement 'Basic Module for Teaching and Learning Malay Traditional Song'. Through this module production, music teachers, and individuals who are interested in singing traditional Malay master the basics, will be able to understand some important things to know before studying singing Malay Traditional Song with more depth. Some topics the teaching and learning process more easily have been submitted to understood as an introduction, historical origins, text and poem, structure, instrumental accompaniment, the exploration of vocal techniques, a suitable voice warm-up exercises, ornamentations and learn the basic steps singing Malay Traditional Song through several songs that have been chosen. Notation and Compact Disc sang by the late Rahim Jantan also attached for reference. At the same time the production of these products can also contribute to the preservation of cultural heritage. Observations on the recording of the late Rahim Jantan, an activists or traditional music whiz who has worked with cultural bodies around Kuala Lumpur and last served as masters in Traditional Vocal ASWARA to the very end. The interview was conducted by lecturers, and two ASWARA graduate students taking two ASWARA music Traditional Vocal instrument as a Major and have experience in traditional singingfor more than 10 years. Findings from the interviews indicated that all respondents agree and disagree with all aspects of the product that has been developed. But there were still some shortcomings in its production. But suggestions for improvement to address these weaknesses are discussed at the last section of this paper.

Vll KANDUNGAN Muka surat PENGAKUAN PENGESAHAN ii iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK V ABSTRACT VI KANDUNGAN vii SENARAI RAJAH & SENARAI JADUAL Xl BABI PENDAHULUAN 1.1 Pengena1an 1 1.2 Latar Be1akang Projek 4 1.3 Pemyataan Masa1ah 5 1.4 Tujuan Projek 7 1.4.1 Tujuan Projek 1.4.2 Objektif Khusus 1.5 Kepentingan Projek 9 1.5.1 Seko1ah-seko1ah 1.5.2 Guru Voka1 1.5.3 Warisan Budaya 1.6 Batasan Projek 10 1.7 Defmisi Isti1ah 11 1.7.1 Muzik 1.7.2 Asas 1.7.3 Modu1 Pengajaran dan Pembe1ajaran 1.7.4 Pengajaran 1.7.5 Pembe1aj aran 1.7.6 Nyanyian Lagu Me1ayu Asli 1.7.7 Lagu Me1ayu Asli 1.8 Rumusan 18

V111 BAB2 PROSEDUR MEMBANGUNKAN PRODUK 2.1 Pengenalan 19 2.2 Mendapatkan dan Mengumpulkan Data Berkaitan Nyanyian Lagu Melayu Asli Maklumatl 20 2.2.1 Pemerhatian 2.2.2 Temu bual 2.2.3 Rakaman Audio dan Video 2.2.4 Pembacaan Dokumen 2.3 Mengklasifikasikan MaklumatiData Yang Diperolehi 23 Mengikut Tema dan Kategori 2.4 Menetapkan Topik Berdasarkan Tema dan Kategori 24 2.5 Menulis Manuskrip dan Data Mengikut Kategoril 24 Topik Yang Te1ah Ditetapkan 2.6 Menyunting Manuskrip dan Data Mengikut Kategoril 26 Kandungan Topik Yang Telah Ditetapkan 2.7 Kerangka Kerja Penghasilan Projek 27 2.8 Rumusan 28 BAB3 HURAIAN PROD UK 3.1 Pengenalan 29 3.2 Bentuk dan ObjektifProduk Yang Dibangunkan 29 3.3 lsi Kandungan Modul Asas Kaedah Pengajaran 30 dan Pembelajaran Nyanyian Lagu Melayu Asli 3.4 Rumusan 35

IX BAB4 DAPATAN DATA DAN PERBINCANGAN PRODUK 4.1 Pengenalan 36 4.2 Latar Be1akang Responden 36 4.3 Analisis Dapatan Temu bual 38 4.3.1 Pengalaman di dalam persembahan nyanyian Lagu Melayu Asli 4.3.2 Adakah pembangunan 'Modul Asas Pengajaran dan Pembe1ajaran Nyanyian Lagu Melayu Asli boleh dilaksanakan secara pembe1ajaran kendiri? 4.3.3 Tanggapan awal responden terhadap modul dan penggunaannya sebagai bahan bantu mengajar (BBM) 4.3.4 Kesesuaian Susunan Topik-topik 'Modul Asas Pengajaran Dan Pembelajaran Nyanyian Lagu Melayu Asli' 4.3.5 Penerangan yang lengkap dan disusuli dengan gambar-gambar 4.4 Kesesuaian Pengajaran dan Pembelajaran Nyanyian 43 Lagu Me1ayu Asli Di Sekolah 4.5 Rumusan 44

- x BABS RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengena1an 45 5.2 Ringkasan Produk 46 5.3 Fungsi fungsi Produk 48 5.4 Sasaran Pengguna 49 kekuatan dan kelemahan Modul Asas 50 5.5 Perbincangan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Nyanyian Lagu Melayu Asli 5.5.1 Kekuatan Produk yang dibangunkan 5.5.2 Kelemahan Produk yang dibangunkan 5.6 Cadangan-cadangan 52 5.7 Rumusan 53 RUJUKAN 54 LAMPlRAN 61

Xl SENARAI RAJAH Rajah Muka Surat Rajah 2.1 : Model Kerangka Kerja Menghasilkan Projek 27 SENARAIJADUAL Jadual Muka Surat Jadual3.1 : lsi Kandungan 'Modul Asas Pengajaran dan Pembelajaran Nyanyian Lagu Me1ayu Asli 32 Jadua14.1: Latar Belakang Responden 37 JaduaI5.1: lsi Kandungan 'Modul Asas Pengajaran dan Pembelajaran Nyanyian Lagu Melayu Asli 47

1 BAB1:PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Modul Asas Pengajaran dan Pembelajaran Nyanyian Lagu Melayu Asli dibangunkan adalah untuk dijadikan panduan atau rujukan yang relevan dan bermutu sebagai keperluan individu mahupun guru vokal yang ingin mendalami secara serius berkenaan nyanyian lagu Melayu Asli. Sarna seperti fungsi pendidikan muzik di sekolah, nyanyian lagu Melayu Asli juga boleh dijadikan medium bagi setiap individu meluahkan perasaan, fikiran dan imaginasi dan ini bertujuan untuk memberi perluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetika setiap individu. Walaupun sasaran pengguna modul ini lebih kepada individu perseorangan, guru vokal ataupun pelajar IPTA / IPTS, matlamat pembangunan modul ini seiring dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu, dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman muzik disamping mempertingkatkan cita rasa muzikal yang membolehkan pelajar menikmati, menghargai dan merekacipta muzik ke arah melahirkan insan yang seimbang, kreatif, berdisiplin dan harmonis (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003, ms.iii). Selain itu pembangunan modul ini juga dapat menerap nilai-nilai positif seperti semangat mencuba yang tinggi, memupuk semangat patriotisme dan kekitaan dalam menaik taraf pendidikan muzik tradisional warisan Malaysia selain mempergiatkan usaha mengekal dan memulihara khazanah ini juga dapat menyebarkan maklumat berkenaan muzik tradisional warisan Malaysia kepada orang awam dalam dan luar negara.

2 Jika dilihat daripada sejarah perkembangan muzik di Malaysia, semasa sebelum zaman penjajahan terdapat dua jenis muzik iaitu muzik klasik dan muzik rakyat. Muzik klasik adalah muzik yang berkait dengan kawasan istana yang dinaungi oleh Raja-raja dan hanya diketahui oleh sebahagian komuniti tertentu manakala muzik rakyat pula adalah muzik dikalangan rakyat biasa yang terdiri daripada kaum petani dan nelayan tetapi kualiti muziknya lebih rendah berbanding muzik klasik kerana mereka tidak dinaungi oleh mana-mana pihak. Semasa zaman penjajahan hampir kesemua muzik tersebut telah dicampurkan dengan unsur-unsur luar dan tidak hairanlah mengapa muzik Malaysia mempunyai persamaan dengan negara luar dan ini disebut sebagai muzik sinkretik. Perkataan sinkretik telah dipadankan dari perkataan Inggeris 'Synchretic' yang bermaksud perpaduan atau penyatuan unsur. Proses sinkretik berlaku apabila unsur-unsur muzik tradisional tempatan yang sedia ada telah bersepadu dengan unsur-unsur daripada pengaruh asing. Persamaan alat dan struktur muzik adalah disebabkan wujudnya interaksi di antara negara-negara dunia Melayu lama merangkumi Malaysia, Indonesia, sebahagian negara Thai, Kampuchea, Filipina yang dibentuk oleh kerajaan Funan, Seriwijaya, Majapahit dan Melaka serta negara Timur Tengah, India dan China melalui aktiviti perdagangan dan pertukaran budaya di antara mereka. Apabila Islam mula bertapak di dunia Melayu lama pada tahun 1414, pedagang dari Arab mula memperkenalkan tarian zapin dan bentuk-bentuk nyanyian yang mengagungkan Allah S.W.T, Nabi Muhammad S.A.W dan rakan-rakannya menerusi persembahan hadrah, rodat dabus dan dikir rebana dalam bentuk nyanyian berkumpulan yang diiringi,. rebana dan gong.

3 Manakala pendatang Indonesia yang bertapak di bahagian selatan Semenanjung Malaysia telah membawa bersama persembahan kesenian wayang purwa, ketoprak, tarian kuda kepang dan alat muzik angklung sementara orang Bugis telah membawa joget gamelan dari Kepulauan Riau dan rodat dari Sumatera melalui Sambas di Borneo. Pengaruh dari negeri Thai yang bertapak di bahagian utara Semenanjung Malaysia pula dapat dilihat dalam persembahan wayang kulit Siam di Kelantan, wayang gedek di Kedah dan Perlis, menora dan makyong. Sabah dan Sarawak pula menunjukkan pertalian kebudayaan yang rapat dengan Filipina dan yang terakhir adalah dari Barat. Orang Portugis telah memperkenalkan alat muzik violin dan gitar dan merekalah yang telah mempengaruhi kemunculan muzik sinkretik. (Mohd Ghouse Nasuruddin, 2003). Alat muzik yang sering digunakan untuk mengiringi lagu-iagu tradisional arnnya dan khususnya lagu Melayu AsH ialah gong dan rebana manakala melodinya oleh alat muzik biola, akordian dan gitar. Walaubagaimanapun muzik atau lagu Melayu Asli ini, boleh disesuaikan persembahan muziknya dengan penambahan atau penggunaan alat muzik moden yang lain seperti gitar akustik, gitar bes (bass), dram (drum) dan ia bertahan sehingga ke hari ini kerana lagu Melayu asli dimainkan dalam skel diatonik iaitu not yang bertetapan dengan tanga nada dan not ini adalah not-not putih pada piano di mana alat muzik Barat atau moden ini dapat digunakan dalam persembahan lagu Melayu AsH tanpa mencacatkan dan merosakkan sebarang ciri-ciri kesenian asallagu Melayu AsH.

4 1.2 Latar belakang Projek Lagu Melayu Asli merupakan sebuah lagu yang mempunyai estetika yang tersendiri. Ada yang berpendapat bahawa maksud asli itu adalah daripada perkataan asal atau pun mula dan ada juga yang mengatakan bahawa istilah asli ini adalah untuk menunjukkan rentak yang mula-mula dicipta oleh orang Melayu setelah mereka dapat memainkan alat muzik tempatan. (CheMatJusoh, 2006). Nyanyian lagu Melayu Asli mempunyai patah lagu yang sukar untuk dinyanyikan. Hanya penyanyi yang berpengalaman, mewarisi bakat semulajadi daripada ibu bapa dan mempunyai pendengaran yang baik yang mampu meniru nyanyian penyanyi veteran sahaja yang boleh menjadikan patah lagu tersebut sempuma. Ianya sukar kerana cara pembelajaran yang digunakan adalah dengan cara mendengar dan meniru tanpa mengenal notasi yang dinyanyikan. Lagu Melayu Asli ini adalah kepunyaan Malaysia, namun tiada bukti konkrit berkenaan sejarah dan asal usulnya. Orang Melayu terdahulu banyak mengaitkan muzik Melayu Asli dengan kewujudan ronggeng dan bangsawan di mana alat muzik yang digunakan lebih kurang sarna. Tiada perhatian terhadap muzik ini kerana kurangnya pendedahan dan rujukan secara visual dan bertulis dan pembelajaran elemen muzik di sekolah-sekolah lebih tertumpu kepada muzik barat. Terdapat juga badan-badan kerajaan dan institusi telah mengambillangkah untuk mempertahankan kesenian ini seperti:- 1. ASWARA menawarkan kursus pembelajaran major tradisional namun tenaga pengajar terdiri daripada adiguru yang tidak mempnyai latar belakang akademik.

5 11. JKKN, Yayasan Warisan Johor, RTM dan Klasik FM mengadakan pertandingan mencipta lagu dan nyanyian lagu Melayu Asli supaya kesenian ini tidak pupus dan masih mendapat perhatian masyarakat. Penghasilan modul ini secara tidak langsug dapat memartabatkan budaya muzik kebangsaan dan mengekalkan irama tradisional iaitu warisan seni dan budaya. Banyak tulisan yang dihasilkan dan didokumentasikan berkaitan muzik asli meliputi sejarah, jenis-jenis muzik tradisional, contoh-contoh repertoir dan pelbagai aspek lagi termasuk nyanyian yang didokumentasikan dalam bentuk video atau cakera padat. Namun penerbitan video mengenai pengajaran dan pembelajaran nyanyian lagu melayu asli yang bercorak pedagogikal be1um pemah ada di pasaran. Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah ataupun di Institut Pengajian Tinggi boleh dibangunkan dengan mengambil sumber dari bahan-bahan muzik tempatan dan disesuaikan dengan teknik pengajaran moden. Pe1uang mempopularkan semula lagu Melayu Asli sangat tinggi dan dapat memperkembangkan warisan seni budaya selain dapat mencungkil bakat pelajar dalam muzik tradisional, mencintai jatidiri kesenian yang mencerminkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang bersatu, berhemah tinggi, berketrampilan dan bersedia untuk kemajuan negara di masa akan datang. 1.3 Pernyataan Masalah Di dalam memikirkan soal muzik tradisional kurang mendapat perhatian di kalangan masyarakat khususnya generasi muda, apa yang lebih membimbangkan adalah kurangnya penyanyi yang berkebolehan menyanyikan lagu Me1ayu Asli dengan baik

6 akibat kurangnya pendedahan yang diberikan oleh pihak tertentu. Permasalahan sebegini jika dibiarkan berterus an, kebarangkalian generasi akan datang tidak berpeluang mendengar dan mengenali lagu Melayu Asli. Ini kerana selain daripada kaedah pembelajaran secara berguru yang mengamalkan konsep meniru dan menghafal, asas kaedah pembelajaran nyanyian lagu Melayu Asli secara bertulis belum pemah diterbitkan dan mengakibatkan pembelajaran menjadi tidak kekal kerana kerapnya berlaku perubahan dan penyanyi mudah lupa cara nyanyian sebenar. Melalui pengamatan penulis juga, nyanyian lagu Melayu Asli wujud dalam pelbagai versi nyanyian dari pelbagai penyanyi berpengalaman dengan latar belakang yang berbeza yang mungkin datang dari negeri yang berbeza. Setiap nyanyian dari penyanyi tersebut boleh dirujuk dan akan dapat menghasilkan nyanyian yang pelbagai dalam persembahan lagu Melayu Asli, namun dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pembinaan modul ini adalah untuk memperkenalkan nyanyian yang lebih asas dan mudah untuk difahami. Diharap nyanytan lagu Melayu Asli dapat diajar dan diperkenalkan pada peringkat awal lagi iaitu di sekolah rendah walapun bukan dalam subjek pendidikan muzik sendiri tetapi mungkin untuk pembelajaran ko-kurikulum dan pertandingan atau sebaris dengannya. Pembinaan modul berkenaan lagu Melayu Asli, amat perlu dibangunkan kerana kekurangan buku dan bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan dan dirujuk. Usaha-usaha giat oleh individu yang bertanggungjawab untuk menambahkan koleksi bahan rujukan tradisional seperti Modul Pengajaran Elemen Irama Tradisional Melayu melalui Rebana oleh Shuzaidi bin Samsudin (2011), Modul Pengajaran Wayang Kulit

7 dalam bilik darjah oleh Mohd Asmawi bin Isa (2009), Compact Disc (CD), Multimedia Interaktif Permainan Kompang Kontemporari oleh Mohd Isa bin Ramlan (2009), Compact Disc (CD), Multimedia Interaktif Permainan Alatan Muzik Dikir Barat oleh Nik Nasharudin bin Awang (2010), Modul Pengajaran Elemen Irama melalui permainan Rebana Ubi oleh Mohd Zaki Ismail (2010) dan Modul Pengajaran Gambus Sabah Berasaskan Lagu-Lagu Masyarakat Sabah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Muzik KBSM oleh Saparin bin Amat Sehab (2012). Usaha sebegini perlu diteruskan untuk menambah bahan-bahan yang ada kepada beberapa jenis muzik yang belum diteroka. Dengan kesedaran ini, saya mengambil langkah menambah koleksi bahan dengan membina 'Modul Asas Pengajaran dan Pembelajaran Nyanyian Lagu Melayu Asli'. 1.4 Tujuan Projek 1.4.1 Tujuan projek ini adalah untuk:- Membina dan melaksanakan 'Modul Asas Pengajaran dan Pembelajaran Nyanyian Lagu Melayu Asli'.

8 1.4.2 ObjektifKhusus:- 1. Membolehkan individu ataupun guru vokal menggunakan 'Modul Asas Pengajaran dan Pembelajaran Nyanyian Lagu Melayu seterusnya pengetahuan berkenaan nyanyian lagu Melayu Asli' dan Asli boleh diperkembangkan kepada setiap lapisan masyarakat dalam dan luar negara. 11. Memberi kemahiran asas kepada individu ataupun guru vokal untuk menguasai nyanyian lagu Melayu Asli. Kemahiran asas yang dimaksudkan adalah dari segi membina pantun yang bersesuaian mengikut tema dan memahami struktur lagu Melayu Asli. Selain itu, terdapat juga penggunaan teknik vokal yang bersesuaian, latihan pemanasan suara sebelum memulakan sesi nyanyian, memahami patah lenggok asas dan Iangkah-langkah mempelajari nyanyian lagu Melayu dalam 4 buah lagu yang telah dipilih. Tahap pencapaian yang ditentukan oleh Bahagian Perkembangan Ko-kurikulum (BPK, 2004, ms.19-20), telah diolah dengan penilaian nyanyian lagu Melayu Asli antaranya ialah:- Aras 1 Berkebolehan menyanyikan pelbagai repertoir mengikut skor dan memuaskan. Menyanyi lagu Melayu Asli mengikut teknik yang betul.

9 Aras2 Berkebolehan menyanyikan pelbagai reprtoire mengikut skor dengan baik. Kerap mengamalkan teknik yang betul Aras 3 Berkebolehan menyanyikan pelbagai reprtoire mengikut skor dengan tepat dan lancar. Mengamalkan teknik nyanyian lagu Melayu Asli yang betu!. 111. Menyediakan satu buku panduan untuk mengajar, untuk individu ataupun guru yang boleh diakses untuk pembelajaran kendiri. IV. Menyediakn buku panduan dan boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar. v. Meninjau tindak balas penggiat seru suara tradisional terhadap penghasilan modul ini. 1.5 Kepentingan Projek 1.5.1 Sekolah-sekolah 1. Dapat membantu menyediakan pilihan untuk aktiviti kurikulum dan kokurikulum sekolah selain bahan rujukan.

10 11. Rujukan untuk pertandingan nyanyian lagu Melayu Asli di peringkat sekolah. 1.5.2 Guru vokal Mempelbagaikan bahan dalam pengajaran dan tidak tertumpu pada nyanyian moden dan klasikal sahaja. 1.5.3 Warisan Budaya Pengekalan dan pengembangan warisan khazanah seni dan budaya selain dapat meningkatkan pembangunan produk seni budaya Malaysia. 1.6 Batasan Projek Projek ini dibataskan kepada 3 aspek utama iaitu kaedah pembinaan projek, teknik patah lagu dan urutan latihan pembelajaran lagu Melayu Asli. Pembinaan projek ini ditumpukan kepada ciri-ciri pembinaan projek yang berkesan untuk tujuan pembelajaran lagu Me1ayu Ash. lsi kandungan pembelajaran yang berbentuk teks diambil menerusi bahan-bahan yang telah sedia ada di dalam buku-buku seperti Muzik Malaysia:Tradisi Klasik, Rakyat Dan Sinkretik oleh Patricia Matusky dan Tan Sooi Beng (1997), Pengantar Muzik Malaysia oleh Patricia Matusky dan Tan Sooi Beng (1998), Muzik Tradisional Malaysia oleh Mohd Ghouse Nasuruddin (2003), Muzik Melayu Tradisi Mohd

11 Ghouse Nasuruddin. (1989), Alat Muzik Tradisional Dalam Masyarakat Melayu Di Malaysia oleh Nik Mustapha Nik Mohd Salleh (2009), Metode Vokal Profesional oleh Pra Budidharma (2001), Panduan Praktis Memimpin Kelompok Paduan Suara oleh Subronto K. Atmodjo (2008) dan The Structure of Singing: System Technique oleh Miller, K. E. (1990). and Art in Vocal 1.7 Definisi Istilah Defmisi Istilah ini bertujuan untuk menerangkan dengan lebih jelas lagi tentang tajuk yang dibincangkan dan memberi fokus kepada maksud modul dan memerlukan pemahaman yang hams difahami dengan teliti. Modul ini menggunakan beberapa istilah yang perlu dirungkaikan maknanya. 1.7.1 Muzik Muzik ialah sejenis kesenian dan sams yang menggabungkan bunyi-bunyian dan disusun secara sistematik oleh suara yakni instrumen semulajadi manusia atau menggunakan alat muzik. Ianya juga termasuk bunyi-bunyi persekitaran yang semulajadi ataupun bunyian rekaan yang mempunyai kualiti tersendiri dan dianggap mengikut estetika, corak pemikiran dan emosi manusia juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu.

12 Menurut Campbell 1995, muzik ialah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Manakala definisi muzik tradisional pula menurut Mohd Taib Osman (1984, ms.35), muzik tradisional ialah muzik yang telah wujud selama beberapa keturunan dengan mengutamakan beberapa alat muzik dan ciri-ciri alat muzik tersebut berasas dari Asia Tenggara. Perkataan tradisional ditakrifkan sebagai suatu perkara yang diwarisi dari satu zaman ke satu zaman yang lain dari satu generasi ke satu generasi yang lain dan mungkin dari zaman dahulu kala dan masih dipertahankan atau diamalkan serta dihormati oleh generasi sekarang. (Mubbin Sheppard, 1990). Secara amnya muzik tradisional mempunyai latar belakang yang menarik, peralatan muzik yang berlainan dan dimainkan sesuai dengan panorama tertentu. Tanya dipercayai bermula dari masyarakat prirnitif yang mengamalkan kepercayaan animisma. Mereka menggunakan pergerakan tarian dan bunyi-bunyian dalam upacara pemujaan terhadap kuasa-kuasa ghaib. Pada mulanya muzik dihasilkan dengan suara, tepukan tangan, hentakan kaki dan ketukan kayu namun lama-kelamaan alat-alat seperti seruling mula dicipta untuk memeriahkan lagi upacara sembahyang mengikut kepercayaan animisma yang dianuti. Di dalam konteks projek ini, muzik membawa maksud bunyi-bunyian yang dihasilkan me1alui pita suara iaitu nyanyian dan bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh beberapa alat muzik iring an seperti akordian, biola dan juga rebana sehingga menghasilkan gabungan ritma dan intonasi muzik yang murni serta menjadi suatu melodi yang istirnewa. Aktiviti muzik yang diaplikasikan di dalam "Modul Asas Pengajaran dan Pembelajaran Nyanyian Lagu Melayu Asli" ini bertujuan untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas dalam nyanyian lagu Melayu Asli.

13 1.7.2 Asas Mengikut Kamus Dewan (2007), asas ataupun dasar membawa maksud sesuatu yang diambil untuk dijadikan sandaran atau pendukung kepada sesautu yang lain. Di dalam konteks 'Modul Asas Pengajaran dan Pembelajaran Nyanyian Lagu Melayu Asli' ini, pengetahuan akan diperoleh bermula daripada peringkat asas atau dasar nyanyian lagu Melayu Asli sahaja. 1.7.3 Modul Pengajaran dan Pembe1ajaran Jenis Pengajaran dan Pembe1ajaran mengenai sesuatu tajuk tertentu dan disusun secara sistematik serta berurutan bagi memudahkan pelajar untuk belajar supaya dapat menguasai sesuatu dengan mudah dan berkesan. secara bersendirian 1.7.4 Pengajaran Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang melibatkn aktiviti-aktiviti serta penghuraian, demonstrasi, penggunaan mengajar serta sesi bersoal jawab. Pengajaran juga boleh dihuraikan sebagai alat bantu satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Mengikut kamus pelajar terbitan khas KBSM (Abd. Majid Baharom, 2007, ms.175), pengajaran ialah sesuatu proses yang berkaitan dengan mengajar yang dapat dijadikan pedoman dan ingatan. dan sesuatu

14 Namun di dalam penghasilan modul ini, penulis amat bersetuju dengan anggapan Sharifah Alwiah (1983) bahawa, pengajaran adalah sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah juga menganggap pengaj aran sebagai suatu proses komunikasi walaupun aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar. tidak semua 1.7.5 Pembelajaran Umumnya Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Kamus Dewan (2007, ms.170), pembelajaran ditakrifkan sebagai belajar mendapatkan ilmu pengethuan dan menjalani latihan. Menurut Ralph W.Tyler (1977, ms.91) pembe1ajaran merupakan proses pe1ajar membentuk cara pemikiran yang baru atau mengubahsuaikan pemikirannya dan mampu menunjukkan perubahan dalam tingkah laku. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan "perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan". Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang bam, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang bam.

15 Di dalam konteks modul ini pembelajaran berlaku dengan menggunakan "Modul Asas Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Nyanyian Lagu Melayu Ash". Pelbagai pendekatan dan strategi digunakan agar mana-mana individu dan guru vokal dapat mempelajari dan menguasai nyanyian lagu Melayu Asli. 1.7.6 Nyanyian lagu Melayu Asli Mengikut Kamus Dewan (1989, ms. 868), nyanyian bermaksud gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. Nyanyian lagu Melayu Asli adalah nyanyian yang dinyanyikan di dalam lagu Melayu tradisional yang bergenre Ash. Ianya memiliki ciriciri serta bentuk melodi yang lemah gemalai, berayun-ayun serta mengasyikkan. Nyanyian lagu Melayu Asli diakui amat sukar untuk dinyanyikan. Dalam menghasilkan nyanyian lagu Melayu Asli yang baik, antara faktor utama yang mempengaruhinya ialah melalui cara penyampaian yang teratur dan jelas terutama ketika menyampaikan patah lagu. Bagi mendapatkan teknik yang berkesan, mantap dan teratur dalam nyanyian lagu Melayu Asli ini, setiap penyanyi seharusnya memahami setiap peringkat di dalam proses penghasilan suara. Pengaplikasian teknik vokal yang bersesuaian dapat membantu melancarkan nyanyian termasuk proses pemafasan, artikulasi dan postur untuk memastikan nyanyian tersebut dapat dinikmati oleh penonton dan yang paling penting mesej yang disampaikan di dalam nyanyian seharusnya difaharni oleh penonton. Penambahan patah lagu oleh penyanyi- penyanyi dalam nyanyian mereka merupakan peranan penting dalam memberi gambaran imej serta identiti kepada muzik Melayu Asli. (Shafa' atussara Silahudin, 2009)

16 1.7.7 Lagu Melayu AsH Kedengaran pelbagai tafsiran serta informasi mengenai asal usullagu Melayu Asli ini, ada yang mengatakan lagu Melayu Asli merupakan bahasa muzik orang dahulu. Tiada seorang pun yang dapat memberikan pengukuhan terhadap sejarah mahupun asal usulnya lagu Melayu Asli ini kerana masih tiada lagi bukti konkrit yang menyokong pemyataan di atas ini. Dalam memperkatakan maksud perkataan 'Asli' di penghujung perkataan lagu Me1ayu itu, adakah ia asli dalam sebutan sahaja, bolehjadi sifatnya lama atau tua tidak kira dari mana punca asalnya, atau 'Asli' yang dimaksudkan sebagai asal atau mula. Walaubagaimanapun ada yang menyatakan istilah asli itu adalah rentak yang mulamula dipakai oleh orang Melayu setelah mereka dapat memainkan alat muzik tempatan. Dengan ini, lahirlah satu rentak baru yang tidak ada sebelumnya. (Che Mat Jusoh, 2006) Muzik asli dikaitkan dengan kewujudan ronggeng iaitu sejenis tarian sosial yang melibatkan lelaki dan wanita menari dan berpantun dengan iringan biola, akordian, rebana dan gong. Di sini, dapat dilihat bahawa penggunaan alat muzik tersebut mempunyai persamaan dengan alat muzik utama yang diguna pakai dalam ensembel muzik Melayu Asli. Ronggeng dikatakan mirip dengan joget Melayu (irama Joget) yang juga merupakan salah satu genre muzik yang ada dalam muzik Melayu Asli. Kewujudan muzik ini juga telah diceritakan di dalam hikayat Hang Tuah, pada abad ke-17 atau ke-18, mengenai nyanyian pantun dengan iring an gong dan kecapi iaitu sejenis alat muzik tali yang dipetik. Sarna juga seperti yang dikatakan oleh W.G Shellabear, di dalam Sejarah Melayu berkenaan masyarakat di negeri Melaka pada waktu itu menyanyi dengan iringan dan titiran gendang raya dengan menggunakan