BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Amar Makruf Nahi Mungkar

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

Matlamat. Wadah Maklumat. Simposium 2014 Methodologi Pengambilan Ilmu Dalam Islam. Buku. Internet. Ceramah TV/Radio 22/10/14&

PERANAN NGO ISLAM TERHADAP PERLAKSANAAN ISLAH DAN DAKWAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT NORSHIELA BINTI MD SAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

PENILAIAN PENGETAHUAN

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

KHULUK DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002: KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KOTA BHARU, KELANTAN

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

UNIVERSITY OF NORTH SUMATERA FACULTY OF CULTURE STUDIES DIPLOMA III ENGLISH STUDY PROGRAM MEDAN JUNE 2011

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Transcription:

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PSZ 19: 16 (Pind. 1/97) JUDUL :PERATURAN LARANGAN DARI PERSPEKTIF PENDIDIKAN DALAM KITAB RIYAD AS-SALIHIN MENURUT IMAM AL-NAWAWI : SATU KAJIAN TEKS SESI PENGAJIAN : 2010/2011 Saya MOHD SYAFIQ BIN AHMAD WAMI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh: (TANDATANGAN PENGKAJI) Alamat Tetap: BATU 4 ¼, KAMPUNG KATONG, 42700 BANTING SELANGOR (TANDATANGAN PENYELIA) Nama Penyelia DR.KAMARUL AZMI JASMI Tarikh: 14 MEI 2011 Tarikh: 14 MEI 2011 CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). Tandatangan :......... Nama : DR. KAMARUL AZMI BIN JASMI Tarikh : MEI 2011

PERATURAN LARANGAN DARI PERSPEKTIF PENDIDIKAN DALAM KITAB RIYAD AS-SALIHIN MENURUT IMAM AL-NAWAWI : SATU KAJIAN TEKS MOHD SYAFIQ BIN AHMAD WAMI Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MEI, 2011

ii Saya akui bahawa karya in adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : Nama Penulis : MOHD SYAFIQ BIN AHMAD WAMI Tarikh : MEI 2011

iii Untuk ayah dan ibu Doa, jasa dan pengorbananmu mengiringi kehidupan dan kejayaanku Terima kasih ayah dan ibu Semoga Allah s.w.t menempatkan mu di taman syurga-nya Buat Pensyarah Dr. Kamarul Azmi bin Jasmi Tidak lupa kepada semua penyarah di UTM Terutama pensyarah FTI Terima kasih atas kesabaran, Tujuk ajar tidak ternilai ilmunya Doa ku agar segala ilmu itu akan ku perolehi keberkatan Didunia mahupun diakhirat. Insyaallah. Dan Rakan-Rakan Seperjuangan. Semoga kejayaan ini menjadi bukti Pertemuan dan perkenalan Untuk mencapai kejayaan hingga kemenara gading.

iv PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, bersyukur pada Allah S.W.T. kerana dengan limpah Rahmat dan IzinNya dapat pengkaji menyiapkan kajian yang serba kekurangan ini. Pengkaji ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Dr. Kamarul Azmi Jasmi, selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini, di atas segala bimbingan, bantuan dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh penyiapan kajian ini. Segala ilmu dan bantuan yang diberikan akan dikenang sepanjang hayat. Semoga Allah memberikan ganjaran yang sebaiknya, Insya Allah. Tidak lupa juga kepada ayahanda dan bondaku serta adinda-adinda ku. Kejayaan yang diperolehi adalah untuk kita bersama. Semoga kejayaan ini menjadi kebanggaan kepada ayahanda dan bonda malah menjadi inspirasi kepada adindaadindaku sekalian. Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana banyak memberi teguran, pandangan, perkongsian maklumat serta idea-idea bernas ketika proses menyiapkan kajian ini. Semoga Allah memberkati kalian semua dalam medan dakwah yang sebenar.

v ABSTRAK Kajian ini merupakan kajian teks yang memfokuskan kepada kurikulum perintah larangan mengikut paradigma al-nawawi dalam kitab beliau Riyad al- Salihin. Teks hadis dijadikan verbatim yang kemudiannya dianalisis menggunakan N Vivo 8.0. Hasil dapatan menunjukkan terdapat tiga aspek kurikulum perintah larangan dalam beragama, iaitu akidah, ibadah dan akhlak. Perintah larangan dalam akidah terdiri daripada larangan membuat gambar yang bernyawa, haram meratapi orang mati, berjumpa dengan tukang tilik atau ahli nujum dan sebagainya. Dari aspek akhlak pula mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan larangan berludah di dalam masjid, bertengkar dan meninggikan suara, memaksa bercakap perkara yang tidak berfaedah, merasakan sesuatu yang buruk dan lain-lain. Merujuk kepada aspek ibadat pula, perintah larangan yang dinyatakan adalah terdiri daripada larangan qurban pada 10 zulhijjah, makan makanan yang berbau memelihara anjing, merangkul lutut dan sebagainya. Kajian juga menjelaskan metode yang digunakan iaitu suruhan dan larangan yang terkandung di dalam kitab Riyad as-salihin. Kajian ini juga dilaksanakan untuk mengenalpasti pengajaran yang terkandung didalam hadis yang telah ditulis oleh Imam Nawawi agar ianya dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada golongan guru-guru dan ibu bapa dalam mendidik generasi pada masa akan datang.

vi ABSTRACT This study is a study of the text focuses on the curriculum of a prohibition order in accordance with the paradigm of al-nawawi in his book Riyad as-salihin. As verbatim text of the hadith this is then analyzed using N Vivo 8.0. the result showed that there are three aspects of the curriculum in religious prohibition order, the faith, worship and morality. Prohibition order in the faith of the prohibition to make images of animate, lament the dead, illegal, met with the fortune-teller or astrologer, and so forth. From the aspect of moral values include matters relating to prohibition of spit in the mosque, arguing and raised his voice, forcing the worthwhile thing that cannot speak, felt something bad and others. Referring to the aspect of worship, the prohibition order is set is composed of the ban on sacrifice 10 zulhijjah, the smell of food, keep dogs, embracing the knees and so on. The study also describes the method used by the commandments and prohibition contained in the book Riyad as-salihin. This study was also conducted to identify the lesson contained in the Hadith by Imam al-nawawi has been written so that it can be used as reference and guidance to the teachers and parents in educating the future generation.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI SINGKATAN SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xii xiii xiv

viii BAB PERKARA MUKA SURAT BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Penyataan Masalah 7 1.4 Objektif Kajian 8 1.5 Persoalan Kajian 8 1.6 Kepentingan Kajian 9 1.7 Skop Kajian 11 1.8 Definasi Istilah 11 1.8.1 Peraturan 11 1.8.2 Larangan 12 1.8.3 Kitab Riyad as-salihin 13 1.8.4 Kajian Teks 14 1.8.5 Imam Nawawi 14 BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kitab Riyad as-salihin 17 2.3 Biografi Tokoh Hadis Imam al-nawawi 19 2.3.1 Sejarah Kehidupan Imam al-nawawi 19 2.3.2 Keperibadian Imam al-nawawi 20 2.3.3 Pendidikan Imam Nawawi 21 2.3.4 Hasil Karya Imam al-nawawi 21

ix 2.4 Aspek Larangan Dalam Islam 22 2.5 Kajian Lepas 27 2.6 Kesimpulan 28 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan 30 3.2 Reka Bentuk Kajian 30 3.3 Metode Pengumpulan Data 31 3.3.1 Data Primer 31 3.3.2 Data Sekunder 31 3.4 Tempat Kajian 33 3.5 Penganalisisan Data 33 3.5.1 Metode Induktif 35 3.5.2 MetodeDeduktif 35 3.5.3 Metode Komparatif 36 3.6 Prosedur Kajian 36 3.7 Kesimpulan 37 BAB IV DAPATAN KAJIAN 4.1 Pendahuluan 38 4.2 Kitab Larangan Dalam Kitab Riyad As-Salihin 38 4.3 Kurikulum 39 4.3.1 Kurikulum Haram 41

x 4.3.1.1 Aspek Akhlak 41 4.3.1.2 Aspek Akidah 45 4.3.1.3 Aspek Ibadah 53 4.3.2 Kurikulum Makruh 55 4.3.2.1 Aspek Akhlak 55 4.3.2.2 Aspek Akidah 62 4.3.2.3 Aspek Ibadah 70 4.4 Metodologi Dalam Kitab Riyad As-Salihin Menurut Imam Al-Nawawi 74 4.4.1 Metodologi Larangan 74 4.4.2 Metodologi Suruhan 75 4.5 Bahan Bantu Mengajar Dalam Kitab Riyad As-Salihin Menurut Imam Al-Nawawi 77 4.5.1 Haiwan 78 4.5.2 Benda (Bahan Maujud) 79 4.5.3 Tumbuhan 81 4.6 Kesimpulan 82 BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan 83 5.2 Perbincangan Kajian 83 5.2.1 Kaedah Pendidikan Menurut Kitab Riyad As-Salihin Oleh Imam Al-Nawawi 84 5.2.1.1 Pembentukan Asas Kurikulum Melalui Aspek Larangan Dalam Agama 84 5.2.1.2 Penggunaan Metodologi P&P Oleh

xi Imam Al-Nawawi 87 5.2.1.3 Aplikasi Bahan Bantu Mengajar (BBM) Oleh Imam Al-Nawawi 89 5.2.2 Kepelbagaian Aspek Akidah, Akhlak, Dan Ibadah Menurut Kitab Riyad As-Salihin 90 5.3 Rumusan Kajian 92 5.4 Implikasi Terhadap kajian 93 5.5 Cadangan 5.5.1 Pengkelasan Hadis dalam Aspek Kehidupan 96 5.5.2 Kitab Riyad As-Salihin Sebagai Sumber Rujukan 96 5.5.3 Kitab Bacaan Harian 97 5.5.4 Penggunaan Metodologi Larangan Dan Suruhan Dalam Kitab Riyad As-Salihin 98 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 99 5.7 Penutup 100 BIBLIOGRAFI 101 LAMPIRAN A LAMPIRAN B

xii SENARAI SINGKATAN BBM Bil. Dll. Dr. Hj. IPTA IPTS P&P Prof PSZ R.a SAW SWT UTM Bahan Bantu Mengajar Bilangan Dan lain-lain Doktor Haji Institut Pengajian Tinggi Awam Institut Pengajian Tinggi Swasta Pengajaran dan Pembelajaran Professor Perpustakaan Sultanah Zanariah Radhiallahu Anhu Sallallahu alaihi wasallam Subhanahu wata ala Universiti Teknologi Malaysia

xiii SENARAI RAJAH NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.1 Pembahagian Larangan dalam Kitab Riyad As-Salihin 38 4.2 Kurikulum Larangan 38 4.3 Pembahagian Haram 39 4.4 Pembahagian Makruh 39 4.5 Pengharaman Dalam Aspek Akhlak 40 4.6 Pengharaman Dalam Aspek Akidah 44 4.7 Pengharaman Dalam Aspek Ibadah 52 4.8 Makruh Dalam Aspek Akhlak 55 4.9 Makruh Dalam Aspek Akidah 61 4.10 Makruh Dalam Aspek Ibadah 69 4.11 Metodologi Kitab Riyad As-Salihin 73 4.12 Bahan Bantu Mengajar 77 5.1 Model Pendidikan Larangan Dalam Agama 84 5.2 Model Sahsiah Terpuji 93 5.3 Model Pembentukan Ummah 93 5.4 Model Perancangan Pendidikan 94

xiv SENARAI LAMPIRAN NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A B Senarai Definisi Operasional, Tema dan Kod Tema Contoh Vabatim

BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Dewasa kini, masyarakat sering melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam kehidupan secara sengaja atau tidak sengaja sedangkan mereka telah pun mengetahui dan mempelajarinya. Setiap kehidupan mempunyai peraturan dan perintah yang perlu diikuti sebagai syariat dalam mendapatkan keredaan dan keberkatan daripada Allah SWT. Untuk mencapai ke tahap tersebut, manusia perlu mencari kebaikan dan menghindari kemaksiatan. Perkara ini telah dinyatakan dalam firman Allah SWT : Bermaksud: Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dalam kalangan orang yang soleh. (Surah Ali Imran, 3:104)

2 Berdasarkan ayat tersebut, dapat dijelaskan bahawa Allah SWT telah menjanjikan syurga dan neraka sebagai balasan bagi sesiapa yang melakukan amar ma ruf nahi munkar. Segala yang berlaku adalah ketetapan daripada-nya dan manusia diciptakan hanya kerana untuk beribadat kepada-nya sahaja. Kalimah Islam mempunyai dua makna iaitu yang pertama nas (teks) wahyu yang menjelaskan din (agama) Allah dan yang kedua, Islam merujuk pada pelaksanaan daripada sudut perbuatan manusia yang berlandaskan kepada keimanan dan ketundukan manusia kepada nas (teks) wahyu yang berisi ajaran din (agama) Allah. Berdasarkan makna yang pertama, Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW berbeza dengan yang dibawa oleh rasul-rasul yang lain. Agama yang dibawa Nabi Musa a.s lebih universal dibandingkan dengan agama yang dibawa oleh Nabi Nuh a.s. Oleh kerana itu, tidak hairan jika al-qur an pun ada menyebutkan mengenai kitab Taurat. Firman Allah SWT : Maksudnya: Dan Kami telah menuliskan bagi Nabi Musa pada lauh-lauh (Taurat) itu, dari pelbagai jenis nasihat pengajaran dan penjelasan bagi tiap-tiap sesuatu (dasar syariat dan hukumhukumnya). oleh itu, terimalah Dia (dan amalkanlah Wahai Musa) dengan bersungguh-sungguh, dan suruhlah kaummu berpegang (serta mengamalkan) yang sebaik-baiknya (iaitu suruhansuruhannya). Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri orang yang fasik - derhaka". (Surah Al-A raf, 7:145) Islam yang didakwahkan oleh Nabi Muhammad SAW lebih luas dan universal daripada yang dibawa oleh nabi- nabi sebelumnya. Ia merujuk kepada nabinabi sebelumnya yang diutuskan hanya untuk kaumnya sendiri sahaja. Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk seluruh umat manusia. Oleh kerana itu, Islam

3 yang dibawanya lebih luas dan menyeluruh. Oleh kerana itu, al-qur an menjadi salah satu rujukan dalam menjelaskan dan menunjukkan tentang segala sesuatu kepada manusia. Firman Allah SWT : Maksudnya: Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (Wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu al-quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam. (Surah An-Nahl, 27:89) Sedangkan yang belum dijelaskan secara menyeluruh dan terperinci dalam al- Qur an dan as-sunnah, dapat diketahui dengan jalan pengambilan hukum oleh para mujtahid umat Islam (istinbath). Kitab dan sunnah telah menjelaskan semua persoalan yang berkait dengan akidah, ibadah, ekonomi, sosial kemasyarakatan, perang dan damai, undang-undang dan kehakiman, ilmu, pendidikan dan kebudayaan, serta hukum dan pemerintahan. Para ahli fiqh membuat klasifikasi ajaran Islam ke dalam persoalan akidah, ibadah, akhlak, muamalah, dan uqubah. Sejarah dalam kisah Rasulullah SAW merupakan bukti bahawa Rasulullah merupakan ikutan dan tauladan yang terbaik untuk kehidupan umat mausia. Setiap percakapan, perbuatan dan sifat baginda SAW telah dinyatakan di dalam hadis-hadis yang bertaraf sahih yang mutawattir daripada Rasulullah SAW. Firman Allah SWT :

4 Bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyakbanyaknya (dalam masa susah dan senang). (Surah Al-Ahzab, 33:21) Bersandarkan ayat di atas, jelas menunjukkan sifat keperibadian Rasulullah yang baik sekaligus menjadi contoh yang perlu diikuti oleh seluruh umat Islam di dunia ini. Oleh itu, sunnah Rasulullah SAW itu perlu diikuti dan dijadikan sebagai sumber kedua selepas al-quran al-karim. Pelbagai pendekatan yang termaktub di dalam hadis Rasulullah juga mempunyai ikutan atau suruhan serta larangannya. Namun, kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji merujuk kepada laranganlarangan yang berlaku di dalam kehidupan tanpa disedari masyarakat dalam pendekatan larangan beragama seperti mengumpat, tidak memakai kasut atau selipar ketika keluar dari rumah atau ketika memasuki tandas, mempercayai sihir, melakukan sumpah secara sewenang-wenangnya dan sebagainya. Peraturan merupakan suatu yang telah ditetapkan sebagai panduan di dalam kehidupan. Setiap perkara memerlukan peraturan dan undang-undang. Larangan pula adalah suatu yang ditegah daripada melakukannya. Justeru dalam kajian ini, pengkaji akan memfokuskan kajian yang berkaitan dengan peraturan larangan yang menjadi perbincangan salah seorang sarjana Islam yang terkenal iaitu Imam al-nawawi dalam kitab beliau Kitab Riyad al-salihin. Manakala dalam bab ini pengkaji akan menerangkan beberapa topik berkaitan dengan latar belakang masalah, objektif dan persoalan kajian, kepentingan dan skop kajian.

5 1.2 Latar belakang Masalah Sebagai manusia biasa, mereka tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesalahan. Oleh itu, orang yang melakukan dosa dan kesalahan hendaklah memohon keampunan kepada Allah SWT dengan cara bertaubat kepada-nya. Ia merangkumi sama ada dosa itu dilakukan oleh dirinya sendiri atau dengan menyuruh orang lain melakukannya. Firman Allah SWT : Bermaksud : Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). (Surah al-a raf, 7:200-201) Berdasarkan ayat di atas, dapat diketahui bahawa Allah SWT sentiasa menggalakkan manusia bersifat amar ma ruf nahi munkar. Namun, yang terjadi sekarang adalah segalanya kehendak manusia itu sendiri. Mereka mampu untuk menahan diri daripada melakukan perkara-perkara munkar tetapi tidak mampu untuk menangkis hasutan yang kuat dari syaitan yang dilaknat. Merujuk kepada isu masa kini, dapat dilihat bahawa salah satu perkara larangan dalam agama yang membawa kepada kerosakan iman dan mencemarkan nama islam itu sendiri adalah perkara sumpah. Hal ini berkaitan dengan perbuatan sumpah yang dilakukan di mahkamah seperti yang berlaku dalam kes Anwar Ibrahim yang dituduh melakukan kesalahan liwat. Kes ini merupakan kes yang menjadi isu hangat sehinggakan berita tersebut tersebar luas di akhbar-akhbar tempatan seperti

6 Berita Harian, Utusan Malaysia, Metro dan sebagainya. Menurut kes tersebut, plaintif iaitu saiful telah melakukan perbuatan bersumpah dengan nama Allah untuk membuktikan keterangan yang beliau berikan adalah benar namun defenden iaitu Dato seri Anwar Ibrahim menafikan perbuatan tersebut sekeras-kerasnya. Oleh yang demikian, perbuatan tersebut dilihat sebagai perkara yang sensitif dalam agama kerana sumpah yang dilakukan boleh membawa kepada kebaikkan juga keburukan yang melaknat pelaku sumpah tersebut. Perbahasan ulama dan tokoh-tokoh Islam juga banyak memperihalkan mengenai masalah dalam kehidupan terutama dari aspek akidah, ibadah dan ak hlak. Banyak penulisan dan kitab-kitab yang dikarang oleh tokoh-tokoh ulama telah menjadi sumber rujukan kepada masyarakat sebagai panduan kepada sesuatu perkara yang berlaku. Ianya juga menjadi sumber rujukan kepada mahasiswa mahasiswi di dalam menuntut segala ilmu yang melibatkan persoalan agama. Kitab-kitab yang diterbitkan juga seperti Sahih Bukhari, Hadis 40, Syarah Arbain Nawawi dan sebagainya merupakan kitab-kitab yang membahaskan tentang suruhan dan larangan yang wujud di dalam agama Islam. Diantara contoh suruhan yang dikarang adalah seperti melenyapkan kemungkaran dan bid ah, mengajarkan hakikat Islam, iman dan ihsan, mengajarkan ibadah, menjaga kesucian hati dan sebagainya. Segalanya adalah di antara perkara yang perlu diketahui oleh masyarakat seluruhnya agar mereka memahami apakah tuntutan agama sebenarnya. Setiap perbahasan yang terkandung di dalam kitab-kitab yang dikarang itu bertujuan membentuk akidah, ibadah dan akhlak. Namun, kajian ini hanya melihat dari perspektif perkara-perkara yang dilarang dalam agama. Ia merujuk kepada salah satu kitab yang dikarang oleh Imam Nawawi yang berjudul Riyad as-salihin.

7 1.3 Pernyataan Masalah Kajian ini hanya menyentuh kepada satu aspek iaitu aspek larangan yang terkandung di dalam teks Kitab Riyad as-salihin. Secara keseluruhannya, kajian memfokuskan kepada teks hadis yang merujuk kepada aspek akidah, ibadah dan akhlak. Melihat kepada bab larangan yang di dalam kitab Riyad as-salihin, pengkaji mengkaji sejauh manakah perbincangan mengenai larangan tersebut diperbahaskan di dalam kitab Riyad as-solihin oleh Imam Nawawi. Larangan yang wujud dalam kitab Riyad as-salihin merupakan perkara yang boleh membawa kepada rosaknya iman seseorang itu. Perkara ini adalah sangat bahaya jika dibiarkan dan ianya boleh membawa kepada kerosakan dari sudut akidah, ibadah dan akhlak. Salah satu perkara yang dilarang adalah penggunaan istilah sumpah yang berlaku di dalam masyarakat sekarang. Hanya kerana mahu memberikan keyakinan dalam sesuatu perkara maka mereka sanggup menggunakan perkataan sumpah dengan sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, masyarakat sekarang suka bersumpah atas nama makhluk seperti masyarakat hindu. Mereka lebih suka meyakinkan orang lain dengan bersumpah atas nama ibu mereka sendiri. Bagi mereka, ia sudah memadai sedangkan umat Islam dilarang untuk melakukan perkara sebegitu. Oleh itu, umat Islam dituntut agar berhati-hati dalam membuat sumpah. Sumpah hanya milik Allah SWT dan atas namanya sahaja sesuatu sumpah itu boleh dilakukan. Umat Islam hendaklah berpegang teguh kepada Allah.SWT dalam semua perkara dan hanya bergantung dan berharap kepada Allah.SWT semata-mata. Jika dilihat dengan lebih mendalam, punca berlaku kerosakan iman sebegini adalah berpunca dari masalah hati. Hati memainkan peranan penting membentuk aspek-aspek akidah, ibadah dan akhlak dalam melahirkan peribadi yang baik dan sekaligus mempunya masyarakat yang harmoni. Bertepatan dengan satu hadis, Rasulullah SAW. bersabda, Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada sebuah

8 jasad. Jika ia baik, akan baiklah seluruh amal manusia. Jika ia rosak, akan rosak seluruh amalnya. Ketahuilah ia adalah hati. (Hadis Riwayat Ahmad). Oleh yang demikian, pengkaji mengambil inisisatif untuk mengkaji dan menganalisi Kitab Riyad al-salihin hasil penulisan Imam al-nawawi dan mengambil segala pendidikan dan pengajaran yang terkandung di dalam hadis-hadis yang terkumpul di dalamnya. 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah:- 1.4.1. Membincangkan kaedah pendidikan yang terdapat di dalam bahagian larangan di dalam kitab Riyad as-salihin. 1.4.2. Melihat aspek-aspek larangan dari segi aqidah yang terdapat dalam teks kitab Riyad as-salihin. 1.4.3. Melihat aspek-aspek larangan dari segi ibadat melalui paradigma Imam Nawawi menurut teks kitab Riyad as-salihin 1.4.4. Melihat aspek-aspek larangan dari segi akhlak melalui paradigma Imam Nawawi menurut teks kitab Riyad as-salihin 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan objektif kajian yang dikemukakan di atas, kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut:

9 1.5.1. Apakah kaedah pendidikan yang dibawa oleh Imam Nawawi yang terdapat di dalam kitab Riyad as-salihin? 1.5.2. Apakah aspek-aspek larangan dari segi akidah yang telah dibawa oleh Imam al-nawawi menurut kitab Riyad as-salihin? 1.5.3. Apakah aspek-aspek larangan dari segi ibadat yang telah dibawa oleh Imam al-nawawi menurut kitab Riyad as-salihin? 1.5.4. Apakah aspek-aspek larangan dari segi akhlak yang telah dibawa oleh Imam al-nawawi menurut kitab Riyad as-salihin? 1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini bertujuan untuk membentuk kurikulum dalam mempelajari dan mengetahui larangan-larangan yang menjadi titik tolak kepada pembentukan seseorang individu. Ia merupakan pembelajaran yang penting untuk mengetahui larangan-larangan dalam beragama yang telah digariskan agar seseorang itu dapat memelihara diri mereka daripada kerosakan di dalam aspek seperti akidah, ibadah dan akhlak. Kajian ini dapat mendedahkan cara pembetukan sahsiah dan individu yang telah rosak melalui paradigma yang telah dibawa oleh Imam al-nawawi di dalam kitab Riyad as-salihin. Kajian ini lebih merujuk kepada pengajaran yang terkandung di dalam hadis yang telah ditulis oleh Imam al-nawawi dalam aspek akidah, ibadat dan akhlak yang menjadi rujukan kepada semua golongan. Oleh itu, kajian ini bersesuaian di baca oleh semua golongan terutamanya golongan mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta (IPTA/S). Hasil kajian ini juga dapat memberi pengetahuan kepada semua golongan masyarakat tentang perkara-perkara yang dilarang di mana selama ini dilakukan tetapi tidak diketahui ianya adalah perkara yang membawa kepada kerosakan akidah, ibadah dan akhlak seseorang. Dalam firman Allah SWT:

10 Bermaksud: Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkannya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkannya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. (Surah al-a raf, 7:33) Dapatan kajian ini juga penting kepada golongan guru-guru kerana ianya boleh dijadikan sumber rujukan dan sebagai salah satu kurikulum dalam pendidikan yang berbentuk sahsiah dan akhlak terhadap pelajar masa kini. Oleh yang demikian, perkembangan tahap pembentukan jati diri pelajar dapat dikembangkan dan diterapkan agar mereka mencapai kehidupan yang baik dan sempurna dengan nilainilai murni yang terpuji. Malahan, didikan seperti ini boleh membawa kepada pembinaan masyarakat yang teguh dari sudut rohani dan jasmani mereka. Seterusnya, kajian ini juga boleh dijadikan rujukan kepada golongan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka ke arah kehidupan yang bahagia dan diredhai Allah SWT. Perkembangan anak-anak perlu dipantau oleh ibu bapa dan mereka perlu sentiasa diberikan perhatian terutama dalam didikan agama. Hal ini bagi memastikan perkembangan anak-anak tersebut dapat dibina dengan cara yang baik dan sihat serta mampu menjaga diri mereka daripada unsur-unsur negatif. Didikan agama yang dipupuk dalam diri anak-anak juga mampu melahirkan insan yang kamil agar menjadi seorang yang soleh dan solehah.

11 1.7 Skop Kajian Skop kajian ini hanyalah mengkaji teks-teks hadis yang terkandung di dalam kitab Riyad as-salihin yang ditulis oleh Imam al-nawawi. Teks-teks tersebut hanya memfokuskan kepada peraturan larangan yang terkandung di dalam kitab tersebut. Peraturan larangan yang di maksudkan adalah melihat dari aspek haram dan juga makruh yang terkandung di dalam bab larang tersebut. Kajian ini juga menyentuh kepada aspek pendidikan dari segi metodologi pengajaran hadis dan kurikulum yang berbentuk akidah, ibadat dan akhlak. Tempoh masa yang telah ditetapkan untuk membuat kajian adalah selama dua semester iaitu bermula sepanjang tempoh berada di Tahun 4 (semester 7 dan semester 8). Kajian ini hanya dijalankan di sekitar Universiti Teknologi Malaysia sahaja terutama di Perputakaan Sultanah Zanariah. Hal ini kerana memudahkan pengkaji dalam mencari bahan-bahan dan maklumat tambahan bagi melaksanakan kajian yang dijalankan. 1.8 Definisi Istilah Definisi istilah adalah penerangan mengenai istilah-istilah yang terangkum di dalam tajuk kajian. Ia menerangkan secara menyeluruh maksud dan makna tajuk kajian yang dilakukan. Berikut merupakan definisi istilah yang diguna pakai di dalam kajian. 1.8.1 Peraturan Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000:72), peraturan adalah segala yang telah ditentukan, ditetapkan atau garis panduan yang harus dituruti atau dipatuhi.

12 Menurut Kamus Za ba (2000: 79), peraturan diertikan sebagai disiplin yang ditetapkan, segala yang telah ditentukan dan harus dituruti atau dipatuhi. Menurut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2005:49) pula, peraturan merujuk kepada undang-undang (2005:1082) yang membawa maksud perlembagaan, dasar, hukum, kanun, ordinan, status, writ, diktum, akta, dekri atau enakmen. Di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000:1519), undang-undang memberi erti sesuatu peraturan yang digubal oleh kerajaan dan mesti dipatuhi. Merujuk kepada Kamus Za ba (2000:1222), ia diertikan dengan peraturan atau kuasa yang ditentukan oleh pihak pemerintah. Oleh itu, kajian ini lebih merujuk kepada bab yang berkaitan dengan peraturan yang terkandung merujuk kepada salah satu bab di dalam kitab Riyad as- Salihin. Pengkaji hanya memfokuskan kepada peraturan larangan yang menjadi perbincangan. 1.8.2 Larangan Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000:768), larangan adalah daripada perkataan larang iaitu menahan, menegah dan tidak membenarkan dari melakukan sesuatu. Larangan adalah sesuatu yang dilarang atau terlarang. Menurut Kamus Za ba (2000:688), larangan membawa erti sesuatu yang ditegah atau perintah menegah sesuatu perkara. Menurut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2005:481) pula, istilah larang membawa maksud tegah (2005:990) yang diertikan sebagai mengharamkan, tidak membenarkan, mencegah, menahan, menghalang dan menyekat. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000:1392) pula, tegah ialah sesuatu yang tidak dibenarkan

13 atau larangan. Menurut Kamus Za ba (2000:1125), tegah membawa erti yang sama iaitu perkara yang dilarang dan tidak boleh dilakukan. Oleh itu, larangan adalah merujuk kepada teks hadis yang terkandung di dalam Kitab Riyad as-salihin yang menyatakan perkara yang bersifat haram dan makruh apabila dilakukan. Malahan ianya merupakan tegahan kepada umat Islam jika dilakukan. 1.8.3 Kitab Riyad al-salihin Kamus Za ba (2000: 641) memberi makna kitab adalah buku yang mengandungi ajaran atau hukum keagamaan di dalamnya. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000:686), kitab diertikan sebagai buku suci yang mengandungi perkara-perkara keagamaan seperti hukum, ajaran dan lain-lain. Menurut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2005:443), kitab diertikan sebagai buku yang membawa maksud ensiklopedia, majalah, risalah, jurnal, brosur, karya dan edisi. Riyad adalah perkataan arab yang bermaksud taman. Merujuk kepada Kamus Besar Arab-Melayu Dewan (2006:989), berasal daripada perkataan روض yang diertikan sebagai tempat yang merujuk kepada taman. Tempat tersebut berada di dalam masjid nabawi di madinah yang diberi nama الروضة. Tempat itu diberi nama tersebut kerana ia dianggap sebagai tempat bumi yang menghijau yang merujuk kepada kebun atau taman yang akan diangkat oleh Allah SWT ketika berlakunya kiamat nanti. Firman Allah SWT :

14 Bermaksud : Adapun kumpulan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan ditempatkan di taman syurga Dalam keadaan bersuka ria. (Surah ar-rom, 30:15) Al-Salihin menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan (2006:1355), berasal daripada perkataan صلح iaitu terhapus keburukan daripadanya atau membuat sesuatu yang baik dan berfaedah. Perkataan الصالح pula membawa maksud orang-orang yang soleh yang istiqamah dalam menunaikan tanggungjawabnya. Riyad al-salihin secara keseluruhannya bermaksud taman orang-orang soleh. Kitab Riyad al-salihin merupakan satu kitab yang dikarang oleh Imam al-nawawi dengan mengumpulkan hadis-hadis yang boleh dijadikan panduan hidup terhadap seluruh umat manusia. 1.8.4 Kajian Teks Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997: 560) kajian membawa maksud kegiatan iaitu proses atau usaha mengkaji. Teks pula bermaksud kata-kata asli dari pihak pengarangnya, bukan terjemahan atau ulasan atau ringkasan yang telah dibuat. Kajian teks yang dilakukan oleh pengkaji adalah teks hadis yang hanya terdapat di dalam kitab Riyad al-salihin yang di tulis oleh Imam al-nawawi. 1.8.5 Imam Nawawi Beliau merupakan tokoh ulama fiqh yang berpegang kepada mazhab as- Syafi e. Nama sebenar beliau adalah Muhyiddin Abu Zakariya Yahya bin Muri bin Hasan bin Husain bin Muhammad bin Juma ah bin Hizam bin al-hizami al-

15 Dimashqi. Beliau dilahirkan di Nawa, selatan Damsyik pada bulan Oktober 1233. (Khairul Anuar (2010:3)). Menurut Khairul Anuar (2010:5), pendidikan awal beliau bertempat di Madrasah al-rwahiyah di Damsyik. Beliau tidak pernah berkahwin kerana terlalu sibuk dengan kehidupannya yang begitu zuhud. Beliau seorang yang sangat berani dalam memperjuangkan Islam. Riwayat beliau agak pendek kerana beliau menghembuskan nafas yang terakhirnya ketika berusia 45 tahun iaitu pada 22 Disember 1277 di kampung asalnya di Nawa.