PEMIMPIN AGAMA: MODEL EJEN PELAKSANA DIALOG ANTARA AGAMA DI MALAYSIA 1

Similar documents
FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

BAB DUA PEMIMPIN AGAMA SEBAGAI AJEN PELAKSANA DIALOG ANTARA AGAMA: ANALISA KONSEPTUAL DAN REALITI DI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Pengalaman Toleransi Beragama Belia Pelbagai Etnik

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Peranan Ngo Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal

POLA PENDEDAHAN INTERNET DAN IMPAKNYA TERHADAP KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UKM DAN USIM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

Special Issue 3 (2017): 011 ISSN: x

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

POWER QUALITY IMPROVEMENT BY DYNAMIC VOLTAGE RESTORER AND UNIFIED POWER QUALITY CONDITIONER USING FUZZY LOGIC FARIDULLAH KAKAR

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

FORECASTING REVENUE PASSENGER ENPLANEMENTS USING WAVELET-SUPPORT VECTOR MACHINE MOHAMAD AIMAN ZAINUDDIN

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

Faktor-Faktor Mempengaruhi Sumbangan Wakaf Tunai di Kuis

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

Transcription:

PEMIMPIN AGAMA: MODEL EJEN PELAKSANA DIALOG ANTARA AGAMA DI MALAYSIA 1 Khairulnizam Mat Karim 2 dan Suzy Aziziyana Saili 3 College of Foundation & General Studies Universiti Tenaga Nasional, MALAYSIA KhairulNizam@uniten.edu.my, suzy@uniten.edu.my Khadijah Mohd Khambali@Hambali 4 Academy of Islamic Studies University of Malaya, MALAYSIA ijamh@um.edu.my ABSTRAK Pemimpin Agama merupakan kumpulan yang paling penting dalam memastikan pelaksanaan dialog antara agama berjalan dengan lancar sama ada dialog luaran komuniti(inter-dialogue) mahupun dialog dalaman komuniti(intra-dialogue) terutama dalam konteks dialog penyelesaian konflik. Walaubagaimanapun dalam konteks Malaysia kumpulan Pemimpin Agama yang seharusnya berperanan sebagai ejen dalam konteks penyelesaian konflik tidak wujud dan dialog antara agama yang berperanan sebagai platfom untuk berbincang secara serius dan mendalam berkaitan isu antara agama tidak berlaku. Maka kesannya, isu-isu hubungan antara agama tidak pernah surut bahkan ada di antaranya berulang semenjak tahun 80 an lagi. Oleh itu berdasarkan kajian-kajian model dialog di peringkat antarabangsa didapati kumpulan pemimpin agama sangat relevan dan siknifikan untuk menjadi ejen dialog penyelesaian konflik. Maka dengan berdasarkan kajian-kajian tersebut penulis membangunkan satu model di mana kumpulan pemimpin agama dijadikan ejen utama dalam pelaksanaan dialog antara agama dalam konteks Malaysia dengan mengenalpasti kualiti dan ciri-ciri utama berdasarkan empat rasional iaitu (a) Rasional Normatif(Normative Rational), (b) Rasional Sumber Maklumat(Resources Rational), (c) Rasional aspek Pentadbiran(Governance Rational)dan (d) Rasional Ejen Penyatuan(Integrative Rational). Data awal dikumpul melalui edaran Soal Selidik terhadap dua kumpulan responden Pemimpin Agama Islam dan Kristian iaitu menggunakan kaedah Persampelan Bertujuan(Purposive Sampling) iaitu seramai 73 orang kesemuanya. Dari segi analisa data kajian menggunakan Kaedah Perbandingan Tetap(Fixed Comparative Method) dan Kaedah Analisis Matriks(Matrix Analysis Method) dan huraiannya adalah bersifat deskriptif. Hasil utama yang diperolehi adalah, kualiti dan ciri-ciri utama yang perlu ada dalam kalangan pemimpin agama untuk diangkat sebagai ejen pelaksana dialog antara agama di Malaysia bersama gabungan Empat Rasional berdasarkan kajian antarabangsa adalah, (1) Berilmu(Knowledgeable): terutama dalam memahami dan mengaplikasi konsep dialog antara agama. (2) Berpengalaman(Well Experienced): terutama dalam aktiviti dialog antara agama. (3) Personaliti yang baik(good Personality Religious): terutama mempunyai tahap keagamaan yang tinggi terhadap agama yang dianuti. (4) Mempunyai Hubungan Sosial yang baik(good Relationship Building): terutama mampu membina hubungan yang baik dalam konteks masyarakat plural seperti di Malaysia. Field of Research: Religious Leader, Model of Interfaith Dialogue. Organized by http://worldconferences.net 695

1. Latar belakang kajian Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada kajian utama berkaitan penglibatan pemimpin agama atau ketua agama di Malaysia dalam pelaksanaan dialog antara agama dan secara khusus dialog penyelesaian konflik. Pemilihan kumpulan pemimpin agama sebagai kumpulan yang seharusnya melaksanakan dialog di peringkat awal berbanding kumpulan-kumpulan lain seperti Badan-badan antara agama(interfaith bodies/organisation/network), Badan Bukan Kerajaan(Berkonsep Agama dan selain berciri agama), Ahli Akademik/Institusi Penyelidikan, Masyarakat Pertengahan(Middle group) dan Masyarakat Bawahan(Grassroot participant), telah diperjelaskan oleh beberapa pengkaji seperti Khairulnizam & Suzy Aziziyana Saili (2009: 62-63), United State Institute of Peace(2004), Sterland dan Beauclerk (2008), Mohamed Abu-Nimer (2001) dan Lowndes dan Chapman (2005). Kumpulan pengkaji seperti Khairulnizam, Khadijah Khambali dan Suzy Aziziyana (2013: 125-132) juga telah memperincikan dan memperkukuhkan lagi teori mengapa kumpulan pemimpin agama sangat penting dalam pelaksanaan dialog penyelesaian konflik dengan meneliti perbahasan pengistilahan perkataan pemimpin agama sehingga dapat membangunkan konsep utama pemimpin agama yang ideal daripada ciri-ciri yang wujud daripada istilah tersebut. Ciri-ciri itu meliputi keupayaan (1) Kualiti Fizikal Dalaman dan Luaran (seperti berpengalaman, mampu untuk memimpin, mengetuai, menerajui dan mengawasi perjalanan sesebuah organisasi, kumpulan dan kaum di bawah pimpinannya dengan baik termasuk kepimpinan keagamaan. (2) Kualiti Keagamaan dan Kualiti Kerohanian (Religious and Spiritual Quality) seperti mempunyai dan memahami konsep asas-asas Islam di dalam diri mereka iaitu Aqīdah, Sharī ah dan Akhlāq. Di antara ciri-ciri tersebut adalah seperti (a) mempunyai kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan, (b) tunduk dan patuh segala perintah agama, (c) taat beribadah, wara dan (d) mempunyai hubungan baik sesama manusia. (3) Berautoriti dan Berwibawa (Principle of Authoritative): kualiti ini dilihat dari sudut kewibawaan pemimpin agama untuk memimpin, memutuskan sesuatu keputusan serta mampu untuk menjadi kuasa penentu dan pengimbang dalam apa jua keadaan atau situasi. Dapatan kajian pengistilahan ini juga telah disokong dengan dapatan kajian lapangan oleh pengkaji lain dengan membangunkan rasionaliti kepentingan kumpulan pemimpin agama terlibat dalam dialog antara agama di peringkat awal dalam kontek bernegara. Di antara rasional tersebut adalah (1) Rasional Normatif(Normative Rational), (2) Rasional Sebagai Sumber Maklumat(Resources Rational), (3) Rasional Ejen Penyatuan(Integrative Rational). (Vivien Lowndes dan Racheal Chapman 2005: 10-35; Yasril Yazid 2005: 422-424; B. Cairns et al. 2005; T. Reith 2003; Farnell et al. 2003 dan J. Lewis 2001). Khairulnizam, Suzy Aziziyana dan Khadijah Khambali (2014) sekali lagi memperincikan kajian mereka dengan menghuraikan bahawa Islam turut memberi penekanan yang jelas terhadap peranan yang harus dilaksanakan oleh kumpulan pemimpin agama dalam dialog antara agama sama ada intra dialogue(dialog dalaman komuniti) mahupun inter dialogue(dialog luaran komuniti) terutama ke arah dialog penyelesaian konflik. Dalam membangunkan sebuah model iaitu model pemimpin agama sebagai ejen pelaksana dialog antara agama di Malaysia, penulis telah meneliti beberapa kajian khususnya kajian modelmodel dialog antara agama dalam dan luar Malaysia untuk disandarkan sebagai asas pembentukan sebuah model. Sebuah kajian oleh Khairulnizam dan Suzy Aziziyana (2012) terhadap responden yang terdiri daripada ketua-ketua organisasi agama mendapati bahawa kefahaman yang baik terhadap konsep asas dialog antara agama menyumbang kepada hubungan sosial yang baik di kalangan ketua organisasi agama seterusnya memberi impak positif terhadap kejayaan sesebuah program dialog. Di antara faktor yang menyumbang adalah (1) tahap pendidikan responden (termasuk tahap pendidikan agama), (2) latar belakang pekerjaan, (3) sumber pengetahuan terhadap dialog dan (4) pengalaman dalam aktiviti dialog. Manakala kajian-kajian model dialog luar negara pula seperti Organized by http://worldconferences.net 696

Wati Longchar(2009); Bill Sterland dan John Beauclerk(2008); M.J. Fitzssimmons(2008); Nicholas Doctor(2008); Anna Halsall dan Bert Roebben(2006); Vivien Lowndes dan Rachael Chapman(2005) United State Institute of Peace(2004); Marci Moberg(2003); dan Mohamad Abu Nimer( 2001), telah merumuskan bahawa faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan dialog serta memberi kesan terhadap hubungan sosial dalam model-model dialog tersebut adalah (1) tahap keagamaan, (2) faktor politik, (3) faktor tuntutan semasaa (organisasi yang menaungi pendialog) dan (4) faktor prestij. Maka dengan dapatan kajian model-model dialog sedia ada dalam dan luar negara, penulis telah menggabungkan seluruh faktor tersebut untuk digunakan dalam kerangka kajian ini iaitu dengan memberi fokus kepada faktor-faktor kejayaan sesebuah dialog dengan melibatkan peranan kumpulan pemimpin agama sebagai ejen utama. Di antara faktor-faktor tersebuat adalah, Faktor 1 (F1): Tahap / Agama, (2) Faktor 2 (F2): Pengalaman dalam aktiviti dialog, Faktor 3 (F3): Tahap Keagamaan, Faktor 4 (F4): Tuntutan Semasa (organisasi menaungi responden), Faktor 5 (F5): Faktor politik dan Faktor 6 (F6): Faktor prestij. Jadual 1 di bawah adalah rumusan analisa yang dijalankan oleh penulis terhadap 14 Model Dialog Antara Agama. Bil Jadual 1: Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan dialog dan juga kefahaman terhadap dialog antara agama termasuk faktor mempengaruhi kesan terhadap hubungan sosial Nama pengkaji/ Organisasi dan Tahun 1. Mohamad Abu-Nimer (2001) 1) Tranning Model of Interreligious Peacebuilding 2. Marci Moberg (2003) 2) Experiential Encounter Model Jenis Model Dialog Jenis Faktor/Dimensi Bilangan Faktor/ Dimensi 1. Tahap / Agama/ Proses 1. Pengalaman dalam Dialog/Hubungan Antara Agama 2. Tahap /Proses 1 2 3. United States Institute of Peace (2004) 3) Model for Elites(Top Religious Leaders) 1. Tahap /Proses 2. Pengalaman dalam dialog/hubungan Antara Agama 3. Tahap Keagamaan 4. Tuntutan Semasa(Organisasi) 4 4) Tolerance Model of Dialogue 5) Model for Religious Leader(Local Religious Leader) 1. Tahap /Proses 2. Tuntutan Semasa(Organisasi) 2 1. Tahap /Proses 2. Pengalaman dalam 4 dialog/hubungan Antara Agama 3. Tahap Keagamaan 4. Tuntutan Semasa(Organisasi) 4. Vivien Lowndes & Rachael Chapman (2005) 6) Model for Grassroot (Youth Leader) 1. Tahap /Proses 2. Tuntutan Semasa(Organisasi) 7) Grand Gesture Model 1. Faktor Politik 2. Prestij(Bentuk Program & Jawatan di sandang) 8) Faith Group Model 1. Tuntutan Semasa(Organisasi) 2. Tahap /Proses 3. Tahap Keagamaan 2 2 3 Organized by http://worldconferences.net 697

5. Anna Halsall & Bert Roebben (2006) 9) Education System Model(Religious Education) 1. Tahap /Proses 2. Tuntutan Semasa(Organisasi) 2 6. Nicholas Doctor 10) Multi-Tract Diplomacy Model 7. Michael James Fitzssimmons (2008) 8. Bill Sterland & John Beauclerk (2008) 11) Hospitality Model of Dialogue (Based on Christianity) 9. Wati Longchar (2009) 13) Education System Model(Thelogical Education) 10. Khairulnizam dan Suzy Aziziyana 1. Faktor Politik 2. Tuntutan Semasa(Organisasi) 3. Tahap /Proses 1. Tahap Keagamaan 2. Tahap /Proses 12) Peace Building Model 1. Tahap /Proses 2. Tuntutan Semasa(Organisasi) 14) Kefahaman Konsep Asas Dialog dan Kesan Terhadap Hubungan Sosial 1. Tahap /Proses 1 1. Tahap /Proses 2. Pengalaman dalam dialog/hubungan Antara Agama 3. Tahap Keagamaan Sumber: Rumusan analisa yang telah dilakukan oleh penulis terhadap 14 Jenis Model Dialog Antara Agama yang diperolehi literatur kajian. 3 2 2 3 2. Kerangka kerja kajian dan kerangka penetapan responden Dengan bersandarkan kepada kerangka kerja kajian Khairulnizam dan Suzy Aziziyana (2012) dan penyesuaian berdasarkan kajian literatur terkini maka penulis telah membina satu kerangka kajian baru dengan memberi fokus kepada pengukuran kefahaman konsep asas dialog antara agama dan kesan terhadap hubungan sosial dalam kalangan kumpulan pemimpin agama. (Rujuk Gambarajah 1) Dalam kajian ini penulis menggunakan pendekatan induktif iaitu responden adalah terdiri hanya daripada kumpulan pemimpin agama Islam dan Kristian di Malaysia. Penetapan responden pemimpin agama ini adalah berdasarkan proses diagnosis yang dilakukan oleh penulis dalam konteks pelaksanaan dialog antara agama di Malaysia. Diagnosis tersebut diberi nama Diagnostic RL (Religious Leader)(Rujuk Kotak 1). Maka bersandarkan dapatan kajian ini penulis akan dapat membangunkan model awal dengan memberi penekanan kepada kriteria atau ciri utama pemimpin agama yang diperlukan sebagai ejen dialog antara agama di Malaysia. Gambarajah 1.: Diagram di bawah adalah rangka kerja penyelidikan dan metodologi yang akan diaplikasi dalam keseluruhan penyelidikan. Organized by http://worldconferences.net 698

Independen Variabel Dependen Variabel Kefahaman Ketua Agama Soal Selidik(Utama) Kesan Hubungan Sosial 2. Workplace Experiences Several terms has been used to describe workplace bullying in the recent decade. In Rendah the U.K. the term bullying are widely used (Monks, Smith, Naylor, Barter, Ireland & Coyne, 2009). Mobbing is the term in some Nordic and German-speaking countries such as Sweden (Zapf & Einarsen, 2001), other terms include abusive supervision (Tepper, 2000), and emotional abuse (Keashly & Harvey, 2005). Petanda Pengukuran Kefahaman Konsep Asas- Asas Dialog Antara Agama: 1. Definisi 2. Tujuan 3. Prinsip 4. Panduan 5. Peraturan Ukuran kefahaman - (Skala Likert): Sangat Faham Faham Tidak Pasti Tidak Faham- Sanagt Tidak Faham 3. Workplace Dissonance Faktor Mempengaruhi 1. Tahap / Agama/Proses 2. Pengalaman dalam dialog antara agama 3. Tahap Keagamaan 4. Tuntutan Semasa(Organisasi) 5. Faktor Politik 6. Faktor Prestij 7. Faktor Gender ** Analisa Data(Deskriptif) Workplace bullying has the potential to have devastating effects on an employee s life, family, and career (Namie Kaedah & Perbandingan Namie, 2003). Tetap Trainees are no exception as they are Kaedah also exposed Analisis Matriks to the risk of (Fixed Comparison Method) (Matrix Analysis) negatives acts at work. Trainees with limited training and experiences in facing with hotel work challenges, will compromise their relationship with customers once ill emotional state took place. They would have to fake what they really feel in order to deliver prompt and outstanding service. : Faktor mempengaruhi kefahaman dan kesan (malalui kajian literatur model-model dialog antara agama). : Faktor mempengaruhi kesan sahaja (melalui kajian literatur model-model dialog antara agama). ** : Faktor tambahan daripada penulis berdasarkan observasi dalam konteks semasa. Pengukuran /Analisa Kesan Hubungan Sosial: 1. Interaksi Sosial 2. Sikap Ekslusif 3. Sikap Altruistik 4. Kerjasama dalam penyelesaian konflik 5. Hal-hal Dakwah dan Missionary Ukuran/Analisa kesan hubungan - (Skala Likert, Multi Soal Selidik) Sangat Tinggi Tinggi Sederhana Rendah Sangat Sumber: Kerangka penyelidikan di atas ini adalah dibangunkan berdasarkan kepada masalah kajian dan literatur kajian Organized by http://worldconferences.net 699

Rasional Penglibatan Pemimpin Agama Normatif Sumber Maklumat Pentadbiran Ejen Penyatuan Elemen Rasional Komitmen bersepadu Modal Insan Partisipasi/Penyertaan Mediator Beridentiti unggul Modal Sosial Mewakili agama Juru cakap Bersifat pelbagai Modal Fizikal Kepimpinan Sumbangan dalam masyarakat majmuk Role Model/Motivasi: Rujukan/Tempat bergantung: Hasil: Membangun Platfom Dialog Matlamat: Perpaduan Masyarakat Pengaruhi masyarakat dalam bentuk hubungan antara agama / dialog Menambah kefahaman masyarakat formal tidak formal Penyelesaian Konflik Kesatuan Kerakyatan Cabaran kepada Pembuat Dasar Kefahaman Aspek Agama yang tinggi Kepelbagaian ideologi/pemikiran Wujud Konflik Cabaran kepada Jaringan Kumpulan Kurang kefahaman konsep asas Pemimpin-pemimpin Agama dialog/matlamat Masalah Mengimbangi Komitmen kepada agama sendiri/tugas Pembentukan Intitusi Bentuk program /platfom kesedaran kepentingan hubungan antara agama/penerangan isu-sisu Aktifkan dialog tidak formal/dialog harian kalangan masyarakat (intra dialog) Pengaruhi masyarakat Penentuan Ketua Pengaruh Politik Menentukan/Menilai Pemberian Mandat Wujud keperluan pemberian insentif Ketidaktepatan maklumat Pembinaan jaringan Keperluan peka kepada realiti /wakil/sokongan semasa Meningkatkan Memperbaharui/Meningkatkan pemahaman/keperluan dialog keilmuan antara agama di kalangan masyarakat Penjanaan sumber institusi Keperluan kepada latihan kepimpinan agama hal-hal hubungan antara agama Sokongan kerajaan (dalaman) Keperluan infrastruktur dilalog atau hubungan antara agama Lahirkan ideologi baru Mampu lahirkan pengaruh/kumpulan Kecaman melahirkan fahaman pluralisma agama Sokongan luar daripada kerajaan Keperluan bina satu platfom menyatukan seluruh wakil pemimpin agama Pemantauan berterusan/bukan ketika wujud konflik sahaja Aktifkan dialog tidak formal Organized by http://worldconferences.net 700

Pemimpin Agama Konteks Malaysia (Kontek Perlembagaan, Enakmen dan Struktur Kristian) Islam: Mufti dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan/Wakil Majlis/ Jab. Agama Islam Negeri/Jabatan Agama Islam Negeri Sumber kefahaman asas-asas hubungan antara agama Sumber penyelesaian isuisu/konflik antara agama kalangan pemimpin agama/komunikasi beterusan AJK Fatwa Kebangsaan, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Majlis Agama /Jabatan Agama Negeri Kristian: Paderi & AJK di peringkat Nasional Sumber kefahaman asas-asas hubungan antara agama Sumber penyelesaian isuisu/konflik antara agama Persekutuan Kristian Malaysia Gereja Katolik Majlis Gereja Se Malaysia Gereja Evangelical Perlu menyertai Majlis Antara Agama/Forum yang ditubuhkan oleh Kerajaan. Kotak 1: Diagnostic RL (Religious Leader): dari konseptual ke realiti di Malaysia Sumber: Adaptasi dan gabungan oleh penulis berdasarkan model Vivien Lowndes dan Rachael Chapman Organized by http://worldconferences.net 701

4. Objektif kajian Objektif kertas kerja ini adalah untuk (1) menganalisa ciri-ciri utama ejen pelaksana dialog antara agama di Malaysia, (2) membentuk model pemimpin agama sebagai ejen pelaksana dialog antara agama di Malaysia. (3) membina model aliran proses pelaksanaan dialog semasa konflik dan dialog secara berkala. 5. Metodologi (a) Sampel Kajian. Kumpulan responden yang ditetapkan berdasarkan kerangka penetapan responden berdasarkan Diagnostic RL(Religious Leader) sepertimana dalam Kotak 1. Bagi responden Islam adalah (1) Ahlijawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang terdiri daripada para Mufti setiap negeri, ahli lantikan pakar bidang agama dan bidang terpilih dan (2) Pegawai Agama Bahagian Dakwah Negeri bagi responden Islam. Manakala bagi responden Kristian adalah (1) Ahlijawatankuasa Tertinggi Majlis Gereja-Gereja semalaysia (CCM) yang terdiri daripada para Paderi dan (2) Ahli Bersekutu dan Gabungan Majlis Gereja-Gereja SeMalaysia (CCM) juga terdiri daripada para Paderi dan Ketua-ketua organisasi. Majlis Gereja-Gereja SeMalaysia (CCM) juga adalah ahli Persekutuan Kristian Malaysia di mana terdapat Ahli Tertingginya menjadi Ahlijawatankuasa Persekutuan Kristian Malaysia di peringkat nasional. Di dalam kaedah penyelidikan, prosedur penyelidikan ini dikategorikan sebagai Persampelan Bertujuan (Purposive sampling) (Chua Yan Piaw, 2006, Berg, 2009; dan Merriam, 1998) iaitu merujuk kepada sekumpulan subjek yang mempunyai cici-ciri dan faktor-faktor tertentu untuk dipilih sebagai responden. Responden Responden Islam Responden Kristian Jadual 2 di bawah menunjukkan populasi sampel yang sebenar dan populasi sampel yang diperolehi semasa proses pengumpulan data melalui kaedah soal selidik. Kategori Responden Jumlah Populasi Mengikut Kategori AJK Fatwa Kebangsaan 22 Pegawai Agama Dakwah Negeri Paderi(AJK Tertinggi CCM dan Ahli CCM) Ketua, Ahli Bersekutu & Gabungan CCM Jumlah Populasi Responden Jumlah dapatan sampel mengikut kategori 36 22 14 14 24 15 13 37 13 Jumlah dapatan sampel keseluruhan 36 28 Peratus dapatan sampel 100 % 76 % JUMLAH 73 64 88 % Jadual 2: Jadual Populasi dan Sampel kajian bagi kumpulan ketua agama Islam dan Kristian Merujuk kepada Jadual 2 di atas sampel yang diperolehi daripada responden Pemimpin Agama Islam dan Kristian adalah 36 dan 28 responden dan keseluruhan populasi responden adalah Organized by http://worldconferences.net 702

seramai 64. Berdasarkan kepada pengiraan populasi-sampel, Krejcie dan Morgan sebagaimana yang dihuraikan oleh Chua Yan Piaw (2006) dalam Jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970), jika (1) populasi kajian adalah 70 maka sampel yang terbaik adalah 59. Manakala jika populasi seramai 75 maka sampel terbaik adalah 63 responden. Maka dengan jumlah populasi kajian dan sampel yang telah dikumpul oleh penulis dalam kajian ini iaitu 73 64 maka ia berada di tengahtengah jadual penentuan saiz sampel dan jumlah itu mempunyai kesahan yang tinggi dengan 88% (64 responden daripada 73 jumlah populasi) untuk data-data tersebut dianalisa. (b) Pengumpulan data soal selidik. (i) Data soal selidik pemimpin agama Islam: borang soal selidik diedarkan dengan bantuan dan kerjasama Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM). Manakala kaedah pos telah digunakan terhadap responden Pegawai Agama Bahagian Dakwah Negeri. (ii) Data soal selidik pemimpin agama Kristian: borang soal selidik telah diedarkan kepada setiap responden dengan kaedah pos kepada alamat responden sebagaimana diperolehi di dalam laman sesawang Majlis Gereja-Gereja SeMalaysia. (c) Analisa data Penulis menggunakan dua kaedah untuk menganalisa data iaitu (1) Kaedah Perbandingan Tetap dan (2) Kaedah Analisis Matriks di mana amat bersesuaian dengan kajian yang akan dijalankan di mana kaedah ini telah digunakan oleh Khairulnizam Mat Karim dan Suzy Aziziyana Saili (2012), Jeanne Bee- Tin Lian (2010) dan Ghazali Basri (1988). 6. Dapatan kajian dan Analisa Kertas kerja ini tidak akan membincangkan dapatan kajian secara khusus terhadap dapatan kefahaman dan kesan hubungan sosial responden Islam dan Kristian tetapi hanya akan meneliti analisa daripada dapatan tersebut kerana fokus kertas kerja ini adalah untuk membentuk model daripada dapatan keseluruhan kajian sahaja. Untuk huraian dapatan kajian kefahaman reponden terhadap konsep asas dialog antara agama dan kesan hubungan sosial rujuk Khairulnizam, Khadijah Khambali dan Suzy Aziziyana (2014). Maka untuk membentuk model ejen dialog penulis telah melakukan satu diagnosis terhadap dapatan kajian kefahaman dan kesan hubungan sosial responden seperti dalam Jadual 3 di bawah. Diagnosis itu diberinama Diagnostic Understanding on Interfaith Dialogue Basic Concept and Effects to Social Relation (Diagnostic Understanding IFD-SR) Organized by http://worldconferences.net 703

Bil Kategori Responden 1. AJK Fatwa Kebangsaan 2. Pegawai Agama Dakwah Negeri Tahap Kefahaman Faham (F) Faham (F) Purata Keseluruhan Kefahaman Faham (F) Faktor Kefahaman F1 F2 F3 F1 F2 F3 Kesan Hubungan Sosial Faktor Kesan Purata Setiap Kumpulan Kesan Hubungan Sosial K1 Rendah (R) F4 K2 Sederhana F1, F2, F3 (SD)/Pertengahan K3 Sederhana F1, F2, F3, F4 (SD)/Pertengahan K4 Sederhana F1, F2, F3, F4, F5 (SD)/Pertengahan K5 Tinggi (T) F4 K1 Rendah (R) F4 K2 Sederhana F1, F2, F3 (SD)/Pertengahan K3 Sangat Tinggi (ST) F1, F2, F3, F4 K4 Tinggi (T) F1, F2, F3, F4, F5 K5 Tinggi (T) F4 Sederhana (SD)/ Pertengahan Tinggi (T) Purata Keseluruhan Kesan Hubungan Sosial Islam & Kristian Sederhana (SD)/ Pertengahan 3. Paderi(Ahli CCM) Sangat Faham (SF) F1 F2 F3 K1 Tinggi (T) F4 Tinggi (T) K2 Rendah (R) F1, F2, F3 K3 Santa Tinggi (ST) F1, F2, F3, F4 K4 Tinggi (T) F1, F2, F3, F4, F5 K5 Tinggi (T) F4 4. Ketua Organisasi Kristian(Ahli Bersekutu & Gabungan CCM) Tidak Pasti (TP) Faham (F) F1 K1 Sangat Rendah (SR) F1 Tinggi (T) K2 Rendah (R) F1, F2, F3 K3 Tinggi (T) F1, F2, F3, F4 K4 Tinggi (T) F1, F2, F3, F4, F5 K5 Tinggi (T) F4 Tinggi (T) Jadual 3: Diagnostic Understanding IFD-SR Organized by http://worldconferences.net 704

Petunjuk: Faktor Kefahaman (F) F1 F2 F3 F4 F5 Kesan hubungan social (K) K1 K2 K3 K4 K5 Purata keseluruhan adalah dalam Kategori Faham bagi responden Islam dan Kristian Tahap / Agama/Proses Pengalaman dalam Dialog Antara Agama Tahap Keagamaan Tuntutan Semasa Organisasi Tuntutan Politik Purata Kesan Hubungan Sosial bagi responden Islam adalah dalam kategori Sederhana/Pertengahan dan responden Kristian dalam kategori Tinggi Interaksi Sosial Sikap Ekslusif Sikap Altruistik Kerjasama dalam penyelesaian konflik Hal-hal dakwah dan misionari Daripada Jadual 3 di atas, kajian menunjukkan bahawa; (1) Secara perbandingan tahap kefahaman Pemimpin Agama Islam dan Kristian terhadap konsep asas dialog antara agama adalah sama iaitu pada tahap Faham (F). (2) Terdapat hanya tiga faktor yang mempengaruhi kefahaman Pemimpin Agama Islam dan Kristian terhadap konsep asas dialog antara agama iaitu Faktor Pertama (F1): Tahap / Agama/Proses, Faktor Kedua (F2): Pengalaman dalam dialog antara agama dan Faktor Ketiga (F3): Tahap Keagaman. (3) Tahap, Agama dan Proses iaitu pendidikan formal sebagai medan utama untuk mendapatkan maklumat mengenai dialog antara agama adalah saling berkaitan, selari dan amat penting dalam menentukan tahap kefahaman yang baik di kalangan Pemimpin Agama Islam dan Kristian. (4) Secara perbandingan tahap kesan hubungan sosial Pemimpin Agama Kristian adalah lebih baik berbanding Pemimpin Agama Islam iaitu tahap Tinggi (T) berbanding tahap Sederhana (SD). (5) Secara keseluruhan terdapat lima faktor yang mempengaruhi tahap kesan hubungan sosial Pemimpin Agama Islam dan Kristian iaitu Faktor Pertama (1): Tahap / Agama/Proses, Faktor Kedua (F2): Pengalaman dalam dialog antara agama, Faktor Ketiga (F3): Tahap Keagamaan, Faktor Keempat (F4): Tuntutan Semasa (Organisasi) dan Faktor Kelima (F5): Faktor Politik. (7) Secara perbandingan tahap Sederhana (SD) kesan hububngan sosial yang diperolehi oleh Pemimpin Agama Islam banyak dipengaruhi oleh Faktor Keempat (F4): Tuntutan Semasa (Organisasi). Manakala tahap Tinggi (T) yang diperolehi oleh Pemimpin Agama Kristian banyak dipengaruhi secara seiring oleh Faktor Pertama(F1): Tahap / Agama/Proses dan Faktor(F4): Tuntutan Semasa(Organisasi). (8) Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang siknifikan di antara tahap kefahaman yang baik terhadap konsep asas dialog antara agama dengan kesan hubungan sosial di kalangan Pemimpin Agama Islam dan Kristian. Organized by http://worldconferences.net 705

7. Pemimpin Agama: Pembentukan Awal Model Ejen Dialog Antara Agama Di Malaysia Maka selepas kajian dijalankan, laporan kajian menunjukkan bahawa teori Diagnostic Religious Leader (Diagnostic RL) dalam Kotak 1 sebagaimana yang dibangunkan oleh penulis iaitu daripada konseptual kepada realiti di Malaysia adalah selari dengan Diagnostic Understanding on Interfaith Dialogue Basic Concept and Effects to Social Relation (Diagnostic Understanding IFD-SR) yang penulis bangunkan selepas analisa dibuat sebagaimana dalam Jadual 3. Justeru berdasarkan analisa ini, satu model ejen dialog dapat dibangunkan dengan merujuk kepada kerangka di Malaysia yang penulis namakan sebagai Model Ejen Dialog Antara Agama (Model Agent of Interfaith Dialogue)(MA_IFD). Model ini mengetengahkan kumpulan pemimpin agama sebagai ejen utama dalam pelaksanaan dialog antara agama dan secara khusus dalam dialog penyelesaian konflik. Analisa yang dijalankan kepada faktor yang mempengaruhi kefahaman responden dan kesan terhadap hubungan sosial dapat membangunkan ciri-ciri penting yang diperlukan bagi seorang ketua agam yang melayakkan mereka menjadi ejen bagi pelaksanaan dialog antara agam terutama dialog penyelesaian konflik. Ciri-ciri tersebut adalah (1) Berilmu (Knowledgable): secara khusus adalah mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam konsep dialog antara agama. Elemen ini mewakili (a) Tahap yang Tinggi, (b) Mempunyai Tahap Agama dan (c) Melalui proses pendidikan formal dalam memperolehi pengetahuan berkaitan dengan dialog antara agama. (2) Berpengalaman (Well Experienced): Elemen ini mewakili (a) berpengalaman dalam pelaksanaan dialog antara agama sama ada sebagai (i) panel dialog atau pakar rujuk, (ii) menyertai program-program dialog antara agama dan (iii) berpengalaman menganjurkan dialog antara agama. (3) Personaliti yang baik (Good Personality Religious): Elemen utama adalah mempunyai tahap keagamaan yang baik. (4) Mempunyai hubungan sosial yang baik. Elemen ini harus mempunyai mininum lima tema seperti fokus kajian ini iaitu (i) Hubungan Sosial dan Interaksi yang baik, (ii) Mempunyai Sikap Eksklusif yang rendah, (iii) Mempunyai Sikap Altrustik yang baik, (iv) Mempunyai Sikap Kerjasama dalam Penyelesaian Konflik yang baik dan (v) Mempunyai Sikap Kerjasama sekurang-kurangnya memahami bagaimana melaksanakan dakwah dan mubaligh tanpa menimbukan konflik atau ketegangan agama. Gambarrajah 2 di bawah menerangkan ringkasan Model Ejen Dialog Antara Agama (Model Agent of Interfaith Dialogue)(MA_IFD). Pengaplikasian model ini harus juga bersandarkan kepada Diagnostic Religious Leader (Diagnostik RL) dalam Kotak 1 sebagaimana yang dibangunkan oleh penulis di peringkat awal kajian. Gambarajah 2: Model Ejen Dialog Antara Agama Organized by http://worldconferences.net 706

8. Kesimpulan Walaupun dari sudut metodologi penyelidikan dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada responden lain iaitu kepada kumpulan pemimpin agama-agama lain di Malaysia. Tetapi dari sudut pembentukan awal dan dijadikan sebagai garis dasar terhadap realiti pelaksanaan dialog antara agama dengan menggunakan metode induktif maka pada pandangan penulis dapatan ini mampu dijadikan sebagai panduan asas pemimpin agama sebagai ejen pelaksanaan dialog di Malaysia. Oleh itu kajian dapat menyimpulkan bahawa ciri-ciri utama yang perlu ada dalam setiap ketua agama yang ingin terlibat di dalam pelaksanaan dialog adalah (1) Berilmu(Knowledgable), (2) Berpengalaman(Well Experienced), (3)Berpesonaliti yang baik(good Personality Religious) dan (4) Mempunyai hubungan sosial yang baik(good Relationship Building). 9. Cadangan proses pelaksaan dialog. Memandangkan model proses pelaksanaan dialog juga tidak wujud di Malaysia maka dengan dapatan daripada literatur serta dapatan kajian secara khusus penulis dapat membangunkan satu proses standard atau dalam dalam bidang pengurusan disebut sebagai SOP (Standard of Procedure). Prosidur pelaksanaan sangat penting agar ia dapat dijadikan satu model rujukan dalam setiap pelaksanaan dialog antara agama sama ada dialog semasa konflik berlaku mahupun dialog berkala. Di bawah ini adalah dua model aliran proses pelaksanaan dialog semasa konflik dan dialog berkala. (Rujuk Gambarajah 2 dan 3 seperti di bawah). Memandangkan pada tahun 2010 satu jawatankuasa yang diberi nama Jawatakuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di antara Penganut Agama(JKMPKA) telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional(JPIN) maka penulis mencadngakan jawatankuasa ini berfungsi sebagai mediator kepada pemimpin-pemimpin agama di Malaysia dalam proses pelaksanaan dialog antara agama sama ada secara berkala mahupun dialog penyelesaian konflik. Ini adalah selari dengan fungsi utama jawatankuasa ini ditubuhkan iaitu untuk (1) memelihara, meningkatkan dan mengukuhkan jalinan hubungan antara badan-badan agama, (2) memantau isu-isu dan masalah berkaitan agama, (3) menyediakan platform untuk menyelesaikan isu dan masalah berkaitan adama dan (4) menyelaras tindakan-tindakan penyelesaian isu agama. Organized by http://worldconferences.net 707

Persediaan Pemimpin Agama Proses Dialog Berjalan Proses Intra Dialog Berjalan Konflik Agama Berlaku/ Isu-isu Antara Agama Pemimpin Agama Islam Pemimpin bukan Islam Mediator: JKMPKA Dialog antara Pemimpin Agama berjalan dan sebarang keputusan dan tindakan dicapai secara harmoni Intra Dialog berlansung dalam komuniti Muslim Intra Dialog berlangsung dalam komuniti Kristian TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3 Gambarajah 2: Aliran Proses Pelaksanaan Dialog Semasa Konflik oleh Pemimpin Agama Organized by http://worldconferences.net 708

Persediaan Pemimpin Agama dalam pelbagai perubahan Persediaan Pemimpin Agama Proses Dialog Berkala Berjalan Proses Intra Dialog Berjalan Kemungkinan Konflik Agama akan berlaku dari segi pelaksanaan dasar baru/polisi/ pindaan polisi, tuntutan, enakmen dll Pemimpin Agama Islam Pemimpin Bukan Islam Mediator: JKMPKA Dialog Berkala antara Pemimpin Agama berjalan dalam memberi kefahaman secara mendalam terhadap sebarang perubahan dasar dll Intra Dialog berlangsung dalam komuniti Muslim Intra Dialog berlangsung dalam komuniti Kristian TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3 TAHAP 4 Gambarajah 3: Aliran Proses Pelaksanaan Dialog Berkala oleh Pemimpin Agama Organized by http://worldconferences.net 709

Rujukan Berg, Bruce L. (2009). Qualitative Research Method for the Social Sciences. c.7.pearson Education Inc, Boston, USA. Cairns, B. et al.(2005). Faithful Regeneration: The Role and Contribution of Local Parishes in Local Communities in the Diocese of Birmingham. UK: Home Office Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan Buku 1. McGraw- Hill, Kuala Lumpur, Malaysia. Doctor, Nicholas. (2008). Multi Track Diplomacy through Enhancing Interreligious Understanding: A case Study in Abrahamic Trialogue between Jordanian and American Students (dissertation to fulfill the partial requirement for Jordan: Moderization and Social Change School for International Training, University of Tulsa, Amman, Jordan). Farnell et al. Faith in Urban Regeneration: Engaging Faith Communities in Urban Regeneration. Bristol: The Policy Press, 2003. Fitzsimmons, Michael James. (2008). The Christian Practice of Hospitality: A Model for Interfaith Dialogue for Presbyterian & Roman Catholic Youth (working paper to fulfill part of the requirement for Degree of Doctor of Ministry Faculty of Pittsburgh Theological Seminary). Ghazali Basri. (1988). A Comparative Study on Religious Tolerence in Post Independence Malaysia and Nigeria with Special Reference to Christian and Muslim Relation. (PhD Thesis, Aberden University). Halsall, Anna & Roebben, Bert. (2006). Intercultural and Interfaith Dialogue through Education, Religious Education. 101(4):443-452. Jeanne Bee-Tin Lian.(2010). Sensemaking and Sensegiving during Organizational Change: A Case Study of a Singapore Religious Leader (Education PhD Thesis, George Washington University, USA). Khairulnizam Mat Karim & Suzy Aziziyana Saili (2009). Dialog Antara Agama: Perspektif Islam dan Realiti di Malaysia. Bangi: Pusat Pengajian Islam dan Peradaban. (2012).Measuring religious leaders (Muslim Non Muslim) understanding on Interfaith Dialogue basic concept and its effect to social relation: a preliminary, The Journal of Islamic Knowledge, Vol 2. No. 2, March 2012, 22-34. Khairulnizam Mat Karim, Khadijah Mohd Khambali & Suzy Aziziyana Saili.(2014). Religious Leader(Islam& Christianity) Understanding of Inter-Faith Dialogue Basic Concept in Malaysia and Its Effect to Social Relations, International Journal Of education and Research, Vol. 2 No.3, March 2014, 41-54..(2013). An Ideal Concept of Ketau Agama, Religious Leader and Az-zaim Ad-Dini: A Pleliminary Linguistic Analysis, International Journal of Education and Research, Vol.1 No.10 October 2013, 125-132. Organized by http://worldconferences.net 710

.(2014). Role of Religious Leader in Interfaith Dialogue Towards Conflict Resolution: An Islamic Perspective, International Journal of Education and Research, Vol.2 No 6 June 2014, 77-88. Lewis, J.(2001). Faith Hope and Participation: Celebrating Faith Group role in Neighborhood Renewal. London: The New Economic Foundation and Church. Longchar, Wati. (2009). Beyond Four Walled Campuses: Model of Ecumenical Theological Education in Interfaith Issues in India, International Review of Mission. Vol. 98. No 1. Lowndes, Vivien & Chapman, Racheal. (2005). Faith, hope and clarity: Developing a model of faith group involvement in civil renewal, (Main report: This study is under the programme of the Civil Renewal Research Program handled by the Local Governance Research Unit, De Montfort University Leicester, United Kingdom.) Merriam, S.B. (1998). Qualitative research and case study application in education, c.2, CA Jossey- Bass, San Francisco, USA. Moberg, Marci. (2009). Experiencial Encounters: New Model of Interfaith Dialogue, (Thesis to fulfill part of the Degree of Master of Science di George Mason University). Mohammed Abu Nimer. (2001). Conflict Resolution, Culture and Religion: Towards a Traning Model of Interreligious Peacebuilding, Journal of Peace Research. Jil.38.London: Sage Publication (Published for International Peace Research Institute, Oslo, Norway). Reith, T. (2003). Releasing the resources of the Faith Sector : A Faith works Report. London: Faith works. Special Report. (2004). What Works? Evaluating Interfaith Dialogue Programs. United States Institute of Peace, Washington, USA. Sterland, Bill & Beauclerk, John. (2008). aith Communities as Potential Agents for Peace Building in the Balkans (Analysis of faith-based interventions towards conflict transformation and lasting reconciliation in post-conflict countries of former Yugoslavia) (Full research report sponsored by Norwegian Church Aid done on 1 October 31 December 2007). Yasril Yazid. (2005). Pro Kontra Dalam Pluralisme Agama: Kajian Terhadap Konflik Sosial Keagamaan dan Sikap Toleransi Beragama di Indonesia. (PhD Thesis in Usuluddin, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaysia). Organized by http://worldconferences.net 711

1 Kertas kerja ini adalah sebahagian penyelidikan penglibatan pemimpin agama dalam pelaksanaan dialog antara agama ke arah penyelesaian konflik di Malaysia. Kajian ini ditaja oleh Research Management Centre(RMC), Universiti Tenaga Nasional(UNITEN), Malaysia 2 Pensyarah Kanan di Kolej Pengajian Asas dan Umum, Universiti Tenaga Nasional. Bidang kajian: Perbandingan Agama, Dialog Antara Agama, Pemikiran Islam dan Kontemporari. Merupakan calon Doktor Falsafah di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 3 Pensyarah di Kolej Pengajian Asas dan Umum, Universiti Tenaga Nasional. Bidang kajian: Sejarah dan Peradaban, Sejarah Moden (Eropah, Asia, Timur Tengah) dan Dialog Peradaban. 4 Profesor Madya(Ph.D) di di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Bidang kajian: Perbandingan Agama, Dialog Peradaban dan Pemikiran Islam. Organized by http://worldconferences.net 712