Fiqh Versi Alam Melayu : Satu Analisis Sejarah

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

FIQH VERSI ALAM MELAYU: SATU ANALISIS SEJARAH. The Malay World Version of Fiqh: A Historical Analysis

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

JALINAN INTELEKTUAL DAN PERSAUDARAAN ISLAM ACHEH DI PAHANG

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

EPISTEMOLOGI HUKUM ISLAM:

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

JALINAN INTELEKTUAL DAN PERSAUDARAAN ISLAM ACEH DI PAHANG

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) YEAR 2009

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SKOP EKONOMI DALAM KONTRAK TABARRU AT : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA AL-UM DAN MINHAJ AL-TALIBIN (AL-SYARBINI)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Ulama Dan Wacana Islam Dalam Hubungan Intelektual Di Tanah Melayu Dan Indonesia

ILMU KOLONIAL DAN ISLAMISASI ALAM MELAYU: ANALISIS KRITIKAL

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ. Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SYARAT KHAS PROGRAM STPM / STAM DIPLOMA / SETARAF SALURAN KEDUA. Lulus mata pelajaran Bahasa Arab pada

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

The Malay Narrative Story Writing in the 1920S

INSTITUSI PONDOK SEBAGAI PENJANA INTELEKTUAL UMMAH DI KELANTAN

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

Matlamat. Wadah Maklumat. Simposium 2014 Methodologi Pengambilan Ilmu Dalam Islam. Buku. Internet. Ceramah TV/Radio 22/10/14&

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 1-6 MASHITOH YAACOB * Centre for General Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRACT

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Kuala Lumpur. Cetakan Pertama 2014 Hakcipta Akademi Pengajian Melayu

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

KITAB JAWI SEBAGAI ASAS TAMADUN MELAYU ISLAM

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Volume 14, No. 2, Desember 2014 ISSN: X. Al-Risalah. Jurnal Ilmu Syariah dan Hukum. Penanggung Jawab Bahrul Ulum

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015)

WARISAN KARYA ULAMA MELAYU-ISLAM SILAM DAN KAITANNYA DENGAN PENGAJIAN MORAL DI ZAMAN MODEN

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

Transcription:

Fiqh Versi Alam Melayu : Satu Analisis Sejarah Rahimin Affandi Abdul Rahim, Ahmad Farid Abdul Jalal, Badlihisyam Mohd Nasir, Wan Zailan Kamarudin Wan Ali, Abdul Halim Ismail, Nor Adina Abdul Kadir, Amirulhakim bin Ahmad Nadzri, Amienah binti Ridzwan @ Ridz & Mohd Emran bin Mohd Noor. Universiti Malaya Pengenalan Hukum Islam adalah bersifat progressif dilihat kepada kaitannya dengan perkembangan masyarakat. Ini kerana hukum Islam timbul dari realiti sebenar dan hasil respon fuqaha terhadap apa yang berlaku di dalam masyarakat. Lebih tepat lagi, ia bukan dibuat secara ramalan sematamata ataupun daripada ruang yang hampa (innihilo).(mujiyono Abdillah 2003 : 1-3) Memandangkan perkembangan sesuatu masyarakat itu sentiasa bersifat dinamik dan kerap berubah seiring dengan perubahan waktu, ruang, keadaan, tradisi and motivasi; hukum Islam secara otomatik perlu mengikut elemen-elemen perubahan ini secara berhemah.(saleh Faghizadeh : 2004), Pandangan fuqaha Islam ini terbukti bersifat dinamik, khususnya apabila dirujuk dengan beberapa bukti yang utama; Realiti keterbukaan sistem fiqh Islam dengan realiti masyarakat untuk setiap zaman. Bagi sarjana orientalis, mereka kerap mengemukakan teori yang mengatakan bahawa perundangan Islam telah menjadi tertutup dan beku selepas tertutupnya pintu ijtihad pada abab keempat hijrah. Sebaliknya bagi Hallaq, proses dialektika antara sistem fiqh Islam dengan realiti masyarakat masih lagi berlangsung di zaman Taqlid, kerana seseorang sarjana Islam yang melakukan aktiviti syarah dan Muhktasar terhadap karya imam mujtahid turut memasukkan komentar pandangan mereka sendiri terhadap reality yang berlaku di zaman mereka.( Hallaq 1996: 33-43) Wujudnya prinsip utama syariah yang dirumuskan oleh fuqaha yang menetapkan bahawa hukum Islam itu perlu berubah mengikut perubahan masyarakat dari pelbagai aspek. Sejarah perkembangan hukum Islam menyaksikan bagaimana prinsip perubahan ini sentiasa diambilkira oleh kalangan umat Islam, terbukti dengan wujudnya tiga dimensi fiqh yang utama; dimensi wilayah (fiqh Hijaz, Fiqh Irak, Fiqh Mesir, Saudi Arabia dan lainnya); dimensi ketokohan individu (Fiqh Hanafi, Shafi'i, Malik, Hanbali and lainnya) dan dimensi waktu (fiqh klasik, zaman pertengahan and moden). Bagi memperincikan prinsip dinamisme dan perubahan hukum Islam ini kita perlu melihatnya dengan memberikan penekanan kepada beberapa aspek-aspek yang pasti timbul selaras dengan perubahan masyarakat, aspek waktu, ruang, keadaan, tradisi dan motivasi. Bagi prinsip waktu ini, Yusuf Qardawi menegaskan bahawa fuqaha Islam tidak boleh secara kaku dan jumud menetapkan hukum bagi sesuatu masalah hanya untuk waktu tertentu. Sebabnya, sebahagian hukum Islam adalah hasil usaha ijtihad fuqaha tertentu yang ditetapkan berasaskan kepada maslahah waktunya yang tersendiri- sudah pasti ia berbeza dengan ruang waktu fuqaha di zaman terkemudian. 54

Jadi, berasaskan kepada latar belakang ini, kajian ini akan cuba memperincikan sistem fiqh versi Alam Melayu yang wujud pada abad ke 16-18. Pihak penulis berpendapat bahawa era abad ini merupakan era terpenting dalam sejarah perkembangan hukum Islam di Alam Melayu. Abad Ke 16 Sebagai Era Formatif Keilmuaan Islam Alam Melayu Andainya Abid Jabiri (Muhammad Abid Al-Jabiri :1989) menegaskan bahawa zaman Sahabat hingga Imam Mujtahid merupakan zaman formatif untuk sistem fiqh Islam, yang menetapkan asas metodologi hukum Islam; maka di era abad ke 16-18 di Alam Melayu merupakan era formatif untuk keseluruhan ilmu-ilmu Islam. Daripada asas era inilah pelbagai ilmu Islam telah berkembang dengan pesat. Intipati terpenting daripada pandangan ini adalah keilmuan Islam berpunca daripada pemahaman terhadap sumber Islam sendiri, dan bukannya hasil peniruan daripada sumber dan tamadun asing, seperti mana ditegaskan oleh sarjana orientalis. (T.J. De Boer, 1994: 28-29) Kita akan menghujahkan dengan beberapa perkara utama; Seperti mana kedatangan Islam telah mengangkat martabat dan mentamadunkan bangsa Arab, hal yang sama telah berlaku kepada umat Melayu-Islam. Islam dalam banyak hal telah memperkenalkan World-view Tauhid dan budaya ilmu kepada masyarakat Melayu. World-view adalah pandangan dunia, hidup, kepercayaan dan pemikiran yang berfungsi sebagai pemankin untuk segala perilaku manusia.( Muhammad Abu Bakar 1993 : 307-309) Secara konstektualnya, abad ke 16-18 merupakan era terpenting dalam sejarah keagungan tamadun Islam di Alam Melayu. Hal ini bertepatan dengan teori yang diutarakan oleh S.M. Naqquid al- Attas. Kedatangan Islam ke Alam Melayu tidak berlaku secara sekaligus, tetapi ia ditakdirkan Allah berlaku secara berperingkat-peringkat, yang amat berbeza perkembangan dan kesan keislaman ke atas masyarakat Melayu di dalam setiap peringkat perkembangannya. Mengikut S.M.Naqquid al-attas yang menegaskan tentang proses pengislaman di Alam Melayu, yang telah melalui tiga zaman utama. Pertama, zaman antara tahun 1200-1400 iaitu zaman pengislaman masyarakat Melayu secara zahir dan luaran semata-mata (nominal conversion). Kedua, zaman antara tahun 1400-1700 yang dijelaskan sebagai zaman pengislaman masyarakat Melayu secara zahir dan batin yang antara kesannya adalah tersebarnya ilmu pengetahuan yang cukup mengalakkan dalam pelbagai bidang pengajian Islam. Ketiga, zaman antara tahun 1700 ke atas, yang digambarkan sebagai zaman penerusan idea daripada kedua, dan kemudiannya telah terganggu dengan kedatangan kuasa barat di Tanah Melayu.( S.M. Naquid al-attas 1969) Jadi, berasaskan kepada teori ini, kita dapat memaklumi zaman Aceh iaitu di akhir zaman kedua dan ketiga merupakan zaman keagungan tamadun Melayu-Islam. Latar Belakang Sejarah Alam Melayu Abad 16-18 Sebagai asas logistiknya, era abad ke 16-18 ini dicirikan dengan beberapa perkembangan yang memankinkan lagi kelahiran konsep fiqh Alam Melayu. Antara perkembangan ini; Wujudnya Budaya Ilmu dan Sistem Tulisan Jawi Yang Menjana Perkembangan Ilmu Islam. Melalui penemuan artifak tertua di Tanah Melayu, Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 22 Februari 1303M, kita dapat mengesan beberapa perkara ;( Rahimin Affandi Abd Rahim, 2010) 55

Masyarakat Melayu Terengganu antara golongan terawal memeluk Islam di Alam Melayu. Hal ini bukannya berlaku secara superficial (luaran semata-mata), tetapi turut diperkuatkan dengan pelaksanaan Syariah Islam di dalam kehidupan bermasyarakat. Masyarakat Melayu di Terengganu telah mengamalkan undang-undang Islam secara holistik dalam aspek Jenayah, Munakahat, Muamalah dan Politik. BBT berfungsi sebagai rujukan bagi seseorang pembesar dan masyarakat awam Melayu agar setiap perlakuan hidupnya bersesuaian dengan kehendak Islam.( Abdul Rahman Abdullah 1999: 60-61) Bagi D.G.E. Hall, sebelum Batu Bersurat Terengganu ini wujud, perundangan Islam telah bertapak lebih daripada seratus sebelumnya.( D.G. E. Hall 1968: 255) Lebih penting lagi, penulisnya adalah seorang yang terpelajar dalam bidang keagamaan Islam, kerana memang mengetahui agama Islam dan ilmu usul al-fiqh secara holistik. Apa yang jelasnya, kita mengetahui intipati isu kefahaman akidah Islam dan mekanisme pelaksanaan hukum Islam.( Rahimin Affandi Abd Rahim, 2003: 158-179) Batu Bersurat Terengganu ini menjadi mercu tanda penciptaan tulisan Jawi dalam dunia intelektual Alam Melayu. Merujuk kepada asal usul penciptaan dan penggunaan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu, kita terpaksa berterima kasih dengan sumbangan Ulama Melayu Islam terawal yang telah mengasaskan dan memperkayakan Bahasa Melayu (Amran Kasimin 1987) dalam bentuk tulisan Jawi, yang dijadikan sebagai alat untuk memperkembangkan keilmuan Islam.( Omar Awang 1981) Fenomena yang mengambilkira elemen tempatan dalam bentuk memilih bahasa tempatan sebagai medium untuk penyebaran ilmu agama telah dilakukan oleh sarjana Islam di kebanyakan dunia Islam, seperti penciptaan tulisan Urdu di India dan tulisan Parsi di Iran berteraskan dari segi bentuknya kepada bahasa Arab dengan sedikit sebanyak pengubahsuaian.( Omar Awang 1980) Batu Bersurat di Terengganu ini muncul akibat daripada sistem Pondok tradisional di Terengganu yang berjaya menerapkan world-view sejati kepada masyarakat Melayu. Wujudnya Kekuatan Sosio Politik Dan Keilmuan Islam Yang Dimainkan Oleh Kerajaan Aceh. Di peringkat global masa itu, iaitu pada era pasca Perang Salib, ummah Islam memang memperjuangkan idealism teori kerajaan Dar Islam dan Dar Harbi. Sememangnya bangsa Arab lebih terkehadapan daripada bangsa Eropah dalam menguasai jalan dagang antara timur dan barat.( Anthony Reid 1990, v. 24: 5) Oleh itu, mereka lebih memahami bagaimana sistem politik - perdagangan dunia secara makro dijalankan.( Hussain Ali Tahtooh 1987) Hal ini kemudiannya dikonstruk oleh sarjana politik Islam dalam teori politik Islam. Sejak awal lagi, pedagang barat terpaksa bergantung kepada maklumat daripada bangsa Arab untuk mengetahui realiti dunia Alam Melayu. (Thomas Braddel 1851, v. 5: 18) Hasilnya, sejak awal lagi kedua bangsa memaklumi terdapat dua blok kuasa besar dunia berasaskan kekuatan agama dan ketenteraan; Blok Islam dan bukan Islam (diwakili oleh Portugis/ Kristian yang memang memusuhi blok Islam). Di kalangan blok Islam pula, terdapat beberapa blok ; (i) Turki yang memegang status khalifah Islam dan kuasa ketenteraan;( A.C.S. Peacock 2015: 63-87) (ii) Mughal dan Saljuk yang juga memiliki kuasa ketenteraan yang kuat; (iii) Timur Tengah menjadi pusat keilmuan Islam dan (iv) blok Alam Melayu (Shaharil Talib 1997, 3: 132-135) yang memerlukan naungan daripada blok i,ii dan iii. Contohnya, isu penjajahan Portugis di Melaka telah dibincangkan secara meluas oleh pemimpin umat Islam dalam musim haji di Mekah. 56

Dari segi strategiknya, kesemua blok Islam ini memahami kepentingan perpaduan ummah Islam yang membabitkan; 1. Kepentingan menguasai jalan perdagangan laut dan darat di antara Lautan Hindi dan Laut Merah. Lebih penting lagi, Alam Melayu memang dimaklumi memiliki potensi bahan mentah yang sangat diperlukan oleh masyarakat dunia pada masa itu. Hal ini disahkan dengan fakta kawasan Alam Melayu menjadi pusat utama dikunjungi kapal asing untuk mendapatkan bahan mentah yang diperlukan oleh masyarakat dunia. Banyak kapal-kapal Eropah dilaporkan datang berdagang di Alam Melayu, khususnya di Aceh.( Mohammad Hannan Hassan 2014: 61-63) Pihak barat mengakui seperti diulas oleh pentadbir Portugis di Asia, Jorge de Lamos (1585); andainya Aceh dan Alam Melayu berjaya dijajah nescaya Portugis akan menguasai jalan dagang dunia; "Sumatra is such a wonderful thing, and contains such great riches, that I dare to affirm (according to what many experienced old men related, whom I overheard when they were conversing with the viceroy of India) that it could well be considered as the equal of England, of which the scriptures speak so highly. Tegasnya lagi, The conquest of Atjeh would give the Spanish- Portuguese Crown the economic resourses where with to destroy not only the Heresiarchs and their followers, but to recover all Christian territory lost to the Muslims (including Jerusalem), and to overthrow the Ottoman Empire. ( C.R. Boxer, 1969,10, no. 3, 424) 2. kepentingan memberi bantuan ketenteraan kepada sesama blok Islam dan kesepakatan menyebar dan menerbitkan karya ilmu Islam daripada kesemua blok ini. Sejarah mencatatkan bagaimana karya-karya Islam daripada pelbagai blok tersebar dan diterbitkan di kawasan tertentu dalam blok-blok ini; Istanbul, Bombay, Alam Melayu, Mesir dan Mekah.( Md. Sidin Ahmad Ishak 2000: 26-34) Merujuk kepada peranan Aceh dalam memperjuangkan agenda politik Islam, kita dapat mengenalpasti beberapa perkara; Pertama, Aceh adalah kuasa besar Islam yang mampu menghalang perkembangan agama Kristian yang menjadi agenda utama penjajah Portugis. Ia semakin ketara selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis. Pemerintah Aceh dalam paparan sarjana barat digambarkan sebagai kerajaan yang ganas dan suka menumpahkan darah orang barat yang berbeza agama. Dicatatkan oleh sejarahwan Portugis bagaimana pemerintah Aceh enggan berhubung dengan baik apabila berhadapan dengan rombongan pedagang Portugis. Catatan sejarah Portugis menerangkan bahawa pihak Portugis beberapa kali cuba untuk mengelakkan peperangan secara baik, kerana matlamat mereka adalah untuk menjalankan perdagangan dengan kerajaan lain di Alam Melayu. (Snouck Hurgronje 1985) Mereka juga menggambarkan secara berlebihan berkenaan kehebatan tentera Portugis berbanding dengan tentera Aceh. Kerajaan Aceh dikatakan berusaha memonopoli sumber rempah di Alam Melayu dengan menyerang dan memusnahkan ladang lada hitam di kawasan lain. Aceh juga dikatakan suka menyerang kawasan lain untuk memperluaskan kuasa dan diikuti dengan dasar membawa balik tawanan perang ke Aceh untuk dijadikan hamba dan gundik. (William Clarence Smith 2007: 14) Hamba-hamba ini dikatakan dizalimi oleh masyarakat Aceh. Masyarakat Aceh dikatakan mempunyai ramai hamba dan gundik untuk kepentingan pembesar Aceh.( Ingrid Saroda Mitrasing 2011: 232-256) Sarjana barat juga melalui catatan pengembara asing telah menggambarkan Aceh mengamalkan sistem undang-undang hudud yang sangat zalim dan tidak berperikemanusiaan.( Jajat Burhanudin 2014, 52, no. 1: 25-58) 57

Sekiranya Aceh tidak mengambil langkah proaktif ini, besar kemungkinan masyarakat Alam Melayu akan menganggap perkembangan agama Kristian sebagai perkara biasa. Lebih penting lagi penjajah Portugis dicatatkan dalam sejarah sebagai bangsa yang suka menggunakan kaedah kekerasan terhadap masyarakat Islam. Selain itu, mereka juga kerap menggunakan kaedah tipu muslihat dalam penyebaran agama Kristian. Hasil usaha Aceh ini memang terbukti berjaya menghalang perkembangan agama Kristian dan mengekalkan dominasi Islam di Alam Melayu.( Charles Tisdall 1916, v. xxxiv: 348-349) Kedua, Aceh mewujudkan jalinan ukhuwah Islam sesama umat Islam Alam Melayu. Ia seperti menyediakan tapak yang kondusif untuk perkembangan Islam. Usaha Aceh memerangi kuasa penjajah Portugis dan merapatkan hubungan dengan negeri Melayu telah berjaya mewujudkan ikatan persaudaraan Melayu Islam (the Allied Malay Nationalism) berasaskan hubungan antara kerajaan Aceh, Minangkabau, Tanah Melayu dan Banjarmasin. Walaupun kesemua lokasi ini agak besar dan jauh tetapi usaha ke arah mewujudkan perpaduan ini sentiasa dilakukan.( M. Dien Madjid 2012, v. 4(1): 1-17) Usaha Aceh ini dianggap seperti pagar yang menjaga kawasan ummah Islam daripada pencerobohan kuasa kafir. Hal ini turut didokong dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai Lingua Franca di antara kerajaan Melayu dan lebih penting lagi ianya menjadi alat terpenting bagi perkembangan keilmuaan dan intelektual Islam pada abad ke 17.(Amirul Hadi,2004) Ketiga, Aceh mempunyai hubungan yang kuat dengan kerajaan Ottoman, menjadi pembantu melawan kuasa penjajah dan bertindak sebagai penaung kepada kapal yang membawa jemaah haji Alam Melayu.( Ermy Azziaty Rozali,2014, 5,no. 29: 93-99) Hasilnya, seperti mana dijelaskan dalam catatan Abdullah Munsyi, keadaan kapal jemaah haji Alam Melayu yang dahulunya penuh dengan kesulitan telah menjadi semakin baik dan terjamin. Dasar hubungan Aceh-Ottoman ini menyumbang kepada kewujudan masyarakat jawi di Haramayn (ulamak dan pelajar Melayu yang mendalami dan menyebarkan ajaran Islam. Masyarakat jawi ini kemudiannya menyumbang kepada wujudnya jalinan intelektual antara Alam Melayu dengan Haramyn. Ia secara langsung telah mempercepatkan pemerkasaan world-view dan keilmuaan Islam di Alam Melayu dalam bentuk yang tidak pernah terjadi sebelum ini. ( Azra Ayumardi, 2015,v. 8: 69-87) Versi Fiqh Alam Melayu Dalam bahagian ini, kita akan menunjukkan bagaimana fiqh Islam yang terawal di Alam Melayu dalam binaan konsep asasnya memang mempunyai ciri-ciri konsep fiqh semasa. Lebih penting lagi, ia telah meletakkan asas terpenting (formatif) bagi system fiqh Islam itu sendiri. Walaupun konsep fiqh semasa (tempatan) hanya dikenali pada abad 20, tetapi asasnya memang telahpun wujud sejak zaman awal Islam di Alam Melayu khususnya pada abad 16-18. Hal ini terbukti apabila sebahagian daripada intipati konsep ini telah pun wujud dalam tempoh masa yang lebih awal lagi di Alam Melayu. Lagipun, saranan ini mempunyai precedent di dalam sejarah pembinaan hukum Islam. Sebagai contohnya, walaupun Imam Shafi c i telah digelar sebagai arkitek utama yang mencipta Ilmu usul al-fiqh, tetapi pada dasarnya kaedah ilmu usul al-fiqh ini telah pun wujud dan diamalkan secara meluas oleh kebanyakan fuqaha dalam tempoh masa yang lebih awal lagi. Sebaliknya sumbangan yang dimainkan oleh Shafi c i adalah menerang dan menyusunnya secara sistematik berbanding dengan fuqaha sebelumnya.( N.J. Coulson, 1964: 53 dan 55) 58

Bagaimana Konstruk Fiqh Islam Di Alam Melayu Abad Ke 16-18 Fiqh Islam versi Alam Melayu sejak awal memang berasaskan kepada elemen ontology, epistemology dan aksiologi yang khusus. Ia kemudiannya menjadi disiplin baku yang diteruskan penulisannya hingga pada zaman moden. Mengikut perspektif Islam, proses pembangunan sesuatu tradisi ilmu perlu bergantung kepada sumber tradisi (turath) yang menjadi asas terpenting. Tradisi ini kemudiannya perlu berinteraksi dengan realiti tempatan mengikut zaman; realiti Alam Melayu sehingga mewujudkan tradisi ilmu baru; Manhaj Islam Alam Melayu. Di sini terletak keunggulan Islam, bila mana sifat ummah Islam sangat dinamik dan sentiasa terbuka dengan perubahan yang menjadi lumrah dalam kehidupan. Ini bermakna ummah Islam memang melalui elemen kesinambungan dan perubahan (continuity dan changing), contohnya seperti mazhab yang telah dominan kerangka metodologinya akan melalui proses pembaharuan (islah) bagi memperkemaskan lagi kewujudannya (Ismail Raji Faruqi, 2000: 51-55) Sejarah keilmuan dunia mencatatkan bagaimana sesuatu doktrin dapat bertahan lama seandainya ianya memenuhi empat syarat utama; pertama, kesahihan logika dan argumen, kedua; menarik perhatian orang untuk diikuti, ketiga; mampu diterapkan terhadap kes yang dihadapi (apllicable) dan keempat; ianya mempunyai mekanisme untuk proses islah memperbaharui idea yang lama tanpa meninggalkan asas tradisi yang penting. Apa yang jelas, keempat-empat perkara ini memang dimiliki oleh tradisi Islam Alam Melayu, sehingga mendorongnya untuk kekal sehingga sekarang.( Amir Mualim, 2006: ix-xi) Asas tradisi turath milik warisan Timur Tengah akan sentiasa bertembung dengan pelbagai realiti masalah yang wujud di Alam Melayu. Antaranya seperti masalah bid'ah, budaya feudal sesat yang melanggar asas agama dan sebagainya. Adunan daripada tradisi Timur Tengah dan Alam Melayu kemudiannya melahirkan tradisi dan formula Islam Alam Melayu yang bertepatan dengan realiti budaya tempatan. Ontology Ia mengajarkan beberapa kefahaman khusus yang berkait dengan aspek ontologi (apa dia -subject matter) fiqh Islam; Pertama, penganut Islam adalah Mukhalaf yang wajib memahami dan mengamalkan Islam di peringkat kognitif, afektif dan psikomotor. Sistem fiqh sejak awal difahami sebagai garis panduan bertindak bagi anggota masyarakat. Bagi memastikan ia sentiasa relevan untuk keperluan zaman dan tempat maka fuqaha Melayu telah menyediakan panduan fiqh yang tidak menyusahkan. Mereka memahami bahawa masyarakat Melayu yang baru menerima Islam sangat memerlukan suatu kerangka fiqh yang cukup berhemah. Atas dasar itu, soal ibadah adalah isu terpenting yang diberikan penekanan utama. Ia perlu bagi memastikan kaedah yang tepat bagi menjalinkan hubungan dengan Allah dapat dijalankan. Langkah ini berjalan seiring dengan ajaran Tauhid yang benar-benar murni tanpa ada elemen syirik dan unsur-unsur Bid ah. Di samping itu juga, fuqaha Melayu memahami bahawa sistem fiqh ini perlu disesuaikan dengan latar belakang masyarakat tempatan, agar dapat menjawab masalah lokasi terbabit. Atas dasar itu elemen tempatan diterapkan dalam hukum Islam. Hal ini terbukti apabila fuqaha Melayu membahaskan pelbagai masalah yang timbul di dalam masyarakat Melayu, dengan bantuan daripada sumber fiqh Timur tengah. Dalam lipatan sejarah fiqh Alam Melayu, kita dapat menemui kupasan fuqaha dalam isu-isu merangkumi 59

isu kepenggunaan, kepimpinan wanita dan isu ketatanegaraan.( Khalif Muammar Haris, 2011, 29 (1) : 79-101) Dalam konsteks sejarah perundangan Islam di Alam Melayu, pemahaman ini telah melahirkan beberapa teori khusus, bagi memperlihatkan nisbah pengamalan hukum Islam dalam kehidupan bermasyarakat. Ia merangkumi;( Imam Syaukani,1999: 67-86) Teori kredo dan Syahadah. Mengikut teori ini, apabila seseorang itu memeluk Islam, mereka wajib melaksanakan hukum Islam di dalam kehidupan sehariannya. Proses Islamisasi Alam Melayu secara langsung telah menyebabkan hukum Islam dijalankan dan hal ini didorong dengan kewujudan institusi beraja Islam yang kemudiannya mewujudkan institusi kehakiman Islam dan sistem pengajian perundangan di dalam masyarakat. Teori Receptio in complexu. Memandangkan wujudnya institusi politik dan pendidikan Islam yang cukup kuat di dalam masyarakat Melayu-Islam, hukum Islam telah mendapat tempat yang cukup kuat di dalam masyarakat sehingga ia telah menjadi adat kebiasaan (Urf) dan asas untuk jati diri ataupun terdalam di dalam masyarakat Melayu. Iatelah sebati menjadi elemen pola cita dan kelakuan di dalam kebudayaan Melayu. Dominasi kedua teori ini difahami oleh sarjana-pentadbir barat (British dan Belanda) di Alam Melayu yang kemudiannya mereka bersusah payah mengutarakan Teori Reception Exit. Teori ini timbul dengan kedatangan kuasa penjajah barat yang menguasai ruang politik dan epistemology masyarakat Melayu sehingga telah mengacau dan mengugat perkembangan sistem perundangan Islam yang selama ini telah secara tuntas dijalankan. Mereka menekankan memang wujud perbezaan antara hukum Islam dan hukum Adat. Jadi, hukum Adat perlu diutamakan dalam masyarakat mengantikan hukum Islam. Mereka berusaha meminggirkan hukum Islam yang dikatakan bersifat out of dated dan perlu diganti dengan sistem perundangan barat yang kononnya lebih bersifat moden. Usaha penjajah ini kemudiannya telah semakin parah lagi apabila sistem pendidikan perundangan barat diperkenalkan mengantikan sistem pendidikan Islam yang dipinggirkan daripada arus perdana. Akibatnya, telah lahir beberapa orang pengamal undangundang di Malaysia yang begitu taasub dengan sistem perundangan barat Kedua, mukalaf Islam perlu mengamalkan world-view kehidupan yang sepatutnya dalam kehidupan bermasyarakat. Ia terdiri world-view Tauhid, mementingkan budaya ilmu, Rationalistik, prinsip societal (sifat kepedulian hidup bermasyarakat) dan world affirmative (dunia sebagai tempat berguna) - mementingkan kepentingan hidup dunia dan akhirat.( Rahimin Affandi Abd Rahim, 2007: 235-328) Ketiga, ia mengajarkan konsep alam mempunyai hirakinya yang berlapis yang boleh dipelajari mengikut hiraki sumber yang khusus. Terdapat dua realiti kewujudan alam; mikro kosmos (diri manusia) dan makro kosmos (Alam sekitar dan alam ghaib). Hiraki kewujudan terbahagi kepada alam nyata dan alam ghaib. Manusia boleh mengetahui kesemua maklumat tentang alam ini bersesuaian dengan sumbernya yang betul. Alam dunia boleh diketahui dengan akal (kajian ilmiah), manakala Alam Ghaib boleh diketahui dengan sumber wahyu setakat yang dibenarkan kecuali zat Allah dan Ruh. Untuk alam makro kosmos pula, ia terdiri daripada Alam sekitar, langit dan alam Samawi yang tidak terduga sifatnya. Kewujudan di alam Ghaib terdiri daripada Malaikat, jin dan Syaitan. Hasil penelitian yang dibuat oleh Prof. Hashim Musa terhadap tipologi sejarah tamadun Alam Melayu, mendapati manusia Melayu pandangan world-view yang bersumberkan 60

wahyu Allah. Antaranya, mempercayai alam ini hasil ciptaan dan tabdiran Allah yang mencakupi alam primordial (arwah), alam dunia dan alam akhirat. Alam akhirat adalah destinasi dan natijah muktamad dari kehidupan di alam dunia. Kejayaan hakiki di alam akhirat adalah dapat memasuki syurga dan kejayaan di alam dunia adalah ketaatan kepada Allah.( Hashim Musa, 2001: 48-49) Epistemologi (Isu Had Dan Sumber Ilmu) Seperti mana ditegaskan dengan cukup tuntas oleh S.M.Naquid al-attas, sumbangan Islamisasi terbesar di Alam Melayu adalah membabitkan soal epistemology ilmu.( S.M. Naquid al-attas, 1988: 53-54) Di dalam sesuatu kajian ilmiah, terdapat suatu pendekatan yang menetapkan bahawa proses pengkajian yang mendalam terhadap sesuatu hakikat ilmu ataupun disiplin tertentu perlu dilihat kepada aspek epistemologi disiplin tersebut. Hal ini bersesuaian dengan takrif dan ruang lingkup epistemologi yang menyelidik asal usul, sumber, sifat, kaedah dan had sesuatu ilmu tersebut.( Fadzulullah. Hj. Shuib, 1995:33) Demi untuk menerangkan tentang elemen epistemology ilmu yang diperkenalkan oleh sarjana abad ke 16 ini, kita perlu melihat kepada beberapa perkara di dalam kupasan fuqaha awal ini. Persoalan Asal Usul Dan Sumber Hukum Islam. Secara asasnya, syariah Islam berpunca daripada kehendak Allah yang Maha Berkuasa secara mutlak berasaskan kepada konsep tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah. Dalam konsep tauhid Rububiyyah, Allah yang berkuasa penuh di dalam mencipta, mendidik dan menjaga umat manusia dengan menganugerahkan syariahnya yang lengkap. Kesempurnaan syariah ini diturunkan adalah bagi tujuan membimbing dan mengurangkan sifat-sifat kelemahan asasi yang dipunyai oleh manusia. Berikutnya, apa yang lebih penting lagi konsep membantu kelemahan diri manusia telah dilengkapkan lagi dengan bantuan kerasulan yang berperanan mengajar dan mengasaskan perundangan yang paling praktikal untuk umat manusia bersesuaian dengan konteks zamannya. Jalinan yang erat antara wahyu Allah dan perutusan kerasulan ini telah menjadi sumber yang paling asas di dalam perundangan Islam, yang dikenali sebagai sumber wahyu, terkandung di dalamnya semua perkara dan nilai asas Islam yang amat diperlukan oleh umat manusia sehingga kiamat. Di samping sumber wahyu ini, syariah juga mengakui peranan dan potensi akal manusia di dalam menentukan persoalan hukum Islam berpandukan garis panduan yang termaktub di dalam sumber wahyu. Hal ini berasaskan pengakuan dan tindakan Rasulullah sendiri yang menerapkan pendekatan menghidupkan penggunaan akal terpimpin di dalam pendidikan perundangannya yang difahami secara langsung oleh para sahabat. Kebenaran dan pengakuan terhadap kemampuan fungsi akal ini kemudiannya telah dikembangkan lagi oleh fuqaha dengan lebih mendalam di dalam penulisan usul al-fiqh yang mengakui sumber hukum kedua selepas sumber wahyu (Naqli) adalah sumber ijtihad (Aqli). Hasilnya, fuqaha telah melanjutkan perbincangan berkaitan dengan peranan akal ini di dalam beberapa bahagian yang khusus, pertamanya, penerangan yang mendetail tentang sumber hukum tambahan lain yang timbul daripada sumber hukum Aqli ini. Antaranya adalah Qiyas, ijmak, Istihsan, Maslaha, Siyasah syariah, Masalih Mursalah dan sebagainya.( Umar Jah, 1977: 31-40) 61

Namun begitu, penggunaan akal perlu dikawal sepenuhnya agar ia tidak terlalu bebas dan statik. Pendekatan ini boleh dilihat dari kupasan fuqaha yang menyentuh persoalan ruang lingkup, objektif dan fungsi sistem perundangan Islam. Kebanyakan fuqaha membahagikan hukum Islam kepada bidang ibadah dan mu amalah. Bidang ibadah serta strukturnya secara khusus diterangkan di dalam sumber wahyu secara terperinci dan ia tidak membuka ruang yang luas untuk akal manusia campur tangan. Manakala bidang mu amalah yang pada kebiasaannya banyak bergantong kepada keadaan hidup yang sentiasa berubah telah diberi ruang yang luas untuk akal manusia. Jadi, soal-soal yang berkaitan dengan hubungan sesama umat manusia banyak diserahkan kepada umat Islam untuk memikir dan menentukannya sendiri. Namun begitu, penentuan akal manusia ini perlu berdasarkan kerangka dan landasan yang terdapat di dalam sumber wahyu. Isu Autoriti Semua ajaran Islam, khususnya hukum Islam perlu disandarkan pada sumber wahyu dan karya ulama silam. Perkara ini secara langsung mengajar masyarakat Melayu bahawa: Pertama, sumber ilmu perlu berasaskan kepada sumber yang boleh dipertanggungjawabkan, bukannya berasaskan sumber dongeng dan mitos. Lebih praktikal lagi, idea dan ilmu Islam daripada Timur Tengah telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu (dalam bahasa yang mudah difahami) dan diresapi dengan unsur-unsur tempatan Alam Melayu. Ia bagi mengajar masyarakat Alam Melayu yang baru memeluk Islam bagaimana memahami akidah (elemen kognitif) dan mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian. Kedua, wujudnya perbezaan yang jelas di antara Syariah dan sistem fiqh. Syariah mempunyai beberapa ciri yang khusus; (i) bersifat sangat murni dan tidak mengandungi apa-apa cacat cela (muqaddas), (ii) kebenarannya adalah bersifat mutlak dan tanpa syarat, (iii) cakupannya adalah lengkap dan komprehensif (syumul) dan (iv) kuatkuasanya adalah bersifat alami iaitu universal, abadi dan kekal untuk selama-lamanya.( Mahmood Zuhdi Ab. Majid, 1999: 2-3) Berbanding dengan konsep syariah, konsep fiqh adalah merujuk kepada usaha pemahaman dan penafsiran seseorang fuqaha terhadap sumber syariah (Quran dan Sunnah) bagi membuat kesimpulan hukum dengan menerima pakai kaedah perundangan Islam. Atas dasar inilah ia bersifat relative dan fuqaha dibenarkan untuk bersikap kritikal, review dan bebas samada hendak menerima pakai ataupun sebaliknya terhadap kandungan sesuatu karya fiqh Islam.( Mohd Daud Bakar, 1999: 29-37) Ketiga, isi asas ilmu Islam diambil dan diterjemahkan daripada sumber ulama Timur Tengah bagi memastikan transmisi ilmu yang paling berautoriti diperolehi. Lebih tepat lagi, Kitab Jawi yang dihasilkan oleh ulama Melayu menjadi pengantara untuk idea Islam Timur Tengah diperolehi oleh masyarakat Melayu.( Faudzinaim Hj Badaruddin, 2012, 1: 19-25) Sebagai contohnya, sanad ilmu Islam daripada autoriti muktabar seperti Imam Ghazali diterima oleh dua generasi ulamak Haramayn yang diperturunkan kepada pelajar Alam Melayu.( Nurman Said,1996, 3: 21-42) Pada abad ke 17, sanad Ahmad al-qushasi dan Ibrahim Al-Kurani telah diperturunkan kepada Abdul Rauf singkel dan Muhammad yusuf al-makassar. Pada abad ke 18 pula, sanad Abu Tahir Ibrahim Al-Kurani, Muhammad Hayya Al-Sindi dan Muhammad Abdul Karim Al-Sammani diperturunkan kepada Abdul Samad Al-Palembani, Muhammad Arshad Al-Banjari dan Daud Abdullah Al- Patani.( Azra Ayumardi, 2015, 8: 76-77).Lebih khusus lagi, hasil penelitian lanjut, kita mendapati sumber rujukan kitab Turath Timur Tengah yang kerap dipakai adalah daripada jenisnya yang paling muktabar pada masa tersebut. Ia telah melalui proses tapisan dan pemurnian (al-tanqih 62

mazhab) yang cukup ketat bagi memastikan hanya pandangan mazhab Shafii yang terpilih yang diterima pakai.( Jamalluddin Hashim, 2009,17 : 267-298) Contohnya; Minhaj al-talibin Wa Umdah al-muftin. Manhaj al-tullab dan Fath al-wahhab Al-Anwar Li A mal al-abrar. Fath al-jawwad Sharh al-irshad. Mughni al-muhtaj Ila Ma rifah Ma ani Alfaz al-minhaj. Tuhfah al-muhtaj Bi Sharh al-minhaj. Pergantungan Kepada Formula Mazhab Konstruk ilmu perlu bergantung kepada Mazhab Ahl Sunnah Wal Jamaah. Tindakan berpegang kepada mazhab ASWJ ini dilaksanakan bukan secara sewenang-wenangnya. Secara kasar, mazhab merupakan paradigma berfikir mengikut world-view dan kaedah syariah yang diasaskan oleh fuqaha tertentu. Ia lahir daripada tradisi Islam sendiri dan merupakan kemuncak dari satu proses pembentukan world-view yang panjang.( Rahimin Affandi Abd. Rahim,2005: 332-265) Atas dasar itu, diharuskan berpegang kepada Mazhab Shafi i yang merupakan formula bersifat flexible yang memberikan garis panduan terhadap setiap persoalan yang muncul dalam kehidupan manusia. Ia dilakukan kerana beberapa faktor yang utama; 1. Ia menetapkan ulama sebagai pentafsir utama kepada ajaran agama. Hal ini boleh dirujuk kepada keabsahan konsep taqlid dan ijtihad. Dalam konsep taqlid, ia mengharuskan masyarakat awam untuk bertaqlid kepada mujtahid, berasaskan kepada nisbah ketidakmampuan seseorang awam untuk memahami ajaran agama Islam secara mendalam. Sikap yang hanya bergantung sepenuhnya kepada prinsip taqlid ini kemudiannya cuba dibataskan dengan penerimaan kepada konsep ijtihad dan tajdid. 2. Pendekatan ini ditetapkan bukannya bertujuan untuk memonopoli usaha pentafsiran agama kepada golongan ulama semata-mata, tetapi ia dilakukan bagi mengelakkan sebarang tindakan rakus daripada masyarakat awam yang jahil tentang prinsip asas Islam, melakukan tafsiran melulu dan boleh merosakkan nama baik Islam itu sendiri. 3. Faktor perpaduan dan keseragaman diperlukan bagi memastikan wujudnya kestabilan hidup sosio-politik umat Islam. Hal ini bakal memudahkan proses penguatkuasaan dan pentadbiran undang-undang Islam dijalankan. Gaya Persembahan Kitab Jawi Buat pertama kalinya, melalui kitab jawi, masyarakat Alam Melayu didedahkan dengan kaedah penulisan ilmiah yang dapat menjana rasionalism. Ianya berbeza sama sekali dengan karya Melayu sebelum Islam yang penuh unsur-unsur mitos. Hashim Musa telah membuat perbandingan antara maklumat dalam sastera Melayu warisan Hindu-Buddha dengan kitab jawi zaman Islam daripada dua petikan yang berikut:( Rozita Che Rodi, 2014, 2(1):. 6) Hikayat Si Miskin atau Marakarma (zaman Hindu-Buddha) Di negeri Anta Beranta memerintah Maharaja Indera Dewa. Di sana tinggal si-miskin dan isterinya yang sangat papa. Kedua mereka dahulu raja di Indera Kayangan tetapi kerana sumpah Betara Indera terbuang ke bumi. Mereka dinyahkan dengan tongkat dan batu dari istana, kampung 63

dan pasar. Untuk hidup mereka terpaksa makan pucuk tanaman atau ketupat dan tebu yang mereka ambil dari timbunan sampah di tepi jalan. Setelah isteri Si-Miskin mengandung selama tiga bulan dia mengidam buah mempelam dari kebun raja. Raja Maha Indera Dewa telah memperkenankan Si-Miskin mengambilnya. Tiga bulan kemudian isterinya mengidam buah nangka dari kebun raja yang juga diperkenankan oleh Raja. Dia melahirkan seorang anak yang elok parasnya. Anak ini dinamakan Marakarma sebab dia lahir dalam kemiskinan. Pada waktu menggali tanah untuk mendirikan pondok, SiMiskin telah menjumpai sebuah tajuk penuh emas. Sesudah mandi dia memuja dewa untuk mencipta kota dalam hutan. Si-Miskin memerintah kota itu yang diberi nama Puspa Sari dengan gelaran Maharaja Indera Angkasa dan isterinya bergelar Ratna Dewi Aqa`id Al-Nasafî (Terjemahan) (zaman Islam) Maka segala perkara yang menghasilkan ilmu bagi makhluqat itu tiga perkara: suatu pancaindera yang lima, kedua khabar sadiq (yakni berita benar), ketiga akal. Maka pancaindera yang lima itu suatu pendengar, kedua penglihat, ketiga pencium, keempat perasa lidah, kelima perasa tubuh. Bermula dengan segala sesuatu pancaindera yang lima, daripadanya diketahui atas yang ditentukan ia baginya dengan dia. Bermula khabar sadiq itu atas dua bagi juga: suatu dari dua itu khabar mutawatir, iaitu khabar yang thabit pada segala lidah kaum tiadakan dapat pada budi muafakat mereka atas dusta. Iaitu tahu dengan dibicara diketahui adanya, iaitu menghasilkan bagi ilmu dharuri, seperti tahu akan segala raja-raja yang telah sunyi pada segala masa yang telah lalu, dan segala negeri yang jauh. Kitab Jawi yang menjadi asas tradisi Islam ini mempunyai beberapa bentuk persembahan, iaitu; 1. Bahasanya mudah difahami. Sekiranya rumit, ia bakal dihuraikan oleh ulama khusus. Sebahagian Kitab Jawi ini telah dibuat dalam bentuk prosa biasa dan ada dalam bentuk nazam (puisi dan syair). Tujuannya adalah bagi menarik minat pembaca dan mudah untuk diingati. 2. Ia dikonstruk agar dapat menjana pembacaan, pemikiran dan wacana yang lebih proaktif daripada pembaca, ada matan dan syarah (berisi komentar sendiri ataupun daripada guru yang mengajar). Maksudnya, ia dikonstruk bagi memastikan sifat jumud tidak berlaku bila mana bahagian matan (isi utama) akan disyarah bersama catatan daripada pembaca. Secara langsung ia mengajar pembaca membaca, berfikir dan memberi komentar dalam bahagian syarahnya. 3. Memperkenalkan gaya penulisan ilmiah. Ia merangkumi teknik penulisan kitab dengan gaya penulisan, penerangan dan penghuraian, kemusykilan dan penyelesaian masalah. Lebih menarik lagi, usaha penyaringan dan pemindahan ilmu daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu dilakukan dengan baik. 4. Ia terbuka untuk difikirkan dan dilakukan penambahbaikan yang berterusan. Mengikut Hashim Musa, sekiranya dilakukan perbandingan antara kandungan Kitab Jawi dengan sastera hikayat, buat pertama kalinya masyarakat Melayu didedahkan dengan pengetahuan ilmu peringkat tinggi yang menekankan kepada soal autoriti idea yang dibawa.( Hashim Musa, 2014, 2(2) : 3-19) 5. Setiap pengarang Kitab Jawi akan memasukkan nama pengarangnya sesuai dengan konsep tanggungjawab Islam yang menuntut nama pengarang dan sanad sandaran ilmunya dinyatakan.( Rahimin Affandi Abd. Rahim, 2006: 55-80) 6. Mengajar penganut Islam agar menjadi pengikut yang bertamadun (mementingkan isu peraturan). Ia juga mengajar supaya berhati-hati dalam elemen kognitif, afektif dan 64

psikomoto yang tertakluk kepada garis panduan Islam yang khusus.( Idris Zakaria, 2003: 150-164) Melalui versi fiqh Alam Melayu seperti karya Nurudin Raniri iaitu Siratal Mustaqim, kita dapat mengesan bagaimana tokoh ini menetapkan paradigma asas ilmu Islam terawal perlu mengandungi elemen-elemen ini: (1) falsafah Tauhid; (2) pegangan kepada Mazhab ASWJ; (3) asas autoriti; (4) gaya persembahan dan (5) elemen epistemologi. Oleh kerana itu, kitab ini menjadi rujukan utama dan ditahqiq oleh beberapa orang ulama Melayu yang lain. Skop perbahasan kitab ini membincangkan isu yang timbul dalam masyarakat Alam Melayu yang dijawab dengan formula Timur Tengah dan disesuaikan dengan realiti tempatan Alam Melayu. Lebih menarik dalam konteks fiqh, skop perbahasan di zaman terkemudian telah diperluaskan. Sekiranya Nurudin hanya menyentuh isu ibadat semata-mata, ulama Alam Melayu selepasnya telah memperluaskan skop perbahasan kepada bidang muamalat dan sebagainya yang lebih luas. Berbanding dengan formula Timur Tengah, paradigma fiqh Alam Melayu lebih unik kerana; 1. Fleksibel dan menerima Urf Alam Melayu (sistem budaya) yang bersifat sederhana dan mesra alam.( Anuar Ramli,2002) 2. Terbuka kepada penambahbaikan yang berterusan. Ulama Melayu memahami struktur ajaran Islam yang terbahagi kepada ibadah (bersifat kekal) dan muamalah (fleksibel). Atas dasar itu, usaha penerusan daripada tradisi awal membabitkan isu muamalah dilakukan dengan cukup berkesan. Antara penambahbaikan yang terbabit adalah usaha membasmi isu khurafat dan bid ah yang tetap wujud dalam masyarakat Melayu. Ia termasuk pendekatan neo-sufism yang merapatkan sufi dengan syariah dan terlibat aktif dengan aktiviti masyarakat. Kegiatan ilmu Islam tidak dihadkan pada ilmu agama semata-mata bahkan divariasikan dalam beberapa bidang yang lain seperti kepenggunaan,( Hadenan Towpek, 2012, 6: 30-36) perubatan,( Mohd Asmadi Yakob, 2010) Muamalah, Maqasid,( Muammar Ghaddafi Hanafiah, 2013, V.3 (3): 29-38) pertukangan, astronomi Islam (Baharudin Zainal, 2010, v. 32, no. 1: 57-74) dan sebagainya. Agak menarik apabila terdapat banyak kearifan daripada tempatan Melayu (kepandaian orang Melayu berinteraksi dengan persekitaran) turut diterapkan dengan nilai-nilai Islam. Hal ini menyebabkan sebahagian besar daripada pola cita dan pola budaya Melayu diresapi dengan nilai-nilai Islam yang kekal sehingga sekarang. Ulama dijadikan sebagai penasihat kepada raja-raja Melayu bukan hanya dalam aspek upacara rasmi bahkan dilanjutkan kepada peringkat dasar terpenting negara. Hal ini agak berbeza dengan realiti penglibatan ulama dalam tradisi Timur Tengah silam. Selepas tamatnya pemerintahan Khalifah Rasyidin, kebanyakan ulama salaf mengambil dua pendekatan utama; mendekati pemerintah semasa dan menjauhkan diri daripada terlibat dengan pihak kerajaan. Rata-ratanya ulama salaf yang hebat seperti Abu Hanifah, Shafi i enggan terlibat dalam urusan rasmi pemerintah. Sebaliknya mereka lebih cenderung melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembangunan keilmuan Islam. 65

Kesimpulan Sebagai rumusan akhir, dapat disimpulkan bahawa kedatangan Islam merupakan episod terpenting dalam sejarah Alam Melayu. Seperti mana Islam telah mengubah world-view masyarakat Arab, hal yang sama berlaku di Alam Melayu. Terpenting sekali, proses Islamisasi yang diikuti dengan perkembangan ilmu telah melahir dan menjana paradigm keilmuan yang berdaya maju untuk masyarakat Alam Melayu. Hal ini telah dijelaskan dengan panjang lebar di dalam kajian ini dengan merujuk khusus kepada versi Fiqh Alam Melayu. Asas tradisi yang diletakkan oleh ulama Islam abad ke 16-18 telah menjadi asas formula Islam Alam Melayu sehingga sekarang. Rujukan Abdullah Munsyi (1981), Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan Dan Judah, Disusun Oleh Kassim Ahmad, Kuala Lumpur : Fajar Bakti. Abdul Halim El-Muhammady (1992), Ikhtilaf and it s Development in Malaysia, Dalam International Islamic University Law Journal, V. 2, No.2 Abdul Rahman Abdullah (1999), Pemikiran Umat Islam Di Nusantara, Kuala Lumpur Amran Kasimin (1987), Perbendaharaan Kata Arab Dalam Bahasa Melayu, Bangi. Amir Mualim (2006), Ijtihad dan Legelasi Muslim Kontemporer, Yogyakarta: UII Press Anthony Reid (1990), An Age Of Commerce in Southeast Asian History, Modern Asian Studies, v. 24 Amirul Hadi (2004), Islam and State In Sumatera: a Study Of Seventeenth Aceh, Leiden: E.J.Brill Azra Ayumardi (2015), The Significance Of Southeast Asia (The Jawah World) for Global Islamic Studies: Historical and Comparative Perspectives, Dalam Kyoto Bulletin Of Islamic Area Studies, v. 8 A.C.S. Peacock (2015), The Economic Relationship Between The Ottoman Empire and Southeast Asia in The Seventeenth Century, Proceedings Of The British Academy; From Anatolia To Aceh, Ottoman, Turks and Southeast Asia, Oxford: Oxford University Press. Baharudin Zainal (2010), Grafisejarah Falak Rumpun Melayu Melalui Kajian Teks Utama, Dalam Menemui Matematik, v. 32, no. 1 Charles Tisdall (1916), Ideas of Mohammedan Malaya, dalam The Missionary Review of The World, v. xxxiv C.R. Boxer (1969), A Note on Portuguese Reactions to The Revival of The Red Sea Spice Trade and The Rise Of Atjeh, 1540-1600, Journal Of Southeast Asian History, v. 10, no. 3 66

N.J. Coulson (1964), A History Of Islamic Law, Edinburgh D.G. E. Hall (1968), A History Of South East Asia, London : St. Martins Press. Ermy Azziaty Rozali (2014), Aceh-Ottoman Relation In Bustan A-Salatin, Mediterranean Journal Of Social Science, v. 5,no. 29 Fadzulullah. Hj. Shuib (1995), Kecermelangan Ilmu Dalam Sejarah Dan Tamadun Islam, Kuala Lumpur Faudzinaim Hj Badaruddin (2012), Peranan Kitab Jawi Tasawuf sebagai Medium Transmisi Ilmu Islam kepada Masyarakat Melayu Nusantara, Dalam International Journal Of Islamic Thought, v.1 Hallaq (1996), Ifta And Ijtihad In Sunni Legal Theory : A Development Account, Dalam Islamic Legal Interpretation : Muftis And Their Fatwas, Cambridge : Harvard University press Hashim Musa (2001), Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam : Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia Alaf Baru, Kuala Lumpur : APMUM ------ (2001), Islam : An Overview In History And Contemporary World, dalam Jurnal AFKAR, bil. 2 ------(2014), Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi di Rantau Ini, Dalam International Journal Of The Malay World and Civilization, 2(2). Hadenan Towpek (2012), Aspects Of Economic Consumption In Malay Clasiccal Literature According To Sheikh Daud Al-Fatani, dalam Labuan E-Journal Of Muamalat And Society, v. 6 Hussain Ali Tahtooh (1987), Commercial Relations Between The Arab World and India (3th And 4 th /9 th And 10 th Centuries), Tesis Phd Untuk University Of St. Andrews, Scotland. Ibn Kathir (1982), Tafsir al-qur an al- Azim, Beirut, v. 1 Idris Zakaria (2003), Islam dan Amalan Tolenrasi di Nusantara, dalam Jaringan Dakwah Malaysia Indonesia, Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) Ingrid Saroda Mitrasing (2011), The Age Of Aceh and The Evolution Of Kingship 1599-1641, Tesis Ph.D Untuk University Of Leiden. Imam Syaukani, (1999) Rekonstruksi Epistemologi Hukum Islam Di Indonesia, Jakarta :PT Raja Grafindo persada 67

Ismail Raji Faruqi (2000), Tauhid, Kesannya Terhadap Pemikiran dan Kehidupan, Terj. Oleh Unit Terjemahan Modal Perangsang Sdn Bhd, Kuala Lumpur Jamalluddin Hashim (2009), Metode Penulisan Fiqh Oleh Nur Al-Din Al-Raniri Dalam Kitab Sirat Al-Mustaqim, Jurnal Fiqh, v. 17, bil. 2 Jajat Burhanudin (2014), The Dutch Colonial Policy on Islam: Reading The Intellectual Journey Of Snouck Hurgronje, Al-Jami'ah: Journal Of Islamic Studies, v. 52, no. 1 Khalif Muammar Haris (2011), Ilmu Ketatanegaraan Melayu Abad Ke 19 : Kajian Terhadap Karya Raja Ali Haji, International Journal Of The Malay World And Civilization, 29 (1) Louay M. Safi (1998), Truth and Reform: Exploring The Pattern and Dynamics Of Historical Change, Kuala Lumpur: Open press Mahmood Zuhdi Ab. Majid (1999), Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun,dalam Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Mohd Anuar Ramli (2010), Bias Gender Dalam Masyarakat Muslim : Ajaran Islam Dengan Tradisi Tempatan, Jurnal Fiqh, no. 7 Mohd Asmadi Yakob (2010), Gaya Hidup Sihat Melalui Pemakanan : Kajian Terhadap Penulisan Ulama-Ulama Nusantara Dalam Kitab Jawi, Hasil Kajian Daripada Geran Dana Penyelidikan Uitm Md. Sidin Ahmad Ishak (2000), The Malays in The Middle East, Kuala Lumpur. M. Dien Madjid (2012), Knitting Togetherness among The Allied Malay: Aceh-Minangkabau-The Malay Peninsula, Tawarikh: International Journal For Historical Studies, v. 4(1) Muhammad Abu Bakar (1993), Pandangan Dunia, Ideologi Dan Kesarjanaan : Islam, Proses Sejarah Dan Rekonstruksi Realiti Sosial, dalam Tinta Kenangan, Sumbangan Sempena Persaraan Dan Perlantikan Naib Canselor, Profesor Datuk Mohd Taib Osman, Kuala Lumpur. Muammar Ghaddafi Hanafiah (2013), Nilai-Nilai Maqasid Al-Shariah Dalam Kitab Al-At imah : Tinjauan Dalam Pemikiran Al-Shaykh Muhammad Arsyad Banjari (1710-1812M), dalam International Journal Of The Malay World And Civilization, V.3 (3) Mujiyono Abdillah (2003), Dialektika Hukum Islam Dan Perubahan Social : Sebuah Refleksi Sosiologis Atas Pemikiran Ibn Qayyim Al-Jauziyyah, Surakarta : Muhammadiyah University press. Mohammad Hannan Hassan (2014), Islamic Legal Thought and Practices Of Seventeenth Century Aceh: Treating The Other, Tesis Phd untuk Institute Of Islamic Studies, Mcgill University 68

Muhammad Abid Al-Jabiri (1989), Takwin Al- Aql Al- Arabi, Beirut : Markaz Dirasah Al-Widah Al- Arabiyyah. Muhammad Zainiy Uthman (2001), Islam, Sains Dan Pemikiran Objektif : Suatu Perbandingan Ringkas, dalam Jurnal YADIM, bil. 2, November 2001 Nurman Said (1996), The Significance Of Al-Ghazali And His Works For Indonesian Muslim: A Preliminary Study, Studia Islamika, v. 3, no. 3 Omar Awang (1981), The Major Arabic Sources Which Determined The Structure Of Islamic Thought In The Malay Archipelago Before The Nineteenth Century A.D. In The Field Of Law, Theology And Sufism, dalam Islamika, v. 1. ------ (1980), The Terengganu Inscription As The Earliest Known Evidence Of The Finalisation Of The Jawi Alphabet, dalam Federation Museums Journal, v. 25. Rahimin Affandi Abd Rahim, (2010) Batu Bersurat Di Terengganu : Satu Tafsiran Terhadap Pelaksanaan Syariah Islam, Jurnal Fiqh, Jabatan Fiqh & Usul, APIUM. - -------(2003), Pengamalan Ilmu Usul Al-Fiqh Di Dalam Sastera Undang-Undang Melayu : Satu Analisa, dalam (edit oleh Muhammad Mokhtar Hassan) Kesusasteraan Dan Undang- Undang, Penerbitan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya \. ------ (2007), "Penguasaan Ilmu Pengetahuan" Dalam (Edit) Mahmood Zuhdi Abd Majid, Islam Hadhari : Pendekatan Pembangunan Peradaban, Kuala Lumpur : YADIM ------ (1993), The Concept Of Ijma in Islamic Law: A Comparative, Dalam The Journal Of Hamdard Islamicus, Pakistan, V. 16 ------(2006), Ulamak dan Paradigma Menangani Kebudayaan Melayu, dalam Hashim Awang (ed.), Othman Yatim dan Nor Azita Che Din (2006), Wacana Budaya, Kuala Lumpur: APMUM Rozita Che Rodi (2014), Konsep Kebenaran Ilmu dalam Bahasa Melayu Berpaksikan Pandangan Islam yang Sejagat, Dalam International Journal Of The Malay World and Civilization, 2(1) Saleh Faghizadeh (2004), Sosiologi Sosiologi, Terjemahan Oleh Mohd Fauzi Yaacob, Kuala Lumpur : ITNMB Shaharil Talib (1997), The Asiatic Archipelago: History Beyond Boundaries, JATI, bil. 3. Snouck Hurgronje (1985), Aceh di Mata Kolonialis, Terjemahan Ng Singarimbun Daripada Buku The Achenese, Jakarta: Yayasan Soko Guru. S.M. Naquid al-attas (1988), The Oldest Known Malay Manuscript : A 16th Century Malay Translation Of The Aqa id Of Al-Nasafi, kuala lumpur : Penerbit Universiti Malaya. 69

------- (1969), Preliminary statement on a general theory of the Islamization of the Malay- Indonesian Archipelago, Kuala Lumpur T.J. De Boer (1994), The History Of Philosophy In Islam, Richmond : Curson press. Thomas Braddel (1851), On The History of Achene, The Journal Of The Indian Archipelago and Eastern Asia, v. 5 William Gervase Clarence Smith (2007), Enunuchs and Concubines in The History Of Islamic Southeast Asia, Manusya: Journal Of Humanities, Special Issue no. 14. 70