PROGRAM DUTA PERPADUAN GLOBAL PEACE CONVENTION 2013

Similar documents
PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

MODAL INSAN KOPERASI :

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

JABATAN PENGAJIAN AM. Laporan Jabatan Pengajian Am

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

BUTIRAN PERIBADI

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

HHHC 9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 7) LAPORAN

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PEMBELAJARAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH): KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI SEIMBANG UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA.

Menjana Budaya Ilmu di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Satu Anjakan Paradigma

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MARA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BULETIN JABATAN PENGAJIAN AM

DINAMIKA PENDAKWAH MELAKSANA DAKWAH PELBAGAI ETNIK

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

MATA PELAJARAN UMUM (MPU) PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN HOLISTIK. Universiti Selangor (UNISEL)

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN ISLAM:

Persepsi Siswa/Siswi Terhadap Kaedah Merujuk Buku Dalam Peperiksaan: Satu Kajian Kes Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. 1.0 PENGENALAN sejarah

KERTAS KERJA PROGRAM SEE NATURE TARIKH 3 13 April 2014 (11 hari) TEMPAT Kuala Gula Bird Sanctuary, Kerian, Perak

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

Hisham, Ke Arah Menghasilkan Pemimpin Dunia.., Jurnal Qalbu (Dis 2017): 24-60

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

KE ARAH MENGHASILKAN PEMIMPIN DUNIA BERLANDASKAN PEMANDANGAN DUNIA AL-QURAN, ENSIKLOPEDIA DAN IJTIHAD UNTUK MENJADI EJEN PERUBAHAN. Hisham Abdul Majid

POWER QUALITY IMPROVEMENT BY DYNAMIC VOLTAGE RESTORER AND UNIFIED POWER QUALITY CONDITIONER USING FUZZY LOGIC FARIDULLAH KAKAR

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK: PENGURUSAN PENGANJURAN EKSPO INOVASI ISLAM (i-inova) USIM

PEMBAHARUAN PENTADBIRAN UNTUK PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hairunnizam Wahid Ab. Razak Dan Mohd Ali Mohd Nor

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PROFIL KORPORAT. Corporate Profile

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

KERTAS KERJA PROGRAM DUTA PERPADUAN GLOBAL PEACE CONVENTION 2013 TARIKH 19 OKTOBER - 8 DISEMBER 2013 TEMPAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA dan HOTEL SHANGRI-LA, KUALA LUMPUR ANJURAN SEKRETARIAT RUKUN NEGARA dengan kerjasama JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL (JPNIN) TEMA CRITICAL THINKING, CREATIVENESS AND COMMUNICATION

KERTAS KERJA PROGRAM DUTA PERPADUAN SEKRETARIAT RUKUN NEGARA (SRN) DUTA PERPADUAN SRN 1.0 TUJUAN Kertas cadangan ini adalah untuk mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada Naib Cancelor Universiti Kebangsaan Malaysia bagi melaksanakan Program Duta Perpaduan SRN di Universiti Kebangsaan Malaysia. 2.0 PENGENALAN 2.1 Program Duta Perpaduan SRN dalam kalangan ahli Sekretariat Rukun Negara (SRN) merupakan cabang program yang dikendalikan oleh Unit Rukun Negara, Bahagian Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Nasional yang bermatlamat untuk memperkasakan mahasiswa khususnya ahli-ahli SRN dari aspek perpaduan, High Order Thinking Skills dan sahsiah diri. Matlamat program selaras hasrat Kerajaan untuk meningkatkan sahsiah dan jati diri generasi muda terutama di kalangan mahasiswa yang merupakan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. 2.2 Justeru itu, hasrat program ini adalah untuk mempertingkatkan serta memperkasakan peranan mahasiswa dan belia kerana golongan ini perlu berjiwa kental yang akan menjadi aset penting untuk kelangsungan perjuangan bangsa dan agama. Mahasiswa harus mengubah minda dari segi perancangan, strategi, program dan mekanisme pelaksanaan dalam menangani masalah utama pelajar masa kini. Antaranya ialah kemerosotan minat belajar, menangani masalah, kemerosotan akhlak, mengatasi masalah ketidakseimbangan pencapaian akademik dan memperbaiki persepsi pelajar terhadap kerajaan. 2.3 Sekretariat Rukun Negara hendaklah menjadi pemangkin untuk memartabatkan ilmu pengetahuan dan bukan hanya menjadi wadah pelaksanaan program penggalakan perpaduan semata-mata. Dengan itu, semangat cintakan ilmu merupakan momentum penting ke arah memahami erti kehidupan yang sebenar. Justeru itu, pengasahan minda dan meningkatkan

keupayaan serta kemahiran berfikir di kalangan mahasiswa (High Order Thinking Skills-HOTS) merupakan keperluan yang amat penting dalam membuahkan idea-idea kreatif dan inovatif (Idea Driven World). 2.4 Oleh yang demikian, peningkatan semangat rajin berusaha dan motivasi dalam kalangan mahasiswa amat penting untuk mempertingkatkan kemahiran hidup mereka supaya lebih kompetitif dengan mendalami dan menguasai aspek 3Cs iaitu Critical Thinking, Creativeness and Communication. 2.5 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN 2.5.1 Program seumpama ini secara langsung dan tidak langsung dapat memupuk dan menanam budaya ilmu, rajin dan kebolehan di kalangan mahasiswa. Fenomena mahasiswa yang kurang produktif agak membimbangkan kerana golongan ini merupakan teraju ke arah perubahan negara. Kepincangan ini juga memberi implikasi yang besar yang boleh menjatuhkan kualiti dan prestasi generasi muda akan dating. Mahasiswa berpengetahuan merupakan role-model yang akan diteladani oleh masyarakat sekitarnya terutama pelajar sekolah. 2.5.2 Pendedahan Konsep keperibadian unggul adalah satu elemen penting yang perlu ada pada diri mahasiswa dalam mengurus kecemerlangan. Perangkaan serta statistik tentang permasalahan sosial yang kian meruncing memperlihatkan bahawa golongan mahasiswa juga tidak terlepas daripada terlibat sama. Kepincangan dan keruncingan krisis moral di kalangan mahasiswa turut membuktikan bahawa penuntut institusi pengajian tinggi juga tidak begitu ampuh dari segi penghayatan nilai moral dan etika kehidupan. Sewajarnya usaha yang sebegini penting perlu dijana demi memastikan generasi pelapis yang merupakan aset terpenting negara di masa hadapan mampu untuk berperanan sebagai pemimpin yang berpengetahuan, berkemahiran, berdaya saing dan berupaya menyahut cabaran dunia global yang semakin sengit di arena antarabangsa.

2.5.3 Penekanan kepada budaya inovasi dan kreativiti menjadi agenda penting Kerajaan terutama di kalangan generasi muda. Laporan Global Innovation Index 2012 pada 3 Julai 2012 menunjukkan Malaysia terletak di tangga 32 dari 141 negara dengan skor 45.9/100 berbanding dengan Singapura yang terletak dalam lingkungan Top 10 negara berinovasi. Ini menjadi cabaran besar dan utama negara untuk bersaing dengan negara luar dari aspek kebolehan intektual masyarakat mudanya. Ketiadaan rakyat Malaysia memasuki Universiti Harvard sejak 2011 agak memeranjatkan sedangkan bilangan pelajar yang mendapat A dalam semua mata pelajaran semakin meningkat setiap tahun. 2.5.4 Pembentukan sahsiah diri yang tinggi serta berilmu di kalangan mahasiswa perlu diperkukuhkan dengan pengetahuan perpaduan dan integrasi nasional. Elemen perpaduan amat penting tanpa mengira aras pendidikan. Oleh itu, suntikan semangat patriotism dan cinta negara amat penting diterapkan dalam kalangan mahasiswa bagi meneruskan kelangsungan perpaduan yang sedia terjalin erat di negara ini. 3.0 OBJEKTIF Objektif umum program ini adalah untuk memupuk kesedaran dan minat ahli SRN untuk meningkatkan sahsiah, jati diri dan ilmu pengetahuan sebagai usaha menjana modal insan yang berperibadi tinggi, mulia, mampan dan berkarisma dalam menghadapi persaingan hebat masyarakat dunia. Beberapa objektif khusus dirangka seperti berikut: 3.1 Mengaktifkan SRN melalui pemupukan dan pembentukan budaya ilmu di kalangan ahli SRN khasnya mahasiswa di IPTA. 3.2 Mempertingkatkan keupayaan mahasiswa membentuk pemikiran positif, kematangan mental, emosi dan pembangunan personaliti serta peningkatan kemahiran softskill.

3.3 Meningkatkan kesedaran dan keyakinan diri supaya lebih produktif dan dapat meningkatkan kemahiran insaniah di kalangan mahasiswa menerusi kerja-kerja kesukarelawanan. 3.4 Membentuk generasi yang berfikiran kreatif, inovatif, berdaya saing, berakhlak mulia serta mempunyai jiwa perpaduan yang jitu untuk memastikan perpaduan terus terpelihara di negara ini. 5.0 TEMA 6.0 ANJURAN Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) dan Global Peace Festival (GPF) 7.0 TARIKH Tarikh yang dicadangkan pada : 19 Oktober 2013 30 November 2013 = Bengkel Persediaan 5 8 Disember 2013 = Global Peace Convention 2013 8.0 TEMPAT Tempat program yang dicadangkan adalah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur 9.0 PUBLISITI Pemasangan kain rentang Digital Board UKM Poster 10.0 PENGLIBATAN AHLI PROGRAM Semua ahli Sekretariat Rukun Negara, UKM 11.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A

12.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B 13.0 PERINCIAN PROGRAM Satu program jangka sederhana dan berkesinambungan bagi benar-benar dapat memberi kesan dan impak yang positif mengenai betapa pentingnya kemahiran High Order Thinking Skills di kalangan mahasiswa di IPTA. Dengan itu, program ini berupaya untuk membangunkan modal insan dan melahirkan generasi muda yang lebih kreatif dan inovatif. Oleh yang demikian, program ini dilaksanakan secara seminar, bengkel dan latihan bagi mengasah daya pemikiran peserta program dalam aspek kreativiti dan inovasi yang menjadi tumpuan utama program. Sehubungan itu, modul program ini dibahagikan kepada 3 fasa seperti berikut : Fasa 1 - Pemecahan Batas Pemikiran (Break the barrier) - Melangkaui Batas Pemikiran - Dimana kita sekarang? - Kenapa perlu berubah? - Bagaimana membuat perubahan? - Apa yang perlu untuk buat perubahan? Penerangan Fasa 1: Dalam fasa 1 ini, para peserta dilontarkan dengan persoalan-persoalan sejagat yang boleh memecahkan batas pemikiran mereka mengenai kepentingan untuk mereka melakukan perubahan dalam diri mereka sendiri. Pada fasa 1 ini, kaedah ceramah motivasi, lontaran idea, buah fikiran, pandangan dan cadangan dikemukakan kepada peserta sebagai pembuka jalan bagi mereka untuk menjadi usahawan berjaya. Pada peringkat ini, isu, cabaran dan masalah yang dialami oleh negara amnya dan rakyat khasnya jika kurang kreatif dan tidak inovatif dikongsi bersama bagi meningkatkan kesedaran peserta untuk bergiat aktif dalam penerapan budaya ilmu sebagai satu langkah mempertingkatkan pembangunan modal insan di negara ini. Kecenderungan peserta untuk lebih berminat mengikuti program ilmu, pemikiran kritis dan inovasi

menunjukkan perubahan sikap dan perwatakan di kalangan mahasiswa meningkat. semakin Pengetahuan dan kesedaran peserta mengenai inovasi dan kreativiti yang merupakan nilai kemahiran yang perlu ada dalam setiap individu yang menjadi faktor utama membezakan peserta dengan mahasiswa lain. Kecenderungan meningkatkan daya fikir dan pengasahan minda menjadikan peserta boleh berfikiran melangkaui batas pemikiran yang ada pada mahasiswa lain. Fasa 2 - The Blooming Stage - Kemahiran mengkoordinasi berbagai sumber - Kebolehan meningkatkan Jaringan dan perkongsian bijak dengan agensi lain yang berkaitan - Pendedahan strategi baru bagi meningkatkan keupayaan daya fikir kelas pertama. - Berani mengambil risiko - Tidak takut mengalami kegagalan. - Tidak mudah berputus asa - Kesungguhan untuk berusaha secara terus menerus. Self-motivator mendorong diri sendiri untuk melakukan sesuatu - Pandai merancang ke hadapan - Pandai menghadapi keadaan yang tidak dijangka (uncertainty) - Kreatif dan inovatif - Rajin, cekap berkomunikasi - Mempunyai visi dan berpandangan jauh - Cekap dan cepat membuat keputusan - Memberi nilai tambah (value added) kepada potensi sumber sedia ada Penerangan Fasa 2: Fasa 2 ini memperjelaskan lebih lanjut mengenai pemupukan budaya ilmu, berfikiran kreatif dan inovatif di kalangan mahasiswa. Generasi muda kini adalah modal insan yangperlu dibangunkan supaya warga generasi muda mempunyai ilmu yang luas,

berkemahiran yang tinggi, bersikap positif untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat yang akhirnya membangunkan Negara. Selain itu, usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap di kalangan mahasiswa amat penting dalam pembangunan modal insan. Fasa 3 - Penekanan Prinsip Rukun Negara (1 hari) - Kepentingan penghayatan dan pengamalan Prinsip - Rukun Negara - Perkaitan pencapaian Objektif Ke Lima Rukun Negara iaitu masyarakat progresif dengan Cabaran Wawasan 2020 mengenai masyarakat yang progresif, saintifik, daya tinggi dan teknologi. - Mempunyai kesedaran tinggi terhadap kepentingan perpaduan. Penerangan Fasa 3 : Pada fasa ini, mahasiswa diberi penekanan mengenai penghayatan dan pengamalan Prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian. Pendedahan mengenai betapa pentingnya prinsip Rukun Negara dalam melahirkan insan yang holistik. Penghayatan dan pengamalan Prinsip Rukun Negara ini amat perlu bagi mencapai 5 cita-cita Negara terutama perkaitannya dengan Cabaran wawasan 2020 dan Aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Pemikiran dan pengetahuan mahasiswa diasah menjadi lebih kritikal, kritis dan dalam apa jua situasi secara efektif. Menurut Edward De Bono, berfikiran secara kreatif bukanlah suatu bakat tetapi ia adalah suatu kemahiran yang boleh dipelajari. Kreativiti memberi kuasa kepada seseorang dengan menambah kekuatan kepada kebolehan mereka untuk meraih keuntungan. Dengan itu, fasa ini memberi penekanan kepada kebolehan seseorang menjadi kreatif. Kreativiti memainkan peranan penting dalam proses inovasi dan memancarkan idea kepada generasi muda untuk berhadapan dengan segala cabaran yang dihadapi masa kini. PENILAIAN PROGRAM Program akan dijalankan penilaian keberkesanan program melalui penilaian yang berterusan selama 2 bulan. Penilaian sebelum dan selepas program amat penting bagi mengetahui keberkesanan dan peningkatan kemajuan peserta di samping membantu untuk membuat cadangan penambahbaikan untuk program akan datang.

Penilaian program ini bukan sahaja dari aspek mengenalpasti kelemahan penganjuran program tetapi apa yang lebih penting adalah peratus peningkatan daya fikir pelajar yang dihasilkan dari program ini. Peningkatan daya fikir dan daya saing di kalangan mahasiswa sekurang-kurangnya dapat membuktikan keupayaan Sekretariat Rukun Negara melahirkan generasi yang bukan hanya membudayakan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan tetapi juga mempunyai daya pemikiran yang tinggi. 14.0 BELANJAWAN Rujuk Lampiran C 15.0 PEJABAT URUSAN Sebarang urusan dan pertanyaan, sila hubungi: Siti Noorul Aina binti Ab Rahim Sekretariat Rukun Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tel : 014-8243720 E-mel : sinar3.aina@gmail.com 16.0 PENUTUP Pelaksanaan program ini diharapkan dapat mempertingkatkan motivasi dan memberi inspirasi kepada mahasiswa khasnya dan generasi muda amnya untuk meningkatkan daya saing dan daya tahan mereka menghadapi cabaran globalisasi yang kian mencabar. Sehubungan itu, pertimbangan dan kelulusan Y. Bhg. Dato Ketua Pengarah untuk melaksanakan program ini amat diperlukan bagi mencapai matlamat dan objektif untuk membimbing generasi muda selaras dengan Wawasan 2020 dan mencapai nilai aspirasi Gagasan 1 Malaysia untuk membentuk generasi yang berbudaya ilmu, inovasi dan berprestasi tinggi.

Disediakan oleh, (SITI NOORUL AINA AB RAHIM) Ketua Pengarah Program Duta Perpaduan Sekretatriat Rukun Negara Universiti Kebangsaan Malaysia Disahkan oleh, (ABDUL QAIYUM BIN BORHAN) Penolong Pendaftar Pusat Akreditasi Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia

LAMPIRAN A STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM DUTA PERPADUAN Penaung YBhg. Prof. Tan Sri Wira Dato Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin Naib Canselor, UKM Pengerusi Y.Bhg. Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim Timbalan Naib Canselor, (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM Penyelaras Encik Musa Zainal Abidin Othman Timbalan Pendaftar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar,UKM Penasihat Abdul Qaiyum bin Borhan Penolong Pendaftar, Pusat Akreditasi Pelajar, UKM Ketua Pengarah Siti Noorul Aina bt Ab Rahim (FST/3/A138134) Timbalan Pengarah Ahmad Khusyairie Bin Yussof (FPEND/3/A137510) Setiausaha Iklil Bt Kamarul Zaman (FPEND/1/A143870) Bendahari Nur Hanani Izzati Bt Hatra (FEP/1/A146880)

Pengarah Program Timbalan Pengarah Program Pengarah Teknikal Timbalan Pengarah Teknikal Pengarah Tugas-tugas Khas Timbalan Pengarah Tugas-Tugas Khas Pengarah Jamuan Timbalan Pengarah Jamuan : Javendra Kumar A/L Jayakumur : Ghayathri A/P K. Sangkar : Dheephikha A/P Kumaraguru : Hemananthini A/P Naganathan : Tee Su Ching : Arreven A/L Shanmuganathan : Sharifah Nuruljannah Binti Syed Amran : Lee Wan Ying

LAMPIRAN B TENTATIF PROGRAM PERSEDIAAN DUTA PERPADUAN TARIKH PERKARA CATATAN 19 Oktober 2013 9.00 am Ice Breaking FSSK 9.30 am Ceramah 10.30 am Pemecahan Batas Pemikiran 1 2.30 pm Pemecahan Batas Pemikiran 2 26 Oktober 2013 9.00 am Ceramah FSSK 10.00 am Pemecahan Batas Pemikiran 3 2.30 pm Pemecahan Batas Pemikiran 4 2 November 2013 9.00 am Ceramah FSSK 10.00 am Blooming Stage 1 2.30 pm Blooming Stage 2 9 November 2013 9.00 am Ceramah FSSK 10.00 am Blooming Stage 3 2.30 pm Blooming Stage 4

16 November 2013 DUTA PERPADUAN SRN 9.00 am Ceramah Danau, UKM 10.00 am Protocols and Etiquettes 1 2.30 pm Protocols and Etiquettes 2 22 November 2013 9.00 am Ceramah FSSK 10.00 am Rukun Negara 1 2.30 pm Rukun Negara 2 22 November 2013 9.00 am Ceramah FSSK 10.00 am Rukun Negara 3 2.30 pm Rukun Negara 4 30 November 2013 9.00 am Ceramah FSSK 10.00 am Rukun Negara 4 2.30 pm Pemantapan Diri

LAMPIRAN C ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM DUTA PERPADUAN Anggaran Pendapatan Bil PERKARA RM 1 Sumbangan Jabatan Perpaduan Negara @ Integrasi Nasional RM 10,000.00 JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 10,000.00 Anggaran Perbelanjaan BIL PERKARA RM 1 Gerak kerja awal Pengurusan RM 800.00 Teknikal Alat Tulis RM 500.00 TTK Banner (RM 60 x 1 helai) / card invitation Poster RM 200.00 Jamuan Puri Pujangga (RM 80 X 50 X 1 sesi) RM 4000.00 Catering (RM 15 X 50 X 6 sesi) RM 4500.00 JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 10,000.00