vii ISI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PERANCANGAN HARTA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM MENGGUNAKAN KONSEP HIBAH NURUL HAZIRA BINTI RAHMAT

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

KAJIAN PEMULIHAN PROJEK PEMBANGUNAN KEDIAMAN TERBENGKALAI DI DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR FARIDAH BINTI ABDULLAH

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

[SV 9] MENGANALISIS ISU HALAL TERHADAP SEKTOR PERKHIDMATAN HOTEL DI MALAYSIA. Nursyahida Jaafar¹ & Mohamad Ghozali Hassan²

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

KERTAS KONSEP SEMINAR PELANCONGAN IMT-GT MEMANFAATKAN POTENSI PELANCONGAN SEBAGAI SUMBER PERTUMBUHAN BARU DI BAWAH KERANGKA KERJA PELANCONGAN IMT-GT

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

MUZIUM : PENGURUSAN KOLEKSI PAMERAN DI RUMAH KELAHIRAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

SISTEM E-PELAPORAN PEMANTAUAN LAMAN WEB JABATAN STANDARD MALAYSIA. Maggery Roxane Dennis Dr. Mohd Ridzwan Yaakub

SISTEM PENJADUALAN SYIF. Nurul Iddayu Bahari Idrus. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

TONG SAMPAH PINTAR BERASASKAN INTERNET PELBAGAI PERKARA (IOT)

LOKALISASI TADBIR URUS ZAKAT DI MASJID: KAJIAN DI BANDAR BARU BANGI SELANGOR

PENGARUH BERBAGAI KETEBALAN MULSA SABUT KELAPA DAN INTERVAL PENYIRAMAN TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN SUKUN (Artocarpus communis) DI RUMAH KACA

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Perubahan Konsentrasi Ruangan Penduduk Semenanjung Malaysia

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

PENYERTAAN KOMUNITI DALAM PEMBANGUNAN PELANCONGAN DI ACEH, INDONESIA: SATU KAJIAN KES TEUKU YUSFADH HIJRIN

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

AKADEMIKA. Journal of Humanities and Social Sciences Universiti Kebangsaan Malaysia KANDUNGANICONTENTS

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

v ABSTRAK Pembangunan Koridor merupakan salah satu langkah kerajaan bagi membangunkan kawasan luar bandar serta mengurangkan kadar ketaksamaan wilayah. Di Sarawak, Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) sudah giat dipromosikan dan dilaksanakan untuk membantu membangunkan kawasan luar bandar disamping meningkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi penduduk Sarawak. Pelbagai strategi dilaksanakan bagi memastikan matlamat SCORE tercapai. Diantaranya adalah dengan pembangunan lima Nod Pertumbuhan Baru. Maka, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan Tanjung Manis sebagai salah satu Nod Pertumbuhan Baru dalam SCORE serta memfokuskan kepada kriteria dan masalah yang dihadapi semasa proses pembangunan dilaksanakan. Data primer dan data sekunder di kumpul dan dianalisis menggunakan kaedah kualitatif. Hasil kajian menunjukkan beberapa faktor yang sama seperti lokasi dan ketersediaan sumber. Faktor-faktor ini telah membawa kepada pemilihan Tanjung Manis yang dianggap bersesuaian dan strategik. Disamping itu terdapat beberapa cabaran seperti masalah kewangan yang dialami semasa proses pembangunan dijalankan. Oleh itu pelbagai langkah perlu diambil dan antara cadangan penyelesaian penulis ialah penyediaan pelan perancangan pelaburan serta mengenalpasti program pembangunan untuk pelaksanaan bagi tahun akan datang di mana hasilnya akan mengukuhkan usul pelaburan Tanjung Manis dan memacu perkembangan sektor Halal dan Marin. Perancangan yang rapi dalam sesuatu pembangunan nod pertumbuhan baru bukan sahaja memberi hasil kepada masyarakat tetapi juga memudahkan perancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

vi ABSTRACT Corridor Development is one of the governments steps to develop rural areas and reduce regional inequalities. The Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) has been actively promoted and implemented to help develop the rural areas while improving living standards and socio-economic population of Sarawak. Various strategies implemented to ensure the objectives of SCORE are achieved. Among them is the development of five new growth nodes. Thus, the study was conducted to identify factors influencing the choice of Tanjung Manis as a new growth node in the SCORE and focus on the criteria and problems encountered during the process of development. The primary and secondary data were collected using the qualitative method of analysis. The outcomes of this study show the same general factors such as location and availability of resources. These factors have led to the selection of Tanjung Manis which is considered appropriate and strategic. Besides, there are several challenges such as financial difficulties experienced during the development process undertaken. Therefore, measures should be taken and the writer s proposed to provide investment planning and implementation of development programs to identify for the coming year in which the result would strengthen the proposed investment and spur the development of Tanjung Manis Halal and marine sectors. Proper planning in the development of a new growth node will not only bring advantages to the public but also to facilitate the planning undertaken by state governments.

vii ISI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii x xi xiii xiv 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Penyataan Masalah 3 1.3 Matlamat Kajian 7 1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Skop Kajian 8 1.6 Kepentingan Kajian 8 1.7 Metodologi Kajian 9 1.8 Susunatur Bab 11 1.9 Kesimpulan 13

viii 2 PEMBANGUNAN LUAR BANDAR 2.1 Pengenalan 15 2.2 Definisi Pembangunan 16 2.3 Definisi Pembangunan Luar Bandar 17 2.5 Pembangunan Wilayah 19 2.5.1 Rancangan Wilayah 19 2.5.2 Dasar & Strategi Pembangunan Luar Bandar & Wilayah 21 2.5.3 Pembangunan Wilayah Di Malaysia 27 2.5.4 Faktor-Faktor Pemilihan Pusat Pertumbuhan Baru Dalam Pembangunan Wilayah Di Malaysia 34 2.5.5 Kesan Pembangunan Wilayah di Malaysia 38 2.6 Kesimpulan 44 3 KAJIAN KES 3.1 Pengenalan 45 3.2 Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) 45 3.2.1 SCORE: Fasa Pembangunan 47 3.2.2 Pembangunan Industri Utama 47 3.2.3 Pembangunan Kawasan Nod Pertumbuhan Baru 52 3.2.4 Pembangunan Infrastruktur dan Prasarana 54 3.2.5 Institusi Bertanggungjawab 59 3.3 Latar Belakang Kawasan Kajian 60 3.3.1 Infrastruktur & Kemudahan Semasa 62 3.3.2 Komponen Guna Tanah 66

ix 3.3.3 Rangka Perlaksanaan Nod Pertumbuhan Tanjung Manis 70 3.4. Kesimpulan 71 4 ANALISIS KAJIAN 4.1 Pengenalan 73 4.2 Metodologi Kajian Dan Kaedah Pengumpulan Data 73 4.2.1 Kaedah Temubual 74 4.2.2 Membuat Rujukan 75 4.3 Responden yang Terlibat 76 4.4 Analisis Kriteria Nod Pertumbuhan Baru 77 4.5 Analisis Faktor-faktor pemilihan Tanjung Manis sebagai Nod Pertumbuhan Baru 79 4.6 Analisis Cabaran Semasa Perlaksanaan Tanjung Manis sebagai Nod Pertumbuhan SCORE 91 4.7 Kesimpulan 98 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 100 5.2 Penemuan Kajian 100 5.3 Kesimpulan 103 5.4 Cadangan 105 5.5 Limitasi Kajian 107 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 108 BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

BAB 1 PENDAHULUAN

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Malaysia kini menghadapi pelbagai cabaran berikutan usaha untuk menjadi negara membangun sepenuhnya. Dengan meningkatnya persaingan kesan daripada kuasa-kuasa globalisasi dan liberalisasi, adalah penting ekonomi Malaysia menjadi kuat dan tetap serta fleksibel bagi menghadapi cabaran-cabaran ini. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan daya tarikan pelaburan negara kita. Sumbersumber baru ekonomi harus dikenalpasti dan dikembangkan. Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber alam dan banyak lagi yang boleh ditawarkan sekiranya kekuatan sumber asli dan aset ini digunakan secara optimum dan diberi peluang untuk bercambah dengan lebih meluas. Dengan ini, daya saing negara akan lebih diperkasakan dan kemewahan itu mampu dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8), semua negeri telah mencatat pertumbuhan ekonomi dan peningkatan dalam pendapatan isi rumah bulanan purata. Kualiti hidup di kawasan luar bandar dan bandar juga telah meningkat. Walau bagaimanapun, dari segi keseimbangan wilayah, tidak banyak

2 kemajuan dicapai dalam mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah, negeri serta kawasan luar bandar dengan bandar. Oleh demikian, pembangunan wilayah yang seimbang akan kekal sebagai salah satu objektif utama pembangunan negara seperti dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Pelbagai langkah diambil bagi mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah dan negeri serta kawasan luar bandar dengan bandar. Sehubungan itu, pembangunan merentasi sempadan antara negeri akan diberi penekanan manakala pembangunan di pusat pertumbuhan sedia ada akan dipergiatkan lagi. Penekanan juga akan diberikan kepada pembangunan pusat pertumbuhan luar bandar dan konurbasi bandar dengan menjana aktiviti yang menghasilkan pendapatan dan dapat meningkatkan kualiti hidup. Penduduk setempat dijangka mendapat faedah daripada peningkatan infrastruktur, peluang pekerjaan mahir dan aktiviti keusahawanan. Sejajar dengan RMK9 dan Pelan Induk Industri Ketiga (IMP3), beberapa koridor pembangunan wilayah di serata ceruk negara telah dilancarkan. Salah satu daripadanya adalah Sarawak Corridor Development Plan (SCDP) atau pelan pembangunan koridor Sarawak yang dikenali sebagai Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE). SCORE telah dilancarkan pada 11 Februari 2008 dan telah rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Kini usia Koridor Sarawak hampir 3 tahun dan telah mula menempa nama dengan pembangunan di wilayah tengah tersebut semakin rancak dengan siapnya stesen Janakuasa Arang Batu dan kilang aluminum di Mateding Mukah, majlis pecah tanah bangunan pentadbiran RECODA di Mukah, majlis pelancaran Taman Halal di Tanjung Manis serta pembangunan infrastruktur yang lain seperti laluan pantai Tanjung Batu-ABF, lebuhraya dan lain-lain. Malah hampir setiap minggu dapat dilihat tentang perkembangan SCORE dan bagaimana ianya telah menarik minat ramai pelabur dalam dan luar negara di dada akhbar utama seperti Utusan Malaysia, Utusan Sarawak dan Borneo Post. Konsep pembangunan ekonomi koridor wilayah sebagaimana yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) dan Misi Nasional (2006-2010) merupakan salah satu daripada strategi kerajaan untuk mencapai

2 kemajuan dicapai dalam mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah, negeri serta kawasan luar bandar dengan bandar. Oleh demikian, pembangunan wilayah yang seimbang akan kekal sebagai salah satu objektif utama pembangunan negara seperti dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Pelbagai langkah diambil bagi mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah dan negeri serta kawasan luar bandar dengan bandar. Sehubungan itu, pembangunan merentasi sempadan antara negeri akan diberi penekanan manakala pembangunan di pusat pertumbuhan sedia ada akan dipergiatkan lagi. Penekanan juga akan diberikan kepada pembangunan pusat pertumbuhan luar bandar dan konurbasi bandar dengan menjana aktiviti yang menghasilkan pendapatan dan dapat meningkatkan kualiti hidup. Penduduk setempat dijangka mendapat faedah daripada peningkatan infrastruktur, peluang pekerjaan mahir dan aktiviti keusahawanan. Sejajar dengan RMK9 dan Pelan Induk Industri Ketiga (IMP3), beberapa koridor pembangunan wilayah di serata ceruk negara telah dilancarkan. Salah satu daripadanya adalah Sarawak Corridor Development Plan (SCDP) atau pelan pembangunan koridor Sarawak yang dikenali sebagai Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE). SCORE telah dilancarkan pada 11 Februari 2008 dan telah rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Kini usia Koridor Sarawak hampir 3 tahun dan telah mula menempa nama dengan pembangunan di wilayah tengah tersebut semakin rancak dengan siapnya stesen Janakuasa Arang Batu dan kilang aluminum di Mateding Mukah, majlis pecah tanah bangunan pentadbiran RECODA di Mukah, majlis pelancaran Taman Halal di Tanjung Manis serta pembangunan infrastruktur yang lain seperti laluan pantai Tanjung Batu-ABF, lebuhraya dan lain-lain. Malah hampir setiap minggu dapat dilihat tentang perkembangan SCORE dan bagaimana ianya telah menarik minat ramai pelabur dalam dan luar negara di dada akhbar utama seperti Utusan Malaysia, Utusan Sarawak dan Borneo Post. Konsep pembangunan ekonomi koridor wilayah sebagaimana yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) dan Misi Nasional (2006-2010) merupakan salah satu daripada strategi kerajaan untuk mencapai

3 pembangunan seimbang di negeri ini. Perancangan strategik koridor ini bakal menjadikan sumber-sumber alam yang kaya di wilayah tengah Sarawak dan kawasan-kawasan sekitarnya diteroka dan dibangunkan sepenuhnya untuk manfaat pembangunan ekonomi sehingga tahun 2020 dan tahun-tahun akan datang. SCORE yang terletak di wilayah tengah Sarawak meliputi kawasan sepanjang 320 kilometer di kawasan persisiran dari Tanjung Manis di Mukah sehingga ke Samalaju di Bintulu dan meliputi kawasan sekitarnya serta kawasan pedalaman. Ini termasuklah kawasan penempatan dan pusat bandar di Sibu, Bintulu, Mukah, Sarikei dan Kapit. Projek pembangunan berskala besar ini adalah sebuah perancangan pembangunan jangka panjang sehingga tahun 2030 yang berkeluasan 70,709 km persegi dan melibatkan populasi penduduk seramai 607,800 orang. Secara umumnya, kawasan wilayah tengah Sarawak masih belum diteroka dan dibangunkan sepenuhnya jika dibandingkan dengan wilayah selatan (Kuching) dan wilayah utara (Miri). SCORE merupakan inisiatif utama yang dilaksanakan bagi membangunkan wilayah tengah dan menjadikan Sarawak negeri membangun menjelang 2020. Matlamatnya adalah mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi negara sekaligus meningkatkan kualiti hidup di Sarawak. 1.2 Penyataan Masalah Menurut Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Koridor Sarawak merupakan antara koridor pembangunan yang terbesar di negara ini dan menjadi mutiara baru ekonomi Malaysia selepas Iskandar Malaysia (IM), Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Koridor Pembangunan Sabah (SDC). Keseluruhannya, sebanyak RM833 bilion akan dilaburkan dalam koridor-koridor pembangunan itu dalam tempoh 18 hingga 25 tahun dengan SCORE menerima RM334 bilion, WPI mendapat RM105 bilion, NCER memperoleh RM177 bilion, ECER menjana pelaburan RM112 bilion dan SDC dimajukan dengan pelaburan RM105 bilion. Tenaga merupakan teras utama

4 Koridor Sarawak dan menjadi elemen terpenting bagi menjayakan pembangunan koridor ini. Sesungguhnya pembangunan tenaga hidro, arang batu, petroleum dan gas mempunyai potensi besar untuk dibangunkan. Pembangunan sektor perindustrian dapat memoden dan mempelbagaikan ekonomi Sarawak. Di samping itu ia membolehkan ekonomi Sarawak untuk meningkatkan rantaian nilai (Berita Harian, 12hb Februari 2008). Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka akan tumbuh tiga kali ganda dalam 10 tahun akan datang, dan lima kali ganda pada tahun 2030, kerana pelaksanaan SCORE. Ini adalah selaras dengan Wawasan 2020 untuk meningkatkan ekonomi nasional dari pendapatan pertengahan kepada ekonomi pendapatan tinggi. Beliau yang juga Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber berkata, SCORE mampu menarik pelaburan bernilai kira-kira RM30 bilion dan mampu mencipta lebih daripada 1.5 juta peluang pekerjaan pada tahun 2030 (Borneo Post, March 30, 2010). Antara langkah-langkah strategik yang perlu diambil dalam memastikan SCORE membuahkan hasilnya adalah pembangunan industri utama, pembangunan kawasan nod pertumbuhan baru, pembangunan infrastruktur dan prasarana, pembangunan modal insan serta institusi terlibat. Pembahagian pelaburan adalah RM267 bilion (80%) dalam industri dan elektrik, RM67 bilion (20%) dalam bidang infrastruktur fizikal, sumber manusia dan infrastruktur institusi. Kegiatan industri dan ekonomi baru di koridor ini akan mencipta pekerjaan langsung dan tidak langsung di pelbagai peringkat kepakaran. Anggaran keperluan tenaga kerja untuk pelbagai industri dan anggaran pekerjaan secara tidak langsung menunjukkan bahawa jumlah keseluruhan 836.000 kerja akan diwujudkan dalam koridor pada 2030. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan negeri bagi menarik pelabur asing melabur dalam projek-projek di bawah SCORE bagi memastikan perkara ini menjadi kenyataan (Borneo Post, 31hb Ogos 2010). Namun setakat ini hanya terdapat beberapa pihak sahaja yang melabur dalam industri tertentu. Ini menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak, dimana akan timbul masalah seperti sumber kewangan.

5 Dapat dilihat bahawa Sarawak masih mampu membangun seperti negerinegeri di wilayah utara dan wilayah tengah. Terutamanya dengan perlaksanaan SCORE. Sehubungan itu, terdapat sepuluh industri strategik yang telah dikenalpasti amat berpotensi dan menjadi pemacu dalam pembangunan wilayah SCORE. Industri-indsutri tersebut adalah industri berasaskan minyak (petroleum dan gas), industri aluminium, industri keluli, industri kaca, industri berasaskan minyak kelapa sawit, industri perikanan dan akuakultur, industri penternakan, industri berasaskan kayu, kejuruteraan marin dan industri pelancongan. Bagi memfokuskan usaha pelaburan dalam Koridor Sarawak, lima nod pertumbuhan utama telah dikenalpasti. Nod pertumbuhan baru ini merupakan elemen utama pelan pembangunan strategik koridor. Pemilihan nod-nod tersebut telah menimbulkan beberapa persoalan. Diantaranya adalah:- i. Apakah kriteria yang dititikberatkan dalam pemilihan nod-nod tersebut? ii. Apakah kelebihan diantara kesemua nod-nod tersebut? iii. Adakah wujud permasalahan dalam proses pembangunan dikawasan nod-nod pertumbuhan tersebut? Nod pertumbuhan Tanjung Manis merupakan salah satu nod pertumbuhan baru yang paling cepat membangun dalam SCORE. Tanjung Manis akan muncul sebagai Bandar Raya Industri Pelabuhan dan juga menekankan kepada industri makanan halal. Namun demikian terdapat beberapa masalah dalam proses pembangunan di Tanjung Manis iaitu masalah dalam pembangunan kemudahan dan infrastruktur yang menjadi tunggak utama setiap pembangunan. Peruntukan diberikan bagi menampung perbelanjaan pembinaan infrastruktur bagi tujuan menyokong pembangunan SCORE. Persoalannya, adakah Tanjung Manis betul-betul bersesuaian dibangunkan sebagai nod pertumbuhan jika masih wujud masalah ini? Industri Halal telah menjadi satu perniagaan yang bernilai tinggi, dengan menghasilkan sekitar US $ 2,1 trilion setahun. Malaysia bermatlamat untuk menjadi Hub Makanan Halal global pada tahun 2010, dengan kadar peningkatan saham 1% menjadi 5% pada 2010 pelbagai usaha, strategi dan langkah-langkah yang dilakukan untuk menyokong pembangunan industri Halal sebagaimana dinyatakan di dalam

6 pelan induk Industri Kedua 1996-2005, Dasar Pertanian Nasional, 1998-2010, RMKe-9, 2006-2010,dan Pelan Induk Industri Ketiga (IMP3), 2006-2020. Bagi menampung keperluan inilah Halal Hub dibangunkan di Tanjung Manis. Rajah 1.1: Pasaran Global Industri Halal Sumber: Pelbagai Sumber (Nota: termasuk pembeli bukan muslim) Rajah 1.2: Jumlah Permintaan Produk Halal Bagi 2005 & 2010 (Matrik Tan) Sumber: http;//www.halalexpo.com Dengan arus ekonomi global yang menghadapi persekitaran baru, Sarawak perlu terus meningkatkan kemampuannya untuk menampung kesan penurunan global

7 ekonomi. Dengan memasuki pembangunan Hub Halal, ekonomi Sarawak akan tertumpu ke arah makanan dan minuman Muslim global dimana saiz pasaran yang dianggarkan USD639 bilion (2009) dan tumbuh pada CAGR 45% selama 5 tahun terakhir. Oleh itu, bagi memastikan perlaksanaan SCORE pada masa akan datang menjadi lebih lancar dan berjaya, kajian perlu dilakukan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang timbul semasa perlaksanaan SCORE. Ia penting untuk dijadikan batu loncatan dan panduan bagi pihak-pihak yang terlibat dalam industri ini terutamanya pihak kerajaan dan pelabur. 1.3 Matlamat Kajian Matlamat utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menilai faktorfaktor penting yang diambilkira dalam pemilihan Tanjung Manis sebagai Nod Pertumbuhan Baru dalam perlaksanaan SCORE di Sarawak. 1.4 Objektif Bagi mencapai matlamat di atas, beberapa objektif kajian telah digariskan sebagaimana berikut: 1. Mengenalpasti pembangunan wilayah luar bandar dan SCORE 2. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan Tanjung Manis sebagai Nod Pertumbuhan Baru dalam SCORE

8 3. Mengkaji cabaran semasa perlaksanaan Tanjung Manis sebagai Nod Pertumbuhan Baru dalam SCORE 1.5 Skop Kajian Skop penyelidikan ini dikecilkan bagi memudahkan proses pengumpulan maklumat supaya dapat dianalisis dalam tempoh yang bersesuaian. Penyelidikan ini merangkumi aspek-aspek yang telah ditentukan dalam lingkungan tertentu sahaja, iaitu: Penumpuan diberikan terhadap pembangunan dalam SCORE secara umum Penyelidikan difokuskan terhadap faktor-faktor pemilihan Tanjung Manis sebagai nod pertumbuhan baru. Kajian memberi penekanan terhadap cabaran yang wujud semasa perlaksanaan Tanjung Manis sebagai Nod Pertumbuhan Baru dalam SCORE Pihak yang terlibat dalam penyelidikan ini ialah pihak yang terlibat secara langsung dalam proses perlaksanaan SCORE seperti SPU dan RECODA 1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini berguna kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan sebagai panduan dalam pembangunan SCORE. Hasil kajian atau analisis yang akan dibuat pada akhir kajian ini akan memberi gambaran kepada semua pihak samada pemilihan Tanjung Manis sebagai Nod Pertumbuhan Baru dalam SCORE merupakan salah satu tindakan yang tepat. Disamping membantu menjadi panduan kepada para pelabur bagi melihat peluang pelaburan yang ada di Nod Pertumbuhan Tanjung

9 Manis. Kajian ini akan mengupas tentang faktor pemilihan utama nod pertumbuhan Tanjung Manis serta melihat beberapa faedah dan masalah yang dihadapi semasa projek pembangunan dilakukan. 1.7 Metodologi Kajian Bagi merealisasikan objektif kajian, maka penyelidikan yang dibuat perlulah mengikuti beberapa skop kaedah yang tertentu. Isi kandungan yang akan di ketengahkan adalah berasaskan objektif kajian yang diterangkan sebelum ini. Metodologi yang digunakan untuk melaksanakan kajian ini adalah seperti berikut:- 1.7.1 Peringkat Pertama: Pengenalan Kepada Bidang Penulisan Dalam peringkat ini penyelidik membuat kajian literatur yang mendalam melalui pembacaan dan rujukan ke atas sumber-sumber seperti kertas seminar, jurnal, majalah, tesis dan buku. Pengumpulan data dan maklumat melalui kajian ini digunakan untuk membentuk penyataan masalah dan objektif penyelidikan. Langkah-langkah yang terlibat dalam peringkat ini adalah:- Menentukan bidang kajian Menjelaskan pernyataan masalah kajian Menetapkan objektif yang hendak dicapai dalam kajian ini Membentuk tajuk penyelidikan Menetapkan skop kajian Menjelaskan kepentingan kajian yang akan dilaksanakan Menentukan metodologi kajian yang akan digunakan

10 1.7.2 Peringkat Kedua: Kajian Literatur Dalam peringkat kedua kajian literatur dibuat melalui pembacaan kepada buku, majalah dan jurnal yang berkaitan dengan pembangunan luar bandar dan SCORE. Kajian literatur ini dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam berkenaan kajian yang dibuat. 1.7.3 Peringkat Ketiga: Pengumpulan Data Dalam peringkat ini, data yang diperlukan dan sumber untuk memperolehinya akan dikenalpasti. Sumber data yang diperlukan boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu:- i) Sumber Sekunder Sumber sekunder merupakan data yang diterbitkan secara rasmi. Sumber sekunder diperlukan untuk memperkukuhkan pemahaman penulis dalam bidang yang hendak dikaji dan pada masa yang sama memperdalamkan pengetahuan pembaca. Penelitian dan pemilihan data-data sekunder perlu dilakukan kerana bukan semua data yang diperolehi dapat digunapakai dalam kajian ini. ii) Sumber Primer Sumber primer adalah data terkini yang diperlukan dalam kajian ini. Disebabkan data ini lebih objektif dan memenuhi kriteria kajian, maka ia digunakan untuk membuat analisis, rumusan dan cadangan kajian ini. Data primer ini dikumpulkan melalui kaedah-kaedah berikut:- Mengadakan temubual dengan pihak-pihak yang terlibat dalam SCORE. Mengedarkan soalan soal selidik kepada pihak-pihak terlibat

11 1.7.4 Peringkat Keempat: Penganalisaan Dan Hasil Pada peringkat ini, ianya merangkumi penganalisaan ke atas soal selidik yang telah diterima dan analisis data primer. Rumusan pada setiap bab akan dibuat. 1.7.5 Peringkat Terakhir: Peringkat Rumusan Dan Cadangan Penganalisaan data membolehkan penyediaan rumusan dan cadangan yang berguna kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam kajian ini. Secara ringkasnya, metodologi kajian dapat ditunjukkan dalam Rajah 1.3. 1.8 Susun Atur Bab Di dalam menjalankan kajian, penulisan yang akan dilakukan akan dibahagikan kepada lima bab atau bahagian. Pembahagian bab-bab ini akan dilakukan mengikut keutamaan dan langkah yang akan dilakukan di dalam kajian ini. Berikut adalah pengagihan atau keutamaan bab yang akan dibuat di dalam penulisan ini. 1.8.1 Bab Pertama : Pendahuluan Bab pertama akan menerangkan dan membincangkan aspek-aspek seperti pengenalan, penyataan masalah, objektif, matlamat, kepentingan, skop dan

12 metodologi kajian. Penjelasan yang jelas juga dibuat berhubung dengan permasalahan sebenar kajian serta gambaran mengenai kajian yang akan dilakukan. 1.8.2 Bab Kedua : Pembangunan Wilayah Luar Bandar Bab ini melihat senario pembangunan wilayah luar bandar di Malaysia dan faktor yang dipertimbangkan dalam pemilihan sebuah pusat pertumbuhan baru. Tujuannnya bagi melihat projek pembangunan wilayah luar bandar dan sejauh mana pembangunan itu dijalankan bagi mengurangkan ketidakseimbangan antara wilayah. 1.8.3 Bab Tiga : Kes Kajian Bab yang ketiga ini lebih membincangkan berkaitan dengan latar belakang kes kajian. Selain itu, bab ini juga akan membincangkan berkenaan lokasi kawasan kajian, jenis-jenis pembangunan yang ada dalam perancangan SCORE dan perancangan pembangunan bandar baru Tanjung Manis. 1.8.4 Bab Empat : Analisis Kajian Dalam bab ini, kaedah pengumpulan data primer dan kaedah analisis kajian yang digunakan akan diterangkan terlebih dahulu. Seterusnya, hasil analisis kajian yang diperolehi mengikut objektif kajian yang ditetapkan akan diterangkan mengikut turutan.

13 1.8.5 Bab Lima : Kesimpulan & Cadangan Bab yang terakhir ini pula hanya akan membincangkan kesimpulan bagi keseluruhan kajian yang dibuat. Cadangan bagi kajian lanjutan juga dibuat bagi rujukan pelajar-pelajar pentadbiran tanah. 1.9 Kesimpulan Secara umumnya, bab ini menerangkan pernyataan masalah yang berkaitan dengan bidang kajian yang dipilih. Seterusnya pembentukan objektif dan skop kajian dibentuk berdasarkan masalah yang timbul. Bab ini juga membincangkan secara ringkas metodologi kajian yang digunakan dalam manjalankan kajian seterusnya. Dalam bab seterusnya, penyelidik akan membincangkan secara terperinci berkaitan dengan pembangunan wilayah luar bandar di Malaysia.

14 Mengenalpasti Masalah Peringkat Pertama Menentukan Objektif Kajian Kajian Literatur Peringkat Kedua Pengumpulan Data Peringkat Ketiga Sumber Sekunder Sumber Primer Penganalisisan Data Peringkat Keempat Hasil Analisis Cadangan & Kesimpulan Peringkat Terakhir Rajah 1.3: Carta Alir Metodologi Penyelidikan