KONVENSYEN SAINTIS MUSLIM MUDA

Similar documents
Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN. Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

TONG SAMPAH PINTAR BERASASKAN INTERNET PELBAGAI PERKARA (IOT)

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

CURRICULUM VITAE. Akmar Hayati Ahmad Ghazali. Name of School / Institution obtained

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

Rashidi Abbas 1 Syafrimen 2 Nova Erlina 3. Pensyarah, Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan. Tel:

SISTEM PENJADUALAN SYIF. Nurul Iddayu Bahari Idrus. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POWER QUALITY IMPROVEMENT BY DYNAMIC VOLTAGE RESTORER AND UNIFIED POWER QUALITY CONDITIONER USING FUZZY LOGIC FARIDULLAH KAKAR

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

-*.- Program Pensiswa

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MARA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

PELAKSANAAN TUGASAN DIALOG TENTANG ISLAM MENERUSI FACEBOOK DALAM KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAKWAH

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

Pembangunan Laman Sesawang Kemahiran Mendengar Bahasa Arab (Maharat al-istima wa al-fahm): Mendokong Dasar e-pembelajaran di UKM

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

Transcription:

KONVENSYEN SAINTIS MUSLIM MUDA HUFFAZ-M DR RASHIDI BIN ABBAS PUSAT BAHASA MODEN DAN SAINS KEMANSIAAN 1 NOVEMBER 2017 (RABU) AUDITORIUM PERPUSTAKAAN UMP KAMPUS PEKAN 1

PENGAJARAN TAHFIZ AL-QURAN BERBANTUKAN TEKNOLOGI (HUFFAZ-M) Disediakan oleh: Dr Rashidi bin Abbas Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang rashidi@ump.edu.my 1.0 PENDAHULUAN Perkembangan dunia teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan banyak impak serta kesan positif kepada pelbagai bidang perindustrian termasuklah bidang pendidikan. Pembelajaran menjadi lebih fleksibel dan mudah untuk diakses dengan adanya teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (Rahil Mahyuddinn et al., 2009). Kerajaan berkeyakinan bahawa dengan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadikan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar seperti komputer riba, cakera padat, penggunaan pelbagai perisian serta pelbagai alat bantu mengajar sebagai satu wadah penting untuk pengukuhan pembelajaran pelajar ketika ini ( Tajulripin Sulaiman, Wan Zah Wan Ali, 2008). Oleh yang demikian, adalah perlu untuk setiap pendidik, guru, pensyarah menggunakan ruang kemudahan alat bantu mengajar samaada yang berbentuk peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan minat pelajar terhadap subjek yang diajar. Implementasi penggunaan ICT ini, sebenarnya telah melalui proses latihan yang intensif serta pendedahan yang mendalam dari aspek fungsi dan keberkesanannya kepada para pendidik. Hakikatnya penggunaan ICT dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik seseorang pelajar (Neal Watkin, Johannes Ahrenfelt, 2017). Fenomena ini telah menerobos ke peringkat pendidikan tahfiz di Malaysia. Ini dapat dibuktikan menerusi pembinaan makmal-makmal komputer untuk sesi hafazan baharu (dars jadid) atau sesi pengulangan (muraja ah). Justeru itu, pelajar-pelajar memerlukan waktu yang mencukupi untuk sesi pengukuhan pembelajaran hafazan di dalam makmal sebagai mengisi ruang-ruang tanpa guru pembimbing (Rashidi Abbas, 2017). Walaupun demikian, penyediaan makmal-makmal oleh pihak Maahad Tahfiz memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk direalisasikan. Secara jujurnya pihak kerajaan menyanjung tinggi cadangan 2

beberapa pelan pembinaan pembangunan makmal-makmal di setiap Maahad yang menawarkan program tahfiz secara bersepadu ini. Maahad Tahfiz persendirian yang mana tidak mendapat bantuan penuh dari pihak kerajaan akan mengalami kesulitan dalam penyediaan kemudahan pembelajaran kepada pelajar ( Zulkifli Mohaammad Al-Bakri, 2013). Walaupun demikian, pihak maahad telah sedaya upaya menyediakan ruang pembelajaran yang terbaik kepada pelajarpelajarnya, agar mereka tidak ketinggalan dalam sesi pembelajaran. Sebagai satu satu pilihan untuk sesi pengukuhan hafazan bagi maahad yang tidak berkemampuan dalam penyediaan makmal komputer, berkemungkinan pelajar boleh memuat turun aplikasi pembelajaaran ke telefon pintar masing-masing atau android. Pembelajaran ini sangat menaraik jika dapat diatur pengurusannya dengan sempurna. 1.2 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA Dalam zaman teknologi yang semakin maju pada masa kini, pelbagai pembangunan dan penambahan aplikasi multimedia di dalam sistem pengajaran telah berlaku dan mencapai tahap yang tinggi. Pada hakikatnya teks, grafik, audio dan video sudah lama digunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat tetapi elemen tersebut digunakan secara berasingan dan disampaikan sebagai unsur tersendiri. Masalah ini wujud disebabkan tiada teknologi untuk menyatupadukan setiap media atau pelbagai media. Kewujudan multimedia dapat membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut dengan efektif. Multimedia adalah berdasarkan kepada dua perkataan utama iaitu Multi dan Media/medium. Multi bermaksud banyak, pelbagai di mana ia menandakan terdapat lebih daripada satu media wujud di dalam sesuatu aplikasi (Norhasni Zainal Abidin, 2014). Media pula merujuk kepada alat atau pengantara untuk menyampaikan sesuatu maklumat seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. Aplikasi Multimedia pula adalah aplikasi yang dibangunkan dengan menggabungkan koleksi pelbagai media seperti teks, grafik, audio, video dan animasi serta mempunyai ciri-ciri interaktiviti. Teknologi komunikasi mudah alih telah menyediakan pelbagai alternatif dan kemudahan berhubung, sebagai contoh telefon bimbit tidak lagi terhad bagi tujuan menerima dan membuat panggilan semata-mata. Telefon bimbit juga sudah dilengkapi dengan kemudahan menghantar dan menerima e-mail, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat pesanan multimedia (MMS) yang hadir dalam bentuk gabungan muzik, gambar, jujukan-jujukan animasi dan rakaman video pendek (Donald, 2003). Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit pengguna juga boleh melayari laman web dan melayari pelbagai aplikasi komputer ( Wim 3

Kouwenhoven, 2014). Kemudahan komunikasi tanpa wayar juga telah disediakan bagi memudahkan pengguna menggunakan pelbagai aplikasi yang memerlukan capaian internet. Selain itu, telefon bimbit pintar berteraskan pelantar android telah menjadi alat komunikasi yang amat diperlukan bagi kebanyakkan orang, terutama sekali pelajar ( Ahmad Asri Lubis Abu Samah, 2010). Persoalannya disini adakah pelajar menggunakan telefon bimbit dan aplikasiaplikasi yang sedia ada ini di dalam pembelajaran atau sekadar untuk perhubungan sosial seharian mereka? Apakah aplikasi yang dimuat turun ini memberikan impak yang besar kepada pelajar untuk sesi pembelajaran? Sejauhmana pihak Maahad Tahfiz mengaplikasikan sesi hafazan menggunakan telefon pintar? 1.3 PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM BIDANG PENDIDIKAN DAN PENGAJARAN DI MAAHAD TAHFIZ M-Learning merupakan suatu konsep baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta menekankan kepada keupayaan untuk memudahalih proses pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal (Carol L. Stimmel, 2016). Dalam kata mudah, proses pembelajaran boleh dilakukan dimana-mana sahaja dan bukannya di kelas semata-mata. Sesi pengukuhan pembelajaran ini boleh dilakukan tanpa guru pembimbing (Rashidi, 2017). Signifikan penggunaan M-learning ini dapat difokuskan kepada: membantu proses pembelajaran dengan menyediakan latihan berasaskan komputer (CBT) dan e-learning courseware yang menawarkan cara pembelajaran yang baru di mana pembelajaran boleh dilakukan di mana-mana. tenaga pengajar dan juga para pelajar sebagai kemudahan di dalam teknik pengajaran dan pembelajaran. kombinasi elemen-elemen multimedia yang boleh membantu mempertingkatkan keberkesanan dalam proses pembelajaran. sistem multimedia, pihak pengajar boleh mengesan prestasi pelajar dengan memperolehi laporan setiap kali pelajar menggunakan bahan tersebut. Contohnya menggunakan portal pendidikan (István Mezgár, (ed), 2006) 4

1.4 BAGAIMANAKAH PENGGUNAAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA MEMBANTU DALAM MEMPELAJARI HAFAZAN AL-QURAN. Penggunaan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa kini telah diperluaskan dari sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Saranan penggunaan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam memepelajari sesuatu pelajaran dan pencarian maklumat. Di sini dapat diperjelaskan beberapa platform yang boleh di gunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran. Di antaranya adalah: 1. Penggunaan CD-ROM Antara kaedah pengajaran yang boleh digunakan adalah melalui CD-ROM. Ia merupakan alat bantu mengajar yang berkesan kerana dapat memudahkan pengajaran berkaitan bidang al-quran seperti hafazan, taranum dan qiraat. Walaupun demikian, kaedah talaqqi dan musyafahah adalah yang terbaik dalam pengajaran al-quran dan hafazan (H. Abdul Madjid Sofie, 2001) Dalam kaedah ini, guru akan berhadapan secara langsung dengan pelajar untuk mendengar dan membetulkan bacaan pelajar (Amjad Qasim et al., 2013). Namun disebabkan kekangan peruntukan masa yang terhad bersama guru, penggunaan CD-ROM sedikit sebanyak dapat membantu guru dan pelajar kerana mudah dibawa, mudah dipelajari, mudah dimiliki dan mellalui pembelajaran kendiri. 2. Telefon pintar Pelbagai perisian dan aplikasi mudah alih di dalam telefon pintar telah dibangunkan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang hafazan Al-Quran menjadi mudah dan cepat berbanding secara tradisional (Muhamad Ali, 2008) Beberapa aspek pengetahuan tentang Al-Quran (Sayyid Muhammad Alwi Al-Maliki, 2010) dikaji dan dibangunkan bagi menghasilkan rekaan aplikasi dan sistem yang mampu memberi kesan yang baik kepada pengguna. Kaedah dan teknik hafalan Al-Quran menjadi mudah dengan kemudahan capaian internet serta adanya pembangunan perkakasan dan perisian dalam bentuk pendigitan. 3. Komputer Ramai pendidik percaya bahawa komputer dapat membantu pelajar belajar membaca dengan betul melalui kaedah interaktif. Kandungan subjek boleh dilaksanakan secara berkesan melalui aplikasi agen pedagogi animasi (APA) kerana ia berjaya meningkatkan penglibatan dalam proses pembelajaran. Kajian oleh Hj, Omar, & Sharif (2013), membuktikan antara sebab utama pelajar mempunyai tahap kecekapan yang rendah dalam membaca surah adalah kerana pelajar tidak 5

mempunyai minat dalam pembelajaran surah. Di samping itu, kajian rintis yang sama, tiga agama guru telah ditemubual dan mereka berpandangan pembelajaran dan motivasi pelajar dapat dipertingkatkan melalui pembangunan reka bentuk pengajaran yang interaktif dan di lengkapi teknologi moden. Melalui pembangunan Quran Voice Memorizer selepas menghafal semua surah, pengguna boleh ke mod semak yang membolehkan aplikasi mendengar dan memperbetulkan hafalan seseorang. 4. MP3 Aplikasi Quran Audio Recitation (QAR) menurut Mohd Zain Mohmood (2015), membantu dalam mengesan kesalahan bacaan atau hafalan al-quran tetapi ia tidak boleh menilai ketepatan dan prestasi pengguna. Akhirnya pelajar perlu bertalaqqi musyafahah bersama guru pembimbing untuk mendapatkan ketepatan bacaan. 5. Laman Web Menurut Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz (2011), E-Halagat direka berasaskan web dengan pendekatan menyerupai situasi halaqah yang dibangunkan secara elektronik terdiri daripada tutor, penyelia dan pelajar berdaftar. Sistem ini mempunyai dua kaedah pengesahan menggantikan kaedah tasmik iaitu pengesahan sendiri dan pengesahan automatik. Pengesahan sendiri dilaksanakan dengan merekod dan mendengar semula suara sendiri bagi mengetahui kesilapan dalam hafalan. Pengesahan automatik pula menggunakan teknik pengecaman pertuturan automatik untuk mengikuti pembaca dan untuk membetulkan bacaan atau hafalan ayat al-quran dengan adanya alat pengiraan yang diperlukan untuk membetulkan kesalahan hafalan secara elektronik. 6. Al-Quran Pen Reader Al-Quran Digital Read Pen ialah pen yang boleh membaca al-quran tetapi ia tidak boleh menulis. Fungsi al-quran ini adalah sama dengan al-quran yang lain, keistimewaannya ialah teknologi read pen yang membaca ayat per ayat dan surah per surah. Sentuh saja mata pen pada mana mana ayat atau surah, read pen ini akan mengeluarkan bacaan mengikut Qari pilihan kita. Al-quran Digital Read Pen merupakan Gajet Digital Islamik yang membantu semua golongan yang ingin belajar Al-quran dari peringkat asas dengan mudah dan cepat. Dalam konteks mendidik anak-anak, mungkin set pen digital al-quran merupakan satu pilihan kerana ia bertindak sebagai scanner atau pengimbas kepada huruf-huruf yang dicetak pada naskhah al-quran. Al-Quran itu pula diperbuat daripada kertas yang mempunyai kod. Bagaimanapun, pada mata kasar kod-kod berkenaan tidak kelihatan. Ia hanya boleh dilihat sekiranya mengguna kanta pembesar. Pengguna boleh nampak dengan jelas grid yang 6

ada di belakang tulisan pada al-quran tersebut. Pada grid berkenaan, dimasukkan kod tertentu dan apabila pen diletakkan, alat pengimbas yang padanya akan mencetuskan bunyi tertentu berdasarkan kod tertentu. Pen ini mampu menyimpan hampir 480,000 kod tetapi ia tidak berfungsi pada al-quran biasa kerana tidak memiliki kod. 1.5 PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI HUFFAZ-M DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAHFIZ AL-QURAN DI MAAHAD Langkah 1 Pastikan telefon pintar pelajar telah dimuat turun dengan aplikasi Huffaz-M Langkah 2 Pelajar boleh memilih untuk mendengar azan terlebih dahulu sebelum meneruskan hafazan al-quran. Langkah 3 Pelajar perlu memasukkan terlebih dahulu data-data peribadi untuk penilaian bacaan hafazan oleh guru pembimbing. Pelajar boleh menekan butang ulang untuk pengulangan ayat yang ingin dihafal. Butang ini boleh ditekan berkali-kali sehingga hafazan menjadi lancar. 7

Langkah 4 Setelah lancar menghafal, pelajar perlu bertalaqqi secara beramai-beramai dihadapan guru pembimbing. Setelah itu, pelajar membaca secara berseorangan dengan guru pembimbing. Langkah 5 Guru pembimbing membetulkan bacaan pelajar dengan betul dan tepat. Pelajar juga disediakan dengan beberapa soalan latihan untuk pengukuhan hafazan. Langkah 6 Pelajar perlu memperdengarkan (tasmi ) bacaan hafazan secara individu di hadapan guru al-quran. Langkah 7 Pelajar perlu merakam suara dan mendengar semula rakaman suara ketika sesi tasmi bersama guru pembimbing. Guru pembimbing perlu memperbaiki semua kesalahan yang terdapat dalam bacaan 1.6 KESIMPULAN Reka bentuk pembangunan sistem dan aplikasi yang interaktif dan bersistematik juga sangat penting dalam memastikan keberkesanannya kepada pelajaar. Ini kerana kepelbagaian gaya dan strategi pembelajaran yang dibangunkan akan melahirkan huffaz yang berkualiti dari segi ilmu dan profesional. Perubahan pendekatan pendidikan pada alaf baharu ini memberi petanda positif dalam arena pendidikan secara global. Perubahan minda pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran telah menjadikan pendidikan di Malaysia begitu dinamik dan progresif. Kebergantungan para remaja di Malaysia kepada telefon pintar tidak dapat dinafikan lagi penggunnaannya. Penggunaan ini sangat meluas di peringkat pengajian tinggi disebabkan mereka diwajibkan untuk mencari maklumat menerusi aplikasi teknologi 8

untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran pelajar. Walaupun, di peringkat sekolah rendah dan menengah penggunaan telefon pintar belum lagi dibenarkan oleh pihak kementerian. Tetapi sebenarnya untuk mengakses maklumat, pihak sekolah telah menyediakan makmal-makmal dengan perisian terkini bagi membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran dan skil mencari maklumat.penggunaan telefon pintar dengan perisian Huffaz-M sebenarnya boleh membantu pelajar menambah dan mengekallkan hafazan mmasing-masing. Telefon pintar boleh dibawa kemana-mana dan boleh diakses pada bila-bila masa apabila diperlukan tanpa pergi ke kelas secara formal. Aplikasi teknologi juga menjadikan arena pendidikan semakin menarik untuk diterokai dan dipelajari oleh pelajar terutamanya. Umumnya kita tidak dapat menafikan ledakan teknologi ini berlaku di Malaysia dan kita mengharapkan kemajuan pendidikan ini standing dengan negara maju yang lain. 9

1.7 Rujukan Abdul Manaf Bohari (ed) (2005). Isu-isu profesional ICT dii Malaysia : teknologi dan perniagaan. Kuala Lumpur : IBS Buku. Abdul Manaf Bohari (ed) (2006). ICT dari perspektif profesional : isu-isu pengurusan dan organisasi. Petaling Jaya : Pearson/Prentice Hall. Abdurrahman Lubis (2011). Tips menghafal al-quran bagi professional. Batu Caves, Selangor. : Pustaka Al-Ehsan Amjad Qasim, Siti Nur Akma Ahmad (2013). Menghafal Al-Quran dalam Sebulan. Synergi Media: Kuala Lumpur. (2012).Pelan Strategik KPM 2011-2015.Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM. (2008). Blueprint for the implementation of strategic ICT roadmap for Malaysia handbook. Putrajaya : Ministry of Science Technology and Innovation, 2008 Ahmad Asri Lubis Abu Samah (2010). Etika Belajar & Mengajar Al-Quran. Yamani Angle : Kuala Lumpur. Carol L. Stimmel (2016). Building smart cities : analytics, ICT, and design thinking. Boca Raton : CRC Press, Taylor & Francis Group. H. Abdul Madjid Sofie (2001). Belajar mudah membaca Al-Quran : metode bbq 99. Bandung, Indonesia : Penerbit El-Fath. Hasnan Kasan, Prof. Madya Dr. Khairul Anwar Mastor (2008). Personaliti pelajar muslim. Kuantan, Pahang : Maahad Tahfiz Negeri Pahang Ibrahim Al-Deeb (terj) Azlan Abdul Rahman (2008). Bersama memartabatkan tuntutan Al- Quran. Kuantan, Pahang : Maahad Tahfiz Negeri Pahang Ir. Amjad Qasim (2013). Menghafal al-quran dalam sebulan. Kuala Lumpur : Synergy MediaMohd Fauzan Noordin (2010). ICT and Islam. Kuala Lumpur : IIUM Press, International Islamic University Malaysia. István Mezgár, (ed) (2006). Integration of ICT in smart organizations. Hershey, PA: Idea Group Pub. Lawrence A. Tomei (ed) (2011). Online courses and ICT in education : emerging practices and applications. Hershey, PA : Information Science Reference. 10

Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz (2011). Kaedah Jibril. PTS Darul Furqan Sdn Bhd: Selangor. Mohd Solleh Ab.Razak (2011). Sehingga al-quran Terpahat di Hati. Telaga Biru Sdn Bhd: Kuala Lumpur. Mohd Zain Mohmood (2015). Keunikan dan Keindahan Bahasa Al-Quran. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur. Muhamad Ali (2008). Kerjaya dalam bidang ICT. Kuala Lumpur : PTS Professional, 2008 Nor Azhar Ahmad (2011). Panduan ringkas literasi ICT : pengenalan laman sosial. Kuantan, Pahang : Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian Universiti Malaysia Pahang. Nor Azaruddin Husni Nuruddin, Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh (ed) (2015).Memperkasa peranan teknodaie : cabaran dalam pembangunan dan penggunaan ICT. Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Nurul Wahidah Zainal Al Abidin (2013). My mobile class assistant application on android platform. Kuantan, Pahang : UMP Neal Watkin, Johannes Ahrenfelt. Haniza Lockman (terj) ( 2017). 100 Panduan Asas Kemahiran Mengajar. ITBM: Kuala Lumpur. Norhasni Zainal Abidin (2014). Reka Bentuk Metodologi Penilaian Latihan. UPM: Serdang. Raja Malik Mohamed(2003). Practical approach to ICT strategic planning. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara. Profesor Dr. Noor Sharifah bt Sutan Saidi (2004). Perancangan pusat ICT bagi masyarakat luar bandar di Semenanjung Malaysia. Skudai, Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Rashidi Abbas (2017). Anjakan Minda Huffaz Belia Malaysia (penyelidikan) Kuantan: Universiti Malaysia Pahang. Rashidi Abbas (2016). Anjakan Minda Huffaz Belia Malaysia. Kuantan: Universiti Malaysia Pahang Rahil Mahyuddin, Habibah Elias, Kamariah Abu Bakar (2009). Amalan Pengajaran Berkesan. Karisma Publications Sdn. Bhd: Selangor. Sayyid Muhammad Alwi Al-Maliki (2010). Keistimewaan-keistimewaan Al-Quran. Alam Raya Enterprise: Kuala Lumpur. Tim Misi (2017). Misi budak tahfiz. Batu Caves, Selangor : PTS Publishing House 11

Tajulripin Sulaiman, Wan Zah Wan Ali (ed) (2008). Memperkasakan Pendidikan Negara isu & cabaran.upm: Sedang. Win Kouwenhoven (ed) (2014). Advences in Technology, Education and Development. InTech: Croatia. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2013). Hebatnya Kuasa Hafazan.PTS Islamika: Kuala Lumpur. 12