KESAN TERAPI RUQYAH DALAM MODIFIKASI TINGKAHLAKU MURID-MURID ADHD NIK ASILAH NIK ALI1 DR. MADYA ZAGEN GANESAN1 DR. GHAZALI DARUSALAM 2

Similar documents
FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

AL-HIKMAH. Jilid 7 ISSN M No H

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

ASSOCIATE EDITORS. Department of Al-Quran & Al-Hadith Academy of Islamic Studies University of Malaya Kuala Lumpur Malaysia

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Khadher Ahmad * Ishak Suliaman ** Sedek Ariffin ***

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

THERMOLUMINESCENCE PROPERTIES OF DYSPROSIUM-DOPED CALCIUM BORATE GLASS FOR DOSE MEASUREMENT SUBJECTED TO IONIZING RADIATION

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

KESAN KERJA SYIF MALAM TERHADAP HUBUNGAN SOSIAL DAN KESIHATAN FIZIKAL JURURAWAT

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

KEPENTINGAN PENGAJARAN AL-QURAN UNTUK PERKEMBANGAN PSIKOLOGI ANAK-ANAK AUTISME

APLIKASI MODUL TERAPI JIWA DALAM KALANGAN PESAKIT MENTAL DAN FAEDAHNYATERHADAP KESIHATAN JIWA MOHD NASIR BIN MASROOM

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

ABSTRAK FARIZA MD SHAM 3 AZYYATI MOHD NAZIM 1. Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor, Malaysia.

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

Special Issue 3 (2017): 011 ISSN: x

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MUD FLOOD AS A SUITABLE MATERIAL FOR SUBGRADE LAYER OF LOW TRAFFIC VOLUME NURUL AIN BINT! IBRAHIM

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

PENGARUH BERBAGAI KETEBALAN MULSA SABUT KELAPA DAN INTERVAL PENYIRAMAN TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN SUKUN (Artocarpus communis) DI RUMAH KACA

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

BAB 1: PENGENALAN. mendapati ada wanita yang sanggup melakukan perkara di luar norma masyarakat atau

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

THE ABSURDITY OF BEING AS REFLECTED IN FRANZ KAFKA S THE METAMORPHOSIS NOVELLA (1915): AN EXISTENTIALISM APPROACH.

Transcription:

KESAN TERAPI RUQYAH DALAM MODIFIKASI TINGKAHLAKU MURID-MURID ADHD NIK ASILAH NIK ALI1 DR. MADYA ZAGEN GANESAN1 DR. GHAZALI DARUSALAM 2 Jabatan Psikologi dan Bimbingan Kaunseling, Universiti Malaya.11 Jabatan Asas Kemanusiaan, Universiti Malaya.2 ABSTRAK Terapi Ruqyah adalah satu pendekatan alternatif dalam intervensi tingkah laku ADHD selain dari penggunaan terapi ubatan, terapi tingkah laku, terapi kognif tingkahlaku dan sebagainya. Menelusuri kajian- kajian lalu, pengkaji mendapati terapi Ruqyah berkesan untuk merawat kerasukan jin, gangguan emosi, mahkhluk halus, ketagihan dadah, kanser, masalah tidur dikalangan autistik muslim dan juga HIV /AIDS. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan terapi ruqyah terhadap modifikasi tingkah laku murid-murid ADHD di Yayasan Quranic Faqeh di Petaling Jaya, Selangor yang menjalankan kaedah ini kepada murid muridnya. Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan rekabentuk kajian kes. Data dikumpulkan melalui temubual, pemerhatian dan analisa dokumen. Data akan dianalisis secara thematik dan kategori. Hasil kajian menunjukkan pendekatan terapi ruqyah memberi kesan dalam modifikasi tingkah laku murid-murid hyperaktif khususnya dalam memberi ketenangan dan mengubah tingkahlaku seterusnya membolehkan mereka dapat mengikuti pelajaran dengan mudah disamping mengubah sikap menjadi seorang muslim yang soleh. Kajian ini membuktikan bahawa terapi ruqyah bukan sahaja relevan malahan mampu menjadi salah satu rawatan alternatif khususnya kepada murid-murid ADHD muslim. Kata Kunci: Terapi Ruqyah, modifikasi tingkah laku, ADHD Pengenalan Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) merupakan salah satu kecelaruan psikiatri yang paling umum di kalangan kanak-kanak (Barkley, 2006). Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD dapat dilihat dengan begitu ketara pada sesetengah kanak-kanak terutamanya pada waktu prasekolah atau tadika dan murid-murid sekolah rendah terutama mereka berumur bawah tujuh tahun. Gejala ini menyebabkan kanak-kanak yang mengalaminya sukar mengawal tingkah laku mereka atau memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Satu kajian menunjukkan terdapat antara 3% 1

hingga 5% kanak-kanak menghidap ADHD atau sekitar 3.5 juta orang kanak-kanak di dunia (Lewis Mehl-Madrona, 2008). Ini bermakna, di dalam sebuah kelas yang mengandungi 25 atau 30 orang murid, sekurangkurangnya seorang daripada mereka menghidap ADHD. Antara faktor penyebab yang boleh dikaitkan dengan pelakuan hiperaktif ialah seperti hubungan amalan merokok dan pengambilan alkohol semasa ibu mengandung, keadaan persekitaran yang mempunyai paras kandungan plumbum yang tinggi, pengambilan gula yang berlebihan oleh kanak-kanak dikatakan penyebab kepada kanak-kanak menjadi hyperaktif (Feingold, 1975). Kanak-kanak ADHD kebiasaanya menunjukkan tanda - tanda kurang tumpuan seperti gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta sering membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain. Selain itu, kanak-kanak yang mengalami masalah kecelaruan ini juga sering bertingkah laku kerap mengelak, tidak suka atau keberatan melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama seperti kerja sekolah atau kerja rumah. Pelbagai kaedah dan cara perawatan atau interversi bagi murid-murid ADHD. Antaranya kaedah terapi behavior, terapi ubatan, terapi cognitive behavior. Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan perawatan alternatif terapi ruqyah dalam modifikasi tingkah laku dikalangan murid-murid ADHD. Menurut Ibnu Mandhur (t.t) al-ruqyah bererti bacaan tertentu bertujuan memohon perlindungan atau merawat orang sakit. Ruqyah juga didefinisi sebagai memohon perlindungan atau ayat-ayat, zikir-zikir, doa-doa yang dibacakan kepada orang yang sakit. Abu Muaz Muhammad bin Ibrahim (t.t) menyatakan ruqyah sebagai penggunaan ayat-ayat al-quran, (jampi) dalam rawatan penyakit merupakan satu perawatan yang telah dimulai semenjak zaman Rasulullah lagi. Antara peristiwa yang pernah berlaku bagaimana seseorang yang bernama Abi Said al-khudri yang telah membacakan surah al-fatihah bagi membantu merawat seorang ketua kabilah yang telah disengat kala jengking dengan izin Allah ketua kabilah itu sembuh dan Rasulullah telah memperakui keberkesanan ayat tersebut. 2

Khader Ahmad, Abdullah Yusof, Mohd Farhan Md Ariffin (2014). Antara ayat al Quran berkaitan dengan terapi ruqyah Maksudnya: Dan kami turunkan al-quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-quran itu tidaklah menambahkan kepada orang -orang yang zalim selain kerugian. (Al Israa:82) Melalui al-quran Allah SWT menyatakan pendiriannya bahawa kalam Allah itu mampu untuk memberi kesembuhan penyakit kepada manusia sama ada penyakit rohani ataupun jasmani (fizikal). Kajian Literatur Pengkaji telah mendapati banyak kajian yang telah dilakukan berkaitan ruqyah dalam merawat penyakit samada zahir mahupun batin antaranya seperti emosi (Nikmatun Khasanah 2006) dalam kajian menyatakan untuk menyembuhkan penyakit tidak cukup hanya melalui terapi perubatan moden melainkan dengan pendekatan spiritual, M.Darojat Ariyanto (2007) penyakit fisik jiwa dan gangguan jin, ruqyah juga didapati berkesan sebagai satu terapi untuk mengubati penyakit kanser. Fadlan Abu Yasir (2009) Model Psikoterapi Ruqyah, (Lokman Abdul Hamid 2013, Kahel 2010.), kemurungan Zainul Ariffin dan Zulkhair, (t.t), gangguan emosi (Ana Noviana 2010). Hasil kajian menunjukkan kesan kesembuhan terapi ruqyah kepada semua jenis penyakit yang disebut di atas. Shahril Nizam bin Zulkifli (2009) pula menganalisis hadith-hadith ruqyah sebagai alternative perubatan Islam di dalam kitab Sahih Muslim Hasil kajian Primadona (2010) turut menunjukkan bahawa ketenangan yang diperolehi dari zikir meningkatkan ketahanan tubuh, mengurangkan risiko penyakit jantung dan memanjangkan usia. Tanpa ketenangan tubuh menjadi lemah dan senang untuk dijangkiti virus serta membantu pembiakan sel-sel kanser. Perbahasan Aida Hidayah (2011) turut mendapati bahawa ayat- ayat al Quran mempunyai pelbagai fungsi selain sebagai nilai ibadah ia juga adalah ubat menyelesai semua masalah hidup. Cahaya Sabiq (2008) turut bersetuju bahawa terapi ruqyah mampu menyembuhkan penyakit yang berkaitan psikologi dan terapi berfungsi 3

mencegah penyakit yang sering hinggap kepada manusia. Fadzli Adam (2011) menyatakan rawatan alternatif seperti solat, solat taubat, muhasabah diri, kelas fardhu ain dan mengaji al Quran membantu dalam penyembuhan kes penagihan dadah. Iman Setyabudi (2012) dalam kajiannya mendapati zikir yang diberikan kepada pesakit AIDS berpengaruh secara signifikan dalam menurunkan tahap kesan negatif dalam diri mereka dan memberi ketenangan kepada jiwa mereka. Namun kajian beliau terbatas pada konsep zikir kepada jiwa pesakit AIDS sahaja. Manakala Ana Noviana (2010) dalam kajiannya bertajuk Terapi Ruqyah Syar iyyah bagi penderita Gangguan emosi di Bengkel Rohani Ciputat menjadikan al Quran sebagai kaedah utama dalam rawatan, yang dibaca secara langsung kepada pesakit dan mendapati rawatan ruqyah memberi kesan kepada pesakit dari sudut ketenangan jiwa. Syarifah Norshah Bani Syed Bidin pula (2011) pula mengkaji peranan ayat-ayat al-quran sebagai terapi untuk kerasukan jin Seterusnya Lokman Abdul Hamid (2013) seorang pengasas kepada Pusat Rawatan Islam al Hidayah menjelaskan bahawa kanser dapat disembuhkan dengan dibacakan ayat al Quran serta mengamalkannya dengan membaca ayat ayat al Quran yang dikhaskan untuk mengubati kanser. Beliau menjelaskan bahawa ramai pesakit kanser yang sembuh dengan pendekatan ruqyah al Quran di Pusat Rawatan Islam al Hidayah. Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusof Zulkifli Haron (2014) cuba melihat metod ruqyah dalam pemikiran Ibn Qayyim al-jauziah dari sudut pemikiran perubatannya. Seterusnya antara kajian kajian lepas yang turut membicarakan berkaitan perubatan Islam dan yang seiring dengannya antaranya ialah, Useful Medicinal Flora Enlisted In Holy Quran And al-hadith oleh Mushtaq Ahmad, Mir Ajab Khan,Sarfaraz Khan Marwa, Jampi Syarie Dalam Menggunakan Ayat Ayat Al Quran oleh Hazlina Binti Abdullah (2010), Mardiana Bt Abdul Ghani (2004) dengan tajuk penggunaan Ayat Al Quran Dalam Bidang Perubatan Kajian di Darul Syifa Bangi, Realiti Dan Cabaran Dalam Rawatan Islam: Analisis Hadith -Hadith Tentang Pendekatan, Kaedah Rawatan Nabi S.A.W Merawat Penyakit Sihir Oleh Khadher Ahmad dan Prof Madya Dr. Ishak Hj. Suliaman, Pengaruh Zikir 4

(Membaca Al-Quran) Terhadap Perubahan Kadar Hormon T4 Tetraiodotironin) pada Qari di Iptiq Jakarta oleh Primadona (2010) dan Al- Ruqyah With The Qur an And The Du`A (The Prayer) In Islamic Medical Tradition oleh Nurdeen Deuraseh. Siti Patonah Mohamad, M.Y Zulkifli Mohd Yusof Duriyyah Sharifah Hassan Adli (2013) Terapi bunyi melalui bacaan Al-Quran bagi masalah emosi dan kemahiran motor pertuturan kanak-kanak autistik. Mohd Amzari Tumiran, Mohd Yaakub Zulkifli, Nazean Jomhari & Duriyyah Sharifah Hasan Adli (2014) Interversi tidur menggunakan terapi al-quran dalam menangani gangguan Tidur kanakkanak autistik muslim. Metodologi Kajian Kajian ini menggunakan pendekatan metod qualitatif dengan reka bentuk kajian kes yang dijalankan di Yayasan Pendidikan al-qur an bagi Anak Istimewa (Akademi Fakeh). Sample terdiri daripada 3 orang murid ADHD. Justifikasi lokasi ini dipilih kerana pusat ini telah lama menjalankan terapi ruqyah dalam interversi tingkahlaku pelajar. Metod temubual semi struktur digunakan bagi mendapatkan data secara langsung disamping juga data yang dikutip melalui pemerhatian secara langsung bagi mendapatkan data sokongan yang lebih mendalam (in-depth). Temubual bersemuka (langsung) telah dijalankan ke atas ibubapa pelajar dalam tempoh 5 bulan. Berikut latar belakang pelajar : Nama Murid Umur Tempoh perawatan Murid A 5 6 bulan Murid B 8 8 bulan Murid C 14 10 bulan Data temu bual dianalisis mengikut pendekatan analisis kandungan kerana ia memberi tema, kategori dan makna (Merriam, 1998). Hasil Kajian Kajian ini cuba melihat kesan terapi ruqyah terhadap murid-murid ADHD dengan menggunakan terapi ruqyah. Kesan ini dapat dilihat melalui 5

perubahan tingkah laku terhadap ketiga-tiga sampel kajian berasaskan 3 aspek: 1. Gerak laku Hasil kajian menunjukkan perubahan tingkah laku daripada gelisah, tidak duduk diam, melompat dan bergerak tidak berhenti kepada tenang dan berada dalam keadaan terkawal. Malahan melalui temubual dan pemerhatian yang dijalankan dapat dilihat perubahan kanak-kanak-adhd setelah rawatan ini dijalankan sehingga tidak dapat membezakan dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang lain. Hal ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh mengenai kehebatan al-quran sebagai terapi penenang kepada mereka yang mengalami gangguan emosi Ana Noviana (2010) 2. Minda dan hati Kajian juga mendapati selepas terapi ruqyah dijalankan minda kanakkanak ini lebih berfokus. Hal ini dapat dilihat apabila mereka dapat menumpukan kepada arahan arahan guru dan memberi reaksi kepada arahan tersebut. Hal ini disokong dengan kajian Cahaya Sabiq (2008) bahawa terapi ruqyah mampu menyembuhkan penyakit yang berkaitan psikologi yang berkaitan dengan hati dan minda manusia. Keindahan bacaan alquran terbukti berkesan dapat melembutkan hati manusia sebagaimana kisah Saidina Umar al-khatab sebelum keislamannya, Numani (2004). Kemampuan bacaan al-quran dapat menjana gelombang alfa EEG (electroencephalogram) serta mampu memberi ketenangan kepada individu yang mendengarnya berbanding dengan muzik (Abdullah & Omar, 2011) 3. Sikap Sikap yang lebih baik dari sebelumnya, semakin menunjukkan kemahiran sosial yang lebih baik, semakin berdisiplin serta menghormati rakan rakan, bersifat sabar serta semakin bertoleransi dengan rakan serta guru. Perbincangan Berdasarkan kajian-kajian lalu, terapi ruqyah mampu mengubah tingkah laku murid-murid ADHD dari aspek mental dan emosi dengan menggabungkan 5 deria semasa terapi ini dijalankan melalui pendengaran, 6

pembacaan, penglihatan, sentuhan dan rasa yang diamalkan untuk memulih tingkahlaku. Walaupun murid-murid ADHD sesetengahnya belum dapat membaca al-quran, mereka mampu mendengar, melihat surah surah yang dibaca sambil diusap dan dipeluk ketika bacaan dijalankan. Begitu juga dengan penggunaan air yang dibaca ayat-ayat terapi serta diberi minum kepada murid murid. Kajian yang dijalankan oleh Mesaru Emoto (2004) menunjukkan pembentukan molekul air yang sempurna apabila dibacakan ayat-ayat yang baik dan begitu sebaliknya. Ini menunjukan air mampu menyerap bacaan. Begitu juga pelukan, bagaimana kisah semasa penurunan wahyu berlaku, nabi Muhammad S.A.W dipeluk oleh Malaikat Jibrail. Hal ini menunjukkan pelukan turut memainkan peranan penting dalam proses pemulihan tingkah laku kanak-kanak ADHD. Perubahan dapat dilihat keatas setiap sample yang dijalankan tidak sampai 12 bulan malahan semakin awal usia kanak-kanak semakin senang tingkahlaku dipulihkan. KESIMPULAN Kajian ini cuba mengkaji peranan terapi ruqyah dalam modifikasi tingkahlaku dikalangan kanak-kanak ADHD. Pendekatan alternatif ini dilihat dari sudut mekanisme menggabungkan kesemua deria serentak mampu memberi kesan kepada perubahan tingkahlaku kanak-kanak ADHD. Kesimpulannya terapi ruqyah mampu mengubah tingkahlaku kanak-kanak ADHD jika dilaksanakan melalui metode dan cara yang betul serta keyakinan yang tinggi kepada Allah S.W.T. Kajian ini perlu diperhalusi lagi pada masa hadapan dengan menumpukan kepada cara pengukuran yang bersistematik untuk mengukur kesan perubahan tingkah laku terutamanya minda dan hati dengan lebih jelas dengan bantuan alatan teknologi terkini. Rujukan Abdullah A.A. & Omar, Z.(2011).The effect of temporal EEG signals listening to Quran recitation.international Journal on Advanced Science, Enginering and information Technology1(4)372-375. Abdul daim Kahel, (2010). Terapi Ayat Suci: Terapi Al Quran untuk Hidup Sihat. Ter: c Ilaj Nafsaka bi al-quran. Solehah Muhammad Kalim. Indonesia. Abdul Ghofar, Lutfiyah Ningsih. (t.t). The Influence Of Playing Therapy And Music Therapy (Listening Al-Qur an: Juz Amma) To Anxiety Respond At Toddler. 7

Abu Muadz Muhammad bin Ibrahim, (t.t). Risalah fi Ahkam al-ruqa Wa Tanaim Wa Sifat al-ruqyah al-syariyyat Saudi Arabia, Mesir : Maktabah al- Ummah. Aida Hidayah, (2011). Penggunaan Ayat-Ayat Al-Qur'an Sebagai Metode Pengobatan Bagi Penyakit Jasmani. Skripsi Thesis, Yogyakarta : UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta. Ana Noviana, (2010). Terapi Ruqiyah Syar iyyah Bagi Penderita Gangguan Emosi di Bengkel Rohani Ciputat. Jakarta : UIN Syarif Hidayatullah. Aslam Khan, Tamoor Ul Hassan and Shazia Sultana, (2009). American- Eurasian. J. Agric. & Environ. Sci., 5 (1): 126-140, 2009. Useful Medicinal Flora Enlisted in Holy Quran and Ahadith. Department of Plant Sciences Quaid-i-Azam University, Islamabad, Department of Arabic, Islamic Studies and Research Gomal University, Dera Ismail, Khan, Pakistan. Cahaya Sabiq, (2008). Metode Ruqyah Dalam Perspektif Psikologi Pendidikan. Tesis. Stain Pekalongan. Edward G.Browne, (2001). Islamic Medicine. New Delhi : Goodword Press. Fadlan Abu Yasir, (2009). Model Psikoterapi Ruqyah,Tesis Sarjana, Yogyakarta: Universitas Ahmad Dahlan, Ibnu Madhur, (t.t). Lisan al-arab. jil.4, Mesir Ibnu Yusuf, Jaurani Abi Al Aliyah Muhammad al-, (2007). al-ruqyah al Syar c iyyah, Min Kitab wa al- Sunnah al-nabawi. Mesir : Dar al- Nafaaes. Al-Ardhan. Iman Setyabudi, (2012). Perkembangan Metod Efektivitas Dzikir Untuk Menurunkan Stress dan Efek Negatif Pada Penderita Stadium AIDS. Jurnal Psikologi, Vol 10. No 2. Jakarta : Universiti Esa Unggul. Jauziah, Ibnu Qayyim al-, (2013). Trj. Perubatan Rasulullah: Kenapa Rasulullah Sentiasa Sihat?. Selangor : al- Hidayah Publishing. Khader Ahmad, Abdullah Yusof, dan Mohd Farhan Md Ariffin, (2014). Signifikan Pengggunaan Ruqyah Berasaskan Al-Quran Dalam Rawatan Penyakit: Satu Analisis, Tajdid in Quranic Studies, Jakarta. Lokman Abdul Hamid, (2013). Perubatan Al Quran Rawatan Kanser Mustread. Kuala Lumpur. Lutfi Kiram Az Zumaro & Norhanis Hashim, (2013). Aktiviti Energi Doa dan zikir khusus untuk kecerdesan super (otak dan hati). Kuala Lumpur : Synergi Media. M. Darojat Ariyanto, (2007), Terapi Ruqyah Untuk Penyakit Fisik, Jiwa Dan Gangguan Jin.Jurnal SUHUF.vol 19.No 1. Mei 2007; 48-49; Mehl-Madrona, L., (2008). Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD ) in Children: Theories about the causes of ADHD. Diagnosis and alternative treatment for ADHD/ADD, conventional, Innovative and alternative Therapies for the 21 st Century Merriaem, S.B., (1998). Qualitatif Research And Case Study Application In Education. 2 nd ed. San Francisco: Jossey Boss. Mesaru Emoto, (2004). The Hidden Massage In Water translated by David A. Thayne, USA : Beyond Word Publishing, Hillsboro Oregon. Mohd Amzari Tumiran, Mohd Yakub Zulkifli, Nazean Jomhari & Duriyyah Syarifah Hasan Adli, (2014). Tajdid in Quranic Studies, Universiti Malaya : Akademik Pengajian Islam. Mohd Najib & Ahmad Shauqi Abd Rahman, (2000). Panduan merawat penyakit Mengikut al-quran dan al-sunnah. Kuala Lumpur : Jasmine Musdar Bustamam Tambusai, (2013). Halal Haram Ruqyah. Kuala 8

Lumpur : Pustaka Al Mushtaq Ahmad, Mir Ajab Khan, Sarfaraz Khan Marwat, Muhammad Zafar, Muhammad dan Mustamir Abdullah, (2011). Quranic Super Healing, Sembuh dan Sihat dengan Mukjizat al-quran. Selangor : PTS Millenea. Nurdeng Deuraseh, (2013). Book of Medicine in Sahih Bhukari. Serdang : UPM Nikmatun Khasanah, (2006). Konsep Penangguhan AIDS Menurut Dadang Hawari. Bandung : Y.Nukman.Dzikra. Siti Patonah,M.Y.Zulkifli Mohd Yusof & Duriyyah Sharifah Hasan Adli. (2013) Terapi Bunyi Melalui Bacaan Al-Quran Bagi Masalah Emosi dan kemahiran motor pertuturan kanak-kanak Austistik..QURANICA International Of Quranic Research, Vol 5, Issue 2, Dec 2012, Pp53-72. 9

10 10