Hasri bin Harun Pusat Pengembangan Pengajian Asasi (CDFS) & Institut Maqasid Syariah (INSMAQ) Universiti Selangor (UNISEL)

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SKIM AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF FI SABILILLAH MENGIKUT MAQASID SYARIAH: KAJIAN DI SELANGOR DAN PULAU PINANG 1

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

KONSEP HISBAH DAN PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM MAIS DAN JAIS DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Peranan Ngo Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal

INDEKS SYARIAH MALAYSIA : SATU PENGENALAN Oleh: Nor Safina binti Zainal 1 Mohd Hariri bin Mohamad Daud 2

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

ASSOCIATE EDITORS. Department of Al-Quran & Al-Hadith Academy of Islamic Studies University of Malaya Kuala Lumpur Malaysia

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

MODAL INSAN KOPERASI :

KEWANGAN ISLAM DAN MAQASID AL-SHARIAH

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

KEUTAMAAN PEMBANGUNAN INSAN DALAM MENGIMBANGI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA (The Priority of Human Development to Balance National Development)

HUBUNGAN MAQASID SYARIAH DAN SIASAH SYAR IYYAH DALAM URUS TADBIR NEGARA

DINAMIKA PENDAKWAH MELAKSANA DAKWAH PELBAGAI ETNIK

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

Transcription:

SEJAUHMANA PEMERKASAAN PRINSIP MAQASID AL-SYARIAH MENJADI DASAR DI NEGERI SELANGOR : SATU KAJIAN TERHADAP PERANAN INSTITUT MAQASID SYARIAH (INSMAQ) UNISEL Hasri bin Harun Pusat Pengembangan Pengajian Asasi (CDFS) & Institut Maqasid Syariah (INSMAQ) Universiti Selangor (UNISEL) hasri@unisel.edu.my ABSTRAK Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada Titah Baginda dalam DNS tahun 2015 telah menyatakan Negeri Selangor harus memiliki keutamaan dalam melaksanakan dasar dan menegaskan gagasan Maqasid Syariah sebagai dasar pembangunan negeri. Titah ini adalah suatu harapan yang amat besar bagi seorang ketua agama islam yang menggagaskan usaha yang dilakukan samada dalam pengurusan,pentadbiran dan tatakelola menepati ciri-ciri prinsip tersebut. Namun, pentadbiran berteraskan Maqasid memerlukan suatu usaha yang holistik bagi menjelaskan kepada seluruh pentadbir untuk mencapai hasrat tersebut. Bagi memastikan Titah ini dapat dilaksanakan maka setiap agensi dan pentadbiran memulakan usaha menggerakan kefahaman dan kegiatan bagi memberi kesedaran terhadap semua pihak untuk mencapai hasrat dan cita-cita menjadikan selangor sebuah negeri yang selari dengan prinsip Maqasid. Bagi menjayakan hasrat baginda, Universiti Selangor (UNISEL) sebagai sebuah IPTS di bawah Kerajaan Negeri Selangor, tidak ketinggalan dalam menyahut Titah Tuanku dengan menubuhkan sebuah pusat kecemerlangan iaitu Institut Maqasid Syariah (INSMAQ). Institut ini adalah sebagai sebuah hub dan pusat penyelidikan, latihan dan pengajaran yang berperanan mendidik semua pihak bagi memahami aspirasi pelaksanaan pengurusan dan kehidupan bernegara bertepatan dengan kehendak Hukum Syarak. Artikel ini bertujuan menjelaskan peranan penubuhan Institut Maqasid Syariah Unisel (INSMAQ) dalam membantu Kerajaan Negeri Selangor mencapai sebuah negeri yang berpaksikan kepada prinsip Maqasid Syariah. Tulisan ini berusaha membantu meneliti usaha-usaha jangka pendek dan jangka panjang yang dilaksanakan dalam memastikan kejayaan Selangor menjadi negeri contoh kepada semua negeri di Malaysia. Kata kunci : Unisel. Maqasid Syariah. Transformasi Unisel. Selangor. ---------------------------------------------------------------------------------------------------- 1.0 Pendahuluan Pemerkasaan kefahaman syariah Islam di Negeri Selangor secara umumnya berjalan dalam keadaan yang baik walaupun masih banyak ruang yang perlu dipertingkatkan untuk jangka panjang. Melalui kegiatan keislaman yang digerakkan oleh agensi di bawah kerajaan negeri dan swasta termasuk NGO Islam yang berperanan dalam konteks negeri, telah mampu membawa negeri selangor ke arah sebuah negeri yang menuju paksi kepada syariah Islam. Penubuhan agensi-agensi dalam pentadbiran kerajaan termasuk Pusat Dakwah, Pusat Pembangunan keluarga, Pusat Muallaf dan pelbagai kegiatan keislaman sedikit sebanyak telah memberi banyak ruang untuk 187

188 National Pre University Seminar 2017 (NpreUS2017) melihat perkembangan kefahaman islam kepada masyarakat termasuk bukan Islam. Begitu juga baru-baru ini Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengadakan Seminar Eksekutif Maqasid Syariah pda 18 Jun 2016 yang melibat 300 kakitangan di bawah JAIS. Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga dalam titah baginda pada Dewan Negeri Selangor (DNS) penggal ke2 tahun 2015 telah menitahkan bahawa kerajaan negeri selangor haruslah menjalankan pentadbiran dan pengurusan negeri selaras dengan prinsip Maqasid Syariah. (Selangorkini : 2015). Tulisan ini cuba meneroka dan melihat sejauhmanakah negeri selangor dalam melaksanakan polisi dan dasar yang sedia ada dan apakah ia berdasarkan kepada wasilah maqasid syariah. Di samping itu artikel ini menjelaskan peranan yang turut dimainkan oleh Institut Maqasid Syariah (INSMAQ) Universiti Selangor. Beberapa cadangan juga dinyatakan sebagai usaha pemerkasaan khususnya di negeri ini.justeru semua pihak harus bergerak dengan lebih baik menuju kepada prinsip dan kedudukan selaras yang telah dititahkan oleh KBDYYM Sultan. 2.0 Permasalahan kajian a) Kerencatan pemahaman Maqasid Dewasa kini ramai orang berbicara tentang maqasid syariah. Ini kerana persoalan maqasid telah diperdebatkan disemua peringkat dimana ianya semakin menjadi fenomena perbincangan kalangan para sarjana sehingga kepada peringkat orang biasa. Namun dalam kedewasaan membincangkan perkara ini diperlihatkan ada kalanya setengah golongan menerima pemakaian prinisp ini dalam konteks aplikasi semasa terutama dalam bidang pentadbiran dan tidak kurang banyak juga yang menolak pemakaian prinsip yang dilihat sebagai mengurangkan dan mempermudahkan aspekaspek syariah. Menurut Wifaq (2016) usaha kearah memartabatkan Maqasid Syariah perlu dipertingkat dan usaha mengembangkan kempen pemahaman supaya masyarakat dapat hidup di bawah naungan Allah. Oleh kerana terdapat penyimpangan pemahaman inilah yang menyebabkan maksud Maqasid dan kedudukannya yang sebenarnya telah disalahfahami. Pandangan ini turut disokong oleh Noor Inayah (2017) bahawa ada kalangan agamawan dan ilmuwan yang memberi tafsiran dan sorotan dengan begitu ketat dan jumud seolah-olah maqasid ini terlalu sukar dan kompleks. Sehinggakan ada yang menyempitkan pemahamannya. Oleh kerana itu wajar jika perkara ini dimurnikan dengan sebaiknya untuk mengelakkan salahtafsiran dan kejumudan dalam memahami ilmu maqasid yang sememangnya berpaksikan kepada syariat. Oleh sebab itu sukar bagi menggerakkan prinsip ini dalam dasar polisi sesebuah organisasi jika maksud dan kefahaman ini tidak diperjelaskan dengan baik. b) Salahfaham dan bagaimana berinteraksi dengan nas al-quran dalam mengurus pentadbiran (Teks vs Konteks) Nas vs Waqi Dalam konteks pemerintahan adalah amat penting untuk memahami prinsip Maqasid Syariah kerana dalam hal ehwal siyasah banyak sekali perkara ijtihadiah yang melengkari aspek pentadbiran. Justeru persoalan bagaimana harus berinteraksi dengan hukum syariah dan pengurusan pentadbiran adalah suatu perakara yang wajar digerakkan. Menurut al-kailani (2017) memahami aspek aspek hukum syariah sebagaimana dalam al-quran adalah perkara mesti difahami yang penting bagaimana berinteraksi dengan asas tersebut dan memahami prinsip maqasid. Ini penting kerana jika tidak difahami dengan betul maka boleh menimbulkan penyelewengan dan dapat menolak segala kezaliman dalam setiap tindakan. Sebahagian pihak telah menggunakan pendekatan dan jenama syariah seperti hak asasi, mengkafirkan

masyarakat, menghalalkan darah dan memusnahkan negara. Ini kadangkala penyalahgunaan dan kefahaman nas yang serong mengakibatkan maksud syariah itu telah diselewengkan. Manakal menurut Nor Inayah (2017) dalam konteks memahami hukum antara teks dan konteks, harus memahami nas-waqi-ijtihad sebagai sebab pembentukan fatwa dan ijtihad yang tidak boleh diabaikan. Al-Quran menurut Inayah (2017) harus difahami mengikut kaedah dah pendekatan benar temasuk tafsir maslahiy dan tatbiq maslahiy.syariah pada hakikatnya diturunkan Allah sesuai dengan waqi atau setempat dan sesuai dengan zaman (Sidek Fadhil;2015). c) Keperluan maqasid sebagai kayu ukur pengurusan pemerintahan Dalam aspek pengurusan sesebuah pentadbiran, prinsip maqasid boleh dijadikan kayu ukur mengurus berdasarkan prinsip syarak. Dengan mengeluarkan pelbagai dasar dan polisi dalam pentadbiran maka setiap keputusan haruslah bertepatan dengan hukum. Jika tidak setiap dasar itu akan menjadi caca merba dan mengikut hawa nafsu dan keperluan semasa semata-mata tanpa berasaskan kemaslahatan dan kemanfaatan manusia. Bahkan dasar dan polisi tersebut bakal mengundang mudarat kepada ummah. Menurut Azaman Mohd Nor.et.al (2016) bahawa maqasid syariah elemen penting dalam proses penentuan sesuatu hukum. Disamping mengetahui kepenting hukum ia juga menjadi lebih berguna kerana aplikasi dalam sistem pembangunan dalam memastikan penggubalan dasar, sosial, ekonomi dan politik supaya selari dengan elemen maqasid. Khususnya dalam konteks ekonomi keperluan mengetahui keutamaan dan kepentingan pengurusan ekonomi maqasidi adalah amat penting dalam memastikan hasil mahsul negara berlegar kepada sasaran sebenar demi kemaslahatan ummah. Dalam konteks pengurusan dan pemerintahan, maqasid syariah memainkan peranan utama untuk difahami bahawa ianya bertujuan memelihara kemaslahatan. Setiap aspek pengurusan mesti berteraskan kemaslahatan. Tindak tanduk pemerintah harus berteraskan kepada kemaslahatan. Menurut Zaidi (2014) menjadi kayu ukur penting untuk pemerintah memahami akan garispanduan dalam membentuk polisi keatas rakyatnya. Jika tidak dasar dan polisi ini akan hanya diputuskan mengikut hawa nafsu dan ini bertentangan dengan prinsip Islam dan jauh daripada memelihara kemanfaatan ummah. 3.0 Maksud Prinsip Maqasid Syariah Perbincangan tentang maqasid syariah telah dihuraikan dengan banyak sekali oleh para sarjana fiqah dan usul fiqh. Ia satu ilmu yang mengambarkan bahawa Syariah Islam diturunkan sebagai membawa kebaikan dan kemaslahatan kepada manusia. Berdasarkan hujah ini al-syatibi menjelaskan berdasarkan surah al-anbiya ayat 107 bahawa misi Kerasulan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah untuk mengangkat rahmat Ilahi dan cerminan kepada kemaslahatan ummah. Begitu banyak sekali ayat yang menjelaskan akan keadilan syariah islam. Berdasarkan pandangan Ibn Asyur (1998), Maqasid syariah ditakrifkan sebagai pengertian dan rahsia yang difahami daripada syariat dan keseluruhan dan sebahagian besar hukum. Manakala alal Fasi (1966) pula mentakrifkan Maqasid Syariah adalah objektif yang datang daripada syariah dan rahsia yang dibuat oleh pembuat Syariah bagi setiap hukum hakamnya. Manakala menurut pandangan ulama kontemporari Dr 189

Raisuni (1995) mentakrifkan Maqasid Syariah sebagai bahawa kedua-dua definisi menurut Ibn Asyur dan alal Fasi sebagai objektif yang ditentukan supaya mencapai untuk kepentingan manusia. Menurut Selamat (2016) pula bahawa Maqasid Syariah adalah merupakan dasar dan garispanduan yang telah disediakan bagi menjaga kehidupan manusia supaya sentiasa memperolehi kemaslahatan dan dijauhi daripada keburukan. Allah telah menurunkan al-quran dengan pelbagai ilmu dan hikmah untuk digunakan oleh manusia namun jika kita tidak memahaminya maka pensyariatan itu tidak akan bergerak dengan hikmah yang telah diturunkan. Umumnya ilmu maqasid amat penting untuk difahami kerana ianya perlu dicapai berasaskan kepada dalil kulliy untuk kemaslahatan umum. Segala sektor dalam pentadbiran ada maqasidnya. Tinggal lagi bagaimana kita sebagai pentadbir mengetahui dan melaksanakan sebagaimana yang ditetapkan oleh hukum syarak. 4.0 Takrif Maqasid Syariah Maqasid dari sudut bahasa adalah jamak daripada istilah maqsad diambil dari kata dasar qa-sa-da yang membawa maksud pegangan, punca,sasaran,kelurusan, keadilan dan kesederhanaan. (Ibn Manzur, t.t). Dengan kata lain maqsad juga membawa maksud dan merujuk kepada objektif, yang membawa erti kenyataan atau fakta sebenar. (Teuku Iskandar et.al 2000). Manakala definisi syariah pula adalah berasal dari perkataan sya-ra-a yang membawa maksud sumber air yang tidak pernah putus dan terus mengalir (al-jurjani : 1405) menerangkan serta menunjukkan jalan ( Ibn Manzur. T.t). Berikut adalah beberapa tafsiran dan penjelasan makna maqasid menurut ulama tersohor: 1. Imam al-syatibi dalam buku beliau yang tersohor iaitu al-muwafaqat fi Usul al-syari ah mendefinisikan maqasid syariah sebagai untuk menegakkan kebaikan atau kemaslahatan kepada manusia dan mengelakkan daripada berlakunya fasad atau keburukan. 2. Menurut Izzuddin Abdul Salam, ia adalah Jalb al-masaleh wa Dar al- Mafasid, yakni mewujudkan kebaikan-kebaikan dan mencegah dari kebinasaan-kebinasaan, sama sebagaimana takrif al-syatibi di atas. 3. Ibnu Asyur pula menyatakan, pemeliharaan kepada fitrah manusia. 5.0 Maqasid Syariah dan Pentadbiran Kerajaan Dalam memahami aplikasi prinsip Maqasid Syariah dalam pentadbiran kerajaan maka harus difahami apakah makna dan maksud tersebut. Dalam mengurus sebuah pentadbiran sama kerajaan negeri atau kerajaan pusat maka kepimpinan harus mampu dan berkeupayaan memahami cara bagaimana mengurus berdasarkan prinsip Maqasid syariah. Menurut al-juwaini (2000) perkara penting dalam pentadbiran sesebuah kerajaan adalah keupayaan berijtihad, keupayaan mengatur alam ini dengan pelbagai kerencaman selain mengatur kebaikan demi kemaslahatan manusia. Begitu juga seorang tokoh Maqasid yang antara banyak mengembangkan ilmu ini iaitu Izzuddin Abd Salam (ibid) bahawa dalam pentadbiran samada kekuasaan (al-wilayah), kehakiman, (al-qada ), Undang-Undang keterangan (al-syahadat) disyariatkan untuk semata-mata mencari kemaslahatan manusia. 190

Dalam Islam pengurusan sebuah kerajaan adalah bertepatan dengan maksud Siyasah Syar iyyah yang menjalankan pentadbiran demi mengangkat maslahah kemanusiaan. Menurut Abd Wahhab Khallaf (1998 ) siyasah syar iyyah adalah suatu usaha menjalankan pentadbiran islam berdasarkan sesuatu yang menjamin kebaikan dan mengelak keburukan selagi mana tidak terkeluar dari batas-batas hukum syarak. 6.0 Aspek-aspek pembangunan dari Perspektif Maqasid Syariah Artikel ini sedikit sebanyak akan membicarakan tentang aspek-aspek pembangunan dari perspektif Maqasid syariah. Dalam hal membahaskan perkara ini sememangnya syariah telah meletakkan tujuan yang murni dan bertujuan memelihara kemaslahatan manusia. Antara aspek-aspek pembangunan negara dari perspektif maqasid syariah : Zaharuddin (2016) 1) Pemilihan kepimpinan yang baik, telus dan berwibawa Matlamat sebuah kerajaan yang baik adalah dengan memastikan pemilihan kepimpinan adalah tepat, telus dan wibawa. Barulah sebuah kerajaan itu akan dapat digerakkan dengan tadbir urus yang betul. Peranan ini sejajar dengan apa yang digagaskan oleh Allah Taala dalam al-quran ( Al- Qasas : 26) : Kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai. 2) Membina ekonomi tanpa riba dan hilangkan kezaliman Pengurusan ekonomi yang baik berdasarkan kepada prinsip syariah adalah memastikan tiada riba dan penindasan terhadap masyarakat. Jika wujud unsur riba maka ekonomi tersebut bertentangan dengan maqasid syariah. Menurut Tahir Ibn Asyur bahawa membahagikan hak Maqasid dari segi muamalah kepada dua bahagian : a) Hak Kepada Allah yang merupakan hak khusus termasuk menjaga perkara aqidah b) Hak sesama manusia melalui pengurusan memelihara diri manusia daripada kerosakan dan mengelakkan daripada perkara yagn tidak diingini. Oleh kerana tu sebuah pentadbiran harus terhindar daripada unsur riba, gharar, judi, ihtikar dan sebagainya. Tujuan pengharaman riba adalah untuk menghilangkan penindasan disamping mencacat pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. 3) Mengawal pasaran barangan secara sederhana Sebagaimana kita ketahui dengan ekonomi pasaran yang baik bakal mengundang kepada pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan. Namun jika tidak dibendung gejala penipuan, penindasan ini akan merugikan antara pihak yang terlibat dalam dunia pasaran. Dalam hadis riwayat Tarmizi menjelasakan : janganlah kamu berjual beli dipasar kami melainkan kepada sesiapa yang telah mendalami agama (tentang jual beli). 4) Memperkemas agenda pendidikan dan Perundangan Islam Pendidikan adalah merupakan satu kepentingan dalam syariat Islam. Dengan pendidikan yang jelas falsafah dan tujuan bakal melahirkan generasi yang kuat pada 191

192 National Pre University Seminar 2017 (NpreUS2017) masa akan datang. Pendidikan juga harus diberi keutamaan dalam pentadbiran sesebuah kerajaan jika mahu memenuhi maqasid pendidikan sebenar menurut hukum syarak. Memandaikan manusia dengna pendidikan adalah satu tujuan besar dalam sebuah negara. Dalam hadis nabi SAW bermaksud : Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan kepadanya maka Allah akan memberikannya ia kefahaman di dalam agama ( Bukhari No 71) Begitu juga dalam aspek perundangan yang amat besar implikasi dalam menguruskan negara. Pensyariatan atau perundangan merupakan alat yang perlu diberi perhatian bagi sesebuah kerajaan. Perundangan juga adalah merupakan nilai kekuatan bagi sesebuah masyarakat. Undang-Undang untuk mengatur kehidupan. Tanpa perundangan yang adil, masyarakat akan mendapat penganiayaan dan ini amat besar impaknya kepada masa depan sebuah negara. 7.0 Dapatan Kajian Program Pentadbiran Kerajaa Selangor Dalam memastikan Prinsip Maqasid dapat dilaksanakah sesuai dengan tahap dan kepentingan prinsip tersebut, wajar dinilai apakah program dan dasar menepati konsep pemeliharaan ummah berdasarkan prinsip Maqasid. Prinsip Maqasid Syariah adalah untuk memelihara 5 perkara : (Ibn Asyur) a) Pemeliharaan Agama (Hifz al Din) b) Pemeliharaan Nyawa (Hifz al- Nafs) c) Pemeliharaan Akal (Hifz al-aql) d) Pemeliharaan Keturunan (Hifz-Nasl) e) Pemeliharaan Harta (Hifz al-mal) Dalam memastikan pelaksanaan pentadbiran yang berkesan, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Dasar Pentadbiran Mesra Rakyat yang dinamakan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Ianya adalah lanjutan daripada Dasar Program Merakyat Ekonomi Selangor pada tahun 2008. Inisiatif ini adalah selaras dengan Agenda Smart Selangor : Membangun Bangsa, Memakmur Negeri. Antara Objektif dan Visi & Misi adalah seperti berikut : Objektif IPR Misi dan Visi IPR Antara Programprogram IPR Memastikan Negeri Selangor menjadi negeri idaman dengan kemajuan dikekalkan dan kebajikan rakyat diutamakan di samping kualiti hidup rakyat dipertingkatkan dan agar rakyat dapat menikmati hidup yang lebih sejahtera. Kejayaan Negeri Selangor maju perlu diterjemahkan dengan erti kata sebenar agar rakyat menerima limpahan sebenar kekayaan Negeri Selangor yang melimpah ruah, mewujudkan keseimbangan dalam semua aspek pembangunan seimbang dan spiritual. Mengutamakan kebajikan rakyat di samping kualiti hidup rakyat dipertingkatkan. Rohani dan jasmani amat penting ke arah mengekalkan status negeri maju dan terus disegani. a) Skim Peduli Sihat b) Skim Kesihatan Wanita c) Skim Hijrah

d) Skim Tawas e) Skim Rumahku Syurgaku f) Skim Bantuan Asuhan Rakyat g) Skim Bantuan Tadika Selangor 8.0 Kayu ukur penilaian pelaksanaan Dasar dan Polisi berpaksikan Maqasid Sejauhmana pelaksanaan dasar dan polisi yang dijalankan oleh Kerajaan negeri bukanlah hendak dinilai dalam kertas ini cuma ingin melihat sejauhmana keperluan pemeliharaan berdasarkan Maqasid Syariah menurut kategori yang disusun oleh Al- Ghazali, apakah ianya disusun mengikut aturannya. Sejauhmana kerajaan negeri memberi keutamaan kepada dasar dan prinsip maqasid dalam pentadbirannya. Berikut disenaraikan beberapa program yang telah dilancar dan digerakan dan diklasifikasi berdasarkan aturan Pemeliharaan diri ummah dan negeri : Sektor Maqasid Program 1) Kesihatan Hifz al-nafs a. Skim Mesra Usia Emas b. Skim Peduli Sihat 2) Pendidikan Hifz al-aql a. Biasiswa Pendidikan b. Skim Bantuan Tadika Selangor c. Skim Pusat Tuisyen Rakyat d. Wifi Smart Selangor 3) Kebajikan Hifz al-mal a. Skim Rumahku Syurgaku b. Khidmat Bas Percuma Selangor 4) Ekonomi Hifz al-mal a. Skim Bantuan Asuhan Rakyat 5) Kekeluargaan Hifz al-nasl a. Insentif Perkahwinan Belia Umum kita melihat bahawa masih banyak lagi ruang dan sektor yang masih belum diberi tumpuan berdasarkan tujuan syarak terutama dalam aspek-aspek pemeliharaan agama. Ini tidak bermakna bahawa negeri selangor tiada dasar agama atau aktiviti keagamaan namun kita melihat dalam polisi yang diterbitkan terdapat keperluan yang wajar bagi menambah tumpuan kepada aspek-aspek keagamaan yang menjadi tunjang kepada kesejahteraan negara selaras dengan cita-cita menjadikan selangor negeri yang berpaksikan prinsip maqasid syariah. 9.0 Penubuhan Institut Maqasid Syariah (INSMAQ) Universiti Selangor Institut Maqasid Syariah telah ditubuhan pada Oktober 2016 dan secara rasmi telah dilancarkan oleh YB. Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad, Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, hub dan pakar rujuk dalam bidang ilmu dan penyelidikan dalam bidang Islam dan Perundangan islam serta menjalankan kegiatan ilmu khususnya dalam mengagkat syariah Islam. Antara objektif penubuhan Institut adalah seperti berikut : a) Menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang Islam dan isu- isu kontemporari berkaitan dengan Maqasid b) Menjalankan kegiatan keintelektuilan, kajian, penyelidikan tentang bidang Islam dan Umat demi menjelaskan tentang Islam sebagai Rahmat kepada seluruh alam tanpa membatas jantina dan agama 193

c) Menganjurkan seminar dalam dan luar Negara dalam bidang maqasid syariah untuk kepentingan ummah dan Negara d) Menjalankan kerjasama dengan semua pihak yang berkepentingan dalam mempejuangkan isu-isu masyarakat dan Negara serta mencari jalan penyelesaian strategik VISI MISI Menjadi sebuah institut kecemerlangan dan badan pakar rujuk dalam isu-isu Islam dan Maqasid Syariah Menggerakkan agenda kajian, penyelidikan dam latihan dalam bidang syariah serta menyebarluas maklumat tentang kemurnian Islam Rahmatan Lil Alamin Selain daripada itu institut telah menyusun pelbagai agenda dan kegiatan yang mampu melonjak nama Unisel dimata masyarakat. Usaha penyelidikan, latihan dan wacana keilmuan adalah antara medan yang penting menggerakkan usaha memajukan ilmu dan penyelidiakn melalui institut ini. Antara projek yang dirancang dan sedang telah berjalan seperti berikut : a) Maqasid Lecture Series b) Agenda Penerbitan dan Penterjemahan c) Pembangunan Modul Maqasid Syariah d) Penulisan Buku Maqasid dan Isu-Isu kontemporari e) Sidang Meja Bulat isu-isu semasa f) Peluncuran buku/bedah buku g) Seminar dan Konference\ d. Bidang-bidang penyelidikan dibawah institut : Selain dari kegiaan program dan wacana, institut juga telah menyediakan ruang penyelidikan bagi mengembangkan kegiatan penyelidikan dalam dan luar negara. Institut telah menubuhkan 4 Kluster penyelidikan, antaranya : A B C D Shariah, Undang-Undang, TadbirUrus & Pengajian Halal Ekonomi, Kewangan, Zakat & Wakaf Pendidikan, Kebudayaan and Ketamadunan Politik & Pembangunan Sosial 10.0 Cadangan a) Kajian dan Penyelidikan mendalam Berdasarkan kepada analisis awal dalam tulisan ini, penulis amat cenderung untuk mencadangkan agar pihak-pihak berkepentingan menjalankan penyelidikan secara spesifik bersama bagi melihat keberkesanan pengurusan dan pentadbiran negeri selangor dalam usaha mengangkat martabat ke arah negeri rahmat dan sejahtara. Kajian ini bukan semata-mata untuk menunjukkan akan kejayaan atau kelemahan mana-mana pihak tetapi lebih kepada usaha mencari jalan penyelesaian dan melihat kelompongan sektor-sektor dalam pentadbiran kerajaan negeri suapaya dapat dipertingkatkan kearah yang lebih baik. Gagasan demi gagasan dan dasar yang 194

dikeluarkan oleh kerajaan negeri wajar dinilai agar ianya selari dengan hasrat DYMM Tuanku menjadikan dasar dan pentadbiran berpaksikan prinsip Maqasid Syariah. Justeru tidak ada cara lain melainkan usaha kajian dan penelitian secara empirikal sebagaimana yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui program Indeks Syariah Malaysia. (ISM). Kajian yang berskala besar ini mungkin dapat digerakkan dengan teratur dan terancang melalui kerjasama pihak-pihak brkuasa termasuk JAIS, Pejabat setiausaha kerajaan negeri, dan agensi-agensi yang terbabit bersama dengan Institut Maqasid Unisel bagi menjayakan. Usha ini bermatlamat bagi memastikan pengurusan, pentadbiran dan tatakelola kerajaan berada pada landasan sebenar. b) Program kesedaran memahami maqasid syariah Selain daripada kajian dan penyelidikan wajar juga digerakkan program dan latihan kepada semua kakitangan kerajaan diselangor untuk memahami prinsip maqasid secara lebih mendalam. Ini bukan sahaja seminar umum dijalankan sebagaimana Seminar sebelum ini namun bengkel strategik yang menjurus kepada jangka panjang juga harus dilaksana bagi memastikan perancangna dapat dilaksanakan. 11.0 Penutup Kesimpulan, artikel ini bukanlah sebuah penilaian kayu ukur kerajaan negeri selangor yang bertepatan dengan prinsip Maqasid Syariah. Ini kerana belum ada kajian mendalam dilakukan. Analisa awal ini sekadar sebuah penelitian melihat kepada potensi dan keperluan adaptasi prinsip Maqasid dalam pengurusan dan pentadbiran sebuah kerajaan jika kita benar-benar menuju sebuah negara atau negeri sebagaimana yang diungkapkan Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur. Beberapa insiatif dan polisi yang diketengah oleh pihak pemerintah ada yang menepati prinsip namun masih banyak ruang dan pembaikan harus juga dilaksanakan. Sebagaimana dimaklum bahawa DYMM Tuanku Sultan Selangor sememangnya prihatin dalam soal-soal pentadbiran yang telus, berprinsip dan memelihara kedaulatan Islam. Justeru beberapa tindakan juga telah dilakukan seperti dalam usaha meningkatkan taraf perundangan diselangor beberapa inisiatif juga telah dilakukan, kegiatan kesedaran dakwah kepada umat Islam juga telah dijalankan oleh pihak berkuasa negeri, termasuklah inisiatif sektor pendidikan yang digerakkan oleh Universiti Selangor dengan penubuhan Institut Maqasid Syariah sebagai sebahagian daripada usha membantu kerajaan dan rakyat agar sama-sama bekerja menuju negeri yang rahmat dan dibawah perlindungan. 12.0 Rujukan Al-Quran Azman Mohd Nor et.al (2016) Kepentingan memahami Maqasid Syariah Dalam Pembangunan Ekonomi Negara, Jakim, Indeks Syariah Malaysia Ali Ibn Muhammad Al-Jurjani, (1405), Al-Ta rifat, Beirut : Dar al-kitab al-arabi, 195

Alal al-fāsi, (1966) Maqāṣid al-syarī ah al-islāmiyyah wa Makarimuha (Rabat: Matabi al-risalah,), 3. Abd Rahman al-kailani (2017) Kedaulatan Ilahi dan Permasalahan Perlaksanaannya Dari Perspektif Maqasid Syariah, Siri Diskusi Maqasid, Institut Darul Ehsan Abd al-wahhab Khallaf, (1988) al-siyāsah al-syar iyyah fi al-syu un al-dusturiyyah wa al-kharijiyyah wa al-maliyyah (Kuwayt: Dar alqalam,). Ahmad Raysuni, (1995) Nazariyat al-maqasid inda al-imam al-syatibi (Virginia: The International Institute of Islamic Thought,), 19. Muhammad al-ṭāhir Ibn Āsyūr, (1998) al-syaykh Muhammad al-ṭāhir Ibn Āsyūr wa Kitābuhu Maqāṣid al-syarī ah al-islāmiyyah (t. t.: al-basa ir,) Noor Inayah (2017) Maqasid Syariah Dalam Kepelbagaian Etnik : Kepentingan Gabungan Ilmu & Kebijaksanaan, Profesioral Lecture, Universiti Selangor (UNISEL) Noor Inayah (2017) Kerencatan Kerangka Ijtihad dan Istinbad vs Pencapaian Maqasid Syariah, Siri Diskusi Maqasid, Institut Darul Ehsan. Mokhtar, Wifaq (2016) Kepentingan Memahami Maqasid Syariah oleh Ahli Fatwa Semasa Dalam Mengeluarkan Fatwa, Jakim, Indeks Syariah Malaysia Teuku Iskandar et.al (2000) Kamus Dewan (edisi ketiga) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka cet 5 hlm 939 Mohd Zaidi Abd Rahman (2014) Maqasid Syariah dalam Pentadbiran Negara, Wacana Maqasid Syariah dalam Pentadbiran Negara, ILIM Bangi Selamat (2016) Dasar Maqasid Syariah Dalam Perundanga Hukum Syarak, Monograf Siri 1,Indeks Syariah Malaysia, Jakim Yusuf Ahmad Muhammad al-badawi, (2000) Maqasid al-syari ah inda Ibn Taymiyyah (Jordan: Dar al-nafa is,), 551 Zaharuddin Abd Rahman (2016) Maqasid Syariah Dalam Pembangunan Negara : Kertas Kerja Seminar Nasional Maqasid Syariah 2016, Institut Darul Ehsan Inisiatif Peduli Rakyat (www.ipr.selangor.gov.my) 2017 http://www.jais.gov.my/content/seminar-eksekutif-maqasid-syariah 196