HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU RUMAH TANGGA DALAM KALANGAN BAKAL PENGANTIN: KAJIAN DI PEJABAT AGAMA DAERAH KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN ( PENGAJIAN ISLAM ) TERHADAP KAHWIN KETIKA BELAJAR : KAJIAN DI UTM SKUDAI

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM KALANGAN SISWI UTM NORSAFAR BTE MD. KAMARZAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR TERHADAP PERSONALITI LELAKI LEMBUT DI UTM

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

KHULUK DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002: KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KOTA BHARU, KELANTAN

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

PERSEPSI PELAJAR SPI YANG BERKAHWIN TENTANG PERKAHWINAN SEMASA BELAJAR NOR RASHIDAH BINTI ABDUL JAMAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN BERUMAHTANGGA SEMASA BELAJAR

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

FAKTOR INSANIAH DALAM PENGURUSAN KUALITI: KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

Transcription:

HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU RUMAH TANGGA DALAM KALANGAN BAKAL PENGANTIN: KAJIAN DI PEJABAT AGAMA DAERAH KUALA TERENGGANU, TERENGGANU NASIRAH BINTI MANSOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

iii Buat suami tercinta Khairil Anuar b. Mohamed terima kasih atas kepercayaan dan keikhlasan hidupku selalu kan damaikan hatimu Teristimewa buat ayah dan ibu Mansor b. Abdullah dan Zahrah bt. Awang terima kasih atas segala pengorbanan dan nasihat along, angah, eloh moga kemesraan bersemi selamanya Allahyarham Abdul Qahhar b. Mansor moga rohmu dicucuri RahmatNya Penyelia, Ustaz Abdullah Sulong Pensyarah-pensyarah di UTM bimbingan dan tunjuk ajar kalian amat ku hargai Sahabat-sahabat yang disayangi Terima kasih kerana sudi menemani Moga ukhuwah mekar selamanya

iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan Muhammad SAW. Setinggi - tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini hingga ke noktah yang terakhir. Setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Abdullah bin Sulong selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing, mendorong dan memberi tunjuk ajar serta nasihat sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan sokongan. Tidak lupa buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu menyumbangkan idea dan bahan sampingan. Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Mudah-mudahan hasil kajian ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat pengetahuan peserta selepas menghadiri Kursus Pra Perkahwinan Islam dan mengenal pasti faktor-faktor modul yang mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam kalangan bakal pengantin. Faktor-faktor modul tersebut ialah Asas Pembinaan Insan, Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam dan Asas Pengurusan Keluarga. Satu set soal selidik yang mengandungi 47 item telah diedarkan kepada 128 responden yang mengikuti kursus anjuran Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu. Ianya akan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan Statistical Package for Social Science 14.0 for Windows. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach s Alpha 0.961. Secara keseluruhannya, hasil analisis menunjukkan bahawa pengetahuan ilmu rumah tangga responden setelah menghadiri Kursus Pra Perkahwinan Islam adalah tinggi iaitu pada tahap min 4.39. Di samping itu, faktor Modul Asas Pembinaan Insan, Modul Prosedur Undang- Undang Keluarga Islam dan Modul Asas Pengurusan Keluarga juga berada pada tahap nilai min yang tinggi iaitu masing-masing 4.44, 4.34 dan 4.37. Analisis secara inferensi dilakukan menggunakan pekali korelasi Pearson (r) untuk melihat hubungan yang wujud antara kedua-dua angkubah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor peningkatan ilmu rumah tangga dengan Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam iaitu r = 0.572, Modul Asas Pembinaan Insan r = 0.565 dan Modul Asas Pengurusan Keluarga r = 0.564.

vi ABSTRACT The purpose of this research is to see the participants knowledge after attending the Islamic Pre Marriage Course and also to identify the module factors that are related with the increase of family management knowledge. The module factors are The Basic Human Development, The Islamic Family Law Procedures and The Basic Family Management. A set of questionnaire with 47 questions were distributed to 128 participants at the Kuala Terengganu Islamic District. A descriptive analysis has been done obtain the frequency value, percentage, and mean by using Statistical Package For Social Science (SPSS) version 14.0 for Windows. The pilot research conducted shows that the Cronbach s Alpha value is 0.961. Overall, the result of the analysis shows that the increases of family management knowledge among the participants with the highest mean level of 4.39. In addition, The Basic Human Development Module, The Islamic Family Law Procedures Module and The Basic Family Management Module have highest mean the value of 4.44, 4.34 and 4.37. The data obtained has been analyzed by using Pearson correlation (r) which is the inference statistic, to see the relationship between the two variables. The findings of this research shows that there are significant relations between the increase of family management knowledge factors The Islamic Family Law Procedures Module is r = 0.572 followed by The Basic Human Development Module with the value r = 0.565 and The Basics Family Management Module with the value r = 0.564.

vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI AYAT AL-QURAN SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xii xv xvi xvii BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Hipotesis Kajian 8 1.7 Kepentingan Kajian 9

viii 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Definisi Istilah 10 1.9.1 Hubungan 10 1.9.2 Modul 11 1.9.3 Kursus 11 1.9.4 Pra Perkahwinan 11 1.9.5 Ilmu Rumah tangga 12 1.10 Penutup 13 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 14 2.2 Rumah Tangga Dari Kaca Mata Islam 15 2.3 Kursus Pra Perkahwinan Islam (KPPI) 18 2.4 Latar Belakang KPPI 20 2.5 Objektif KPPI 21 2.6 Kepentingan KPPI 22 2.7 Faktor-faktor Modul Yang Mempunyai Hubungan Dengan Peningkatan Ilmu Rumah Tangga 23 2.7.1 Modul Asas Pembinaan Insan 2.7.1.1 Akidah Islamiah 2.7.1.2 Ibadah 2.7.1.3 Akhlak Islamiah 2.7.1.4 Munakahat 24 24 25 27 27 2.7.2 Modul Prosedur Undang-undang Keluarga Islam 2.7.2.1 Prosedur Perkahwinan Mengikut Undang-undang Keluarga Islam 28 28 2.7.3 Modul Asas Pengurusan Keluarga 2.7.3.1 Hubungan Dalam Keluarga 2.7.3.2 Pengurusan Sumber Keluarga 2.7.3.3 Komunikasi Suami Isteri 2.7.3.4 Pengurusan Konflik 29 29 30 30 31 2.8 Kajian Lepas 32

ix 2.9 Penutup 34 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 35 3.2 Rekabentuk Kajian 35 3.3 Tempat Kajian 36 3.4 Populasi dan Sampel Kajian 37 3.5 Instrumen Kajian 3.5.1 Pengumpulan Data Primer 3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 38 38 41 3.6 Kaedah Pengumpulan Data 41 3.7 Kajian Rintis 42 3.8 Analisis Data 43 3.9 Penutup 45 BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 46 4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 47 4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut Jantina 4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut Umur 4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut Pekerjaan 4.2.4 Latarbelakang Responden Mengikut Tahap Pendidikan Terakhir 4.2.5 Latar Belakang Kategori Responden Yang Mempunyai Pasangan 47 48 48 49 50 4.3 Bahagian B: Analisis Deskriptif 50 4.3.1 Analisis Data Mengenai Pengetahuan Peserta Kursus Setelah Menghadiri KPPI Di PADKT 4.3.2 Analisis Data Mengenai Persepsi Peserta KPPI Terhadap Faktor-Faktor Modul Yang 50

x Penting Kepada Peningkatan Ilmu Rumah Tangga Dalam Kalangan Bakal Pengantin Di PADKT 57 4.3.2.1 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus Dan Min Bagi Faktor Modul Asas Pembinaan Insan 57 4.3.2.2 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus Dan Min Bagi Faktor Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam 64 4.3.2.3 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus Dan Min Bagi Faktor Modul Asas Pengurusan Keluarga 71 4.4 Bahagian C (Analisis Inferensi) 79 4.4.1 Analisis Korelasi 79 4.5 Anlisis Keseluruhan 81 4.6 Penutup 82 BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 83 5.2 Perbincangan 5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 83 84 5.2.2 Pengetahuan Peserta Kursus Setelah Menghadiri KPPI Di PADKT 85 5.2.3 Persepsi Peserta KPPI Terhadap Faktor- Faktor Modul Yang Penting Kepada Peningkatan Ilmu Rumah Tangga Dalam Kalangan Bakal Pengantin Di PADKT 5.2.3.1 Modul Asas Pembinaan Insan 87 87 5.2.3.2 Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam 5.2.3.3 Modul Asas Pengurusan Keluarga 5.2.4 Analisis Inferensi 89 90 92

xi 5.3 Rumusan 5.3.1 Melihat Pengetahuan Peserta Kursus Setelah Menghadiri KPPI Di PADKT 93 93 5.3.2 Mengenal Pasti Faktor-Faktor Modul Seperti Modul Asas Pembinaan Insan, Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam Dan Modul Asas Pengurusan Keluarga Yang Penting Kepada Peningkatan Ilmu Rumah Tangga Dalam Kalangan Bakal Pengantin Di PADKT 94 5.3.3 Hubungan Faktor Modul KPPI Dengan Peningkatan Ilmu Rumah Tangga Dalam Kalangan Bakal Pengantin 94 5.4 Cadangan 95 5.4.1 Menitikberatkan Modul Prosedur Undangundang Keluarga Islam 95 5.4.2 Memberi Perhatian Terhadap Modul Asas Pembinaan Insan 96 5.4.3 Mengemaskini Semula Faktor Modul Asas Pengurusan Keluarga 96 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 97 5.6 Penutup 98 RUJUKAN 99 LAMPIRAN 105

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN Jadual 3.1 Jumlah peserta KPPI di PADKT 37 Jadual 3.2 Pengkelasan Skala Likert 39 Jadual 3.3 Maklumat setiap bahagian, jenis konstruk dan jumlah item dalam soal selidik 40 Jadual 3.4 Nilai skor min 43 Jadual 3.5 Interpretasi Nilai Korelasi 44 Jadual 4.1 Taburan jantina responden 47 Jadual 4.2 Taburan umur responden 48 Jadual 4.3 Taburan pekerjaan responden 48 Jadual 4.4 Taburan tahap pendidikan terakhir responden 49 Jadual 4.5 Taburan kategori responden sama ada mempunyai pasangan atau tidak 50 Jadual 4.6 Taburan skor min bagi item satu 50 Jadual 4.7 Taburan skor min bagi item dua 51 Jadual 4.8 Taburan skor min bagi item tiga 51 Jadual 4.9 Taburan skor min bagi item empat 52 Jadual 4.10 Taburan skor min bagi item lima 52 Jadual 4.11 Taburan skor min bagi item enam 53 Jadual 4.12 Taburan skor min bagi item tujuh 53 Jadual 4.13 Taburan skor min bagi item lapan 54 Jadual 4.14 Taburan skor min bagi item sembilan 55

xiii Jadual 4.15 Taburan skor min bagi item sepuluh 55 Jadual 4.16 Taburan min keseluruhan bagi pengetahuan peserta setelah menghadiri KPPI 56 Jadual 4.17 Taburan skor min bagi item 11 57 Jadual 4.18 Taburan skor min bagi item 12 57 Jadual 4.19 Taburan skor min bagi item 13 58 Jadual 4.20 Taburan skor min bagi item 14 58 Jadual 4.21 Taburan skor min bagi item 15 59 Jadual 4.22 Taburan skor min bagi item 16 59 Jadual 4.23 Taburan skor min bagi item 17 60 Jadual 4.24 Taburan skor min bagi item 18 60 Jadual 4.25 Taburan skor min bagi item 19 61 Jadual 4.26 Taburan skor min bagi item 20 62 Jadual 4.27 Taburan skor min bagi item 21 62 Jadual 4.28 Taburan skor min bagi item 22 63 Jadual 4.29 Taburan min keseluruhan bagi faktor Modul Asas Pembinaan Insan 63 Jadual 4.30 Taburan skor min bagi item 23 64 Jadual 4.31 Taburan skor min bagi item 24 65 Jadual 4.32 Taburan skor min bagi item 25 65 Jadual 4.33 Taburan skor min bagi item 26 66 Jadual 4.34 Taburan skor min bagi item 27 67 Jadual 4.35 Taburan skor min bagi item 28 67 Jadual 4.36 Taburan skor min bagi item 29 68 Jadual 4.37 Taburan skor min bagi item 30 69 Jadual 4.38 Taburan skor min bagi item 31 69 Jadual 4.39 Taburan skor min bagi item 32 70 Jadual 4.40 Taburan min keseluruhan bagi faktor Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam 71 Jadual 4.41 Taburan skor min bagi item 33 71 Jadual 4.42 Taburan skor min bagi item 34 72 Jadual 4.43 Taburan skor min bagi item 35 73 Jadual 4.44 Taburan skor min bagi item 36 73

xiv Jadual 4.45 Taburan skor min bagi item 37 74 Jadual 4.46 Taburan skor min bagi item 38 74 Jadual 4.47 Taburan skor min bagi item 39 75 Jadual 4.48 Taburan skor min bagi item 40 76 Jadual 4.49 Taburan skor min bagi item 41 76 Jadual 4.50 Taburan skor min bagi item 42 77 Jadual 4.51 Taburan min keseluruhan bagi faktor Modul Asas Pengurusan Keluarga 78 Jadual 4.52 Hubungan antara peningkatan ilmu rumah tangga dengan faktor Modul Asas Pembinaan Insan 79 Jadual 4.53 Hubungan antara peningkatan ilmu rumah tangga dengan faktor Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam 80 Jadual 4.54 Hubungan antara peningkatan ilmu rumah tangga dengan faktor Modul Asas Pengurusan Keluarga 80 Jadual 4.55 Nilai min bagi keseluruhan konstruk item 81 Jadual 4.56 Keputusan Korelasi 82 Jadual 5.1 Keputusan Korelasi 92

xv SENARAI AYAT AL-QURAN AL-QURAN HALAMAN Surah al-rum, 30: 21 1 Surah Yaasin, 36: 36 15 Surah al-ahzab, 33: 21 16 Surah al-dzariyaat, 51: 56 25

xvi SENARAI SINGKATAN Bil. dsb Ha Ho JAIS JAKIM JAWI JHEAT KPP KPPI KS MBKPPI N No. PADKT r S SAW SPSS SS STS SWT TS x y Bilangan Dan sebagainya Hipotesis alternatif Hipotesis nol Jabatan Agama Islam Selangor Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jabatan Agama Wilayah Persekutuan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Kursus Pra Perkahwinan Kursus Pra Perkahwinan Islam Kurang Setuju Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam Jumlah Responden Nombor Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu Pekali Korelasi Setuju Sallallahu Alaihi Wasallam Statistical Package for Social Science Sangat Setuju Sangat Tidak Setuju Subhanahu Wa Ta ala Tidak Setuju Pemboleh Ubah Bebas Pemboleh Ubah Bersandar

xvii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Borang Soal Selidik 106 B Tentatif KPPI di PADKT, Terengganu 112

4 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kehidupan lebih indah apabila wujudnya suasana berkasih sayang dan harmoni seperti di alam perkahwinan. Terdapat sebahagian manusia menjadikan tujuan nikah itu sebagai untuk mendapatkan keseronokan semata-mata. Bagi orang Islam, tujuan ini adalah menyimpang dari tujuan sebenar. Perkahwinan adalah suatu ikatan suci dan mulia bagi manusia untuk menjamin kelangsungan generasi akan datang. Matlamat ini dijelaskan oleh Allah SWT: Νà6uΖ t/ Ÿ yèy_uρ $yγøšs9î) (#þθãζä3ó tfïj9 %[` uρø r& öνä3å à Ρr& ô ÏiΒ /ä3s9 t,n=y{ βr& ÿ ÏμÏG tƒ#u ÏΒuρ tβρã 3x tgtƒ 5Θöθs)Ïj9 ;M tƒuψ y7ï9 sœ Îû βî) ºπyϑômu uρ Zο Šuθ Β Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatnya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu

2 mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah al-rum, 30: 21) Setiap rumah tangga yang didirikan adalah bertujuan untuk mencipta suatu mahligai yang bahagia dan aman damai dan rasa kasih sayang antara suami isteri. Dalam firman Allah SWT di atas menunjukkan bahawa sesungguhnya isteri-isteri merupakan pasangan yang boleh menghiburkan suami dan begitu juga sebaliknya. Ayat di atas juga menyebut dengan jelas tabii semulajadi manusia yang suka berpasangan dan mengingini ketenteraman jiwa wujud di antara pasangan lelaki dan perempuan. Oleh itu, membujang tidak digalakkan dalam ajaran agama Islam. Ini kerana, perkahwinan digolongkan sebagai sunnah Rasulullah SAW dan baginda menggalakkan golongan belia berkahwin jika mempunyai persiapan-persiapan yang mencukupi (Mohd. Nor Manuty, 2003: 2). Menurut Nik Azis Nik Pa (2002: 1), perkahwinan ialah satu bentuk komitmen dan dedikasi antara seorang lelaki dengan seorang perempuan untuk hidup bersama dalam sebuah rumah tangga. Penyatuan antara kedua-duanya yang saling kasih mengasihi dalam perkahwinan wajib melalui akad beserta syarat dan rukun perkahwinan yang sah. Jalinan perkahwinan bukan sahaja meghasilkan satu ikatan yang sah, tetapi ianya juga akan melahirkan zuriat yang bakal mewarisi kehidupan manusia hari ini dan akan datang. Keluarga tidak akan wujud tanpa adanya perkahwinan di antara lelaki dan perempuan. Untuk membina keluarga, pasangan suami isteri tidak hanya melalui akad sahaja, bahkan yang lebih penting adalah persediaan untuk menempuh alam rumah tangga itu sendiri. Lebih-lebih lagi keluarga yang perlu dibina adalah keluarga bahagia umpama baiti jannati yang bermaksud Rumahku Syurgaku. Bertepatan dengan itu, Islam memandang serius hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan dan pembentukan institusi keluarga agar tercapai hasrat untuk mewujudkan sebuah keluarga aman lagi damai bahkan Islam telah menggariskan

3 bimbingan dan panduan yang mantap untuk menuju ke arah itu (Syarifah Syukriah Tuan Habib, 2003: 13). Setiap manusia dikurniakan akal untuk berfikir. Mereka juga perlu sabar dalam menghadapi masalah yang timbul dalam keluarga di samping mencari penyelesaian dengan bijaksana. Perkara asas yang yang perlu dipelajari atau dikuasai oleh ibu bapa termasuklah pengetahuan agama tentang keibubapaan, kebolehan mendidik anak, kemahiran berkomunikasi, kebolehan memberikan kasih sayang, kebolehan menguruskan rumah tangga, dan kecekapan mengatasi ketegangan dalam keluarga (Nik Azis Nik Pa, 1996: 5). Oleh itu, jelas di sini bahawa pendidikan sebelum perkahwinan adalah amat penting bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. 1.2 Latar Belakang Masalah Islam memandang bahawa permasalahan dalam pembentukan keluarga bahagia perlu diberi perhatian sebelum sesebuah ikatan perkahwinan terjalin lagi. Ini kerana terdapat pelbagai aspek dalam perkahwinan yang mesti diketahui oleh setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Antaranya adalah perkara-perkara yang berhubung dengan tanggungjawab suami isteri, nafkah, hak-hak suami isteri, perkongsian biologis dan seksual, kepimpinan dan sebagainya. Jika setiap aspek ini dapat difahami dengan baik, maka akan tercapailah sebuah rumah tangga yang bahagia dan stabil. Jika dilihat pada hari ini, masyarakat lebih memandang mudah tentang halhal yang berkaitan perkahwinan. Ini kerana, masyarakat hari ini lebih terpengaruh dengan budaya Barat yang menganggap perkahwinan boleh dilangsungkan apabila pasangan pengantin mempunyai persefahaman. Bagi mencari persefahaman, mereka

4 melakukan pelbagai perkara yang ditegah oleh agama mereka, malah ada yang telah mempunyai beberapa orang anak dan setelah sekian lama, mereka mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan. Fenomena tersebut amat dilarang di dalam Islam. Perkahwinan adalah proses awal ke arah pembentukan sebuah keluaga. Keluarga pula adalah asas kehidupan yang penting dalam sejarah kehidupan anak-anak Adam. Tanpa ikatan kekeluargaan yang kukuh, masyarakat akan menjadi tidak harmoni. Menurut Syarifah Syukriah Tuan Habib (2003: 15), membangunkan keluarga diumpamakan membentuk dan membangun syurga dunia yang merupakan impian setiap insan. Namun pembentukan dan pembangunan syurga dunia ini adalah tidak semudah yang disangka kerana asas-asas keimanan dan ketaqwaan yang kukuh perlu ditanam dalam sesebuah keluarga. Proses membina keluarga yang bahagia adalah satu proses yang berterusan. Sesebuah keluarga tidak hanya dikatakan bahagia apabila institusi keluarganya sempurna. Bahkan ianya adalah sempurna apabila institusi keluarganya bahagia. Menurut Yahaya Mahamood dalam Noorzila Jamaluddin (2003: 28), dalam keadaan normal kehidupan kita termasuk alam perkahwinan pasti ada naik turunnya. Tetapi tidak dinafikan banyak kes yang berlaku sekarang memberi kesan kepada hubungan dalam rumah tangga. Antaranya kes keganasan rumah tangga, penderaan dan pengabaian tanggungjawab. Pembentukan sesebuah rumah tangga yang aman dan bahagia terhasil dari kombinasi suami isteri yang faham dengan jelas akan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Suami diwajibkan berusaha mencari nafkah untuk menampung kehidupan keluarga, melindungi serta mempertahankan keluarganya. Namun demikian, kebelakangan ini seringkali dilaporkan bahawa ramai suami yang alpa dan lupa akan tanggungjawab mereka. Mereka gagal untuk memimpin dan memelihara diri sendiri, apatah lagi untuk berfungsi sebagai peneraju utama dalam keluarga.

5 Pada 19 Feb 2007, Utusan Malaysia memaparkan berita yang berlaku di Pulau Pinang. Seorang ibu dilaporkan menjerut dua orang anaknya sehingga meninggal dunia. Ini adalah disebabkan suaminya memberitahu bahawa dia berhasrat untuk berkahwin lagi. Undang-undang dalam kehidupan Islam telah melarang setiap manusia berbunuhan antara satu sama lain. Di sini menunjukkan bahawa betapa pentingnya iman dan taqwa dalam diri seseorang terhadap Allah SWT. Apabila ianya ditanam di dalam hati, hidup kita dijamin dengan kebahagiaan. Kegagalan memahami dengan jelas hak dan tanggungjawab dalam perkahwinan, gagal berkomunikasi dengan baik dalam menyelesaikan masalah rumah tangga menjadikan sesebuah rumah tangga itu bermasalah. Ianya tidak akan terhenti setakat itu sahaja, bahkan akan mengakibatkan kepada berlakunya perceraian antara suami dan isteri. Menurut Khairul Arifin Mohd Munir (2004: 33), pencarian ilmu tidak terbatas kepada membaca dalam skop kursus tertentu, bidang akademik tertentu atau di atas faktor orientasi peperiksaan. Ia perlu diperluaskan kepada pelbagai disiplin keilmuan. Tambahnya lagi, ilmu bukan sekadar mendapat maklumat tetapi kemampuan kita untuk membudayakan dan memanfaatkan ilmu tersebut. Oleh itu, pendidikan kekeluargaan dan keibubapaan adalah penting dalam suasana kini agar institusi kekeluargaan yang akan dibina oleh setiap pasangan tidak menghadapi masalah. Ianya juga perlu bagi menghapuskan pemikiran golongan kini yang lebih menjuruskan ke arah Barat. Seterusnya, akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga cemerlang dari segi sahsiah dan dalam masa yang sama mampu memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat (Khairul Arifin Mohd Munir, 2004: 34).

6 1.3 Pernyataan Masalah Jika dilihat kepada masalah yang berlaku kini, terdetik rasa bimbang tentang masa depan umat manusia. Ini termasuklah masalah keruntuhan rumah tangga yang sering terjadi. Statistik penceraian di kalangan pasangan Islam menjadi bukti dan turut mengundang kebimbangan kepada semua. Pada tahun 2005 sahaja seramai 16,500 pasangan Islam yang bercerai berbanding dengan penceraian dikalangan pasangan bukan Islam yang mencatat sejumlah 3,000 pasangan yang bercerai (Berita Harian, 15 Disember 2006). Masalah keruntuhan rumah tangga juga sering dikaitkan secara langsung dengan keberkesanan Kursus Pra Perkahwinan Islam (KPPI) yang diwajibkan oleh kerajaan kepada pasangan bakal pengantin yang ingin mendirikan rumah tangga. Isu ini perlu dipandang serius agar masyarakat tidak lagi manyalahkan KPPI jika berlakunya lagi kes-kes seumpama yang disebutkan di atas. Sehingga ke hari ini, sememangnya amat banyak KPPI dianjurkan oleh semua pihak sama ada badan kerajaan ataupun institusi swasta. Namun, masih juga berlaku kes seperti perceraian, penderaan dan sebagainya di dalam keluarga. Di sini masalahnya ialah, adakah KPPI mampu member kesan yang positif dalam membekalkan rumah tangga kepada bakal pengantin? Oleh itu, kajian dijalankan untuk melihat kepentingan modul KPPI berkenaan dalam membantu mempertingkatkan ilmu rumah tangga dalam kalangan bakal pengantin.

7 1.4 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut: 1.4.1 Untuk mengetahui pengetahuan peserta KPPI setelah menghadiri kursus anjuran Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu (PADKT), Terengganu, mengenai ilmu rumah tangga. 1.4.2 Untuk mengenal pasti persepsi peserta KPPI terhadap faktor-faktor Modul Asas Pembinaan Insan, Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam dan Modul Asas Pengurusan Keluarga yang penting kepada peningkatan ilmu rumah tangga dalam kalangan bakal pengantin di PADKT, Terengganu. 1.4.3 Untuk menganalisa hubungan antara faktor Modul Asas Pembinaan Insan, faktor Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam dan faktor Modul Asas Pengurusan Keluarga dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam kalangan bakal pengantin di PADKT, Terengganu. 1.5 Persoalan Kajian Bagi mencapai objektif kajian, penyelidik telah menggariskan beberapa persoalan kajian bagi menjawab objektif kajian yang telah digariskan. Antara persoalan kajian tersebut ialah:

8 1.5.1 Apakah pengetahuan peserta KPPI setelah menghadiri kursus anjuran Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu (PADKT), Terengganu, mengenai ilmu rumah tangga? 1.5.2 Bagaimanakah persepsi peserta KPPI terhadap faktor-faktor Modul Asas Pembinaan Insan, Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam dan Modul Asas Pengurusan Keluarga yang penting kepada peningkatan ilmu rumah tangga dalam kalangan bakal pengantin di PADKT, Terengganu? 1.5.3 Sejauh manakah hubungan antara faktor Modul Asas Pembinaan Insan, faktor Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam dan faktor Modul Asas Pengurusan Keluarga dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam kalangan bakal pengantin di PADKT, Terengganu? 1.6 Hipotesis Kajian Bagi menjawab persoalan adakah terdapat hubungan di antara faktor Modul Asas Pembinaan Insan, Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam dan Modul Asas Pengurusan Keluarga dalam meningkatkan ilmu rumah tangga, beberapa hipotesis telah dibentuk seperti berikut: Ha 1: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor Modul Asas Pembinaan Insan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam kalangan bakal pengantin di PADKT, Terengganu. Ha 2: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam kalangan bakal pengantin di PADKT, Terengganu.

9 Ha 3: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor Modul Asas Pengurusan Keluarga dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam kalangan bakal pengantin di PADKT, Terengganu. 1.7 Kepentingan Kajian Pengkaji berharap agar kajian yang dilakukan ini dapat memberi pendedahan dan dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam. Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan yang ingin disampaikan iaitu: 1.7.1 Kajian ini membolehkan pihak berwajib seperti JAKIM dan jabatan agama negeri-negeri untuk bertindak dengan bijaksana dalam menilai kembali MBKPPI. 1.7.2 Kajian ini diharap dapat menyedarkan bakal pengantin khususnya dan masyarakat Islam umumnya supaya lebih prihatin terhadap pelaksanaan KPPI. 1.7.3 Hasil kajian diharap memberi maklumat kepada institusi swasta yang menganjurkan KPPI untuk bakal pengantin untuk sama-sama membantu memperkukuhkan institusi kekeluargaan.