KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KEPERCAYAAN EPISTEMOLOGI ISLAM

Similar documents
EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL

Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

POWER QUALITY IMPROVEMENT BY DYNAMIC VOLTAGE RESTORER AND UNIFIED POWER QUALITY CONDITIONER USING FUZZY LOGIC FARIDULLAH KAKAR

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Spiritual

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

Rabbaniah Sources of knowledge vs Insaniah Sources of knowledge: Scenario of Islamic Education Teachers in Secondary School in Malaysia

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MUD FLOOD AS A SUITABLE MATERIAL FOR SUBGRADE LAYER OF LOW TRAFFIC VOLUME NURUL AIN BINT! IBRAHIM

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Penguasaan dan Kesalahan Bacaan dalam Surah Al-Fatihah di kalangan Pelajar DKA 1A Sesi Dis 2012 : Satu Kajian Tindakan

FORECASTING REVENUE PASSENGER ENPLANEMENTS USING WAVELET-SUPPORT VECTOR MACHINE MOHAMAD AIMAN ZAINUDDIN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Transcription:

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KEPERCAYAAN EPISTEMOLOGI ISLAM Nurul Asiah Fasehah Muhamad Universiti Sains Islam Malaysia Abstrak: Artikel ini membincangkan tentang kesahan dan keboleh percayaan item dalam soal selidik kepercayaan epistemologi Islam. Instrumen ini telah dibina berdasarkan kepada Kajian perpustakaan, pandangan pakar dan objektif Kajian. Untuk mendapatkan kesahan item dalam instrument ini, pandangan sepuluh orang pakar telah diteliti.. Manakala kebolehpercayaan instrument diukur menerusi ujian pekali alpha. Hasil Kajian bagi kesahan pakar telah menunjukkan kesemua pakar bersetuju dengan item yang dibina Cuma memerlukan pengubahsuaian daripada segi ayat yang panjang dan membezakan antara ayat perbuatan dan kepercayaan. Manakala, nilai pekali alpha = 0.83 menunjukkan instrument ini memiliki nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Tiga item yang memiliki nilai pekali alpha di bawah 0.60 telah dibuang iaitu item di bawah subkonstruk sifat ilmu ( item nombor 30 dan 31) dan item di bawah sub konstruk kesahan ilmu (item nombor 48). Kesimpulannya, item-item dalam instrument ini diterima pakai untuk mengukur tahap kepercayaan epistemologi Islam berdasarkan kesahan pakar dan nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Kata kunci: kepercayaan epistemology Islam, instrumen, kesahan, kebolehpercayaan 1.0 PENDAHULUAN Setiap individu di muka bumi Allah ini mempunyai falsafah hidup masing-masing. Falsafah yang dipegang oleh seseorang bertindak sebagai landasan dan rujukan kepada kehidupan yang dilalui (Woodhouse 1990). Dengan kata lain, setiap pergerakan dan tindakan individu menggambarkan falsafah hidup yang dipegang dan dipercayai(woodhouse 1990). Falsafah boleh ditakrifkan sebagai suatu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip yang dipegang oleh seseorang (Abd. Fatah Hasan 2001). Falsafah dalam Islam merujuk kepada pengertian hikmah iaitu ilmu yang padu dan pengalaman (Mohd Sulaiman Haji Yasin 1982). Falsafah juga merupakan sebahagian daripada perbincangan addin yang berlandaskan kepada al-quran dan Sunnah sebagai teras kepada proses pemikiran manusia dengan memberi penekanan kepada elemen akhlak bagi melahirkan insan yang sempurna (Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman 2008). Islam melalui falsafah amat menekankan kebenaran sebagai

matlamat yang perlu dicapai, justeru ketajaman akal, ilmu yang mantap serta nilai yang teguh menjadi syarat bagi mencapai tujuan itu. Hakikatnya, falsafah ini ditentukan oleh salah satu elemen yang terdapat di dalamnya (Mujamil Qomar 2002), di mana jika elemen ini benar menurut kaca mata Islam maka ia akan memberi makna kepada keseluruhan kehidupan individu tersebut di mata Allah dan memberi nilai terhadap falsafah yang dipegang. Elemen inilah yang dipanggil epistemologi atau teori ilmu menurut Al-Ghazali (1997). Epistemologi merupakan teori ilmu yang bermatlamatkan kebenaran. Perbincangan berkaitan dengannya berkisar tentang sumber ilmu Rabbaniah dan insaniyyah yang digunakan secara harmoni dan seterusnya menerbitkan komponen-komponen ilmu yang lain seperti metode, sifat, pembahagian, kesahan dan batasan ilmu. Menurut Mujamil Qomar (2002) epistemologi adalah komponen yang paling penting dalam perbincangan falsafah. Hal ini kerana epistemologi yang betul menurut kaca mata Islam akan membawa manusia menemui kebenaran yang hakiki iaitu Allah s.w.t. Seterusnya, memahami hakikat kejadiannya sebagai hamba Allah dan khalifatullah yang melihat dunia sebagai tempat bersiap siaga untuk kehidupan abadi di akhirat. Epistemologi ini juga membantu manusia menemui nilai- nilai yang sewajarnya diamalkan selaku hamba Allah dan khalifatullah. Oleh kerana peranan epistemologi yang amat penting dalam menentukan persepsi dan tindakan seseorang. Maka, satu set instrumen harus dibina bagi menilai tahap kepercayaan epistemologi Islam seseorang. Kajian seumpama ini telah dijalankan oleh Perry (1970),Schommer (1990) dan Hofer (2001). Kajian lain yang dijalankan hanya menggunakan instrument yang telah dibangunkan oleh Schommer (1990). Walau bagaimanapun, kesemua instrument ini berasaskan kepada epistemologi Barat yang secara jelas memisahkan antara agama dan kehidupan. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai kebolehpercayaan dan kesahan instrument kepercayaan epistemologi Islam yang dibina. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ialah untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahan muka dan kandungan bagi soal selidik kepercayaan epistemologi Islam. Secara khusunya, kajian ini bertujuan untuk: 1. Menentukan kesesuaian item dengan konstruk kepercayaan epistemologi Islam melalui kesahan pakar, dan 2. Menentukan nilai kebolehpercayaan instrument melalui analisis pekali alpha.

3.0 PEMBINAAN INSTRUMEN KEPERCAYAAN EPISTEMOLOGI ISLAM Item-item bagi konstruk kepercayaan epistemologi Islam diubahsuai daripada soal selidik kepercayaan epistemologi Schommer dan Inventori Kepercayaan Epistemologi Schrew. Memandangkan jenis kepercayaan epistemologi yang diukur di dalam keduadua set soal selidik ini berdasarkan kepada epistemologi barat, maka pengkaji melakukan pengubah suaian item berdasarkan kepada komponen epistemologi Islam yang dicadangkan oleh al-ghazali (1962 1997), an-nasr (1989), al-attas (1978), al- Jabiri (1991) dan ibnu Khaldun (2005). Item untuk bahagian ini dipecahkan mengikut subkonstruk sumber ilmu (1-11), metode ilmu (12-28), sifat ilmu (29-35), pembahagian ilmu (36-43), kesahan ilmu (44-53) dan batasan ilmu (54-58). Kesemua item ini menggunakan skala pemeringkatan likert iaitu (1) sangat tidak setuju, (2) tidak setuju, (3) kurang setuju, (4) setuju dan (5) sangat setuju (Schommer 1991). Terdapat 9 item negatif di bahagian ini iaitu item 34, 35, 36, 37, 42, 53, 54, 56 dan 57. 4.0 KESAHAN ITEM KONSTRUK KEPERCAYAAN EPISTEMOLOGI ISLAM Kesahan instrumen dilakukan ke atas dua bahagian penting soal selidik iaitu kesahan muka dan kesahan kandungan. Ini kerana kualiti sesuatu instrumen bergantung kepada kesahannya (Litwin 1995). Kesahan instrumen ialah bagi memastikan apa yang ingin diukur bertepatan dan skor ujian dapat diterjemahkan secara tepat dan bersesuaian (Gay L.R. et al. 2006). Oleh yang demikian, kesahan kandungan penting bagi memastikan item yang digunakan bersesuaian dan mewakili bidang yang diukur (Wiersma 2000). Begitu juga dengan kesahan muka agar aspek bahasa seperti ejaan, struktur ayat dan gaya penulisan dapat dikemaskinikan (Muijs 2004; Wiersma 2000). Untuk tujuan itu, pengkaji telah menyediakan borang kesahan untuk diserahkan kepada panel-panel yang dipilih. Pakar yang dipilih terdiri daripada para ilmuwan yang arif dalam bidang epistemologi Islam, falsafah pendidikan, psikologi, pendidikan dan pengukuran dan penilaian. Seramai 10 orang pakar telah temui untuk mengesahkan setiap konstruk, sub konstruk dan item yang digunakan dalam kajian ini. Secara rumusannya, kesemua pakar bersetuju menerima kesemua item dalam konstruk kepercayaan epistemologi Islam dengan sedikit pengubahsuaian terhadap item. Bagi konstruk kepercayaan epistemologi Islam, kesemua pakar berpendapat bahawa terdapat item yang dikemukakan dengan terlalu panjang dan mungkin mendatangkan kekeliruan kepada responden. Maka, pengkaji telah melakukan perubahan dari segi presentasi soalan supaya nampak lebih ringkas iaitu dengan memberikan kepala ayat bagi setiap sub konstruk. Contohnya, untuk sub konstruk sumber ilmu dimulai dengan saya percaya bahawa dengan merujuk kemudian disusuli dengan item B1. Al-Quran dapat menyelesaikan kebuntuan. Perkara ini dilakukan mengikut kepada cadangan yang diberikan oleh pakar setelah diskusi 111

dijalankan. Selain itu, untuk konstruk ini juga pakar meminta untuk menzahirkan ayat yang menunjukkan kepercayaan dan membezakan ayat tersebut dengan ayat yang menunjukkan perbuatan. Contohnya, saya merujuk Al-Quran ditukar kepada saya percaya dengan merujuk Al-Quran 5.0 KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMENT KEPERCAYAAN EPISTEMOLOGI ISLAM Menurut Gay et.al (2006) kebolehpercayaan sesuatu instrumen diperoleh apabila item dapat mengukur apa yang ingin diukur secara konsisten. Item yang dapat mengekalkan tahap konsistensi yang tinggi mempunyai kadar kebolehpercayaan yang tinggi dan tidak diragui manakala item yang tidak dapat mengekalkan tahap konsistensi mempunyai nilai kebolehpercayaan yang rendah dan diragui (Akbariah 2009; Mohd Majid 2000). Kebolehpercayaan sesuatu instrumen diperhatikan berdasarkan kepada kadar ketekalan dalaman item-item yang membentuk soal selidik tersebut. Kadar ketekalan ini dinilai berdasarkan kepada nilai cronbach alpha. Nilai ini didasarkan kepada indeks kebolehpercayaan Kirk (1984) dan Babie (1992) serta digunakan oleh Azhar Ahmad (2006) seperti dalam Jadual 3.3 di bawah: Jadual 3.7 Klasifikasi indeks kebolehpercayaan pekali alpha Indikator Nilai Alpha Cronbach Sangat tinggi > 0.90 Tinggi 0.70 0.89 Sederhana 0.30 0.69 Rendah <0.30 Sumber: Kirk (1984) dan Babie (1992) Nilai pekali alpha yang dirujuk bagi menentukan sesuatu item dipercayai dan diterima, berbeza-beza berdasarkan banyak pendapat. Antaranya disebabkan oleh jenis instrumen contohnya, jika instrumen yang berkaitan personaliti biasanya lebih rendah nilai cronbach alpha berbanding instrumen pencapaian, kemudian tujuan kajian, sama ada kajian tersebut bertujuan untuk menghasilkan satu keputusan yang penting ataupun untuk tujuan eksplorasi dan akhirnya sama ada keputusan dapatan mempengaruhi individu ataupun kumpulan (Macmillan dan Schumacker 2006). Oleh yang demikian terdapat pelbagai pandangan dan pendapat untuk menentukan sama ada item tersebut boleh diterima atau digugurkan berdasarkan nilai cronbach yang di milikinya. Menurut Cohen et al (2000) dan Aiken (2000) nilai cronbach alpha yang

boleh diterima ialah 0.80. Manakala Muijs (2004) dan Crowl (1996) berpendapat nilai cronbach alpha 0.70 digunakan oleh ramai pengkaji bagi menentukan item boleh diterima pakai khususnya bagi item yang mengukur persepsi, sikap dan ciri personaliti. Seterusnya, Mc Millan dan Schumacker (2006) berpandangan nilai cronbach alpha yang boleh diterima pakai ialah 0.65. Selain itu, bagi Sekaran (1992) dan Mohd Majid (2000) nilai cronbach alpha 0.60 sudah memadai untuk mengekalkan sesuatu item. Setelah data ujian rintis dianalisis, nilai cronbach alpha bagi kesemua item ialah 0.83. Di mana nilai ini menunjukkan nilai yang sangat tinggi (Kirk 1984, Babie 1992). Tiga item yang mendapat nilai cronbach di bawah 0.60 iaitu item di bawah sub konstruk sifat ilmu (item nombor 30 dan 31) dan item di bawah sub konstruk kesahan ilmu (item nombor 48). Kesimpulannya, kesemua item mendapat nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diterima kecuali tiga item yang telah digugurkan. Nilai kebolehpercayaan bagi setiap kostruk dan subkonstruk seperti jadual di bawah: Jadual 3.8 Nilai kebolehpercayaan bagi setiap item kepercayaan epistemologi Islam Jum. Item Nilai cronbach alpha Kepercayaan epistemologi 0.830 1)sumber ilmu 11 0.827 2)metode ilmu 17 0.873 3)sifat ilmu 7 0.614 4)pembahagian ilmu 8 0.812 5)kesahan ilmu 10 0.633 6)batasan ilmu 5 0.712 58 0.830 6.0 KESIMPULAN Instrumen kepercayaan epistemologi giat dibangunkan di Barat seiring dengan perkembangan penyelidikan berkaitan dengannya. Ini menunjukkan peri pentingnya konstruk ini dalam penentuan persepsi dan tindakan seseorang individu. Pengkaji melihat kajian ini amat penting untuk dijalankan kerana bagi individu Muslim yang seharusnya menjadikan agama sebagai cara kehidupan lebih jelas pandangan alam kehidupannya. Ini boleh dinilai salah satunya daripada kepercayaan epistemology Islam yang dimilikinya. Kajian ini menunjukkan instrument yang dibangunkan memiliki nilai ketekalan yang tinggi dan diperkaui oleh sepuluh orang pakar yang menilai. Justeru, instrument ini boleh diguna pakai untuk menilai kepercayaan 113

epsitemologi Islam seterusnya mengisi kelompangan yang ada. Walau bagaimanapun, ia masih terbuka kepada sebarang penambah baikan. 7.0 RUJUKAN Ab. Halim Tamuri, Khadijah Abd Razak, Shahrin Awaluddin, Kamarulzaman Abdul Ghani & Mohd Aderi Che Noh. 2006. Kajian Amalan Pengajaran Pendidikan Islam Di Sekolah Rendah Dan Menengah. Seminar IRPA RMK-8, Kategori ERK 2006, hlm. 1-15. Abd. Fatah Hasan. 2001. Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. 2008. Falsafah Pendiikan Dan Kurikulum. Perak: Quantum Books. al-ghazali, Abū Ḥāmid Muḥammad ibn Muḥammad. 1997. The Alchemy of Happiness. New Delhi: Islamic Book Service. Mohd Farid Bin Mohd Shahran. 2013. Falsafah dan hala tuju pendidikan dalam Islam. Kertas kerja Seminar Pemerkasaan Pengajaran Agama Islam: Menilai Cabaran Semasa Guru Pendidikan Islam. Anjuran IKIM, 24-25 September 2013. Mohd Sani Badron. 2013. Dinamika Fardhu Ayn dan Fardhu Kifayah: Kesepaduan Ilmu Sains, Kemanusiaan dan Keagamaan. Kertas kerja Seminar Pemerkasaan Pengajaran Agama Islam di Malaysia: Menilai Cabaran Semasa Guru Pendidikan Islam. Anjuran IKIM, 24-25 September 2013. Mohd Sulaiman Haji Yasin. 1982. Pengantar Falsafah Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mujamil Qomar. 2002. Epistemologi Pendidikan Islam Dari Metode Rasional Hingga Metode Kritik. Jakarta: Erlangga. Nor Aidah Binti Mohamad Ariff, Rohana Hamzah & Amirmudin Udin. 2010. Guru Ptv Masa Hadapan: Kefahaman Falsafah Yang Lebih Baik. edupress 2010. Rabiatul-Adawiah. 2009. Pengaruh Epistemologi Islam terhadap pembentukan kepercayaan guru-guru Sains Muslim dan amalan pengajaran mereka. Tesis Dr. Fal., Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Schommer, M. 1990. Effect of Beliefs About the Nature of Knowledge in Comprehension. Journal of Educational Psychology 82(3): 498-504. Woodhouse, M. B. 1990. A Preface to Philosophy. Ed. ke-4. Belmont: Wadsworth Publishing Company.