PENGGUNAAN PISAU MEKANIKAL DALAM INDUSTRI SEMBELIHAN AYAM HALAL: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF MAQASID AL-SHARIAH

Similar documents
EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HALAL HARAM MAKANAN MENURUT IMAM SYAFI I: ANALISIS DARI PERSPEKTIF MAQASID AL-SHARI AH

E-mel:

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

LAWS OF BRUNEI CHAPTER 183 HALAL MEAT

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Matlamat. Wadah Maklumat. Simposium 2014 Methodologi Pengambilan Ilmu Dalam Islam. Buku. Internet. Ceramah TV/Radio 22/10/14&

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

[SV 9] MENGANALISIS ISU HALAL TERHADAP SEKTOR PERKHIDMATAN HOTEL DI MALAYSIA. Nursyahida Jaafar¹ & Mohamad Ghozali Hassan²

PENILAIAN PENGETAHUAN

ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK DAN KONTEMPORARI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

ULASAN BUKU. Islamic Economics, Banking and Finance: Concepts and Critical Issues

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

BIOMIMETIC PATTERN RECOGNITION FOR WRITER IDENTIFICATION USING GEOMETRICAL MOMENT FUNCTIONS

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Kerangka Penggunaan Maqasid Shari`ah Dalam Hukum Muamalat. The Framework of the Use of Maqasid Shari`ah In Muamalat Law

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Penguasaan dan Kesalahan Bacaan dalam Surah Al-Fatihah di kalangan Pelajar DKA 1A Sesi Dis 2012 : Satu Kajian Tindakan

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

Transcription:

JULAI 2018 VOL. 13 NO. 1 ISSN: 2232-1047 eissn: 0127-8886 www.jfatwa.usim.edu.my PENGGUNAAN PISAU MEKANIKAL DALAM INDUSTRI SEMBELIHAN AYAM HALAL: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF MAQASID AL-SHARIAH Mechanical Slaughtering in Halal Poultry Industries: An Analysis from the Perspective of Maqasid al-shariah Tuan Sidek T.M. i & Ridzwan Ahmad ii i Pensyarah, Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang, 26600 Pekan, Pahang, sidek@ump.edu.my ii Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, ridzwan@um.edu.my Abstrak Pertambahan bilangan penduduk dunia serta perubahan gaya hidup dan makan menyebabkan timbul keperluan untuk penghasilan daging ayam yang lebih banyak bagi memenuhi keperluan pengguna. Oleh itu, ia menuntut penghasilan produk dalam kuantiti yang besar dengan kaedah yang lebih baik. Dalam usaha tersebut, perkembangan sains dan teknologi serta wujudnya faktor kecekapan kos membawa kepada pengenalan pisau mekanikal dalam industri sembelihan ayam. Walau bagaimanapun, dari sudut fiqh, terdapat perbezaan pendapat di kalangan sarjana Islam berkenaan keharusan penggunaannya. Ada pendapat yang mengatakan harus dan begitulah juga sebaliknya. Sehubungan dengan itu, tulisan ini dikemukakan untuk membincangkan perbezaan ini dan menilai pelbagai pandangan tersebut menurut ukuran maqasid al-shari ah. Antara ciri utama pengukuran berdasarkan maqasid ialah penekanan kepada pencapaian maslahah dan penolakan mafsadah. Kajian ini adalah kajian kualitatif menggunakan kaedah Abstract The increasing number of the world population and changes in lifestyle and eating habits has caused the demand from the consumers for more chicken meat production. This high demand calls for a large production produced at a faster production rate. The development of science and technology together with cost efficiency effort has brought the use of mechanical knife into the slaughterhouses industry. However, from the rulings of fiqh, there are differences in opinion among Islamic scholars on the permissibility of its use. Some hold an opinion to allow its use and some are against. In this regard, this paper is presented to discuss and evaluate the differences of these views with reference to the measurement of maqasid al-shari'ah. Among the major features of measurement based on maqasid is the emphasis on the attainment of maslahah and the rejection of mafsadah. This study is a qualitative study using document analysis method. Various scholars' views including contemporary views and the reality of halal industry were analyzed based on the measurement of maslahah mafsadah. As the result of the analysis, it can be concluded that 1

analisis dokumen. Pelbagai pandangan ulama mengikut pelbagai mazhab, pandangan-pandangan fuqaha kontemporari dan realiti industri sembelihan halal semasa dibincangkan dan dianalisis berasaskan ukuran maslahah mafsadah berpandukan pelbagai kaedah dalam pengukuran maqasid al-shariah. Hasil daripada analisis, dapat disimpulkan bahawa secara asasnya penggunaan pisau mekanikal adalah harus. Walaupun begitu, aplikasinya dalam industri sembelihan halal adalah rumit dan memerlukan kepada garis panduan yang sangat ketat dan dipatuhi oleh rumah-rumah sembelihan untuk memastikan ia patuh syarak dan dapat menjaga maslahah semua pihak yang terlibat. Kata kunci: pisau mekanikal, sembelihan, maqasid, halal, maslahah. in general, the use of mechanical knives is permissible. Nevertheless, its application in the halal industry is complicated and requires strict guidelines, slaughterhouse commitment, and continuous monitoring to ensure the full compliance of halal requirements are met as well as to safeguard the maslahah of all parties involved. Keywords: mechanical knife, slaughter, maqasid, halal, maslahah. PENDAHULUAN Pertambahan penduduk dunia dan gaya pemakanan yang telah berubah menyebabkan keperluan kepada daging ayam semakin meningkat. Di Malaysia sebagai contoh, pada tahun 2013, pengeluaran ayam adalah sekitar 1.4 juta atau 1.5. juta ekor sehari dan pengusaha diminta untuk meningkatkan pengeluaran pada musim-musim perayaan kepada 2.2. juta hingga ke 2.4. juta sehari ( Permit Ayam, 2013). Peningkatan kepada permintaan daging ayam serta penggunaan sains dan teknologi dalam industri sembelihan ayam telah menyebabkan pengenalan pisau sembelihan mekanikal. Sembelihan menggunakan pisau ini dilakukan dengan cara ayam digerakkan dengan menggunakan alat pengangkut (conveyor) melalui pisau mekanikal yang berpusing dan memotong bahagian leher ayam tersebut. Orang yang dianggap penyembelih ialah mereka yang menekan suis untuk menggerakkan pisau tersebut (al-mahmudi, 2012). Di kebanyakan pusat sembelihan yang menggunakan kaedah sembelihan mekanikal, seorang atau beberapa penyembelih ditugaskan untuk berdiri selepas pisau mekanikal untuk menyembelih mana-mana ayam yang tidak dipotong oleh pemotong tersebut (Ikram ul-haq, 2012). Walau bagaimanapun, persoalan yang sering dibincangkan tentang cara sembelihan ini ialah adakah ianya sah atau sebaliknya. Sehubungan dengan itu, tulisan ini dikemukakan untuk membuat analisis tentang kesahan sembelihan menggunakan kaedah ini berdasarkan 2

pelbagai kajian dan pandangan ulama serta membuat penilaian dalam pelaksanaan semasa sesuai dengan konteks berdasarkan kepada perspektif maqasid al-shariah. MAQASID AL-SHARIAH DAN PERANANNYA DALAM PENETAPAN HUKUM SEMASA Maqasid al-shari ah berasal dari dua perkataan iaitu maqasid dan shari ah. Maqasid adalah kata jamak kepada perkataan maqsid yang memberi makna tempat tuju (Ibrahim, Hamid, al-zayyat & al-najjar, t.t.), maksud, kehendak (al-marbawi, 1998), tujuan dan objektif (al-ba albaki,1988). Dari sudut istilah, Ibn Ashur (2011) mendefinisikannya sebagai hikmah-hikmah, masalih dan manfaat-manfaat. Al-Khadimi (2003) pula mendefinisinya sebagai maslahah shari ah dan tujuan-tujuan serta tanda-tandanya yang bertujuan untuk memperelok kemanusiaan dan kebahagiaannya pada kehidupan mereka dunia dan akhirat. Al-Zuhayli (1997) mendefinisinya sebagai tujuan pensyariatan serta rahsia-rahsia yang diletakkan oleh shari pada setiap hukum daripada hukum-hukumnya. Secara umumnya, maqasid syarak ialah untuk mendatangkan maslahah kepada hamba dunia dan akhirat (al-shatibi, 2011). Maqasid al-shari ah mempunyai kedudukan yang tersendiri dalam penetapan hukum. Ini kerana mendatangkan maslahah dan menolak mafsadah perlu diberikan keutamaan kerana ia adalah matlamat. Walau bagaimanapun, akal semata-mata tidak dapat mengukur maslahah. Jika dibiarkan pencariannya tanpa panduan, akan muncul terlalu banyak khilaf bahkan mungkin timbul penyelewengan dalam penetapan hukum. Oleh itu, ilmu usul fiqh yang menjadi asas kepada penetapan hukum adalah sangat penting kerana pengetahuan dengan dalil-dalil dan kaedah-kaedahnya memandu seseorang mujtahid untuk sampai kepada matlamat pensyariatan melalui jalan yang betul. Di samping itu, definisi maslahah perlulah difahami dengan tepat. Menurut al-ghazali (1996) maslahah adalah penjagaan matlamat syarak. Terdapat lima matlamat syarak itu iaitu menjaga agama, nyawa, akal, nasal dan harta. Setiap perkara yang membawa kepada penjagaan kelima-lima ini adalah maslahah dan ketiadaan perkara itu adalah mafsadah dan menjauhkannya (dari mafsadah) adalah maslahah. Pengukuran maslahah dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu daruriyyah, hajiyyah dan tahsiniyyah. Daruriyyah ialah perkara yang mesti ada untuk kemaslahatan hidup dunia dan akhirat. Ketiadaannya menyebabkan kerosakan dan kemusnahan sistem kehidupan dunia serta kegagalan dan kembali dalam keadaan kerugian pada kehidupan akhirat (al-shatibi, 2011). Penjagaan agama adalah maqasid yang terpenting. Ia adalah asal kepada semua maqasid. Apabila tiada agama, dunia akan rosak. Ketika itu hilang 3

neraca timbangan yang adil dan betul. Kesannya, manusia akan bertindak mengikut nafsu. Apabila tiada agama yang menetapkan maslahah dan menyusun kehidupan, manusia akan melakukan sesuatu yang dirasakannya maslahah berdasarkan kepada nafsu dan akalnya semata-mata (al-yubi, 1998). Peringkat kedua ialah hajiyyah. Ia adalah apa yang diperlukan untuk kemudahan dan menghilangkan kesempitan yang pada kebiasaannya membawa kepada kepayahan. Sekiranya tidak dipelihara perkara tersebut, ia akan membawa kepada kepayahan tetapi tidaklah sampai ke tahap kemusnahan. Peringkat seterusnya ialah tahsiniyyah iaitu mengambil apa yang sesuai daripada adat-adat yang baik dan menjauhi perkara yang kurang baik yang mana akal yang sihat tidak suka kepadanya (al-shatibi, 2011). Al-Buti (1966) menjelaskan penggunaan maslahah sebagai ukuran dalam penetapan hukum hendaklah dalam lingkungan garis panduan yang ditetapkan iaitu: i- Ukuran maslahah dan mafsadah adalah berdasarkan neraca syarak dan bukannya berdasarkan nafsu dan akal semata-mata kerana jika dibiarkan sebegitu mereka tidak akan mampu mencapai maslahah. Walaupun akal boleh mengetahui maslahah tetapi tidak pada tahap yang paling sempurna. ii- Maslahah agama adalah asas kepada maslahah yang lain. Oleh itu wajib dikorban yang selain daripada itu apabila berlaku pertembungan (ta arud). Agama adalah yang asal. Tidak harus maslahah agama mengikut kepada maslahah manusia dan kehendak mereka. Syarak adalah ukuran bagi setiap maslahah yang dibentangkan berdasarkan pengalaman dan uji kaji. Sekiranya berlawanan dengan nas, pengamalan adalah berdasarkan kepada nas. Ini bukanlah bermakna Islam menolak apa yang dipandang ada maslahah kepada manusia menurut perkiraan akal dan pengalaman, tetapi apabila berlawanan dengan nas, itu menunjukkan maslahah yang didakwa itu tidak tepat. Dalam keadaan tiada nas yang menyebut tentang kes tersebut, hukum ditetapkan berdasarkan kepada maslahah yang dilihat oleh manusia. iii- Maslahah yang dikira ialah yang pada kebiasaan (ghalib) mengikut adat dan begitu juga dengan mafsadah. Kesimpulannya, maqasid al-shari ah sangat penting dalam penetapan dan penilaian hukum bagi mendatangkan maslahah dan menolak mafsadah. Pengukuran dan penetapan maqasid boleh dibuat melalui dalil-dalil syarak seperti melalui al-quran, al-sunnah, Ijmak, Qiyas, Istishab, Masalih Mursalah, 4

Sadd al-zhari ah, al-istiqra dan lain-lain di samping penggunaan kajian saintifik, kajian sains sosial dan pengalaman. Pelbagai kaedah fiqh juga boleh digunakan dalam membantu untuk menilai pengukuran maslahah dan mafsadah dalam penetapan hukum. PELBAGAI PENDAPAT FIQH TENTANG PENGGUNAAN PISAU MEKANIKAL DALAM SEMBELIHAN HALAL Jika ditinjau kepada pendapat para ulama, terdapat pandangan yang mengatakan penggunaannya halal dan terdapat juga pandangan yang mengatakan tidak halal. Antara pandangan-pandangan tersebut ialah: i- Dar al-ifta al-misriyyah (t.t.) berpendapat sekiranya binatang itu disembelih oleh pisau mekanikal dalam keadaan masih hidup selepas dilakukan stunning, sembelihan itu sah kerana sembelihan boleh dilakukan dengan menggunakan apa-apa alat yang tajam selain daripada kuku dan gigi. ii- Majlis Ulama Halal Food Authority (HFA) (2013) menetapkan sembelihan mekanikal adalah halal. Walaupun terdapat isu berkaitan menyebut nama Allah (tasmiyyah), tetapi mereka memilih pendapat Imam al-shafi i yang tidak mewajibkan bacaan tasmiyyah ketika sembelihan. Menurut mereka, pisau mekanikal adalah sebagai ganti kepada pisau yang digunakan dalam sembelihan biasa oleh manusia. Walaupun begitu, mereka meletakkan beberapa syarat untuk sembelihan secara mekanikal diterima antaranya ialah: a- Penyembelih ialah seorang Islam. b- Niat hendaklah kerana Allah dan dengan nama Allah. c- Nama Allah hendaklah sentiasa disebut secara berterusan ketika sembelihan dilakukan. d- Hendaklah pisau yang digunakan itu tajam dan memotong keempat-empat urat iaitu halkum, mari, vena jugular dan arteri koratid (wadajain). e- Binatang yang disembelih hendaklah dibiarkan darahnya mengalir keluar sebanyak mungkin. f- Voltan dan aliran elektrik yang digunakan hendaklah tidak menyebabkan kematian. Walau bagaimanapun, dari sudut pelaksanaan, mulai 3 Mac 2014, HFA telah mengeluarkannya daripada standard halal mereka dan tidak lagi membuat akreditasi halal ke atas rumah sembelihan yang menggunakan sembelihan mekanikal. Ini disebabkan oleh kesukaran dalam melaksanakan kawalan dan pemantauan (HFA Stunning Guidelines and Abandonment of M.S. t.t.) 5

iii- Sheikh Ahmad Kutty (2017), pensyarah kanan dan cendikiawan Islam di The Islamic Institute of Toronto berpendapat, sembelihan mekanikal adalah halal selagi mana menepati rukun dan syarat seperti menyebut nama Allah dan memutuskan urat-urat yang perlu diputuskan dengan alat yang tajam. iv- The Islamic Coordinating Council of Victoria (I.C.C.V.) (t.t.) berdasarkan kepada syarat-syarat yang digariskan dalam penetapan sembelihan mekanikal halal yang dimuatkan di dalam laman sesawang badan ini, mereka kelihatan menerima sembelihan mekanikal. Antara syarat yang ditetapkan ialah: a- operator yang menggerakkan mesin adalah Muslim. b- dia hendaklah menyebut nama Allah ketika menekan suis pisau mekanikal. c- Sekiranya dia meninggalkan tempat tersebut, dia hendaklah memberhentikan pisau mekanikal dan operator baru akan menyambung dengan menekan kembali suis pisau tersebut. d- Urat-urat yang telah ditetapkan oleh syarak hendaklah diputuskan. e- Pisau itu hendaklah memotong bahagian depan leher dan bukannya bahagian belakang. f- Penyembelih hendaklah memastikan ia disembelih dengan sempurna. Sekiranya terdapat ayam yang tidak disembelih oleh mesin, pembantu penyembelih hendaklah menyembelihnya secara manual. v- Faraz Adam al-mahmudi (2012) membincangkan hukum sembelihan mekanikal dari perspektif fiqh khususnya menurut mazhab Hanafi. Tulisan beliau berpandukan kepada soalan yang bertanyakan tentang hukum cara sembelihan sebegini kerana terdapat beberapa isu yang tidak jelas terutamanya berkait dengan tasmiyyah dan kedudukan operator sebagai penyembelih. Kesimpulan daripada tulisan beliau ialah tasmiyyah perlu disebut pada setiap ekor binatang yang disembelih sebagaimana pendapat mazhab Hanafi dan jumhur. Oleh itu, binatang yang tidak disebut tasmiyyah adalah tidak sah sembelihannya. Terdapat juga perbezaan pendapat dari sudut bolehkah penyembelih disandarkan kepada operator dan difahami daripada tulisannya bahawa beliau lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan boleh. Menurut beliau, secara kesimpulannya sembelihan mekanikal adalah tidak sah kecuali dipatuhi beberapa perkara iaitu: a- Dipotong dengan betul pada tempat yang sepatutnya. b- Binatang itu mati disebabkan oleh pemotongan yang berlaku pada tempat yang betul dan bukannya daripada belakang. 6

c- Bacaan tasmiyyah hendaklah pada setiap binatang d- Bacaan tasmiyah hendaklah dilakukan oleh penyembelih. e- Sama ada operator yang menekan suis dikira penyembelih ataupun tidak, ia adalah perkara khilaf yang menerbitkan perbezaan pendapat. vi- Ikram ul-haq (2012) - menurut beliau, antara isu utama dalam penentuan halal atau tidak sembelihan mekanikal ialah bacaan tasmiyyah dan penggunaan pisau mekanikal. Dari sudut bacaan tasmiyyah, perbincangan beliau lebih tertumpu kepada mazhab Hanafi dan jumhur yang berpendapat wajib membaca tasmiyyah. Beliau turut menukilkan pendapat yang membolehkan qiyas sembelihan dalam keadaan biasa (ikhtiyari) dengan sembelihan dalam keadaan tiada pilihan (idtirari) iaitu boleh dibaca tasmiyyah pada alat kerana terdapat kepayahan (mashaqqah) untuk membaca tasmiyyah pada binatang yang disembelih. Kesimpulannya, sembelihan tersebut boleh dilakukan dengan dijaga beberapa syarat antaranya: a- Operator hendaklah seorang Islam atau kitabi b- Pisau mekanikal digerakkan dengan menyebut nama Allah c- Operator hendaklah menetapkan niat (qasd) untuk menyembelih sekumpulan ayam yang tertentu. d- Sekiranya mesin terhenti dengan apa-apa sebab, hendaklah proses baharu dimulakan sebagaimana proses yang sebelumnya iaitu dengan tasmiyyah dan niat sekumpulan haiwan. e- Hendaklah ditempatkan penyembelih yang akan menyembelih secara manual ayam yang tidak disembelih oleh mesin. Penyembelih hendaklah menyebut tasmiyyah pada setiap sembelihan. f- Hendaklah dibuang daripada garisan produksi ayam yang didapati potongan berlaku di tempat lain selain daripada leher. vii- Majma al-fiqh al-islami ketetapan yang dibuat pada tahun 1997 menyebut asal sembelihan ayam ialah secara manual. Walau bagaimanapun, dibenarkan menggunakan alat mekanikal selagi mana syarat sembelihan dipenuhi. Bacaan tasmiyah pula memadai dengan dibaca sekali bagi satu kumpulan ayam. Sekiranya terhenti proses sembelihan, hendaklah dimulakan dengan proses baru iaitu dengan ditekan suis dan dibaca tasmiyyah ke atas satu kumpulan. viii- Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 April 2000 telah memutuskan bahawa(jakim, 2015): a- Pengendali pisau mekanikal hendaklah seorang Muslim. Pengendali tersebut hendaklah membaca bismilah sebelum 7

memetik suis pisau mekanikal dan hendaklah memerhati kepada binatang yang disembelih. b- Penyembelih Muslim yang memetik suis pisau mekanikal tidak boleh meninggalkan tempat sembelihan semasa penyembelihan sedang dijalankan dan tidak boleh membuat kerja-kerja lain yang mengganggu tumpuan. Garis panduan sembelihan mekanikal telah dimuatkan di dalam Malaysian Standard 1500:2004. Walau bagaimanapun, ia telah dikeluarkan daripada Malaysian Standard 1500:2009. ix- Terdapat juga pendapat yang menyebut sembelihan mekanikal adalah haram kerana tidak mungkin dapat dibaca tasmiyyah kepada setiap ayam yang disembelih. Ada yang berpendapat hanya ayam yang pertama sahaja halal. Oleh itu, sekiranya sembelihan dilakukan serentak dengan sekali tasmiyyah ia adalah halal (Halal Monitoring Committee, t.t.) RUKUN, SYARAT SEMBELIHAN HALAL DAN PUNCA KHILAF DALAM PENETAPAN PENGGUNAAN PISAU MEKANIKAL Berdasarkan kepada pelbagai pendapat yang dikemukakan di atas, punca utama khilaf dalam penetapan halal sembelihan mekanikal ialah khilaf pada tasmiyyah ketika sembelihan dan status operator yang menekan suis menggerakkan pisau mekanikal. Adakah operator itu boleh dikira sebagai penyembelih atau tidak. Sebelum dibincangkan kedua-dua punca tersebut, disenaraikan di bawah ini secara ringkas rukun-rukun dan syarat-syarat sembelihan. Rukun sembelihan ada empat iaitu penyembelih, binatang yang disembelih, alatan untuk menyembelih dan perbuatan menyembelih (al- Zuhayli, 2011). Setiap rukun itu ada syarat-syaratnya pula iaitu (al-zuhayli, 1989): 1- Antara syarat-syarat penyembelih ialah mumayyiz, berakal, beragama Islam atau ahli kitab dan sembelihannya tidak dilakukan selain untuk Allah. Ketika menyembelih, penyembelih disyaratkan berniat atau melakukannya dengan tujuan menyembelih binatang yang hendak disembelih itu (al-shafi i, 2014). 2- Antara syarat berkaitan dengan binatang yang disembelih ialah binatang yang boleh dimakan oleh orang Islam, terdapatnya tanda hidup pada binatang tersebut sebelum sembelihan, iaitu hayah almustaqirrah (al-khin, al-bugha & al-sharbaji, 1992) dan binatang yang disembelih itu diputuskan urat-urat yang ditetapkan ketika sembelihan dilakukan. Dalam mazhab al-shafi i, minimum urat yang perlu putus ialah halkum dan mari (al-shafi i, 2014). Dalam mazhab Maliki dan Hanafi pula, paling kurang tiga daripada empat urat iaitu 8

halkum, mari, vena jugular atau arteri koratid (wadajain) (al-kasani, 2005, Ibn Rusyd, 2009) 3- Syarat pada alatan pula ialah ia hendaklah tajam dan diperbuat selain daripada gigi, tulang ataupun kuku. 4- Syarat pada perbuatan menyembelih ialah memenuhi semua rukun dan syarat sama ada sembelihan itu dalam bentuk al-zabh (melakukan sembelihan dengan dilakukan pemotongan pada bahagian atas leher. Sembelihan untuk binatang yang berleher pendek seperti lembu dan kambing), atau al-nahr (melakukan sembelihan dengan dilakukan pemotongan pada labbah bahagian bawah leher binatang yang berleher panjang seperti unta) ataupun al- aqr (sembelihan bagi binatang yang tidak mampu dikawal). Antara yang perkara yang menjadi khilaf ketika sembelihan ialah membaca tasmiyyah. Bagi mazhab al-shafi i, ia adalah sunat (al-shafi i, 2014, al-sharbini, 2006). Menurut pendapat yang masyhur dalam Mazhab Hanbali, ia adalah syarat sah tetapi tidak mengapa sekiranya terlupa. Walau bagaimanapun, menurut Imam Ahmad, ia adalah sunat (Ibn Qudamah, 2004) sebagaimana pendapat Imam al-shafi i. Dalam mazhab Hanafi dan Maliki pula, tasmiyyah adalah syarat sah. Ia tidak boleh ditinggalkan secara sengaja tetapi tidak mengapa sekiranya tidak sengaja (al-kasani, 2005, Ibn Rusyd, 2009). Walaupun mazhab Hanafi, mewajibkan tasmiyyah, tetapi bacaan yang paling minima yang perlu dibaca adalah memadai dengan menyebut Allah atau nama-nama Allah yang lain (al-kasani, 2005). Perselisihan pendapat ini disebabkan oleh perbezaan pendapat dalam menetapkan maksud perintah Allah yang bermaksud: Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik. (Al-An am 6:121) Mereka yang berpendapat wajib berpandangan ayat ini adalah dalil yang menunjukkan kepada wajibnya membaca tasmiyyah. Walau bagaimanapun, mereka yang berpendapat sunat pula mengatakan perintah itu menunjukkan kepada makna sunat kerana terdapat ayat-ayat lain dan beberapa hadis yang memalingkan maknanya daripada wajib kepada makna lain seperti firman Allah dalam surah al-maidah ayat 5 yang bermaksud: Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazatlazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan kitab itu adalah halal bagi kamu dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka. (al-maidah 5:5) 9

Menurut al-mawardi (1994), ayat ini menjelaskan boleh dimakan sembelihan ahli kitab yang secara zahirnya tidak menyebut nama Allah. Oleh itu, hukum membaca tasmiyyah adalah sunat. Punca khilaf yang kedua ialah sama ada operator itu dikira penyembelih ataupun tidak. Dalam masalah ini, syarat sah sembelihan iaitu penyembelih perlu ada usaha secara langsung dan ada niat menyembelih. Imam al-shafi i menyebut: Sembelihan syarak (al-zakah) adalah dalam dua bentuk iaitu sembelihan binatang yang mampu dikawal iaitu dengan cara al-zabh atau alnahr. Bentuk yang kedua ialah sembelihan pada binatang yang tidak boleh dikuasai iaitu dengan memotong dengan tangan menggunakan senjata atau memanah dengan tangannya atau dengan menghantar binatang buruan dengan perbuatannya. Asasnya ialah perbuatan itu dilakukan oleh penyembelih. Sekiranya digali lubang, diletakkan di dalamnya pedang atau tombak dan diusahakan supaya binatang buruan jatuh ke dalam lubang itu dan mati terkena pedang atau tombak tersebut, binatang itu tidak halal dimakan. Begitu juga sekiranya seekor kambing atau seekor binatang buruan melintas dan terkena pedang pada lehernya dan mati, binatang itu tidak halal kerana kematiannya bukan disebabkan oleh sembelihan seseorang sebaliknya ia berlaku dengan dirinya sendiri (al-shafi i, 2014). Walaupun ada pendapat yang menyebut sembelihan mekanikal tidak sah kerana tidak melibatkan usaha manusia kerana ayam itu yang datang dalam keadaan bergerak dan operator hanya menekan suis sahaja tetapi terdapat juga pendapat yang menyanggah pendapat itu dengan mengatakan sembelihan itu sah kerana adanya usaha dan sekiranya ada niat (qasd) daripada operator, dia dikira penyembelih (al-mahmudi, 2012). Apabila ditinjau kepada rukun-rukun dan syarat-syarat sembelihan serta pendapat fuqaha kontemporari seperti pendapat Dar al-ifta al-misriyyah, Majlis Ulama Halal Food Authority, Sheikh Ahmad Kutty, Majma Fiqh al- Islami dan lain-lain yang telah disenaraikan di atas, penulis lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan sah sembelihan yang menggunakan pisau mekanikal kerana telah menepati rukun-rukun dan syarat-syarat sah sembelihan sekiranya telah mematuhi syarat-syarat seperti yang telah dikemukakan oleh mereka. Sebaiknya bacaan tasmiyyah disebut pada setiap ekor ayam yang disembelih. Sekiranya tidak mampu kerana terdapat kesukaran (mashaqqah) tetapi ada keperluan (hajah) untuk menyembelih dengan kaedah itu, memadai dengan membacanya ke atas satu kumpulan sebagaimana yang difatwakan oleh Majma al-fiqh al-islami. ANALISIS PENGGUNAAN PISAU MEKANIKAL DALAM INDUSTRI SEMBELIHAN AYAM HALAL MENURUT PERSPEKTIF MAQASID AL- SHARIAH 10

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, secara asasnya penggunaan pisau mekanikal adalah harus tetapi dari sudut pelaksanaan dalam industri sembelihan ayam halal, ia memerlukan sistem yang sangat efisien dan tepat khususnya ketepatan pemotongan pada leher ayam pada bahagian depan. Ia juga memerlukan kawalan dan pemantauan yang ketat untuk memastikan perjalanannya adalah seperti yang telah ditetapkan menurut garis panduan. Sehubungan dengan itu, dari sudut aplikasi sembelihan seperti ini berdasarkan ukuran maslahah dan mafsadah, ia sebaiknya dielakkan melainkan ketika ada keperluan (hajah) dengan syarat telah dipenuhi rukun dan syarat sah sembelihan serta syarat-syarat tambahan sembelihan mekanikal. Keperluan (hajah) yang dimaksudkan oleh penulis ialah sekiranya tidak dapat dipenuhi permintaan untuk keperluan daging ayam kerana permintaan yang tinggi melainkan dengan kaedah sembelihan mekanikal. Pandangan ini berdasarkan kepada beberapa alasan iaitu: i- Keluar daripada khilaf adalah lebih baik berdasarkan kaedah al-khuruj min al-khilaf mustahab (al-suyuti, 1998). Mengelakkan daripada menggunakan pisau mekanikal adalah lebih baik kerana terdapat khilaf pada bacaan tasmiyyah dan pada operator yang menekan suis sama ada dia dikira penyembelih ataupun tidak. Ini juga lebih berhati-hati (ihtiyat) dalam menjaga agama. ii- Walaupun secara asasnya penulis berpandangan ia adalah halal, tetapi untuk memastikan halal lagi baik (tayyib) pada peringkat pelaksanaan dan operasi adalah sukar. Mungkin atas asas tersebut, Halal Food Authority (HFA) dan Malaysian Standard telah mengeluarkan garis panduan sembelihan mekanikal daripada standard halal mereka (pada asalnya terdapat garis panduan sembelihan mekanikal dalam Malaysian Standard 1500:2004. Walau bagaimanapun, garis panduan tersebut tidak terdapat di dalam edisi yang telah ditambah baik, Malaysian Standard 1500:2009) dan tidak lagi membuat audit halal ke atas rumah sembelihan yang menggunakan sembelihan secara mekanikal. iii- Sembelihan yang terbaik ialah sembelihan mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam dengan menjaga adab-adab sembelihan iaitu tanpa stunning, diletakkan di tempat yang sesuai untuk binatang itu bergerak selepas sembelihan, tidak disembelih di hadapan binatang yang lain dan penyembelih menghadap ke arah kiblat. Islam menekankan aspek ihsan di samping kualiti daging untuk kebaikan manusia yang memakannya. Apabila ditinjau kepada penggunaan stunning dan pengurusan sembelihan di rumah-rumah sembelihan, adab-adab sembelihan sudah banyak dikorbankan untuk memberi laluan kepada proses penghasilan daging dalam kuantiti yang banyak serta cepat. Aplikasi sembelihan mekanikal 11

menambahkan lagi item adab yang terpaksa dikorbankan untuk kepentingan pengeluaran. Dalam sembelihan mekanikal, bukan setakat adab yang dikorbankan, bahkan ihsan juga turut dikorbankan kerana berlaku juga pisau-pisau sembelihan mekanikal itu menghiris bukan pada bahagian leher. iv- Sebaiknya, digunakan sembelihan manual dengan ditambah bilangan penyembelih di kawasan sembelihan untuk pengeluaran daging ayam dengan jumlah yang lebih banyak dan bukannya dengan menggunakan pisau mekanikal. Tidak semua perkara boleh dikorbankan kerana keperluan industri. Kualiti sembelihan oleh manusia boleh membantu pengeluaran daging yang lebih berkualiti. Tuntutan menjaga nyawa melalui pengeluaran daging yang berkualiti juga perlu dipelihara. v- Di samping itu, dari sudut ekonomi, sembelihan mekanikal akan mengurangkan peluang pekerjaan kepada orang Islam terutamanya sebagai penyembelih. Oleh itu, lebih baik (aslah) tugas menyembelih itu dilakukan oleh manusia apatah lagi sekiranya secara manual, ketepatan pemotongan pada leher dan bacaan tasmiyyah lebih terjamin. PENUTUP Sembelihan mekanikal adalah antara kaedah yang dipraktikkan pada masa ini di berbagai pusat sembelihan ayam di luar negara. Terdapat khilaf di kalangan fuqaha tentang keharusan penggunaannya dalam sembelihan ayam halal. Secara asasnya, ada pendapat yang mengatakan harus kerana telah menepati rukun dan syarat sah sembelihan. Walau bagaimanapun, pada masa ini, pemakaiannya dalam industri penyembelihan ayam halal lebih baik dielakkan kerana itu lebih tepat dalam menjaga maslahah sama ada maslahah agama, nyawa mahupun harta. Dari sudut agama, status halal ayam yang disembelih itu lebih pasti. Manakala, dari sudut penjagaan nyawa, kualiti ayam lebih terjamin dan dari sudut harta pula, peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada orang Islam. Walaupun begitu, penulis melihat tiada masalah untuk digunakan sembelihan mekanikal sekiranya ada keperluan di samping keadaan teknologi sembelihan mekanikal pula telah sampai ke satu tahap yang terbaik dengan kaedah kalibrasi / tentu ukur (calibration) yang secara pasti pemotongan pada leher bahagian depan dan pada urat-urat yang telah ditentukan dapat dilakukan dengan tepat serta terdapat pula peluang untuk tasmiyyah pada setiap sembelihan. PENGHARGAAN Projek ini dibiayai oleh Geran Penyelidikan Fundamental FRGS/1/2017/SSI03/UM/02/8 12

RUJUKAN Ahmad Kutty, Is Mechanical Slaughter Acceptable? dicapai 16 Mei 2017. http://aboutislam.net/counseling/ask-the-scholar/mechanical-slaughteracceptable/ Al-Ba albaki, Ruhi, al-mawrid, Beirut: Dar li al- Ilm al-malayin, 1988. Al-Buti, Muhammad Sa id Ramadan, Dawabit al- Maslahah fi al-shari ah al- Islamiyyah, Damsyik: al-maktabah al-umawiyyah, 1966. Dar al-ifta al-misriyyah, Mechanical Slaughtering, dicapai 17 Mei 2017. http://dar-alifta.org/foreign/viewfatwa.aspx?id=6254 Department of Standards Malaysia, Malaysian Standard 1500:2004 Halal Food - Production, Preparation, Handling and Storage General Guidelines (First Revision). Department of Standards Malaysia, Malaysian Standard 1500:2009 Halal Food - Production, Preparation, Handling and Storage General Guidelines. Eat Halal, Mechanical Slaughter is Acceptable by Halal Food Authority, dicapai 16 Mei 2017. http://www.eat-halal.com/mechanical-slaughteris-allowed/ Al-Ghazali, Abu Hamid, al-mustasfa fi Ilm al-usul, Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah, 1996. Halal Food Foundation, HFA Stunning Guidelines and Abandonment of Mechanical Slaughter, dicapai 16 Mei 2017. http://www.halalfoodfoundation.co.uk/index.php/8-news/20-hfastunning-guidelines-and-abandonment-of-mechanical-slaughter. Halal Monitoring Committee, Issues of Mechanical Slaughter and Stunning, dicapai 15 Mei 2017. http://www.halalhmc.org/issueofmsandstunning.htm Ibn Ashur, Muhammad al-tahir, Maqasid al-shari ah al-islamiyyah, Jordan: Dar al-nafais, 2011. Ibn Qudamah, Abd. Allah bin Ahmad, al-mughni, Kaherah: Dar al-hadith, 2004. Ibn Rusyd, Muhammad bin Ahmad, Bidayah al-mujtahid. Kaherah: Dar al- Salam. Juz. 2, 2009. Ibrahim Mustafa, al-zayyat, Ahmad Hasan, Hamid Abd. al-qadir & al-najjar, Muhammad Ali, al-mu jam al-wasit (Istanbul: al Maktabah al- Islamiyyah, t.t.. Ikram ul Haq, The Fiqh of Mechanical Slaughter, A research for AMJA s 9th Annual Imams Conference 2012, Los Angeles, USA, dicapai 17 Mei 2017. http://www.amjaonline.org/en/academic-research/cat_view/8- the-halal-and-haram-in-food-and-medicine-2012 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Garis Panduan Mengenai Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian Dan Penyimpanan Makanan 13

Halal, dicapai 15 Mei 2017. http://www.islam.gov.my/rujukan/garispanduan/116-garis-panduan-mengenai-pengeluaran-penyediaanpengendalian-dan-penyimpanan-makanan-halal Al-Kasani, Abu Bakar ibn Mas ud, Badai al-sanai, Kaherah: Dar al-hadith, 2005. Al-Khadimi, Nuruddin Mukhtar, al-maqasid al-shar iyyah Ta rifuha Amthilatuha Hujiyyatuha, Riyad: Kunuz Eshbelia, 2003. Al-Khin, Mustafa, al-bugha, Mustafa, al-sharbaji, Ali, al-fiqh al-manhaji. Damsyik: Dar al-qalam. Juz. 3, 1992. Al-Mahmudi, Faraz, A Research on Mechanical Slaughter, dicapai 17 Mei 2017 http://darulfiqh.com/a-research-on-mechanical-slaughter/ Majma al-fiqh al-islami, Daurah yang ke 10, Jeddah, Qarar 95 (3/10), bil. 8, dicapai 15 Mei 2017. http://www.iifa-aifi.org/2015.html. Al-Marbawi, Muhammad Idris Abd. Rauf, Kamus Idris al-marbawi, Kuala Lumpur: Darul Nu man, 1998. Al-Mawardi, Abi Hasan Ali bin Muhammad, Al-Hawi al-kabir. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah. Juz. 15, 1994. Permit Ayam dibuka Stabil Harga Musim Raya. (07 Julai 2013). Utusan Malaysia, dicapai 23 Julai 2017 http://ww1.utusan.com.my/utusan/dalam_negeri/20130707/dn_28/per mit-ayam-dibuka-stabil-harga-musim-raya Al-Shafi i, Muhammad bin Idris, al-umm. Bairut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah. Juz. 2, 2014. Al-Shatibi, Ibrahim bin Musa, al-muwafaqat, Kaherah: Dar al-ghad al-jadid, 2011. Al-Sharbini, Shamsuddin Muhammad bin Muhammad, Mughni Muhtaj, Kaherah: Dar al-hadith, 2006. Al-Suyuti, Abd al-rahman bin Abi Bakr, al-ashbah wa al-nazhair. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah. Juz. 1, 1998. The Islamic Coordinating Council of Victoria (I.C.C.V.). (t.t.). Guideline for Mechanical Slaughtering of Chicken, dicapai 16 Mei 2017 http://www.iccv.com.au/mecslaugchicken.htm. Al-Yubi, Muhammad Sa d bin Ahmad, Maqasid al-shari ah al-islamiyyah wa Alaqatuha bi al- Adillah al-shar iyyah, Riyad: Dar al-hijrah, 1998. Al-Zuhayli, Muhammad, al-mu tamad fi Fiqh al-shafi i, Damsyik: Dar al- Qalam. Juz. 2, 2011. Al-Zuhayli, Wahbah, al-fiqh al-islami wa Adillatuh, Damsyik: Dar al-fikr. Juz 3, 1989. Al-Zuhayli, Wahbah, Nazariyyah al-darurah al-shar iyyah, Beirut: Mu assasah al-risalah 1997. Penafian 14

Pandangan yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pandangan penulis. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kerugian, kerosakan atau lain-lain liabiliti yang disebabkan oleh / timbul daripada penggunaan kandungan artikel ini. 15