PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

Similar documents
EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

METRIK DAN INDEKS KESELAMATAN LAMAN SESAWANG: SATU KAJIAN KES TERHADAP INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Kod Dokumen : UPM/OPR/PKU/P005

Mengukur Risiko Kabur Kadar Tukaran Asing (Measuring Fuzzy Foreign Exchange Rate Risk)

ULASAN BUKU. Islamic Economics, Banking and Finance: Concepts and Critical Issues

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PROCEEDINGS OF 2ND UUM INT.ERNA~IONA lb IC BUSINESS MJXNAGEMENTr DNFERENCE 20~ 8 (IBM 2018)

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN. Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

PENILAIAN PENGETAHUAN

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

RE ORDER ADVISE STOR FARMASI KLINIK KESIHATAN UBAT BUKAN UBAT VAKSIN REAGENT

Kesan Pengklasifikasian Patuh Syariah Terhadap Kemeruapan Pulangan Stok Axis-Reit

SUKUK CREDIT RATING DI MALAYSIA: PERBANDINGAN DI ANTARA RAM DAN MARC. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 2

ISU PENETAPAN HARGA EMAS DALAM TRANSAKSI AKAUN EMAS DI BANK

FORECASTING REVENUE PASSENGER ENPLANEMENTS USING WAVELET-SUPPORT VECTOR MACHINE MOHAMAD AIMAN ZAINUDDIN

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

Jurnal Teknologi. Analisis Kritikal Terhadap Pembiayaan Semula Perumahan Secara Islam Melalui Kontrak Musharakah Mutanaqisah.

PENTING / PENAFIAN INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET PENDASAR, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Analisis Kadar Upah di Institusi Ar Rahnu

Analisis Kritikal Terhadap Pembiayaan Semula Perumahan Secara Islam Melalui Kontrak MusharakahMutanaqisah

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Kursus Semasa Cuti Panjang Sidang Akademik 1998/99. April 1999

Metodologi Pengiraan Zakat bagi Institusi Kewangan Islam: Satu Analisis

Isu Spekulasi dan Perjudian dalam Urus Niaga Saham Secara Kontra

BIOMIMETIC PATTERN RECOGNITION FOR WRITER IDENTIFICATION USING GEOMETRICAL MOMENT FUNCTIONS

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN


Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

Journal of Advanced Research in Business and Management Studies 9, Issue 1 (2017) 75-91

Transcription:

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS: NORAZILA BINTI ANIAH

Penilaian Stok Dalam Perakaunan Penulis: Norazila binti Aniah Stok adalah sebahagian aset semasa yang sering ditemui dalam lembaran imbangan dan biasanya stok ini telahpun diberi nilainya. Tahukah anda bagaimana stok itu dinilai? Menggunakan konsep asas perakaunan dalam membuat penilaian ke atas stok dan menggunakan sistem dan kaedah yang berbeza, ia akan memberikan nilai stok yang berbeza. Perbezaan ke atas nilai stok ini sudah tentu akan memberi kesan kepada untung rugi perniagaan. Disini akan dibincangkan, definisi stok, membezakan antara Sistem Penyimpanan Rekod Stok Berkala dan Berterusan, penerangan konsep kos dalam penilaian stok, penerangan penilaian stok berasaskan kaedah Masuk Dulu Keluar Dulu (MDKD), Masuk Kemudian Keluar Dulu (MKKD) dan Purata Wajaran dan kesanya ke atas untung rugi perniagaan. Pemilik perniagaan akan membuat pilihan untuk menggunakan system dan kaedah yang bersesuaian dan bertepatan dengan matlamat organisasi iaitu meminumkan kos dan memaksimumkan keuntungan. Merujuk kepada buku yang bertajuk Financial Accounting A Business Process Approach, tulisan Jane L. Reimers akan dibincangkan bagaimana penilaian stok ini dijalankan. Definisi Stok Stok ialah barang niaga yang disimpan, dipegang atau dimiliki untuk dijual bagi firma perdagangan atau barangan yang akan digunakan dalam proses pengeluaran barang siap bagi firma perkilangan. Firma perdagangan Urusniaga yang berlaku ialah membeli barang niaga pada harga kos dan menjual barang niaga tersebut pada harga jualan. Perbezaan itu adalah untung yang diperolehi. Maka, dalam firma perdagangan, stok yang wujud adalah stok barang siap. Firma Perkilangan Bagi firma perkilangan, barang yang dibeli adalah merupakan bahan mentah yang akan diproses untuk menghasilkan barang siap. Oleh itu akan wujud 3 kategori stok iaitu: i. Stok Bahan Mentah ii. Stok Kerja Dalam Proses iii. Stok Barang Siap SISTEM PENYIMPANAN REKOD STOK Terdapat dua sistem dalam merekod stok iaitu: a. Sistem Berkala (Periodical System) b. Sistem Berterusan (Perpectual System) A. Sistem Stok Berkala (Periodical System) * Sistem stok berkala tidak memerlukan penyimpanan rekod perakaunan yang terperinci untuk setiap stok. * Tiada akaun stok diwujudkan untuk merekodkan aliran masuk dan keluar stok. 1

* Bagi setiap pembelian barang niaga, akaun belian akan didebit dan ia dicatatkan pada harga kos barang tersebut. * Stok akhir ditentukan dengan pengiraan fizikal pada akhir sesuatu tempoh perakaunan. Pengiraan fizikal ini akan menentukan jumlah stok dalam bentuk unit pada akhir tahun kewangan. * Jumlah stok yang telah diketahui akan dinilai dalam bentuk RM melalui kaedahkaedah tertentu. Apabila nilai stok akhir diketahui, pengiraan kos barang dijual dapat ditentukan dengan menggunakan formula berikut: Stok Awal (+) Belian ------- (-) Stok akhir -------- Kos barang dijual ===== Sistem Stok berkala biasanya digunakan oleh firma-firma yang menjual barangan yang bernilai rendah seperti barangan makanan di pasaraya. Prosedur Merekod Dalam Sistem Stok Berkala. Prosedur merekod dalam sistem berkala yang melibatkan belian dan jualan stok ialah seperti berikut: 1. Merekod belian stok: Dt. Belian Kt. Tunai / Akaun Belum Bayar 2. Merekod jualan stok: Dt. Tunai/ Akaun Belum Terima Kt. Jualan 3. Merekod stok akhir setelah stok yang dikira secara fizikal dinilaikan pada akhir tempoh perakaunan Dt. Stok Kt. Penyata Pendapatan 2

Contoh Pengiraan 1: Andaikan maklumat berikut diberi untuk tahun berakhir pada 31 Disember 2011. Jumlah belian stok secara kredit RM 100,000 Jumlah jualan stok secara kredit 150,000 Stok awal (1 Januari 2011) 0 Stok akhir (31 Disember 2011 - pengiraan fizikal) 20,000 Sediakan catatan jurnal yang terdapat dalam rekod perakaunan Penyelesaian 1: 1. Merekod belian stok Dt. Belian RM100,000 Kt. Akaun Belum Bayar RM100,000 2. Merekod jualan inventori Dt. Akaun Belum Terima Kt.Jualan RM150,000 RM150,000 3. Merekod inventori akhir dan menutup inventori awal. Dt. Inventori RM20,000 Kt.Penyata Pendapatan RM20,000 Pengiraan kos barang dijual pada akhir tempoh perakaunan: Inventori awal 0 (+) Belian RM100,000 ---------------- Kos barang sedia dijual RM100,000 (-) Inventori akhir 20,000 ---------------- Kos barang dijual RM 80,000 ========= 3

B. Sistem Stok Berterusan(Perpectual System) Sistem stok berterusan, rekod yang terperinci disimpan untuk mengesan semua stok yang diterima dan yang dikeluarkan. Dalam sistem ini satu kad inventori bagi tiap-tiap jenis stok yang berasingan akan disediakan dan mencatatkan keluar masuk stok. Direkod di dalam dua kad yang berbeza bagi dua bahagian yang berbeza iaitu kad stok di bahagian stor & kad lejar stok di bahagian kewangan. Contoh Kad Stok (Bahagian Stor) Item: Lokasi: Kod: Tarikh Masuk(unit) Keluar(unit) Baki(unit) Kad Stok biasanya disimpan di stor bagi mencatatkan jumlah unit barang yang dibawa masuk dan barang yang dikeluarkan dari stor. Di akhir tempoh kewangan, pengiraan stok secara fizikal akan dibuat dan jumlahnya akan dibandingkan dengan jumlah yang terdapat pada baki dalam kad stok. Sekiranya jumlah tersebut tidak sama, pelarasan adalah perlu dan ini dapat menentukan samada terdapat kehilangan stok atau tidak. Dalam sistem berterusan, selain daripada kad stok yang disimpan di stor, Rekod tentang keluar masuk stok juga disimpan di Bahagian Kewangan berdasarkan maklumat belian dan jualan barangan. Bezanya Rekod stok ini berbanding kad stok ialah rekod stok mencatatkan kos seunit barang yang dibeli dan kos seunit barang yang dijual. Di akhir tempoh kewangan kita dapat menentukan nilai stok akhir hanya dengan melihat kepada baki stok tersebut, biasa direkod dalam nilai RM. 4

Contoh Kad Lejer Stok/ rekod stok yang merekod stok (Bahagian Kewangan) Tarikh Belian Kos Barang Dijual Baki Unit Kos/Unit Jum Unit Kos/Unit Jum Unit Kos/unit Jum Nilai ini akan memberikan nilai stok akhir pada tarikh tertentu. PENENTUAN KOS DALAM PENILAIAN STOK Stok biasanya akan dinilai pada tarikh perakaunan berakhir. Mengikut prinsip perakaunan, stok yang dinyatakan dalam Penyata Kewangan dinilaikan pada harga kos iaitu berasaskan prinsip kos sejarah. Namun begitu, sekiranya nilai stok pada harga pasaran adalah lebih rendah, maka ia perlu ditunjukkan pada harga pasaran. Ini bermakna stok perlu ditunjukkan dalam penyata kewangan samada pada harga kos atau harga pasaran, bergantung kepada nilai yang terendah. Secara amnya, kos stok meliputi harga belian dan semua kos yang terlibat sehingga ia boleh dijual. KOS STOK = HARGA BELIAN + Kos yang terlibat sehingga boleh dijual Harga Belian. Harga belian merupakan harga yang dibayar oleh sesebuah syarikat apabila urusniaga belian berlaku iaitu harga yang diinvoiskan. Harga ini biasanya setelah menolak diskaun.niaga sekiranya ada Kos-kos lain yang terlibat sehingga barang tersebut boleh dijual merangkumi beberapa kos seperti : i. Kos Pengangkutan ii. Kos insurans semasa dalam pengangkutan iii. Kos Penyimpanan iv. Kos-kos lain yang memberi kesan kepada nilai barang yang dibeli sebagai barang niaga 5

Contoh Pengiraan 2: Syarikat Santubung Sdn Bhd telah membeli barang niaga 10,000 unit yang bernilai RM10,000. Oleh kerana belian dibuat secara pukal, diskaun niaga telah diberikan sebanyak 5% atas harga barang tersebut. Namun begitu, syarikat terpaksa mengeluarkan belanja pengangkutan RM400 dan terpaksa mengeluarkan belanja duti import sebanyak RM500 dan belanja gudang kastam RM200. Syarikat meminta anda mengira berapakah kos stok tersebut dan kos seunit stok tersebut. Penyelesaian 2: Harga Barang RM10,000 - Diskaun niaga (500) -------------- Harga Belian RM 9,500 + Bel. Pengangkutan 400 Bel. Duti Import 500 Bel. Gudang Kastam 200 --------------- Kos stok RM10,600 ======== Kos seunit stok = RM10,600 /10,000unit = RM1.06 seunit Contoh di atas menunjukkan kos stok bagi satu urusniaga pembelian. Biasanya dalam satu tempoh perakaunan, akan terdapat beberapa pembelian dan harga belian stok juga mungkin berubah mengikut peredaran masa dan permintaan. Apabila harga belian berubah, kos stok juga akan berubah dan ini akan memberi kesan kepada nilai stok akhir. Oleh itu satu kaedah penilaian stok akhir yang diamalkan secara tekal adalah perlu untuk menilai stok akhir bagi sesebuah syarikat supaya nilai stok akhir ditunjukkan memberi gambaran yang benar dan saksama dalam penyata kewangan. KAEDAH PENILAIAN STOK AKHIR Kaedah penilaian stok yang berbeza boleh digunakan di dalam kedua-dua system. Terdapat beberapa kaedah dalam menilai stok akhir. Antaranya ialah : 1. Kaedah Masuk Dulu Keluar Dulu (MDKD) 2. Kaedah Masuk Kemudian Keluar Dulu (MKKD) 3. Kaedah Kos Purata Wajaran 6

1. Kaedah Masuk Dulu Keluar Dulu (MDKD) Kaedah ini juga dikenali dengan nama Fisrt In First Out (FIFO). Andaian yang dibuat dalam kaedah ini ialah stok yang dibeli dahulu akan dijual dahulu. Ini bermakna stok yang berada di tangan pada akhir tempoh kewangan merupakan stok yang terakhir dibeli dalam tahun kewangan tersebut. Maka, stok akhir perlu dinilai berasaskan kos belian terakhir. Syarikat Apple Computers, Barnes & Noble dan Wendy s menggunakan kaedah ini. Kaedah ini sesuai digunakan untuk barang jualan yang mempunyai tarikh luput seperti makanan, barangan tidak mudah rosak tetapi mempunyai keluaran tertentu seperti majalah yang dikeluarkan setiap bulan, buku dan alat permainan. Banyak syarikat yang menggunakan kaedah ini kerana mudah untuk diselia dan memberi keuntungan yang tinggi. Kaedah ini boleh digunakan dalam kedua-dua Sistem Merekod Stok iaitu Sistem Berkala dan Sistem Berterusan. 2. Kaedah Masuk Kemudian Keluar Dahulu (MKKD) Kaedah ini dikenali juga dengan panggilan LIFO iaitu Last In First Out. Andaian yang dibuat mengikut kaedah ini ialah stok yang dibeli kemudian akan dijual dahulu. Ini bermakna stok yang berada ditangan pada akhir tempoh kewangan adalah stok yang mula diperolehi. Syarikat yang menggunakan kaedah ini adalah Caterpillar, Pepsico, dan McKesson Corporation. Kaedah ini juga boleh digunakan dalam kedua-dua sistem penyimpanan rekod stok iaitu Sistem Berkala dan Sistem Berterusan. 3. Kaedah Kos Purata Wajaran (Weighted Average) Andaian dalam kaedah ini ialah kos stok yang dijual pada satu-satu masa merupakan kos campuran bagi semua belian barang niaga. Kaedah ini juga boleh digunakan dalam keduadua sistem penyimpanan rekod stok iaitu sistem Berkala & Sistem Berterusan Formula Bagi Sistem Berkala i. Kaedah Masuk Dulu Keluar Dulu(MDKD) a. Mencari Jumlah Stok Akhir (unit) Jumlah Stok Akhir (unit) = Baki awal (Unit) + Belian (Unit) Jualan (Unit) b. Mencari Nilai Stok Akhir (RM) Nilai Stok Akhir (RM) = Unit stok akhir x Kos belian yang terakhir 7

ii. Kaedah Masuk Kemudian Keluar Dulu(MKKD) a. Mencari Jumlah Stok Akhir (unit) Jumlah Stok Akhir (unit) = Baki awal (Unit) + Belian (Unit) Jualan (Unit) b. Mencari Nilai Stok Akhir (RM) Nilai Stok Akhir (RM) = Unit stok akhir x Kos belian yang terawal iii. Kaedah Kos Purata Wajaran Dalam Sistem Berkala, kos seunit stok akhir adalah kos purata wajaran bagi semua belian dalam tempoh kewangan termasuk baki awal dalam tempoh tersebut. a. Mencari Kos Purata Wajaran(RM) Kos Purata Wajaran(RM) = Nilai Baki awal (RM) + Belian (RM) Jumlah unit barang : b. Mencari Nilai Stok Akhir (RM) Nilai Stok Akhir (RM) = jumah stok akhir (unit) x Kos Purata Wajaran 8

KESAN PENGGUNAAN KAEDAH PENILAIAN STOK KE ATAS UNTUNG RUGI Anda telah maklum bahawa terdapat beberapa kaedah penilaian stok seperti yang dibincangkan. Dengan menggunakan kaedah yang berbeza, ia akan memberikan nilai stok yang berbeza. Perbezaan ke atas nilai stok ini sudah tentu akan memberi kesan kepada untung rugi perniagaan. Berdasarkan pengiraan, dapat diperhatikan bahawa dengan menggunakan Kaedah MDKD akan memberikan nilai stok akhir yang tinggi dan ini akan turut memberi kesan kepada untung di mana untung juga menunjukkan pertambahan, berbanding dengan kaedah MKKD dan Kaedah Kos Purata Wajaran. Kesimpulan ini dibuat berdasarkan Sistem Berkala. Bagi kedua-dua sistem, keputusan dari pengiraan yang diperolehi menunjukkan Kaedah Masuk Dulu Keluar Dulu akan memberikan nilai stok yang lebih tinggi. Namun begitu terdapat perbezaan jika dibandingkan antara Kaedah MKKD dan Kos Purata Wajaran. Bagi sistem berterusan, Kaedah Kos Purata Wajaran memberikan nilai stok akhir yang lebih tinggi berbanding dengan kaedah MKKD tetapi bila menggunakan sistem berkala, kaedah MKKD memberikan nilai stok yang lebih tinggi berbanding Kaedah Kos Purata Wajaran. Perbezaan ketiga-tiga kaedah menggunakan system berterusan dapat dilihat seperti rajah 1 di bawah. Belian Kos Barang Dijual Inventori Akhir Untung Kasar RM 150 setiap satu HARGA JUALAN SETIAP SATU RM200 RM160 RM170 FIFO RM150 + RM 150 + RM160 = RM460 LIFO RM170 + RM 160 + RM150 = RM480 RM170 RM150 RM600 RM460 = RM140 RM600 RM480 = RM120 KOS WAJARAN PURATA RM157.70x 30 = RM472.50 RM157.70 RM600 RM472.50 = RM127.50 Rajah 1 9

KESIMPULAN Penggunaan sistem yang berbeza dan kaedah yang berbeza akan memberi nilai stok akhir yang berbeza, ia akan memberi kesan kepada kos jualan (KBDJ) yang berbeza dan sekaligus memberi untung kasar yang berbeza samaada untung kasar semakin besar atau kecil. RUJUKAN Prinsip Perakaunan, Tee Kok Bin, Hooi Lai Wan, Lena Lim Lai Leng Penerbitan Pelangi Sendirian Berhad. Modul Perakaunan Kewangan 1 Politeknik, Roseliza Bt Shaari, Nurhanita Bt Mohd. Husain, Mohamad Adnan Bin Shaharudin Financial Accounting A Business Process Approach, Jane L.Reimers, Second Edition, 2008, Pearson Education, Inc.,Upper Saddle River, New Jersey, 07458 Pearson Prentice Hall. FRS 102 Inventories. 10