UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA Bachelor of Medicine & Surgery,Dental Surgery, Pharmacy, Nursing, Biomedical Sciences, Medical Biotechnology, Pharmaceutical Chemistry, Nutrition, Dietetics with Nutrition, Psychology, Chiropractic, Chinese Medicine (PELAJAR MALAYSIA SAHAJA) Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU 3123 (3 credits) Semester 1 / 2 2019/2020 Panduan Module
TAJUK: TITAS KOD: MPU 3123 ARAS: PRA-SISWAZAH PROGRAM: SEMUA SINOPSIS Kursus ini membincangkan tentang ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun Melayu, Cina dan India, Islam dalam Tamadun Melayu, isu-isu kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Islam Hadhari dan proses pembangunan negara. Objektif mata pelajaran ini ialah untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun, Isu-isu kontemporari dan implikasinya kepada proses pembangunan negara di samping melahirkan pelajar yang mempunyai sikap hormat menghormati, mengamalkan nilai-nilai murni dan mempunyai jati diri sebagai warganegara. OBJEKTIF/MATLAMAT: Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun, Isu-isu kontemporari dan implikasinya kepada proses pembangunan negara. HASIL PEMBELAJARAN: Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat: 1. Menyenaraikan konsep-konsep utama Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2. Menerangkan kepentingan dan peranan agama dan budaya masing-masing dalam kehidupan 3. Mengaplikasi kemahiran komunikasi secara berkesan dalam penulisan dan lisan di peringkat individu, kumpulan dan masyarakat JUMLAH MASA PEMBELAJARAN: JUMLAH JAM KONTAK: CARA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN: Kuliah 24 Kuliah 24 jam Tutorial 6 Tutorial 6 jam JUMLAH MASA KONTAK Elearning Pembentangan berkumpulan Pembelajaran bertulis Pembentangan kendiri 30 jam JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 6 jam 1 jam 60 ms 82 jam 120 jam
PENILAIAN Penilaian Berterusan Tugasan Tugasan adalah secara individu. Setiap pelajar dikehendaki menghantar hasil kajian tugasan tersebut secara online di elearn portal. Panjang tugasan anda adalah 500 patah perkataan berdasarkan tajuk yang tertentu dan pelajar juga dikehendaki melakukan pembentangan berdasarkan tajuk yang ditentukan, 20% Objektif: Memantapkan kemahiran menulis dan berfikir secara kritis dengan lebih berkesan dan berupaya menerangkan hasil penyelidikan dengan lebih terperinci dalam bentuk penulisan. Ujian Setiap pelajar dikehendaki menjawab 40 soalan MCQ secara individu secara online. Objektif: Menguji kemampuan dan kefahaman pelajar berdasarkan isi kandungan pembelajaran. Projek Berkumpulan. Pelajar-pelajar dikehendaki membuat satu kajian berdasarkan satu topik yang berkaitan tamadun yang terkandung dalm modul. Hasil kajian tersebut akan di bentangkan dalam satu pameran di akhir modul secara berkumpulan. 20% 30% Penilaian Akhir Peperiksaan Objektif (MCQ) Pelajar-pelajar dikehendaki menjawab 30 soalan MCQ secara individual. Masa peperiksaan adalah 45 minit. 30% KETUA MODULE: PENSYARAH: Muhamad Atlizan Siti Dahliah SILIBUS: 1. Pengenalan Ilmu Ketamadunan (Kuliah 3 jam) i. Format Penilaian ii. Memberi tajuk tugasan kepada pelajar iii. Pengenalan Ilmu Ketamadunan iv. Ciri-ciri Sebuah Tamadun v. hubungan Tamadun dengan Agama, Budaya dan bangsa vi. Kelahiran dan Perkembangan Tamadun vii. Faktor-faktor kemunculan dan kejatuhannya viii. Interaksi Tamadun ix. Kesan Positif dan Negatif Pertembungan Antara Tamadun x. Persamaan dan Perbezaan Antara Tamadun
2. Tamadun Islam I (Kuliah 3 jam) i. Konsep Tamadun Islam ii. Prinsip Tamadun Islam iii. Manifestasi dan sifat-sifat Tamadun Islam iv. Sumber Tamadun Islam 3. Tamadun Islam II (Kuliah 1.5 jam dan i. Kelahiran dan Perkembagan Tamadun Islam ii. Sumbangan Tamadun Islam kepada Peradaban iii. Dunia iv. Isu-isu Cabaran Semasa Tamadun Islam v. Persepsi Jihad vi. Penghayatan Nilai-nilai Islam di Malaysia 4. Tamadun Melayu: Teras Tamadun Islam (Kuliah 1.5 jam dan i. Bukti kewujudan manusia di Alam Melayu Zaman Paleolitik ii. Istilah Melayu, Alam Melayu dan Tamadun Melayu iii. Islam dalam Tamadun Melayu iv. Peranan Tamadun Melayu dalam Pembinaan Tamadun Malaysia 5. Tamadun India (Kuliah 1.5 jam dan i. Kedudukan Geografi ii. Pengenalan Orang Indo-Arya iii. Ciri-ciri Peradaban India dan Jangka Hayat iv. Faktor Kelahiran Tamadun India v. Kedatangan Islam ke India 6. Perkembangan Islam di India dan Pengaruhnya di Malaysia (Kuliah 1.5 jam dan i. Cabaran Kontemporari di India ii. Pergerakan Nasionalis iii. Tamadun India di Asia Tenggara iv. Cabaran Globalisasi dan Signifikannya di Malaysia 7. Tamadun China (Kuliah 1.5 jam dan i. Asal usul tamadun China ii. Latarbelakang Perkembangannya iii. Sistem Organisasi dan Institusi Sosial iv. Agama dan Kepercayaan Masyarakat China v. Kosmologi dalam Masyarakat China vi. Sistem Nilai dan Etika Masyarakat China vii. Budaya dan Kesenian Masyarakat China 8. Pengaruh Tamadun Islam di China (Kuliah 1.5 jam dan i. Politik ii. Sosial iii. Cabaran Kontemporari dan Globalisasi di China
9. Isu-isu Semasa dan Masa Depan Dialog Peradaban Abad ke-21 (Kuliah 1.5 jam dan i. Hak Asasi Manusia ii. Dialog Peradaban di Malaysia iii. Isu-isu Semasa Dialog Peradaban iv. Kesan Perkembangan Kontemporari kepada Masyarakat dan Negara Malaysia 10. Isu-isu Semasa dan Masa Depan Dialog Peradaban Abad ke-21 (Kuliah 1.5 jam dan v. Hak Asasi Manusia vi. Dialog Peradaban di Malaysia vii. Isu-isu Semasa Dialog Peradaban viii. Kesan Perkembangan Kontemporari kepada Masyarakat dan Negara Malaysia KEHADIRAN SECARA ONLINE Sesi mengajar dan membelajar module ini berjumlah 10 sesi. Pelajar yang tidak menghantar tugasan atau kuiz lebih dari dua sesi tanpa sebab yang sah dan disertakan dokumentasi yang sah contohnya surat dari doktor kemungkinan akan gagal module ini. Kehadiran akan dikira melalui kuiz dan tugasan tutorial di setiap bab. RUJUKAN UTAMA 1. Kementerian Pengajian Tinggi. 2009. Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 2. Ahmad Zaki Abdul Latif, Azam Hamzah dan Azhar Mad Aros. 2012. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah Alam: Oxford Fajar 3. Mardiana dan Hasnah Hussin. 2011. Pengajian Malaysia. Shah Alam : Oxford Fajar 4. Nazaruddin Haji Mohd Jail, Ma rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah dan Ismail Hj Mohd Rashid. 2004. Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan. Edisi Kedua. Petaling Jaya. Prentice Hall. RUJUKAN TAMBAHAN 1. Al-Buti, Muhammad Said Ramadhan. 2004. Islam Hadhari dalam Pembangunan Insan (Asas kepada Pelaksanaan Islam Hadhari di Malaysia) Terj. Muhammad Ramzi bin Omar. Putrajaya: Yayasan Islam Hadhari. 2. Syed Muhammad Naquib al-attas. 1971. Islam dan Sejarah Kebudayaan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Universiti Malaya. 2001 Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 3. Zulkifli Mohamad, Nasaruddin Yunos & Mohamad Sabri Haron. 2006. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Bangi: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia. INTAN.1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara. 4. Mohamed Suffian Hashim. 1994. Mengenal Perlembagaan Malaysia. Edisi Kedua. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Zainal Abidin Wahid. 1979. Sejarah Malaysia Sepintas Lalu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman. 2010. Edisi Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar