ANALISIS BIBLIOMETRIK TERHADAP BAHAN PENERBITAN BERHUBUNG KAEDAH BERINTERAKSI DENGAN HADITH NABAWI

Similar documents
(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

SKOP EKONOMI DALAM KONTRAK TABARRU AT : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA AL-UM DAN MINHAJ AL-TALIBIN (AL-SYARBINI)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

ASSOCIATE EDITORS. Department of Al-Quran & Al-Hadith Academy of Islamic Studies University of Malaya Kuala Lumpur Malaysia

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PENDAHULUAN SUMBANGAN DANIEL DJUNED ( ) DALAM PENGAJARAN DAN PEMIKIRAN HADITH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PENGAJIAN AL-SUNNAH AL-NABAWIYYAH METODE DAN ALIRAN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ. Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

KEDUDUKAN HADITH DALAM BUKU DOA-DOA MUSTAJAB HARIAN YANG DI PETIK DARIPADA HADITH DAN AL-QURAN: KAJIAN TAHRIJ HADITH

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015)

UNIVERSITY OF NORTH SUMATERA FACULTY OF CULTURE STUDIES DIPLOMA III ENGLISH STUDY PROGRAM MEDAN JUNE 2011

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Tema-tema Pemikiran Muhammad Iqbal dalam Penyelidikan Ilmiah Tinggi di Malaysia. Themes of Muhammad Iqbal s Thoughts in Malaysia s Scientific Research

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

Syllabus. 1.Course Agreement 2.Explanation about syllabus

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

BAB 1 PENDAHULUAN. Bab ini menjelaskan mengenai pentingnya menyusun draf pengkajian untuk

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

BAB 1 PENGENALAN. Birokrasi warisan penjajah merupakan masalah yang seringkali disebut-sebut oleh para

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

WOMAN S PASSIONS IN ELIZABETH BARRETT BROWNING S POEMS ENTITLED THE LADY S YES AND HOW DO I LOVE THEE?

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

BAB PERTAMA PENDAHULUAN

BUTIRAN PERIBADI

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

CURRICULUM VITAE. Akmar Hayati Ahmad Ghazali. Name of School / Institution obtained

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

POLA PENDEDAHAN INTERNET DAN IMPAKNYA TERHADAP KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UKM DAN USIM

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

PENGHARGAAN., para sahabat dan tabi`in. Bersyukur kepada Ilahi kerana dengan

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

BUTIRAN PERIBADI

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

BEHAVIOR CONTROL REFLECTED IN OKKY MADASARI S THE YEARS OF THE VOICELESS NOVEL (2013): AN INDIVIDUAL PSYCHOLOGICAL APPROACH

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) YEAR 2009

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

The Malay Narrative Story Writing in the 1920S

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

Transcription:

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2017 (INSAN2017) Ayer Keroh, Malacca, Malaysia, 1 2 November 2017 ANALISIS BIBLIOMETRIK TERHADAP BAHAN PENERBITAN BERHUBUNG KAEDAH BERINTERAKSI DENGAN HADITH NABAWI Nik Mohd Zaim Ab Rahim 1, (Mohd Hambali Rashid 2, Zaharah Mustaffa 3 ) Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur 1 nmzaim.kl@utm.my, 2 mhambali.kl@utm.my, 3 zaharah.kl@utm.my ABSTRACT Hadith Nabi SAW merupakan sumber kedua selepas al-quran. Ia menjadi sumber ilmu dan hukum dalam dunia keilmuan Islam. Untuk itu, para sarjana muslim di sepanjang zaman berusaha untuk memahami hadith Nabi SAW ini melalui pelbagai kaedah dan pendekatan. Kaedah berinteraksi dengan hadith nabawi telah dirintis kajiannya. Kajian ditumpukan kepada pengumpulan dan analisis kandungan berkenaan kaedah berinteraksi dengan hadith nabawi yang digariskan oleh beberapa sarjana seperti Dr Yusuf al-qaradawi dan Muhammad al-ghazzali. Merujuk dapatan awal sorotan literatur, pengkaji mendapati penyelidikan lepas mengenai kaedah berinteraksi dengan hadith nabawi didominasi oleh artikel jurnal. Berdasarkan metode analisis yang dilakukan terhadap kajian terdahulu, kebanyakannya berkisar mengenai prinsip atau kaedah berinteraksi dengan hadith oleh tokoh yang dikaji dan juga melihat secara perbandingan dengan beberapa tokoh lain. Namun, penyelidikan yang bersifat kajian lapangan terhadap aplikasi kaedah ini belum banyak dikaji. Oleh itu, artikel ini merupakan usaha awal kepada penyelidikan aplikasi kaedah berinteraksi dengan hadith nabawi yang merujuk kepada garis panduan yang dihasilkan oleh beberapa sarjana. Kata kunci: bibliometrik; bahan penerbitan, aplikasi; kaedah berinteraksi, hadith nabawi PENGENALAN Kajian bercorak penerbitan boleh digunakan sebagai petunjuk hasil penyelidikan, arah aliran dan penekanan yang diberikan kepada penyelidikan dalam pelbagai disiplin ilmu. Ia dapat menentukan keutamaan penyelidikan dalam hal berkaitan penerbitan. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis perkembangan artikel mengikut bidang atau disiplin penyelidikan dalam bentuk lebih khusus. Artikel yang diterbitkan dalam mana-mana wacana lazimnya hasil penyelidikan atau kajian terkini yang dapat dikembangkan, diedar untuk dikongsi bersama dan dijadikan sebagai rujukan saintifik yang dipercayai. Ini 1

Scope: Nationalism, Community Development and Ethnic Relations disebabkan proses penerbitan bahan ilmiah perlu melalui proses penyaringan dan pengulasan oleh pakar dalam bidang berkenaan untuk memastikan bahan yang diterbitkan, bukan sahaja mematuhi ciri-ciri untuk penerbitan jurnal atau bahan ilmiah, tetapi juga untuk memastikan penyelidikan yang dijalankan mengikut tatacara sepatutnya (Mohd Farhan Md Ariffin, 2015; Khadher Ahmad et. al., 2016). SKOP DAN METODOLOGI Kajian menggunakan pendekatan analisis bibliometrik untuk mengkaji hasil penulisan lepas berhubung kaedah berinteraksi dengan hadith nabawi. Analisis bibliometrik merupakan satu kaedah untuk mengkaji dan mengukur teks atau maklumat dalam bahan penerbitan. Analisis bibliometrik bukan sahaja sering digunakan dalam bidang sains perpustakaan dan sains maklumat tetapi juga digunakan secara meluas dalam bidang lain dalam bentuk analisis kandungan dan kutipan (citation) (Mohd Farhan Md Ariffin, 2015). Kaedah carian adalah penting bagi memastikan setiap data berhubung penyelidikan yang ingin di review dapat dijumpai secara berkesan. Daripada kata kunci carian, pengkaji menemui penyelidikan yang berkaitan dengan hadith nabawi memfokuskan semua bahan ilmiah lepas berhubung kaedah berinteraksi dengan hadith nabawi. Ia termasuk tesis PhD, disertasi sarjana, buku, artikel jurnal, majalah, surat khabar dan sebagainya. Bagi mendapat hasil terbaik, pengkaji menggunakan kaedah carian berikut; Kata kunci carian: Kaedah berinteraksi dengan hadith nabawi Metode memahami hadith Pendekatan memahami hadith DAPATAN KAJIAN Kaedah Berinteraksi Dengan Hadith Nabawi SAW Bahan utama yang dijadikan rujukan dalam tema ini ialah karya Dr Yusuf al- Qaradawi yang berjudul Kayfa Nata al Ma a al-sunnah al-nabawiyyah dan karya Shaykh Muhammad al-ghazali berjudul al-sunnah al-nabawiyyah Bayna Ahl al-fiqh wa Ahl al-hadith. Karya Dr Yusuf al-qaradawi sebenarnya merupakan respons terhadap tulisan Muhammad al-ghazali yang menimbulkan banyak kekeliruan dalam kalangan pembaca iaitu masyarakat awam. Justeru pihak Institut Pemikiran Islam Antarbangsa (IIIT) yang berpusat di Virginia, Amerika Syarikat meminta beliau menyediakan sebuah buku mengenai kaedah memahami al-sunnah dan sebuah buku lagi mengenai al-sunnah sebagai sumber ilmu pengetahuan. (al-qaradawi, 1994) 2

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2017 (INSAN2017) Ayer Keroh, Malacca, Malaysia, 1 2 November 2017 Senarai Bahan Penerbitan Berkaitan Kaedah Berinteraksi Dengan Hadith Nabawi SAW Berikut dikemukakan senarai penulisan mengenai tema kaedah berinteraksi dengan hadith Nabawi di atas. Yusuf al-qaradawi. (1410H/ 1990). Kayfa Nata al ma a al-sunnah al- Nabawiyyah Ma alim wa Dawabit. Mansurah: Dar al-wafa. Muhammad al-ghazali. (1996). al-sunnah al-nabawiyyah Bayna Ahl al-fiqh wa Ahl al-hadith. Kaherah: Dar al-shuruq. Daripada dua karya inilah terutama karya Dr Yusuf al-qaradawi, bercambah pelbagai penulisan berkenaan cara memahami hadith Nabi SAW sama ada kaedah, metode atau pendekatan untuk berinteraksi, dah memahami hadith Nabi SAW. Justeru, berikut dikemukakan dapatan pencarian bahan-bahan tersebut. Tesis Ph. D. Suryadi. (2004). Metode Pemahaman Hadis Nabi (Telaah Atas Pemikiran Muhammad al-ghazali dan Yusuf al-qaradhawi). Disertasi Doktor Falsafah Ilmu Agama Islam, UIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta. Disertasi Sarjana Alfi Nuril Hidayah (2015). Metode Pemahaman Hadis Muhammadiyah Dan Nahdlatul Ulama (NU), Fakultas Ushuluddin Adab dan Da wah Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Tulungagung. Buku 1. A. Najiyullah. (1994). Kajian Kritik Hadits Pemahaman Hadits. Jakarta: Islamia Press 2. Faisal Ahmad Shah. (2016). Kaedah Tepat Memahami Hadis. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 3. Suryadi. (2008). Metode Kontemporer Memahami Hadis Nabi: Perspektif Muhammad Ghazali dan Yusuf al-qaradhawi. Yogyakarta: Teras. 4. Hafiz Firdaus Abdullah. (2002). Kaedah Mengenal Hadis-hadis Yang Saling Bercanggah. Johor Bahru: Jahabersa Sdn. Bhd. 5. Hafiz Firdaus Abdullah. (2003). Kaedah Memahami Hadis-hadis Musykil. Johor Bahru: Jahabersa Sdn. Bhd. 6. Kamaruddin Amin. (2009). Menguji Kembali Keakuratan Metode Kritik Hadis. Jakarta Selatan: Penerbit Hikmah (PT Mizan Publika). 3

Scope: Nationalism, Community Development and Ethnic Relations 7. M. Alfatih Suryadilaga. (2009). Aplikasi Penelitian Hadis Dari Teks ke Konteks. Yogyakarta: Teras. 8. M. Quraisy Syihab. (1989). Pengantar Studi Kritis Atas Hadits Nabi SAW Antara Pemahaman Tekstual dan Kontekstual. Jakarta: Mizan. 9. M. Syuhudi Ismail. (1992). Metodologi Penelitian Hadis Nabi. Jakarta: Bulan Bintang. 10. Nizar Ali (2001). Memahami Hadis Nabi (Metode dan Pendekatan). Yogyakarta: CESaD YPI Al-Rahmah. 11. Syed Abdul Majid Ghouri. (2015). Asas-asas Berinteraksi dengan al- Sunnah al-nabawiyyah. Terj. Zulhilmi Mohamed Nor. Bandar Seri Putra: Penerbit KUIS. Bab Dalam Buku 1. Faisal Ahmad Shah & Jawiah Dakir. (2015). Pendekatan Tekstual Dalam Memahami Hadith Nabi SAW: Satu Analisis. Dlm. Khadher Ahmad, Faisal Ahmad Shah & Monika @ Munirah Abd Razzak. Salah Faham Terhadap Sunnah: Isu dan Penyelesaian. Kuala Lumpur: Jabatan al-quran dan al-hadith, APIUM, 499-516. 2. Faisal Ahmad Shah. (2015). Methods in Interacting with Hadith Fitan: A Study on Misunderstanding Towards It. Dlm. Khader Ahmad, Monika @ Munirah Abdul Razzak, Faisal Ahmad Shah. Misunderstanding Towards Sunnah: An Issues & Solutions. Kuala Lumpur: Department of al-quran and al-hadith, 117-136. 3. Fauzi Deraman. (2006). Kaedah-kaedah Berinteraksi dengan hadishadis Nabi SAW. Dlm. Haziyah Hussin et. al. (pnyt.). Kelangsungan Pengajian Hadis Cabaran dan Masa Depan. t.tp.: Jabatan Al-Quran & Al-Sunnah, KUIS, 223-238. 4. Suryadi. (2002). Pemahaman Hadis Kontemporer Muhammad al- Ghozali. Dlm. H.M. Amin Abdullah dkk. Tafsir Baru Studi Islam Dalam Era Multi Kultural. Yogjakarta: IAIN Sunan Kalijaga & Kurnia Kalam Semesta, 101-121. 5. Suryani Masnan, Ahmad Yussuf & Bahiyah Ahmad. (2011). Al- Qaradawī dan Sumbangannya Terhadap Pembangunan Al-Sunnah: Sorotan Dari Sudut Zakat. Dlm. Fauzi Deraman, Ishak Suliaman dan Faisal Ahmad Shah. Sunnah Nabi: Realiti dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: Jabatan al-quran dan al-hadith, APIUM, 471-481. Artikel Jurnal 1. Abd. Wahid. (2013). Metode Penelitian dan Pemahaman Hadis Musykil. Jurnal Substantia, 15(2), 190-205. 2. Agusni Yahya. (2014). Pendekatan Hermeneutik Dalam Pemahaman Hadis (Kajian Kitab Fath al-bari Karya Ibn Hajar Al- Asqalani). Jurnal Ar-Raniry, 1(2), 365-386. 3. Ahmad Atabik. (2015). Pemikiran Al-Qardhawi Tentang Metode Memahami Hadis Dengan Membedakan Antara Sarana Yang Berubah dan Tujuan Yang Tetap Dalam Hadis. Jurnal Riwayah, 1(1), 61-80. 4

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2017 (INSAN2017) Ayer Keroh, Malacca, Malaysia, 1 2 November 2017 4. Ahmad Farhan. (2012). Studi Komparatif Metode Pemahaman Hadis Muhammad Al-Ghazali dan Yusuf Al-Qardhawi. Jurnal Madania, 16(2), 75-93. 5. Ahmad Yunus Mohd Noor & Muhammad Arif Yahya. (2015). Peranan Asbab Wurūd Al-Hadith Dalam Berinteraksi Dengan Hadith. Jurnal Hadis, 5(10), 7-28. 6. Dzikri Nirwana. (2014). Diskursus Studi Hadis Dalam Wacana Islam Kontemporer. Jurnal Al-Banjari, 13(2), 178-203. 7. Faisal Ahmad Shah. (2011). Pendekatan Kontekstual Dalam Memahami Hadis-hadis Rasulullah SAW. Jurnal Islam & Masyarakat Kontemporari, 4, 101-120. 8. Faisal Ahmad Shah. (2013). Perkembangan Metode Pemahaman Hadis Di Malaysia. Jurnal Analytica Islamica, 2(2), 193-216. 9. Farah Nuril Izza. (2014). Hermeneutika: Arah Baru Interpretasi Hadis (Studi Analisis Pemikiran Yusuf al-qardhawi dalam Fatwa-fatwanya). Jurnal Komunika, 8(2), 192-220. 10. Jamalia Aurani et. al. (2011). Kaedah Berinteraksi dengan al-sunnah Bertentangan Dengan Realiti Semasa Berdasarkan Prinsip Dr. Yusuf Al-Qaradawi. Jurnal Intelek, 6(2), 177-186. 11. Jawiah Dakir & Faisal Ahmad Shah. (2012). A Contextual Approach in Understanding the Prophet s Hadith: An Analysis. Journal of Applied Sciences Research, 8(7), 3176-3184. 12. Johar Arifin. (2011). Hadis-hadis Nabi Dalam Berinteraksi Dengan Non Muslim Muharibun. Jurnal Ushuluddin. 17(1), 54-65. 13. Johar Arifin. (2014). Pendekatan Ulama Hadis dan Ulama Fiqh Dalam Menelaah Kontroversi Hadis. Jurnal Ushuluddin, 22(2), 145-154. 14. Liliek Channa Aw. (2011). Memahami Makna Hadis Secara Tekstual dan Kontekstual. Jurnal Ulumuna, 15(2), 391-414. 15. Lukmanul Hakim. (2011). Metode Penelitian Hadits Musykil. Jurnal Substantia, 13(2), 127-142. 16. Masiyan Makmum Syam. (2012). Pemahaman Tekstual dan Kontekstual Pakar Hadis dan Pakar Fikih Seputar Sunnah Nabi: Studi kritis Atas Pemikiran Syaikh Muhammad al-ghazali. Jurnal Tajdid, 11(2), 276-302. 17. Masiyan Makmum Syam. (2014). Pemahaman Tekstual dan Kontekstual Terhadap Sunnah Nabi (Telaah Kritis Atas Pemikiran Syaikh Muhammad al-gazali). Jurnal Al Hikmah, 15(1), 1-21. 18. Misbahuddin. (2014). Sunnah Dalam Pemahaman Tekstual dan Kontekstual Pakar Hadis dan Pakar Fiqih (Studi Kritis atas Pemikiran Muhammad al-gazaly). Jurnal Farabi, 11(1), 36-51. 19. Mohamad Anas. (2013). Metode Memahami Hadis-hadis Kontradiktif. Jurnal Keilmuan Tafsir Hadis, 3(1), 123-139. 20. Mohammad Fattah, Latifah Abdul Majid & Ahamad Asmadi Sakat. (2013). Memahami Sunnah Rasulullah SAW Menerusi Gabungan Metodologi Takhrij Hadis dan Mukhtalif Hadis. Jurnal Hadhari, 5(1), 187-198. 21. Mohd Yusuf Ismail & Abdul Kareem Toure. (2016). Peranan Sains Moden Dalam Interaksi Teks Hadis: Penelitian Terhadap Hadis 5

Scope: Nationalism, Community Development and Ethnic Relations Berkaitan Penciptaan Janin Manusia. Journal of Hadith Studies, 1(1), 12-19. 22. Muhammad Nurudin. (2015). Aktualisasi Pemahaman Hadis Hukum Dalam Kehidupan Global. Jurnal Riwayah, 1(1), 39-60. 23. N. Kholis Hauqola. (2013). Hermeneutika Hadis: Upaya Memecah Kebekuan Teks. Jurnal Teologia, 24(1), 1-20. 24. Nasrulloh. (2016). Rekonstruksi Definisi Sunnah Sebagai Pijakan Kontekstualitas Pemahaman Hadits, 2016. Jurnal Ulul Albab. 15(1), 15-28. 25. Ramli Abdul Wahid. (2014). Perkembangan Metode Pemahaman Hadis Di Indonesia. Jurnal Analytica Islamica, 3(2), 208-220. 26. Salamah Noorhidayati. (2017). Paradigm Antroposentris Dalam Memahami Hadis-hadis Muamalah. Jurnal Theologia, 28(1), 103-122. 27. Sri Purwaningsih. (2017). Kritik Terhadap Rekonstruksi Metode Pemahaman Hadis Muhammad Al-Ghazali, Jurnal Theologia, 28(1), 75-102. 28. Surahmat. (2015). Metode Pemahaman Hadis Nabi Syaikh Yusuf Al- Qaradhawi. Jurnal Inovatif, 1(2), 42-60. 29. Suryadi. (2001). Hadis-hadis Mukhtalif Dalam Perspektif Yusuf al- Qardhawi: Telaah Kitab Kaifa Nata al ma a al-sunnah al- Nabawiyyah. Jurnal Al-Quran dan Hadis, 2(1), 81-92. 30. Suryadi. (2002). Pendekatan Tematik dalam Memahami Hadis. Jurnal Esensia, 3(1), 49-58. 31. Suryadi. (2016). Pentingnya Memahami Hadis Dengan Mempertimbangkan Setting Historis Perspektif Yūsuf Al-Qaraḍawī. Jurnal Living Hadis, 1(1), 29-50. 32. Syamsul Anwar. (2013). Metode Usul Fikih Untuk Kontekstualisasi Pemahaman Hadis-Hadis Rukyat. Jurnal Tarjih, 11(1), 113-130. 33. Zailani. (2016). Metode Intertekstual Dalam Memahami Hadis Nabi. Jurnal Al-Fikra, 15(2), 298-313. Kertas Kerja Seminar / Prosiding Seminar Mohd Norzi Nasir, Rosni Wazir, Abur Hamdi Usman, Suriani Sudi, Zanariah Ismail, Sakinah Salleh, Azman Abdul Rahman. (2016). Kepentingan Memahami Metode Ilmiah Ulama Dalam Kajian Hadis. E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu tamar on Hadith 2016. 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia. Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD), 1-12. RUMUSAN DAPATAN KAJIAN Jadual 1: Bahan Penerbitan Mengenai Kaedah Berinteraksi Dengan Hadith Nabawi Jenis Bahan Bilangan Peratus Tesis PhD 1 1.9% Tesis Sarjana 1 1.9% 6

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2017 (INSAN2017) Ayer Keroh, Malacca, Malaysia, 1 2 November 2017 Buku 11 21.2% Bab Dalam Buku 5 9.6% Artikel Jurnal 33 63.5% Kertas Seminar / Prosiding 1 1.9% Total 52 100% Sumber: Kajian Geran Penyelidikan 2017 Merujuk kepada Jadual 1 di atas, artikel jurnal adalah dapatan kajian banyak ditemui iaitu 33 artikel yang termuat dalam pelbagai jurnal yang diterbitkan di Malaysia dan Indonesia, disusuli oleh penulisan buku dengan 11 buah atau 21.2 % dan Bab Dalam Buku iaitu 5 tajuk atau 9.6%. Penelitian yang dilakukan sebenarnya banyak lagi artikel yang ditulis mengenai usaha untuk memahami hadith ini sama ada menggunakan tajuk atau tema pendekatan, pemahaman, metode dan sebagainya. Namun ia tidak menyentuh secara langsung tema yang dikaji iaitu mengenai kaedah berinteraksi dengan hadith Nabi SAW. Justeru, pengkaji tidak memuatkannya dalam artikel yang ringkas ini. Analisis Kandungan Bahan Sedia Ada Bagi mengetahui skop penyelidikan mengenai kaedah berinteraksi dengan hadith, adalah penting untuk meneliti aspek teoritikal dan analitikal kajian bahan sedia ada secara komprehensif. Untuk itu, perincian mengenai kaedah berinteraksi dengan hadith nabawi ini telah dirangkumkan pengkaji dalam perbincangan berikut: Bahan Untuk Memahami Hadith / Sunnah Dengan Tepat dan Betul Para ulama teleh menyusun pelbagai penulisan yang bertujuan untuk memahami hadith Nabi SAW dengan tepat dan betul. Antaranya sebagaimana berikut: i. Ilm Gharib al-hadith iaitu ilmu yang menghuraikan lafaz-lafaz yang sukar difahami dalam teks hadith. Antara karya yang terkenal seperti al-nihayah fi Gharib al-hadith wa al-athar oleh Ibn Athir al-jazari (w. 606H.) ii. Ilm Mukhtalif al-hadith wa Mushkilihi iaitu ilmu yang membincangkan hadith-hadith yang kelihatan bertentangan antara satu sama lain. Ilmu ini menerangkan atau mengharmonikan antara keduanya. Ia juga membincangkan hadith-hadith yang sukar difahami atau dijelaskan. Antara penulisan terbaik dalam subbidang ini ialah Ta wil Mukhtalaf al-hadith oleh Ibn Qutaybah al-daynuri (w. 276H.) dan Mushkil al-athar oleh Abu Ja far al-tahawi (w. 321H.) iii. Ilm Nasikh al-hadith wa Mansukhuhu. Ilmu ini menerangkan maksud hadith-hadith pemansuh dan yang dimansuhkan supaya kita dapat beramal dengan hadith yang memansuhkan dan meninggalkan hadith 7

Scope: Nationalism, Community Development and Ethnic Relations iv. yang dimansuhkan. Antara kitab yang dihasilkan dalam subbidang ini ialah al-i tibar fi al-nasikh wa al-mansukh oleh Muhammad bin Musa al-hazimi (w. 584H.). Ilm Sabab Wurud al-hadith iaitu ilmu yang membincangkan sebab kemunculan hadith dan isi kandungannya pada hari ia dilafazkan. Ilmu ini amat penting untuk memahami hadith. Antara kitab yang dihasilkan ialah al-bayan wa al-ta rif fi Asbab Wurud al-hadith al-sharif oleh Ibn Hamzah al-dimshiqi (w. 1120H.). v. Ilm Usul al-hadith. Ilmu ini membincangkan asas dan kaedah yang diperlukan untuk mengetahui sama ada hadith itu sahih, hasan, da if dan juga jenis-jenisnya. Ia juga diperlukan untuk mengetahui pengertian riwayat, syarat-syarat dan bahagian-bahagiannya, keadaan perawi dan syarat-syarat mereka, al-jarh wa al-ta dil, biografi perawi dan sebagainya. Antara penulisan terkenal ialah Ulum al-hadith oleh al-hafiz Ibn Salah (w. 643H.) vi. Ilm Maqasid al-shari ah iaitu ilmu yang terhasil daripada penetian terperinci nas-nas secara juz i, yang membawa kepada al-maqasid al- Ammah (tujuan-tujuan syariat yang umum) dan objektif terbesar pensyariatan (Syed Abdul Majid, 2015). Jelasnya, ini adalah sebahagian daripada usaha para ulama di sepanjang zaman untuk menjaga, memelihara dan memberikan kefahaman yang betul terhadap hadith Nabi SAW. Bahan Mengenai Kaedah Berinteraksi Dengan Hadith Penelitian khusus terhadap tema kajian iaitu mengenai kaedah berinteraksi dengan hadith ini, mendapati selain karya utama oleh Dr Yusuf al-qaradawi, terdapat juga karya yang terkemudian seperti Asas-asas Berinteraksi dengan al-sunnah al-nabawiyyah oleh Syed Abdul Majid Ghouri dan Kaedah Tepat Memahami Hadis oleh Dr Faisal Ahmad Shah. Dr Yusuf al-qaradawi mengemukakan lapan kaedah untuk berinteraksi dengan hadith Nabi SAW. Manakala Syed Abdul Majid Ghouri (2015) dalam bukunya menggariskan sembilan prinsip asas memahami al-sunnah al- Nabawiyyah. Dr Faisal Ahmad Shah pula mengemukakan 20 kaedah tepat dan berkesan dalam memahami hadith Nabi SAW. Selain itu, Syed Abdul Majid Ghouri (2015) juga turut mengemukakan kaedah berinteraksi dengan al-sunnah al-nabawiyyah dalam dua bidang yang amat penting iaitu bidang fiqh dan bidang dakwah. Beliau juga turut mengutarakan kaedah berinteraksi dengan hadith-hadith da if dalam fada il amal dan tarhib wa targhib (galakan dan ancaman). Terdahulu daripada itu, Hafiz Firdaus Abdullah juga ada membincangkan kaedah memahami dan berinteraksi dengan hadith Nabi ini menerusi dua bukunya iaitu Kaedah Mengenal Hadis-hadis Yang Saling Bercanggah (2002) dan Kaedah Memahami Hadis-hadis Musykil (2003) yang secara khusus ditulis bagi menangani salah faham yang wujud dalam kalangan umat Islam dalam bidang hadis. 8

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2017 (INSAN2017) Ayer Keroh, Malacca, Malaysia, 1 2 November 2017 Terdapat juga penulisan yang berkaitan dengan pemahaman hadith dan sebagainya namun perbincangan di dalamnya tidak menjurus kepada tema yang dikaji. Oleh itu, pengkaji tidak mengemukakan bahan-bahan tersebut di sini. KAEDAH / METODE BERINTERAKSI DENGAN HADIS Bahan Secara Umum Penelitian terhadap artikel jurnal khususnya mendapati kebanyakan artikel membincangkan perihal metode pemahaman hadith sama ada secara tekstual atau kontekstual. Ada juga artikel yang memberi tumpuan kepada pendekatan dalam memahami hadith iaitu pelbagai pendekatan yang digunakan seperti pendekatan bahasa, pendekatan historis dan sebagainya. Tidak kurang juga penulisan artikel yang menerapkan metode hermeunatik dalam usaha memberikan kefahaman terhadap hadith yang dikaji. Bahan Secara Khusus Penelitian terhadap bahan secara khusus mengenai kaedah berinteraksi dengan hadith atau kaedah memahami hadith sebagaimana yang digariskan oleh Dr Yusuf al-qaradawi masih berkurangan. Sebahagian penulisan dilihat masih menggunakan kaedah pengulangan iaitu mengulang kembali apa yang telah dikemukakan oleh Dr Yusuf al-qaradawi dalam karya beliau. Di sini dikemukakan lapan kaedah memahami hadith yang digariskan oleh Dr Yusuf al-qaradawi. i. Memahami al-sunnah menurut perspektif al-quran ii. Menghimpun hadith-hadith yang berkaitan dalam satu tajuk iii. Penyelarasan atau tarjih antara hadith yang bercanggah iv. Memahami hadith melalui sebab berlakunya (sabab wurud) perkara yang berkaitan dan tujuan hadith v. Membezakan di antara wasilah yang berubah dengan tujuan yang tetap bagi sesebuah hadith vi. Membezakan di antara hakikat dengan majaz bagi memahami hadith vii. Membezakan di antara yang ghaib dengan yang nyata viii. Peneltian kepada makna lafaz hadith Daripada lapan kaedah Dr Yusuf al-qaradawi ini muncul beberapa penulisan yang merupakan penambahbaikan terhadap kaedah ini seperti karya Abdul Majid Ghouri dan Dr Ahmad Faisal Shah. Penulisan atau kajian yang belum ditemui ialah mengenai aplikasi kaedah berinteraksi dengan hadith ini dalam kalangan masyarakat Islam. Antara golongan sasar kajian ialah golongan ilmuan muslim dan para pengkuliah agama di masjid dan surau seluruh negara. Justeru, artikel ini sebenarnya merupakan titik mula kepada kajian terhadap aplikasi kaedah 9

Scope: Nationalism, Community Development and Ethnic Relations berinteraksi dengan hadith nabawi dalam kalangan pengkuliah agama di negara kita. KESIMPULAN Pemahaman yang betul dan tepat terhadap hadith Nabi SAW akan memberikan impak yang maksimum kepada peningkatan kefahaman dan amalan dalam kalangan masyarakat Islam. Jika pemahaman terhadap sumber kedua ini menyimpang atau tidak menepati sebagaimana kehendak dan maqasid sesuatu hadith, adalah dibimbangi ia akan membawa kepada salah faham dan salah amal sesuatu amalan dalam Islam. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab para ilmuan dalam bidang hadith untuk membantu memperkasakan dan meluaskan penerapan kaedah berinteraksi dengan hadith nabawi ini dalam kalangan ilmuan muslim khususnya dan masyarakat Islam amnya. PENGHARGAAN Penghargaan kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia atas Skim Geran Universiti Penyelidikan (GUP) bernombor PY/2016/07916 bertajuk Aplikasi Kaedah Berinteraksi dengan Hadith Dalam Kalangan Pengkuliah Agama; Kajian di Lembah Klang kerana menyediakan peruntukan bagi penyelidikan ini. RUJUKAN al-ghazali, Muhammad. (1996). al-sunnah al-nabawiyyah Bayna Ahl al-fiqh wa Ahl al-hadith. Kaherah: Dar al-shuruq. Khadher Ahmad, et.al. (2016). Kajian Bibliometrik Terhadap Bahan Penerbitan Penyelidikan Berkaitan Delima: Ke Arah Penyelidikan Terkini Dalam Bidang Pengajian Islam, Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 13, 1-32. Mohd Farhan Mohd Arriffin, et. al. (2015). Analisis Bibliometrik Terhadap Bahan Penerbitan Berhubung Kapur Barus: Meneliti Potensi Penyelidikan Terbaru. Jurnal Intelek, 10(1), 12-24. Muhammad al-ghazali. (1989). al-sunnah al-nabawiyyah bayna Ahl al-fiqh wa Ahl al-hadith. al-qaradawi, Yusuf. 1410H/ 1990. Kayfa Nata al m a al-sunnah al- Nabawiyyah Ma alim wa Dawabit. Mansurah: Dar al-wafa. al-qaradawi, Yusuf. (1994). Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Sunnah. Terj, Huda Mohsin & Jawiah Dakir. Petaling Jaya: Angkatan Belia Islam Malaysia. al-qaradawi, Yusuf. (1421H/ 2000). Kayfa Nata al ma a al-sunnah al- Nabawiyyah. Kaherah: Dar al-shuruq. Syed Abdul Majid Ghouri. (2015). Asas-asas Berinteraksi dengan al-sunnah al-nabawiyyah. Terj. Zulhilmi Mohamed Nor. Bandar Seri Putra: Penerbit KUIS. 10