ISU DALAM PENDIDIKAN TAHFIZ : SATU ANALISIS ABSTRAK

Similar documents
PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Amar Makruf Nahi Mungkar

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

PENGUKUHAN NILAI TERAS UMP DALAM PROGRAM ENGINEER HUFFAZ DAN CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0: KAJIAN DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Rashidi Abbas 1 Syafrimen 2 Nova Erlina 3. Pensyarah, Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan. Tel:

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Tahap Kemahiran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Berbantukan Mufradat dan Uslub Al-Quran

MARA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Kemahiran Rasm Mushaf Uthmani Guru J-QAF Negeri Terengganu

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

PEMBAHARUAN PENTADBIRAN UNTUK PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hairunnizam Wahid Ab. Razak Dan Mohd Ali Mohd Nor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

International Journal of Islamic and Civilizational Studies

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

BUTIRAN PERIBADI PROF. MADYA DATO DR. AHMAD BIN ABDULLAH

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

KEBITARAAN PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU: PERSEPSI DAN HARAPAN MAHASISWA

PEMBELAJARAN MURID TAHFIZ SEKOLAH AGAMA KERAJAAN DI MALAYSIA: BENTUK ADAB DAN AMALAN MURID YANG DILAKSANAKAN

THE ONLINE JOURNAL OF ISLAMIC EDUCATION July 2017, Vol. 5, Issue 1

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

Transcription:

ISU DALAM PENDIDIKAN TAHFIZ : SATU ANALISIS Mardhiah Binti Yahaya mardhiah@kuis.edu.my Zetty Nurzuliana Binti Rasheed zetty@kuis.edu.my Aslam Farah Binti Selamat aslamfarah@kuis.edu.my Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ABSTRAK Perkembangan terkini menunjukkan bahawa sekolah aliran menghafal al-quran atau Institut tahfiz di Malaysia kini mula mendapat perhatian istimewa dari masyarakat dan membangun dengan begitu pesat sekali. Setiapnya menawarkan kepelbagaian sistem dan pendekatan yang tersendiri. Perkembangan kepelbagaian ini pastinya mempunyai kelebihan dan kelemahan serta memberi kesan dan impak yang besar kepada generasi masa hadapan khususnya kepada sistem pendidikan Negara. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu di ambil serius oleh institusi tahfiz di Malaysia demi menjayakan matlamat dan objektif sesebuah institusi. Khususnya dalam pentadbiran institusi tahfiz, pengajaran dan pembelajaran (PdP) al-quran termasuklah dari sudut kaedah dan teknik yang di gunakan dalam PdP, dan ciri-ciri guru. Kajian ini akan membincangkan beberapa hal-hal yang perlu dipandang serius agar permasalahan di dalam pendidikan tahfiz dapat mengorak langkah ke arah yang lebih tersusun mengikut tasawur ilmu dari wujudnya penambahbaikkan. Kata kunci : tahfiz, isu, pengajaran dan pembelajaran, guru tahfiz PENDAHULUAN Pendidikan al-quran telah wujud sejak berabad lamanya bermula ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang beribadat di Gua Hira (Kamarul Azmi & Aderi 2015). Malaikat Jibril a.s. di utuskan kepada Rasulullah s.a.w sebagai guru, membaca kepada baginda dan baginda diminta untuk mendengar dan memerhatikan bacaan Jibril a.s. Kemudian baginda menyampaikan kepada para sahabat dengan kaedah yang sama. Lalu, pengajaran al-quran yang di sampaikan oleh Rasulullah berkembang sehingga ke 141

e-prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2018 PASAK3 2018 Madinah sehingga melahirkan huffaz terkenal antaranya Abu Bakar, Uthman, Ali Ibn Masud, Aishah dna Hafsah (al-buti, 1991). Pengajaran dan pembelajaran sebegini turut berlaku sehingga ke hari ni atau lebih dikenali sebagai talaqi. Guru yang mengajar al-quran perlu memenuhi syarat tasawur ilmu dalam al-quran agar penyampaian tidak terpesong iaitu berpegang kepada bacaan dari Rasulullah, Pelbagai isu berkaitan dengan pendidikan tahfiz telah hangat diperbincangan dalam kalangan akademik demi menjadikan pendidikan tahfiz ini lebih terarah dan tersusun dari segala sudut. Antaranya ialah berkaitan dengan pengurusan pendidikan yang lemah, kekangan sumber kewangan dan kemerosotan pendidikan pelajar tahfiz. KELEBIHAN MENGHAFAZ AL-QURAN Mukjizat yang teragung yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w adalah al-quran di mana di dalamnya terdiri daripadam 114 suran dan 30 juzuk adalah satu-satunya kitab yang boleh dihafaz secara keseluruhannya. Ini merupakan satu kelebihan yang telah diberi oleh Allah kepada umat Nabi Muhammad s.a.w dan menyifatkan penghafaz al- Quran sebagai rahmat dan hamba-hamba pilihannya. Firman Allah s.w.t.: Terjemahannya : Dan al-quran yang Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) ialah yang benar (segala- galanya) yang tetap mengesahkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hamba-nya, lagi Maha melihat dan memerhatikan. Kemudian Kami jadikan al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya 142

sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran al-quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) Dalam berbuat kebaikan Dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). Mereka yang menghafaz al-quran akan dikurniakan dengan pelbagai kelebihan bukan sahaja ganjaran di dunia malah juga di akhirat. Menurut Ismail Masyhuri al-hafiz (1993:87-90), di antara kelebihan yang diperoleh oleh penghafaz al-quran adalah perlindungan dari Allah s.w.t, menjadi umat Nabi Muhammad yang mulia, tidak merasa takut pada hari kiamat. Selain dari itu, golongan ini juga adalah pihak yang paling layak di angkat sebagai pemimpin seperti disebut dalam hadis yang bermaksud: Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya. (Riwayat Muslim) Selain mendapat ganjaran dam kelebihan buat diri sendiri, ibu bapa kepada penghafaz al-quran juga akan mendapat kemulian di sisi Allah s.w.t. Hadis nabi yang lain ada menyebut yang bermaksud : Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud) Selain dari itu, mendapat ganjaran yang berlipat ganda dari Allah sangat diharapkan dr setiap hamba-hambanya. Ia merupakan rahmat dan nikmat yang paling besar dari Allah. Mereka yang membacanya mendapat ganjaran yang besar dari Allah, apatah lagi yang mengulangnya berulang kali untuk menghafaz dan murajaah untuk mengingat ayat al- Quran ini. Ini telah disebut dalam Riwayat Tarmizi yang bermaksud : Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam mim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf. 143

Imam Badr al-din Muhammad bin Abdillah al-zarkasyi (1981) menyatakan : Mempelajari al-quran hukumnya fardu kifayah, demikian juga memeliharanya (iaitu menghafaznya). Maka ia juga wajib (kifayah) bagi setiap umat. Kesimpulannya, umat Islam memerlukan sejumlah para huffaz untuk menjaga keaslian dan kesucian al- Quran. ISU PENDIDIKAN TAHFIZ Berdasarkan kelebihan dan ganjaran yang telah Allah kurniakan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w, menjadi tanggungjawab kepada ahlinya memelihara kesucian dan keaslian ayat suci al-quran agar tidak tersasar dari landasanya tawasur ilmunya. Terdapat beberapa perkara dan isu yang timbul memandangkan kepesatan pembangunan institusi institusi tahfiz semakin meluas di negara ini. Antara isu yang dikenal pasti dibangkitkan dalam pendidikan tahfiz yang pertama ialah pengurusan pendidikan tahfiz yang lemah. Kamarudin (1989) menyatakan bahawa pengetua merupakan watak utama di dalam sistem sekolah. Manakala menurut Alimuddin (2006) pula, kecemerlangan sesebuah sekolah bermula dari peranan pentadbir. Dalam kajian lain, Zainal (1987), sebagai seorang pentadbir, pengetua perlu membawa pegawai-pegawai di bawahnya dan keperluan organisasi ke dalam bentuk kesepaduanbagi mencapai operasi yang berkesan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa ketua dalam sesebuah organisasi terutamanya institusi tahfiz ini perlu lebih kreatif, bijak merangka strategi dan yang lebih penting mereka ialah ahli dalam bidang tahfiz ini. Isu yang kedua pula ialah, kaedah dan teknik pengajaran tahfiz. Menurut Azmil (2010), kebanyakkan institusi tahfiz yang wujud masih lagi begerak dalam haluan mereka sendiri tanpa modul pengajaran yang standard diguna pakai. Akibatnya, tenaga pengajar bebas mengunakan kaedah dan teknik dari rasa dan latar belakang individu tersebut. Kajian Mardhiah (2017), hampir separuh pelajar MRSM Ulul Albab tidak dapat menghabiskan hafalan mereka sehingga tamat pengajian 5 tahun seperti mana yang telah di pengajian tersebut. Begitu juga dengan kajian Misnan dan ahmad Sadadi (2003) menyatakan bahawa pelajar tidak dapat menamatkan hafalan al-quran mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu 30 juzuk dalam masa 6 semester. Manakala isu yang ketiga ialah berkaitan dengan ciri-ciri guru yang mengajar subjek hafazan. Hal ini lebih di pandang serius apabila Prof Dato Dr Ab Halim Tamuri ada menyatakan dalam pembentanganya di dalam Wacana Cendekian Institusi Alam dan 144

Tamadun Melayu (ATMA) di UKM pada 8 Januari 2018 yang menyebut bahawa Institut Latihan Guru Tahfiz perlu ditubuhkan bagi menyelaraskan kokurikulum dan kaedah pengajaran standard di sekolah tahfiz. Prof Datuk Dr Zakaria Stapa juga ada menyatakan dalam pembentangan wacana yang sama bahawa masyarakat tidak boleh menganggap guru terlatih dalam pendidikan Islam boleh menjadi guru tahfiz yang baik untuk mengajar kerana cara pengajaran tahfiz memerlukan pengkhususan. Manakala kajian Mardhiah (2017) menyatakan bahawa 40% guru yang bukan dalam bidang tahfiz bertugas sebagai guru hafazan ni MRSM Ulul Albab (Gemencheh, Kota Putra dan Kepala Batas). Manakala yang ada latihan dalam bidang tahfiz hanya 20 daripada 62 orang guru di MRSM Ulul Albab. Selain dari itu, konsep kesepaduan disifatkan masih lemah kerana ketiadaan model yang jelas dan ketiadaa guru yang berwibawa. Konsep kesepaduan yang wujud di institusi tahfiz terutamanya institusi tahfiz sains sangat berat dan mencabar kemampuan pelajar. Dalam kajian Hisham (2014) menyatakan bahawa komponen agama dan ilmu waqie secara serentak dalam satu sesi pembelajaran beserta dengan subjek hafazan yang ada, mengakibatkan waktu pembelajaran terlampau padat. Akibat dari sistem ini, pelajar perlu belajar selama hampir 12 jam bermula dari jam 7.30 pagi sehingga 4.30 petang dan bersambung dengan kelas tambahan di sebelah malam. Kajian Mardhiah (2017) menyatakan bahawa, punca pelajar tidak dapat menghabiskan muqarar al-quran kerana masa yang terlalu padat dan kegagalan pelajar mengatur masa dengan baik. Lebih merugikan lagi apabila waktu kelas tasmik dipindahkan kepada subjek akademik untuk memberi laluan pelajar memberi tumpuan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Adakah dengan mengaji al-quran akan menjadikan pelajar kurang fokus dengan subjek akademik? Adakah dengan mengaji al-quran akan menjadi masa pelajar-pelajar kurang masa untuk belajar subjek akademik? Ini dapat menunjukkan bahawa punca ketiadaan model yang jelas menjadikan sesebuah institusi tahfiz bergerak dengan haluan sendiri seperti mana yang telah disebut dalam kajian Azmil pada tahun 2010. Isu-isu yang berbangkit ini harus diberi perhatian dan penyelesaian dengan segera agar institusi-institusi tahfiz yang semakin lama semakin banyak yang tertubuh di Malaysia ini lebih terarah dari segi kurikulum serta aktiviti yang akan dilaksanakan. Perkaraperkara yang ditimbulkan ini bukanlah perkara remeh temeh yang perlu di lengahlengahkan. Ia mengaitkan isu pendidikan dan keluaran huffaz-huffaz pada masa 10-15 tahun akan datang. Menjadi tanggungjawab kepada kerajaan mempunyai dasar dan perancangan yang lebih jelas untuk melaksanakan konsep pendidikan ini. 145

ANALISIS TERHADAP ISU Kesedaran umat Islam terhadap kepentingan dan kebaikan menghafaz al-quran mendorong ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama yang menyediakan pengajian tahfiz al-quran di samping mata pelajaran agama dan akademik. Di samping sekolah-sekolah agama yang sedia ada, lebih banyak pusat-pusat pengajian dan institut al-quran didirikan bagi memenuhi permintaan terhadap pengajian tahfiz al-quran. Para dermawan dan orang berada tampil ke hadapan untuk menjadi penaja pelajar hafiz dan kelas-kelas tahfiz al-quran yang ditubuhkan. Minat masyarakat terhadap pendidikan agama sangat tinggi. Permintaan ibubapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah agama melebihi dari tawaran dan kesanggupan pihak yang menyediakannya. Perkembangan terkini menunjukkan bahawa sekolah aliran menghafal al-quran atau tahfiz al-quran mula mendapat perhatian masyarakat. Apa yang menarik ialah setiapnya menawarkan pendekatan dan rekabentuk kurikulum yang pelbagai dan tersendiri. Penubuhan institusi tahfiz yang sesuai perlu bagi melahirkan huffaz yang cemerlang bukan sahaja duniawi malah ukhrawi. Kini terbukti, kecemerlangan pelajar kebanyakkannya dari institut atau sekolah integrasi tahfiz. Contohnya pencapaian SPM 2017, pelajar cemerlang SPM iaitu Husna Mardhiyyah dari Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang yang mana sekolah tersebut muncul sebagai sekolah terbaik di Hulu Terengganu (Sinar Online). Antara tips kejayaan yang dikongsi olehnya menyatakan perkara pertama yang beliau mulakan dahulu adalah dengan bacaan al-quran. Komunikasinya yang sangat teratur dan sopan melambangkan huffaz yang cemerlang. Ini menunjukkan beberapa bukti bahawa sekolah ini berjaya melahirkan individu muslim yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik malah rohani. Isu pengurusan tahfiz perlu diambil serius bagi memperkasakan lagi kualiti pendidikan tahfiz. Pengurus sekolah perlu tingkatkan lagi aspek latihan dan kualiti pengajaran guru-guru tafiz. Pendidikan Tahfiz al-quran cara moden bermaksud pendidikan yang mempunyai struktur yang tersusun, meliputi sudut pengurusan, kurikulum dan kemudahan strukturnya. Pendidikan cara moden ini dianjurkan oleh pihak kerajaan pusat atau kerasaan negeri. Manakala Pendidikan Tahfiz cara tradisional pula bermaksud pendidikan yang tidak tersusun dengan baik dari sudut pentadbiran, kurikulum dan kemudahan infrastukturnya seperti sistem pendidikan Pondok. Lazimnya pendidikan secara tradisional ini dikelolakan oleh orang perseorangan atau swasta (Wan Mohamad 1997). 146

Matlamat penubuhan dan kaedah pelaksanaan setiapnya berbeza-beza antara satu-sama lain. Sebahagian daripadanya memberi penumpuan sepenuhnya kepada aspek hafazan al-quran sematamata. Manakala sebahagiannya yang lain memberi perimbangan kepada beberapa komponen lain dengan kadar yang berbeza-beza selain daripada hafazan al-quran seperti pengajian akademik (yang ditawarkan oleh sekolah aliran perdana), pengajian kitab kuning (turath) dalam bahasa Arab di pondok-pondok, aliran sains, kemahiran-kemahiran tertentu (seperti vokasional) dan lain-lain (Noorhisham Nawi et al 2014). Perkembangan pengajian tahfiz di Malaysia kebanyakan negeri bergerak dengan haluan sendiri berdasarkan kemunculan sekolah tahfiz swasta dan sekolah tahfiz rakyat. Akibatnya setiap negeri atau pengusaha tahfiz terlalu bebas memakai mana-mana kurikulum dan kaedah pengajaran dari mana-mana negara mengikut rasa dan latar belakang pendidikan individu guru berkenaan (Azmil Hashim 2010). Guru memainkan peranan penting dalam pembentukkan pelajar bukan sahaja dalam menyampaikan ilmu bahkan membentuk pelajar sebagai persediaan kepada kehidupan seterusnya. Penyediaan guru yang berkelayakkan perlu diperketat agar matlamat dan objektif pendidikan tahfiz lebih lancar mengikut perancangan seperti yang telah di rangka. Faktor yang telah dikenalpasti punca kelemahan dalam pencapaian tahfiz ini adalah kelemahan dalam kaedah pengajaran tahfiz dan guru masih menggunakan kaedah tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz (Mohamad Marzuqi 2008; Azmil Hashim 2010) walaupun mereka bersetuju dengan berkeyakinan penggunaan teknologi membantu dalam meningkatkan mutu hafazan al-quran. (Mohamad Marzuqi 2008). Selain itu, kelemahan dalam pencapaian hafazan pelajar juga dikenal pasti berpunca daripada kekurangan dalam strategi gaya pembelajaran tahfiz iaitu, pelajar tidak mempunyai strategi, kaedah dan motivasi dalam pembelajaran tahfiz (Misnan dan Ahmad Sadadi, 2003; Azmil Hashim, 2010). Proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz yang tersusun masih belum dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana kemahiran ikhtisas perguruan yang ditawarkan dalam institusi-institusi pendidikan tidak banyak menyumbang dalam kemahiran ikhtisas perguruan tahfiz (Azmil Hashim et. al., 2013). 147

KESIMPULAN Al-Quran merupakan kalam Allah atau kata-kata Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw kepada umatnya sebagai panduan kehidupan manusia seluruhnya. Al- Quran merupakan mukjizat Nabi Muhammad saw yang terpelihara sehingga hari perhitungan. Allah menurunkan Al-Quran kepada semua hambanya sebagai pegangan yang kukuh, agar dalam setiap kehidupan makhluknya berada di dalam rahmat dan keberkatannya. Pendidikan tahfiz pada masa kini merupakan satu aliran pendidikan yang semakin mendapat tempat. Harapan yang besar diletakkan bagi memastikan pendidikan tahfiz berupaya melahirkan generasi al-quran yang dapat membangunkan kesejahteraan negara. Namun, cabaran yang melingkari pendidikan tahfiz tidak kurang hebatnya. RUJUKAN Al-Quran al-karim Imam Badr al-din Muhammad bin Abdillah al-zarkasyi. 1957. Al-Burhan fi al-ulum al-quran. Azmil Hashim (2010). Penilaian perlaksanaan kurikulum Tahfiz al-quran di Darul Quran JAKIM dan Ma ahad Tahfiz al-quran Negeri Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi, Selangor Haji Alimuddin. (2006). Profil Tumpuan Guru Sekolah Menengah Di Negeri Selangor Terhadap pelaksanaan Perubahan Kurikulum. Jurnal Pendidikan 27 (1), 165-178. Jemali, M., & Ahmad Sadadi, H. (2003). Hubungan antara kaedah Menghafaz Al- Quran dengan pencapaian kursus Tahfiz WA Al-Qira at pelajar semester empat dan lima di Maahad Tahfiz Wal Qira at di Perak. Kertas kerja dibentang di Seminar Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Tahfiz al- Quran Peringkat Kebangsaan. Kolej Universiti Islam Malaysia, Melaka. Kamarul Azmi, Mohd Aderi Che Noh. (2013). Bengkel Penghayatan dan Pengamatan (PdP) di SRA JAWI. Mardhiah Yahaya (2017). Penilaian Program Tahfiz Ulul Albab Di Maktab Rendah Sains MARA. (Tesis Sarjana) Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mohamad Marzuqi Abd Rahim. (2008). Pengajaran Mata Pelajaran Hafazan Al-Quran: Suatu Kajian Maahad Tahfiz Al-Quran Zon Tengah. Kertas Projek Sarjana: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Noor Hisham Md Nawi, Nur Azuki Yusuff, Mohd Binyamin Che Yaacob, Nasrul Hakim Salleh. (2014). Matlamat dan Halatuju Sistem Pengjian Tahfiz di Kelantan; Satu Pengamatan wal. 4 th International Conference and Exhibition On Islamic Education 2014. 148