KONSEP SAHSIAH REMAJA MENURUT PERSPEKTIF AL- QURAN

Similar documents
PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

ABSTRAK

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

Takrifan Etika ethos

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

1 Yahya 1:1 1 1 Yahya 1:9. 1 Yahya

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

BAB PERTAMA PENDAHULUAN

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Bab Pertama PENDAHALUAN. komprehensif yang bersumberkan daripada al-quran. Islam memandang ilmu ke taraf

Menjana Budaya Ilmu di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Satu Anjakan Paradigma

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Amar Makruf Nahi Mungkar

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

ASSOCIATE EDITORS. Department of Al-Quran & Al-Hadith Academy of Islamic Studies University of Malaya Kuala Lumpur Malaysia

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

ABSTRAK FARIZA MD SHAM 3 AZYYATI MOHD NAZIM 1. Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor, Malaysia.

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

AN ANALYSIS OF INTRINSIC ELEMENTS AS PORTRAYED IN LOUISA MAY ALCOTT S NOVEL LITTLE WOMAN

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Kata Kunci: Remaja, Jati Diri, Aktiviti dakwah, Organisasi Islam.

PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL PENGAJARAN SAUDARA BARU

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

TAHAP PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN REMAJA HAMIL TANPA NIKAH

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

International Journal of Islamic and Civilizational Studies PERSONALITI: KONSEP, KUNCI DAN SUMBER MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

PENDEKATAN MOTIVASI DALAM DAKWAH REMAJA (Motivation Approach of Dakwah for the Teenager)

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

KEUTAMAAN PEMBANGUNAN INSAN DALAM MENGIMBANGI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA (The Priority of Human Development to Balance National Development)

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Peranan Sahsiah dan Kerohanian bagi Mengatasi Masalah Penagihan Dadah

Transcription:

KONSEP SAHSIAH REMAJA MENURUT PERSPEKTIF AL- QURAN MUHAMMAD HAZIQ BIN SAHARUDDIN SAHLAWATI ABU BAKAR sahlawati@kuis.edu.my Jabatan Al-Quran Dan Al-Sunnah Fakulti Pengajian Peradaban Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ABSTRAK Pada zaman yang mencabar ini, remaja lebih cenderung untuk melakukan apa sahaja yang disukai oleh mereka dan yang sesuai dengan keinginan mereka. Pelbagai masalah atau kes-kes gejala sosial yang berlaku di dalam masyarakat terutamanya terhadap golongan remaja. Matlamat kajian ini ialah mengkaji konsep sahsiah remaja menurut perspektif Al-Quran. Kajian ini menggunakan metode analisis dokumen yang dibuat secara deduktif. Dapatan kajian menunjukkan Al-Quran adalah sumber terbaik dalam proses membentuk sahsiah remaja. Al-Quran membuktikan bahawa ia sebagai sebaikbaik sumber dalam kehidupan manusia dalam membentuk jiwa manusia dalam mematuhi syariat Islam. Kata Kunci: Sahsiah, Remaja, Al-Quran. 1.0 Pendahuluan Dewasa ini masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja amat membimbangkan. Berita mengenai isu gejala sosial ini sering menghiasi lembaran media massa. Namun begitu masalah ini masih terus berleluasa walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Di manakah silapnya setiap langkah pencegahan yang telah diambil? Persoalan ini perlu difikirkan bersama dalam memastikan keharmonian negara tetap terpelihara. Penagihan dadah merupakan masalah gejala sosial yang telah menggugat keamanan negara. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera maka musnahlah segala matlamat negara untuk melahirkan generasi yang berwawasan dan maju jaya. Oleh itu setiap individu perlu peka terhadap isu semasa dan mengambil langkah-langkah yang efektif bagi membendung masalah ini. Penyelesaian masalah ini adalah tanggungjawab bersama. 141

2.0 Maksud Pembentukan Sahsiah Maksud pembentukan dalam kamus dewan edisi keempat tahun 2011 ialah perihal seperti perbuatan dan usaha dalam membentuk. Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peribadi (Kamus Dewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri, sikap seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya dengan individu yang lain. Sahsiah merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama ada dari sehari ke sehari. Sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan manusia. Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai. 3.0 Maksud Remaja Remaja ditakrifkan sebagai golongan yang berusia di antara 13 hingga 24 tahun. Tempoh ini merupakan tahap awal persediaan dan peralihan seseorang individu dari alam kanakkanak menuju alam remaja dan dewasa. Memang tidak dapat dinafikan bahawa usia ini adalah antara tahap yang paling mencabar bagi seseorang kerana berhadapan dengan pelbagai perubahan yang berbentuk fizikal dan mental. (Mohd Yusuf Ismail, T.T). Dalam Islam, remaja dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat pertama adalah peringkat selepas bermimpi yang usianya bermula daripada 12 tahun atau 13 tahun sehingga 21 tahun. Peringkat yang kedua pula adalah peringkat kematangan yang mana bermula daripada usia 22 tahun sehingga 30 tahun. Dalam Islam, peringkat pertama dianggap remaja, iaitu bermula baligh hingga ke usia 21 tahun. Peringkat awal remaja bermula kira 12 tahun sehingga 15 tahun. Sungguhpun begitu, peringkat remaja perlu dilihat sebagai suatu proses bukannya sebagai satu jangka masa. (Ahmad Tarmizi Talib, 2012). 3.0 Jenis-jenis Keruntuhan Akhlak i. Penagihan Dadah Dewasa ini negara kita telah diancam masalah dadah yang semakin berleluasa. Pemudapemudi negara menjadi lemah akibat dadah. Masalah ini umpama najis yang semakin hari semakin mencemarkan keharmonian negara. Dadah telah merugikan negara dari pelbagai aspek. Daripada sebuah negara yang aman, bersih dan cantik dengan pemandangan-pemandangan yang indah, kini Malaysia merupakan salah sebuah negara yang teramai penagih dadah. (Zakaria Stapa, 2012). 142

ii. Rogol Perkataan rogol bermakna satu perbuatan memperkosa atau mencabul kehormatan seseorang wanita. Perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini adalah dikeji dalam agama Islam dan amat terkutuk di sisi Allah S.W.T. Islam menganjurkan umatnya hidup dalam keadaan aman dan damai. Oleh sebab itu Allah S.W.T melarang keras perbuatan tersebut. (Hamimah Abu Naim, 2015). Namun kini fenomena ini menjadi igauan setiap wanita di negara ini. Mengikut statistik jenayah yang terbesar adalah kes rogol. Malah kes rogol ini menjadi lebih berat apabila kita dikejutkan dengan siri pembunuhan rentetan peristiwa ini. Perbuatan yang didorong oleh nafsu dan sifat tidak bertimbang rasa ini telah mengkaburkan mata seorang bapa, datuk dan abang merogol wanita darah daging sendiri. 4.0 Punca-punca Penghakisan Sahsiah Remaja i. Sikap Remaja Sikap malas dan tidak berminat untuk belajar adalah antara punca utama remaja terlibat dalam masalah sosial bermula daripada tahap ringan seperti ponteng kelas, ponteng sekolah, bergaduh dan melawan guru. Sikap suka ponteng kelas dan ponteng sekolah boleh mendorong remaja lepak di pasar raya, mengunjungi cyber café, serta berkawan dengan rakan-rakan yang tidak bersekolah. Kebiasaan mengamalkan salah laku yang ringan akhirnya boleh menjerumuskan remaja kepada tingkah laku yang lebih berat seperti menghisap rokok dan terlibat dalam gejala menghisap dadah, mencuri dan melakukan pelbagai salah laku yang lain. (Amna Md. Noor, 2001). ii. Kurang Penghayatan Didikan Agama Pendidikan agama yang sempurna merupakan didikan yang tidak terbatas kepada mengajar hukum-hakam atau menghafal ayat-ayat Al-Quran atau hadis semata-mata. Pendidikan sebegini sebenarnya adalah permulaan kepada suatu proses tarbiyyah yang menuntut penghayatan dan pemahaman seterusnya pengamalan terhadap ajaran-ajaran tersebut. Hal ini lahir dari jiwa yang sedar terhadap tanggungjawabnya kepada Maha Pencipta. (Husin Junoh, 2011). Dewasa ini di antara penyebab keruntuhan akhlak ialah kurangnya pendidikan agama. Hal ini terjadi apabila ajaran agama tidak diutamakan dalam kehidupan. Agama adalah benteng yang paling utuh dalam menghadapi cabaran hidup. Agama mampu menghalang segala ancaman samada dari segi jasmani, material ataupun rohani. Sesiapa sahaja yang berpegang teguh dengan agama akan selamat di dunia dan di akhirat. iii. Keruntuhan Institusi Keluarga Keluarga merupakan tunggak kekuatan dalam sesebuah masyarakat. Ini bermaksud tanpa keluarga yang harmoni maka tidak wujudlah sesebuah masyarakat dan negara yang aman. 143

Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018) (Sapora Sipon, T.T). Apabila sesebuah keluarga itu porak peranda hancurlah sesebuah masyarakat. Seseorang individu yang menghadapi masalah pergolakkan keluarga akan mendorongnya mencari jalan penyelesaian di luar kawalannya seperti mengambil dadah, heroin atau pil hayal untuk melupakan masalah yang dihadapinya. 5.0 Penyelesaian Pembentukan Sahsiah Remaja Menurut Perspektif Al-Quran i. Pembentukan Sahsiah Remaja Dengan Berbaik Sangka Dengan Allah S.W.T Sejarah nabi-nabi terdahulu membuktikan bahawa proses pembentukan sahsiah dan keperibadian adalah melalui ujian yang dilalui dalam kehidupan. Ujian kehidupan nabinabi terdahulu menjadi satu wadah dalam membentuk keperibadian mereka. Dengan itu, insan-insan terpilih yang diangkat darjatnya juga akan diberi ujian yang berat. Manusia yang diuji melalui fasa pentarbiyahan yang hebat yakni berbaik sangka dengan Allah S.W.T atas ujian yang dihadapinya. (Nur Ashiqa Ridwan, 2000). Firman Allah S.W.T dalam surah Yusuf ayat 7 hingga 8 : 7. Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar). 8. (Kisah itu bermula) ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata." ii. Pembentukan Sahsiah Remaja Dengan Solat Berjamaah Solat ialah cara hati untuk menghadap Allah S.W.T sehingga dapat membangkitkan rasa takut kepada Allah S.W.T dan muncul dalam hati tentang keagungan Allah S.W.T. Solat merupakan perkara penting yang wajar diambil berat oleh seluruh umat manusia. Ia sebagai pasak dalam diri seseorang yang akan menentukan baik buruk akhlak dan perjalanan kehidupan di dunia dan di akhirat. Melaksanakan solat merupakan perintah Allah S.W.T yang termaktub di dalam Al-Quran. (Nur Thairah Syamsuddin, 2013). Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Hajj ayat 78 : 144

Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2018 (THIQAH 2018) 78. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatnya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. iii. Pembentukan Sahsiah Remaja Dengan Tilawah Dan Tadabbur Al-Quran. Al-Quran merupakan kalam Allah S.W.T yang diturunkan kepada Rasulullah SAW dan membacanya dikira sebagai ibadah. Kedudukan Al-Quran begitu tinggi darjatnya dan manusia wajib meletaknya di tempat yang selayaknya iaitu menghafal, menghayati, memperdengar dan tadabbur setiap maknanya. Namun perlu difahami bahawa bacaan Al- Quran dianggap sebagai ibadah jika ianya dibaca dengan baik dan betul mengikut makhraj dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. (Ahmad Yusuf, 2000). Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Muzzammil ayat 4: 4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". 6.0 Kesimpulan Remaja masa kini perlu menjadikan kisah-kisah nabi terdahulu sebagai panduan dalam pembentukan sahsiah diri. Ia sebagai panduan agar dapat mencontohi dan mengelakkan daripada berlaku masalah sosial. Proses pembentukan sahsiah perlu kepada latihan berterusan agar ia sebati dalam diri. Tilawah dan tadabbur terhadap ayat-ayat Al-Quran mendapati para nabi membentuk sahsiah diri secara terus daripada Allah S.W.T melalui pelbagai aspek dalam kehidupan seharian. Solat jamaah dilihat aspek penting yang perlu dilakukan dalam proses tersebut, berbaik sangka dengan Allah S.W.T juga aspek utama agar dapat menerima ujian kehidupan, juga membentuk sahsiah dengan tilawah dan tadabbur Al-Quran supaya tidak terlibat dengan perkara yang dilarang agama. 145

7.0 Rujukan Ahmad Mohd Yusuf. 2000. Sejarah Dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Ahmad Tarmizi Talib. 2012. Masjid Menjana Pembentukan Belia Rabbani. Universiti Putra Malaysia. Amna Md. Noor. 2001. Laporan Akhir Kajian Salah Laku Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Dan Rendah: Implikasi Untuk Polisi. Serdang: Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Hamimah Abu Naim. 2015. Delinkuen Pelajar Dan Cadangan Penyelesaiannya Menerusi Model Pembangunan Sahsiah Remaja. Skudai: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor. Husin Junoh. 2011. Faktor-faktor Keruntuhan Akhlak Remaja Islam Luar Bandar Di Daerah Kota Tinggi Johor. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Nur Ashiqa Ridwan. 2000. Rahsia Hati Yang Menakjubkan. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise. Nur Thairah Syamsuddin. 2013. Hal-hal Yang Membatalkan Solat Anda. Selangor: Al-Hidayah House Of Publisher Sdn Bhd. Zakaria Stapa. 2012. Faktor Persekitaran Sosial Dan Hubungannya Dengan Pembentukan Jati Diri. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. 146