LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN. Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar

Similar documents
Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

SISTEM PENJADUALAN SYIF. Nurul Iddayu Bahari Idrus. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

SISTEM E-PELAPORAN PEMANTAUAN LAMAN WEB JABATAN STANDARD MALAYSIA. Maggery Roxane Dennis Dr. Mohd Ridzwan Yaakub

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

TONG SAMPAH PINTAR BERASASKAN INTERNET PELBAGAI PERKARA (IOT)

SISTEM PEMBANGUNAN LAMAN WEB AKOMODASI BERASASKAN AWAN. Muhammad Nazmi Bin Anuar Zamri Murah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PELAPORAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA MENGGUNAKAN SMS GATEWAY (E-PRK)

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PORTAL PERSATUAN PENDUDUK (PPP)

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SISTEM MAKLUMAT PENDAFTARAN KURSUS PENDEK ABDUL HADI BIN AUGUST FOUZY DR. NOOR HASRINA BINTI BAKAR

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Sistem Permohonan Pinjaman Perkhidmatan dan Kemudahan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM GAMIFIKASI KITAR SEMULA. Muhammad Hazim bin Mohd Hafis Dr Amirah binti Ismail

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

METRIK DAN INDEKS KESELAMATAN LAMAN SESAWANG: SATU KAJIAN KES TERHADAP INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

Persepsi Mahasiswa Terhadap Urusan Pembelian Atas Talian (University Student s Perspective on Online Transaction)

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

KOS SARA HIDUP MAHASISWA UPM

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MODELLING AND VIBRATION CONTROL OF PIEZOELECTRIC ACTUATOR

EXPLORASI APLIKASI MUDAH ALIH BOOKKEEPER DALAM MENGURUS TADBIR KEWANGAN MASJID

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

MANUAL PANDUAN PENGGUNA

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

LAPORAN TEKNIKAL RALAT PENDISPENSAN UBAT DI FARMASI HOSPITAL

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Application [Logik & Aplikasi]

PEMBANGUNAN APLIKASI PANDUAN SOLAT UNTUK PLATFORM ANDROID (MUSLIM SOLAH) SHAHDATUNNAIM BINTI AZMI. Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

GARIS PANDUAN LAMAN WEB PTJ DI USM

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

FAHAM FIQH AL-AQSA : MEDIUM ALTERNATIF E- PEMBELAJARAN BERCIRIKAN UTILITARIAN BERKAITAN MASJID AL-AQSA DAN BAITUL MAQDIS

Transcription:

LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Inflasi telah memberi impak yang besar kepada semua orang, dan mereka akan menghabiskan wang dengan bijak. Mereka akan membandingkan harga produk yang sama, dan memilih tawaran yang lebih baik. Oleh itu, banyak laman web perbandingan harga dibangunkan untuk membantu pengguna mengumpulkan maklumat dengan lebih cepat. Walau bagaimanapun, tiada laman web yang membandingkan produk yang dituju untuk pelajar sahaja. Selain itu, banyak laman web perbandingan harga adalah laman web atau aplikasi membeli-belah dalam talian dimana pelajar yang masih di bangku sekolah menengah perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa mereka untuk membeli sesuatu barang. Projek ini bertujuan menyelesaikannya. Penyelesaian untuk menangani masalah yang dinyatakan adalah untuk membina laman web harga perbandingan harga tanpa sebarang pembelian yang terlibat. Pangkalan data akan dibangunkan untuk menyimpan data dari laman web tertentu dan mendapatkan harga pasaran terkini. Kaedah yang digunakan untuk membina aplikasi ini adalah metodologi Agile. Metodologi ini dipilih untuk mengurangkan risiko kegagalan implementasi perisian dari segi teknikal dan mengikut kehendak pelanggan. Metodologi Agile adalah jenis pengembangan sistem jangka pendek yang memerlukan adaptasi cepat dan mengembang terhadap perubahan dalam bentuk apapun. Hasil aplikasi yang dibangunkan adalah menyelesaikan masalah yang dihadapi serta mencapai objektif-objektif yang dinyatakan. 1 PENGENALAN Sistem adalah kumpulan yang terdiri dari komponen yang memiliki unsur keterkaitan antara satu dengan lainnya, Indrajit (2001:2). Terdapat pelbagai pilihan jenama pakaian yang disedia sama ada dalam talian atau luar talian bagi memudah pembelian, terutamanya di sekitar Lembah Klang, contohnya jenama seperti H&M, Cotton On dan Factorie. Kemudahan ini disedia bagi memboleh pengguna membuat perbandingan harga bagi setiap jenama berkenaaan. Sistem perbandingan harga dalam talian membolehkan pengguna membuat perbandingan harga oleh setiap gedung pakaian melalui sesebuah laman web. Melalui

perbandingan harga, pengguna boleh merancang pembelian dengan membeli harga pakaian tersebut ketika promosi harga jualan murah. Projek ini dibangun menggunakan laman web kerana penggunaan laman web dalam talian semakin meningkat (Utusan Malaysia 2016). Laman web mudah untuk dibangunkan. Walau bagaimanapun, mereka lebih cepat dan lebih cekap, kerana mereka bekerja seiring dengan peranti mudah alih yang mereka bangunkan. Mereka juga terjamin kualiti, kerana pengguna boleh mengaksesnya hanya melalui setor dalam talian. Manakala, aplikasi web boleh menyebabkan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi merentasi pelbagai rangkaian mudah alih. 2 PENYATAAN MASALAH Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh ramai orang iaitu harga pakaian yang dijual berbeza harga daripada setiap peniaga. Gaya pakaian yang sama tetapi dijual dengan harga yang berbeza. Perbezaan harga bagi pakaian yang sama menyebabkan kerugian kepada pengguna, sekiranya pengguna tidak membuat tinjuan harga sebelum membuat pembelian. Selain itu, untuk membina pangkalan data harga pakaian terkini daripada laman web pakaian iaitu H&M, Cotton On, Factorie. Projek ini akan dibina fungsi mengelintar harga secara automatik berdasarkan penapisan gelintar (filter searching). Oleh itu, pangkalan data yang terdiri dari tiga laman web tersebut akan dibina dan diguna untuk memastikan projek ini berjalan dengan lancar. Laman web perbandingan harga ini dibangun bagi membuat perbandingan harga untuk melindungi pengguna daripada berbelanja daripada berbelanja dengan boros. Sasaran penggunaan aplikasi ini adalah untuk golongan belia yang berumur daripada 13 hingga 28 tahun. Ini kerana jenama H&M, Cotton On dan Factorie merupakan jenama pakaian yang paling digemari oleh golongan ini. 3 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini mempunyai objektif seperti berikut:

1. Membangun pangkalan data yang terdiri daripada harga pakaian dari tiga jenama pakaian seperti H&M, Cotton On dan Factorie berasaskan laman web. 2. Menyedia fungsi menggelintar secara automatik berdasarkan penapisan gelintar (filter searching). 3. Membangun aplikasi yang membanding harga dari tiga jenama pakaian seperti H&M, Cotton On dan Factorie berasaskan laman web. 4 METOD KAJIAN Metodologi yang diguna untuk membangunkan aplikasi mudah alih pengurusan inventori ialah metodologi Agile. Metodologi ini dipilih untuk mengurangkan risiko kegagalan implementasi perisian dari segi teknikal dan mengikut kehendak pelanggan. Metodologi Agile adalah jenis pengembangan sistem jangka pendek yang memerlukan adaptasi cepat dan mengembang terhadap perubahan dalam bentuk apapun. Metodologi ini terdapat lima fasa seperti di Rajah 1. Rajah 1 4.1 Fasa Perancangan Fasa ini merupakan fasa untuk memahami tujuan laman web perbandingan harga pakaian dibangun serta bagaimana laman web dilakukan. Fasa ini memenuhi keperluan objektif serta fasa bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pengguna. 4.2 Fasa Analisis Fasa ini merupakan fasa untuk menganalisis keperluan serta perisian yang diguna

untuk membangunkan laman web perbandingan harga pakaian mengikut kesesuaian serta membahagikan maklumat mengikut penyusunannya. 4.3 Fasa Reka bentuk Fasa ini merupakan fasa untuk mereka bentuk antaramuka laman web perbandingan harga pakaian. Pada fasa ini antaramuka laman web dilakukan mengikut kehendak pengguna serta warna yang sesuai yang dapat menarik pengguna untuk menggunakannya. 4.4 Fasa Perlaksanaan Fasa ini merupakan fasa perlaksanaan untuk membangunkan laman web perbandingan harga pakaian serta membuat fungsi mengikut objektif yang ditentu. Pada fasa ini pangkalan data serta penulisan kod pengaturcaraan dilakukan. 4.5 Fasa Pengujian Fasa ini merupakan fasa pengguna akhir yang menguji serta memberi maklum balas terhadap laman web perbandingan harga pakaian. Sebarang maklum balas bagi penambahbaikan dan pengubahsuaian diambil kira untuk dibawa semula ke fasa perancangan. 5 HASIL KAJIAN Bahagian ini membincangkan hasil daripada proses pembangunan laman web perbandingan harga pakaian. Penerangan yang mendalam tentang laman web perbandingan harga pakaian dibincangkan. Fasa reka bentuk merupakan fasa yang penting dalam membangun sesebuah sistem. Untuk projek ini, Wordpress telah digunakan untuk membangunkan laman web ini. WordPress adalah sistem pengurusan kandungan percuma dan sumber terbuka ( Free opensource and content management system) menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan pangkalan data MySQL. Untuk berfungsi, WordPress perlu dipasang di pelayan web (web server), yang mana akan menjadi sebahagian daripada perkhidmatan hosting Internet atau hos rangkaian dengan tersendiri.

Rajah 5.1 dan Rajah 5.2 menunjukkan halaman utama yang telah dihasilkan selepas direka bentuk. Rajah 5.1 Halaman Utama Rajah 5.2 Halaman Utama Laman utama ini tidak memerlukan log dan daftar masuk pengguna. Pada bahagian atas halaman, terdapat beberapa menu yang boleh dipilih oleh pengguna. Antaranya, All clothes

(semua pakaian), dan nama-nama jenama iaitu H&M, Factorie dan Cotton On. Pada bahagian bawah pula, pengguna boleh memilih pakaian-pakaian yang di pilih secara rawak untuk diterokai. Di sini juga mempunyai 4 menu iaitu Shows all, Favourites, Popular dan Best Rated. Rajah 5.3 menunjukkan antara muka sehelai pakaian. Selepas pengguna memilih pakaian, antara muka ini akan dipaparkan. Rajah 5.3 Halaman pakaian (produk) Pada halaman ini, terdapat beberapa maklumat dan fungsi untuk pengguna. Halaman ini mempunyai gambar pakaian yang jelas untuk pengguna dan juga beberapa pilihan warna yang lain. Ia juga mempunyai beberapa maklumat tentang pakaian seperti nama dan jenis pakaian, harga dan huraian. Apabila pengguna menekan butang Buy This Item pengguna akan disambungkan terus ke laman web kedai atau jenama pakaian. Seterusnya, pengguna menekan butang Add To Compare, satu halaman pop-out akan muncul untuk membuat perbandingan (Rajah 5.4).

Rajah 5.4 Rajah 5.5 Apabila pengguna menekan butang Compare pada laman pop-out Rajah 5.4, pengguna akan disambungkan pada halaman perbandingan. Di halaman ini, pengguna akan dipaparkan perbandingan harga pakaian.

Rajah 5.6 Rajah 5.6 menunjukkan product filter iaitu pengguna menggunakannya untuk meniruskan pencarian kehendak pengguna. Pengguna perlu memilih kategori pakaian daripada hoodie(baju berhud), Dress(dres), Jeans, Jacket(jaket) dan Shirt(baju) dan lain-lain. Selepas itu, keputusan akan dipaparkan. 6 KESIMPULAN Laman web perbandingan harga pakaian dijangka dapat membantu pengguna dan pelanggan melakukan perbandingan dengan lebih senang. Kemudahan ini m membolehkan pengguna membuat perbandingan harga oleh setiap gedung pakaian melalui sesebuah laman web. Melalui perbandingan harga, pengguna boleh merancang pembelian dengan membeli harga pakaian tersebut ketika promosi harga jualan murah. Laman web ini dibangun untuk digunakan pada semua jenis gajet seperti telefon mudah alih, tablet dan computer riba. Pengguna dapat mengakses fungsi yang terdapat pada laman web ini dengan lebih cepat dan di mana sahaja. Laman web ini juga mempunyai fungsi pencarian. Pencarian ini akan memudahkan pengguna untuk mencari pakaian yang lebih spesifik. Laman web ini mempunyai tiga jenama iaitu H&M, Cotton On dan Factorie. Ketiga-tiga jenama merupakan jenama kegemaran belia berumur diantara 13 hingga 28 tahun kerana golongan ini kerap membeli jenama pakaian yang dibuat perbandingan harga.

7 RUJUKAN Baye, M. R., J. Morgan, and P. Scholten. 2004. Price Dispersion in the Small and in the Large: Evidence from an Internet Price Comparison Site, The Journal of Industrial Economics 52, 463-496. Bernnett, S. et al. 2006 Object-Oriented Systems Analysis and Design Using UML. 3rd ed. McGraw-Hill Education. Polyvore. 2017. Polyvore Fashion & Style muat turun aplikasi untuk IOS. https://itunes.apple.com/us/app/polyvore-fashion-style/id499978982?mt=8 [20 Oktober 2017]. Rao, Leena. 2012. Virtual Styling and Fashion Community Polyvore. TechCrunch. Shibin Chittil, Nidheesh Chittil, Rishikee M. R. 2014. Online Shopping System. School Of Enginnering, Cochin University Of Science & Technology. Spiegler, R. and K. Eliaz. 2010. A simple Model of Search Engine Pricing, The Pinhas Sapir Center for Development Discussion Paper No. 1-2010, Tel Aviv University. Tan Jia Ming. 2013. Mobile Price Sharing And Comparison System. University Tuanku Abdul Rahman. Urban Outfiiters. 2017. Urban Outfitters muat turun aplikasi untuk IOS. https://itunes.apple.com/us/app/urban-outfitters/id358821736?mt=8 [20 Oktober 2017]. Wei Pin Lim. 2009. Sistem Perbandingan Harga Produk Komputer Secara Atas Talian. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Teknologi Malaysia. Whatgas.com (2012) Whatgas.com "The price sharing community". [online] Available at: http://www.whatgas.com/