ABSTRAK

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

KONSEP SAHSIAH REMAJA MENURUT PERSPEKTIF AL- QURAN

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

PENDEKATAN MOTIVASI DALAM DAKWAH REMAJA (Motivation Approach of Dakwah for the Teenager)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

KONSEP TA AWUN DALAM PENULISAN ILMIAH MENURUT AL-QURAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

Amar Makruf Nahi Mungkar

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

KEPERLUAN MOTIVASI DALAM PENGURUSAN KERJA BERKUALITI DARI PERSPEKTIF PEMIKIRAN ISLAM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERANAN WANITA ISLAM DALAM MENYAMPAIKAN MESEJ DAKWAH KEPADA MASYARAKAT MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

KESAN DRAMA HIBUR-DIDIK DAN DOKUMENTARI DALAM MEMPENGARUHI NIAT UNTUK MENDERMA ORGAN: SATU EKSPERIMEN BERTERASKAN MODEL ELABORATION LIKELIHOOD

Faktor Dalaman Dalam Pembentukan Tingkah laku Beragama Menurut al-ghazali dan Sigmund Freud

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

BAB 1: PENGENALAN. mendapati ada wanita yang sanggup melakukan perkara di luar norma masyarakat atau

1 Yahya 1:1 1 1 Yahya 1:9. 1 Yahya

WAR 24 MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI DALAM PENILAIAN KEBERKESANAN PROSEDUR PERMOHONAN ZAKAT PENDIDIKAN SECARA ELEKTRONIK (E-DERMASISWA)

International Journal of Islamic and Civilizational Studies PERSONALITI: KONSEP, KUNCI DAN SUMBER MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

Transcription:

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn 2289-7909 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR VOL. 5 NO.2 (SEPTEMBER 2018): pp 216-230 PEMBENTUKAN JATI DIRI REMAJA MELALUI PEMBELAJARAN PERSEKITARAN SOSIAL: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN Producing Muslim Adolescent Identity Through Learning from Social Environment: A Study According to Quranic Perspective 1 Nurzatil Ismah Azizan & 2 Zulkifli Mohd Yusoff nurzatil@kuis.edu.my, zulkifliy@um.edu.my 1 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS 2 Universiti Malaya, UM ABSTRAK Jati diri adalah aspek penting dalam diri manusia yang memberi gambaran tentang diri seseorang. Jati diri menekankan aspek spiritual dan mental yang menyumbang pengaruh kepada pembentukan personaliti dan sahsiah seseorang. Jati diri seseorang dibentuk daripada faktor persekitaran budaya dan pendidikan yang diterima sepanjang kehidupan antaranya pembelajaran yang diperolehi daripada persekitaran sosial seperti ikon yang dipilih untuk dijadikan contoh dalam kehidupan, halangan supaya tidak melakukan keburukan, galakan supaya melakukan kebaikan dan kemampuan menerima cabaran daripada persekitaran sosial (maklum balas). Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis aspek pembelajaran persekitaran sosial yang mempengaruhi pembentukan jati diri remaja. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif dengan rekabentuk kajian analisis kandungan. Instrumen yang digunakan ialah dokumen iaitu al-quran seterusnya dianalisis dengan pendekatan induktif. Dapatan kajian menemui bahawa kisah-kisah di dalam al-quran menggambarkan bahawa jati diri remaja dibentuk melalui pembelajaran persekitaran sosial dengan paparan kisah Thauban hamba Rasulullah SAW yang menjadikan Baginda SAW sebagai ikon dalam kehidupan beliau, kisah Arqam bin Abi al-arqam yang beriman kepada Allah SWT dalam usia yang muda kesan daripada persekitaran dakwah Rasulullah SAW, Syadad bin Aus yang terdorong menahan kemarahannya kerana inginkan ganjaran syurga daripada Allah SWT dan Abd Allah bin Hanzalah yang bangun berdiri ketika mendengar ayat-ayat tentang azab neraka Allah SWT kerana takut kepada Allah SWT. Kisah-kisah tersebut memberi implikasi terhadap kaedah penyelesaian masalah sosial remaja pada masa kini dengan menjadikan al-quran sebagai landasan teori yang kukuh dalam membentuk jati diri remaja iaitu memilih ikon yang mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi dalam kehidupan, mempunyai ketahanan kerohanian dan prinsip diri supaya tidak terpengaruh dengan persekitaran sosial yang negatif serta mampu memberi reaksi yang positif melalui maklum balas persekitaran. Bermotivasi dalam Received: 2 January 2018 Revised: 15 August 2018 Accepted: 24 August 2018

Pembentukan Jati Diri Remaja Melalui Pembelajaran Persekitaran Sosial: Analisis Menurut Perspektif Al-Quran melakukan kebaikan serta mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu perkara yang menyalahi syariat Islam. Kata Kunci: Jati Diri, Pembelajaran, Persekitaran Sosial, al-quran. ABSTRACT Producing Muslim Adolescent Identity is an important aspect in human lives which potrays about someone. It emphasizes on spiritual and mental aspects which play as the biggest factors to one s personality. This criteria is derived from the cultural environment and education factors which are embraced throughout the life. The self-identity formation is a long process and it is closely related to the learning that is gained from the social environment such as the icon, challenges, encouragement and the environmental feedback. This research aims to analyse the learning process from social environment which influences the self identity among teenagers in order to help them avoiding any sosial problems by understanding the stories of teenagers in Al- Quran. This study uses the qualitative research with the usage of content analysis as a research design. The instrument used is Al-Quran which then being analysed inductively. The result shows that the teenagers are forming their strong self-identity without involving in any social issues because of the learning from social environment such as following the correct icon as their role model in their lives. Besides, they also need an established spiritual power in facing the feedbacks from social environment. The teenagers s self-identity is formed with the positive vibes and all the things which help them to avoid from those bad influences in their lives. The result of this research implies the method of solving social problems among teenagers nowadays by making al-quran as a theoretical foundation to them. Thus, they tend to have a right decision to choose the right icon to be followed as a role model, as well as to build their principal and spiritual defences to become impassive towards any social problems and able to give out the positive reactions through enviromental feedback. Al-Quran has potrayed the icons to build the self-identity among teenagers by encouraging them to do the righteous and avoiding them to do something that go against the Islamic principles. These aspects would help in the formation of self-identity among teenagers so they will know how to differentiate wisely between the good and bad in their lives. Keyword: Producing Muslim Adolescent Identity, Learning, Social Environment, Al-Quran 217

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 5 NO.2 SEPTEMBER 2018 1.0 PENDAHULUAN Kajian ini dijalankan bagi membuktikan bahawa pembelajaran persekitaran sosial mempunyai pengaruh dalam membentuk jati diri remaja. Ia meliputi ikon yang baik sebagai ikutan (permodelan), maklum balas persekitaran sosial, dorongan dalam melakukan kebaikan dan halangan daripada melakukan kejahatan (Azhar, 2006). Pembelajaran persekitaran sosial adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam proses membentuk jati diri remaja kerana masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa kini perlu kepada penyelesaian, dengan menjadikan kisah-kisah tersebut sebagai panduan akan membantu remaja mengambil iktibar dan aplikasi dalam kehidupan seharian. Perkataan jati diri dibina dengan dua perkataan iaitu jati dan diri. Jati bermaksud asli, murni, tulen dan tidak bercampur. Diri membawa pula makna seseorang atau empunya badan (Kamus Dewan, 2010). Daripada dua perkataan tersebut jati diri membawa makna sifat atau keistimewaan sama ada dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang boleh menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau sesuatu bangsa. Jati diri juga membawa makna satu proses kekuatan dalaman diri (Ariffin, 2015). Kekuatan jati diri adalah proses memantapkan keyakinan diri dan berpegang teguh pada prinsip diri (Ismail, 2012). Di Malaysia, masalah sosial remaja melalui peningkatan hampir setiap tahun. Antara masalah yang berada pada tahap yang membimbangkan ialah masalah penzinaan, pembuangan bayi, khalwat, rogol dan penyalahgunaan dadah. Selangor mencatat indeks jenayah tertinggi pada tahun 2013 iaitu 293 kes rogol, 124 bunuh dan lain-lain kes. Jumlah keseluruhan kes pelbagai jenayah di Selangor ialah 32,348. Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Selangor mencatat indeks tertinggi pada lima tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2008 sebanyak 57,752 kes, 2009 sebanyak 54,994 kes, 49,469 kes pada tahun 2010, 44,302 kes pada tahun 2011 dan pada tahun 2012 sebanyak 40,629 (Jamilah, 2015). 218

Pembentukan Jati Diri Remaja Melalui Pembelajaran Persekitaran Sosial: Analisis Menurut Perspektif Al-Quran Pada 2005 kes rogol paling banyak diterima iaitu sebanyak 1,931 dan diikuti kes cabul 973 kes dan liwat 71 kes. Pada 2006, kes rogol meningkat kepada 2,041, manakala cabul 1,066 kes dan liwat 71 kes. Pada tahun 2007 pula, sebanyak 3,098 kes rogol dilaporkan, cabul 2,228 kes dan liwat 101 kes. Angka itu terus meningkat pada 2008 iaitu 3,405 bagi kes rogol dan cabul 2,107 dan 130 kes liwat. Kementerian Kesihatan di bawah Dr Rose Lena Lazemi mendedahkan bahawa pada tahun 2015 sebanyak 3980 atau 28.8 peratus daripada 13,831 remaja berusia 10 hingga 19 tahun mengandung anak luar nikah. Lima negeri mencatatkan angka kes kehamilan tertinggi iaitu Sabah 3048 kes, Sarawak 2910 kes, Selangor 1461 kes, Johor 1319 kes dan Pahang 940 kes. Bermula tahun 2011 sehingga 2013 seramai 18,000 remaja hamil mendapatkan perkhidmatan di klinik kesihatan kerajaan. Secara purata terdapat 1500 kes remaja hamil dalam sebulan dan 50 kes sehari dilaporkan di seluruh negara (http://m.utusan.com.my, 11 September 2016). Kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) terhadap 5016 orang responden yang berisiko mendapati 52% responden mengakui keterlibatan rakan mereka dalam salah laku seks sebelum nikah dan 38% mengaku rakan mereka pernah mengandung sebelum berkahwin. Ia diikuti dengan 76% mempunyai rakan yang pernah menonton video lucah (Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, 11 Mei 2015). Daripada statistik yang dinyatakan, remaja pada masa kini perlu kepada rawatan kerohanian dan panduan pembentukan jati diri dengan merujuk kepada kisah ikon remaja di dalam al-quran. Ianya menjadi garis panduan kepada remaja agar menjadikan kisah-kisah tersebut sebagai panduan dalam membentuk jati diri agar tidak terlibat dengan masalah sosial dan perkara-perkara yang menyalahi syariat Islam. 2.0 PEMBENTUKAN JATI DIRI REMAJA DENGAN PEMBELAJARAN DARIPADA PERSEKITARAN SOSIAL Pembentukan jati diri remaja amat berkait rapat dengan faktor persekitaran sosial. Ia merujuk kepada beberapa faktor persekitaran sosial yang boleh memberi kesan secara timbal balas terhadap proses pembentukan tingkah laku seseorang. Antara faktor sosial tersebut ialah ibubapa, guru, rakan sebaya, persekitaran sekolah, persekitaran masyarakat dan media massa (artis) turut 219

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 5 NO.2 SEPTEMBER 2018 memberi sumbangan terhadap peribadi dan tingkah laku seseorang melalui pelbagai corak pembelajaran sosial. Antara aspek pembelajaran sosial ialah permodelan, maklum balas, dorongan dan halangan (Azhar, 2006). Manusia berbeza berdasarkan persekitaran di mana ia berada. Sesiapa yang mendapati dirinya berada dalam persekitaran dan pendidikan yang membantunya ke arah kebaikan, maka dirinya akan cenderung menjadi baik dan jika dirinya berada dalam persekitaran dan pendidikan yang mendorongnya ke arah kejahatan, maka dirinya akan terpengaruh untuk berakhlak buruk. Keperibadian manusia itu berkembang bergantung kepada kualiti pengalaman hidup dan hasil interaksi dengan lingkungan (Norlizah, 2014). Penelitian terhadap riwayat hidup orang soleh adalah sebagai usaha memperteguhkan keazaman dan memperoleh kebaikan. Ia juga bagi memudahkan proses penerapan akhlak mulia dalam diri seseorang. Ini kerana manusia secara fitrah adalah suka meniru dan akan mendapat manfaat atau mudarat dengan sifat tersebut (Muhammad Abul Quasem, t.t). Remaja amat cenderung untuk meniru sesuatu perkara sama ada budaya, sifat, adat dan perkembangan cabaran teknologi semasa. Dengan meneliti kisah-kisah remaja di dalam al-quran akan membantu remaja meniru ikon-ikon yang baik dalam menjalani kehidupan serta mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara yang negatif. Oleh itu, kajian ini dilakukan dengan analisis terhadap ikon remaja bagi melihat riwayat hidup orang soleh dengan analisis dilakukan terhadap ayat al-quran yang menyentuh kisahkisah remaja di dalam al-quran. Penelitian perbahasan adalah menggunakan teori pembelajaran sosial dengan melihat kisah-kisah remaja dalam al-quran sebagai model atau ikon dalam proses membentuk jati diri melalui pembelajaran persekitaran sosial. Selain itu maklum balas persekitaran sosial terhadap diri remaja sebagai panduan pembentukan jati diri remaja. Turut dianalisis ialah dorongan yang diberikan kepada remaja dalam melakukan kebaikan berdasarkan kisah remaja di dalam al-quran dan halangan kepada remaja supaya tidak melakukan perkara yang menyalahi syariat. 220

ه Pembentukan Jati Diri Remaja Melalui Pembelajaran Persekitaran Sosial: Analisis Menurut Perspektif Al-Quran 2.1 Pemilihan Ikon yang Baik untuk dicontohi Pemilihan ikon yang baik adalah salah satu perkara yang mempengaruhi pembentukan jati diri remaja. Ianya adalah model yang dilihat, dirujuk, ditiru oleh remaja dalam pelbagai aspek. Remaja akan terpengaruh dengan ikon yang dipilih olehnya berdasarkan kecenderungan diri. Kehidupan para sahabat bersama dengan Rasulullah SAW menjadikan mereka terpengaruh dengan semangat juang Rasulullah SAW dalam menyebarkan agama. Didikan Rasulullah SAW supaya taat kepada Allah SWT serta jaminan ganjaran syurga bagi mereka yang taat kepada Allah SWT menjadikan para sahabat sanggup berkorban untuk agama. Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik dalam aspek pembangunan sahsiah, al- Quran memaparkan sahsiah Rasulullah SAW dalam beberapa aspek iaitu hidup dalam kebaktian, kasih sayang terhadap muslim, sentiasa memberi bimbingan ke arah kebenaran, tidak berbicara berlandaskan nafsu dan tidak lemah menghadapi ujian (Zuklifli, 2014). Antara sahabat yang berjuang bersama-sama dengan Rasulullah SAW ialah Thauban iaitu seorang hamba Rasulullah SAW yang mengingati banyak ilmu. Beliau digelar Aba Abd Allah atau Aba Abd Rahman. Meninggal dunia pada tahun 54H. (al-dhahabi, 2004) Nama beliau ialah Thauban bin Bujdud. Iz al-din Abi Al-Hasan (Ibnu Athir., 2012). Kecintaan dan ketaatan beliau kepada Rasulullah SAW menjadikan beliau mengikuti apa sahaja untuk membantu perjuangan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT dalam Surah al-nisa (4:69) ٦٩ ن و ن ل ن و ٱل ي ن و ٱل ه ه ء و ٱص ه ل ئ ك ر ف ي ا أ و ل ئ ك م ع ٱ ل ين أ نع م ٱ ه لل ع ل يه م م ن ٱنل ه ب ي و ٱل ه رس ول ف أ ط ع ٱ ه لل و ن ي و م Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan rasulnya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu nabinabi dan orang-orang Siddiqin dan orang-orang yang syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat). Al-Tabari dalam tafsirnya menyebut bahawa ia orang yang menerima suruhan Allah dan rasul, ikhlas dan redha kepada hukum-hukum Allah dan rasul. Menjauhi maksiat kepada Allah dan mereka adalah orang yang Allah beri hidayah dan petunjuk untuk mentaati Allah dalam 221

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 5 NO.2 SEPTEMBER 2018 kalangan nabi serta memasuki syurga Allah SWT (Al-Tabari, 1994). Ayat ini diturunkan kepada Thauban hamba Rasulullah SAW yang mana ia jika tidak bertemu dengan Rasulullah SAW akan merasa rindu yang mendalam. Rasulullah SAW dijamin memasuki syurga dan ia menyatakan bahawa jika ia memasuki syurga maka tempatnya adalah lebih rendah daripada Rasulullah SAW. Dan jika tidak masuk syurga maka selamanya tidak dapat bertemu dengan Rasulullah SAW, maka Allah turunkan ayat ini (al-qurtubi, 2006). Kisah Thauban jelas menunjukkan bahawa antara proses pembentukan jati diri dengan pembelajaran persekitaran sosial yang dinyatakan di dalam al-quran ialah memilih ikon yang baik untuk ditiru dalam kehidupan. Ini kerana remaja amat mudah meniru apa yang dilihat, dengan memilih ikon yang baik maka kesan yang akan diperolehi juga adalah baik. Ternyata Thauban membentuk jati diri dengan meniru akhlak ikon yang terbaik iaitu Rasulullah SAW. Apa sahaja yang dilakukan oleh Rasulullah SAW menjadi ikutan dalam kehidupan, kesannya beliau lahir sebagai seorang remaja yang mempunyai jati diri yang bertepatan dengan kehendak agama Islam. Remaja pada masa kini juga perlu memilih ikon yang baik sebagai ikutan mereka agar dapat membentuk jati diri yang bertepatan dengan nilai Islam. 2.2 Maklum Balas Persekitaran Maklum balas persekitaran sosial yang dimaksudkan adalah persekitaran sosial yang memberi kesan dalam kehidupan remaja. Maklum balas persekitaran sosial yang positif menjadi dorongan kepada remaja melakukan kebaikan. Manakala maklum balas persekitaran yang negatif menjadi halangan kepada remaja agar tidak melakukan perkara tersebut. Kedua-dua unsur positif dan negatif menjadi pembelajaran persekitaran kepada remaja dalam proses membentuk jati diri. Walaupun remaja mempunyai kecenderungan meniru perkara yang negatif, namun kekuatan kerohanian akan menjadikan remaja dapat membezakan perkara yang baik dan buruk. Kesannya remaja tidak terlibat dengan masalah sosial yang meruncing pada masa kini. Antara remaja yang dilihat membentuk jati diri dengan maklum balas persekitaran sosial ialah Arqam bin Abi al-arqam, nama beliau ialah al-arqam bin Abi al-arqam bin Asad b. Abd 222

Pembentukan Jati Diri Remaja Melalui Pembelajaran Persekitaran Sosial: Analisis Menurut Perspektif Al-Quran Allah b. Umar al-makhzumi. Merupakan salah seorang yang terlibat dalam peperangan badar dan seorang pemikir dalam kalangan Quraisy. Rumahnya menjadi tempat Rasulullah SAW bersembunyi dalam dakwah baginda SAW. Meninggal dunia pada tahun 53H ketika berusia 83 tahun. Sa ad bin Abi Waqqas mengimam solat jenazahnya. (al-dhahabi, 2004) dan beliau dimakamkan di Baqi (Ibnu Athir, 2012). Beliau terlibat secara langsung dengan dakwah Rasulullah SAW pada peringkat awal dengan menjadikan rumahnya sebagai pusat menyebarkan dakwah Islam. Beliau antara remaja yang awal memeluk Islam iaitu ketika usia 16 tahun (Sulaiman, 2008) dan tergolong dalam kalangan 40 orang pertama yang memeluk agama Islam dalam kalangan Muhajirin dan Ansar. Firman Allah SWT dalam Surah al-taubah 9:100 Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orangorang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, itulah kemenangan yang besar. Imam Ibn Kathir (2010), ketika membahaskan ayat tersebut menyatakan bahawa ayat ini menjelaskan berkenaan keutamaan kaum Muhajirin dan Ansar serta orang-orang yang mengikuti mereka. Allah SWT redha terhadap orang-orang yang pertama kali masuk Islam dalam kalangan Muhajirin dan Ansar serta orang yang mengikuti mereka. Keredhaan Allah SWT kepada mereka dan Allah SWT menyediakan bagi mereka syurga yang dipenuhi dengan nikmat yang berkekalan. Kisah Arqam bin Abi al-arqam membuktikan bahawa persekitaran remaja amat berpengaruh dalam membentuk jati diri mereka. Arqam bin Abi al-arqam berpegang dengan agama Islam kesan daripada persekitaran dakwah yang berlaku di rumahnya. Ia menjadikan 223

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 5 NO.2 SEPTEMBER 2018 beliau mempunyai keutuhan keimanan kepada Allah SWT. Kisah ini wajar dijadikan panduan oleh remaja pada masa kini supaya membina suasana yang membantu meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dan tidak terlibat dengan budaya negatif. 2.3 Dorongan dalam Melakukan Kebaikan Dorongan adalah kekuatan yang menggerakkan manusia melakukan sesuatu perkara dan tingkah laku. Antara dorongan yang disebut di dalam al-quran ialah dorongan supaya manusia menjaga diri seperti memenuhi rasa lapar, haus, sakit dan lain-lain. Dorongan untuk kesinambungan kehidupan seperti seksual dan keibubapaan. Dorongan psikologi iaitu memenuhi keperluan individu seperti penghargaan dan penghormatan serta dorongan spiritual seperti dorongan untuk bertaqwa, beragama, kebajikan dan kebenaran (Imron, 2015). Semua aspek dorongan ini akan mempengaruhi pembentukan jati diri remaja. Dorongan dalam melakukan kebaikan adalah dorongan spiritual yang memberi motivasi dalam membentuk jati diri remaja. Fitrah manusia umumnya gemar kepada imbuhan selepas melakukan sesuatu perkara. Allah SWT menjanjikan syurga kepada orang-orang beriman yang patuh dengan syariat Islam. Antara pemuda yang terdorong melakukan kebaikan dengan jaminan syurga oleh Allah SWT ialah Syadad bin Aus yang diakui sebagai seorang pemuda yang hebat dalam mengawal kemarahan (Muhammad, 2001). Nama beliau ialah Syadad b. Aus b. Thabit b. Haram. Abi Darda menyebut bahawa dalam setiap umat terdapat seorang yang faqih dan Syadad b. Aus adalah seorang yang faqih pada masa tersebut. Beliau merupakan seorang yang berilmu dan mempunyai adab yang tinggi, jelas dalam berkata-kata dan sabar ketika marah. Beliau meninggal dunia pada tahun 58H. (al-dhahabi, 2004) Beliau dikenali dengan gelaran Abu Ya la atau Abu Abd al-rahman. Seorang yang banyak melakukan ibadat, wara dan takut kepada Allah SWT. (Ibnu Athir, 2012). Ianya disebut dalam Surah Ali Imran (3:133-134) 224

Pembentukan Jati Diri Remaja Melalui Pembelajaran Persekitaran Sosial: Analisis Menurut Perspektif Al-Quran dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkaraperkara yang baik. Allah SWT menjanjikan ganjaran kepada manusia yang berlumba-lumba melakukan kebaikan. Ayat ini tidak hanya berbahas berkenaan riba, wakaf, sedekah, malah ia mengandungi makna yang lebih besar iaitu keselamatan pergaulan kehidupan di dunia yang berpegang kepada taqwa dan keselamatan di akhirat kelak (Hamka, 2017). Antara aspek pergaulan dalam kehidupan manusia ialah perkara yang menguji kesabaran manusia dan menyebabkan kemarahan. Syadad bin Aus merupakan ikon remaja dalam al-quran yang mampu mengawal kemarahan kerana Allah SWT menjanjikan ganjaran syurga bagi manusia yang menahan kemarahan. Remaja perlu mengaplikasi sifat menahan kemarahan kerana marah akan mendorong remaja melakukan sesuatu tanpa berfikir kesan dan akibat sesuatu perbuatan. Sebagai contoh remaja mudah terdorong untuk marah jika keinginan mereka tidak dipenuhi. Ia akan menjadikan mereka melepaskan emosi mereka dengan melakukan perkara yang menyalahi agama seperti penagihan dadah dan mencuri. Menurut Said bin Abd al-aziz, Syadad b. Aus mempunyai dua kelebihan iaitu percakapan yang jelas, dan mampu menahan kemarahan (Muhammad, 2001). Beliau seorang sahabat yang hebat dalam menahan kemarahan dan janji Allah SWT terhadap orang yang berjaya mengawal kemarahan menjadikan dirinya mengaplikasi sifat tersebut. Beliau membentuk akhlak dengan dorongan dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap orang yang menahan kemarahannya iaitu keampunan daripada Allah SWT. Remaja pada masa kini juga perlu dibantu proses membentuk jati diri dengan dorongan dan galakan atas sesuatu perbuatan yang mereka 225

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 5 NO.2 SEPTEMBER 2018 lakukan seperti tidak mencuri atau beramanah dalam pekerjaan dengan tidak mengambil hak orang lain. Ia sebagai motivasi untuk berakhlak mulia dan memahami kesan daripada sesuatu sikap dan tindakan. Dengan kefahaman tersebut remaja akan membentuk jati diri yang baik dan tidak terlibat dengan budaya yang negatif. 2.4 Halangan daripada Melakukan Perkara yang dilarang dalam Agama Halangan dalam kajian ini adalah halangan supaya tidak melakukan perkara yang menyalahi syariat Islam. Remaja perlu membentuk jati diri dengan halangan daripada melakukan sesuatu perkara. Halangan tersebut menjadikan remaja dapat membezakan antara perkara yang menepati syariat dan perkara yang dilarang syariat. Kisah Abd Allah b. Hanzalah yang takut akan azab Allah SWT boleh dijadikan panduan kepada remaja dalam membentuk jati diri. Sifat dan sikapnya ketika mendengar ayat al-quran berkenaan balasan bagi orang yang ingkar kepada Allah SWT amat dikagumi dan wajar dicontohi. Nama beliau ialah Abd Allah b. Hanzalah al- Ghasil b. Abi Amir al-rahib. Beliau dalam kalangan Sighar sahabat. Firman Allah SWT dalam Surah al- Araf (7:41): Disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari api neraka, dan di atas mereka lapisanlapisan penutup (dari api neraka) dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang zalim (disebabkan keingkarannya). Abd Allah bin Hanzalah adalah remaja yang takut kepada Allah SWT ketika mendengar ayat tersebut dibaca beliau menangis dan bangun berdiri, maka sahabat yang lain bertanya padanya wahai Aba Abd al-rahman, duduklah. Maka beliau menjawab bahawa ayat tersebut menyatakan tentang neraka jahanam menyebabkan ia berdiri kerana tidak mahu menjadi sebahagian daripada yang masuk ke dalam neraka (Muhammad, 2014). Abd Allah bin Hanzalah ketakutan apabila mendengar bahawa orang-orang yang ingkar kepada Allah SWT akan 226

Pembentukan Jati Diri Remaja Melalui Pembelajaran Persekitaran Sosial: Analisis Menurut Perspektif Al-Quran dimasukkan ke dalam neraka, ancaman tersebut menjadi halangan kepada beliau supaya tidak ingkar kepada suruhan Allah SWT dan mengikuti syariat Islam. Kisah Abd Allah bin Hanzalah menunjukkan halangan dalam melakukan sesuatu perkara adalah salah satu aspek pembentukan jati diri dalam aspek persekitaran sosial di dalam al-quran. Halangan daripada melakukan sesuatu yang menyalahi syariat supaya dapat menghindari diri daripada melakukan maksiat. Kefahaman yang baik berkenaan halangan atau larangan dalam Islam menjadikan seseorang selamat daripada melakukan dosa. Kisah ini wajar dijadikan panduan kepada remaja pada masa kini dalam membentuk jati diri iaitu dengan meyakini azab Allah SWT terhadap orang yang melakukan dosa, ia akan menjadi halangan supaya tidak melakukan maksiat kepada Allah SWT. 3.0 KESIMPULAN Al-Quran adalah sebaik-baik kitab yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia. Padanya terdapat panduan dan nasihat dalam menjalani kehidupan. Kehebatan al-quran tidak terbatas hanya pada susunan bahasanya yang indah, isi kandungannya yang mampu menyebut perkara yang lepas dan akan datang. Malah kehebatannya terbukti apabila setiap sisi al-quran boleh diambil kefahaman umum ayat tersebut untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian. Kepelbagaian perspektif yang boleh diambil daripada ayat-ayat al-quran menjadikan al-quran kitab yang hebat sepanjang zaman. Antaranya pembentukan jati diri remaja yang dipaparkan daripada kisah ikon remaja dalam al-quran seperti kisah Thauban yang memilih ikon yang baik dalam membentuk jati dirinya iaitu Rasulullah SAW, Kisah Arqam bin Abi al-arqam yang membentuk jati diri dengan persekitaran dakwah pada masa tersebut, kisah Syadad bin Aus yang terdorong menahan kemarahannya apabila mengetahui nikmat syurga yang Allah SWT berikan kepada orang yang menahan kesabaran dan kisah Abd Allah bin Hanzalah yang takut melakukan dosa ketika mendengar ayat al-quran yang menceritakan tentang azab api neraka. Kisah yang dipaparkan tersebut boleh dijadikan panduan oleh semua pihak dalam membantu mengatasi masalah sosial pada masa kini dengan mengambil ibrah daripada ikon remaja di dalam al-quran. Remaja pada masa kini perlu dibentuk dengan memilih ikon yang 227

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 5 NO.2 SEPTEMBER 2018 baik untuk ditiru dalam kehidupan mereka. Mereka perlu diberi penjelasan sesuatu yang baik dan buruk supaya tidak salah dalam memilih idola dalam kehidupan mereka. Remaja juga perlu berada dalam suasana persekitaran yang kondusif dan mampu membantu mereka mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pusat hiburan perlu ditutup bagi mengelakkan remaja terlibat dengan budaya tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, minum minuman keras, penzinaan dan perkara negatif yang lain. Program-program untuk membentuk jati diri remaja perlu diperbanyakkan sama ada melalui persatuan remaja dalam kerajaan atau badan bukan kerajaan dengan memberi penekanan terhadap jati diri spiritual. Ia akan membantu membentuk jati diri remaja menepati kehendak syariat Islam. 228

RUJUKAN Pembentukan Jati Diri Remaja Melalui Pembelajaran Persekitaran Sosial: Analisis Menurut Perspektif Al-Quran Abd Allah Muhammad Ahmad Abi Bakr al-qurtubi, (2006). al-jami Li Ahkam al-quran Beirut: Muasasah al-risalah. Abi Abd Allah b. Syams al-din al-dhahabi. (2004). Siyar Alam al-nubala. Riyard: Bait al- Afkar al-dawliyyah. Abi Ja far Muhammad Jarir al-tabari, (1994). Jami al-bayan An Ta wil ai Al-Quran. Beirut: Muassasah al-risalah. Ariffin Mohamed, (2015). Pembentukan Motivasi dan Jati Diri Pesakit Melalui Rawatan Metafizik Islam di Pyracosmic, Subang, Selangor. Kajian Doktor Falsafah, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya. Azhar Ahmad, (2006). Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam dan Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah di Sarawak (tesis kedoktoran, Universiti Kebangsaaan Malaysia. Fakh al-din Al-Razi, (1981). Mafatih al-ghaib. Beirut: Dar al-fikr. Fathi Fauzi Abd al-mu ti, (2009). Syabab Haul al-rasul. Kaherah: Dar al-tawzi wa al-nasr. Hamka (2017). Tafsir al-azhar. Selangor: PTS. http://m.utusan.com.my (11 September 2016). Imron, (2015). Dorongan Fisiologis, Psikis Dan Spiritual Dalam Al-Quran. Jurnal Tarbiyatuna, Vol.6. Iz al-din Abi Al-Hasan Ibnu Athir (2012) Usd al-ghabah Fi Ma rifah al-sahabah. Beirut: Dar Ibn Hazm. Jamilah Kamarudin, Dicapai pada 13 Mei 2015, http://www.freemalaysiatoday.com/. Jas Laile Suzana Jaafar. (2008). Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja. Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Khalid Muhammad Khalid. (2000). Rijal Haul al-rasul.beirut: Dar al-muayyad. Misbah Em Majidy. (2013). Pemuda Pemudi Hebat Yang Tersurat Dalam al-quran.kuala Lumpur: Jundi Resources. Muhammad Abd Allah al-duwaish. (2014). Syabab al-sahabah. Riyard: Midar al-watan Li al- Nasr. Muhammad Abul Quasem. (t.t). The Ethics Of Al-Ghazali : A Composite Ethics In Islam (Selangor: Crescent News (KL) Sdn. Bhd). 229

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 5 NO.2 SEPTEMBER 2018 Muhammad al-husain Mas ud al-baghawi. (2002). Ma alim al-tanzil. Lubnan : Dar Ibn Hazm. Muhammad Amin b. Muhammad Mukhtar al-shanqiti (t.t). Adwa al-bayan Fi Idah al-quran. Jeddah: Majma al-fiqh al-islami. Norlizah Che Hassan (2014). Dinamika Kendiri Remaja. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Sulaiman bin Qasim al-ied. (2008). Pemuda yang dirindukan syurga, terj. Nur Syifaa Hussin Aslita Sdn Bhd: Selangor. Zulkifli Hj Yusoff. (2014). Pembangunan Ummah Dari Perspektif Al-Quran, Jurnal al-bayan 230