CIRI-CIRI MODUL KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN BAHASA ARAB (KMKBA) MENGIKUT KEPERLUAN PELAJAR PERINGKAT UNIVERSITI DI MALAYSIA

Similar documents
Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

-*.- Program Pensiswa

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

Kemahiran Rasm Mushaf Uthmani Guru J-QAF Negeri Terengganu

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

PENGHARGAAN., para sahabat dan tabi`in. Bersyukur kepada Ilahi kerana dengan

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Persepsi Siswa/Siswi Terhadap Kaedah Merujuk Buku Dalam Peperiksaan: Satu Kajian Kes Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. 1.0 PENGENALAN sejarah

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LAPORAN JAWATANKUASA MAJLIS DEKAN-DEKAN PENGAJIAN ISLAM MENGKAJI PROFIL PENGAJIAN ISLAM INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Khairun Nisaa bt Mohd Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Transcription:

Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 E-ISSSN: 0127-8002 2018, Bilangan 11, Isu 1, Halaman 15-27 CIRI-CIRI MODUL KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN BAHASA ARAB (KMKBA) MENGIKUT KEPERLUAN PELAJAR PERINGKAT UNIVERSITI DI MALAYSIA FEATURES IN MODULE OF ARABIC WRITING SKILLS (KMKBA) BASED ON THE UNIVERSITY STUDENT REQUIREMENT IN MALAYSIA Mohamad Rofian Ismail 1*, Ahmad Redzaudin Ghazali 2, Dr. Khairatul Akmar Ab. Latif 3, Dr. Muhammad Daoh 4 * Penulis Penghubung 1 Pensyarah, Jabatan pengajian bahasa dan Linguistik Arab (JPBLA), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mohdrofian@kuis.edu.my 2 Pensyarah, Jabatan pengajian bahasa dan Linguistik Arab (JPBLA), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) redzaudin@kuis.edu.my 3 Pensyarah, Jabatan pengajian bahasa dan Linguistik Arab (JPBLA), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), khairatulakmar@kuis.edu.my 4 Pensyarah, Fakulti Pendidikan & Sains Sosial, Universiti Selangor (UNISEL), muhammad66@unisel.edu.my * Penulis Penghubung Artikel diterima: 26 Jan 2018 Selepas Pembetulan: 31 Mei 2108 Diterima untuk terbit: 2 Ogos 2018 Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab untuk pelajar peringkat universiti di Malaysia. Kajian dijalankan atas 283 orang pelajar daripada empat buah universiti yang menawarkan program sarjana muda bahasa Arab iaitu Universiti Malaya (26 orang), Universiti Kebangsaan Malaysia (41 orang), Universiti Sultan Zainal Abidin (86 orang), dan Universiti Sains Islam Malaysia (130 orang) menggunakan teknik persampelan berstrata. Kajian tinjauan dijalankan dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi sepuluh pembolehubah berkaitan domain keperluan pelajar untuk pembangunan modul KMKBA. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22.0. Kaedah analisis deskriptif mudah iaitu skor min analisis di gunakan untuk memperoleh dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua pembolehubah yang dikaji berada pada intepretasi skor min yang sangat tinggi iaitu mengikut julat antara 4.21-5.00 (Alias Baba, 1999). Dapatan ini menunjukkan para pelajar peringkat universiti sangat setuju dengan pembangunan rekabentuk dan ciri-ciri yang terdapat pada modul KMKBA. Kata kunci Ciri-Ciri Modul, Menulis Karangan Bahasa Arab, Pelajar Universiti JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU 1 15

Abstract This study aims to identify the needs of module of writing skill in Arabic language essay for university level students in Malaysia. The study was conducted on 283 students from four selected universities offering Arabic undergraduate programs namely the University of Malaya (26 students), National University of Malaysia (41 students), Sultan Zainal Abidin University (86 students) and Islamic Science University of Malaysia (130 people) using stratified sampling techniques. The survey was conducted using a questionnaire containing ten variables related to the needs of the students' domain for the development of the module of writing skill in Arabic language essay (KMKBA). Data obtained in the analysis using Statistical Packages for the Social Science (SPSS) version 22.0. The simple descriptive analysis method is the min score of the analysis used to obtain the findings. The findings show that all the variables studied are very high mean interpretation of the mean score ranging from 4.21-5.00 (Alias Baba, 1999). This finding shows that university-level students strongly agree with the development of the design and features found in the KMKBA module. Keywords Module Criteria, Arabic Essay, Writing Skill, University students 1. Pendahuluan Kemahiran menulis bahasa Arab peringkat tinggi khususnya penulisan karangan merupakan antara kandungan subjek teras kemahiran bahasa yang perlu dipelajari oleh pelajar di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Terdapat tujuh Institusi Pengajian Awam (IPTA) iaitu UIA, USIM, UPM, UKM, UNISZA, UPSI, dan UM serta 16 buah Institut Pengajian Swasta Islam (IPTSI) yang menawarkan program sijil peringkat tinggi seperti diploma dan sarjana muda dalam bahasa Arab (Hanafi Dolah 2014). Kesemuanyanya mewajibkan setiap pelajar mengikuti subjek kemahiran menulis berpandukan isi kandungan dan sukatan pelajarannya yang tersendiri (Yaser Ismail 2007). Hampir kesemua institusi pengajian tinggi awam dan swasta telah pun mempunyai modul kemahiran menulis bahasa Arab yang digubal dan dibangunkan sendiri. Hal ini menyebabkan ketidaksamaan dan ketidakseragaman seterusnya menimbulkan perbezaan yang agak ketara pada ciri-ciri, corak dan rupa bentuk isi kandungan yang digunakan dalam modul tersebut. Rozuki Arifin & Marzuki Manan (2011) menyatakan bahawa terdapat juga institusi pengajian tinggi yang tidak mempunyai modul tersendiri untuk pelajar yang mempelajari kemahiran menulis bahasa Arab peringkat tinggi. Mereka hanya merujuk pelbagai bahan bacaan dan sumber rujukan berkaitan kemahiran menulis dan menggunakannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Akibatnya, pelajar terpaksa mencari bahan pembelajaran yang sesuai dan menepati corak isi kandungan kemahiran menulis yang dipelajari di dalam kelas. Justeru, ketidakseragaman penggunaan modul kemahiran menulis peringkat tinggi untuk pelajar sarjana muda bahasa Arab di institusi pengajian tinggi di Malaysia telah memberi kesan yang negatif kepada pelajar dalam menguasai kemahiran menulis (Saupi Man, 2007). JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU 1 16

Abdul Rahman Chik (2007) menegaskan bahawa semua institusi pengajian tinggi di Malaysia boleh membina kurikulum bahasa Arabnya sendiri tetapi mestilah mengikut standard kualiti yang telah ditetapkan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA). Kurikulum bahasa Arab yang standard dan berkualiti pastinya dapat menjamin penguasaan pelajar dalam kemahiran menulis bahasa Arab dengan baik khususnya penulisan karangan. Namun realitinya di Malaysia adalah berbeza kerana terdapat kajian menunjukkan bahawa kelemahan pelajar dalam kemahiran menulis karangan berpunca daripada faktor kurikulum dan buku teks atau modul. Kajian Nor Azizi et al. (2007) dan Samah (2012), menunjukkan tahap pelajar IPTA dalam menulis karangan bahasa Arab adalah lemah, dan kelemahan ini mestilah ditangani dengan segera. Mereka mencadangkan agar bahan bahan pengajaran penulisan seperti modul-modul latihan menulis perlu dipelbagaikan dan diperbanyakkan. Samah (2012) pula menambah sukatan pelajaran yang terlalu banyak dan membebankan pelajar telah mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Dapatan ini sejajar dengan kajian Ab. Halim Mohamad & Wan Muhammad Wan Sulong (2013), bahawa kegagalan pelajar bahasa Arab menguasai bahasa Arab walaupun telah mempelajari bahasa itu dalam tempoh yang lama, antara lain adalah disebabkan oleh kelemahan buku teks. Persoalannya, adakah buku teks mahupun modul kemahiran menulis bahasa Arab benar-benar lemah kerana tidak mempunyai ciri-ciri modul yang sesuai dan mantap? Berdasarkan kepada pemerhatian dan juga pengalaman pengkaji dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di Institusi Pengajian (IPT), mendapati modul kemahiran menulis bahasa Arab peringkat tinggi di Malaysia adalah sangat terhad dan terlalu sedikit, ditambah pula dengan bentuk dan corak kandungannya yang berbeza dan hanya sesuai dengan tahap segelintir pelajar bahkan ia hanya menepati matlamat atau objektif sesebuah institusi pengajian yang menggunakan modul tersebut. Setakat ini, pengkaji masih belum menjumpai satu modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab yang benar-benar berkesan dari segenap sudut yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab serta bersesuaian dengan pelajar peringkat universiti. Rentetan daripada isu-isu yang dibincangkan tadi, pengkaji berpendapat bahawa masalah kemahiran menulis karangan bahasa Arab dalam kalangan pelajar sarjana muda bahasa Arab di IPT antaranya adalah berpunca daripada ketiadaan modul yang memenuhi ciri-ciri sebuah modul yang efektif yang boleh membantu mereka meningkatkan kemahiran menulis karangan. Justeru, pengkaji merasakan bahawa satu kajian tentang keperluan modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab (KMKBA) untuk pelajar peringkat universiti di Malaysia perlu dijalankan dengan segera. Kepentingan Modul dalam Pengajaran David Nunan (2006) menjelaskan bahawa pembinaan kurikulum atau silibus lebih tertumpu kepada pemilihan dan penggredan atau penarafan isi kandungan, manakala metodologi memberi perhatian kepada pemilihan aktiviti dan tugasan pembelajaran. Justeru, beliau merumuskan bahawa JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU 1 17

kurikulum memberi fokus kepada perkara yang melibatkan perancangan, pelaksanaan, penilaian, pengurusan, dan pentadbiran program pendidikan manakala silibus memberi tumpuan secara khusus kepada pemilihan dan penarafan isi kandungan. Yalden (1984) dalam (David Nunan, 2006) pula berpendapat bahawa silibus menggantikan konsep metod dan silibus pada masa kini dilihat sebagai instrumen yang mana seorang guru dengan bantuan penggubal silibus mampu mencapai tahap sepadan atau sesuai antara keperluan dan objektif pelajar iaitu sebagai manusia dan juga individu dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kelas. Modul didefinisikan sebagai satu kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan mengikut jangka masa yang ditetapkan. Sesuatu modul itu adalah lengkap untuk sesuatu unit pembelajaran (Moon, 1988). Pengajaran dan pembelajaran bermodul memberi peluang kepada pengguna untuk belajar secara terarah kendiri, akses kendiri dan mengikut keupayaan sendiri. Oleh itu, modul terancang merupakan cara terbaik untuk memilih dan menyampaikan isi kandungan pelajaran secara tersusun, terancang serta berperingkat (Jonassen at al. 1985). Modul pengajaran merupakan satu koleksi pengalaman pembelajaran yang terancang dan tersusun, biasanya dalam bentuk pengajaran kendiri untuk mencapai objektif-objektif pembelajaran yang ditetapkan dalam jangka masa beberapa jam ataupun minggu (Yusup dan Razmah,1993). Penggunaan modul boleh mengganti tugas guru kerana pelajar boleh mempelajari sendiri mengikut keupayaan mereka dan juga boleh digunakan untuk tujuan pemulihan (Jonassen at al.1985). Terdapat berbagai-bagai bentuk modul tetapi kebanyakan modul mempunyai komponen berikut: rasional, objektif, ujian kemasukan, bahanbahan pelbagai media, kegiatan pembelajaran, ujian kendiri dan ujian pasca (Heinich, Molenda dan Russell,1989). Menurut Yusuf dan Razmah (1993) ciriciri modul yang baik ialah: Modul yang dibentuk dapat memudahkan pembelajaran kendiri. Pembelajaran anjal di mana modul dapat disusun dengan pelbagai cara. Memberi kebebasan untuk belajar mengikut masa, keselesaan dan kecepatan sendiri. Boleh digabungkan dengan media lain. Memberi pelajar belajar secara perlakuan melalui kegiatan. Ciri-Ciri Modul Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Arab Dalam pembinaan modul bahasa Arab, Tai mah (1986) mengemukakan 5 kriteria utama yang menjadi asas kepada pembinaannya iaitu kesahan(validity), signifikan, kepentingan (interest), Kebolehan belajar (learnability) dan universality. Selain itu, kandungan modul yang digunakan perlu merangkumi aspek Lughawi, Adabi, Thaqafi dan Ijtima i. Beberapa buah modul dan buku dalam dan luar negara dari sudut corak, ciri-ciri dan rekabentuknya telah dikaji dan dianalisis dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat dan gambaran serta panduan dalam JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU 1 18

pembinaan modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab peringkat tinggi. Berikut dinyatakan beberapa gambaran, corak dan ciri silibus dan modul yang berkaitan dengan kemahiran menulis karangan bahasa Arab untuk bukan penutur asli bahasa Arab. Dr. Maher Sya ban Abdul Bari (2010) Al-Kitaabah Al-Wazifiyyah Wa Al-Ibda iyyah, Al-Majaalaat, Al-Mahaaraat, Al-Ansyitah, Wa Al-Taqwim. Dar Al-Masiirah: Amman. Buku ini menerangkan tentang Jenis-jenis penulisan karangan bahasa Arab serta kaedah dan strategi yang diguna pakai dalam pengajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Ia meliputi penerangan secara teori dan praktikal. Ia juga menyentuh secara langsung tentang bentuk penulisan karangan rasmi dan karangan kreatif beserta latihan-latihan pengukuhan. Terdapat banyak contoh-contoh karangan dengan pelbagai format dan bentuk dipetik dari akhbar seterusnya digunakan secara realiti dalam dunia Arab. Namun begitu, buku ini tidak sesuai dan tidak menepati keperluan pelajar yang bukan penutur asli bahasa Arab dalam mempelajari teknik mengarang kerana perbendaharaan kata dan gaya bahasa yang digunakan adalah terlalu tinggi dan hanya bersesuaian dengan orang Arab. Umumnya, buku ini amat berguna kepada pengkaji dalam membuat analisis kandungan dan perbandingan silibus antara sukatan pelajaran kemahiran menulis karangan bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat tinggi di Malaysia. Nazifah Mohd Said, Hisomuddin Ahmad, Nur Hafizah Abdul Aziz, (2014) Al-Lughah Al-Arabiah Lil Al-Marhalah Al-Jami iyyah, Al-Qira ah Wa Al- Kitabah. UKM cetak: Selangor. Buku ini dikarang khusus untuk semua pelajar sarjana muda di USIM. Buku ini memberi penekanan kepada dua kemahiran bahasa sahaja, iaitu membaca dan menulis. Ia juga ditulis oleh penulis bukan Arab khusus untuk pelajar Malaysia. Buku ini memaparkan perkaitan rapat antara kemahiran membaca dan menulis. Kandungan kemahiran menulis bermula dengan membina ayat sehingga pelajar dapat menyediakan sebuah karangan lengkap berdasarkan langkah-langkah dan prosedur penulisan yang telah dicadangkan. Walaupun terdapat kelemahan lain seperti kesesuaian pemilihan topik, penggunaan tanda wacana, dan kaedah umum penulisan yang tidak dinyatakan dalam buku ini namun ia amat bermanfaat kepada pengkaji dalam merancang dan merangka konsep asas teori menulis dalam pembinaan modul. Rozuki Arifin, Marzuki Manan, (2011). Teknik Efektif Penulisan Bahasa Arab. Nadwa Enterprise: Selangor. Ini adalah antara beberapa buku akademik berkaitan kemahiran menulis karangan bahasa Arab yang di tulis oleh penutur bukan Arab. Ia dikarang khusus kepada pelajar yang bukan penutur asli bahasa Arab. Persembahan buku ini sangat menarik kerana ia menggunakan dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Arab dalam penerangan dan penjelasan kaedah dan teknik mengarang. Kandungan buku ini bermula dengan pembinaan perkataan seterusnya ungkapan atau frasa, kemudian pembinaan ayat, diikuti dengan pembinaan perenggan perenggan yang akhirnya membentuk satu karangan lengkap. Buku ini menerapkan sentuhan pemikiran Melayu dalam mengarang dengan menyamakan istilahistilah dalam sistem bahasa Arab dengan istilah istilah dalam sistem bahasa Melayu. Walaupun buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis dalam JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU 1 19

pengajaran bahasa Arab, namun masih terdapat kelemahan dan kekurangan yang perlu dibuat penambahbaikan seperti kecelaruan dalam prosedur mengarang, ketiadaan langkah-langkah pengajaran dalam membina struktur ayat sehingga membentuk satu karangan yang lengkap. Namun begitu, pengkaji berpendapat buku ini amat diperlukan dalam merekabentuk persembahan isi kandungan modul. Marzuki Manan, (2014). Contoh-Contoh Karangan Bahasa Arab. Penerbitan Fargoes Sdn Bhd: Kuala Lumpur. Buku ini menghimpunkan contoh-contoh karangan mudah Bahasa Arab merangkumi karangan berbentuk bibliografi, trevelog (catatan perjalanan), memberikan pendapat, laporan, kata-kata hikmah dan juga madah pujangga Arab. Karangan yang dimuatkan dalam buku ini bersesuaian dengan tahap pelajar sekolah menengah di Malaysia. Persembahan isi kandungan adalah secara santai dan mudah iaitu dimulai dengan petikan karangan, kemudian kosa kata penting dikeluarkan dari petikan seterusnya mengeluarkan dua jenis struktur frasa iaitu struktur frasa kata nama dan struktur frasa kata sifat. Isi kandungan buku ini dipersembahkan menggunakan dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Arab.Terdapat 119 tajuk karangan contoh bahasa Arab yang mudah dalam buku ini yang dapat dimanfaatkan oleh pengkaji dalam menentukan sukatan tajuk modul kajian nanti. Kekurangan yang nyata pada buku ini ialah ia terlalu mudah dan santai sehingga mengabaikan strategi dan teknik pengajaran kemahiran mengarang. Tiada teori dan model pengajaran yang diketengahkan dalam modul ini sekaligus merencatkan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Ibrahim Shamsuddin, (2004) Marja al-thullab fi Taiseer Al-Insyak. Dar al-kutub al-ilmiyyah: Lubnan. Buku ini adalah buku yang telah dipermudahkan dalam pengajaran asas karangan bahasa Arab untuk pelajar peringkat awal. Ia adalah buku rujukan untuk pelajar Arab peringkat permulaan dalam mengarang karangan berbentuk deskriptif dan penceritaan. Terdapat banyak panduan menulis karangan serta latihan bersifat intensif seperti teknik membina idea utama, mengembangkan isi kandungan dan menguatkan idea utama menggunakan ayat penguat dan sokongan seperti kata-kata ulamak, pepatah arab, kata-kata hikmah dan juga syair-syair. Buku ini amat sesuai untuk penutur asli bahasa Arab. Namun beberapa teknik, corak dan kaedah persembahan buku ini perlu diolah dan disesuaikan mengikut tahap penguasaan pelajar yang bukan penutur asli bahasa Arab dan boleh dimanfaatkan pengkaji dalam kajiannya. Secara kesimpulannya, pembinaan modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab pastinya mengambil kira pelbagai aspek-aspek penting pembangunan modul berdasarkan citarasa, kehendak dan keperluan pengguna sasaran iaitu pelajar di peringkat universiti yang mengambil jurusan bahasa Arab. JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU 1 20

2. Objektif Kajian Antara objektif kajian yang ingin dicapai melalui kajian ini adalah: 1 Mengenalpasti ciri-ciri modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab berdasarkan keperluan dan kehendak pelajar peringkat universiti. 2 Menganalisis keperluan pelajar peringkat universiti dalam membangunkan Modul Kemahiran Menulis Karangan bahasa Arab. 3 Mencadangkan ciri-ciri modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab berdasarkan analisis dan dapatan kajian. 3. Persoalan Kajian Kajian ini akan mendapatkan jawapan, dapatan dan solusi melalui beberapa persoalan kajian yang telah digariskan iaitu: 1 Apakah ciri-ciri modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab mengikut keperluan dan kehendak pelajar peringkat universiti? 2 Apakah aspek yang diperlukan oleh pelajar peringkat universiti dalam pembangunan Modul Kemahiran Menulis Karangan bahasa Arab? 3 Apakah cadangan dan resolusi yang diperolehi daripada analisis ciriciri modul kemahiran menulis karangan bahasa untuk pelajar universiti? 4. Metodologi Kajian Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif. Sebanyak 283 orang responden daripada empat buah universiti iaitu Universiti Malaya (26 orang), Universiti Kebangsaan Malaysia (41 orang), Universiti Sultan Zainal Abidin (86 orang) dan Universiti Sains Islam Malaysia (130 orang) dipilih sebagai sampel kajian. Satu set soalan kajiselidik telah diagihkan kepada responden kajian yang mengandungi sepuluh pembolehubah yang berkaitan dengan objektif kajian. Data yang diperoleh melalui soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22.0. Data-data daripada borang soal selidik telah dianalisis dan dipaparkan menggunakan kaedah analisis deskriptif mudah iaitu analisis skor min. Untuk itu, pengkaji memilih interpretasi skor min yang bersumberkan Alias Baba (1999) semasa membuat analisis dan ia adalah seperti dalam Jadual 1.0 di bawah. Jadual 1.0 Interpretasi Skor Purata dalam 5 tahap (Skala likert 5) Julat Tahap Skor Min 1.00 1.80 Sangat Rendah (SR) 1.81 2.60 Rendah (R) 2.61 3.40 Sederhana (S) JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU 1 21

5. Analisis Kajian 3.41 4.20 (T) 4.21 5.00 Sangat (ST) Sumber: Alias Baba (1999) Jadual 1.1 di bawah menunjukkan nilai min yang diperoleh untuk 10 item dalam domain ciri-ciri pembangunan modul KMKBA mengikut pandangan pelajar sarjana muda bahasa Arab di UM, UKM, USIM dan UNISZA dalam kemahiran menulis karangan bahasa Arab. Jadual 1.1: Min Ciri-Ciri Pembangunan Modul KMKBA NO ITEM MIN SISIHAN PIAWAI INTER- PRETASI 1 Kemahiran menulis karangan 4.31 0.70 Sangat bahasa Arab perlu dijadikan modul khusus. 2 Objektif dan kaedah pengajaran modul mestilah jelas dan bersesuaian dengan tahap keperluan pelajar universiti 4.36 0.71 Sangat 3 Model kerangka karangan perlu ditunjukkan penggunaannya dalam modul. 4 Teknik pengembangan ayat dan pengolahan idea utama dan sokongan perlu dipelbagaikan dalam modul. 5 Penggunaan tanda wacana dan fungsinya dalam penulisan karangan perlu dipelbagaikan dalam modul. 6 Tatabahasa Arab (Nahu & Soraf) perlu diterapkan dan ditunjukkan penggunaannya dalam modul. 7 Langkah-langkah penulisan karangan berbentuk jadual dan grafik perlu ditunjukkan penggunaannya dalam modul. 4.32 0.71 Sangat 4.36 0.69 Sangat 4.36 0.71 Sangat 4.42 0.69 Sangat 4.27 0.71 Sangat JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU 1 22

8 Kosa kata, frasa, dan gaya bahasa penulisan perlu ditunjukkan penggunaannya pada setiap topik penulisan karangan. 9 Penggunaan dwi bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Arab perlu dimasukkan dalam modul. 10 Latihan pengukuhan dan pengujian setiap topik yang berbentuk latih tubi perlu dipelbagaikan dalam modul. 4.37 0.71 Sangat 4.28 0.78 Sangat 4.40 0.71 Sangat Jadual 1.1 menunjukkan min keseluruhan untuk domain kajian berkaitan ciri-ciri pembangunan modul KMKBA mengikut pandangan pelajar sarjana muda bahasa Arab di UM, UKM, USIM dan UNISZA dalam kemahiran menulis karangan bahasa Arab. Secara umumnya, nilai min yang diperoleh daripada keempat-empat universiti untuk 10 item yang dikaji berada pada interpretasi min yang sangat tinggi. Dapatan kajian menunjukkan min pada item yang pertama iaitu Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Arab perlu dijadikan modul khusus berada pada interpretasi min yang sangat tinggi iaitu 4.31. Untuk item yang kedua iaitu objektif dan kaedah pengajaran modul mestilah jelas dan bersesuaian dengan tahap keperluan pelajar universiti nilai min berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.36. Nilai min untuk item yang ketiga iaitu model kerangka karangan perlu ditunjukkan penggunaannya dalam modul berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu 4.32. Untuk Item yang keempat iaitu teknik pengembangan ayat dan pengolahan idea utama dan sokongan perlu dipelbagaikan dalam modul nilai min berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu 4.36. Nilai min untuk item yang kelima iaitu penggunaan tanda wacana dan fungsinya dalam penulisan karangan perlu dipelbagaikan dalam modul berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu 4.36. Nilai min pada item yang keenam pula iaitu tatabahasa Arab (Nahu & Soraf) perlu diterapkan dan ditunjukkan penggunaannya dalam modul berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu 4.42. Interpretasi min bagi item yang ketujuh iaitu langkah-langkah penulisan karangan berbentuk jadual dan grafik perlu ditunjukkan penggunaannya dalam modul berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu 4.27. Nilai min pada item yang kelapan pula iaitu kosa kata, frasa, dan gaya bahasa penulisan perlu ditunjukkan penggunaannya di pada setiap topik penulisan karangan berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu 4.37. Nilai min untuk item yang kesembilan iaitu Penggunaan dwi bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Arab perlu di masukkan dalam modul berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu 4.28. Interpretasi min bagi item yang kesepuluh iaitu latihan pengukuhan dan pengujian setiap topik yang berbentuk latih tubi perlu dipelbagaikan dalam modul bahasa Arab berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu 4.40. JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU 1 23

6. Dapatan Kajian dan Perbincangan Berdasarkan analisis skor min di atas, kajian ini merumuskan dapatan yang dicapai dan diperolehi adalah mengikut susunan item masing-masing seperti berikut: Item 1: Keperluan Kepada Modul Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Arab Umumnya, didapati pelajar sarjana muda bahasa Arab di universiti awam Malaysia memerlukan sebuah modul yang hanya khusus kepada kemahiran menulis karangan bahasa Arab. Hal ini kerana interpretasi min pada item ini untuk semua universiti berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu 4.31. Item 2: Kejelasan Objektif dan Kaedah pengajaran modul dan bersesuaian dengan tahap keperluan pelajar Universiti Dapatan menunjukkan pelajar sarjana muda bahasa Arab memerlukan modul yang mempunyai objektif yang jelas selain kaedah pengajaran modul yang digunakan bersesuaian dengan peringkat pengajian mereka. Nilai min untuk item ini berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.36. Item 3: Keperluan kepada Model Kerangka Karangan dan cara penggunaannya dalam modul Pelajar sarjana muda bahasa Arab sangat bersetuju sekiranya model kerangka karangan bahasa Arab ditunjukkan penggunaannya dalam modul. Nilai skor min yang dipeolehi untuk item ini berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu 4.32. Item 4: Keperluan kepada kepelbagaian teknik pengembangan ayat dan pengolahan idea utama dan sokongan dalam modul Hasil dari analisis di atas, didapati pelajar sarjana muda bahasa Arab di universiti sangat memerlukan teknik dan cara mengembangkan ayat dan pengolahan idea utama dan juga sokongan. Teknik tersebut perlu dimasukkan dalam modul. Nilai skor min pada item ini berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu 4.36. Item 5: Keperluan kepada penggunaan penanda wacana dan fungsinya dalam penulisan karangan dalam modul Dari sudut keperluan kepada penggunaan penanda wacana dan fungsinya dalam penulisan karangan dalam modul, didapati pelajar sangat bersetuju dan amat memerlukannya. Hal ini kerana interpretasi min pada item ini berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu 4.36. Item 6: Penerapan tatabahasa Arab (Nahu & Soraf) dan cara penggunaannya dalam modul Dapatan menunjukkan pelajar sarjana muda bahasa Arab di universiti menginginkan modul kemahiran mengarang yang menerapkan aspek penggunaan tatabahasa Nahu dan Sorof serta menunjuk cara penggunaanya semasa mengarang. Nilai skor min untuk item ini berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu 4.42. JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU 1 24

Item 7: Keperluan kepada langkah-langkah penulisan karangan berbentuk jadual dan grafik dan penggunaannya dalam modul Nilai skor min untuk item ini berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu 4.27. Justeru, dapatan ini menunjukkan pelajar sarjana muda bahasa Arab di universiti awam memerlukan langkah-langkah penulisan karangan berbentuk jadual dan grafik dan penggunaannya dalam modul. Item 8: Keperluan kosa kata, frasa, dan gaya bahasa penulisan perlu ditunjukkan penggunaannya pada setiap topik penulisan karangan Hasil dari analisis di atas, didapati pelajar sangat bersetuju modul KMKBA mengandungi kosa-kata, frasa, dan uslub penulisan selain penggunaannya perlu ditunjukkan pada setiap topik penulisan karangan. Nilai skor min untuk item ini berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu 4.37. Item 9: Keperluan penggunaan dwi bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Arab dalam modul Nilai skor min bagi item ini berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu 4.28. Ini menunjukkan bahawa pelajar sarjana muda bahasa Arab amat memerlukan modul KMKBA yang menggunakan dwi bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Arab. Item 10: Keperluan kepada latihan pengukuhan dan pengujian setiap topik yang berbentuk latih tubi perlu dipelbagaikan dalam modul Dapatan menunjukkan pelajar sarjana muda bahasa Arab memerlukan kepelbagaian latihan pengukuhan dan pengujian berbentuk latih tubi setiap topik dalam modul KMKBA. Nilai skor min bagi item ini berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu 4.40. 7. Cadangan dan Penutup Kajian telah merumuskan bahawa modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab di Malaysia yang digubal dan dibangunkan oleh pakar tempatan adalah tidak banyak. Ia mengandungi ciri-ciri yang berbeza antara satu sama lain. Justeru, kajian ini telah mendapati beberapa ciri penting penulisan karangan perlu dimasukkan dan diajar dalam modul iaitu teknik binaan ayat bahasa Arab, teknik dan langkah-langkah mengembangkan ayat, cara penggunaan penanda wacana berdasarkan konteks dan situasi yang pelbagai, mempelbagaikan teknik pengolahan idea, menggunakan kerangka model karangan sebagai panduan kepada pelajar untuk mengarang, menggunakan kosa kata, frasa dan gaya bahasa yang sesuai dan sepadan dengan topik karangan, konteks dan persekitaran, memperbanyakkan dan mempelbagaikan latihan pengukuhan yang berbentuk latih tubi dan juga menggunakan dwibahasa iaitu bahasa Arab dan bahasa Melayu dalam modul. Dari sudut rekabentuk modul, perkara yang paling diberi perhatian ialah penggunaan jadual, gambarajah dan grafik yang cantik, tersusun, santai, bersistematik dan menarik minat pelajar. Objektif modul mestilah jelas merangkumi keseluruhan topik yang diajar. Teknik dan aktiviti JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU 1 25

pengajaran dan pembelajaran modul perlu seimbang dan sesuai dengan kandungan dan objektif yang ingin dicapai. Rujukan Ab. Halim Mohamad, & Wan Muhammad Wan Sulong. (2013). Laras Bahasa dan Bentuk Aktiviti Pembelajaran Bahasa Untuk Tujuan Komunikasi. In 4th Foreign Languages for Specific Purposes: Communication for Development (pp. 1 7). Abdul Rahman Chik. (2007). Ma'ayiir al-jaudah wa dauruha al-hadhoriy fi Tatwiir Baraamij Ta'liim al-lughah al-arabiyyah fi Maliziya. In Prosiding Seminar Antarabangsa "Ishaamaat al-lughah wal adab fi al-binaa' alhadhoriy lil Ummat al-islamiyyah, 3. (pp. 21 37). Alias Baba. (1999). Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. David Nunan. (2006). Syllabus Design. New York: Oxford University Press. Hanafi Dolah. (2014). Nahwa Tatwiir Madaakhil al-ma'aajim al-arabiyyah al- Malayuwiyyah al-thunaiyyah al-ilmiyyah Lil-Muthaqqafiin Ka al-thullab al-mutakhassisiin fi al-diraasaat al-arabiyyah wa al-islamiyyah.in Prosiding Seminar Kebangsaan Pengajian Bahasa dan Linguistik Arab SKPBLA 2014. (pp. 24 49). Heinich, R., Mollenda, M. & Russell, J.D., (1989). Instructional Media and the New Technology of Instruction, New York: Mc Millan Publishing Co. Ibrahim Shamsuddin, (2004) Marja al-thullab fi Taiseer Al-Insyak. Dar al- Kutub al-ilmiyyah: Lubnan. Jonassen, D.H., Peck, K.L. & Wilson, N.L. (1985). Learning Strategies: A new educational technology programmed. Learn & Educational Technology 22: 26-34. Maher Sya ban Abdul Bari. (2010) Al-Kitaabah Al-Wazifiyyah Wa Al- Ibda iyyah, Al-Majaalaat, Al-Mahaaraat, Al-Ansyitah, Wa Al-Taqwim. Dar Al-Masiirah: Amman. Marzuki Manan, (2014). Contoh-Contoh Karangan Bahasa Arab. Penerbitan Fargoes Sdn Bhd. Kuala Lumpur. Moon,B. (1988). Introducing the modular curriculum to teachers. London; Paul Chapman Nazifah Mohd Said, Hisomuddin Ahmad, Nur Hafizah Abdul Aziz. (2014) Al- Lughah Al-Arabiah Lil Al-Marhalah Al-Jami iyyah, Al-Qira ah Wa Al- Kitabah. UKM cetak: Selangor. Nor Azizi, Wan Azura, Lubna. (2007). Tahlil Al-Kitaabah al-arabiyyah: Dirasah fi Jaamiatil Uluumi al-islamiyyah al-maaliziyyah (USIM). In Prosiding Seminar Antarabangsa "Ishaamaat al-lughah wal adab fi al-binaa' alhadhoriy lil Ummat al-islamiyyah, 3. (pp. 21 37). Rozuki Arifin, Marzuki Manan. (2011). Teknik Efektif Penulisan Bahasa Arab. Nadwa Enterprise, Cheras Selangor. Samah, R. (2012). Pembinaan Ayat Bahasa Arab Dalam Kalangan Lepasan Sekolah Menengah Agama Arabic Sentences Construction Among The JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU 1 26

Islamic Religious School Graduates. GEMA Online Journal of Language Studies, 12, 555 569. Saupi Man. (2007). Asasiyyat Taklim Al-Lughat Al-Ajnabiyyah Wa Taallumiha- Taklim Al-Lughatul Al-Arabiyyah Fi Biat Maliziya namuzajan. Maliziya: Al-jamiah Al-IslamiyyahAl-Alamiyyah Bi Maliziya. Ta'emah, Rushdee. (1986). Al-Marja fi Ta lim al-lughat al- Arabiyyah li al- Natiqin bi Lughat Ukhra. Vol. 2, Makkah: Jami at Umm al-qura. Yaser Ismail. (2007). Al-Kutub al-mutadaawalah fi Ta'liim al-lughah al- Arabiyyah Li al-awaam al-maliziyyin wa Khasoisuha. In Prosiding Seminar Antarabangsa "Ishaamaat al-lughah wal adab fi al-binaa' alhadhoriy lil Ummat al-islamiyyah, 3. (pp. 347 360). Yusup bin Hashim & Razmah bt Man. (1993). Pembinaan modul pengajaran menggunakan prinsip rekabentuk pengajaran. Kertas kerja bengkel penulisan bahan pengajaran kendiri untuk kakitangan akademik kampus cawangan Perak & Pusat Pengajian Luar Kampus, USM. JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU 1 27