Gerakan Islam dan Demokrasi di Malaysia, : Persaingan dan Kerjasama

Similar documents
(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PEMIKIRAN PASCA ISLAMISME DALAM KONTEKS GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA (Post-Islamism in the Context of Islamic Movement in Malaysia)

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

BUTIRAN PERIBADI

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

BAB 1: PENDAHULUAN. ia dapat menjayakan penyertaan politik dalam kalangan rakyat. 1 Parti politik juga

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

BERSIH 2.0 KOD ETIKA PENGLIBATAN DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-13 DAN GARIS PANDUAN KERAJAAN SEMENTARA

Kebangkitan Islam Di Kalangan Pelajar: UK

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

UniKL MITEC COURSE LEARNING PLAN

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

A New Deal for Asia Apakah Deal Itu? A New Deal for Asia - What is the Deal?

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

AKADEMIKA. Journal of Humanities and Social Sciences Universiti Kebangsaan Malaysia KANDUNGANICONTENTS

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

1.0 Pengenalan. 1 Abdullah Zakaria, Historia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1984, hlm. 277.

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

KEFAHAMAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA MELALUI PENGALAMAN PENUBUHAN BANK ISLAM

Peranan Ngo Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal

Transcription:

Gerakan Islam dan Demokrasi di Malaysia, 1982-2017 : Persaingan dan Kerjasama Norazlan Hadi Yaacob Pengenalan Kejayaan Malaysia mengadakan pilihanraya umum semenjak merdeka sehingga sekarang dianggap oleh sebahagian sarjana sebagai kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara umat Islam yang mengamalkan dan menghayati prinsip demokrasi. Ini kerana mereka beranggapan bahawa sebahagian besar negara Islam yang lain gagal dalam mengamalkan prinsip asas demokrasi ini. Di Malaysia, tidak ada masalah bagi umat Islam untuk membuktikan kepada dunia bahawa tidak berlaku masalah antara Islam dan demokrasi, manakala kaum muslim dapat menerima dan menjadi peserta aktif dalam proses demokrasi ini. Dalam konteks itu, parti-parti politik Melayu-Islam bersama parti-parti yang tidak khusus berorientasikan Islam juga terlibat sepenuhnya dalam proses demokrasi. Selain dari itu, organisasi masyarakat sivil yang berasaskan agama atau religious -based civil society seperti keluarga besar PKPIM-ABIM-WAHDAH, Jemaah Islamiyah Malaysia (JIM) dan seumpamanya yang bukan berasaskan organisasi politik tetapi turut juga terlibat dan berperanan besar dalam proses dan penguatan demokrasi. Peranan mereka tidak boleh diabaikan bukan hanya sebagai moral force dalam penguatan demokrasi, tetapi juga dalam pengembangan civic culture yang penting bagi pemahaman demokrasi pada masyarakat di peringkat akar umbi. Oleh itu mereka mempunyai leverage tertentu dalam proses politik. Persaingan pada peringkat awal Di Malaysia, persaingan antara UMNO dan PAS yang merupakan parti yang dianggotai oleh masyarakat Melayu - Islam adalah berkaitan pemahaman hubungan antara agama dan negara. Menurut UMNO, Malaysia adalah sebahagian daripada negara Islam yang menjalankan pemerentahan Islam sesuai dengan tuntutan masyarakat Malaysia, 1 manakala menurut PAS, Malaysia masih merupakan negara yang tidak Islami kerana dalam perlembagaanya tidak mencantumkan untuk mendaulatkan syariah Islam. 2 Pertembungan fahaman inilah yang mencetuskan persaingan sengit antara PAS dan UMNO dalam merebut undi pengundi Islam terutamanya pada era pasca kemerdekaan sehingga awal tahun 2000-1

an. Manakala gerakan Islam yang berasaskan civil society seperti ABIM dan JIM juga turut terlibat terutamanya dalam menyemarakkan idea-idea keislaman yang di perjuangkan oleh parti politik bahkan ada sebahagian tokoh utama mereka berkecimpung dalam politik praktis dalam kedua-dua parti tersebut. Pada tahun1980-an, sebahagian sarjana melihat gerakan Islam menjadi alat politik yang penting di Malaysia. 3 Kekuatan pengaruh PAS dan gerakan Islam seperti ABIM dalam mendominasi politik Islam di Malaysia sesungguhnya telah memberi ancaman terhadap UMNO. Gabungan keduanya sudah tentu boleh memberikan kesan kepada politik negara kerana kedua-dua pertubuhan ini mempunyai cita-cita yang sama iaitu untuk menubuhkan sebuah negara Islam. 4 Di awal tahun 1980-an, UMNO dan PAS telah menjadi semakin islamik. Oleh itu kerajaan Malaysia yang di wakili UMNO telah memperkenalkan dasar baru berkaitan Islam. UMNO mengambil pendekatan akomodasi dalam mempraktikan dasar Islam bagi menghadapi tantangan dan saingan dari gerakan Islam dan PAS sebagai parti pembangkang. Oleh itu UMNO menjadi lebih Islamik apabila berhadapan dengan tantangan ini. Antara caranya ialah dengan mengambil pemimpin gerakan Islam ternama yang mempunyai kewibawaan Islam iaitu Anwar Ibrahim. 5 Dr. Mahathir Mohammad yang menjadi Perdana Menteri ketika itu telah membawa seorang pemimpin berkarisma iaitu Anwar Ibrahim yang juga mantan Presiden ABIM ke dalam UMNO pada tahun 1982. Kemasukan beliau ke dalam UMNO telah berjaya memberi imej yang baik tentang perlaksanaan Islam oleh kerajaan dan menimbulkan perpecahan yang teruk di dalam gerakan Islam ketika itu. Ini memandangkan ABIM bersama-sama PAS dalam mengkritik pemerentah di era 1970-an. 6 Persaingan antara UMNO dan PAS adalah untuk menunjukkan siapa yang lebih Islamik. UMNO menekankan kepada kejayaan kerajaan dalam membangunkan negara daripada sudut fizikal dan kerjasama yang baik dengan bukan Islam yang dianggap sebagai selari dengan ajaran Islam. Kredibiliti Islam UMNO dipaparkan melalui isu dalam dan luar negeri. Dalam konteks dalam negeri, kerajaan menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa dan Bank Islam dan juga menilai semula usaha untuk meminda Akta Pertubuhan. 7 Sementara lawatan ke negara Islam telah dipromosikan dan kesediaan Malaysia menjadi orang tengah kepada konflik Iraq dan Iran telah meletakkan Malaysia di dalam peta dunia Islam. 8 Ini telah memberi imej yang baik bagi pihak kerajaan. 2

Pada waktu yang sama kepimpinan PAS telah berubah kepada pemimpin muda yang berlatarbelakang agama seperti Fadhil Nor, Hadi Awang dan Nakhaei Ahmad. Sebahagian daripada mereka adalah aktivis ABIM ketika itu terutamanya Fadzil Mohd Noor yang pernah menjawat jawatan Timbalan Presiden ABIM dan juga Nakhaei Ahmad. Kepimpinan PAS baru yang bermula pada 1982 telah mempopulerkan konsep kepimpinan ulama dan memperjelaskan tujuan PAS tanpa berselindung untuk mendirikan sebuah negara Islam yang berlandaskan hukum syariah. 9 Pada waktu ini, perubahan watak pimpinan dan anggota PAS jelas kelihatan samada dalam perilaku seharian dan pendekatan politik mereka. 10 Pendekatan PAS ini merupakan fenomena biasa bagi gerakan Islam politik di dunia ini yang pada umumnya memberi penekanan kepada dua perkara penting iaitu pembentukan sebuah negara Islam yang merangkumi perlaksanaan undang-undang syariah dan undang-undang jenayah hudud. 11 Menyedari kepimpinan ulama merupakan strategi yang penting dalam mengembalikan keyakinan rakyat kepada PAS yang tewas teruk pada PRU 1978, maka kepimpinan PAS berusaha menggantikan kepimpinan nasionalisme Islam pimpinan PAS lama di bawah Asri Muda dengan tokoh-tokoh yang berpendidikan agama. Kemasukan beberapa aktivis ABIM ke dalam PAS telah mencorakkan bentuk baru PAS di era ini dan meningkatkan imej PAS sebagai parti agama. 12 Melalui kepimpinan yang berasaskan ulama, mereka gigih menyebarkan pemahaman Islam yang syumul melalui kegiatan ceramah, penulisan dan syarahan politik. Pada era ini banyak buku-buku berkaitan pemerentahan Islam telah diterbitkan dan ini memberi arus kesedaran yang kuat kepada masyarakat Islam di Malaysia. 13 Selain karya pimpinan PAS, karya tokoh-tokoh gerakan Islam luar negara tentang negara Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh pelbagai pihak yang akhirnya menjadi rujukan kepada PAS. 14 Dalam era ini juga, PAS berjaya meyebarkan pengaruhnya di kalangan warga kampus. Hampir semua gerakan mahasiswa di kampus pada tahun 1980-an dan 1990-an dikuasai oleh PAS. 15 Ini juga memberi tekanan yang hebat kepada pemerentah. Kerancakkan strategi PAS ini dalam menggeraklan kefahaman masyarakat tentang negara Islam didekad 1980-an telah merangsang susasana radikal di kalangan ahli-ahli PAS. Dua ciri radikal yang dapat dikesan ialah kemahuan mereka menukar pemerentahan sekular kepada pemerentahan Islam dan menukar corak pemerentahan zalim kepada keadilan Islam. 16 Inilah yang mengakibatkan timbulnya isu kafir mengkafir yang membawa kepada peristiwa debat agung UMNO PAS dan peristiwa Memali. 3

Golongan sekuler dan nasionalis menggunakan dua isu itu bagi dijadikan hujah untuk menimbulkan keresahan dan ketakutan terhadap penglibatan Islam dalam politik demokrasi. Hujah-hujah seperti gerakan Islam hanya menggunakan demokrasi untuk mendapatkan kuasa dan kemudiannya memusnahkan sistem itu atau sekurang-kurangnya melaksanakan dasar dan tindakan yang tidak demokratik di kumandangkan oleh sesetengah pimpinan UMNO yang tidak islamik. Pada era ini juga, tuduh menuduh antara pihak PAS dan kerajaan telah membawa kepada penangkapan kepada beberapa pimpinan PAS oleh pihak kerajaan. 17 Kemuncak daripada persaingan ini ialah cubaan menangkap seorang ahli PAS iaitu Ibrahim Libya yang mengajar agama di Baling, Kedah. Pada 19 November 1985, pihak Polis telah mengadakan operasi secara kekerasan sehingga menyebabkan 14 ahli PAS terbunuh, 110 orang dipenjarakan dan 36 orang ditahan dibawah ISA. 18 Ibrahim Libya dituduh sebagai pembawa ajaran sesat dan penjenayah negara. 19 Bagi pihak PAS, beliau dianggap sebagai mati syahid kerana mempertahan umat Islam. Sebagai tindak balas terhadap tuduhan kerajaan, pihak PAS telah menerbitkan beberapa buah buku mempertahankan tindakan Ibrahim Libya. 20 Peristiwa Memali ini telah mempertajamkan lagi permusuhan antara PAS dan UMNO. Selain tindakan kekerasan, pihak kerajaan juga menerbitkan satu kertas putih yang cuba mengaitkan PAS dengan kegiatan yang boleh memecahkan masyarakat dengan memperalatkan agama. 21 Bagi menjawab tuduhan yang dibuat kertas putih tersebut, PAS telah menerbitkan satu buku yang bertajuk PAS Menjawab Kertas Putih Kerajaan yang mendedahkan hujah PAS yang menolak Malaysia sebagai negara Islam, termasuk menolak semua tuduhan yang dikenakan ke atas PAS. Perdebatan sebeginilah yang akhirnya mencetuskan tuduhan demi tuduhan yang akhirnya mencetuskan persaingan dan perbalahan antara PAS dan UMNO di tahun 1980-an sehingga menimbulkan persoalan takfir (kafirmengkafir) antara PAS dan UMNO. 22 Bagi pihak UMNO, kemasukan Anwar Ibrahim yang juga mantan pimpinan utama ABIM telah memberi imej yang baik terhadap islamisasi UMNO. Pemikiran moderat Anwar Ibrahim yang didukung oleh intelektual ABIM telah memberi kesan yang sangat besar terhadap perlaksanaan Islam kerajaan. Di era 1980-an, Anwar telah berjaya memainkan peranan berkesan dalam meningkatkan kedudukan Islam dalam sistem pendidikan tinggi negara, dan menubuhkan Bank Islam pada 1983.Kehadirannya dalam UMNO melambangkan 4

komitmen baru parti itu kepada Islam. Ia telah mengikat kerajaan untuk melakukan yang lebih untuk Islam. 23 Kritikan dan desakan PAS terhadap kerajaan telah mengundang respons yang agak positif bagi pihak UMNO. Perlumbaan melaksanakan program Islamisasi antara UMNO dan PAS telah mendatangkan beberapa faedah kepada rakyat Malaysia amnya dan Melayu- Muslim khususnya. Melalui program Islamisasi yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan UMNO seperti sistem perbankan Islam dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), rakyat Malaysia mendapat faedah daripada sistem perbankan alternatif dan sistem pendidikan tinggi yang berupaya membawa pemahaman yang lebih luas terhadap Islam. 24 Kesedaran Islam yang memuncak dan tantangan dari PAS menyebabkan UMNO tidak mempunyai pilihan lain selain daripada bertindak seiring dengan usaha yang dilakukan oleh PAS. 25 Strategi UMNO yang menggabungkan ideologi Islam dan nasionalis Melayu telah meletakkan UMNO di tempat yang menguntungkan berbanding dengan PAS. Akibat daripada islamisasi yang dibuat oleh Dr Mahathir, ia mendapat tentangan dari dalam UMNO sendiri yang menganut faham nasionalisme. Persaingan antara mereka yang inginkan Islam dan mereka yang menghendaki nasionalis terjelma dalam proses perebutan jawatan tertinggi UMNO pada tahun 1987. Secara keseluruhannya, dasar Islam di bawah pemerintahan Dr. Mahathir dalam tahun 1980-an menunjukkan bahawa beliau telah menjadi seorang pendukung Islam dan juga seorang ahli politik yang sangat cerdik. 26 Fokus beliau kepada agenda Islam adalah untuk meraih sokongan daripada kelompok Islamis dalam UMNO dan juga untuk menghadapi tantangan kelompok Islamis dari luar UMNO iaitu saingannya dari PAS. 27 Persaingan dan Kerjasama: Dasar Penerapan Nilai Islam (UMNO) VS Membangun Bersama Islam (PAS) Di Era 1990-an Perlaksanaan Islam oleh UMNO disekitar 1990-an adalah berkisar kepada dua tema utama iaitu Islam universal yang bersesuaian dengan masyarakat majmuk dan konsep pemodenan Islam yang memberikan pengertian kepada pembangunan ekonomi dan material. 28 Dalam tahun 1990-an, imej Malaysia yang islamik telah mendapat pengiktirafan daripada masyarakat luar dan ulama di peringkat internasional seperti Yusuf Qardhawi. 29 Setengah penganalisis berhujah, bahawa sokongan ulama dan pemikir internasional ini sebenarnya kerana peranan Anwar Ibrahim yang mempunyai hubungan baik dengan mereka. 30 Kebolehan Malaysia 5

menjadi islamik tanpa menjadi negara Islam telah menjadi contoh sebagai sebuah negara muslim yang berjaya. 31 Pada tahun 1990 PAS menguasai Kelantan, ini adalah petanda awal kejayaan kepimpinan ulama 32, Dengan kejayaan di Kelantan, Nik Aziz Nik Mat telah dilantik menjadi Menteri Besar. Menurut Presiden PAS pada ketika itu, Ustaz Fadhil Md. Noor, perlantikan Nik Aziz adalah merupakan satu langkah untuk merealisasikan matlamat politik utama iaitu menubuhkan sebuah negara Islam yang dipimpin oleh ulama. 33 Sebaik sahaja dapat mengambil alih Kerajaan Kelantan, PAS telah mengambil usaha dan menjalankan aktiviti yang boleh mengukuhkan dan membina kekuatan akar-umbi di kalangan rakyat jelata. Dengan menumpukan perhatian kepada memperkukuhkan pendidikan ugama terutama di pondok-pondok atau madrasah, PAS telah memberikan pembiayaan kepada sekolah-sekolah tersebut. 34 Ini dibuat untuk memberi contoh bahawa PAS mampu memerentah dengan menggunakan elemen Islam sepenuhnya dan sebagai institusi tandingan kepada UMNO. Sistem persekolahan inilah yang memberikan sumber perkaderan kepada PAS yang sudah tentu tumpuan utamanya adalah untuk memberikan sumber tenaga baru kepada PAS yang akan menyambung perjuangan parti. 35 PAS juga telah memperkenalkan program Membangun Bersama Islam dan berhasrat untuk untuk melaksanakan syariah sebagai model alternatif sosio-ekonomi yang boleh menggantikan sistem kapitalis dengan menekankan lebih kepada keseimbangan peranan manusia dalam suasana kerohanian dan keadilan sosial. 36 Perlaksanaan sistem kerajaan dan negara Islam tidak akan lengkap tanpa adanya sistem perundangan Islam dengan memperkenalkan undang-undang hudud. Untuk itu pada 25 November 1993 Kod Undang- Undang Jenayah Syariah Negeri Kelantan (II) telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan. 37 Pengenalan kepada undang-undang syariah ini telah menimbulkan perdebatan yang hangat dan mendapat kritikan daripada beberapa pihak. Pengurusan kewangan kerajaan Kelantan juga dilaksananakan secara Islam dengan mengasingkan akaun sumber halal dan sumber haram, memindahkan simpanan tetap kerajaan ke Bank Islam, memperkenalkan dasar tender terbuka dalam pembalakan, melaksanakan sistem gadaian Islam ar rahn dan mengarahkan semua pajak gadai riba ditukar ke pajak gadai Islam. 38 Perkembangan sosial juga diubah supaya selaras dengan kehendak Islam. Kerajaan Kelantan juga memperkenalkan cuti dua hari seminggu. 39 6

Kemampuan PAS memerentah Kelantan dan penonjolan Menteri Besar Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengamalkan kehidupan yang sederhana sebenarnya telah memberi dimensi baru berkaitan politik Islam. 40 Walaupun begitu, usaha islamisasi PAS di Kelantan ini tidak mampu menandingi imej islamisasi kerajaan, ini adalah kerana imej baik Anwar Ibrahim yang pernah memimpin gerakan Islam ABIM serta peranan Dr. Mahathir yang tampil menjadi pembela Islam di peringkat antarabangsa terutamanya atas kritikannya terhadap Barat telah memberi kesan tentang imej Islam yang diperjuangkan UMNO, ini menyebabkan PAS hanya mampu bertahan di Kelantan pada PRU 1990. 41 Selain daripada itu, pengurusan berkaitan isu antarabangsa oleh Dr. Mahathir telah memberi kesan yang positif terhadap politik dalam negeri. Ancaman yang dibawa Barat telah digunakan oleh Dr Mahatir untuk menggerakkan masyarakat Islam yang mempunyai pemikiran anti-barat terutamanya selepas berlakunya Perang Teluk dalam tahun 1991. Peningkatan kesedaran umat Islam tentang apa yang terjadi di dunia antarabangsa di tambah dengan kelantangan Dr. Mahathir membidas Barat telah meningkatkan sokongan kepadanya. 42 Tahun 1997 merupakan tahun yang mencabar buat Dr. Mahathir dan UMNO kerana berhadapan dengan krisis politik dan ekonomi. 43 Dr. Mahathir telah berkonflik secara terbuka dengan ulama dalam pelbagai isu. 44 Tahun 1997 juga adalah tahun dikatakan bermulanya perselisihan antara Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim 45 sehingga berlaku krisis politik yang hebat dalam tahun 1998. 46 Pemecatan Anwar Ibrahim dan permusuhan dengan para Mufti ini telah menjauhkan orang Melayu daripada UMNO. Peristiwa yang menimpa Anwar Ibrahim yang juga penggerak utama islamisasi kerajaan telah mendapat perhatian dari pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia terutama dari generasi Melayu yang baru. 47 Perasaan tidak puashati yang berlaku secara umumnya terutamanya berkaitan dengan ketidakpuashatian kepada kronisma dan nepotisma yang berleluasa semasa berlakunya krisis ekonomi dan juga ketidakbijaksanaan dalam menangani kes Anwar telah menjadi penyebab utama kepada kemarahan masyarakat Melayu secara keseluruhannya. 48 Peristiwa ini telah memberi kelebihan kepada PAS. Akibat kemarahan orang Melayu kepada UMNO, mereka telah mula memberi perhatian kepada PAS. Peningkatan ahli PAS pada waktu krisis politik 1998 sangat memberangsangkan. 49 Gerakan Islam di Malaysia seperti ABIM dan JIM yang selama ini memberi sokongan kepada islamisasi kerajaan telah 7

menarik balik sokongan terhadap kerajaan. Mereka bersama-sama NGO lain serta PAS telah mula mengerakkan massa untuk mengkritik tindakan kerajaan dalam isu pemecatan Anwar Ibrahim. 50 PAS telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) pada 22 September 1998. Melalui GERAK, PAS bersama beberapa parti lain serta g ABIM dan JIM berjaya memberi saingan kepada BN dalam PRU 1999 sehingga berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu serta dapat menambah kerusi di Dewan Rakyat. Kejayaan PAS menguasai Terengganu pada 29 November 1999 melalui BA telah memberi ruang yang lebih luas untuk PAS memperkenalkan sistem pemerentahan Islam kepada rakyat. Perlantikan Hj Abdul Hadi Awang sebagai Menteri Besar Terengganu telah mengukuhkan lagi konsep kepimpinan ulama yang dipelopori oleh PAS. Peralihan kuasa di Terengganu kepada PAS telah memperkembangkan lagi konsep Membangun Bersama Islam apabila PAS mula menerapkan Islam kepada masyarakat Terengganu melalui kuasa politik yang mereka miliki. 51 Perubahan terpenting yang diperkenalkan oleh PAS di Terengganu ialah mewujudkan Jawatankuasa Hisbah dan tugas-tugas khas untuk mengendalikan Suruhanjaya Hisbah yang bertujuan untuk mewujudkan pentadbiran bersih,cekap dan amanah serta menangani segala penyelewangan dalam pentadbiran kerajaan dan agensinya. Kerajaan PAS di Terengganu juga telah menutup semua premis judi, mengadakan kawalan penjualan arak dan mengawal budaya mungkar dengan memperkenalkan beberapa dasar seperti meluluskan Enakman Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2002 dan Enakman Kesalahan Jenayah Syariah (hudud dan qisas) Terengganu 2002. 52 Walaubagaimanapun kerajaan Terangganu di bawah kepimpinan PAS ini hanya bertahan untuk satu penggal sahaja kerana mereka kalah pada pilihanraya tahun 2004. Perdebatan Malaysia Sebagai Negara Islam Selepas Pilihanraya Umum 1999, UMNO mengalami kehilangan pengaruh di kalangan majoriti orang Melayu walaupun masih menguasai dua pertiga majoriti. Malah ketiadaan Anwar Ibrahim di dalam UMNO juga menunjukkan UMNO telah kehilangan kredibiliti Islamnya. 53 Sebagai satu usaha untuk menyaingi PAS selepas pilihan raya 1999, kerajaan Persekutuan telah membuat beberapa tindakan yang bersifat islami. Pada 29 September 8

2001 Dr Mahathir sendiri telah mengistiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, yang kemudiannya dibentangkan di dalam Parlimen. 54 Sebahagian pengkaji melihat bahawa pengumuman drastik Dr. Mahathir sebagai respons peristiwa 11 September 2001, beliau dengan lantangnya mengistiharkan Malaysia sebagai fundamentalist, Islamic state. 55 Sejurus selepas Peristiwa 11 September 2001, ketika kebanyakkan pemimpin Islam cuba lari dari mengaitkan dirinya dengan apa saja yang berbentuk Islam, Mahathir secara terbuka mempertahankan bahawa Islam itu progresif dan memeranjatkan semua orang dengan mengistiharkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam. Barisan Nasional pula dalam mesyuarat Majlis Tertingginya telah memperakukan pengistiharan oleh Mahathir pada 5 Oktober 2001. 56 Pandangan Malaysia sebagai sebuah negara Islam telah disokong oleh beberapa cendekiawan Islam di Malaysia yang dikenali dekat dengan UMNO. 57 Pengistiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam telah merubah perdebatan tentang Islam di Malaysia. Daripada perbincangan tentang isu-isu masjid, surau dan isu-isu dalam linkungan peribadi individu Islam, pokok perdebatan sekarang telah berubah kepada persoalan politik. Konsep negara Islam telah didebatkan dalam media dan juga forum-forum anjuran kerajaan dan masyarakat sivil. Termasuklah dalam parti politik seperti MCA, Gerakan, DAP, PAS dan Pusat Penyelidikan Katholik. 58 Antara sebab pengistiharan itu menurut Dr. Mahathir adalah jumlah yang terbesar daripada umat Islam di Malaysia dan juga seluruh dunia mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam. 59 Untuk menutup isu-isu besar politik dalam negara, strategi utama Dr. Mahathir adalah menjadikan Malaysia sebagai jaguh perjuangan Islam di peringkat antarabangsa. 60 Kecaman beliau terhadap dominasi Barat terutama isu yang menyentuh penindasan Israel kepada Palestin dan isu-isu yang menyentuh dan mengaitkan antara Islam dan teroris telah cuba ditangani secara baik oleh Dr. Mahathir. Proses melegitimasikan Islam diperkukuhkan dengan isu-isu antarabangsa ini. Oleh itu, pada 2002, beliau telah menyarankan perpaduan umat Islam yang harus di mulai di Malaysia. Idea ini menarik minat sebahagian gerakan Islam terutamanya ABIM. Oleh itu inisiatif dianjurkan untuk mendekatkan PAS dengan UMNO dengan menganjurkan Syarahan Perdana Palestin. 61 Serangan teroris pada 11 September 2001 telah memberikan kesan kepada politik Islam di Malaysia terutamanya apabila ia menyentuh tentang keselamatan negara. 62 Di Malaysia, terdapat pertubuhan yang militan sifatnya iaitu KMM yang menggunakan kekerasan 9

bersenjata untuk menentang kerajaan. Kerajaan telah mengenakan tindakan ISA kepada Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) dan juga Jamaah Islamiyah (JI). UMNO mengambil peluang ini untuk mengaitkan semua gerakan militan ini dengan saingan politiknya iaitu PAS dan ini menjadikan PAS lebih defensif untuk berhadapan dengan tindakan kerajaan tersebut. 63 Kerajaan juga cuba menghapuskan sokongan akar umbi PAS dengan bertindak untuk menarik balik subsidi kerajaan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dengan memberi alasan ia merupakan tempat latihan kumpulan teroris. 64 Tindakbalas PAS dalam perkembangan ini ialah menderaf dokumen negara Islam yang diterbitkan pada 12 November 2003. Untuk menolak pengistiharan Malaysia sebagai negara Islam, PAS telah menerbitkan dua buah buku iaitu Benarkah Malaysia Negara Islam: Amirul Mukmin Dibicarakan Di Malaysia oleh Kamarul Zaman Yusof dan Anual Bakri Harun dan Kamarulzaman Yusof, Negara Islam: Nota Penting Buat Mahathir. 65 Rentetan dari itu, Dr Mahathir dalam perhimpunan agung UMNO pada 2001 mencabar PAS supaya menyediakan satu kertas dasar negara Islam ala PAS sekiranya model UMNO tidak menepati kehendak Islam.Presiden PAS telah menyahut cabaran ini bahawa PAS akan mengeluarkan satu memorandum negara Islam kepada rakyat. Hasilnya, pada 11 Mei 2003, PAS telah meluluskan sebuah kertas dasar tentang negara Islam yang bertajuk Kertas Dasar Negara Islam untuk dikemukakan kepada rakyat. 66 PAS juga telah menganjurkan tiga siri seminar negara Islam iaitu pada 6-7 Oktober 2001 di Temerloh, Pahang, pada 9 Febuari 2002 di Arau, Perlis dan pada 4-5 Mei 2002 di Sepang, Selangor. 67 Dokumen ini dilancarkan untuk menyatakan pendirian apakah bentuk negara Islam yang hendak dilaksanakan oleh PAS yang sudah tentu mempunyai perbezaan dengan bentuk negara Islam yang diuar-uarkan oleh UMNO. Bagi PAS, dokumen ini akan memantapkan lagi kedudukan parti tersebut dalam pendekatan politik Islam dan demokrasi. 68 Kegagalan PAS memahami realiti semasa politik Malaysia pada waktu itu dan ketidakmampuan memahami strategi kerajaan yang memprovokasikan mereka dengan isu negara Islam untuk memecahkan anggota gabungan pembangkang bukan Islam. Ini menyebabkan pembangkang bukan Islam tidak lagi bersama mereka dan mengakibatkan kekalahan teruk pembangkang pada PRU 2004. 69 Ini di tambah lagi dengan faktor pengganti Dr Mahathir iaitu Abdullah Badawi yang dikenali sebagai orang yang bersih dan islamik. 70 Beliau memperkenalkan program keislaman 10

dengan melancarkan program Islam Hadhari dalam pentadbiran kerajaan. 71 Ini menyebabkan undi masyarakat Islam kembali kepada UMNO pada PRU 2004 sehingga berjaya merampas kembali Terengganu daripada PAS. Sebahagian sarjana juga melihat bahawa pesempadanan kawasan baru pada tahun 2003 juga merupakan antara faktor terbesar yang menyumbang terhadap kemenangan Barisan Nasional. 72 Selain daripada faktor tersebut, satu perkara yang sering diabaikan oleh pengkaji samada tempatan dan antarabangsa ialah konsep democracy trap. Ini dikaitkan dengan suasana politik di Timur Tengah dimana rejim-rejim otoriter, diktator dan penindas yang gagal memenuhi janji pembangunan ekonomi dan modernisasi. Faktor inilah yang mempengaruhi pengundi untuk memilih calon alternatif terutamanya dari gerakan Islam. Para pemilih tidak selalu genuinely mengambil sikap seperti ini, tetapi lebih didorong oleh kegagalan para penguasa mereka yang sudah berkuasa begitu lama. Perkembangan seperti ini di beberapa tempat di Timur Tengah, dalam batas tertentu membenarkan teori tentang perangkap demokrasi atau democracy trap, iaitu jika democratic opening terjadi di negara-negara Islam/Muslim, maka parti-parti politik Islam dan kaum Islamis segera mengambil alih kekuasaan melalui pilihanraya demokratik. Menurut Azyumardi Azra, democracy trap sangat mungkin terjadi jika sistem,idealogi dan realiti politik yang ada selain bermusuhan dengan Islam, juga gagal memenuhi janji-janji perbaikian ekonomi dan modernisasi, seperti di banyak negara Timur Tengah umumnya. Namun democracy trap sangat tidak mungkin terjadi di Indonesia, dimana idealogi negara adalah pancasila yang religion friendly. Contohnya pilihanraya 1999, 2004 dan 2009 -dimana parti-parti politik Islam gagal menang-menunjukkan kelemahan teori democracy trap di Indonesia. 73 Dalam konteks Malaysia juga mempunyai fenomena yang hampir sama. Kegagalan mengurus tuntutan pembangunan ekonomi dan modernisasi juga menyumbang kepada kekalahan negeri-negeri yang diperentah oleh parti berasas Islam kecuali Kelantan yang mempunyai pelbagai faktor tempatan yang tersendiri. Menghadapi PRU 2008 sehingga 2013 PRU ke-12 adalah pilihanraya untuk mendapatkan undi masyarakat bukan Islam. Oleh itu isu Islam bukan lagi menjadi agenda utama parti-parti politik. UMNO tidak lagi menjadikan Islam Hadhari sebagai kempen utamanya manakala PAS pula telah mula melunakkan strategi pembentukan negara Islam dengan hanya berusaha untuk menafikan dua pertiga majoriti BN. Pendekatan politik yang berubah ini adalah berpunca dari tren pengundian masyarakat 11

bukan Islam yang telah mula beralih kepada pembangkang. 74 Kalau personaliti Abdullah Ahmad Badawi dijadikan sandaran untuk memenangi PRU ke 11, 75 character assasination Abdullah juga menjadi isu utama dalam PRU ke 12. 76 Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac 2008 sesungguhnya mengejutkan banyak pihak. 77 Walaupun BN menang di peringkat Nasional dengan 140 kerusi Parlimen tetapi kemenangan pada kali ini adalah tanpa dua pertiga majoriti. Buat pertama kalinya dalam sejarah politik pilihanraya di Malaysia pembangkang telah berjaya menafikan dua pertiga majoriti dengan memperolehi 82 kerusi (PKR-31, DAP-28, PAS-23). 78 Di seluruh negara terutama di kawasan campuran dimana pengundinya merangkumi 40-60 peratus pengundi Melayu, BN telah memenangi 28 kerusi manakala Pakatan Rakyat 26 kerusi. Ini menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat telah menjadi pesaing yang sangat rapat dan telah berjaya mencontohi model BN dalam memenangi sesuatu pilihan raya. 79 Banyak faktor telah dianalisa tentang mengapa Barisan Nasional mengalami nasib yang buruk dalam Pilihan Raya Umum ke-12. antara yang terpenting ialah faktor kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang lemah menjadi faktor penyumbang yang besar. 80 Suatu perkara yang penting untuk diteliti ialah kemampuan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin berkarisma yang berjaya menyatukan pembangkang di dalam satu barisan dan menjalankan strategi yang bersifat berkebajikan dan berkeadilan dengan meninggalkan strategi lapuk bersifat perkauman dan keagamaan. 81 Sebelum Pilihanraya 2008, DAP telah membuat satu perubahan besar dalam dasar perjuangannya dengan strategi untuk menggugurkan slogan Malaysia for Malaysian. Pendekatan terbarunya ialah untuk menarik sokongan pengundi Melayu disamping memudahkan apa saja pakatan yang hendak dilakukan di kalangan parti pembangkang. Slogan mudah yang sangat berkesan yang dijalankan oleh DAP bertemakan Jom Ubah telah menarik minat masyarakat majmuk di Malaysia. 82 Manakala PAS pula telah menonjolkan Manifesto "Menuju Negara Berkebajikan" atau "A Caring and Service Oriented Nation" di mana strateginya ialah untuk memberikan penekanan dan kepentingan terhadap pengurusan ekonomi dan kekayaan negara supaya ianya diurus secara bijak dan mampu membawa pembangunan yang seimbang kepada 12

rakyat dan negara. Buat pertama kalinya matlamat PAS adalah menafikan dua pertiga majoriti dan tidak menonjolkan secara terangan pembentukan sebuah negara Islam. 83 Kemampuan pembangkang untuk bergabung dalam satu barisan pembangkang ini telah memberi kekuatan dan tantangan terbesar kepada UMNO. Kekalahan teruk BN pada PRU 2008 telah menyebabkan mereka kembali semakin radikal dengan membangkitkan isu ketuanan Melayu dan Islam. Ini dibuat berdasarkan petunjuk PRU 2008 bahawa BN tidak mendapat sokongan daripada orang bukan Melayu. 84 Oleh itu UMNO semakin menonjolkan program keislaman dan kemelayuan. Melalui media massa dan elektronik di bawah kawalan UMNO, mereka menuduh PAS sebagai parti pengkhianat Melayu dan Islam kerana berkerjasama dengan pembangkang Cina iaitu DAP. 85 Isu PAS dan aktivis Islam yang lain sebagai pengkhianat Melayu dan Islam telah menjadi tema utama media massa milik kerajaan pasca PRU 2008. Sebahagian penganalisis politik Malaysia melihat ini dibuat untuk mengembalikan sokongan orang Melayu kepada UMNO. 86 Pasca 2013 : Siapa Lebih Melayu-Islam Menghadapi pipihanraya umum 2013 dianggap oleh sebahagian pengkaji sebagai ibu segala pilihanraya. Ini adalah kerana seluruh kekuatan pembangkang dilihat bergabung secara padu untuk menumbangkan Barisan Nasional. Anwar Ibrahim yang mengetuai pembangkang di lihat mendapat sokongan majoriti gerakan Islam di Malaysia dan juga dilihat mampu mendapat sokongan meluas daripada masyarakat bukan Melayu serta masyarakat di Sabah dan Sarawak. ABIM dilihat memberi sokongan kepada gerakan ini dimana beberapa orang aktivis utamanya dilihat menjawat jawatan penting dalam parti pembangkang dan menjadi calon pilihanraya umum. Walaubagaimanapun perpecahan dalaman sesama gerakan Islam gagal dikesan oleh pengkaji dan aktivis gerakan Islam ketika itu yang menjadi salah satu faktor penting kenapa pembangkang tidak mendapat sokongan majoriti masyarakat Melayu- Islam. 87 UMNO yang memahami bahawa perpaduan pembangkang di bawah Anwar Ibrahim ini merupakan punca utama yang menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemeroston yang teruk. Oleh itu strategi pemecahan pembangkang ini dilakukan secara sistematis. Caracter assination terhadap Anwar Ibrahim dengan pelbagai isu terutamnya berkaitan Islam liberal memberi kesan yang serius. Ini dilihat dimana sekumpulan aktivis 13

senior ABIM tidak memberi sokongan dengan menubuhkan kumpulan tersendiri yang di namakan Muafakat sedangkan terdapat entiti rasmi iaitu WADAH. Serangan dari dalam ini sebenarnya melemahkan gerakan Islam secara tersusun. Pada waktu yang sama, terdapat juga aktivis muda ABIM yang berbakat secara terang-terangan mengkritik pendekatan Anwar ini terutamanya dalam isu Kalimah Allah. 88 Ini juga sebenarnya menjarakkan sokongan kepada sebahagian daripada penyokong asas gerakan Islam ini. Sudah tentulah yang menjadi pengkritik ini mendapat dukungan daripada pihak kerajaan dan ada yang dilantik ke jawatan-jawatan strategik yang berasaskan agama yang dimiliki atau mempunyai hubungan dengan kerajaan. Selain daripada ABIM, JIM juga telah menerima tempias yang sama di mana dua entitti baru wujud yang bersumber daripada JIM iaitu IKRAM dan ISMA. Kemunculan entiti ini sebenarnya memusnahkan sokongan padu yang diterima sebelum ini. Dengan slogan melawan Islam Liberal dan mempertahankan Melayu Islam Beraja sebenarnya mereka berjaya melonjakkan sokongan kerajaan pada masyarakat Melayu luar bandar serta melemahkan sokongan gerakan Islam ini. Perpecahan gerakan Islam ini sangat memberi kesan terhadap masyarakat Melayu-Islam sehingga ada sebahagiannya menjadi keliru. 89 PAS juga sebagai sebuah gerakan Islam yang berasaskan parti sebenarnya juga turut mengalami perpecahan teruk. Sebenarnya pertembungan pemikiran ini sudah berlangsung begitu lama tetapi dalam keadaan terkawal. Kemasukan beramai-ramai aktivis ngo Islam yang bukan berasal dari PAS akibat daripada krisis politik 1998 sebenarnya mempunyai kesan ganda. Selain memperkuatkan PAS dari satu sisi dimana PAS mendapat lonjakan undi sehingga dapat mempertahankan Kelantan, mengambil alih pemerentahan Terengganu 1998-2004, menjadi Menteri Besar sementara di Perak pada 2008 dan menguasai Kedah pada 2008, ia juga memberi kesan terhadap berlakunya pertembungan pemikiran yang disebut sebagai istilah ulama vs Profesional. Istilah ini tidak sepenuhnya tepat kerana pertembungan ini berlaku akibat daripada kerangka berfikir yang berbeza antara pelbagai pendukung parti PAS ini. Terdapat golongan agama yang bersama profesional dan juga terdapat golongan profesional bersama ulama. Kegagalan mengurus perbezaan pandangan inilah yang menyebabkan berlaku perpecahan teruk sehingga melahirkan parti baru yang berasal dari pimpinan utama PAS. 90 14

Pasca ketiadaan Fadzil Noor, PAS mulai menunjukkan tanda perpecahan. Fadzil Noor yang juga sangat jelas sebagai aktivis ABIM sudah tentulah boleh menerima kemasukan beramai-ramai golongan NGO Islam ini kedalam PAS dan memberi kedudukan strategik dalam parti. Ini dapat dilakukan kerana bahasa politik dan kerangka berfikir yang pada asasnya sama antara mereka. Sedangkan pasca Fadzil Noor, pengurusan tertinggi PAS kembali kepada pemikiran haraki sedangkan kelompok yang berasal dari NGO Islam tadi pada umumnya berasal dari kelompok yang boleh dianggap sebagai reformis. Sewaktu Nik Abdul Aziz Nik Mat masa ada lagi pun, pertembungan dalam bentuk pemikiran ini mula kelihatan dengan jelas. Ini dapat di;ihat apabila Mujahid Yusuf Rawa mengutarakan pandangannya dalam bukunya Menuju PAS Baru:Krisis,Peluang dan Dinamisme (2010) yang cuba membuat reformasi dalam PAS mengikut pandanganya telah dikiritik oleh sebahagian pendukung PAS yang lain. Misalnya Riduan Mohamad Nor menerbitkan bukunya yang berjudul Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan pada tahun yang sama. Sangat jelas dalam buku ini mengkritik idea Mujahid Yusuf Rawa dan cuba mengaitkan satu kelompok yang memasuki PAS yang cuba menguasai PAS iaitu kelompok JIM. Pertelingkahan idea ini sangat besar kesannya terhadap perpecahan PAS. Dalam suasana beginilah Pakatan Harapan menghadapi PRU yang ke 13. Inilah salah satu faktor penting kenapa gerakan Islam dan parti Islam gagal mendapat undi majoriti masyarakat Melayu-Islam selain daripada faktor lain yang sering dibincangkan oleh pelbagai pengkaji. Penerbitan buku Fuad Salleh (2015) Liku-Liku gerakan Islam di Malaysia : Satu Catatan Awal sangat jelas mengkritik Anwar Ibrahim, ABIM dan JIM dalam proses islamisasi di Malaysia. Memandangkan penulis merupakan ahli jawatankuasa PAS Pusat sudah tentulah mengambarkan pendangan PAS terhadap gerakan Islam lain di Malaysia pada masa kini. Pasca pilihanraya umum 2013 menambahkan lagi perpecahan sesama gerakan Islam. Pada masa yang sama, Anwar Ibrahim telah dipenjarakan. Ini menambah kelemahan gerakan Islam. Aktivis PAS yang berpecah menjadi Parti Amanah Negara juga akan mewujudkan suasana baru dalam politik Islam di Malaysia. Dalam konteks Indonesia, pemikir terkemuka Indonesia, Azyumardi Azra melihat kegagalan parti Islam mennguasai undi majoriti dalam beberapa kali pemilu terakhir di Indonesia kerana terlalu banyaknya parti Islam atau gerakan Islam yang gagal mencapai kata sepakat dalam beberapa isu besar. 91 Di Malaysia, walaupun terdapat beberapa NGO baru Islam yang dilihat rapat dengan pemerentah tapi dilihat masih gagal memberi kesan terhadap perlaksanaan idea baru Islam yang holistik berbanding dengan kemasukan aktivis ABIM ke dalam kerajaan pada awal tahun 1980-an sehingga 15

menjadi tulang belakang terhadap pembentukan pelbagai dasar Islam serta intitusi Islam yang kekal sehingga ke hari ini. Kesimpulan Isu bagaimana UMNO meletakkan isu Islam ataupun mengurus Islam itu sendiri bergantung kepada perkembangan yang berlaku dalam parti itu sendiri. Persaingan politik antara UMNO dan PAS telah berjaya menukar fokus dan orientasi UMNO. Walaupun pada peringkat awal tahun 1980-an, penumpuannya hanya untuk memberi galakkan kepada nilai-nilai Islam dalam kehidupan awam, namun kemudiannya telah bertukar kepada penstrukturan institusi utama supaya selari dengan Islam. Desakan luaran yang dikemukakan oleh PAS telah memberi kesan yang besar kepada kelompoik islamis di dalam UMNO yang menyebabkan UMNO perlu menunjukkan bahawa mereka lebih Islam daripada PAS. Kemampuan Dr Mahathir sebagai pemimpin UMNO terserlah di peringkat awal kepimpinannya. Melalui kaeadah akomodasi dan mengelakkan kofrontasi dengan pimpinan gerakan Islam di peringkat awal menyebabkan islamisasi kerajaan berjalan dengan mudah. Kemasukan Anwar Ibrahim juga telah memberi dimensi baru dan meningkatkan imej UMNO kearah parti yang islamik. Ini juga menarik minat gerakan Islam menyokong usaha islamisasi kerajaan. Walaubagaimanapun, pemecatan Anwar Ibrahim telah menimbulkan krisis politik yang berpanjangan di Malaysia sehingga kini. Ia dilihat melemahkan UMNO dan menguntungkan parti pembangkang terutamanya PAS.Perubahan politik pasca Dr Mahathir juga turut merubah pendekatan gerakan Islam di Malaysia. Perpecahan sesama gerakan Islam sangat jelas dalam era pentadbiran Najib Razak dan dijangka berterusan pada masa hadapan. Ini memberi fenomena baru berkaitan politik Islam, demokrasi dan peranan gerakan Islam di Malaysia. Nota hujung 1 Menurut pemikir dan pimpinan UMNO, UMNO memperjuangkan Islam di Malaysia. Menurut mereka, undang-undang Islam boleh dikuatkuasakan walaupun tidak di dalam sebuah negara bersistem pemerintahan khilafah. UMNO mahu menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama. Lihat Perlembagaan UMNO 1988, Fasa 3.3. Menurut beberapa pengkaji juga mengatakan bahawa Malaysia mengamalkan Islam akibat daripada perjuangan UMNO dengan wujudnya Bank Islam, Universiti Islam, sistem perundangan Islam yang lebih baik daripada negara Islam lain dan kehidupan beragama yang stabil. Ada juga melihat melalui beberapa faktor iaitu pertama, asas yang boleh diperolehi dari perspektif sejarah bahawa perundangan Islam telah lama diamalkan di Malaysia. Kedua, kuasa tertinggi di Malaysia dikuasai oleh Yang Dipertuan Agong. Ketiga, pengiktirafan daripada kerajaan-kerajaan Islam luar berkenaan dengan dasar penerapan nilai-nilai Islam 1984 di dalam pentadbiran negara. Keempat, Malaysia telah menjadi model tuntutan bagi Pertubuhan Negara-negara Islam sedunia (OIC). Lihat Rahimin Afendi Abd Rahim, Adakah Malaysia Negara Islam?, dalam Jurnal Yadim, bil kelima. Dis 2003. Lihat Mohammad Abu Bakar, Polemik Negara Islam Dan Perbudayaan Politik di 16

Malaysia, dalam Isu dan Peranan Pembukaan Minda Umat Melayu Islam. DBP: Kuala Lumpur,2003. Lihat juga kajian perbandingan menarik antara perjuangan Islam PAS dan UMNO, lihat Ibrahim Abu Bakar, Perbandingan Pemikiran Politik- Agama PAS dan UMNO, dalam Wan Hashim Wan Teh (1993), UMNO Dalam Arus Perdana Politik Kebangsaan. Mahir Publication: Kuala Lumpur,1993. Pemikir UMNO juga cuba berhujah bawa UMNO lah yang memperjuangkan Islam di Malaysia, lihat Abdul Munir Yaacob,,Perjuangan UMNO dan Perjuangan Islam Dalam Konteks Masyarakat Malaysia, dalam Wan Hashim Wan Teh, UMNO Dalam Arus Perdana Politik Kebangsaan. Mahir Publication: Kuala Lumpur,1993. 2 Penubuhan PAS di peringkat awal adalah untuk menjadi wadah kepada ulama untuk berorganisasi dan dapat membentuk satu jemaah yang mampu untuk melawan kemungkaran pada ketika itu. Pada ketika itu ada keinginan ulama untuk mewujudkan sebuah parti melayu Islam baru yang mengabungkan ulama dalam satu wadah.mereka hendak menjadikan PAS sebagai sebuah badan bebas jika boleh menyamai Parti Masyumi di Indonesia. Dalam perlembagaan PAS di sebut bahawa tujuan PAS ialah pertama, memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah, kedua, mempertahankan kesucian Islam serta kwmerdekaan dan kedaulatan negara. Lihat Safie Ibrahim, The Islamic Party Of Malaysia : Its Formative Stages and Ideology. Nuawi Ismail: Pasir Putih, 1981, dan Perlembagaan PAS Pindaan 2001: Pejabat Agung PAS: Gombak, 2001. Oleh itu para pemimpin PAS telah mengkritik UMNO dengan mengatakan bahawa mereka tidak serius melaksanakan Islam, apalagi di dalam perlembagaan UMNO tidak mencantumkan untuk mendaulatkan syariat Islam. Lihat kenyataan-kenyataan pimpinan PAS yang menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam, Abdul Hadi Awang, Konsep Negara Islam Dan Matlamatnya, GG Edar: Kuala lumpur, 1986. lihat juga Ahmad Azam Hanapiah, Kenapa Kita Berjuang, PAS: Bukit Mertajam,1955. Lihat juga Budiman Radi, Tata Negara Islam. Pustaka Abdullah Rawi: Penang,1957. Lihat juga Dewan Ulama PAS Pusat, Islam Dan Politik, Dewan Ulama Pas Pusat: Kuala Lumpur, 1980. Lihat juga Harun Taib, Kuasa Pemerentahan Islam. Institut Berakan : Kuala Terengganu,1981. Lihat juga Mohd Nakhaei Ahmad, Syahadah: Konsep Dan Tuntutannya. Tanpa penerbit, 1979. Lihat juga Fadzil Mohd Noor, Akidah Dan Perjuangan. Dewan Pustaka Fajar: Kuala Lumpur, 1986. 3 Diane K. Mauzy and R.S. Milne, The Mahathir Administration in Malaysia : Discipline Through Islam, Pacific Affairs, Vol. 56, No.4 1983/84, hlm. 631. 4 Ibid.., hlm. 634. 5 Nagata, J. 1980. Religious Ideology and Social Change: The Islamic Revival in Malaysia,. Pacific Affairs, 53: 3: Fall 1980: 405-439. 6 Di era 1970-an, ABIM di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim merupakan pertubuhan yang sangat radikal dan kritikal terhadap pemerentah. Lihat kajian Judith Nagata, The Reflowering Malaysia Islam, University British Colombia :Vancouver, 1987. Lihat juga Dr Muhammad Nur Manuty, Perception Of Social Change in Cotemporary Malaysia: A Critical Analysis Of ABIM Role And Imapct Among Muslim Youth. Tesis PhD, Temple University, 1987. 7 Sebelum masuk UMNO, Anwar Ibrahim telah mengepalai badan bukan kerajaan dan parti politik untuk membantah pindaan Akta Pertubuhan yang dikatakan cuba menghadkan pergerakan pertubuhan di Malaysia terutama dari segi mendapatkan sumber kewangan. Diane K. Mauzy, The 1982 General Elections in Malaysia, hlm. 502. 8 Perdana Menteri telah membuat lawatan ke Negara-Negara Teluk dan Timbalan Perdana Menteri telah melawat Mesir dan Jordan. Jerry Bass, Malaysia in 1982, hlm. 195. Lihat juga keseluruhan dasar luar Dr. Mahathir dalam tahun 1980-an dalam Chamil Wariya, Dasar Luar Era Mahathir, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1989 9 Lihat Azhar Yaakob, Strategi Dakwah Rasululah, 10 Setelah PAS di perentah oleh golongan ulama, mereka lebih banyak menumpukan kepada ceramah untuk merlaksanakan negara Islam, hukum hudud dan perlaksanaan syariah. Dari sudut penampilan, mulai era ini, pemakaian jubah serta serban menjadi fenomena biasa pakaian aktivis PAS. Lihat Norazlan Hadi Yaacob, Berebut Menjadi Soleh : Persaingan PAS dan UMNO di Malaysia, 1982-2008. Kertas kerja dalam Persidangan Malaysia-Indonesia 5 di Universiti Andalas, 2010. 11 Haris Zalkapli, Wacana Baharu Gerakan Islam., dalam Mohd Izani Mohd Zain, Demokrasi dan Dunia Islam : Perspektif Teori dan Praktik, Penerbit Universiti Malaya : Kuala Lumpur, 2007, hlm. 352. 12 Hampir semua pengnalisis berpandangan bahawa kemasukan tokoh ABIM inilah yang menmyebabkan PAS menjadi bertambah radikal dan bersifat islamik, lihat kajian Ahamd Zaki Abdul Latif, Pemikiran Gerakan Islam Timur Tengah Dalam Perkembangan Pemikiran Agama Dan Politik Masyarakat Melayu 1971-1998.Tesis PhD, Jabatan Sejarah.:Universiti Malaya, 2003. 13 Harun Taib, Kuasa Pemerintahan Islam, 1981, Abdul Hadi Awang, Islam : Penyelesaian Masalah Umat dan Negara, Jika Islam Mentadbir 1984, Konsep Negara Islam dan Matlamatnya 1986, Muhammad Akhir Yaacob dan Hailani Muji Tahir menulis Islam dan Beberapa Persoalan Semasa 1983. 14 Antara buku yang diterjemahkan ialah Ke arah Sebuah Pemerentahan Islam oleh Maududi 1981, Pemerintahan Islam oleh Ayatullah Khomaini 1983, Mana Letaknya Negara Islam karya A. Hashmy dari Indonesia turut menjadi rujukan ahli PAS. 15 Lihat Zainah Anwar, Kebangkitan Pelajar di Kalangan Pelajar, IBS: Kuala Lumpur, 1987. 16 Lihat Azhar Yaakob, Strategi Dakwah Rasululah 17 Pada 1982, dua orang pemimpin Dewan Pemuda PAS Terengganu, Muhammad Jusuh dan Abdul Latif Mohammad telah ditahan bawah ISA sebelum dikenakan akta kediaman terhad di Taiping. Pada 10 Julai 1984, tiga lagi pemimpin Dewan Pemuda PAS ditahan ISA iaitu Abu Bakar Cik, Buniyamin Yakub dan Muhammad Sabu.. Lihat Riduan Mohd nor, Menggengam Bara, hlm.37. 18 Lihat Riduan Mohd Nor, Mengengam Bara, hlm.39-40. 19 Untuk bacaan lanjut sila lihat Utusan Malaysia, 24 November 1985. 20 Antara buku-buku tersebut ialah Dewan Ulama PAS Perseketuan, Syahid Memali dan Penyelewangan Fakta, Dewan Ulama PAS: Kuala Lumpur, 1986, Nakhaei Ahmad, Syuhada Memali: Pendakwah Bukan Penderhaka, GG Edar : Kuala Lumpur, 1986, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Malaysia Bukan Negara Fatwa, GG Edar: Kuala Lumpur: tt. Fadzil Noor, Jabatan Penerangan PAS Pusat, Percikan Shuhada, Jabatan Penerangan PAS Pusat: Kuala Lumpur,tt. 21 Terdapat sekurang-kurangnya tiga tuduhan dibuat keatas PAS iaitu tindakan kafir mengkafir oleh PAS, kegiatan memulau dan kegiatan menghasut yang dianggap memperalatkan agama, selain ancaman ajaran sesat. Tujuan kertas putih yang bertajuk Ancaman Kepada Perpaduan Umat Islam Dan Keselamatan Negara ini adalah untuk mendedahkan anasir yang tidak 17

bertanggungjawab kepada rakyat supaya rakyat mengentahui keadaan yang sebenar serta menjadi tanggungjawab kerajaan membenteras segala kegiatan seperti itu. 22 Dari segi isu mengkafirkan kerajaan, ianya mempunyai sejarahnya yang tersendiri dengan rujukannya. Sila lihat Mustafa Hilmi. Pengkafiran Sesama Muslim: Akar Historis Permasalahannya. Bandung: Penerbit Pustaka, 1986. 23 Syed Ahmad Hussein, Politik Muslim dan Demokrasi di Malaysia, hlm. 138. 24 Haris Zalkapli, Wacana Baharu Gerakan Islam, hlm. 354. Lihat juga ulasan yang dikemukakan oleh Ibrahim Ahmad. Konflik UMNO-PAS Dalam Isu Islamisasi. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd, 1989. 25 Lihat Kamarulnizam Abdullah, The Politics os Islam in Contemporary Malaysia, hlm. 146 26 A. Effendy Choire, Islam-Nasionalisme UMNO-PKB: Studi Komparasi dan Diplomasi, Jakarta: Pensil-324. 2008, hlm. 163. 27 K. S. Nathan, Malaysia in 1988, The Politics of Survival, hlm. 129-139. Lihat juga Norazit Selat. Ekonomi dan Politik Melayu. Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1997. 28 Kikue Hamayotsu, Islam and Nation Building in Southeast Asia: Malaysia and Indonesia in Comparative Perspective, Pacific Affairs, Vol. 75, No. 3, Fall 2002, hlm. 364. Lihat juga Leete, Richard. Malaysia s Demographic Transition: Rapid Development, Culture and Politics. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1996. 29 Judith Nagata, Ethnonationalism versus Religious Transnationalism: Nation Building and Islam in Malaysia, The Muslim World, Vol. LXXXVII, N0. 2, April 1997, hlm. 141. 30 Lihat Ahmad Zaki Abdul Latif, Pengaruh Gerakan Islam Timur Tengah Terhadap Perkembangan Gerakan Islam Di Malaysia, 1971-2003, Tesis PhD, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. 31 Lihat Judith Nagata, 32 Lihat juga Mohamed Bakar, Ulama Pondok dan Politik Kepartian di Malaysia, 1945-85, Malaysia Masa Kini, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1985 dan penulis yang sama dalam Pondok, Pilihanraya dan Pemerintahan di Kelantan dalam Nik Safiah dan Wan Abdul Kadir, Kelantan dalam Perspektif Sosio Budaya, Siri Penerbitan Jabatan Pengajian Melayu, Bil. 3, Kuala Lumpur, Universiti Malaya, 1985. 33 Jamal Mohd Lokman Sulaiman, Biografi Tuan Guru Dato Haji Dato Nik Abdul Aziz: Seorang Ulama serta Ahli Politik Malaysia di Abad ke-20, Kuala Lumpur: Sulfa Press, 1999, hlm. 118. 34 Noraini Othman, Globalization, Islamic Resurgence, and State Autonomy. hlm. 259. 35 Nik Aziz Nik Mat, Kelantan : Universiti Politik Terbuka, Nilam Puri: Ma ahad ad-dakwah Wal-Imamah, 1995, hlm. 236. 36 Mohamad Daud, Wan Mohd. Jamil dan Ramli Abdul Halim, Status Kelantan Pasti Berubah, Kota Bharu: Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, 2000, hlm. 119-121. 37 Telah diluluskan oleh kesemua 36 ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan. Bil ini telah dibuat oleh satu Jawatankuasa yang dipimpin oleh Ustaz Hadi Awang. Dua orang wakil rakyat UMNO turut menyokong mengundi deraf ini. Undang-Undang Syariah ini telah menetapkan beberapa kesalahan yang boleh dihukum hudud. Dalam Bahagian I telah memuatkan kesalahan seperti sariqah (mencuri), hirabah (menyamun), zina, qazaf (menuduh orang berzina), al-lian (tuduhan zina keatas isteri oleh suami), liwat, musahaqah (lesbian), ittiyan almaitah, ittiyan albahimah, syurb (minum arak) dan irtihad atau riddah. Bil ini juga memuatkan hukuman seperti qisas dan diyat (hutang darah). Lihat juga Mohammad Hashim Kamali, Islamic Law in Malaysia: Issues and Developments, Kuala Lumpur: Ilmiah Publishers, 2000. 38 Lihat Ismail Yusof, Pemikiran dan Perjuangan Islam Nik Abdul Aziz Nik Mat, 1964-2004, Tesis PhD, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 2009. 39 Ibid,. 40 Ibid,. 41 Khoo Boo Teik. Paradoxes of Mahathirism. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1995. 42 Kikue Hamayotsu, Islam and Nation Building in Southeast Asia, hlm. 360. 43 Krisis politik yang mempunyai kaitan dengan ekonomi banyak dibicarakan oleh Edmund Terence Gomez terutama dalam kaitan antara politik dan pegangannya dalam dunia korporat. Sila lihat Gomez, E.T. UMNO s Corporate Investments. Kuala Lumpur : Forum, 1990; Gomez, E.T., Political Business : Corporate Involvement of Malaysian Political Parties Townsville, Australia: James Cook University of North Queensland, 1994; Gomez, E.T. and K.S Jomo. Malaysia s Political Economy : Politics, Patronage and Profits Cambridge:Cambridge University Press, 1997 dan Gomez, E.T. Money Politics in the Barisan Nasional. Kuala Lumpur: Forum, 1991. 44 James Chin, Malaysia in 1997, Mahathir s Annus Horribilis, hlm. 184-185. 45 James Chin, Malaysia in 1996, Mahathit-Anwar Bouts, UMNO Election, and Sarawak Surprise, Asian Survey, Vol. XXXVII, No. 2, February 1997, hlm. 182. 46 Greg Felker, Malaysia in 1998, A Cornered Tiger Bares Its Claws, Asian Survey, Vol. XXXIX, No. 1, January/February 1999, hlm. 43-54. 47 Fathi Aris Omar. Patah Balek : Catatan Terpenting Reformasi. Petaling Jaya : SIRD, 2005 dan Wan Azizah Wan Ismail. Suara Hati Reformasi. Kuala Lumpur : R Publishing Services, 2003. 48 In-Won Hwang, Authoritarian and UMNO s Factional Conflict, hlm. 212. Lihat juga John Hilley, Malaysia: Mahathirism, Hegemony and the New Opposition. London: Zed Books, 2001. 49 Lihat Mohd Fadhli Ghani, Dewan Pemuda PAS Dalam Era Bertindak, Tesis MA, Jabatan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003. 50 Lihat Mohammad Redzuan Othman dan Shahruddin Baharuddin, Islam Dan Politik Partisan: Peranan Badan Bukan Kerajaan Dalam Politik Kepartian, dalam Demokrasi Dan Islam di sunting Mohd Izani Mohd Zain, Kuala Lumpur,Universiti Malaya. 51 Lihat Azhar Yaakob, Strategi Dakwah Rasululah SAW, 52 UPKN Terengganu, Perubahan Kerajaan Terengganu, UPKN Terengganu: Kuala Terengganu,tt, hlm.4. 53 Vidhu Verma, Malaysia: State and Civil Society in Transition, Lynne Rienner Publisher: Boulder, London, 2002, hlm. 113. Dicetak semula dalam versi Malaysia, Vidhu Verma. Malaysia : State and Civil Society in Transition. Petaling Jaya : Strategic Information Research Development SIRD, 2004. 54 John Funston, Malaysia hlm. 60 18