APLIKASI ROBOT ḤAJARUL ASWAD DALAM MEMBANTU MENGINGAT PERISTIWA PERLETAKAN ḤAJARUL ASWAD PENDIDIKAN ISLAM

Similar documents
PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

PENGGUNAAN B-PoP: RASULULLAH, KEKASIH ALLAH DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI DAN MENGINGAT KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

HAFAZAN MASRUR DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN MINAT DAN PENGUASAAN MURID UNTUK MENGHAFAZ SURAH AL- C ᾹDIYᾹT

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

PENGGUNAAN KAEDAH COCOM UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGENAL PASTI DAN MEMBANDING BEZA KEDUDUKAN KERAJAAN MELAYU AWAL SERTA GEOGRAFINYA.

PENDEKATAN BIMBINGAN RUKUN SOLAT MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN KAEDAH MNEMONIK BERBANTUKAN MULTIMEDIA. Oleh

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Oleh. Syed Mohd Solehin bin Wan Sarip ABSTRAK

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PENGGUNAAN SUPER AYAT DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SECARA MEKANIS MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Norhadi Anwar bin Tamit

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

KIRAAN JARI DALAM MEMBANTU MURID PEMULIHAN TAHUN 2 MENGEJA DAN MEMBATANGKAN PERKATAAN KVKV. Oleh. Dyg Marzuin Binti Awang Ismail

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

KAEDAH PAMERAN DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN GURU PELATIH KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH.

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

MENINGKATKAN KEMAHIRAN HAFAZAN AL-QURAN MURID TAHAP 2 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAH. Oleh ABD RAZAK B.

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

KAJIAN AWAL PENGGUNAAN TEKNIK FONIK DALAM PEMBANGUNAN APLIKASI MOBIL FONIK: BACALAH SAYANG

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

Penguasaan Bacaan Hamzah Wasal Menggunakan Kaedah Bafkad (Mastering the Reading of Hamzah Wasal Using Bafkad Method)

1. Kekuatan. 2. Kelemahan. 3. Langkah Mengatasi

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

KAJIAN PEMIKIRAN DAN AMALAN REFLEKSI DI KALANGAN GURU PELATIH SAINS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NOR HASNIZA BINTI IBRAHIM

KAJIAN PEMIKIRAN DAN AMALAN REFLEKSI DI KALANGAN GURU PELATIH SAINS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NOR HASNIZA BINTI IBRAHIM

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

KESAN DRAMA HIBUR-DIDIK DAN DOKUMENTARI DALAM MEMPENGARUHI NIAT UNTUK MENDERMA ORGAN: SATU EKSPERIMEN BERTERASKAN MODEL ELABORATION LIKELIHOOD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

Persepsi Siswa/Siswi Terhadap Kaedah Merujuk Buku Dalam Peperiksaan: Satu Kajian Kes Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. 1.0 PENGENALAN sejarah

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Transcription:

APLIKASI ROBOT ḤAJARUL ASWAD DALAM MEMBANTU MENGINGAT PERISTIWA PERLETAKAN ḤAJARUL ASWAD PENDIDIKAN ISLAM NUR QARDIRAH BINTI ISA nurqardirah@gmail.com ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengingat dalam bidang sirah bagi murid Tahun 2 melalui penggunaan Robot Ḥajarul Aswad yang menggunakan anggotan badan dan kaedah mnemonik iaitu akronim dan akrostik. Tinjauan awal menunjukkan bahawa murid tidak dapat mengingat sepenuhnya fakta dalam peristiwa perletakan Ḥajarul Aswad dengan betul. Fokus kajian ini adalah untuk membantu murid Tahun 2 yang lemah dalam mengingati fakta bidang sirah khususnya dalam tajuk Peristiwa Perletakan Ḥajarul Aswad. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid Tahun 2 dari sebuah sekolah rendah sekitar bandar Kuching yang memperoleh markah rendah dalam proses pengumpulan data awal. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah melalui kaedah pemerhatian, temu bual,soalan sebelum dan selepas kajian serta borang maklum balas. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan terhadap markah murid murid selepas pengaplikasian Robot Ḥajarul Aswad. Secara keseluruhan, kajian ini memberi sumbangan dalam menarik minat murid untuk belajar fakta sirah dan membantu murid untuk mengingat dengan lebih mudah. Bagi menjalankan kajian lanjutan, saya mencadangkan agar kaedah mnemonik digunakan dengan sebaiknya bagi tajuk sirah dan matapelajaran yang lain. Kata kunci: Robot Ḥajarul Aswad, anggota badan, kaedah mnemonik, peristiwa perletakan Ḥajarul Aswad, menarik minat murid, pengajaran sirah PENGENALAN Pada praktikum fasa dua, saya telah mengenalpasti bahawa murid Tahun 2 Merpati mempunyai masalah dalam mengingat fakta sirah dan mempunyai persepsi bahawa bidang sirah membosankan. Impaknya, murid tidak fokus di dalam kelas sehingga mengganggu sesi PdP. Berdasarkan pemerhatian, murid mula hilang tumpuan apabila teknik bercerita digunakan. Menurut Ghazali (2004), kemahiran dalam teknik bercerita amat diperlukan sesuai dengan tahap murid supaya cerita yang disampaikan dapat difahami. Murid menjadi bosan apabila rangsangan yang lemah digunakan dalam proses pengajaran (Robert, 2009). Namun, apabila saya menunjukkan kad gambar, murid mula menunjukkan minat dan fokus semasa saya bercerita. Oleh yang demikian, penyampaian yang pelbagai sangat diperlukan dalam menggunakan kaedah bercerita (Rosie, 2007). Data awal saya juga dikukuhkan lagi dengan hasil lembaran kerja yang tidak dijawab oleh murid. Jelaslah disini bahawa murid tidak berminat untuk belajar sirah dan terbukti ia menyebabkan mereka tidak ingat isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Menurut Buzan dan Barry (2003), ingatan manusia lebih mudah mengingat sesuatu yang menarik seperti gambar dan tulisan yang ringkas. Oleh yang demikian, saya telah membina bahan yang berupaya menarik minat murid serta membantu murid mengingat fakta sirah dengan mudah melalui Aplikasi Robot Ḥajarul Aswad. 123

FOKUS KAJIAN Berdasarkan permasalahan yang telah dikenalpasti, fokus kajian ia adalah untuk membantu murid Tahun 2 Merpati dalam mengingat fakta sirah yang telah dipelajari di dalam kelas. BBM yang telah dibina adalah kombinasi penggunaan kaedah mnemonik melalui aplikasi Robot Ḥajarul Aswad. Bagi menarik minat murid, saya telah menggunakan Robot Ḥajarul Aswad semasa bercerita Peritiwa Perletakan Ḥajarul Aswad. Berdasarkan temu bual bersama murid, kaedah bercerita sahaja tanpa sokongan daripada BBM adalah sangat membosankan dan menyebabkan murid mudah untuk mengantuk dan hilang fokus semasa sesi PdP dijalankan. Menurut Ghazali Darussalam (2004) menyatakan bahawa kaedah bercerita memerlukan penguasaan terhadap prinsip-prinsip dan kemahiran tertentu supaya dapat memberikan impak yang positif kepada murid. Oleh itu, semasa bercerita saya telah mengaitkan penggunaan teori warna, bentuk, gambar dan bahan maujud bagi menarik minat murid supaya mereka tidak hilang fokus. Buzan (2003) turut menyatakan bahawa kanak-kanak suka melukis dan melihat benda yang berwarnawarni. Strategi yang digunakan dalam proses mengingat ialah melalui penggunaan mnemonik, kata kunci dan peta konsep (Tan et.al., 2003). Justeru itu, saya telah mengaplikasikan kaedah mnemonik iaitu kaedah akrostik dan akronim dalam penggunaan Aplikasi Robot Ḥajarul Aswad serta penggunaan teori warna bagi membantu murid mengingat isi pelajaran serta meningkatkan minat murid dalam mempelajari bidang sirah. OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif Kajian 1. Membantu murid untuk mengingat isi pelajaran tentang pengajaran sirah dengan menggunakan Robot Ḥajarul Aswad. 2. Membantu meningkatkan minat murid terhadap pengajaran sirah dengan menggunakan Robot Ḥajarul Aswad. Persoalan Kajian Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan bagi menjawab persoalan kajian yang berikut: 1. Adakah Robot Ḥajarul Aswad membantu murid untuk mengingat isi pelajaran tentang pengajaran sirah? 2. Bagaimanakah penggunaan Robot Ḥajarul Aswad membantu meningkatkan minat murid untuk mempelajari sirah? PESERTA KAJIAN Jadual 1 Ciri-ciri Peserta Kajian BIL 1. NAMA (Nama Samaran) Rizal JANTINA L CIRI-CIRI MURID - Merupakan muid yang mempunyai prestasi yang lemah dari segi akademik terutama bidang sirah - Sangat suka berbual dengan rakan. - Merupakan murid yang aktif dan suka berjalan. - Suka melukis - Seringkali lambat menghantar tugasan yang diberi 124

2. Asyraf L - Mempunyai prestasi yang lemah dalam akademik - Merupakan murid yang pendiam - Sering kelihatan takut apabila disoal oleh guru - Merupakan murid yang mudah untuk didekati - Sentiasa menghantar tugasan yang diberikan - Suka termenung 3. Athirah P - Merupakan murid yang sederhana dalam prestasi akademik - Suka bertanya di dalam kelas - Sentiasa memberi perhatian di dalam kelas - Kurang berminat belajar fakta yang panjang 4. Syahirah P - Merupakan murid yang pendiam - Mempunyai prestasi akademik yang lemah. - Keyakinan diri yang rendah - Suka termenung dalam kelas - Mudah hilang fokus semasa belajar di dalam kelas - Minat melukis dan mewarna Berdasarkan Jadual 1, peserta kajian mempunyai persamaan dari segi masalah mengingat fakta yang terlalu panjang dan merupakan murid yang mudah hilang fokus semasa sesi PdP dijalankan. TINDAKAN YANG DIJALANKAN Jadual 2 Perancangan Pelaksanaan Tindakan Yang Dijalankan TARIKH / HARI AKTIVITI CATATAN 2 Ogos 2017 (RABU) 10 Ogos 2017 (KHAMIS) 23 Ogos 2017 (RABU) - Perbincangan bersama Guru Besar tentang pelaksanaan kajian yang akan dijalankan pada tempoh praktikum dan pemilihan kelas sebagai peserta kajian. - Perbincangan bersama Guru Pendidikan Islam Tahun 2 Merpati - Mengedarkan borang kebenaran melaksanakan kajian kepada peserta kajian - Catatan Nota Lapangan - Analisis Dokumen - Latihan Tindakan Awal - Ujian Sebelum Tindakan - Catatan Nota Lapangan - Borang maklum balas - Temu bual - Pelaksanaan Tindakan (Robot Ḥajarul Aswad) - Catatan Nota Lapangan - Pemerhatian - Temu bual - Lembaran kerja 30 Ogos 2017 (RABU) 7 September 2017 (KHAMIS) - Pelaksanaan Ujian Sebelum Tindakan - Ujian Selepas Tindakan - Pemerhatian - Borang Maklum Balas - Pelaksanaan Latihan Pengukuhan - Lembaran kerja - Sesi soal jawab - Pemerhatian 125

Jadual 2 menunjukkan secara ringkas rancangan pelaksanaan tindakan yang dilaksanakan sepanjang tempoh kajian. Robot Ḥajarul Aswad diperkenalkan setelah saya mengenalpasti masalah dan minat peserta kajian. Sesi pengajaran diteruskan dengan menggunakan kaedah bercerita namun ditambahbaik dengan penggunaan Aplikasi Robot Ḥajarul Aswad bertujuan untuk mengubah persepsi murid yang mengatakan bahawa bidang sirah bosan kepada sebuah PdP yang menarik serta membantu murid mengingat dengan mudah kronologi Peristiwa Perletakan Ḥajarul Aswad dengan betul dengan memperkenalkan teknik akronim dan akrostik. DAPATAN KAJIAN Penggunaan Robot Ḥajarul Aswad berjaya membantu murid mengingat Peristiwa Perletakan Ḥajarul Aswad dengan betul. Gabungan teori warna, bentuk, kaedah akrostik, teknik bercerita serta simulasi menguatkan lagi ingatan murid tentang tajuk yang telah dipelajari. Penyataan ini dapat dikukuhkan lagi dengan skor peningkatan markah murid berdasarkan Jadual 3. Jadual 3 Peratusan Skor Markah Ujian Sebeleum, Selepas dan Pengukuhan Bil. Peserta kajian Markah Ujian Sebelum Markah Ujian Selepas Markah Ujian (nama samaran) (%) ( x x 100) (%) ( y x 100) Pengukuhan 5 5 (%) ( Z x 100) 7 1 Rizal 25 100 86 2 Asyraf 44 100 100 3 Athirah 38 100 100 4 Syahirah 38 100 86 Berdasarkan Jadual 3, peratusan skor markah Ujian Sebelum, Selepas dan Pengukuhan murid menunjukkan peningkatan yang amat ketara dari segi mengingat fakta sirah. Keempat-empat peserta kajian berjaya mendapat markah 100% selepas tindakan dijalankan. Bagi Ujian Pengukuhan pula, dua orang peserta kajian masih mendapat markah 100% iaitu Asyaf dan Athirah, manakala Rizal dan Syahirah mendapat markah sebanyak 86%. Hal ini jelas membuktikan bahawa peserta kajian mampu mengingat isi pelajaran sirah setelah pelaksanaan tindakan dijalankan iaitu dengan menggunakan teknik akrostik dan akronim. Menurut Tan et.al., (2003), strategi untuk mudah mengingat adalah melalui penggunaan kaedah mnemonik, kata kunci dan pemetaan konsep serta penyusun awal. Dapatan saya dikukuhkan lagi dengan peningkatan sebanyak 100% bagi peratusan peserta kajian yang dapat menjawab soalan spontan selepas tindakan dilaksanakan. Hal ini jelas menunjukkan perubahan tingkah laku positif peserta kajian apabila soalan spontan diberikan selepas pelaksanaan tindakan iaitu lebih bersemangat dan berkeyakinan. Namun, sebelum tindakan dilaksanakan keempat-empat peserta kajian kelihatan tidak yakin dan ragu-ragu apabila diajukan soalan spontan selepas PdP dijalankan. Jelaslah bahwa apabila murid ingat apa yang dipelajari, murid mampu menjawab soalan dengan yakin dan bersemangat. Buzan (2006) menjelaskan bahawa seseorang akan ingat apa yang ingin diingatnya dengan menggunakan teknik memori atau teknik menemonik. Hasil temubual bersama peserta kajian menunjukkan bahawa teknik akrostik yang diperkenalkan berjaya 126

membantu mereka mengingat kronologi peristiwa perletakan Ḥajarul Aswad dengan mudah. Saya telah memperkenalkan cara penggunaan Robot Ḥajarul Aswad kepada murid. Apabila mendengar perkataan Robot, murid kelihatan ceria dan bertenaga. Apabila pengajaran dimulakan, murid memberikan perhatian untuk mengetahui fungsi robot yang diperkenalkan. Murid mula mendekati Robot Ḥajarul Aswad apabil melihat ada roda gambar di perut Robot. Murid memusingkan roda tersebut dan kelihatan seronok. Para peserta kajian menunjukkan minat dan perhatian terhadap Robot Ḥajarul Aswad. Mereka berasa seronok kerana diberi peluang untuk memegang Robot tersebut. Rajah 1. Sedutan Nota Lapangan PdP pada 23 Ogos 2017 Rajah 1 menunjukkan sedutan nota lapangan yang telah dicatat semasa pelaksanaan tindakan dijalankan. Respon positif ditunjukkan oleh peserta kajian apabila Robot Ḥajarul Aswad diperkenalkan. Antara respon yang ditunjukkan ialah kelihatan ceria, bertenaga, mula memberikan perhatian, seronok dan menunjukkan minat terhadap Robot Ḥajarul Aswad. Berdasarkan temubual juga membuktikan bahawa peserta kajian menyatakan bahawa Robot Ḥajarul Aswad membantu meningkatkan minat mereka untuk belajar sirah dan berjaya mengubah persepsi mereka bahawa pembelajaran sirah tidak membosankan. Guru pembimbing juga menyatakan bahawa Robot Ḥajarul Aswad sememangnya berjaya mengubah tingkah laku peserta kajian untuk lebih bersemangat belajar bidang sirah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan Robot Ḥajarul Aswad berjaya membantu meningkatkan minat murid tahun 2 untuk mempelajari sirah. Berdasarkan analisis borang maklum balas, berlaku peningkatan kepada 100% bagi setiap tema yang telah disenaraikan. Ia jelas menunjukkan bahawa kesemua peserta kajian bersetuju bahawa Robot Ḥajarul Aswad membantu meningkatkan minat mereka untuk belajar bidang sirah. Malah, peserta kajian juga bersetuju bahawa pengajaran bidang sirah menyeronokkan apabila menggunakan bahan yang menarik. Hal ini selari dengan penyataan Robert (2009 yang menyatakan bahawa tujuan mengajar adalah untuk memastikan murid berminat terhadap bidang yang dipelajari, berminat untuk terus belajar dan menunjukkan sikap bersungguh-sungguh untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari ke dalam kehidupan seharian mereka. Oleh yang demikian dengan menggunakan gabungan bentuk bersifat tiga dimensi dan penggunaan warna yang menarik dapat membantu peserta kajian untuk melibatkan diri dengan sesi pengajaran disamping untuk menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam sesi pengajaran yang dilaksanakan. REFLEKSI Dalam menjalankan kajian ini, saya telah berjaya mengubah cara pembelajaran murid menjadi lebih berkesan dan tidak membebankan pemikiran murid. Justeru itu, teori yang dipraktikkan dalam kajian saya turut melibatkan teori pembelajaran bermakna yang telah diasaskan oleh Ausubel (1963). Menurut Meng (2005) teori ini menekankan bahawa maklumat yang diperolehi secara bermakna adalah lebih lama diingat berbanding secara hafalan semata-mata tanpa pemahaman daripada murid. Melalui penyelidikan ini, saya berpeluang mengubah amalan pengajaran yang berbentuk konvensional kepada amalan pengajaran abad ke 21. Menurut Noraini dan Shuki (2009) menyatakan bahawa kaedah bercerita sangat sesuai digunakan untuk membantu murid mengingat fakta-fakta sejarah yang memerlukan murid dan guru berimaginasi tentang cerita yang disampaikan. Justeru itu, kepelbagaian bahan 127

bantu mengajar dan kaedah digunakan dalam sesi pengajaran untuk menjadikan pengajaran tersebut menarik. Pelaksanaan kajian ini turut membantu saya dalam memperbaiki cara berkolaborasi dengan pelbagai pihak terutamanya dengan pihak sekolah. Banyak ilmu yang telah saya pelajari sepanjang berkolaborasi dengan warga SK Kenyalang yang berpengalaman untuk persediaan saya menjadi seorang guru setelah saya menamatkan pengajian di Institut Pendidikan Guru. Dengan memperkenalkan Robot Ḥajarul Aswad, saya mendapati presepsi murid tentang pembelajaran sirah dan tahap ingatan mereka tentang fakta sirah dapat diubah. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN Kajian tindakan merupakan satu kesedaran guru tentang amalan mereka sendiri untuk menjadi lebih kritis terhadap amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan berdasarkan pendekatan yang tertentu (McNiff, 1988). Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Robot Ḥajarul Aswad dapat membantu murid mengingat dengan mudah dengan menggunakan lima teknik dalam kaedah mnemonik. Berdasarkan perkembangan positif yang ditunjukkan oleh peserta kajian, saya mencadangkan supaya kajian ini dijalankan secara meluas dan dipraktikkan oleh Guru Pendidikan Islam (GPI) untuk mengajar bidang sirah khususnya. Saya telah memperkenalkan cara yang mudah untuk mengingat Peristiwa Perletakan Ḥajarul Aswad iaitu dengan menggunakan teknik akrostik untuk menggambarkan peringkat dalam plot penceritaan tersebut. Hal ini disokong oleh Meng (2005) yang berpendapat bahawa cara yang lebih bermakna sangat sesuai untuk mengasimilasikan maklumat ke dalam struktur kognitif sedia ada. Memandangkan dalam kajian ini saya menggunakan empat orang peserta kajian, saya mencadangkan agar kajian yang seterusnya akan menggunakan lebih ramai peserta kajian. Akhir sekali, saya turut mencadangkan supaya kajian seterusnya dapat dilaksanakan dengan menambah teknik nyanyian agar dapat melibatkan peserta kajian dengan lebih aktif disamping menguatkan lagi tahap ingatan murid tentang isi pelajaran. Menurut Noraini (2003) daya ingatan dapat dikuatkan dengan menggunakan iringan irama lagu dengan rentak untuk mengurangkan kebosanan seterusnya dapat meningkatkan minat serta mendorong penumpuan murid terhadap sesi pengajaran. Akhir kata, saya berharap agar kajian yang telah dijalankan ini dipraktikkan dalam pengajaran sirah dan matapelajaran lain mengikut kesesuaian. RUJUKAN Buzan, T. (2003). Minds Maps For Kids. London: Thornson. Buzan, T. & Barry, B. (2003). Tony & Barry Buzan The Mind map Book. London: BBC Worldwide Limited. Buzan, T. (2006). Use Your Memory: Gunakan Memori Anda. Batam : Interaksara. Ee Ah Meng. (2005). Kursus Perguruan Lepasa Ijazah (KPLI): Ilmu Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas. Shah Alam: Fajar Bakti. Ghazali Darussalam. (2004). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications. 128

Rosie Turner Bisset. (2007). Pengajaran Pakar. Selangor: Siri Pembangunan Profesion Perguruan. Robert F. M, (2009). Teknik Mendorong Pelajar Belajar Tanpa Membunuh Semangat Mereka. Kuala Lumpur: Siri Pembangunan Profesion Guru. Tan et.al., (2003). Educational Psychology, A Practitioner Researcher Approach. Singapore: Thomson Learning. Mcniff, J. (1988). Action Research: Principles And Practice. Routledge: London. Noraini Idris & Shuki Osman (2009). Pengajaran dan Pembelajaran Teori Dan Praktis. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education. 129