REKA BENTUK CORAK GEOMETRI ISLAM PADA SENI BINA MASJID NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA NORLIS BINTI ISMAIL

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

MUZIUM : PENGURUSAN KOLEKSI PAMERAN DI RUMAH KELAHIRAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN ORNAMENTASI DALAM MUZIK MELAYU ASLI : PERMAINAN VIOLIN GAYA HAMZAH DOLMAT NIK SHAREENA ROSNY BINTI MOHD ROSLY

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Seni Kaligrafi (Khat) di Mihrab Masjid-Masjid Negeri Malaysia dan Hubungannya dengan Seni Visual

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

SINOPSIS Kajian lepas mendedahkan bahawa pemahaman pelajar terhadap beberapa konsep sains adalah kurang sempurna. Kajian lepas juga menunjukkan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTEGRASI KEFAHAMAN BERAGAMA DALAM AMALAN KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

PENGHARGAAN., para sahabat dan tabi`in. Bersyukur kepada Ilahi kerana dengan

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

MUD FLOOD AS A SUITABLE MATERIAL FOR SUBGRADE LAYER OF LOW TRAFFIC VOLUME NURUL AIN BINT! IBRAHIM

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Transcription:

REKA BENTUK CORAK GEOMETRI ISLAM PADA SENI BINA MASJID NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA NORLIS BINTI ISMAIL TESIS DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA SENI (PENGAJIAN KOMUNIKASI VISUAL) (MOD PENYELIDIKAN) FAKULTI SENI, KOMPUTERAN DAN INDUSTRI KREATIF UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2017

iii PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah dengan segala rahmat dan hidayah dari Allah SWT, saya telah diberi kekuatan rohani dan fizikal bagi menyiapkan penyelidikan ini. Walaupun menghadapi pelbagai masalah dan mengambil masa yang agak lama. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam membantu saya bagi menyiapkan penyelidikan ini. Tanpa kekuatan dan dorongan dari kalian mungkin saya tidak dapat melaksanakan dan menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Dr Ridzuan Hussin yang sentiasa membantu dan menyumbangkan ilmu yang tak terhingga, serta sentiasa membimbing saya dalam kelancaran kajian yang dijalankan. Selain daripada itu beliau banyak memberikan pendapat yang bernas serta nasihat sepanjang penulisan tesis ini. Ribuan terima kasih juga kepada pihak-pihak pengurusan masjid negeri di Semenanjung Malaysia, Arkib Negara dan pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris kerana membantu dalam pengumpulan maklumat kajian sehingga terlaksana tesis yang dapat menjadi bahan rujukan di masa akan datang. Selain daripada itu terima kasih diucapkan kepada suami tercinta Mohd Shahril Helmy kerana banyak membantu dan menemani saya bagi setiap lawatan masjid-masjid negeri di Semenanjung Malaysia. Kepada kedua ibubapa saya terima kasih kerana sentiasa memberi dorongan bagi menyelesaikan kajian ini. Semoga Allah membalas jasa baik kalian serta sentiasa dibawah lindungan yang Maha Esa. Insya Allah.

iv ABSTRAK Pengaruh Islam telah memainkan peranan yang besar dalam pembentukan seni visual Islam di Malaysia. Beberapa elemen seni visual kini telah direka bentuk bagi menepati unsur-unsur kesenian Islam. Melalui seni bina masjid, terdapat tiga entiti utama kesenian Islam yang ditonjolkan iaitu seni khat, Arabesque dan Corak Geometri. Setiap entiti tersebut mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Kajian ini berkaitan dengan penggunaan corak geometri Islam yang terdapat pada masjid-masjid negeri di Semenanjung Malaysia. Masjid adalah lambang bagi agama Islam manakala mihrab, mimbar, menara dan kubah adalah antara empat ciri utama yang perlu ada pada setiap masjid. Tujuan laporan penyelidikan yang dilakukan ke atas sebelas buah masjid-masjid negeri, adalah untuk mengenal pasti, menganalisis dan mengkaji proses penghasilan reka bentuk corak geometri Islam berasaskan teori Gestalt, konsep Haqiqah dan Ihsan. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan data dikumpul melalui pendekatan pemerhatian, temu bual dan foto visual di lapangan. Dapatan kajian mendapati reka bentuk corak geometri Islam bagi setiap masjid-masjid negeri di Malaysia adalah berbeza antara satu sama lain. Hal ini kerana beberapa buah masjid di Semenanjung Malaysia tidak menekankan elemen seni bina Islam di dalam pembinaan masjid. Berdasarkan dapatan data yang diperolehi hanya sembilan masjid negeri yang menggunakan corak geometri Islam pada kubah, mimbar, menara dan mihrab. Sebelas corak geometri yang telah dikenal pasti terdiri daripada corak geometri segi empat sama, perulangan 2x segi empat tepat, perulangan segi empat rhombus, perulangan 2x segi empat sama/oktagon, perulangan 2x segi empat sama/oktagon (2x4=8), heksagon dan segi empat kite, dan perulangan 2x segi enam/heksagon (2x6=12), segitiga triangle dan dektagon. Hasil kajian juga mendapati kebanyakan responden yang di temu bual kurang memahami reka bentuk corak geometri Islam. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa reka bentuk corak geometri Islam pada seni bina masjid-masjid negeri di Semenanjung Malaysia masih lagi boleh dikembangkan dan diaplikasikan serta bahan kajian ini dapat menjadi panduan dan rujukan kepada masyarakat.

v ISLAMIC GEOMETRIC PATTERN DESIGN OF STATE MOSQUE IN PENINSULAR MALAYSIA Islamic influence has played a major role in the formation of the visual arts of Islam in Malaysia. Some elements of visual art have been designed to meet the elements of Islamic art. Through the architecture of the mosque, there are three entities of Islamic art that highlighted which is calligraphy, Arabesque and geometric pattern. Each entity has its own strength. The study relates to the use of Islamic geometric patterns found in mosques in Peninsular Malaysia. The mosque is a symbol of Islamic identity while mihrab, pulpit, minaret and dome are four key characteristics that exist in every mosque. The aim of the research on the 11 state mosques in Peninsular Malaysia is to identify, analyze and review the manufacturing process design geometric patterns of Islamic using Gestalt Theory and Concept of Haqiqah and Ihsan. The design of this study used a qualitative approach and data collected through observation, interview and visual photo during field work session. Results showed that the design of geometric patterns of Islamic mosques for each state in Malaysia is different. This is because some state mosques in Peninsular Malaysia do not emphasize the element of Islamic architecture in the construction of the mosque. According to findings of the data obtained only nine states of mosque using Islamic geometric pattern on the dome, pulpit, minaret and mihrab. Eleven geometric patterns have been identified consisting of geometric patterns square, looping 2x rectangular, looping rectangle 'rhombus', looping 2x square/octagonal, looping 2x square/octagonal (2x4 = 8), hexagon and square 'kite', and looping 2x hexagon/hexagon (2x6 = 12), triangle and decagon. The study also found that most respondents in interviews less understand, especially in Islamic geometric design. In conclusion, the results show that the design of geometric patterns in Islamic architecture of state mosques in Peninsular Malaysia can be developed and applied, by this study it can be as a guideline and a reference to the public.

vi KANDUNGAN Muka surat PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi xi xi xvii BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan Masalah 3 1.3 Tujuan Kajian 4 1.4 Objektif Kajian 5

vii 1.5 Persoalan Kajian 5 1.6 Kerangka Teorites Kajian 6 1.7 Kepentingan Kajian 7 1.8 Batasan Kajian 8 1.9 Skop Kajian 9 1.10 Takrif Istilah 10 1.11 Kesimpulan 13 BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kesenian Islam 16 2.3 Teori Gestalt, Konsep Haqiqah dan Ihsan 18 2.3.1 Teori Gestalt 18 2.3.2 Konsep Haqiqah dan Ihsan 19 2.4 Rekabentuk Geometri 27 2.5 Kepentingan dan Keunikan Masjid 47 2.6 Masjid-masjid Terawal Di Dunia 51 2.7 Elemen Yang Terdapat Pada Masjid 56 2.7.1 Latar Belakang Mihrab 57 2.7.2 Kepentingan Mimbar 58 2.7.3 Latar Belakang Menara 60 2.7.4 Reka Bentuk Kubah (Qubba/Cupola) 62 2.8 Kajian-Kajian Lepas 63

viii 2.8.1 Kajian Lepas Berkaitan Rekabentuk Geometri Islam 63 2.8.2 Kajian Lepas Berkaitan Seni Islam Pada Masjid 65 2.9 Kesimpulan 67 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 68 3.2 Pendekatan Kajian 69 3.3 Rekabentuk Kajian 70 3.4 Prosedur Kajian 71 3.4.1 Fasa Satu 72 3.4.2 Fasa Kedua 72 3.4.3 Fasa Ketiga 72 3.4.4 Fasa Keempat 73 3.4.5 Fasa Kelima 73 3.5 Sampel Kajian 73 3.6 Tempat Kajian 74 3.7 Instrumen Kajian 75 3.7.1 Pemerhatian 76 3.7.2 Foto Visual 84 3.7.3 Temu Bual 84 3.8 Teknik Pengumpulan Data 86

ix 3.9 Keboleh percayaan Data 88 3.10 Jangka Masa Kajian (Jadual Kerja) 88 3.11 Kesimpulan 89 BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 90 4.2 Latar belakang Sampel Kajian 91 4.3 Dapatan Kajian 105 4.3.1 Mengenalpasti reka bentuk corak geometri Islam dalam seni bina masjid-masjid negeri di Semenanjung Malaysia 106 4.3.2 Dapatan Data Pemerhatian 107 4.3.3 Rumusan Dapatan Pemerhatian 136 4.3.4 Dapatan Data Temubual 138 4.3.5 Rumusan Data Temubual 142 4.3.6 Dapatan Data Foto Visual 143 4.3.7 Rumusan Data Foto Visual 151 4.3.8 Rumusan bagi mengenal pasti reka bentuk corak geometri Islam dalam seni bina masjid-masjid negeri di Semenanjung Malaysia 152 4.4 Menganalisis reka bentuk corak geometri Islam yang digunakan pada seni bina masjid-masjid negeri di Semenanjung Malaysia. 154 4.4.1 Persoalan Kajian - Apakah reka bentuk corak geometri Islam yang digunakan pada seni bina masjid-masjid negeri di Semenanjung Malaysia? 155

x 4.4.2 Dapatan Data Pemerhatian 155 4.4.3 Rumusan Dapatan Data Pemerhatian 163 4.4.4 Dapatan Data Foto Visual 164 4.5 Rumusan bagi Analisi Dapatan Data Foto Visual 174 4.6 Mengkaji Proses Penghasilan Reka Bentuk Corak Geometri Islam pada Seni bina Masjid-Masjid Negeri di Semenanjung Malaysia 175 4.7 Rumusan bagi mengkaji proses penghasilan reka bentuk geometri Islam pada seni bina masjid-masjid negeri di Semeanjung Malaysia 185 BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 187 5.2 Ringkasan Kajian 188 5.3 Rumusan dan Penemuan Kajian 189 5.3.1 Mengenal pasti reka bentuk geometri Islam dalam senibina Masjid-Masjid negeri di semenanjung Malaysia. 191 5.3.2 Menganalisis rekabentuk corak geometri Islam yang digunakan pada senibina Masjid Negeri di Semenanjung Malaysia. 193 5.3.3 Mengkaji proses penghasilan rekabentuk corak geometri Islam pada senibina Masjid Negeri di Semenanjung Malaysia 194 5.4 Implikasi dapatan kajian 197 5.4.1 Aspek Teori dan Konsep 198

xi 5.4.2 Dapatan Kajian 198 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 199 5.6 Penutup 200 RUJUKAN 201

xii SENARAI JADUAL No Jadual Muka Surat 3.1 Rumusan pemerhatian masjid-masjid negeri 78 3.2 Jadual kerja kajian 89 4.13 Rumusan reka bentuk corak geometri Islam pada Masjid Negeri di Semenanjung Malaysia (Temu Bual Imam dan Pegawai Masjid) 139

xiii SENARAI RAJAH No Rajah Muka Surat 1.1 Kerangka Teoritis kajian 6 1.2 Reka bentuk geometri segi dua belas dan Segi sepuluh yang terdapat di masjid Al-Taqwa, Selangor dan masjid Sultan Ismail Petra, Kelantan 11 2.1 Keserupaan pada rupa yang sama tetapi saiz yang berbeza 19 2.2 Keserupaan pada susunan rekabentuk yang sama tetapi rupa yang berbeza 20 2.3 Keserupaan pada rupa yang sama tetapi perletakkan yang Berbeza 20 2.4 Rajah segi empat sama yang disusun berbeza tetapi dilihat dalam kumpulan yang sama 20 2.5 Kubah masjid Zahir yang memfokuskan pada titik tengah iaitu Kalimah Allah 22 2.6 Kubah masjid Sultan Salahuddin Shah Alam Selangor 23 2.7 Corak geometri Islam, Sumber: Eric Broug 25 2.8 Rekabentuk geometri di Alhambra, Granada, Sepanyol 26 2.9 Masjid Negara Kuala Lumpur 27

xiv 2.10 Rajah segi empat yang dihasilkan dari empat bulatan 30 2.11 Rajah kombinasi segi empat yang dihasilkan dari garisan Melintang dan bulatan 31 2.12 Corak geometri segi empat yang dihasilkan di Masjid Al Salih Tala I Cairo, Mesir 31 2.13 Lakaran awal segi empat yang membentuk motif segi empat 32 \ 2.14 Corak geometri segi empat yang dihasilkan di masjid Cordoba, Sepanyol 32 2.15 Corak geometri dari lapan bahagian segi empat boleh dilihat di Cappella Sicily, Italy (Pengaruh Islam- motif yang di reka bentuk di Royal Chapel Kristian) 33 2.16 Corak geometri dari lapan bahagian segi empat boleh dilihat ` di Masjid Jamek, An-nur Labuan, Sabah 34 2.17 Corak Geometri dari lapan bahagian segi empat 34 2.18 Corak geometri dari enam belas bahagian segi empat 35 2.19 Segi enam (hexagons) yang dihasilkan dari enam bulatan 37 2.20 Segi enam (hexagons) memberikan 12 dan 24 bahagian yang sama 37 2.21 Segi enam (hexagons) dengan ulangan enam bahagian 38 2.22 Segi enam (hexagons) dengan ulangan enam bahagian 39 2.23 Segi enam (hexagons) dengan ulangan enam bahagian 40 2.24 Segi enam yang dihasilkan di Masjid Qarawiyyin, Fez, Morrocco 40 2.25 Reka bentuk sudut segi lapan (octagons) dengan ulangan Segi lapan 42 2.26 Reka bentuk sudut segi lapan (octagons) dengan ulangan Segi lapan 43 2.27 Corak geometri dari tiga ulangan segi empat atas dua belas Sempadan 45

xv 2.28 Corak geometri dari dua ulangan segi enam (hexagons) dan Tiga segi empat atas dua belas sempadan (polygon) 46 2.29 Motif geometri dari empat ulangan segi tiga atas dua belas Sempadan 46 2.30 Ciri-ciri utama senibina Islam (Adibah 2005) 50 2.31 Masjid Quba gambaran pada tahun 1325 Hijrah 52 2.32 Masjid Quba (Jurnal Haji Mei 2014) 53 2.33 Masjid Nabawi (Abd Rahman 2012) 54 2.34 Masjidil Haram 1880 (Abu Nafis 2013) 55 2.35 Masjidil Haram Kini 56 3.1 Prosedur Pengumpulan Data 87 4.1 Elemen Pemerhatian 105 4.2 Prosedur pengumpulan data bagi persoalan kajian satu 107 4.3 Masjid-masjid Negeri di Semenanjung Malaysia 108 4.4 Masjid Sultan Abu Bakar sedang dalam proses pengubahsuaian 119 4.5 Masjid Negara Kuala Lumpur 144 4.6 Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam, Selangor 144 4.7 Masjid Negeri Sembilan 145 4.8 Masjid Al-Azim Melaka 146 4.9 Masjid Sultan Idris Shah II 147 4.10 Masjid Zahir Kedah 148 4.11 Masjid Negeri Perlis 149 4.12 Masjid Sultan Ahmad Pahang 150

xvi 4.13 Masjid Negeri Zainal Abidin 151 4.14 Prosedur pengumpulan data bagi persoalan kajian dua 155 4.15 Corak peri;nagan segi empat sama ini terdapat pada Kubah Masjid Negara dan pada mirhab Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan, Pahang 156 4.16 Corak perulangan segi empat sama pada mimbar Masjid Zahir, Kedah 157 4.17 Corak perulangan 2x segi empat tepat pada mimbar Masjid Zahir 157 4.18 Corak Geometri Perulangan Segi Empat Rhombus 158 4.19 Corak Geometri Perulangan 2x Segi Empat Sama/Oktagon 159 4.20 Corak geometri ini adalah gabungan dari bentuk-bentuk Oktagon, heksagon dan kite 160 4.21 Corak geometri ini adalah gabungan dari bentuk Oktagon Dan segi empat kite, Mihrab Masjid Sultan Ahmad Shah 160 4.22 Corak geometri menara Masjid Wilayah Putrajaya 160 4.23 Corak geometri gabungan dari bentuk-bentuk Heksagon, Segi Tiga triangle, segi empat rhombus dan segi empat kite 161 4.24 Corak geometri perulangan 2x segi lima/heksagon (2x5=10) 161 4.25 Corak geometri ini adalah gabungan dari bentuk-bentuk Heksagon, kite dan segi 12 162 4.26 Corak-corak geometri Islam pada setiap Masjid Negeri di Semenanjung Malaysia 163 4.27 Corak Geometri Segi Empat Sama 165 4.28 Reka bentuk Geometri perulangan 2x Segi Empat Tepat 166 4.29 Reka bentuk Geometri Islam Perulangan Segi Empat (Rhombus) 167 4.30 Reka bentuk Geometri Perulangan 2x Segi Empat Sama/Oktagon 169

xvii 4.31 Reka bentuk Geometri Perulangan 2x Segi Empat Sama/Heksagon 171 4.32 Reka bentuk Geometri Perulangan Heksgon, Segi tiga Triangle, dan segi empat Kite 172 4.33 Corak Geometri Islam Perulangan 3x Segi tiga/heksagon 172 4.34 Reka bentuk Geometri Perulangan 2x Segi enam/heksagon (2x6=12) 174 4.35 Prosedur bagi persoalan kajian tiga 176 4.36 1,2,3,4 adalah proses menghasilkan reka bentuk corak geometri berpandukan unit ulangan segi empat atau 2 178 4.37 Rajah 1 hingga 7 adalah proses menghasilkan corak geometri berpandukan unit ulangan segi enam atau 3 180 4.38 Rajah 1 hingga 8 adalah proses menghasilkan corak geometri berpandukan unit ulangan Oktagon 181 4.39 Kombinasi corak geometri di antara dua rupa segi enam (Hexagons-polygon) 184

xviii SENARAI LAMPIRAN Lampiran Muka Surat A Masjid Negeri Di Semenanjung Malaysia 204 B Kubah Bagi Masjid Negeri yang Mempunyai 211 Reka Bentuk Geometri C Mihrab Masjid Negeri yang Mempunyai Reka 216 Bentuk Geometri D Mimbar Masjid Negeri yang Mempunyai Reka 220 Bentuk Geometri E Proses Reka Bentuk Corak Geometri Bagi Beberapa 225 Buah Masjid Negeri Di Semenanjung Malaysia F Senarai Pegawai yang Bertugas 229 G Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 231 H Protokol Temubual 232 I Matrik Pengumpulan Data 234

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagaimana hebatnya ilmu pengetahuan yang dicapai dan yang akan dicapai oleh manusia, namun ianya masih sedikit sekali dibandingkan dengan besar dan luasnya alam semesta yang masih belum banyak diketahui dan diterokai oleh manusia (Mohd Zamir, 2008 ). Manakala, kewujudan ilmu seni timbul hasil daripada fitrah manusia yang sukakan keindahan dan ianya menjadi ciri utama kesenian dari perspektif Islam. Konsep keindahan bererti rasa yang menggembirakan, menyenangkan, memuaskan dan dihargai tanpa melangkaui batas-batas syariat Islamiah (Kulaz, 2010). Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenal pasti, memahami reka bentuk geometri Islam yang di reka bentuk pada seni bina masjid-masjid negeri di semenanjung Malaysia. Salah satu ciri utama dalam seni bina Islam adalah keunikan dan keindahan dari sudut perletakkan rekabentuk geometri, khat dan arabesques.

2 Konsep reka bentuk geometri Islam membawa kepada kemahiran di dalam keintelektualan seni di mana geometri merupakan ilmu sains yang membuka laluan kepada salah satu gerbang keilmuan yang menjadi punca dan asas ilmu matematik (Ainun Jariah, 2006). Menurut beliau lagi ilmu-ilmu ini tidak ada pertalian dengan agama, menolak tidak menafikan pun tidak. Ia merupakan ilmu yang berdasarkan pembuktian (burhan) dalil dan bukti. Hari ini, rekabentuk geometri Islam di aplikasikan secara universal ke atas logam, kayu, seramik, tekstil, permaidani, miniatur dan sebagai dekorasi atau hiasan dalaman senibina dengan kaedah yang dirumuskan dengan jelas serta menggabungkan sistem adaptasi komposisi yang membolehkan kepelbagaian variasi dan inovasi. Bagi umat Islam di seluruh dunia dan di Malaysia khasnya, perkataan masjid adalah tidak asing dalam kehidupan seharian. Ini kerana masjid merupakan satu institusi yang berperanan sebagai tempat untuk menjalankan ibadah solat dan tempat melakukan aktiviti sosial serta kemasyarakatan. Menurut Shaikh Ali (2003:3), perkataan masjid bermaksud tempat sujud iaitu tempat melaksanakan ibadah serta menyatakan pengabadian yang tulus ikhlas kepada Allah s.w.t sebagai tuhan yang satu-satunya layak disembah. Senibina masjid secara amnya, boleh ditafsirkan sebagai reka bentuk senibina yang melambangkan sesuatu kebudayaan yang berasaskan agama Islam. Tetapi ia bukanlah dari hasil senibina sesuatu bandar atau tempat. Ia adalah hasil daripada berbagai tempat dan kebudayaan. Jika diteliti bangunan-bangunan yang didirikan oleh orang-orang Islam di seluruh dunia, hampir semua senibinanya mempunyai ciri-ciri

3 yang sama (Hamdan, 1992), terutamanya reka bentuk geometri. Oleh kerana itu, skop kajian bagi penyelidikan ini adalah berkisar hanya kepada proses mengenalpasti reka bentuk geometri Islam yang dibina secara teknikal pada reka bentuk dalaman masjidmasjid yang berada di Semenanjung Malaysia. 1.2 Pernyataan Masalah Bagi umat Islam di Malaysia, perkataan masjid sentiasa dikaitkan dengan tempat melakukan ibadah solat sahaja. Namun, masjid sebenarnya juga berperanan sebagai tempat menjalankan aktiviti keagamaan, pendidikan serta kemasyarakatan. Institusi masjid telah lama wujud semenjak zaman Rasulullah s.a.w lagi dan telah menjadi formal di Madinah iaitu ketika baginda ke kota Madinah dalam peristiwa Hijrah. Apabila kita merujuk kepada reka bentuk hiasan dalaman geometri Islam yang ada di dalam masjid, sering kali kita terfikir bagaimanakah proses menghasilkannya terjadi dan apakah yang tersirat disebalik setiap reka bentuk geometri tersebut? Kreativiti dalam menghasilkannya pula, merupakan pengolahan hasil reka bentuk gometri Islam, yang akan memberikan maksud tertentu dan berbeza sebagai mesej yang ingin disampaikan kepada pengunjung yang hadir di dalam masjid. Dalam masa yang sama didapati dari analisis awal ke lapangan hampir semua kakitangan masjid yang sempat ditemubual berhubung dengan kesenian Islam, amat kurang pengetahuannya untuk menerangkan dengan lebih jelas berkaitan dengan reka bentuk geometri Islam. Natijahnya, semakin sukar bagi para penggiat seni Islam,

4 penggunjung atau pelancong untuk mengetahui segala informasi berkaitan dengan seni Islam di Malaysia terutamanya reka bentuk geometri Islam. Dalam kajian ini pengkaji ingin mengenalpasti akan penggunaan reka bentuk geometri Islam di setiap masjid-masjid negeri di Semenanjung Malaysia iaitu dari sudut nilai-nilai estetiknya, susun aturnya dan elemen-elemen yang digunakan pada rekabentuk dan corak geometri. Dalam kajian ini juga, pengkaji akan mengenalpasti akan mesej yang hendak disampaikan kepada pengguna berpandukan kepada reka bentuk corak yang telah wujud sejak sekian lamanya di sekeliling hiasan luar dan dalaman masjid. Ini adalah kerana, reka bentuk geometri yang ada di setiap masjid bukanlah sekadar untuk dinikmati keindahannya atau dilihat semata-mata tetapi keindahan reka bentuk dan corak geometri perlu difahami dan di terokai. Hari ini corak geometri Islam pada masjid-masjid semakin hari semakin bertambah begitu juga penggunaan khat seperti: khat Nasakh, Thuluth, Kufic, Riqa dan arabesque. 1.3 Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti, menganalisis, serta mengenalpasti proses penghasilan reka bentuk dan corak geometri pada masjid-masjid negeri di Semenanjung Malaysia.

5 1.4 Objektif Kajian Secara keseluruhannya, kajian ini mempunyai tiga objektif utama seperti berikut: 1. Mengenalpasti reka bentuk dan corak geometri Islam dalam senibina masjid-masjid negeri di semenanjung Malaysia 2. Menganalisis rekabentuk corak geometri Islam yang digunakan pada senibina masjid-masjid negeri di Semenanjung Malaysia. 3. Mengenalpasti proses penghasilan reka bentuk corak geometri Islam di dalam masjid-masjid negeri di Semenanjung Malaysia. 1.5 Persoalan Kajian Untuk mencapai tiga objektif kajian yang telah ditetapkan ini, beberapa persoalan kajian dibina seperti berikut: 1. Apakah reka bentuk corak geometri Islam yang terdapat pada senibina masjid-masjid negeri di Semenanjung Malaysia. 2. Apakah reka bentuk corak geometri Islam yang digunakan pada senibina masjid-masjid negeri di Semenanjung Malaysia. 3. Bagaimanakah proses penghasilan reka bentuk corak geometri Islam dihasilkan pada senibina masjid-masjid negeri di Malaysia di hasilkan.

6 1.6 Kerangka Teoretis Kajian Kerangka teoretis kajian dapat dilihat dalam Rajah 1.1, ia dibina untuk memperoleh data bagi menjawab segala persoalan kajian. Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah Teori Gestalt dan Konsep yang digunakan dalam kajian ini pula adalah konsep Haqiqah dan Ihsan, terdapat beberapa prinsipal yang terdapat dalam teori dan konsep yang dirangka, ini dapat membantu dalam perlaksaan kajian ini. Rajah 1.1. Nakula.1990 Kerangka Teoretis Kajian. Diubahsuai daripada Gestalt Teori dan

7 1.7 Kepentingan Kajian Hasil kajian ini dapat menunjukkan tentang bagaimana proses rekabentuk dan corak geometri Islam dihasilkan serta diaplikasikan di masjid-masjid negeri di Semenanjung Malaysia. Disamping itu, dengan penemuan dapatan data ini akan dapat menimbulkan rasa minat dan dalam masa yang sama memberikan input baru dalam kalangan pereka bentuk, sarjana, penyelidik, penggemar seni Islam dan para pelajar dalam meningkatkan lagi kesenian Islam di Malaysia terutama untuk generasi akan datang. Kajian ini juga penting kerana dijangka dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran dalam mempertingkatkan pengajian tamadun atau pengajian Islam di sekolah. Selain itu kajian ini dapat membantu pihak sekolah memartabatkan budaya celik seni dalam reka bentuk Islam. Di mana, reka bentuk motif seperti geometri, arabesque, dan khat boleh dimasukkan dalam silibus sekolah menengah rendah dan sekolah agama harian, terutamanya dalam mata pelajaran seperti; Pendidikan Seni Visual, Lukisan Teknikal, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains dan Matematik. Walaubagaimanapun, pendedahan awal tentang proses penghasilan motif-motif tersebut perlu diterapkan kepada para pendidik sebelum ianya dapat diajar dan diaplikasikan kepada para pelajar di sekolah. Secara keseluruhannya di dapati masih kurang penyelidikan yang dijalankan dalam bidang khususnya seni Islam di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa bahan pengkajian dan penulisan ini sedikit sebanyaknya dapat membantu memberi gambaran secara lebih jelas berhubung peranan reka bentuk geometri Islam yang sedia ada.