Dengan PRUcancer plan, saya boleh berada di sisi keluarga saya untuk selama yang mungkin.

Similar documents
INSURANS KEMALANGAN DIRI PENERBANGAN & PERJALANAN AFFINBANK WORLD MASTERCARD

Plat Kaca Terma & Syarat

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

PELAN INSURANS FLEXIHEALTH

POS Rakan Penunggang Motosikal Terma & Syarat

PENTING / PENAFIAN INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET PENDASAR, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

PA Flexicare. Terma & Syarat

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

Perayaan Terma & Syarat

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Skim Kemasukan Hospital Dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA) Terma & Syarat

PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD (No W) A Member Of The Pacific & Orient Group Website:

Pemandu Bas Terma & Syarat

*PMY1NOMFRM* Notification For Appointment Of Nominees And Trustees Pemberitahuan Perlantikan Penama-penama Dan Pemegang-pemegang Amanah.

Polisi Wang Terma & Syarat

Rakan Pemandu Nilai Yang Dipersetujui Terma & Syarat

PA Care Terma & Syarat

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Liberty 100 Years Care Pelan Perubatan Kesihatan Major. Terma & Syarat

SPECIAL CARE PA Terma & Syarat

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Semua Risiko (Peralatan Pejabat) Terma & Syarat

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

KAD KREDIT-i BANK ISLAM TERMA DAN SYARAT Bermula September 2018

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

3b) Birthday Privilege - Secret Recipe Slice Cake & Iced/Hot Beverage Voucher worth RM20

Kemalangan Peribadi SmartCover Terma & Syarat

Kebakaran Tarif Terma & Syarat

SIJIL IKHLAS NIAGA (OFFICE NIAGA) TAKAFUL

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Kecurian Terma & Syarat

Borang Cadangan MedicaGen 200

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Insurans Pampasan Pekerja Terma & Syarat

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

SURAT TAWARAN. No. Ruj. Bank : Tarikh : Kepada : : Tuan/Puan, PER : Permohonan untuk kemudahan [FacilityAlternateDescription]

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN

BAHASA MALAYSIA TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED. 1. Perluasan Perkhidmatan DAN KEISTIMEWAAN

SIJIL IKHLAS FIRE TAKAFUL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

TERMA DAN SYARAT. PROGRAM SAHABAT AGRO (AgroPrimaS)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

BORANG PERMOHONAN PELAN INSURANS KESIHATAN MEDISTAR

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Permohonan Kemudahan Pembiayaan Peribadi

CIMB BANK BERHAD (13491-P) TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT PENGENDALIAN AKAUN MATA WANG ASING (Layak menerima perlindungan PIDM)

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP02/RISK ASSESSMENT

PENILAIAN PENGETAHUAN

POLISI KEBAKARAN (INDIVIDU) TARIF

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pelan Perlindungan Perniagaan (Bispro) Terma & Syarat

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

Tune Protect Travel Insurance by AirAsia Pelan Sehala Antarabangsa (WPUA)

KURSUS PASCA PERALIHAN KERJAYA (PERSARAAN) TAHUN 2017 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

Transcription:

PERUBATAN Dengan PRUcancer plan, saya boleh berada di sisi keluarga saya untuk selama yang mungkin. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

» Pengenalan Diagnosis kanser kekal salah satu kebimbangan utama kami kerana ia bukan saja memberi kesan kepada diri sendiri tetepi juga orang disamping kami. Tetapi masih ada harapan. Terima kasih kepada kemajuan sains perubatan, peluang untuk pesakit pulih dari penyakit ini telah meningkat dengan ketara sejak kebelakangan tahun ini khususnya jika mereka dirawati awal*. Walau bagaimanapun, pertempuran dengan kanser bukannya mudah. Ia biasanya satu perjuangan jangka panjang serta menyakitkan dan juga boleh menghakis emosi dan fizikal anda, apatah lagi anda perlu menanggung beban kewangan. Dengan pertimbangan ini, lahirnya PRUcancer plan untuk memberi anda dan keluarga anda harapan dan makna meneruskan perjuangan demi pemulihan dengan menumpu kepada perkara yang penting. Sementara kami tidak boleh menghalang kanser daripada berlaku, kami tiada alasan untuk membenarkannya menghalang kami dari meneruskan kehidupan kami. Dengan PRUcancer plan, pasti ada harapan selepas kanser. *Sumber: http://health.usnews.com/health-conditions/cancer/information-on-surviving-cancer/overview

» PRUcancer plan menawarkan 1. Perlindungan Kanser Komprehensif PRUcancer plan ialah pelan Perlindungan Kanser Komprehensif yang melindungi Kanser dan Kanser Peringkat Awal sehingga umur 80 tahun pada hari jadi berikut. 2. Ciri-ciri Permantulan Jumlah Diinsuranskan bagi Kanser Peringkat Awal Jumlah Diinsuranskan akan memantul balik ke 100% selepas 6 bulan dari tuntutan manfaat Kanser Peringkat Awal. Jumlah Diinsuranskan akan kekal pada 100% sepanjang tempoh polisi. Manfaat Kanser Peringkat Awal hanya dibayar sekali sahaja. 3. Manfaat Matang Dijamin Apabila polisi anda matang, anda akan menerima Manfaat Matang iaitu 100% Jumlah Diinsuranskan! Walaupun anda telah membuat tuntutan bagi Kanser Peringkat Awal, anda masih akan menerima manfaat matang apabila polisi anda matang. 4. Premium Mudah Tanggung Premium ini mudah ditanggung! 5. Pengunderaitan Khas Penaja jamin kami telah mengubah suai syarat-syarat pengunderaitan khas untuk PRUcancer plan. Tanya wakil kami untuk maklumat lanjut! Nota: Untuk butiran lanjut dan Terma dan Syarat, sila rujuk kepada Lembaran Pendedahan Produk dan Ilustrasi Jualan.

» Mengenai PRUcancer plan Apa itu PRUcancer plan? PRUcancer plan ialah pelan tanpa penyertaan premium tetap yang memberi perlindungan sehingga umur 80 tahun pada hari jadi berikut. Pelan ini memberi perlindungan komprehensif terhadap kanser peringkat awal, kanser dan juga manfaat ehsan jikalau kematian. Apabila polisi matang, manfaat akan dibayar secara sekaligus. Apa manfaat yang diberi di bawah PRUcancer plan? Bilangan Unit 1 2 3 4 Jumlah Diinsuranskan (RM) 50,000 100,000 150,000 200,000 Manfaat Kanser 100% daripada Jumlah Diinsuranskan atau Jumlah Premiums^ yang telah dibayar terkini, yang mana lebih tinggi. Manfaat Kanser Peringkat Awal i) Karsinoma In-Situ; ii) Kanser Prostat Awal; iii) Kanser Pundi Kencing Awal; atau iv) Leukemia Limfositik Kronik Awal 25% daripada Jumlah Diinsuranskan Manfaat Ehsan jikalau kematian 10% daripada Jumlah Diinsuranskan atau Nilai Penyerahan, yang mana lebih tinggi. Manfaat Kematangan Dijamin 100% daripada Jumlah Diinsuranskan PRUcancer plan ialah pelan insurans yang mesra untuk orang kurang upaya. Sila ambil perhatian bahawa semua cadangan adalah tertakluk kepada pengunderaitan dan penerimaan cadangan adalah tidak dijamin. Nota: Manfaat Kanser Peringkat Awal hanya dibayar sekali sahaja. Jika Kanser berlaku dalam masa 6 bulan dari tarikh diagnosis Kanser Peringkat Awal, bayaran Manfaat Kanser akan tolak jumlah yang telah dibayar bagi Manfaat Kanser Peringkat Awal. Jika Kanser berlaku selepas 6 bulan dari tarikh diagnosis Kanser Peringkat Awal, bayaran Manfaat Kanser seperti jumlah yang dinyatakan di atas. Pelan ini akan tamat selepas tuntutan untuk Kanser atau Manfaat Ehsan dibuat atau mencapai tempoh matang pelan ini. ^ Termasuk premium tambahan yang dikenakan atas hayat sub-standard dan tidak termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan atau cukai lain, jika berkenaan. Jumlah premium yang telah dibayar terkini merujuk kepada premium sebenar yang dibayar untuk polisi ini.

» Mengenai PRUcancer plan Apa itu tempoh Menunggu dan tempoh Hidup yang perlu saya tahu? Manfaat-manfaat Tempoh Menuggu Tempoh Hidup Kanser Kanser Peringkat Awal 60 hari 90 hari Nil Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kepada Dokumen Polisi untuk senarai penuh terma dan syarat di bawah produk ini. Siapa boleh menyertai pelan ini? PRUcancer plan adalah untuk golongan lelaki dan perempuan berumur antara 1 hingga 55 tahun pada hari jadi berikutnya. Berapa premium yang harus saya bayar? Premium yang anda perlu bayar mungkin berbeza mengikut umur, jantina, status merokok dan nombor unit yang dipilih, tertakluk kepada pengunderaitan. Sila rujuk kepada Lembaran Pendedahan Produk dan Ilustrasi Jualan untuk premium perlu dibayar sepanjang tempoh polisi. Bagaimana premium dibayar? Premium perlu dibayar sepanjang tempoh polisi sehingga umur 80 tahun pada hari jadi berikutnya. Premium boleh dibayar secara tahunan, setengah tahun, suku tahun atau bulanan melalui Debit Terus, Kad Kredit, Tunai atau Cek. Apa terma dan syarat utama yang saya perlu tahu? 1. Kepentingan Pendedahan apabila menjawab sebarang soalan yang kami tanya, anda mesti mendedahkan semua fakta yang berkaitan seperti keadaan perubatan dan menyatakan umur anda dengan betul. Jika polisi insurans tersebut bertujuan untuk anda sendiri, anda mesti mengambil langkah-langkah berpatutan untuk mendedah sebarang fakta yang anda tahu berkenaan kepada kami dan tidak mengelirukan kami. Anda diwajibkan untuk membuat pendedahan sehingga polisi dikeluarkan. 2. Tempoh tinjauan percuma anda boleh batalkan polisi anda dengan kembalikan polisi dalam masa 15 hari selepas polisi dihantar kepada anda. Premium yang telah anda bayar (tolak sebarang bayaran perubatan yang ada) akan dibayar balik kepada anda. 3. Polisi luput Jika anda tidak membayar premium dalam tempoh ihsan, polisi anda akan luput melainkan polisi anda telah memperolehi nilai tunai. Dalam kes ini, kami secara automatik akan meminjam premium melalui jaminan nilai tunai di bawah Skim Pinjaman Premium Automatik. Anda akan terus menikmati manfaat sehingga pinjaman premium serta faedah adalah lebih tinggi daripada nilai tunai. Jika polisi anda telah luput, anda boleh memulihkan polisi tertakluk kepada terma dan syarat. SIla rujuk kepada dokumen polisi anda untuk syarat-syarat berkenaan pemulihan semula polisi.

» Ilustrasi Tuntutan En. Wong berumur 30 tahun pada hari jadi berikutnya, dia membeli polisi PRUcancer plan pada 1 Januari 2015. Dia membeli 2 unit perlindungan dengan Jumlah Diinsuranskan sejumlah RM100,000. Senario tuntutan 1: Tarikh Tuntutan 1 Nov 2020 Didiagnosis dengan Kanser Pundi Kencing (Peringkat III) Manfaat dituntut Manfaat dibayar (% daripada Jumlah Diinsuranskan) Jumlah Dibayar Manfaat Kanser 100% RM100,000 Jumlah Diinsuranskan = RM100,000 Manfaat Kanser sejumlah RM100,000 dibayar. Polisi tamat. 1 Jan 2015 Polisi Bermula 1 Nov 2020 Didiagnosis dengan Kanser Pundi Kencing Senario Tuntutan 2: Tarikh Tuntutan 1 Sep 2020 Kanser Prostat Awal Manfaat Kanser Awal 25% RM25,00 1 Sep 2021 Didiagnosis dengan Kanser Prostat (Peringkat III) Manfaat dituntut Manfaat dibayar (% daripada Jumlah Diinsuranskan) Jumlah Dibayar Manfaat Kanser 100% RM100,000 Manfaat Kanser Peringkat Awal sejumlah RM25,000 dibayar. Manfaat Kanser sejumlah RM100,000 dibayar. Polisi tamat. Jumlah Diinsuranskan = RM100,000 Jumlah Diinsuranskan kurang kepada RM75,000 6 bulan Jumlah Diinsuranskan memantul balik kepada RM100,000 1 Jan 2015 Polisi Bermula 1 Sept 2020 Didiagnosis dengan Kanser Prostat Awal 1 Mac 2021 Memantul Balik 1 Sept 2021 Didiagnosis dengan Kanser Prostat Nota: Contoh di atas untuk tujuan penjelasan sahaja. Semua manfaat tertakluk kepada tempoh menunggu. Sila rujuk kepada Dokumen Polisi untuk terma dan syarat yang terperinci.

» Pengecualian 1) Kami tidak akan membayar sebarang manfaat bagi kematian Hayat yang Diinsuranskan jika ia disebabkan oleh atau berkaitan dengan bunuh diri Hayat yang Diinsuranskan dalam tempoh tahun pertama dari Tarikh Permulaan Polisi atau tarikh pemulihan semula polisi, yang mana kemudian. Kami hanya akan memulangkan semua premium yang dibayar untuk Polisi ini tanpa faedah. 2) Kami tidak akan membayar sebarang Manfaat untuk sebarang keadaan, penyakit, kecederaan atau peristiwa yang disebabkan atau berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana yang berikut: a) Kecederaan atau penyakit disebabkan oleh diri sendiri, ketika siuman atau tidak siuman; b) Kecederaan atau penyakit akibat peperangan, penaklukan, tindakan keganasan musuh asing (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan, revolusi, kebangkitan, kuasa ketenteraan atau rampasan kuasa, pembabitan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam; c) Kewujudan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau kewujudan sebarang jangkitan Virus Kurang Daya Tahan Penyakit (HIV); d) Penyalahgunaan atau ketagihan alkohol atau ubat-ubatan; e) Hayat yang Diinsuranskan melanggar atau cuba melanggar undang-undang, atau melawan penangkapan pihak berkuasa; f) Kecederaan atau penyakit yang timbul daripada sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara seperti peluncuran gantung, belon udara, dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain, melainkan kami setuju dalam endorsemen khas yang berlainan; atau g) Gabungan nuklear, pembelahan nuklear, sisa nuklear atau sebarang radioaktif atau radiasi pengionan. 3) Kami tidak akan membayar sebarang Manfaat untuk Kanser atau Kanser Peringkat Awal jika keadaan atau penyakit berlaku atau terdapat manifestasi, atau keadaan menuju ke diagnosis dalam tempoh masa 60 hari pertama untuk Kanser dan 90 hari untuk Kanser Peringkat Awal dari Tarikh Permulaan, Tarikh Polisi atau tarikh polisi dipulih semula, mana yang kemudian. 4) Kami tidak akan membayar sebarang Manfaat Kanser atau Kanser Peringkat Awal jika keadaan atau penyakit tidak didiagnosis semasa Hayat yang Diinsuranskan masih hidup. 5) Kami tidak akan membayar sebarang Manfaat jika disebabkan oleh sebarang keadaan sedia ada. Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kepada Dokumen Polisi untuk pengecualian utama di bawah produk ini. ANDA SEHARUSNYA BERPUAS HATI BAHAWA POLISI INI AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA DENGAN SEBAIKNYA. ANDA HARUS MEMBACA DAN MEMAHAMI POLISI INSURANS INI DAN BERBINCANG DENGAN EJEN ATAU MENGHUBUNGI SYARIKAT INSURANS DENGAN TERUS UNTUK MAKLUMAT LANJUT. ADALAH PENTING UNTUK ANDA MENYIMPAN SEMUA RESIT YANG ANDA TERIMA SEBAGAI BUKTI PEMBAYARAN PREMIUM.

» Lampiran Premium Tahunan bagi PRUcancer plan setiap satu Unit Perlindungan (RM) Jantina Lelaki Perempuan Umur Hari Jadi Berikutnya Bukan Perokok Perokok Bukan Perokok Perokok 1 262 262 262 262 2 274 274 274 274 3 274 274 285 285 4 274 274 296 296 5 274 274 308 308 6 285 285 319 319 7 285 285 331 331 8 285 285 342 342 9 285 285 353 353 10 285 285 353 353 11 308 308 376 376 12 319 319 399 399 13 331 331 410 410 14 342 342 433 433 15 353 353 445 445 16 365 399 467 559 17 376 422 490 581 18 388 433 502 604 19 399 445 524 627 20 410 456 536 638 21 433 479 570 673 22 456 502 593 707 23 479 524 616 741 24 502 547 638 775 25 513 559 661 809 26 547 593 695 855 27 570 627 730 901 28 593 650 764 946 29 616 684 798 992 30 638 707 821 1,026

Premium Tahunan bagi PRUcancer plan setiap satu Unit Perlindungan (RM) Jantina Lelaki Perempuan Umur Hari Jadi Berikutnya Bukan Perokok Perokok Bukan Perokok Perokok 31 673 752 866 1,083 32 707 798 912 1,129 33 741 832 946 1,186 34 775 878 992 1,231 35 809 912 1,026 1,277 36 866 969 1,060 1,357 37 912 1,026 1,094 1,425 38 969 1,083 1,117 1,493 39 1,015 1,140 1,151 1,562 40 1,060 1,197 1,174 1,630 41 1,117 1,288 1,243 1,733 42 1,163 1,379 1,311 1,835 43 1,208 1,459 1,379 1,927 44 1,254 1,550 1,448 2,029 45 1,300 1,630 1,505 2,120 46 1,402 1,790 1,596 2,269 47 1,505 1,938 1,687 2,405 48 1,596 2,086 1,767 2,554 49 1,699 2,234 1,858 2,690 50 1,790 2,383 1,938 2,827 51 1,949 2,656 2,075 3,021 52 2,109 2,930 2,212 3,203 53 2,269 3,203 2,348 3,397 54 2,428 3,477 2,485 3,580 55 2,588 3,751 2,611 3,762 Nota: Kadar premium di atas berdasarkan risiko standard dan pembayaran tahunan.

» Nota Penting PRUcancer plan bukannya produk patuh Syariah. Risalah ini hanya bagi tujuan penjelasan sahaja. Anda dinasihatkan supaya merujuk Lembaran Pendedahan Produk Prudential, Ilustrasi Jualan dan risalah pendidikan pengguna tentang Insurans Perubatan dan Kesihatan sebelum membeli sesuatu pelan, serta merujuk terma dan syarat dalam dokumen polisi untuk butir-butir mengenai ciri-ciri penting pelan itu. Anda hendaklah menaksir kemampuan bayar dan kesesuaian produk berkaitan dengan matlamat kewangan dan selera risiko anda. Untuk berbuat demikian, kami nasihatkan anda supaya berbincang dengan ejen atau Perancang Kewangan anda yang akan membuat analisis keperluan dan membantu anda membuat keputusan termaklum. Tempoh tinjauan percuma selama 15 hari selepas polisi diserahkan kepada anda untuk membolehkan anda mengkajinya semula bagi memastikan ia memenuhi keperluan anda. Jika polisi dibatalkan dalam tempoh ini, kami akan memulangkan premium yang telah anda bayar, setelah menolak perbelanjaan perubatan (jika ada). Jika anda membatalkan polisi, anda mungkin tidak dapat nilai penuh daripada amaun yang telah dibayar. Apabila polisi diserah balik, pelan ini akan tamat. Tidak membayar premium boleh menyebabkan polisi ini tamat. Premium berkaitan Manfaat Kanser dan Manfaat Kanser Peringkat Awal tidak dijamin. Kami berhak menyemak premium jika pengalaman tuntutan sebenar adalah lebih buruk daripada jangkaan dengan memberi sekurang-kurangnya 90 hari notis terlebih dahulu sebelum ia berkesan pada ulang tahun polisi berikut. Apabila premium disemak semula, kami juga akan menyediakan pilihan seperti di bawah: a) Anda boleh membayar premium yang sama tetapi Amaun Manfaat bagi Kanser atau Kanser Peringkat Awal akan dikurangkan. Walau bagaimanapun, Amaun Manfaat Ehsan dan Manfaat Kematangan akan kekal sama; atau b) Anda boleh menyingkir Manfaat Kanser dan Manfaat Kanser Peringkat Awal. Sekiranya anda membuat keputusan untuk mengambil pilihan ini, kami akan mengubah premium yang perlu dibayar. Sekiranya berlaku (a) atau (b) di atas, kami akan maklum kepada anda perubahan dan membayar anda Nilai Serahan (jika ada) disebabkan oleh perubahan dalam Manfaat atau Amaun Manfaat. Premium baru yang perlu dibayar, Manfaat dan Nilai Serahan (yang mana berkenaan) akan berkuatkuasa pada Ulang Tahun Polisi yang akan datang dari tarikh kami menerima makluman anda. Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) adalah sebuah syarikat insurans berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Prudential Assurance Malaysia Berhad Ahli PIDM Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) ialah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Sebagai ahli PIDM, sesetengah manfaat yang diinsuranskan di bawah polisi insurans yang ditawarkan oleh PAMB dilindungai daripada kerugian sebahagian atau kesemua manfaat insurans oleh PIDM, sekiranya ada kemungkinan berlaku kegagalan di pihak penanggung insurans yang menjadi ahlinya. Untuk butir-butir lanjut mengenai had dan skop perlindungan, sila dapatkan risalah maklumat PIDM daripada PAMB atau layari laman web PIDM (www.pidm.gov.my) atau hubungi talian bebas tol PIDM (1-800-88-1266).

Halaman ini sengaja dibiarkan kosong.

Prudential Assurance Malaysia Berhad (107655-U) Menara Prudential, 10 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 03-2116 0228 Faks: 03-2032 3939 Emel: customer.mys@prudential.com.my www.prudential.com.my Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami. 08/2017