PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM KALANGAN SISWI UTM NORSAFAR BTE MD. KAMARZAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR TERHADAP PERSONALITI LELAKI LEMBUT DI UTM

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) PROGRAM j-qaf DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON PENGERANG, JOHOR

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PERSEPSI PELAJAR SPI YANG BERKAHWIN TENTANG PERKAHWINAN SEMASA BELAJAR NOR RASHIDAH BINTI ABDUL JAMAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

ABSTRAK. menghidupkan syiar Islam di Brunei Darussalam. Oleh yang demikian, kajian ini

Persepsi Siswa/Siswi Terhadap Kaedah Merujuk Buku Dalam Peperiksaan: Satu Kajian Kes Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. 1.0 PENGENALAN sejarah

HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU RUMAH TANGGA DALAM KALANGAN BAKAL PENGANTIN: KAJIAN DI PEJABAT AGAMA DAERAH KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIYERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BINTI MOED YUSOT'T'

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN ( PENGAJIAN ISLAM ) TERHADAP KAHWIN KETIKA BELAJAR : KAJIAN DI UTM SKUDAI

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

PERSEPSI PELAJAR 4 SPI TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR SITI ZAHARAH BINTI HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI DARUL UKHUWAH, JOHOR BAHRU CHE KU SHALIHAH BT CHE KU ABDUL SATAR

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

KEBITARAAN PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU: PERSEPSI DAN HARAPAN MAHASISWA

Transcription:

i PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2010

iii DEDIKASI Alhamdulillahi rabbil Alamin Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Illahi Hanya kepada-mu aku berserah dan memohon pertolongan Kepada Ayahanda dan Bonda Ramli bin Abdul Rahman dan Sanah binti Salleh Terima kasih yang tidak terhingga dari anakmu, Doa, pengorbanan, dorongan dan kasih-sayangmu menjadi sumber kekuatan dan semangatku... Buat adik-adikku Mohd Faisol, Muhd Hafiz, Muhd. Zulfikri dan Muhd Firdaus, Semoga kalian menjadi insan yang lebih berguna kelak. Buat Pensyarah-pensyarahku Khususnya buat penyeliaku ustaz Azmi Shah bin Suratman yang tidak pernah jemu dalam mencurahkan ilmu Juga staf sokongan di Fakulti Pendidikan dan Fakulti Tamadun Islam Jutaan terima kasih dan mohon dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan, Sahabat-sahabat seperjuanganku khususnya sahabat-sahabat SPI dan PMI, Hanya ucapan terima kasih mampu kutitipkan Atas segala suka duka tika bersama Kenangan bersama tidak mungkin kulupakan

iv PENGHARGAAN Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dirafa kan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda yang bertajuk Persepsi Pelajar Bukan Islam UTM terhadap Matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132). Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. bersama keluarga dan sahabat-sahabat baginda r.a. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat penyelia projek yang dihormati, ustaz Azmi Shah bin Suratman di atas segala nasihat, dorongan,bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Begitu juga buat pihak di Fakulti Tamadun Islam (FTI) dan Fakulti Pendidikan (FP), Universiti Teknologi Malaysia. Sekalung terima kasih diucapkan kepada mahasiswa Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) UTM, Perpustakaan Sultanah Zanariah (UTM), dan Perpustakaan Tun Sri Lanang (UKM). Jutaan terima kasih di atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan. Tidak ketinggalan buat ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dalam segala kerja yang dilakukan. Begitu juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi semangat dan berkongsi idea demi menyiapkan projek ini. Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan daripada Allah Taala. Amin.

v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132). Di samping itu, kajian ini dilakukan mengenal pasti pengetahuan dan faktor penerimaan pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132). Kajian ini melibatkan pelajar tahun dua di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Satu set soal selidik yang mengandungi 35 item telah diedarkan kepada 25 orang responden daripada keseluruhan populasi seramai 31 orang yang telah mengambil matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132). Data telah dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 14.0 for window. Nilai kepercayaan soal selidik ialah α = 0.96. Purata min objektif pertama dan kedua iaitu mengenal pasti persepsi dan pengetahuan pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa ialah 3.72 dan 4.04. Manakala nilai min bagi objektif ketiga pula iaitu faktor penerimaan terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa ialah 4.15. Data yang diperolehi dihuraikan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132) berada pada tahap tinggi dan positif dengan purata min keseluruhan 3.97. Ini bererti bahawa responden memberikan persepsi baik dan positif terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132). Kajian ini diakhiri dengan beberapa cadangan daripada penyelidik yang dikemukan kepada pelajar khususnya dan pensyarah. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

vi ABSTRACT The purpose of this study is to determine the non-muslim s of students perception towards for subject Islam and Current Issues (ULT 2132). Besides that, it was also to identify the knowledge s and acceptance factors the non-muslim s students of subject Islam and Current Issues (ULT 2132). This study involved the 2 nd year students Faculty of Education Universiti Teknologi Malaysia. A set of questionnaires containing 35 items had been distributed to 25 respondents out of 31 of population from nonmuslim s 2 nd year student s. The set been collected and analyzed descriptively to obtain frequency, percentage and mean for each item by using the Statistical Package for Social Science 14.0 for Windows. The reliability value of the pilot study was α = 0.96. The results showed that the mean for objective number one were 3.72, the second score were 4.04 and the third objective score were 4.15. The data of the findings were elaborated in form of table. Overall the result showed that, non-muslim s student s perception towards for subject Islam and Current Issues (ULT 2132) is highly and positive with score mean of 3.97. At the end of the study, several suggestions have been put forward by researcher to student and lecturer for future actions. Extension of the study was suggested for future consideration.

vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN i ii iii iv v vi vii xii xiv BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Penyataan Masalah 7 1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Persoalan Kajian 8 1.6 Kepentingan Kajian 8

viii 1.7 Batasan Kajian 9 1.8 Definisi Istilah 10 1.9 Kesimpulan 12 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Sejarah Pengajian Islam di UTM 14 2.3 Kursus Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia 15 2.4 Kepentingan Matapelajaran Islam Dan Isu-Isu Semasa 17 2.5.1 Isu-Isu Semasa dan Respon Masyarakat Malaysia 18 2.5.1 Isu Terrorisme 18 2.5.2 Pelabelan Islam sebagai Pengganas 19 2.5.3 Isu Perang awal abad 21 22 2.5.4 Ketaksuban dan Ekstremisme Agama 24 2.5.5 Isu Murtad 25 2.5.6 Isu Gejala Sosial 26 2.5.7 Isu Black Metal 27 2.5.8 Isu Budaya Hedonisme 28 2.5.9 Isu Pergaulan Bebas 30 2.5.10 Isu Globalisasi 31 2.5.11 Isu Pengaruh ledakan teknologi maklumat 33 2.5 Kajian-kajian Lepas 33 2.6 Kesimpulan 34

ix BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 35 3.2 Reka Bentuk Kajian 35 3.3 Lokasi Kajian 37 3.4 Populasi dan Sampel Kajian 37 3.5 Instrumen Kajian 38 3.5.1 Pengumpulan Data Primer 39 3.5.1.1 Soal Selidik 39 3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 41 3.6 Tatacara Kajian 42 3.6.1 Kajian Rintis 42 3.6.2 Kajian Sebenar 43 3.7 Prosedur Kajian 43 3.8 Analisa Data 45 3.9 Kesimpulan 45 BAB IV DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 46 4.2 Analisis Data Bahagian A 46 4.2.1 Jantina 47 4.2.2 Umur 47 4.2.3 Kursus Pengajian 48 4.2.4 Kelayakan Pendidikan 48 4.2.5 Agama 49 4.3 Analisis Data Bahagian B 49 4.3.1 Persepsi Pelajar Bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132) 50

x 4.4 Analisis Data Bahagian C 55 4.4.1 Pengetahuan Pelajar Bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132) 55 4.5 Analisis Data Bahagian D 4.5.1 Faktor Penerimaan Pelajar Bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132) 62 4.6 Rumusan setiap Objektif 66 4.7 Kesimpulan 71 BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 73 5.2 Perbincangan 74 5.2.1 Perbincangan Bahagian A 74 5.2.2 Perbincangan Analisis Deskriptif Soal Selidik 75 5.2.2.1 Bahagian B 75 5.2.2.2 Bahagian C 77 5.2.2.3 Bahagian D 79 5.3 Rumusan 81 5.3.1 Persepsi Pelajar Bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132) 81 5.3.2 Pengetahuan Pelajar Bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132) 82

xi 5.3.3 Faktor Penerimaan Pelajar Bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132) 82 5.4 Cadangan 83 5.4.1 Pelajar 83 5.4.2 Pensyarah 84 5.4.3 Kajian Lanjutan 85 5.5 Kesimpulan 85 BIBLIOGRAFI 86 LAMPIRAN

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Bilangan Sampel Kajian Setiap Kursus 38 3.2 Maklumat Setiap Bahagian 39 3.3 Pengkelasan Skala Likert 40 3.4 Skala Pemeringkatan Likert Untuk Min 40 3.5 Nilai Skor Min 41 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 47 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 47 4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 48 4.4 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Pendidikan 48 4.5 Taburan Responden Mengikut Agama 49 4.6 Taburan Skor Item 1 50 4.7 Taburan Skor Item 2 50 4.8 Taburan Skor Item 3 51 4.9 Taburan Skor Item 4 51 4.10 Taburan Skor Item 5 52 4.11 Taburan Skor Item 6 52 4.12 Taburan Skor Item 7 53 4.13 Taburan Skor Item 8 53 4.14 Taburan Skor Item 9 54 4.15 Taburan Skor Item 10 54 4.16 Taburan Skor Item 11 55 4.17 Taburan Skor Item 12 55 4.18 Taburan Skor Item 13 56

xiii 4.19 Taburan Skor Item 14 56 4.20 Taburan Skor Item 15 57 4.21 Taburan Skor Item 17 57 4.22 Taburan Skor Item 18 58 4.23 Taburan Skor Item 19 58 4.24 Taburan Skor Item 20 59 4.25 Taburan Skor Item 21 59 4.26 Taburan Skor Item 22 60 4.27 Taburan Skor Item 23 60 4.28 Taburan Skor Item 24 61 4.29 Taburan Skor Item 25 61 4.30 Taburan Skor Item 26 62 4.31 Taburan Skor Item 27 62 4.32 Taburan Skor Item 28 63 4.33 Taburan Skor Item 29 63 4.34 Taburan Skor Item 30 64 4.35 Taburan Skor Item 31 64 4.36 Taburan Skor Item 32 64 4.37 Taburan Skor Item 33 65 4.38 Taburan Skor Item 34 65 4.39 Taburan Skor Item 35 66 4.40 Rumusan Dapatan Kajian Bagi Mengenal Pasti Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Matapelajaran Islam Dan Isu-Isu Semasa 66 4.41 Rumusan Dapatan Kajian Bagi Mengenal Pasti Pengetahuan Pelajar Bukan Islam Terhadap Matapelajaran Islam Dan Isu-Isu Semasa 69 4.42 Rumusan Dapatan Kajian Bagi Mengenal Pasti Faktor Penerimaan Pelajar Bukan Islam Terhadap Matapelajaran Islam Dan Isu-Isu Semasa 71

xiv SENARAI SINGKATAN AS Amarika Syarikat. FP Fakulti Pendidikan FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPPSM Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia FTI Fakulti Tamadun Islam IPT Institusi Pengajian Tinggi IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam ITK Institut Teknologi Kebangsaan JAIS Jabatan Agama Islam Selangor JPI Jabatan Pengajian Islam KPM Kementerian Pelajaran Malaysia KPT Kementerian Pengajian Tinggi PPIPK Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Kemasyarakatan PPIPS Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Islam PPK Pusat Pengajian Kemanusian () PPSM Pertubuhan Prihatin Sosial Malaysia PSM Projek Sarjana Muda PSZ Perpustakaan Sultanah Zanariah S Setuju S.A.W Sallahu Alaihi Wasallam S.W.T Subhanahu Wa Ta ala SPK Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan ( Kimia ) SPP Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik) SPT Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) SPF Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Fizik )

xv SPC SPM SPS SPL SPH SPM SPSS SS STPM STS TITAS TS UTM Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL) Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Sijil Pelajaran Malaysia Statistic Package For Social Science Sangat Setuju Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Sangat Tidak Setuju Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tidak Setuju Universiti Teknologi Malaysia

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Persoalan tentang integrasi nasional dan pembentukan bangsa telah banyak diperkatakan oleh pelbagai golongan dalam masyarakat, terutama ahli politik dan ahli akademik. Pelbagai usaha, program, strategi, dan dasar sosial telah dilaksanakan untuk merealisasikan hasrat pengintegrasian dan pembentukan bangsa tersebut. Persoalan integrasi nasional dan pembentukan bangsa terus wujud dalam kalangan anggota masyarakat kerana belum ada kesediaan sepenuhnya untuk menerima satu konsep identiti bangsa Malaysia. Begitu juga isu integrasi kaum, bangsa dan agama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah wujud zaman-berzaman kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum dan budaya. Persoalannya, adakah fenomena ini begitu serius sehingga boleh menggugat keharmonian, kestabilan, dan pembangunan negara? Dalam hal ini, menurut Sanusi Osman (1989 : 41) menyatakan bahawa gejala ini tidak boleh dilihat secara terpisah. Oleh kerana golongan pelajar di IPT juga merupakan sebahagian masyarakat, maka masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar juga mencerminkan masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Menurut beliau lagi, keadaan tersebut tidak boleh dipandang ringan kerana implikasinya amat besar kepada masa depan negara.

Dalam menangani isu-isu hubungan antara kaum terdapat juga masalah sahsiah pelajar yang melibatkan identiti pelbagai kaum, bangsa dan agama yang perlu diberikan perhatian. Dewasa ini, masalah integrasi dan sahsiah pelajar dalam kalangan pelajar IPT pula semakin menjadi-jadi. Kita sering dikejutkan dengan laporan media cetak mahupun media elektronik tentang keruntuhan moral dalam kalangan pelajar IPT di seluruh negara. Masalah integrasi dan sahsiah pelajar, tidak seharusnya dilihat berlaku dalam sesuatu kaum sahaja tetapi harus dilihat sebagai isu-isu pembentukan ketamadunan bangsa Malaysia. Isu yang dihadapi meruntun peranan semua pihak bagi memastikan tiada unsur-unsur kehambatan daripada proses integrasi antara kaum dan bangsa. Antara faktor yang menyumbang kepada masalah sahsiah pelajar ialah kurangnya penghayatan agama dan nilai-nilai murni yang universal. Nilai-nilai tersebut terkandung dalam kebanyakan tamadun dan agama di dunia. Oleh itu, pemahaman terhadap isu-isu semasa harus disandarkan kepada nilai-nilai ketamadunan yang universal. Ekoran itu, tindakan yang lebih berkesan mesti diambil segera untuk mencari kesefahaman, dan kesepakatan antara agama, budaya dan bangsa. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT : ي ا ا ي ه ا الن ا س ا ن ا خ ل قن ا ك م م ن ذ ك ر و ا ن ثى و ج ع لن ا ك م ش ع وب ا و قب اي ل ل ت ع ار فوا ا ن ا كر م ك م ع ن د الل ه ا ت قا ك م ا ن الل ه ع ل ي م خ ب ير (١٣) Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

(al-hujurat : 13) 1.2 Latar Belakang Masalah Interaksi antara pelajar pelbagai kaum dalam kehidupan akademik di kampus memainkan peranan yang penting kerana pelajar dianggap sebagai penggerak utama dalam memastikan kesinambungan tamadun. Namun begitu, usaha untuk membina pelajar yang berdaya saing bukanlah suatu yang mudah. Hal ini kerana usaha tersebut memerlukan iltizam yang tinggi daripada pelajar itu sendiri. Realitinya dalam kehidupan kampus terdapat beberapa persoalan yang perlu dirungkai berkenaan dengan integrasi dan sahsiah pelajar. Antaranya ialah pelajar tidak mahu berkongsi bilik asrama, malah mereka lebih suka memilih untuk tinggal bersama dengan rakan yang sama kaum dengan mereka. Pelajar dari satu kumpulan etnik juga dikatakan tidak bergaul dengan pelajar daripada kumpulan etnik mereka. Dari segi nota kuliah pula, kebanyakan pelajar tidak belajar dan bertukar nota kuliah dengan individu pelajar daripada kumpulan kaum yang lain. Dalam kegiatan persatuan juga didapati pelajar memilih persatuan ke arah sesuatu kaum, agama, budaya, dan bahasa. Pelajar seharusnya mengambil berat penerapan nilai-nilai ketamadunan dalam kehidupannya. Nilai-nilai ketamadunan ini diterjemahkan dengan pelaksanaannya sama ada di peringkat tadika, sekolah, hinggalah ke pengajian tinggi. Di peringkat Institusi Pengajian Tinggi ( IPT ), pendidikan ketamadunan telah diletakkan sebagai asas kepada pengajian umum. Pendedahan ketamadunan tersebut diterjemahkan melalui kursus tertentu contohnya matapelajaran Islam dan Isu-isu semasa. Menurut Anwar Zainal Abidin (1995 : 35) pula menyatakan, dalam kertas kerjanya yang bertajuk Peradaban Islam sebagai satu kursus dalam Pengajian Umum beliau telah menyatakan bahawa ;

Islam merupakan agama bagi persekutuan, menurut perlembagaan, dan agama yang menjadi anutan majoriti penduduk Malaysia sejak berabad-abad yang lalu, tetapi Islam juga merupakan sebahagian daripada sejarah dan peradaban negara ini. Mempelajari peradaban Islam bererti mempelajari sejarah dan peradaban Malaysia, dan warganegara yang baik sewajarnya memahami latar belakang tanah airnya. Di samping itu, tidak munasabah sama sekali sekiranya golongan bukan Islam tidak mengetahui budaya dan mengenali latar belakang kebudayaan kawan sepengajian, rakan sepekerjaan, teman sepermainan atau jiran tetangga mereka. Sementara itu,menurut Zulkifly ( 2009 :225) pula menyatakan bahawa orang bukan Islam yang berada di dalam Negara Islam juga sepatutnya didedahkan dengan matapelajaran yang bukan sahaja menyentuh persoalan peradaban atau tamadun Islam, bahkan kajian perlu dibuat lebih daripada itu. Konsep perbandingan agama (antara agama Islam dan agama-agama lain) dan ideologi yang wujud masa kini, kajian langsung kepada dua sumber Islam (al-quran dan hadis) dan lain-lain patut diserlahkan kepada mereka. Bagi mengatasi permasalahan tersebut maka Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memperkenalkan matapelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) supaya integrasi kaum yang berbeza-beza dapat saling faham-memahami. Penyelidik amat bersetuju pendidikan ketamadunan dijadikan sebagai mata pelajaran wajib bagi seluruh IPT sebagai langkah membendung masalah keruntuhan moral dalam kalangan pelajar IPT. Umpamanya, pengenalan matapelajaran Islam dan Isu-Isu Semasa tersebut sebagai matapelajaran teras,dilihat sebagai satu langkah yang positif kearah menuntut kesedaran bersama bagi membendung masalah integrasi dan sahsiah pelajar. Hal ini kerana masalah integrasi dan sahsiah pelajar bukan merupakan masalah serpihan tetapi ia merupakan masalah bersama. Melalui pendidikan ketamadunan tersebut, kita dapat membentuk sahsiah dan jati diri yang cemerlang, gemilang dan terbilang mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh agama. Agama Islam juga telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia sebagai agama rasmi negara. Status peribumi Melayu juga telah tertulis di dalam akta perlembagaan di samping hakhak keistimewaan orang Melayu. Sebaliknya hak bagi orang bukan Islam kurang diberikan

perhatian menyebabkan sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan untuk memburukkan keadaan tersebut. Hal ini disebabkan oleh kedudukan istimewa orang Melayu sebagai penduduk asal di Malaysia mula dicabar dan diganggu-gugat oleh kaum-kaum lain. Persoalan kontrak sosial, Dasar Ekonom Baru (DEB), isu bahasa dan agama Islam mula menarik perhatian rakyat terutamanya kaum bukan Melayu. Dengan erti kata lain, masih lagi berlaku salah faham antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Percubaan pihak tertentu yang sewenang-wenangnya mahu menjadikan Islam dan hukum-hukum syariat Islam sebagai suatu perdebatan dengan mengenepikan asas-asas kaedah dan disiplin ilmu yang betul dalam Islam. Antara kenyataan yang boleh ditafsir oleh sesiapa contohnya : i. Pandangan oleh Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif Sisters in Islam : Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama. Oleh itu, sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti Al-Quran bukanlah milik para ulama semata-mata. (Utusan Malaysia, 26 September 2000) ii. Pandangan Dr. Kassim Ahmad penulis dan penganalisis bebas : Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (Lama) yang telah ketinggalan zaman. Kepada umat Islam, kita mnyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran Al-Quran berdasarkan kaedah saintifik. (New Straits Times, 12 Oktober 2000) Walaupun, agama Islam telah tercatat sebagai agama rasmi dalam perlembagaan Malaysia, namun dalam kalangan pelajar-pelajar bukan Islam memberikan pandangan negatif terhadap Islam. Mereka mengganggap Islam itu adalah ganas, hukuman dalam Islam adalah kejam dan tidak berperikemanusian, penindasan terhadap wanita dan pelbagai lagi tanggapan negatif mereka berikan terhadap Islam.

Dalam konteks Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga telah menawarkan kursus umum universiti melalui Jabatan Bahasa Moden, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dan Jabatan Pengurusan, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia serta melalui Fakulti Tamadun Islam. Salah satu matapelajarannya adalah Islam dan Isu-isu Semasa. Mata pelajaran Islam dan Isu-isu Semasa merupakan salah satu mata pelajaran teras di universiti yang wajib diambil oleh semua pelajar sama ada Islam atau bukan Islam. Ini bermakna semua pelajar tidak terkecuali untuk mengambil mata pelajaran tersebut atau memilih matapelajaran Institusiinstitusi Persoalannya, setelah dilaksanakan beberapa tahun matapelajaran tersebut, apakah respon daripada pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran tersebut tidak diketahui. 1.3 Pernyataan Masalah Persoalan integrasi dan sahsiah pelajar berlaku juga dalam kalangan pelajar di IPT. Kebanyakan yang terlibat pula dalam kalangan pelajar Melayu yang secara tidak langsung, ia akan memberi gambaran negatif terhadap Islam. Justeru, antara langkah yang diambil ialah pihak kerajaan mewajibkan matapelajaran tertentu yang bertujuan mewujudkan integrasi antara tamadun, membina sahsiah pelajar seterusnya menyelesaikan persoalan integrasi dan sahsiah pelajar tersebut. Namun demikian, apakah persepsi pelajar-pelajar bukan Islam terhadap pendirian Islam dan isu-isu semasa setelah sekian lama matapelajaran tersebut diterapkan dalam diri mereka. Justeru itu, berdasarkan kepada latar belakang masalah seperti yang dinyatakan, penyelidik berminat untuk mengetahui dan merasakan bahawa kajian ini perlu dilakukan untuk melihat sendiri Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa ( ULT 2132 ). 1.4 Objektif Kajian

Melalui kajian yang dijalankan ini, objektif yang diharapkan dapat dicapai ialah : 1.4.1 Mengenalpasti persepsi pelajar-pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132). 1.4.2 Mengenalpasti pengetahuan pelajar-pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132). 1.4.3 Mengenalpasti faktor penerimaan pelajar-pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132). 1.5.1 Persoalan Kajian 1.5.1 Apakah persepsi pelajar-pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isuisu Semasa (ULT 2132). 1.5.2 Apakah pengetahuan pelajar-pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132). 1.5.3 Apakah faktor penerimaan pelajar-pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132).