GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

Similar documents
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

KEJOHANAN MEMANAH PEMBANGUNAN DAN TERBUKA AKMA A.C 2018

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

PROSEDUR KERJA UMUM ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN UKM-SPKP-PKU11

2.1 Arahan kerja ini merupakan sebahagian daripada Proses Tuntutan Hasil/ Amanah (Rujuk : PA/UPKK.BEND/002/KL)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Polisi ipad Pensyarah

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 1729/12 ANTARA WONG CHONG LEONG DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN NGAI HENG WORKSHOP SDN. BHD.

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

TERMA DAN SYARAT. PROGRAM SAHABAT AGRO (AgroPrimaS)

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Skim Kemasukan Hospital Dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA) Terma & Syarat

SCS. Kit HR FACILITIES (KEMUDAHAN)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KELULUSAN CADANGAN PINDAAN/ TAMBAHAN DOKUMEN (CPD)

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH KEDOKTORAN) 2017

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

INSURANS KEMALANGAN DIRI PENERBANGAN & PERJALANAN AFFINBANK WORLD MASTERCARD

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

LAWS OF BRUNEI CHAPTER 183 HALAL MEAT

*PMY1NOMFRM* Notification For Appointment Of Nominees And Trustees Pemberitahuan Perlantikan Penama-penama Dan Pemegang-pemegang Amanah.

ISI KANDUNGAN. iv v vi ix x

3b) Birthday Privilege - Secret Recipe Slice Cake & Iced/Hot Beverage Voucher worth RM20

PERMOHONAN PERTUKARAN MAJIKAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Kod Dokumen : UPM/OPR/PKU/P005

PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD (No W) A Member Of The Pacific & Orient Group Website:

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

KAD KREDIT-i BANK ISLAM TERMA DAN SYARAT Bermula September 2018

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/OPR/BEN-AKN/P006. PROSEDUR PENGURUSAN PERAKAUNAN Tarikh: 05/06/2015

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]


DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PENILAIAN PENGETAHUAN

PROSEDUR SOKONGAN KEPUASAN PELANGGAN. PK.UniMAP.(P).11. Disediakan oleh : Disemak oleh : Diluluskan oleh :

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN A IR (PELESENAN) 2007

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

ERBEKALAN CUTI UNIVERSITI UNIT PERKHIDMATAN & SARAAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN (BPSM&P) JABATAN PENDAFTAR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SENARAI SEMAK DOKUMEN SOKONGAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU

PA Care Terma & Syarat

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(19)/4-402/14 DI ANTARA NOORHAYATI BINTI JARLILL DENGAN MAYA MAJU (M) SDN. BHD. AWARD NO: 1607 TAHUN 2017

Plat Kaca Terma & Syarat

Rakan Pemandu Nilai Yang Dipersetujui Terma & Syarat

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN UNTUK BUKAN EKSEKUTIF TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN UNTUK BUKAN EKSEKUTIF

Liberty 100 Years Care Pelan Perubatan Kesihatan Major. Terma & Syarat

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

Pemandu Bas Terma & Syarat

Permohonan Kemudahan Pembiayaan Peribadi

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

TARIKH PENTING MAKLUMAN CALON MAHASISWA BARU PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM PENGAMBILAN FEBRUARI 2016, SESI II 2015/2016

Borang Cadangan MedicaGen 200

PERCETAKAN SLIP PEPERIKSAAN

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

SPECIAL CARE PA Terma & Syarat

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Semua Pelajar Ijazah Tinggi (Mod Kerja Kursus & Mod Campuran), Luar Pesisir dan Ijazah Pertama (Penuh Masa) PERCETAKAN. & Ijazah Pertama [Penuh Masa]

MANUAL PANDUAN PENGGUNA

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Dengan PRUcancer plan, saya boleh berada di sisi keluarga saya untuk selama yang mungkin.

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (TK 1) BAGI PENERBIT RANCANGAN GRED B27/ B28

LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN BAGI FEBRUARI 2018 SKOP UTAMA PEJABAT TIMBALAN NAIB CONSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) FEB BILANGAN PERATUS

Transcription:

1. DEFINISI & PRINSIP Lesen ialah dokumen pengenalan yang dikeluarkan oleh PKBM/UCI (PERSEKUTUAN KEBANGSAAN BERBASIKAL MALAYSIA) bagi melayakkan seseorang pelumba atau pegawai untuk menyertai sesebuah kejohanan berbasikal. Pemiliknya hendaklah mematuhi peraturan dan undang- undang PKBM dan UCI. (UCI- Articles 1.1.001) Mana-mana individu yang tidak memiliki lesen tidak dibenarkan untuk menyertai kejohanan berbasikal yang dianjurkan atau dikawal selia oleh PKBM/UCI dan sekutunya. Sebarang penyertaan tanpa memiliki lesen yang sah akan dibatalkan serta didenda tanpa prejudis. (UCI- Articles 1.1.002) Pelumba atau pegawai yang memegang lesen yang sah secara sendirinya telah berjanji untuk mematuhi peraturan PKBM/UCI, Konfederasi Benua UCI, Persekutuan Kebangsaan yang bergabung dengan UCI dan sekutunya. (UCI- Article 1.1.004) Dalam tempoh permohonan lesen dan sehingga lesen dikeluarkan, pemohon adalah bertanggungjawab terhadap sebarang perlanggaran peraturan yang dilakukan dan akur untuk menerima tindakan disiplin dari jawatankuasa disiplin persekutuan walaupun setelah menerima lesen. (UCI- Articles 1.1.004) Individu yang terbukti melakukan pelanggaran akan dikenakan tindakan oleh PKBM/UCI seperti berikut:- i. Penyertaan atau cubaan penyertaan di dalam kejohanan berbasikal tanpa memiliki lesen:- a. Individu berkenaan tidak dibenarkan memulakan perlumbaan dan b. Individu yang terbukti bersalah akan dikenakan denda, iaitu dikenakan Tempoh Menunggu selama 12 bulan sebelum dibenarkan mengemukakan permohonan baru. ii. Pelumba yang terbukti menyertai atau cubaan penyertaan dalam kejohanan berbasikal tanpa mengemukakan/membawa lesen:- a. Pelumba berkenaan tidak dibenarkan memulakan atau disingkirkan dari permulaan dan b. Pelumba akan dikenakan denda sebanyak CHF 50 sehingga CHF 100. (UCI- Articles 1.1.029)

2. PENGELUARAN LESEN MENGIKUT UCI Lesen hendaklah dikeluarkan oleh persekutuan mengikut negara yang didiami pemohon (alamat utama) semasa memohon lesen. Pelumba/Pegawai akan kekal bergabung di bawah persekutuan tersebut sehingga tarikh tamat lesen jika berhijrah ke negara lain. (UCI- Article 1.1.011) Persekutuan berhak menolak pengeluaran lesen sekiranya permohonan tidak sempurna atau tidak lengkap. (UCI- Article 1.1.012) Jika persekutuan kebangsaan tidak memberi maklum balas dalam tempoh 30 hari maka pemohon boleh memohon lesen kepada UCI dengan kadar bayaran yang ditentukan UCI. (UCI- Articles 1.1.014) Lesen adalah berbentuk dan bersaiz tertentu berdasarkan ketentuan UCI (seperti kad kredit) dan mempunyai maklumat berkaitan pemegang lesen. Lesen hendaklah mengandungi tandatangan Presiden Persekutuan Kebangsaan atau President UCI dan juga pemegang lesen tersebut. Pemegang lesen hendaklah menandatangani di bawah pengisyhtiharan Pemegang lesen bersetuju untuk mematuhi peraturan UCI dan Persekutuan Kebangsaan. Pemegang lesen akur dan mematuhi peraturan anti-dadah dan ujian darah yang dikendalikan oleh CAS ( The holder agrees to abide by the regulations of the UCI and of the national federation. He accepts antidoping and blood tests provided by the rules and the sole competence of the CAS. ) (UCI- Articles 1.1.026) Permohonan lesen oleh pelumba/pegawai yang tidak mempunyai negara atau negeri akan ditentukan oleh Persekutuan Kebangsaan berdasarkan negara atau negeri yang didiaminya sekurang- kurangnya 5 tahun terakhir. (UCI- Articles 1.1.033)

3. TEMPOH PERMOHONAN LESEN Permohonan lesen untuk tahun berikutnya dibuka dari bulan Oktober tahun semasa sehingga bulan April tahun lesen dikeluarkan. Permohonan yang diterima lewat daripada bulan tersebut akan dikenakan penalty sejumlah RM 10 untuk seorang pemegang lesen. Tempoh permohonan ini ditetapkan supaya permohonan caruman insurans kepada Syarikat Insurans dapat diselaraskan agar tidak timbul masalah sekiranya terdapat tuntutan pada masa hadapan. Penetapan tempoh permohonan ini akan dikuatkuasakan untuk mengelakkan kelewatan permohonan daripada Ahli Gabungan. 4. PROSEDUR PERMOHONAN LESEN PERMOHONAN i. Permohonan untuk mendapatkan lesen pelumba dan pegawai boleh dibuat melalui berikut:- a. Ahli Gabungan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (Persatuan Berbasikal Negeri) b. Pasukan Benua yang berdaftar dengan UCI. c. Majlis Sukan Negara dalam kes-kes tertentu. d. Pegawai & atlit bagi sukan Para Cycling. ii. Pelumba kebangsaan tidak terkecuali untuk mematuhi prosedur permohonan ini dan permohonan lesen perlu dibuat melalui Persatuan Berbasikal Negeri di mana Persatuan Berbasikal Negeri akan bertanggungjawab untuk menjelaskan bayaran lesen sekiranya pelumba tidak berbuat demikian. Sebarang permohonan lesen yang tidak melalui Persatuan Berbasikal Negeri tidak akan dilayan sama sekali. iii. Permohonan lesen bagi pelumba yang ingin bertukar negeri perlu disertakan dengan surat pelepasan negeri sebelumnya. BORANG PERMOHONAN i. Borang permohonan terdiri daripada maklumat seperti berikut:- a. Ruangan Nama : Nama perlu diisi seperti di dalam kad pengenalan. Jika menggunakan nama Inggeris, perlu diisi nama keluarga dahulu diikuti dengan nama pemohon. b. No. K/P @ No. Surat Beranak : No. Kad Pengenalan wajib diisi sebagai bukti pengenalan status kewarganegara. No. Kad Pengenalan diperlukan untuk urusan pendaftaran caruman insurans. Jika tidak mempunyai no. kad pengenalan (bagi warga Sabah& Sarawak) perlu menyatakan no. surat beranak.

c. No. Telefon No. telefon perlu diisikan jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan permohonan yang tidak lengkap. d. Alamat Surat Menyurat Alamat surat menyurat perlu diisi bagi tujuan pengeposan lesen yang telah siap diproses. PKBM tidak akan bertanggungjawab jika lesen tidak sampai ke pemohon setelah urusan dibuat berdasarkan alamat surat menyurat yang dinyatakan pada borang permohonan. e. Maklumat Waris Maklumat perhubungan waris pemohon perlu diisi jika terdapat sebarang tuntutan insurans di masa akan datang. Warganegara Kewarganegaraan perlu dinyatakan untuk memastikan kod UCI pada lesen. Pengesahan Persatuan Negeri/ Kelab Benua Pengesahan daripada Persatuan Negeri/ Kelab Benua diwajibkan sebagai bukti pengesahan pemohonan merupakan ahli/pegawai/pelumba persatuan/kelab benua tersebut. Tandatangan Pemohon Tandatangan pemohon wajib dilengkapkan sebagai persetujuan untuk mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh PKBM. Gambar Gambar perlu disertakan sekali bersama-sama dengan borang permohonan untuk dikemaskini setiap tahun. Borang Doping UCI Pemohon perlu menandatangani borang doping sebagai pengisyhtiharaan tiada sebarang penyalahan penggunaan dadah. Jika didapati terdapat sebarang pengambilan dadah oleh pelumba selepas pengeluaran lesen, pelumba tersebut akan digantung serta merta tanpa notis@dengan notis mengikut keputusan Jawatankuasa Doping & Disiplin PKBM.

BAYARAN PERMOHONAN i. Bayaran permohonan perlu diterima bersama- sama dengan permohonan lesen bagi proses pengeluaran. ii. Jika terdapat permintaan penangguhan bayaran, perlu disertakan surat bersamasama dengan permohonan untuk pertimbangan PKBM. iii. Bayaran permohonan adalah berdasarkan caruman insurans yang dipilih oleh pemohon. (Sila rujuk perkara insurans) iv. Bayaran permohonan boleh dibuat melalui cek/ tunai/ wang pos @ didepositkan ke akaun berikut:- Nama Akaun : Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia No. Akaun : 026-000-27034 Bank : Hong Leong Bank Berhad v. Pembayaran melalui deposit bank perlu dimaklumkan kepada PKBM. 5. INSURANS Syarikat Insurans : MCIS Zurich Insurance Berhad Jenis Insurans : Insurans Am Berkelompok Kadar Caruman : Bayaran RM 40 - RM 15,000/seorang Bayaran RM 150 RM 50,000/seorang Bayaran RM 300 RM 100,000/seorang Bayaran RM 300 RM 50,000/seorang (Kelab Benua Berdaftar Dengan UCI) Tempoh kuatkuasa Insurans adalah sebulan selepas tarikh permohonan diterima sehingga akhir Disember setiap tahun. Tuntutan insurans hanya boleh dibuat jika pemohon mengalami kecederaan semasa menjalani latihan serta semasa menyertai kejohanan. Jika kecederaan berlaku semasa menyertai kejohanan yang tidak berdaftar di bawah PKBM, tuntutan insurans tidak boleh dibuat. Caruman insurans meliputi tahap kecederaan minimum patah tulang atau lain- lain kecederaan yang lebih serius yang memerlukan rawatan doktor pakar di hospital. Caruman insurans meliputi seperti berikut:- Kematian/ Hilang Keupayaan kekal Hilang Keupayaan Sementara Hilang Keupayaan Separuh Sementara Perbelanjaan rawatan Prosedur Tuntutan Insurans Pemohon perlu mengemukakan dokumen- dokumen berikut bagi memulakan proses tuntutan:- Salinan Kad Pengenalan Pemohon yang disahkan

Laporan Polis (Salinan Asal) Laporan Rawatan oleh Doktor yang Merawat (Salinan Asal) Bil- bil Rawatan (Salinan Asal) Sijil Cuti Sakit jika mengalami ketidakupayaan (Salinan Asal) Rawatan Post- Mortem Perubatan jika kematian (Salinan Asal) Tertakhluk kepada kelulusan pihak insurans. Pemohon perlu mengemukakan dokumen- dokumen di atas dengan kadar segera selepas kemalangan dan dihantar ke pejabat PKBM. Keputusan tuntutan insurans akan dimaklumkan oleh PKBM setelah mendapat maklum balas daripada syarikat insurans. Kematian@Hilang Keupayaan Kekal yang dialami oleh penungang motosikal semasa kejadian hanya akan menerima tuntutan sejumlah RM 7,500.00 kerana mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding pemandu kereta. Tuntutan insurans kemalangan adalah berdasarkan resit rasmi bayaran Hospital Kerajaan/ Swasta dan maksimum pembayaran bagi kemalangan ialah RM 500.00 sahaja. 6. PENGELUARAN LESEN Lesen akan dikeluarkan dalam tempoh 3 minggu dari tarikh penerimaan borang permohonan. Lesen akan dipos melalui courier dan akan mengambil masa sehari untuk diterima pemohon jika tiada masalah pengiriman. Lesen hanya akan dikeluarkan sesalinan sahaja dan salinan pendua tidak akan dikeluarkan melainkan mendapat kelulusan daripada Pengerusi Jawatankuasa Teknikal & Kejohanan PKBM. 7. PENALTI Penalti sejumlah RM 10.00/seorang akan dikenakan kepada pemohon sekiranya lesen dimohon selepas 30 April setiap tahun. 8. TEMPOH SAH LAKU LESEN Lesen ini mempunyai tempoh sah laku selama setahun. Lesen perlu diperbaharui selepas setahun dan prosedur pengeluaran adalah sama seperti di atas. Terdapat perubahan warna lesen setiap tahun mengikut kod warna yang telah ditetapkan UCI.

9. PERMOHONAN LESEN GANTIAN Permohonan lesen gantian boleh dibuat sekiranya lesen asal hilang atas sebab- sebab tertentu. Kadar bayaran yang dikenakan ialah sejumlah RM 20.00 sesalinan untuk Ahli Gabungan manakal RM 150.00 untuk Kelab Benua UCI (UCI Continental Team). 10. PENGELUARAN LESEN SEMENTARA Lesen sementara hanya dikeluarkan untuk kejohanan tertentu dengan kadar bayaran yang ditetapkan oleh PKBM dan hanya sah untuk tempoh tertentu. 11. BANTAHAN & PERTIKAIAN Sebarang bantahan dan pertikaian perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Teknikal & Kejohanan PKBM melalui surat dan bantahan akan dibawa kepada mesyuarat untuk dibincangkan dan diambil tindakan. Garis Pandu, Prosedur Permohonan & Pengeluaran Lesen ini telah dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Teknikal & Kejohanan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia Dikemaskini : 02 Disember 2014