KONSEP RABBANI DALAM GERAK KERJA PENYELIDIKAN

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)

ABSTRAK. Kata kunci: Al-Hazf, Al-Quran.

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KEPERCAYAAN EPISTEMOLOGI ISLAM

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Amar Makruf Nahi Mungkar

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

KOHESI DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : PEMERHATIAN TERHADAP TERJEMAHAN KATA GANTI NAMA DIRI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

UNIVERSITY OF NORTH SUMATERA FACULTY OF CULTURE STUDIES DIPLOMA III ENGLISH STUDY PROGRAM MEDAN JUNE 2011

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

THE ABSURDITY OF BEING AS REFLECTED IN FRANZ KAFKA S THE METAMORPHOSIS NOVELLA (1915): AN EXISTENTIALISM APPROACH.

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

WOMAN S PASSIONS IN ELIZABETH BARRETT BROWNING S POEMS ENTITLED THE LADY S YES AND HOW DO I LOVE THEE?

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

KONSEP TA AWUN DALAM PENULISAN ILMIAH MENURUT AL-QURAN

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

MOHD SHAHRIZAL NASIR. Kata kunci: Elipsis, al-hadhf, uslub, tatabahasa Arab, retorik Arab.

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

KONSEP ROH SUCI MENURUT ISLAM DAN KRISTIAN

PERANAN WANITA ISLAM DALAM MENYAMPAIKAN MESEJ DAKWAH KEPADA MASYARAKAT MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

Self Identity in The Catcher in The Rye by J.D Salinger (1951) : an Existentialist Approach

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Kaedah Tafsiran al-quran Halo-N di dalam Buku al-fathun Nawa

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Matlamat. Wadah Maklumat. Simposium 2014 Methodologi Pengambilan Ilmu Dalam Islam. Buku. Internet. Ceramah TV/Radio 22/10/14&

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

Pengurusan Stres Dalam Ekosistem Kesejahteraan Individu Menurut Perspektif Islam. Wan Nornajwa Wan Othman Fadzila Azni Ahmad

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

PENILAIAN PENGETAHUAN

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

BAB 2 KONSEP ETIKA KERJA ISLAM PELAKSANAAN ETIKA KERJA ISLAM: KAJIAN KES DI JOHOR CORPORATION.

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

The Virtues of Surah An-Nasr

BEHAVIOR CONTROL REFLECTED IN OKKY MADASARI S THE YEARS OF THE VOICELESS NOVEL (2013): AN INDIVIDUAL PSYCHOLOGICAL APPROACH

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

BAB 4 MONOTHEISM DAN POLYTHEISM

Transcription:

Volume: 3 Issue: 13 [September, 2018] pp.12-18] Journal of Islamic, Social, Economics and Development eissn: 0128-1755 Journal website: www.jised.com KONSEP RABBANI DALAM GERAK KERJA PENYELIDIKAN THE CONCEPT OF RABBANI IN RESEARCH FRAMEWORK Nor Hanani Binti Ismail 1 Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Tel: 017-2825409, Email: drhananiuum@gmail.com, norhanani@uum.edu.my Accepted date: 31 October 2017 Published date: 19 September 2018 To cite this document: Ismail, N. H. (2018). Konsep Rabbani Dalam Gerak Kerja Penyelidikan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 3(13), 12-18. Abstrak: Kertas kerja ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, menganalisis konsep Rabbani berdasarkan tafsiran ulama pada ayat 32 surah al-baqarah. Kedua, merumuskan konsep Rabbani dalam gerak kerja penyelidikan. Konsep Rabbani pada kertas kerja ini merujuk kepada satu konsep yang dibentuk berasaskan sumber al-quran dan al-sunnah. Malah matlamat konsep Rabbani yang berasaskan wahyu ini ialah makrifatullah iaitu mengenal Allah. Berdasarkan epistemologi Islam, ilmu adalah berasal daripada Allah SWT dan ilmu juga didasarkan kepada sumber utama dalam Islam iaitu al-quran dan al-sunnah. Hal ini seiring dengan maksud ayat 32 surah al-baqarah. Dalam penyelidikan pula, ilmu merupakan asas utama dalam perbincangan penyelidikan. Keadaan ini memberi gambaran bahawa penyelidikan yang terkait dengan ilmu akan terkait juga dengan Pemberi ilmu iaitu Allah SWT. Sekiranya ini dipegang oleh penyelidik Muslim, maka golongan ini perlu membudayakan konsep Rabbani dalam gerak kerja penyelidikan mereka. Persoalannya apakah konsep Rabbani berdasarkan ayat 32 surah al-baqarah? Bagaimanakah konsep Rabbani dapat dibudayakan dalam gerak kerja penyelidikan. Kertas kerja ini berhasrat menjawab kedua-dua persoalan tersebut menerusi analisis tekstual terhadap beberapa literatur. Bagi persoalan pertama, kertas kerja ini menemukan tujuh elemen utama yang terdapat dalam konsep Rabbani berdasarkan ayat 32 surah al-baqarah. Bagi persoalan kedua, kertas kerja ini merumuskan lima perihal konsep Rabbani dalam gerak kerja penyelidikan. Kata Kunci: Konsep Rabbani, Penyelidikan 1 Nor Hanani Ismail merupakan pensyarah kanan di Jabatan Tamadun dan Falsafah, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia. 12

Abstract: This paper has two main purposes. The first is to analyse the concept of Rabbani based on the scholars interpretation of verse 32, surah al-baqarah. The second is to summarize the concept of Rabbani in research framework. In this paper, the concept of Rabbani refers to a concept that is formed based on the al-qur an and al-sunnah as sources. In fact, the objective of this wahyu-based concept is makrifatullah, that is to know Allah SWT. Islamic epistemology emphasises that knowledge comes from Allah SWT and that it is formed from two Islamic sources, namely al-qur an and al-sunnah. This is in tandem with the meaning of verse 32, surah al-baqarah. In research, knowledge forms the basis for research debates and discussion. This indicates that research that is related to knowledge, is indirectly related to the giver of knowledge, that is Allah SWT. If this view is accepted by the Muslim researchers, then they will have to acculturate the concept of Rabbani in their research framework. The question is what does verse 32 of surah al-baqarah reveal about the Rabbani concept? How do we acculturate this concept in our research framework? This paper seeks to answer both questions by analysing several literatures textually. For the first question, seven main elements on the Rabbani concept were extracted from verse 32, surah al-baqarah. Five descriptions of the concept, pertaining to research framework, were provided to answer the second question. Keywords: Rabbani Concept, Research Pendahuluan Manusia merupakan makhluk ciptaan yang paling sempurna. Manusia mempunyai fungsi yang amat penting ke atas alam semesta ini. Tidak ada makhluk lain yang berupaya menggantikan manusia untuk menguruskan alam semesta ini. Manusia mempunyai akal fikiran yang telah membezakan antara manusia dengan makhluk lain. Oleh itu manusia dikatakan sebaik-baik ciptaan kerana keupayaannya untuk berfikir. Dengan akal manusia berfikir. Walaupun begitu, terdapat beberapa persoalan yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia, yang mana akhirnya manusia perlu kepada agama. Antara konsep yang paling penting yang terdapat dalam agama ialah konsep ketuhanan atau dalam kertas kerja ini disebut sebagai konsep Rabbani. Konsep Rabbani memberi makna yang amat luas. Kata dasarnya ialah Rab, kemudian dikembangkan menjadi Rabbi, Rabbuna, Rabbaniyyun, Rububiyyah dan lain-lain. Semua perkataan itu merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa iaitu Allah SWT. Allah SWT merupakan puncak segala sesuatu dan berkuasa kepada seluruh makhluk alam ini. Konsep Rabbani ini pastinya bermula dengan keyakinan bahawa wujudnya Pencipta alam dan keseluruhan makhluk (Sidek Baba, 2006). Sekiranya dibincangkan dalam konteks ilmu, konsep Rabbani menjadi penyebab wujudnya ilmu. Konsep ini berasaskan wahyu yang menjurus matlamat akhirnya ialah mengenal Allah SWT yang memberikan ilmu itu. Sebagai penyelidik Muslim konsep Rabbani sepatutnya seiring dalam setiap gerak kerja dalam kehidupan termasuk dalam hal penyelidikan. Konsep ini apabila dikaitkan dengan ilmu, ianya pasti merujuk al-quran dan Sunnah sebagai sumber utama. Ini kerana al-quran merupakan petunjuk, pedoman dan hikmah dalam semua hal, termasuklah dalam bidang penyelidikan. Ianya sangat terkait apabila penyelidikan itu dikaitkan 13

dengan ilmu, manakala ilmu pula dikaitkan dengan konsep Rabbani seperti yang terdapat dalam surah al-baqarah ayat 32. Firman Allah SWT pada ayat tersebut yang berbunyi: ت ف وا وٱ لط ي ب م ن ٱلر زق ق ل ه ل ل ين ء ام ن اد ه ۦ ي أ خر ج ل ع ب ق ل م ن ح ر م ز ين ة ٱ لل ٱ ل ت ص ل ف ن عل م ون ٣٢ ة ك ذ ل ك ٱ أ لي ت ل ق وم ي ٱ لق ي م وم ي ا خ ال صة ٱ ل ي و ة ٱدل ني Maksudnya: Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang Telah Engkau ajarkan kepada Kami; Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana 14 (Al-Baqarah, 2: 32) Ayat ini memberi erti, Allah SWT adalah Pemilik sebenar ilmu serta wujud ketidakupayaan makhluk dalam memperoleh ilmu melainkan dengan keizinan Allah SWT. Oleh itu, kertas kerja ini menganalisis pandangan ulama terhadap ayat 32 surah al-baqarah seterusnya membentuk konsep Rabbani berdasarkan analisis tersebut. Manakala, pada bahagian kedua, kertas kerja ini merumuskan perihal konsep Rabbani dalam gerak kerja penyelidikan. Bahagian Pertama Pada bahagian pertama kertas kerja ini membincangkan pandangan ulama pada ayat 32 surah al-baqarah. Para mufassir membincangkan ayat ini dengan memerihalkan pengakuan para malaikat yang mengakui bahawa Allah SWT sahaja yang memberi ilmu kepada mereka dan Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui urusan tadbir sekelian alam ini (Muhammad al- Tohir 'Asyur, 1984). Dalam pada itu, manusia akan menemui kegagalan dan kesilapan dalam urusan sekiranya tidak menjadikan Allah SWT sebagai sumber utama dalam setiap ilmu yang diurus. Sepertimana yang berlaku pada malaikat yang mengakui kesalahan mereka dalam menilai nabi Adam sebagai khalifah atas muka bumi ini. Para malaikat mengakui bahawa mereka sepatutnya mengakui Allah SWT yang Maha Mengetahui segala bentuk hikmah dan mereka sepatutnya menterjemahkan sifat Allah SWT sebagai Pemberi ilmu dalam tindakan mereka (Abdul Rahmna Nasir al-sa'diy, 1999). Menurut Isma il Kathir al-dimasyqiy (2000) dalam menghuraikan ayat ini beliau menyatakan pengakuan daripada makhluk bahawa Allah SWT yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang diciptakannya. Seterusnya mengakui bahawa pada Zat Allah SWT itu memiliki hikmah dan keadilan yang sempurna. Allah SWT juga mensucikan dirinya daripada segala bentuk kekurangan. Ayat tersebut diperincikan oleh Muhammad Hussain Mas'ud al-baghawiy (2002) bahawa semua ilmu itu adalah milik Allah SWT dan semua makhluk tidak mampu mengetahui ilmu-ilmu tersebut melainkan ilmu yang diberikan oleh Allah SWT sahaja. Al-Hakim yang terdapat pada ayat tersebut juga merujuk kepada Allah SWT yang menghukumkan (menentukan) sesuatu, malah sebarang kerosakan atau kegagalan tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah SWT. Dalam pada itu perkataan hikmah juga berasal dari kalimah hakama yang memberi erti sesuatu yang mampu menghalang seseorang itu untuk melakukan kebatilan serta hikmah juga mampu memberi panduan kepada seseorang daripada tergelincir kepada kerosakan. Ini memberi gambaran bahawa hikmah yang ada pada Allah SWT adalah kebenaran kerana ianya berupaya menghalang seseorang itu menemui kebatilan.

Selain itu, dibincangakan juga bahawa ayat tersebut memberi erti sesuatu ilmu itu tidak akan mampu diperoleh oleh seseorang melainkan dengan izin dan kehendak Allah SWT (Jalal al- Din al-mahalliy & Jalal al-din al-suyuthiy, 2003). Ilmu di sini merujuk kepada ilmu yang boleh diterima oleh akal dan pancaindera manusia malah tidak dinafikan ilmu yang bersifat ghaib (Muhammad Mutawalli al-sya'rawi, 1997) atau disebut sebagai ilmu yang bersifat intangible (Nor Hanani Binti Ismail, 2016). Antara ibrah yang dinyatakan berdasarkan ayat ini ialah, setiap manusia itu tidak akan memperoleh sebarang ilmu melainkan diizinkan oleh Allah SWT. Manusia pula tidak dapat tidak perlu mengakui kelemahan ini bahawa manusia tidak akan berilmu sekiranya tidak diberikan oleh Allah SWT. Dalam pada itu, keperluan dalam melakukan penelitian atau (al- Nazar) dalam memperoleh ilmu adalah amat dituntut. Walaupun begitu, proses al-nazar bukanlah syarat dalam memperoleh sesuatu ilmu (Muhammad al-razi Fakhruddin, 1981). Berikut merupakan elemen yang terkait dengan ayat 32 surah al-baqarah berdasarkan tafsiran ulama. Sekaligus semua elemen ini merupakan elemen pada konsep Rabbani berdasarkan ayat tersebut. Zat Allah SWT/ al- Quran dan al- Sunnah Pilihan dan Kehendak Allah SWT kepada siapa ilmu itu diberikan Ilmu merangkumi ilmu ghaib dan ilmu yang nampak Hikmah Kebenaran Semua ilmu milik Allah SWT Firman Allah pada ayat 32 surah al- Baqarah al-nazar (penelitian/pe nyelidikan) Bahagian Kedua Rajah 1: Elemen-elemen yang terkait dengan ilmu berdasarkan analisis ayat 32 Surah al-baqarah Dalam melakukan gerak kerja penyelidikan, elemen yang terkait dalam gerak kerja penyelidikan ialah ilmu. Pada asasnya konsep-konsep yang terkait dengan ilmu yang dinyatakan dalam wahyu menggabungkan tafakkur tadabbur (proses dan hasil renungan) fiqh 15

(kefahaman) nur (cahaya) huda (petunjuk kerohanian), al-haq (hakikat iman), yaqin (keyakinan), iman (keimanan) taqwa amal (amalan) (Wan Mohd. Nor Wan Daud, 1994). Oleh kerana, ayat 32 surah al-baqarah membincangkan perihal ilmu, maka tidak dapat tidak para penyelidik perlu mengetahui elemen-elemen yang bersangkutan dengan dengan ayat tersebut dalam gerak kerja penyelidikan mereka. Berdasarkan perbincangan terhadap pandangan para mufassir pada ayat 32 Surah al-baqarah, dirumuskan lima contoh perkara yang boleh dilakukan oleh para penyelidik dalam melaksanakan konsep Rabbani dalam gerak kerja penyelidikan mereka. Pertama; merujuk al-quran, al-sunnah dan pandangan ulama dalam mentafsirkan dalil dari kedua-dua sumber tersebut. Hal ini boleh dilakukan oleh para penyelidik tidak kira penyelidikan yang berkaitan dengan Islam atau pun tidak berkaitan dengan Islam kerana Islam merupakan agama yang memberi kerahmatan keseluruh alam. Proses merujuk al-quran dan al-sunnah serta pandangan ulama dalam memahami maksud dalil boleh digunakan semasa pembinaan latar belakang kajian serta penentuan pernyataan masalah sehingga penganalisisan data. Sebagai contoh, sesuatu penyelidikan tidak lengkap sekiranya pernyataan masalah tidak dinyatakan dengan tepat berkaitan dengan isu yang hendak dikaji (Othman Mohamed, 2012). Oleh itu, bagi memperoleh ketepatan dalam menentukan penyataan masalah adalah menerusi proses merujuk sumber naqli ini. Pada hakikatnya, pernyataan masalah itu bukan sahaja tepat tetapi perlu benar mengikut kaca mata Islam. Maka kesahan dalam menentukan pernyataan masalah itu perlu tepat dan benar mengikut Islam. Kedua; sentiasa memohon bantuan Allah SWT dalam setiap gerak kerja penyelidikan yang dilakukan. Contohnya, permulaan dalam menjalankan penyelidikan, penyelidik perlu menentukan pernyataan masalah. Memohon pertolongan kepada Allah SWT supaya Allah SWT memberi ilham dalam menentukan pernyataan masalah yang akan dilakukan. Contoh lain, ketika proses penganalisisan data dilakukan dalam bentuk kualitatif. Sekali lagi penyelidik perlu memohon kepada Allah SWT supaya analisis yang dilakukan berupaya menghasilkan dapatan dan keputusan yang benar serta memberi kesejahteraan kepada ummah. Sekiranya penyelidik berkeperluan dalam menemuramah pakar, tidak dapat tidak penyelidik perlu memohon bantuan Allah SWT sekurang-kurangnya dengan cara solat hajat dua rakaat sebelum menemuramah pakar yang telah dipilih. Hal ini didasarkan kepada konsep Rabbani yang sebenarnya Pemilik kepada setiap bentuk ilmu dan hikmah. Ketiga; penyelidik perlu sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah SWT dan tidak menafikan hubungannya dengan makhluk Allah SWT yang lain. Hal ini didasarkan kepada konsep Rabbani ialah elemen kebenaran. Kebenaran dalam gerak kerja penyelidikan bukan semata-mata terhasil daripada dapatan atau keputusan tetapi kebenaran itu ada pada diri penyelidik. Dengan kata lain, bukti kebenaran ilmu yang ada pada diri penyelidik ialah ma rifatullah (mengenal Allah SWT) dengan ilmu yang diperoleh. Keempat; walaupun perbincangan sebelum ini menggambarkan semua ilmu adalah diperoleh menerusi hubungan/ bantuan daripada Allah SWT, namun hal ini tidak menafikan penelitian 16

yang mendalam yang perlu ada dalam gerak kerja penyelidikan. Penelitian yang mendalam dalam semua gerak kerja penyelidikan merupakan juga salah satu elemen yang terkait pada ayat 32 surah al-baqarah. Penyelidik perlu melakukan gerak kerja penyelidikan secara bersungguh-sungguh serta memastikan ketepatan bagi menghasilkan kebenaran dalam penyelidikan. Kelima; walaupun penelitian yang mendalam perlu ada dalam gerak kerja penyelidikan, hal ini sebenarnya tidak menafikan konsep Rabbani. Hakikatnya Allah SWT yang memberi keupayaan kepada penyelidik dalam melakukan penelitian yang mendalam itu. Sesungguhnya perkara ini terkaitan dengan konsep tidak ada daya upaya manusia melainkan dengan Allah jua. Kesimpulan Berdasarkan perbincangan ini dapat disimpulkan tiga perkara. Ilmu adalah hikmah yang berupaya membawa manusia kepada kebenaran. Oleh itu, matlamat penyelidikan sepatutnya berupaya membawa manusia menemui kebenaran. Kedua, kebenaran diertikan dengan kesahan dalam penyelidikan. Oleh itu, prinsip kesahan yang acap kali dibincangkan dalam penyelidikan sepatutnya mengambil kira konsep Rabbani bagi memperoleh kebenaran. Kebenaran dalam penyelidikan mengikut kaca mata Islam ialah mengenal Pencipta alam ini iaitu Allah SWT yang sepatutnya sentiasa diamati oleh penyelidik sepanjang tempoh menjalankan penyelidikannya. Rujukan Abdul Rahmna Nasir al-sa'diy. (1999). Al-Qawaid al-hisan li Tafsir al-quran. Riyadh: Maktabah al-rusyd. Fazlur Rehman Faridi (1995). Islamic Reseacrh Methodology: Some Reflections, dlm. Muhammad Mumtaz Ali, Conceptual and Methodological Issues: A Few Milestones. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Harun Yahya (2006). Bagi Golongan Yang Berpemikiran (For Men of Understanding) terj. Syed Mahadzir Syed Onn. Kuala Lumpur: Saba Islamic Media. Isma il Kathir al-dimasyqiy. (2000). Tafsir al-qur an al- Azim. Kaherah: Muassasah Qurtabah. Jalal al-din al-mahalliy, & Jalal al-din al-suyuthiy. (2003). Tafsir al-jalalain al-muyassar. Lubnan: Maktabah Lubnan. Louay Safi (1996). The Foundation of Knowledge: A Comparative Study in Islamic and Western Methods of Inquiry. Selangor: International Islamic University Malaysia Press. Mat Rofa Ismail (2014). Ulul Albab Ajaibnya Alam Semesta. Kuala Lumpur: Must Read. Muhammad al-razi Fakhruddin. (1981). Mafatih al-ghaib. Beirut: Dra al-fikr. Muhammad al-tohir 'Asyur. (1984). Tafsir al-tahrir wa al-tanwir. al-dar al-tunisiyyah: Tunisia. Muhammad Hussain Mas'ud al-baghawiy. (2002). Tafsir al-baghawiy Ma'alim al-tanzil. Beirut: Dar Ibn Hazm. Muhammad Mutawalli al-sya'rawi. (1997). Tafsir al-sya'rawi. t.t: Mathabi' akhbar al-yaum. 17

Nor Hanani Binti Ismail. (2016). Elemen Keberkatan Sebagai Indikator Kesahan Dalam Penyelidikan. In Wan Norhaniza Wan Hasan & Nurul Suhada Ismail (Eds.), Pembangunan Lestari Islam: Konsep dan Aplikasi (Vol. 1, pp. 137-150). Universiti Sains Malaysia: Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), USM. Othman Mohamed. (2012). Penulisan Tesis dalam Bidang Sains Sosial Terapan. Selangor: Universiti Putra Malaysia Sidek Baba (2006). Pendidikan Rabbani: Mengenal Allah Melalui Ilmu Dunia. Selangor: Karya Bestari Sdn Bhd. Wan Mohd Nor Wan Daud (1994). Konsep Ilmu dalam Islam (The Concept of Knowledge in Islam), terj. Rosnani Hashim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 18