PERANAN WANITA ISLAM DALAM MENYAMPAIKAN MESEJ DAKWAH KEPADA MASYARAKAT MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

Similar documents
PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Amar Makruf Nahi Mungkar

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

ITA AT: TO OBEY HIM WITHOUT QUESTION

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

In that context it is a contraction of the phase. adda wah ilallaah

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

ALI 340: Elements of Effective Communication Session Four

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

ISLAMIC CREED ( I ) Instructor: Dr. Mohamed Salah

Ayatul Kursi (2: )

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

KOD ETIKA DAKWAH (SATU SOROTAN RINGKAS)

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

from your Creator طه Ta, Ha. 20:1

THE RIGHTS OF RASOOLULLAH ON HIS UMMAH ARE 7:

QUR ANIC ARABIC - LEVEL 1. Unit ٢٦ - Present Passive

Being Grateful. From the Resident Aalima at Hujjat KSIMC London, Dr Masuma Jaffer address:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Revealed in Mecca. Consist of 34 verses LESSONS FROM LUQMAN. Br. Wael Ibrahim. How can we implement the lessons in our daily lives?

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

DINAMIKA PENDAKWAH MELAKSANA DAKWAH PELBAGAI ETNIK

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

ALI 241: Akhlāq of the Ahlul Bayt c

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL PENGAJARAN SAUDARA BARU

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

Ways the Misguided Youth Bent on Takfīr & Bombings

Quranic & Prophetic Nurturing Program

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Story #4 Surah Al-Qasas [Verses 76- ]

In the Name of Allah: The Most Compassionate, the Most Beneficient. The Sunnah: A Clarification of what was Revealed. The First Khutbah:

ALI 340: Elements of Effective Communication Session Six

The Virtues of Surah An-Nasr

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

23 FEBRUARY RABEE AL AKHAR 1435 CLASS #28

Adab 1: Prohibitions of the Tongue. Lecture 6

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Race2Jannah-4: Quran Question Bank for Group D. Angel Jibreel (A)

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

ALI 241: Akhlāq of the Ahlul Bayt c

Ulasan Buku / Book Review

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

WOMAN S PASSIONS IN ELIZABETH BARRETT BROWNING S POEMS ENTITLED THE LADY S YES AND HOW DO I LOVE THEE?

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

KONSEP DAN HAK JIRAN DI DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH: SATU KAJIAN

Kata Kunci: Remaja, Jati Diri, Aktiviti dakwah, Organisasi Islam.

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

23 MARCH JAMAD AL AWWAL 1435 CLASS #32

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Race to Jannah - 6 Group E: Surah Taha

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

ANALISIS FUNGSI MESEJ DAKWAH ISLAMIAH DALAM HALAMAN FACEBOOK

Fiqh of Dream Interpretation. Class 2 (24/7/16)

F a i t h T H E B E L I E F S O F A M U S L I M

ALI 256: Spiritual and Jurisprudential aspects Salaat

Prepaid by Dil E Nadaan

ABSTRAK. Kata kunci: Al-Hazf, Al-Quran.

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

Transcription:

International Seminar on al-quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018 International Seminar on al-quran in Contemporary Society 2018 Penyunting: Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Tengku Fatimah Muliana Tengku Muda, Syh Noorul Madihah Syed Husin, Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Sumayyah Abdul Aziz, Nooraihan Ali, Kamaruddin Awang Mat, Azzyati Mohd Nazim, Nadhirah Nordin, Raja Hazirah Raja Sulaiman & Noorsafuan Che Noh Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ISBN 978-967-0899-96-1 (2018), http: //www.fki.unisza.edu.my PERANAN WANITA ISLAM DALAM MENYAMPAIKAN MESEJ DAKWAH KEPADA MASYARAKAT MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN AINI SOFIA CHE DAUD & BERHANUNDIN ABDULLAH Abstrak: Penglibatan pendakwah wanita dalam medan dakwah kini turut menjadi penyumbang utama dalam proses penyampaian dakwah kepada masyarakat. Justeru pentingnya peranan wanita Islam dalam menyampaikan isi kandungan dakwah yang memberi fokus kepada aspek berkaitan wanita dan masyarakat berlandaskan kepada sumber utama iaitu al-quran dan sunnah. Oleh demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji peranan wanita Islam dalam menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat menurut perspektif al-quran. Kajian ini menggunakan metod kualitatif yang merupakan kajian berbentuk dokumentasi disertakan dengan dalil-dalil al-quran, Hadith dan pandangan beberapa pengkaji dakwah berkenaan tajuk kajian. Hasil kajian mendapati bahawa wanita mempunyai peranan yang amat besar dalam menyampaikan mesej dakwah seperti isu akidah, syariah, akhlak dan isu semasa wanita dan masyarakat dengan berlandaskan kepada dalil-dalil al-quran. Ini kerana penyampaian pendakwah muslimat lebih tertutup dan terkesan dengan pendekatan yang lebih bersifat kewanitaan dan kekeluargaan. Kata Kunci: Uslub Dakwah, Mesej Dakwah, Wanita Islam, Peranan. PENGENALAN Penyampaian mesej dakwah merupakan satu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh para pendakwah lelaki mahupun wanita kepada masyarakat. Tambahan kini dengan kemunculan pendakwah wanita Islam dalam medan dakwah menjadi nilai tambah kepada peningkatan dakwah dan bukanlah dianggap sesuatu yang asing lagi pada era kini dan juga lampau. Keberanian wanita Islam dalam menyampaikan dakwah ini telah lama masyhur seiring dengan dakwah yang dijalankan oleh Rasulullah (s.a.w.) lagi. Kehebatan ummahatul mukminin (isteri-isteri Rasulullah saw) dapat dijadikan sebagai contoh dalam memainkan peranan besar menyampaikan dakwah sebagai wanita Islam (Azyyati, 2012). Hal ini juga bertepatan dengan kewajipan menyampaikan dakwah kepada masyarakat sebagaimana firman Allah (s.w.t.) dalam surah al-imran (3:104): و ل ت ك ن م ن ك م أ م ة ي د ع ون إ ل ى ال خ ي ر و ي أ م ر ون ب ال م ع ر وف و ي ن ه و ن ع ن ال م ن ك ر و أ ول ئ ك ه م ال م ف ل ح ون )٤٠١( Maksudnya: dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji), dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. Oleh demikian, dakwah secara umumnya bermaksud menyeru, mengajak, dan meyakinkan orang lain untuk menerima sesuatu kepercayaan. Menurut Nor Raudah (2013) dalam Louis Ma luf (1927), dakwah dari perkataan dasar da a,(دعا) yad u (يدعو) masdarnya ialah da wa (الدعوي) dan du a, justeru dakwah bererti seruan, panggilan dan ajakan. Manakala mesej dakwah pula ialah isi kandungan dakwah yang hendak disampaikan kepada sasaran dakwah Ab. Aziz Mohd Zin (2001). Pentingnya bagi pendakwah wanita Islam untuk mengetahui mesej dakwah ini kerana ianya merupakan salah satu daripada rukun-rukun dakwah yang empat dan merupakan tunjang terpenting dalam menyebarkan agama Islam. 41

Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji apakah peranan pendakwah wanita Islam dalam menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat menurut perspektif al-quran. Pengkaji juga ingin mengemukakan beberapa mesej dakwah yang dapat diaplikasikan oleh pendakwah wanita dalam misi dakwah mereka. Seterusnya melalui kajian ini juga pengkaji dapat menyediakan satu rujukan dan panduan kepada para pendakwah wanita lain untuk melaksanakan peranan dakwah kepada masyarakat menurut panduan wahyu yang sebenar. METODOLOGI KAJIAN Menerusi kajian ilmiah ini, pengkaji menggunakan metod kualitatif. Metod kualitatif ialah metod yang berbentuk deskriptif, berupa kata-kata lisan atau tulisan tentang tingkah laku manusia yang dapat diamati (Taylor dan Bogdan, 1984). Data kualitatif terhasil daripada tiga jenis data iaitu melalui analisi pemerhatian, temubual dan juga dokumentasi (Patton, 1990). Oleh itu, menerusi kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah dokumentasi iaitu dengan melakukan kajian terhadap dokumen yang berkaitan dengan tajuk kajian. Seterusnya diolah dan dibuat rumusan akhir. Dokumen yang terpilih adalah seperti kitab-kitab tafsir, kitab-kitab hadis sahih, hasil kajian-kajian lepas yang berbentuk buku, artikel, jurnal dan beberapa sumber lain yang berbentuk hasil penulisan. SOROTAN KAJIAN Mesej dakwah merupakan elemen yang menjadi keutamaan dalam penyampaian dakwah Islam. Asas bagi mesej dakwah ialah Islam yang meliputi isu akidah, syariah dan juga ibadah (Nor Raudah, 2013). Maklumat Islam atau aspek isi kandungan dakwah yang lainnya juga merangkumi aspek-aspek penting dalam sosial masyarakat seperti kekeluargaan, pendidikan, perundangan, ekonomi, hubungan manusia, kepimpinan, budaya, dan sebagainya lagi. Oleh itu, perkara yang perlu diutamakan oleh pendakwah wanita dalam menyampaikan mesej dakwah ialah bagaimana menyesuaikan mesej dakwah tersebut dengan sasaran dakwah (Ab Aziz Mohd Zin, 2006). Sebelum menyampaikan mesej dakwah, para pendakwah wanita Islam ini perlulah menitikberatkan aspek uslub dakwah yang digunakan oleh mereka. Uslub dakwah bermaksud metod atau cara yang terdekat digunakan dalam dakwah bagi menarik sasaran (mad u) supaya menerima ajaran Islam yang disampaikan dan mengamalkannya (Fariza Hanan Muhammad et.al 2016). Justeru itu, pentingnya peranan pendakwah wanita dalam menyampaikan mesej dakwah dengan menggunakan pelbagai pendekatan. Antara contohnya seperti peranan yang dilaksanakan oleh pendakwah NGO wanita Islam dalam menyelesaikan permasalahan remaja dalam kajian Azyyati Mohd Nazim (2015). Pertamanya perlu mengenali para remaja berisiko dan menganalisis pengaruh aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh pendakwah wanita NGO, kemudian mengambil langkah memilih uslub yang lebih sesuai. Selain itu, sebagai pendakwah wanita sudah pasti tidak terlepas daripada sebarang cabaran yang dihadapinya. Terdapat pelbagai cabaran dan halangan yang mesti diselesaikan oleh pendakwah wanita dalam menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat serta potensi mereka dalam memainkan peranan sebagai pemimpin umat Islam dalam membina sebuah masyarakat Islam di Malaysia (Mimi Hanida Abdul Mutalib (2011). Seterusnya Nor Hanani Mohd Noor (2010) pula menjelaskan tentang peranan yang perlu dimainkan oleh pendakwah wanita dalam dakwah mengikut perspektif sūrah Āli Imrān dan menggunakan pendekatan dakwah yang dianjurkan tersebut. Antara peranan yang dinyatakan ialah dengan berpandukan dakwah wanita menurut al-quran, seperti peranan wanita sebagai pembantu lelaki, sebagai pendidik, sebagai pentadbir rumah tangga dan sebagainya lagi. 42

International Seminar on al-quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 PERANAN WANITA ISLAM DALAM DAKWAH Pendakwah wanita juga mempunyai hak yang sama seperti pendakwah lelaki dalam menyempurnakan tugasan dakwah kepada masyarakat. Hal ini kerana wanita berperanan membantu kaum lelaki dalam mencapai dan menjalankan misi dakwah (Nor Hanani, 2010). Ini bertepatan dengan firman Allah (s.w.t.) di dalam surah al-taubah (9): 71 sebagaimana berikut: و ال م ؤ م ن ون و ال م ؤ م ن ات ب ع ض ه م أ و ل ي اء ب ع ض ي أ م ر ون ب ال م ع ر وف و ي ن ه و ن ع ن ال م ن ك ر و ي ق يم ون الص الة و ي ؤ ت و ن الز ك اة و ي ط يع ون للا و ر س ول ه أ ول ئ ك س ي ر ح م ه م للا إ ن للا ع ز يز ح ك يم )١٤( Maksudnya: dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Ayat ini turut menyatakan bahawa wanita merupakan penolong bagi kaum lelaki dalam melakukan dakwah dengan menyuruh menyampaikan dakwah amar makruf dan nahi mungkar. Selain itu, mereka juga dilihat memainkan peranan yang besar dalam mendidik masyarakat kerana wanita merupakan ibu kepada anak bangsa dan bertanggungjawab memastikan masyarakat mendapat pendidikan yang sempurna. Peranan wanita yang menjadi asas ialah mendalami ilmu Islam yang secara khusus mengenai mesej dakwah yang akan disampaikan kepada anak-anak, pelajar dan masyarakat terutama daripada kalangan kaum wanita. Mereka memikul tugas yang besar terutama menjalankan dakwah dalam kalangan wanita supaya bebas daripada ancaman fahaman salah terhadap Islam. Menyampaikan mesej dakwah Peranan wanita Islam bukan sahaja di rumah, di pejabat tetapi juga di medan dakwah. Peranan pendakwah wanita sangat mencabar terutama dalam era globalisasi kini yang berhadapan dengan pelbagai isu semasa, fitnah, jenayah, gejala sosial dan penghayatan salah terhadap Islam. Oleh itu pendakwah wanita perlu memantapkan pengetahuan dan kaedah dakwah supaya mampu menyampaikan mesej dakwah dengan sempurna. Dalam masa yang sama, setiap kali penyampaikan mesej dakwah yang dilaksanakan perlulah dihubungkaitkan dengan tunjang akidah, panduan syariat, bimbingan akhlak, penggunaan uslub dakwah yang sesuai dan perlu diselarikan dengan isu semasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Bertunjangkan konsep akidah Kesesuaian sesuatu dakwah bergantung kepada mesej dakwah yang dikemukakan. Justeru, para pendakwah wanita berperanan menyampaikan mesej dakwah yang secara umumnya mesej dakwah tersebut adalah Islam sepenuhnya. Namun, dapat dibahagikan mesej dakwah ini kepada beberapa elemen antaranya ialah melalui konsep akidah ini. Akidah merupakan tunjang utama yang menjadi peranan para pendakwah wanita untuk menyampaikannya kepada masyarakat. Asas akidah ini sesuai digunakan sebagai mesej dakwah tanpa sebarang syak kerana berlandaskan kepada dua sumber sahih iaitu al-quran dan Sunnah nabawiyah. Hal ini bertepatan dengan firman Allah (s.w.t.) menerusi surah al-baqarah ayat (2: 285) sebagaimana berikut: آم ن الر س ول ب م ا أ ن ز ل إ ل ي ه م ن ر ب ه و ال م ؤ م ن ون ك ل آم ن ب ا لل و م الئ ك ت ه و ك ت ب ه و ر س ل ه ال ن ف ر ب ي ن أ ح د م ن ر س ل ه و ق ال وا س م ع ن ا و أ ط ع ن ا غ ف ر ان ك ر ب ن ا و إ ل ي ك ال م ص ير )٥٨٢( Maksudnya: Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan malaikat-malaikat-nya, dan kitab-kitab-nya, dan Rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata): Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Mereka 43

Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 berkata lagi: kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunan-mu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali. Ayat ini menegaskan bahawa unsur akidah terbahagi kepada enam perkara yang juga dikenali sebagai rukun iman. Antaranya ialah kepercayaan yang utuh kepada Allah (s.w.t), malaikat, kitab, rasul, hari kiamat dan qadak qadar Allah (s.w.t). Oleh yang demikian, para pendakwah wanita perlu bijak mencari ruang dalam menyampaikan pendidikan akidah kepada masyarakat terutamanya kepada golongan wanita. Ini kerana, setiap permulaan insan bermula dengan seorang manusia yang bergelar wanita. Baik akidah seorang wanita itu, maka akan terhasillah anak-anak yang berpegang teguh dengan akidah Islam serta terhindar daripada segala kemaksiatan dan perkara mungkar (Nor Raudah, 2013). Berpandukan konsep syariah Para pendakwah wanita juga perlu mendekati masyarakat dengan memberi penekanan mesej dakwah dalam isu syariah. Isu akidah dan syariah merupakan dua elemen mesej dakwah yang penting kerana konsep akidah dan syariah saling berkait diantara keduanya. Kepercayaan dan ketaatan kepada Allah (s.w.t.) dapat mewujudkan masyarakat yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. Iaitu dengan menjalankan ibadah khusus (solat, zakat, puasa, haji, sedekah) dan ibadah umum (mu amalah, munakahat, undang-undang syariah) tanpa wujud sebarang permasalahan di kalangan mereka (Nor Raudah, 2013). Syariat ini telah diperintahkan oleh Allah (s.w.t.) di dalam al-quran antaranya menerusi surah al-hajj (22:41) berikut: ال ذ ين إ ن م ك ن اه م ف ي األر ض أ ق ام وا الص الة و آت و ا الز ك اة و أ م ر وا ب ال م ع ر وف و ن ه و ا ع ن ال م ن ك ر و لل ع اق ب ة األم و ر )١٤( Maksudnya: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar, dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. Jelas bahawa pensyariatan itu telah dinyatakan oleh Allah (s.w.t.) di dalam al-quran kepada manusia untuk dijadikan sebagai panduan utama dalam melakukan dakwah. Justeru, para pendakwah wanita berperanan menerapkan elemen syariah ini dalam kehidupan masyarakat. Sehubungan itu, untuk mendekati masyarakat dalam menyampaikan mesej dakwah berteraskan amalan syariah ini juga, terdapat pelbagai cara dan pendekatan yang dapat dilakukan oleh pendakwah wanita. Antaranya ialah dengan bergerak secara berjemaah atau berkumpulan baik melalui agensi kerajaan, pertubuhan kebajikan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan lain-lain pertubuhan, baik di bawah seliaan kerajaan mahupun swasta. Melalui kegiatan berjemaah ini, pendakwah wanita dapat membentuk dan merangka pelbagai program yang mempunyai mesej dakwah berunsurkan syariah ini seperti seminar, kursus, usrah, ceramah, kelas fardu ain, kem penghayatan solat, dan sebagainya lagi (Azyyati, 2015). Pemurnian dalam mendidik akhlak masyarakat dengan akhlak mahmudah Mesej dakwah berhubung akhlak juga perlu diberi perhatian oleh pendakwah wanita dalam membina masyarakat yang bertamadun dan beretika. Ini kerana, Pertembungan sistem, budaya, dan cara hidup sesuatu masyarakat telah mewujudkan pelbagai isu moral dan akhlak. Selain itu, krisis dan konflik yang berlaku dalam dunia semasa hari ini telah mewujudkan banyak kepincangan akhlak dalam diri manusia yang jauh dari keimanan dan ketakwaan (Nor Raudah, 2013). Justeru, penyampaian mesej dakwah dalam bab akhlak harus menjadi keutamaan para pendakwah wanita dalam mencorak kehidupan masyarakat terutamanya kepada kaum wanita itu sendiri. Peranan pertama yang perlu dijalankan oleh pendakwah wanita sebelum membentuk akhlak mahmudah dalam diri masyarakat ialah dengan menjadi qudwah hasanah kepada masyarakat. Pendakwah sendiri perlu memainkan peranan penting menonjolkan keperibadian yang luhur lagi 44

International Seminar on al-quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 suci agar ianya menjadi ikutan kepada masyarakat. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah (s.w.t.) dalam memberi contoh bahawa Rasulullah (s.a.w.) merupakan teladan yang terbaik dalam dakwah. Ini bertepatan dengan firman Allah (s.w.t.) dalam surah al-ahzab (33:21): ل ق د ك ان ل ك م ف ي ر س ول للا أ س و ة ح س ن ة ل م ن ك ان ي ر ج و للا و ال ي و م اآلخ ر و ذ ك ر للا ك ث ي ارا )٥٤( Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyakbanyak (dalam masa susah dan senang) Justeru itu, dalam konteks pendakwah wanita ini, akhlak mahmudah yang dapat diperlihatkan kepada masyarakat ialah dengan kata-kata yang baik lagi lembut, sabar, hikmah dalam tindakan, menjaga maruah, menutup aurat, dan bersifat dengan sifat seorang muslimah solehah pada sisi Allah (s.w.t.). Penggunaan Uslub Dakwah yang Sesuai Sebelum memulakan proses menyampaikan mesej dakwah, para pendakwah wanita berperanan mengetahui apakah uslub dakwah yang sesuai digunakan sepanjang tempoh penyampaian dakwah mereka. Justeru, uslub dakwah secara umumnya melibatkan pemilihan mesej dakwah, pemilihan bentuk gaya persembahan, pemilihan sudut strategi, pemilihan bentuk tarikan dan pemilihan wasilah mengikut kesesuaian konteks sasaran (mad u). Oleh itu, sekiranya pendekatan yang digunakan dalam dakwah itu adalah tidak relevan, maka dakwah yang disampaikan itu tidak akan memberi kesan bahkan mengakibatkan kesan negatif dan lari daripada matlamat asal seruan itu disampaikan (Ab. Aziz Mohd Zin, 1993). Antara uslub dakwah yang terkandung dalam al-quran dapat dilihat sebagaimana firman Allah (s.w.t.) dalam surah An-Nahl ayat 125: اد ع إ ل ى س ب يل ر ب ك ب ال ح ك م ة و ال م و ع ظ ة ال ح س ن ة و ج اد ل ه م ب ال ت ي ه ي أ ح س ن إ ن ر ب ك ه و و ه و أ ع ل م ب ال م ه ت د ين )٤٥٢( أ ع ل م ب م ن ل ع ن س ب يل ه Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. Ayat ini juga menjadi tajuk perbahasan kepada uslub dakwah, iaitu berhubung dengan cara, kaedah atau pelaksanaan dalam menyampaikan mesej dakwah. Ketiga-tiga uslub dakwah ini iaitu hikmah, al-mau izah al-hasanah, dan al-mujadalah al-husna sesuai untuk diaplikasikan pada sepanjang masa dan pelbagai tempat. Di kalangan sebahagian pengkaji ilmu dakwah pula, ketigatiga uslub ini dikenali dengan istilah manhaj rabbaniyyah, iaitu merujuk kepada metodologi yang bersumberkan wahyu Allah (s.w.t.) yang sangat pasti dan mutlak kebenarannya (Zulkiple Abd Ghani, 2010). Justeru itu, para pendakwah wanita ini berperanan memilih uslub yang sesuai sebelum menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat. Dalam al-quran sendiri telah menunjukkan cara bagaimana untuk menggunakan uslub dakwah ini dengan baik melalui penceritaan Allah (s.w.t.) dalam kisah-kisah para Rasul terdahulu. Antaranya ialah berdakwah dengan hikmah seperti kisah yang terjadi di antara dialog Nabi Ibrahim (a.s.) dengan ummat baginda dalam surah al-an am pada ayat (6:78): ف ل م ا ر أ ى الش م س ب از غ ةا ق ال ه ذ ا ر ب ي ه ذ ا أ ك ب ر ف ل م ا أ ف ل ت ق ال ي ا ق و م إ ن ي ب ر يء م م ا ت ش ر ك ون )١٨( Maksudnya: Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: Inikah Tuhanku? Ini lebih besar. Setelah matahari 45

Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, Sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya). Kemudian, uslub dakwah al-mau izah al-hasanah pula dapat disoroti melalui kisah yang berlaku antara Luqman dan anaknya yang disebut dalam firman Allah (s.w.t.) dalam surah Luqman (31:13): و إ ذ ق ال ل ق م ان الب ن ه و ه و ي ع ظ ه ي ا ب ن ي ال ت ش ر ك ب ا لل إ ن الش ر ك ل ظ ل م ع ظ يم )٤١( Maksudnya: dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. Manakala uslub dakwah al-mujadalah al-husna pula dapat dilihat melalui seperti kisah Firaun yang bersifat keras hati, penuh dengan kebongkakkan dan sombong. Allah (s.w.t.) memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun memujuknya dengan kata-kata yang lemah-lembut. Sebagaimana Allah (s.w.t.) menyatakan dalam surah Taha ayat (20: 44): ف ق وال ل ه ق و ال ل ي ناا ل ع ل ه ي ت ذ ك ر أ و ي خ ش ى )١١( Maksudnya: Kemudian hendaklah kamu berkata kepada-nya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut. Jelas bahawa, uslub dakwah adalah signifikan bagi memastikan mesej dakwah yang disampaikan lebih berkesan. Hal ini kerana ianya merupakan elemen penting dalam mengolah mesej-mesej dakwah yang bakal disampaikan oleh para pendakwah baik pendakwah lelaki mahupun wanita. Mesej dakwah ini selari dengan uslub dakwah yang terkandung di dalam al- Quran sebagaimana contoh-contoh di atas. Ini akan membantu para pendakwah mengatasi tahap kesukaran dalam menyampaikan dakwahnya dengan merujuk kepada uslub dakwah yang digunakan oleh al-quran. Jika betul uslubnya, maka mudahlah tercapai matlamatnya dan begitulah sebaliknya (Fariza et. al, 2016). Penyesuaian Mesej Dakwah Selari Perbahasan Isu Semasa Para pendakwah wanita juga berperanan menyesuaikan mesej dakwah selari dengan isu semasa yang berlaku disekitar mereka. Sikap ambil peduli di kalangan para pendakwah wanita mendekati kaum hawa akan membuatkan mereka lebih percaya untuk berkongsi segala permasalahan yang berlaku dalam hidup. Ini sekaligus akan menyebabkan pendakwah wanita berperanan menyelesaikan setiap permasalahan yang wujud itu. Oleh demikian, dengan adanya penyampaian mesej dakwah berkait dengan isu semasa ini dapat membantu masyarakat membina kekuatan spiritual, intelektual, material, serta mampu berdikari menangani pelbagai cabaran kehidupan masa kini (Nor Raudah, 2013). Selain menyebarkan dakwah secara bersemuka kepada sasaran dakwah atau kaum hawa itu sendiri, terdapat beberapa cara lain untuk membantu masyarakat antaranya melalui penglibatan pendakwah wanita menerusi media sosial yang sememangnya dekat dengan pelbagai isu semasa yang terjadi kini. Ini dapat dilihat melalui ceramah agama di majlis terbuka mahupun dalam rancangan bercorak agama di televisyen (Mimi Hanida, 2011). Selain itu, seiring teknologi yang kian maju ini, terdapat wasilah dakwah lain dalam menyampaikan dakwah di laman sesawang seperti facebook, whats up, telegram, blog, dan sebagainya lagi. 46

International Seminar on al-quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 DAPATAN AWAL KAJIAN Kajian ini mendapati terdapat beberapa peranan wanita Islam dalam menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat menurut perspektif al-quran. Antara mesej dakwah yang terlibat ialah penyampaian mesej dakwah dengan berkonsepkan kepada akidah, syariah, akhlak, uslub dakwah dan juga isu semasa. Para pendakwah wanita perlu memahami peranan mereka dalam menyampaikan mesej dakwah berkonsepkan kepada isu akidah. Abu A la al-mawdudi (1980) juga mengatakan bahawa aspek akidah diperkatakan dalam penyampaian mesej dakwah untuk meneguhkan kepercayaan umat dan memberi kepastian kepada umat tentang kekuasaan Allah (s.w.t.). Kefahaman berkaitan konsep keimanan diperkatakan dalam penyampaian dakwah agar mad u mampu untuk menghayatinya dan melahirkan rasa ketaatan dalam hidup beragama. Manakala, peranan pendakwah wanita dalam bab syariah pula dapat melahirkan masyarakat yang cakna tentang keperluan pelaksanaan ibadat sebagai tanda tunduk dan taat kepada Allah (s.w.t) (Nor Raudah, 2013). Antara pendekatan menyampaikan mesej dakwah berunsurkan syariah ini seperti seminar, kursus, usrah, ceramah, kelas fardu ain, kem penghayatan solat dan sebagainya lagi (Azyyati, 2015). Selain itu, pendakwah wanita Islam berperanan menyampaikan mesej dakwah selari dengan akhlak mahmudah yang telah ditetapkan oleh Islam. Menurut Abdul Karim Zydan (2002), akhlak Islam ini mengajak manusia melakukan segala bentuk akhlak yang mulia dan memelihara keperluan manusia yang inginkan kesejahteraan dan ketelusan dalam kehidupan. Oleh demikian, segala akhlak mazmumah (keji) seperti penyelewengan, menipu, pecah amanah, khianat, zalim, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya lagi akan merosakkan sistem kehidupan bermasyarakat. Selari dengan peranan pendakwah wanita menyampaikan dakwah berteraskan konsep akidah, syariah dan akhlak. Uslub dakwah yang digunakan dalam mengolah kebijaksaan, kemurniaan kata, dan perdebatan yang baik perlu dimasukkan dalam gaya penyampaian mesej dakwah mereka. Seterusnya melengkapkan mesej-mesej dakwah tersebut dengan penambahan isu semasa yang dapat membuka minda masyarakat untuk terus beramal dengan amalan Islam (Nor Raudah, 2013). KESIMPULAN Secara kesimpulannya, peranan pendakwah wanita dalam menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat amatlah luas sebagaimana yang dinyatakan dalam penulisan kajian di atas. Mesej dakwah yang disampaikan mestilah meliputi persoalan akidah, syariah, akhlak, dan juga isu semasa. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai cara yang dapat digunakan dalam menyempurnakan penyampaian mesej dakwah tersebut antaranya ialah menggunakan uslub dakwah yang sesuai seperti uslub dakwah secara hikmah, secara nasihat dan juga secara perdebatan dan ditambah kefahaman masyarakat dengan penambahan isu semasa. Rujukan Ab Aziz Mohd Zin et.al. (2006). Dakwah Islam di Malaysia. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Ab. Aziz Mohd Zin (2001) Metodologi Dakwah. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Ab. Aziz Mohd Zin, (1993). Syahadah Ibadah Asabiah Dakwah. Petaling Jaya: Tempo Publishing. Abdul Karim Zaidan. (2002). Islam Dan Dakwah (Usul al-da wah) (terj. Ust Solehan bin Ayub). Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Azyyati Mohd Nazim, Fariza Md Sham & Salasiah Hanim Hamjah. (2012). Khidmat Sosial Wanita Pada Zaman Rasulullah SAW. Jurnal Al-Hikmah 4 (37-49). Azyyati Mohd Nazim. (2015). Aktiviti-Aktiviti Pendakwah Wanita Ngo Islam Dan Pengaruhnya Terhadap Dakwah Remaja Berisiko. E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, icasic2015 (e-isbn 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, Malaysia. Fariza Hanan Muhamad, Kalthom Husain & Puziah Abdul Wahab (2016). Uslub Dakwah Menurut Perspektif Al-Quran. Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah dan Syariah 2016. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 47

Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 Louis Ma luf. (1927). Al-Munjid fi al-lughah wa al-adab wa al- Ulum. Al-Maktabah al-khatulikiyyah. Beirut. al-mawdudi, Abul A la. (1980). Towards Understanding Islam. The Islamic Foundation. Leicester. Mimi Hanida Abdul Mutalib. (2011). Pembinaan dan pengukuhan identiti sebagai da i: Pengalaman pendakwah wanita di Malaysia. GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal of Society and Space 7 issue 3 (66-74) 67 2011, ISSN 2180-2491. Nor Hanani Mohd Nor. (2010). Peranan Wanita Dalam Dakwah Mengikut Perspektif Al-Quran: Kajian Surah Ali Imran. Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Nor Raudah Siren. (2013). Retorik Penulisan Dakwah. Penerbit Universiti Malaya. Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Patton, M.Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods (2nd ed.). Newbury Park, CA: Sage Publications, Inc Taylor, SJ & R Bogdan. (1984). Introduction to Qualitative Research Methods: The Search for Meanings. Second Edition. John Wiley and Sons. Toronto. Zulkiple Abd Ghani. (2010). Dakwah dalam Era Siber. Universiti Sains Islam Malaysia: Perpustakaan Negara Malaysia. 48