BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Similar documents
REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN. Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN MENERUSI WEB MENGGUNAKAN PENDEKATAN INKUIRI BERPANDUKAN MODEL WEBQUEST BAGI TOPIK ASAS REKABENTUK LAMAN WEB

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT PELAJAR BERASASKAN KOMPUTER DI MAKTAB PERGURUAN. Oleh NIZAM BIN ABD LATIB

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama : Siti Nor Aisyah binti Ngadiran (No.K.P/Pasport : )

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

FAKTOR INSANIAH DALAM PENGURUSAN KUALITI: KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

(/, ^3 OOOO

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN INSTITUSI WAKAF MENGGUNAKAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DI KUALA LUMPUR

PERSEPSI PELAJAR 4 SPI TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR SITI ZAHARAH BINTI HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTEGRASI KEFAHAMAN BERAGAMA DALAM AMALAN KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA

KAJIAN TENTANG NISBAH UDARA-BAHAN API UNTUK ENJIN PEMBAKARAN DALAM YANG MENGGUNAKAN BAHAN API LPG SYARINA AZREEN BINTI OSMAN

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

MUD FLOOD AS A SUITABLE MATERIAL FOR SUBGRADE LAYER OF LOW TRAFFIC VOLUME NURUL AIN BINT! IBRAHIM

Transcription:

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: REKACIPTA ALAT MASA REAKSI BERMOTOR BERDASARKAN PERMAINAN TRADISIONAL KONDA KONDI SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya: MUHAMMAD FAUZI BIN NARSRI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: 37 KG PERMAS KELAPA, PM. DR. ABDUL HAFIDZ BIN HJ. OMAR 82300 KUKUP PONTIAN, JOHOR. Tarikh : 19 APRIL 2010 Tarikh: _19 APRIL 2010 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) Tanda tangan : Nama Penyelia : PROF. MADYA DR ABDUL HAFIDZ BIN HJ OMAR Tarikh : APRIL 2010

REKACIPTA ALAT MASA REAKSI BERMOTOR BERDASARKAN PERMAINAN TRADISIONAL KONDA KONDI MUHAMMAD FAUZI BIN NARSRI Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2010

ii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : Nama Pelajar : MUHAMMAD FAUZI BIN NARSRI Tarikh : APRIL 2010

iii DEDIKASI Teristimewa buat, Arwah ibu Arfiah Bte Mahmood Semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat Ayah yang disayangi Narsri Bin Omar Nasihat dan amanatmu yang menjadi pedoman, Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran. Insyaallah

iv PENGHARGAAN Alhamdulillah segala pujian-pujian hanyalah kepunyaan Allah yang memberikan kita ilmu kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhamad S.A.W. yang telah menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus. Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Sosial, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan serta Fakulti Mekanikal yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada penyelia tesis, Prof. Madya Dr Abdul Hafidz Bin Hj Omar atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Tidak lupa juga kalungan terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan, warga 4 SPS khususnya serta para pelajar Sains Sukan secara amnya. Terima kasih juga kepada individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan ini.

v ABSTRAK Dewasa ini, permainan-permainan tradisional seakan-akan dipinggirkan dan semakin dilupakan terutamanya generasi muda, bahkan mereka tidak mengenali permainan-permainan tradisional yang pernah dimainkan generasi terdahulu. Oleh itu, penyelidik mengambil inisiatif untuk merekabentuk suatu alat mekanikal berasaskan permainan konda kondi. Objektif alat masa reaksi berasaskan permainan konda kondi dicipta untuk menguji tahap masa reaksi pengguna disamping menarik minat pengguna terhadap permainan tradisional. Dengan menggunakan komponen-komponen kereta yang terpakai, alat ini direka berasaskan permainan konda kondi. Spring mampatan digunakan untuk melambungkan kayu seperti dalam permainan konda kondi. Motor digunakan untuk menarik spring dan memampatkannya. Jarak mampatan spring boleh ditentukan untuk mendapatkan tahap kelajuan yang berbeza. Tahap kelajuan yang berbeza ini bertindak sebagai penentu masa reaksi pengguna yang menggunakan alat yang direkacipta. Ujian Yardstick (Hoeger dan Hoeger, 2004) digunakan sebagai penanda aras norma. Hasil dari ujian yang dijalankan menunjukkan perbandingan antara ujian yardstick; iaitu ujian masa reaksi menggunakan kayu panjang dengan ujian menggunakan alat yang direkacipta terhadap subjek adalah sepadan. Kesimpulannya, alat yang direka mempunyai nilai kesahan yang tinggi dari perbandingan yang dijalankan antara kedua-dua ujian menunjukkan nilai yang sepadan.

vi ABSTRACT These days, traditional games are being neglected and being forgotten especially by the younger generation who do not even know the traditional games that were played by the earlier generations. Therefore, the researcher took the initiative to create a mechanical device according to the traditional game Konda kondi. The objective of the reaction time device base on the traditional game konda kondi is to test the reaction time of the users as well as to attract the users towards traditional games. Using used car components, this device was built to function as the game konda kondi is played. Compression spring was used to eject a wooden stick just like in the game. To compress the spring, a motor is used. Different compression level of the spring can be set to get different speed levels. These different speed levels are used to determine the reaction time of the user. The norm from the Yardstick test (Hoeger dan Hoeger, 2004) was used as a guideline. From the test conducted, a comparison between the yardstick test; that are used for reaction time with test conducted using the devise, the outcome are match. In conclusion, the device that was developed has high validity base on the comparison between the two tests. From the test conducted, it can be seen that the outcome of the comparison between the yardstick test and the reaction time test using the konda kondi device were the same.

vii ISI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT PERAKUAN DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi ISI KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL ix SENARAI RAJAH x 1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar belakang kajian 3 1.3 Pernyataan masalah 4 1.4 Objektif kajian 4 1.5 Persoalan kajian 5 1.6 Kepentingan kajian 5 1.7 Limitasi kajian 7 1.8 Skop kajian 7 1.9 Definisi operasi 8 1.1 Kesimpulan 9 2 SOROTAN KAJIAN 10 2.1 Pengenalan 10 2.2 Teori rekacipta 10 2.3 Masa reaksi 13 2.4 Konda kondi 16 2.5 Sains dan teknologi dalam sukan 18 2.6 Kajian berkaitan 20 2.7 Kesimpulan 23

viii 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 24 3.2 Rekabentuk projek 25 3.3 Populasi dan persampelan 29 3.4 Alat kajian 29 3.5 Prosedur kajian 30 3.6 Pengumpulan data 34 3.7 Penganalisisan data 34 3.8 Kesimpulan 34 4 ANALISIS DATA 35 4.1 Pengenalan 35 4.2 Analisis kajian 36 4.3 Kesimpulan 38 5 PERBINCANGAN KAJIAN 39 5.1 Pengenalan 39 5.2 Perbincangan persoalan kajian 40 5.3 Penambahbaikkan 43 5.4 Kesimpulan 44 RUJUKAN 45 Lampiran A-C 47

ix SENARAI JADUAL JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.1 Norma bagi pengujian Yardstick 31 4.2 Skor masa reaksi berdasarkan ujian 36 Yardstick 4.3 Perbandingan ujian Yardstick - ujian alat rekacita 37

x SENARAI GAMBARAJAH JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Pengujian Yardstick 22 2.2 Pengambilan ukuran skor 22 3.1 Lakaran pertama 26 3.2 Lakaran kedua 27 3.3 Carta alir proses penghasilan projek 28 3.4 Alat masa reaksi 29 3.5 Motor alat 30

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dalam dunia yang serba moden ini, pelbagai peralatan telah dicipta untuk memenuhi kehendak para pengguna untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Pelbagai kajian telah dijalankan bagi menghasilkan produk yang dapat membantu meringankan tugas atau kerja pengguna. Begitu juga dalam sukan. Menurut Bramham dan Hylton (2001) mereka yang terlibat dengan pembangunan sukan merupakan mereka yang memastikan peningkatan dan pembaikan dalam mempromosikan minat, penyertaan dan persembahan yang baik dalam sukan. Pada masa ini, sukan telah menjadi salah satu cabang pekerjaan yang diiktiraf profesional. Perubahan zaman membawa kepada perubahan dalam pelbagai aspek. Keupayaan manusia turut berubah. Dengan kajian-kajian yang dijalankan, pelbagai alatan baru yang direkacipta dapat membantu meningkatkan prestasi ahli sukan dalam sukan yang diceburi.

2 Sejarah sendiri telah menunjukkan perkembangan teknologi dalam sukan. Dassler (1930) telah mewujudkan revolusi dalam sukan dengan memperkenalkan kasut bertapak paku untuk sukan larian, bola sepak dan sebagainya. Beliau telah merekacipta tapak kasut yang berpaku dalam membantu meningkatkan prestasi pengguna. Dalam acara larian, paku yang terdapat pada tapak kasut memberikan cengkaman yang lebih baik di mana pecutan dan daya tujahan akan bertambah serta masa yang diperlukan oleh pelari akan berkurangan. Sehingga kini jenama yang dihasilkan oleh beliau telah digunakan dengan meluas di seluruh dunia iaitu jenama Adidas. Di Malaysia ini sendiri pelbagai kajian telah dijalankan untuk menyalurkan khidmat maklumat kepada pusat-pusat sains sukan, menyediakan video motivasi kepada pusat psikologi, membantu cawangan perubatan sukan mengenal pasti punca kecederaan atlet semasa pertandingan, melakukan kajian dari sumber yang dimiliki dan berperanan mendidik atlet dan jurulatih akan kepentingan teknologi sukan dalam pencapaian atlet. Perkara yang berkaitan ini telah dijalankan oleh Institut Sukan Negara (ISN) (Ramlan Abd. Aziz, 2008). Senator Dato Annuar Hj. Musa, Menteri Belia dan Sukan telah merasmikan bangunan ISN pada 20 Oktober 1992. Penubuhan institut ini adalah sejajar dengan Dasar Sukan Negara yang diluluskan oleh kabinet pada 20 Januari 1988. Unit Teknologi Sukan ISN berfungsi sebagai pusat perkembangan dan penganalisaan bidang teknologi, di mana penganalisaan dilakukan dengan dengan menggunakan teknologi yang terkini. ISM menjadi pusat Penyelidikan dan Pembangunan (RND) dalam menghasilkan analisis perisian yang boleh membantu

3 sukan tanahair dengan kos yang rendah dengan bantuan kepakaran tempatan dan asing. ISN turut menjadi pusat rujukan bagi jurulatih dan penggiat sukan melalui hasil analisis yang telah di arkibkan.isn juga berperanan mewujudkan hubungan yang erat dengan negara-negara maju terutama dalam aspek teknologi sukan. Ini kerana negara mampu menghasilkan perisian dan perkakasan tersendiri. Jurulatih turut dididik untuk berfikir secara lebih kreatif dan inovatif dalam bidang kejurulatihan dengan menggunakan bantuan teknologi sukan kerana teknologi sudah menjadi sebahagian dari punca kejayaan seseorang atlet atau pasukan. Dengan ini, atlet dapat meningkatkan prestasi mereka dengan peralatan yang berteknologi terkini dan memajukan sukan di negara ini (Ramlan Abd. Aziz, 2008). 1.2 Latar Belakang Kajian Masa reaksi atau Reaction Time dalam sukan merupakan salah satu aspek yang penting yang perlu dititikberatkan. Dalam beberapa sukan yang tertentu, masa reaksi adalah komponen penting dalam menentukan kemenangan. Sukan seperti larian pecut, lawan pedang, tinju, renang dan sebagainya memerlukan atlet bertindak balas dengan pantas. Dalam dunia yang berteknologi kini, pelbagai kajian telah dijalankan untuk menghasilkan alatan yang lebih baik dan mudah digunakan di samping menarik minat pengguna untuk menggunakannya serta menerapkan aspek-aspek keselamatan kepada pengguna.

4 Dari tradisional ke moden merupakan aspek utama yang cuba diterapkan dalam kajian ini. Dengan menggunakan konsep permainan Konda-kondi, reaksi terhadap pukulan menjadi faktor yang diambil kira. Menurut Shamsul Anuar dan Ahmad Shahar (2005) konda kondi merupakan salah satu permainan kanak-kanak tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak menggunakan beberapa alatan kayu yang dipanggil ibu dan anak. Ibu merupakan kayu panjang yang digunakan untuk menguis, melambungkan dan memukul anak atau kayu pendek. 1.3 Pernyataan Masalah Dewasa ini, permainan-permainan tradisional seakan-akan dipinggirkan dan semakin dilupakan. Peredaran zaman dan perkembangan teknologi telah menghasilkan pelbagai corak permainan baru yang menjadi kegilaan generasi muda. Sistem permainan yang berunsur maya telah menjadi pilihan generasi baru untuk mengisi masa lapang mereka. Ramai diantara mereka yang tidak mengenali permainan-permainan tradisional yang pernah dimainkan generasi sebelumnya. 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:

5 1.4.1 Merekacipta alat masa reaksi berasaskan permainan konda kondi disamping menarik minat pengguna menggunakannya. 1.4.2 Menguji tahap masa reaksi pengguna. 1.4.3 Menentukan kesahan dan kebolehpercayaan masa reaksi dari alat yang dihasilkan. 1.5 Persoalan Kajian Persoalan kajian ini adalah: 1.5.1 Bagaimana alat yang dihasilkan dapat menguji masa reaksi pengguna? 1.5.2 Apakah tahap kesahan dan kebolehpercayaan alat yang dihasilkan? 1.6 Kepentingan Kajian Terdapat beberapa kepentingan dalam merekacipta alat ini. Antara kepentingan yang dapat dinyatakan adalah: