Abstract. Abstrak PENGENALAN

Similar documents
MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

POWER QUALITY IMPROVEMENT BY DYNAMIC VOLTAGE RESTORER AND UNIFIED POWER QUALITY CONDITIONER USING FUZZY LOGIC FARIDULLAH KAKAR

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

HENDRA SAPUTRA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Kemahiran Rasm Mushaf Uthmani Guru J-QAF Negeri Terengganu

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 1 (2018) 50-65

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEFAHAMAN DAN AMALAN KEPENGGUNAAN HIJAU DI KALANGAN PENGGUNA SABAH DAN PERANAN KOMUNIKASI. Mohd Hamdan Adnan, JP Diana Demiyah Hamdan.

Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Spiritual

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

APLIKASI ROBOT ḤAJARUL ASWAD DALAM MEMBANTU MENGINGAT PERISTIWA PERLETAKAN ḤAJARUL ASWAD PENDIDIKAN ISLAM

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester Pendek / 1 / 2 (Short Semester / 1 / 2) Panduan Module

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Pendekatan Pengajaran dalam Kalangan Pensyarah Tahfiz Al-Quran di Malaysia

AKADEMIKA. Journal of Humanities and Social Sciences Universiti Kebangsaan Malaysia KANDUNGANICONTENTS

Transcription:

Geografi Vol. (4), No. (2), (2016), 1-8 Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris 2016 ISSN 2289-4470 /eissn 2462-2400 Pengetahuan Tentang Kearifan Tempatan Berkait Alam Sekitar dalam Kalangan Guru Geografi Local Wisdom on Environmental Knowledge among Geography Teachers Mohammad Zohir Ahmad @ Shaari 1*, Noorazlina Saidin 2 ¹Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia. ²Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, 34220 Parit Buntar, Perak, Malaysia. *emel: zohir@usm.my Abstract The aim of this article is to obtain local environmental knowledge among geography teachers. An instrument consisting of questions from six aspects of rice cultivation; fisheries; rubber, coconut and fruit; medical/health; logging/forestry products; and the environment in general was developed and administered to 75 geography teachers that has been selected randomly from schools in southern Kedah. Descriptive statistics (mean and standard deviation) and inferential statistics (independent samples t test) were performed. Based on the scores of local knowledge, teachers are divided into three groups: high, medium and low. The findings indicated that local environmental knowledge of teachers is at a moderate level. The study also showed there is no significant difference among geography teachers based on location (urban and rural) on local environmental knowledge. The teachers have a high level of local knowledge in aspects related to rubber, coconut and fruit but less in aspects related to logging / forestry products. This article suggested that efforts such as short courses need to be conducted to improve local environmental knowledge among geography teachers so that they can infuse in their teaching. Keywords teachers knowledge, geography teachers, local knowledge, local environmental knowledge Abstrak Artikel ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kearifan tempatan berkait alam sekitar dalam kalangan guru geografi. Satu instrumen yang terdiri daripada soalan-soalan daripada enam aspek iaitu kegiatan penanaman padi; perikanan; getah, kelapa dan buah-buahan; perubatan/kesihatan; pembalakan/produk perhutanan; dan alam sekitar secara umum telah dibangunkan dan ditadbirkan kepada 75 orang guru Geografi yang dipilih secara rawak dari sekolah-sekolah di selatan Kedah. Analisis statistik deskriptif (min dan sisihan piawai) dan statistik inferensi (ujian t sampel bebas) telah dijalankan. Berdasarkan min skor pengetahuan kearifan tempatan, guru dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan kearifan tempatan berkait alam sekitar guru adalah pada tahap yang sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara guru geografi berdasarkan lokasi (bandar dan luar bandar) dari aspek kearifan tempatan berkait alam sekitar. Guru-guru yang dikaji mempunyai tahap kearifan tempatan yang tinggi dalam aspek berkaitan kegiatan penanaman getah, kelapa dan buah-buahan tetapi kurang dalam aspek yang berkaitan dengan pembalakan/produk perhutanan. Artikel ini mencadangkan supaya usaha seperti kursus jangka pendek perlu diadakan untuk meningkatkan kearifan tempatan guru geografi berkait alam sekitar agar mereka dapat menerapkannnya dalam pengajaran. Kata kunci pengetahuan guru, guru geografi, kearifan tempatan, kearifan tempatan berkait alam sekitar PENGENALAN Akhir-akhir ini isu alam sekitar kerap menjadi perhatian masyarakat dunia kerana kualiti alam sekitar semakin merosot dan faktor ini menyebabkan keseimbangan ekosistem dunia kian terjejas. Isu-isu pemanasan global, peningkatan aras air laut, kemerosotan kualiti air bersih, pencemaran udara, 1

Pengetahuan Tentang Kearifan Tempatan Berkait Alam Sekitar dalam Kalangan Guru Geografi pertambahan kekerapan kejadian banjir, kemarau dan ribut taufan menjadi bukti kualiti alam sekitar telah dan sedang mengalami kemerosotan. Sebahagian besar isu alam sekitar ini berpunca daripada tindakan rakus manusia mengejar kemajuan bagi mempertingkatkan kualiti hidup tanpa menghiraukan kesan tindakan mereka terhadap alam sekitar. Amalan yang dilakukan oleh masyarakat moden kini jelas, dalam kebanyakan kes sama ada sedar atau pun tidak telah menjadi faktor utama kepada kemerosotan kualiti alam sekitar yang akhirnya mampu mengancam semua hidupan di muka bumi ini. Contohnya penggunaan baja kimia dan racun makhluk perosak dalam sektor pertanian. Memandangkan kemerosotan alam sekitar secara global berlaku secara berterusan, maka amatlah wajar isu alam sekitar diberi keutamaan agar manusia lebih bertanggungjawab dan positif terhadap alam sekitar supaya mereka boleh bertindak mengurangkan masalah alam sekitar. Menyedari keperluan ini pendidikan dilihat boleh menjadi salah satu medium yang dapat menyelesaikan isu-isu alam sekitar yang kian meruncing ini. Pendidikan dapat membentuk masyarakat yang mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar. Pendidikan alam sekitar adalah penting dalam usaha memperbaiki keupayaan manusia menangani isu-isu alam sekitar dan akhirnya dapat mempertingkatkan pembangunan lestari (Abu Bakar, 2010). Pengetahuan dan kesedaran terhadap alam sekitar boleh diperoleh sama ada melalui pendidikan secara formal dalam bilik darjah atau secara tidak formal melalui aktiviti kokurikulum seperti pertandingan kuiz, ceramah dan lawatan (Mohammad Zohir & Nordin, 2007). Melalui pendidikan alam sekitar secara formal di sekolah, guru berupaya membentuk tingkah laku yang positif dalam kalangan generasi muda agar lebih peka kepada isu-isu alam sekitar yang bersifat tempatan dan global (Alexandar & Poyyamoli, 2014; Mustafa, 2010). Dalam hal ini kearifan tempatan berkait alam sekitar boleh menjadi cara yang tepat untuk membina hubungan yang harmonis antara manusia dan alam sekitarnya dalam konteks tempatan. Kearifan tempatan ialah ilmu tentang hubungan manusia dengan alam sekitar yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Manusia yang mempunyai kearifan tempatan dapat menjalinkan hubungan yang harmonis dengan alam sekitarnya. Sistem nilai ini masih relevan sehingga kini kerana manusia sentiasa dan terus berinteraksi dengan alam sekitar. Kearifan tempatan yang berkaitan dengan alam sekitar ini dapat diterapkan dalam mata pelajaran tertentu di bilik darjah khusus dalam dua mata pelajaran yang ada kaitan secara langsung dengan alam sekitar iaitu Geografi dan Sains. Walau bagaimanapun perbincangan dalam artikel ini memberi fokus kepada pengetahuan guru terhadap kearifan tempatan berkait dengan alam sekitar dalam kalangan guru geografi. Pengetahuan terhadap kearifan tempatan berkait alam sekitar boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) geografi di dalam dan di luar bilik darjah dalam usaha meningkatkan kefahaman murid terhadap isu-isu alam sekitar. Pengetahuan kearifan tempatan berkait alam sekitar yang ada pada guru boleh diintegrasikan dalam PdP geografi bagi menyokong fakta-fakta yang terdapat dalam buku teks. Pendedahan ilmu-ilmu kearifan tempatan akan dapat membantu guru mengemukakan contoh yang nyata dan dekat dengan persekitaran murid. Murid juga akan lebih berminat mengikuti PdP kerana guru tidak hanya semata-mata fokus pada fakta dan contoh di dalam buku teks sahaja. Kesannya ilmu yang disampaikan oleh guru akan lebih dicerna oleh murid. Justeru itu pengetahuan kearifan tempatan berkait dengan alam sekitar mampu membantu guru meningkatkan kesedaran murid supaya lebih memahami isu alam sekitar dan akhirnya mereka akan lebih menghargai alam sekitar. Ia selaras dengan matlamat pendidikan alam sekitar iaitu untuk membentuk masyarakat (pelajar) yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1996). Maka adalah penting untuk mengkaji pengetahuan guru tentang kearifan tempatan yang akhirnya dapat membantu guru-guru dalam PdP geografi terutama bagi tajuktajuk yang berkaitan dengan alam sekitar. KEARIFAN TEMPATAN BERKAIT ALAM SEKITAR DAN GEOGRAFI Kearifan tempatan boleh ditakrifkan sebagai pengetahuan yang diperoleh oleh individu tempatan melalui pengumpulan pengalaman dan pemahaman mendalam sistem, persekitaran dan sumber berdasarkan budaya dan konteks tempatan. Kearifan tempatan merupakan pengetahuan yang secara turun temurun dimiliki oleh masyarakat luar bandar dalam mengolah persekitaran hidupnya, iaitu pengetahuan yang melahirkan perilaku sebagai hasil dari adaptasi mereka terhadap persekitaran, yang mempunyai implikasi 2

Geografi Vol. (4), No. (2), (2016), 1-8 Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris 2016 ISSN 2289-4470 /eissn 2462-2400 yang positif terhadap kelestarian alam sekitar (Hendro Ari, Wasino & Dewi Lisnoor Setyowati, 2012). Menurut Haverkort (1993), ia merupakan satu bidang ilmu yang dinamik melalui mekanisme, kreativiti dan inovasi tempatan dan konteks pengalaman. Pengaruh kearifan tempatan adalah pelbagai bermula daripada pengalaman peribadi, pengetahuan, personaliti, budaya, akses kepada sumber-sumber, status sosial, dan jangkaan masa depan (Jessamy & Turner, 2003; Vari, 2002). Kearifan tempatan dilihat sebagai sumber yang kritikal dari sudut pengurusan alam sekitar dan pemulihan habitat (Tibbi, Lane & Gell, 2008). Meskipun pengetahuan teknikal atau saintifik membantu kita memahami ciri-ciri alam sekitar, ia juga mungkin gagal untuk mengenali aspekaspek yang lain (Lane et al. 2003). Scott (1998) berpendapat pengetahuan teknikal atau saintifik perlu digabungkan dengan aspek lain untuk menangani isu-isu pengurusan alam sekitar yang tidak berkesudahan ini. Aspek lain yang dimaksudkan ialah kearifan tempatan. Terdapat pelbagai kearifan tempatan dan teknologi dalam setiap kumpulan budaya (Kagoda, 2009). Masyarakat tradisional Melayu di Malaysia turut mempraktikkan kearifan tempatan berkait alam sekitar dalam kehidupan mereka. Masyarakat Melayu mempunyai amalan budaya tradisional dalam pembinaan rumah. Rumah masyarakat Melayu mempunyai sistem pengudaraan yang berkesan iaitu dari segi kedudukan tiang, tabir layar, lantai bertingkat dan juga tingkap yang kedudukan rendah (Vlatseas, 1990; Yaakub, 1996). Dalam sektor pertanian, petani menggunakan pelbagai kaedah tradisional untuk mengawal dan mengurangkan populasi makhluk perosak ke atas tanaman mereka seperti penggunaan abu dapur untuk menghalau ulat daun, pokok daun buta untuk menghilangkan penyakit padi, dan kulit nangka umpan siput gondang emas (Syahirah & Mardiana, 2014). Dari segi perubatan, banyak sumber alam seperti daun kapal terbang untuk merawat luka atau bisa ikan atau ular, pucuk jambu batu untuk merawat cirit birit dan biji buah jering untuk kencing manis (Mohammad Zohir et al., 2014) digunakan oleh masyarakat setempat hasil daripada kearifan tempatan mereka. Gopal (2005) pula melaporkan tentang amalan masyarakat tempatan di Kg. Lemujong dan Kesindu, 110 km dari Bandaraya Kuching, Sarawak dalam pengurusan air untuk kegunaan harian. Kawasan tadahan air dikawal sepenuhnya dan aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah bagi tujuan pertanian adalah dilarang. Begitu juga dengan larangan menebang pokok-pokok besar semasa padi mula mengeluarkan buah bagi mengelak serangan cacing. Pengetahuan sebegini adalah lebih praktikal dalam membantu kepada pemeliharaan dan pelestarian alam sekitar setempat. Kearifan berkait dengan alam sekitar perlu kepada seorang guru geografi. Hal ini kerana geografi mengkaji interaksi antara manusia dan alam sekitar untuk membangkitkan kepekaan terhadap alam sekitar khususnya dalam membuat keputusan berkaitan alam sekitar. Disiplin geografi mengkaji tentang permukaan bumi dan hubungan manusia dan alam sekitar. Secara semula jadinya geografi adalah berorientasikan alam sekitar dan ia mensintesis semua elemen yang terdapat di sekeliling manusia. Menurut Scoffham (2000) persoalan yang berkaitan dengan alam sekitar, kewarganegaraan dan kelestarian menguatkan lagi kurikulum geografi. Lebih signifikan lagi, masalah alam sekitar melibatkan dimensi ruang yang menjadikan geografi penting kepada pendidikan alam sekitar (Tilbury, 1997). Terdapat perkaitan antara kearifan berkait alam sekitar dan mata pelajaran Geografi. Malah Mohammad Zohir et al. (2014) mendedahkan bahawa berdasarkan dapatan temu bual dan semakan Huraian Sukatan Pelajaran Geografi didapati ada beberapa perkara kearifan tempatan yang berkaitan alam sekitar yang dapat diterapkan dalam topik-topik tertentu. Tajuk yang berpotensi untuk diterapkan kearifan tempatan adalah seperti yang terdapat dalam Jadual 1. Jadual 1 Tajuk sukatan geografi yang berpotensi untuk penerapan kearifan tempatan Tingkatan dantema Tajuk/Subtema Perkara 1.3 Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar Tingkatan 1 Tema 1: Bentuk Muka Bumi dan Potensinya Tingkatan 1 Tema 2: Cuaca dan Iklim serta Pengaruhnya Tingkatan 1 Tema 3: Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar 2.2 Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia b. Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan ekonomi negara Malaysia 3.3 Kepentingan tumbuh- tumbuhan semula jadi 3 menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak pertanian padi, getah perikanan - perubatan langkah langkah

Pengetahuan Tentang Kearifan Tempatan Berkait Alam Sekitar dalam Kalangan Guru Geografi Tingkatan 3 Tema 7: Sumber Sumber: Mohammad Zohir et al. (2014) 3.5 Pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuh- tumbuhan semula jadi dan hidupan liar 7.5 Pengurusan sumber 8.5 Langkah- langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar sebagai potensi kegunaan masa depan - pembalakan kepentingan pengurusan sumber Langkah- langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar - pembalakan Namun kejayaan pelaksanaannya bergantung kepada pengetahuan guru serta komitmen dan keupayaan pedagogi. Guru sendiri perlu mempunyai pengetahuan tentang kearifan tempatan ini dan bersedia untuk membuat penerapan. Hal ini kerana pembelajaran pelajar bergantung kepada perkara yang guru tahu (Acheson, 2003). Jika pengajaran bertujuan membantu orang lain belajar, maka kefahaman tentang perkara yang hendak diajar merupakan keperluan utama pengajaran (Ball & McDiarmid, 1990). KAEDAH KAJIAN Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik untuk mengutip data. Sampel kajian terdiri daripada 75 orang guru yang mengajar geografi dari 26 buah sekolah menengah di daerah Kulim/Bandar Baharu, Kedah yang dipilih secara rawak mudah. Satu instrumen yang terdiri daripada 34 item yang meliputi enam aspek iaitu kegiatan penanaman padi; perikanan; getah, kelapa dan buah-buahan; perubatan/kesihatan; pembalakan/produk perhutanan; dan alam sekitar secara umum telah dibangunkan. Item-item dibina berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada dapatan temu bual, jurnal, buku teks dan laman web yang berkaitan. Analisis statistik deskriptif (min dan sisihan piawai) dan statistik inferensi (ujian t sampel bebas) telah dijalankan menggunakan perisian SPSS versi 21.0. Berdasarkan min skor pengetahuan kearifan tempatan, guru dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Satu kajian rintis telah dijalankan kepada 30 orang guru-guru geografi di daerah Seberang Perai Selatan. Kajian rintis dijalankan di daerah Seberang Perai Selatan kerana guru di kawasan ini mempunyai budaya yang sama disebabkan terletak di kawasan yang berhampiran dengan daerah Kulim/Bandar Baharu. Nilai pekali Alpha Cronbach bagi skala pengetahuan guru ialah 0.94. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Hasil kajian ini dihuraikan dan dibincangkan berdasarkan beberapa maklumat penting berdasarkan jawapan soal selidik yang telah diperoleh daripada sampel. Sampel terdiri daripada 75 orang guru geografi. Daripada jumlah tersebut, 30 orang (40.0%) mengajar di kawasan bandar dan 45 orang (60.0%) mengajar di kawasan luar bandar. Manakala 50 orang (66.7%) tinggal di bandar dan hanya 25 orang (33.3%) tinggal di kawasan luar bandar. Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Kearifan Tempatan Berkait Alam Sekitar Skala skor pengetahuan guru telah dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan min dan sisihan piawai. Tiga kumpulan ini ialah kumpulan rendah (skor di bawah 23.70), sederhana (skor antara 23.71 29.70) dan kumpulan tinggi (skor melebihi 29.70). Jadual 2 dapat menjelaskan tahap pengetahuan guru geografi terhadap kearifan tempatan berkait alam sekitar bagi 75 orang guru. Didapati seramai tiga orang guru (4.0%) berada pada tahap rendah, 62 orang guru (82.7%) pada tahap sederhana dan seramai 10 orang guru (13.3%) mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi. Justeru kajian ini menunjukkan bahawa sebahagian besar guru dalam sampel yang dipilih ini mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana terhadap kearifan tempatan berkait alam sekitar. 4

Geografi Vol. (4), No. (2), (2016), 1-8 Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris 2016 ISSN 2289-4470 /eissn 2462-2400 Jadual 2 Tahap pengetahuan guru terhadap kearifan tempatan berkait alam sekitar Tahap Bilangan Peratus Rendah (skor bawah 23.70) 3 4.0 Sederhana (skor 23.71 hingga skor 29.70) 62 82.7 Tinggi (skor melebihi 29.70) 10 13.3 Tahap Pengetahuan Guru Geografi yang Mengajar di Bandar dan Luar Bandar Terhadap Kearifan Tempatan Berkait Alam Sekitar Guru Jadual 3 menunjukkan min tahap pengetahuan guru yang mengajar di kawasan bandar (M=27.72, sp=2.17) lebih tinggi daripada min pengetahuan guru yang mengajar di luar bandar (M=27.69, sp=1.91). Perbezaan skor min ialah 0.03. Jadual 3 Min dan sisihan piawai pengetahuan guru yang mengajar di bandar dan mengajar di luar bandar Pengetahuan Guru Kategori Bil Min Sisihan piawai Bandar 30 27.72 2.17 Luar Bandar 45 27.69 1.91 Hasil ujian t sampel bebas (Jadual 4) menunjukkan nilai p lebih besar daripada nilai 0.05 (t(73)=0.06, p=0.95). Hipotesis nol gagal ditolak. Oleh itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor pengetahuan guru terhadap kearifan tempatan berkait alam sekitar bagi yang mengajar di bandar dengan guru yang mengajar di kawasan luar bandar. Jadual 4 Keputusan ujian t dan statistik deskriptif pengetahuan guru (kategori bandar dan luar bandar) Kumpulan Guru 95% darjah Hasil Bandar Luar Bandar kebebasan untuk t df M sp n M sp n perubahan min Pengetahuan 27.22 2.17 30 27.69 1.91 45 -.92;.98.06* 73 * tidak signifikan pada p<0.05 Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Kearifan Tempatan Berkait Alam Sekitar Mengikut Konstruk Berdasarkan Jadual 5, guru-guru mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam aspek getah, kelapa dan buah-buahan (M= 4.93, sp=0.47) dan paling rendah dalam aspek pembalakan (M=2.57, sp=0.82). Tahap pengetahuan bagi aspek yang lain adalah sederhana iaitu alam sekitar (M=4.07, sp=1.04), perubatan, kesihatan (M=3.77, sp=0.51), penanaman padi (M=3.59, sp=0.86) dan perikanan (M=3.49, sp=0.69). Jadual 5 Min dan sisihan piawai pengetahuan guru mengikut konstruk Variabel Bin Min Sisihan Piawai (sp) Penanaman Padi 75 3.59.86 Perikanan 75 3.49.69 Getah/Kelapa/Buah-buahan 75 4.93.40 Perubatan/Kesihatan 75 3.77.51 Pembalakan 75 2.57.82 Alam Sekitar 75 4.07 1.04 RUMUSAN DAN CADANGAN Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru terhadap kearifan tempatan berkait alam sekitar menunjukkan mereka mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana iaitu seramai 62 orang guru (82.7%) berada pada tahap skor antara 23.71 hingga 29.70. Min skor bagi pengetahuan guru ialah 27.70. Berdasarkan dapatan kajian ini, inisiatif bagi meningkatkan tahap pengetahuan guru perlu dilakukan. Antara pendekatan yang boleh dilaksanakan ialah dengan mengadakan kursus jangka pendek dalam kalangan guru-guru bagi menggalakkan perkongsian ilmu supaya lebih banyak pengetahuan kearifan tempatan berkait alam sekitar dapat diperoleh. Guru-guru dapat meningkatkan tahap pengetahuan mereka 5

Pengetahuan Tentang Kearifan Tempatan Berkait Alam Sekitar dalam Kalangan Guru Geografi melalui pelbagai cara seperti melalui pembacaan dan juga pengalaman dalam kehidupan seharian mereka berinteraksi dengan alam sekitar. Justeru itu guru yang mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi akan lebih mudah mengintegrasikan kearifan tempatan berkait alam sekitar dalam PdP mereka. Hal ini bertepatan dengan dapatan kajian Smit (2005), iaitu pengetahuan guru terhadap kearifan tempatan sangat penting dalam memastikan integrasinya dalam pengajaran di sekolah menjadi kenyataan. Dalam hal ini, secara umumnya Gunstone dan White (1997) menyatakan bahawa jika pengetahuan guru lemah maka amalan pengajarannya di dalam bilik darjah amat terbatas. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor pengetahuan guru terhadap kearifan tempatan berkait alam sekitar bagi guru yang mengajar di bandar dengan guru yang mengajar di kawasan luar bandar. Keputusan ini menunjukkan bahawa pengetahuan guru geografi terhadap kearifan tempatan adalah sama walaupun mereka mengajar di kawasan yang berbeza iaitu bandar dan luar bandar. Hal ini mungkin kerana sebilangan besar guru yang dikaji tinggal di kawasan bandar atau hampir bandar atau sebuah kawasan perumahan. Mereka tidak tinggal di kawasan luar bandar yang berhampiran dengan sekolah tempat mereka mengajar. Jika guru tinggal luar bandar dan menjadi sebahagian daripada masyarakat luar bandar ada kemungkinan guru di luar bandar mempunyai kearifan tempatan berkait alam sekitar yang lebih tinggi daripada guru di bandar. Guru yang tinggal di bandar atau kawasan perumahan juga berasal dari kawasan luar bandar yang biasa dengan kearifan tempatan mereka, dan pengetahuan kekal pada mereka. Dari segi pengetahuan tentang alam sekitar yang umum (tidak terikat kepada kearifan tempatan), kajian Lane dan Fritz (2000) menunjukkan bahawa pengetahuaan guru di bandar lebih tinggi berbanding dengan luar bandar. Hal ini mungkin kerana mereka yang tinggal di bandar lebih terkesan dengan masalah alam sekitar seperti pencemaran. Seterusnya dapatan kajian menunjukkan guru-guru mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam aspek berkaitan tanaman getah, kelapa dan buah-buahan (M=4.93, sp=0.47) dan tahap pengetahuan paling rendah dalam aspek pembalakan (M=2.57, sp=0.82). Guru-guru mempunyai tahap pengetahuan yang lebih tinggi dalam aspek berkaitan tanaman getah, kelapa dan buah-buahan kerana daerah Kulim/ Bandar Baharu sebahagian besarnya masih kaya dengan tanaman getah. Justeru itu guru lebih dekat dengan persekitaran yang berkaitan dengan tanaman berkenaan. Hal yang sama bagi tanaman kelapa, daerah ini majoritinya didiami oleh orang Melayu, maka tanaman kelapa yang merupakan tanaman serba guna bagi masyarakat Melayu merupakan antara tanaman yang sering ditanam di kawasan rumah di kampung dan juga di bandar. Secara umum penduduk di kawasan Kulim/Bandar Bharu tidak bekerja atau terlibat dengan aktiviti pembalakan. Justeru adalah munasabah guru di kawasan ini juga kurang pengetahuan tentang pembalakan lebih-lebih yang berkaitan dengan kearifan tempatan. KESIMPULAN Kajian ini adalah suatu usaha secara emperikal untuk mengumpulkan maklumat pengetahuan guru tentang kearifan tempatan berkaitan dengan alam sekitar. Umumnya guru geografi mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana terhadap kearifan tempatan berkait alam sekitar. Faktor lokasi bandar dan luar bandar tidak mempengaruhi pengetahuan guru tentang kearifan tempatan berkait alam sekitar. Namun faktor aktiviti utama di kawasan yang dikaji (persekitaran) didapati memberi kesan kepada pengetahuan guru. Hal ini bermakna latar lokasi yang berbeza memungkinkan pengetahuan guru berbeza. Justeru dalam konteks negara, guru perlu diberi pendedahan tentang kearifan tempatan ini. Dengan pengetahuan ini guru diharapkan dapat menerapkan kearifan tempatan yang akhirnya dapat mengetengahkan nilai-nilai kebijaksanaan yang berkaitan dengan alam sekitar berdasarkan budaya dan persekitaran masyarakat setempat bagi tujuan kelestarian setempat khususnya dan kelestarian sejagat amnya. PENGHARGAAN Artikel ini adalah sebahagian daripada hasil dan dibiayai oleh Geran Universiti Penyelidikan Universiti Sains Malaysia (1001/PGURU/816212) bertajuk Potensi Kearifan Tempatan dalam Meningkatkan Penerapan Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah. 6

Geografi Vol. (4), No. (2), (2016), 1-8 Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris 2016 ISSN 2289-4470 /eissn 2462-2400 RUJUKAN Acheson, G. (2003). Teaching the tool of trade: an exploration of teachers belief, knowledge practices about maps (Disertasi PhD). Texas A&M University. Alexandar, R. & Poyyamoli, G. (2014). The effectiveness of environmental education for sustainable development based on active teaching and learning at high school level-a case study from Puducherry and Cuddalore regions, India. Journal of Sustainability Education, 7 (2014), 1-20. Abu Bakar Yang. (2010). Pendidikan alam sekitar asas pengurusan berhemah. Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim). Diambil daripada http://www.ikim.gov.my/v5/index. php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=679& cmd=resetall. (28/06/2015) Ball, D. & McDiarmid, G. (1990). The subject-matter preparation of teachers. Dalam Houston, W. (Ed.). Handbook of research on teacher education. (437 449). New York: Macmillan. Gunstone, R.F. & White, R.T. (1997). Teacher's attitudes about physics classroom practice. Dalam Tiberghien, A., Jossem, E.L. & Barojas, J. Connecting Research in Physics Education with Teacher Education. An I.C.P.E. Book International Commission on Physics Education 1997, 1998. http://www.physics.ohiostate.edu/~jossem/icpe/d1.html (18/04/2006). Haverkort, B. (1993). Agricultural development with a focus on local resources: ILEIA s view on indigenous knowledge. Dalam Warren, D. M., Brokensha, D. and Slikkerveer, L. J., (Eds.). Indigenous Knowledge Systems: The Cultural Dimensions of Development. London: Kegan Paul. Hendro Ari, W., Wasino & Dewi Lisnoor, S. (2012). Kearifan lokal dalam menjaga lingkungan hidup (Studi Kasus Masyarakat di Desa Colo Kecamatan Dawe Kabupaten Kudus). Journal of Educational Social Studies, 1(1), 25-30. Jessamy, V. dan Turner, K. (2003). Modelling community response and perception to natural hazards: lessons learnt from hurricane lenny 1999. Centre for Social and Economic Research on the Global Environment (CSERGE) working paper EDM 03-06. Kagoda, A.M. (2009). Integrating appropriate indigenous knowledge in the geography lesson in secondary school of Uganda. Current Research Journal of Social Sciences, 1(3), 117-122. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1996). Pendidikan alam sekitar merentas kurikulum KBSR & KBSM. Pusat Perkembangan Kurikulum. Lane, K.R & Fritz, S.M. (2000). Environmental science in rural and urban elementary programs of Nebraska. Journal of Natural Resources and Life Sciences Education, 9(2000), 125-129. Lane, M. B., Ross, H., Rickson, R. E. & Dale, A. P. (2003). Sacred land, mineral wealth, and biodiversity at Coronation Hill, Northern Australia: indigenous knowledge and SIA. Impact Assessment and Project Appraisal, 21 (2003), 89 98. Mohammad Zohir, A., Hazri, J., Nordin, A. R., Ahmad Zamri, K. & Hashimah, M. Y. (2014). Pengetahuan dan amalan kearifan tempatan bagi meningkatkan pengetahuan alam sekitar dalam bilik darjah. Kertas Kerja Persidangan Serantau Kearifan Tempatan anjuran Universiti Sains Malaysia. Kuching, Sarawak. Mohammad Zohir, A. & Nordin, A. R. (2007). Pendidikan alam sekitar di sekolah: komitmen guru. Diges Pendidik, 7(2), 74-81. Moroye, C.M. (2005). Common ground: An ecological perspective on teaching and learning. Curriculum and Teaching Dialogue, 7(2005), 123-139. Mustafa, M. (2010). A study on developing a general attitude scale about environmental issues for students in different grade levels. Asia-Pacific Forum on Science Learning and Teaching, 11(2), 1-19. Scoffham, S. (2000). Environmental education: a question of values. Dalam Fisher, C. & Binns, T. (Eds.) Issues in Geography Teaching. (205-218). London: Routledge/Falmer. Scott, J.C. (1998). Seeing like a state: How certain schemes to improve the human condition have failed. New Haven, CT: Yale University Press. Smit, B. (2005). Teachers, local knowledge and policy implementation: A qualitative policy-practice inquiry. Education and Urban Society 37(2005), 292-306 Syahirah Kunji, M. & Mardiana Idayu, A. (2014). Menggalur kearifan tempatan untuk mengurangkan risiko racun perosak dalam sektor pertanian. Dalam Mohd Kipli, A. R., Tarmiji, M. & Mardiana Idayu, A. (Eds.) Merekayasa Kearifan Tempatan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Tibby, J., Lane, M. B. & Gell, P. A. (2008). Local knowledge and environmental management: a cautionary tale from Lake Ainsworth, New South Wales, Australia. Environmental Conservation, 34 (4), 334 341. Tilbury, D. (1997). Environmental education and development education: teaching geography for a sustainable world. Dalam Tilbury, D. & Williams, M. (Eds.) Teaching and Learning Geography (105-116). London: Routledge. 7

Pengetahuan Tentang Kearifan Tempatan Berkait Alam Sekitar dalam Kalangan Guru Geografi Vari, A.( 2002). Public involvement in flood risk management in Hungary. Journal of Risk Research, 5(3), 211-224. Vlatseas, S. (1990). A history of Malaysian architecture. Singapore: Longman Singapore Publishers Pte. Ltd Yaakub, I. (1996). Rumah tradisional Negeri Sembilan- satu analisis seni bina Melayu. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 8