MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 10/4-708/12 ANTARA ABDUL MANAF BIN HASSAN

Similar documents
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 1729/12 ANTARA WONG CHONG LEONG DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN NGAI HENG WORKSHOP SDN. BHD.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4-292/15 ANTARA NAVINATHAN A/L DORAISAMY DAN BEKAERT SOUTHERN WIRE SDN. BHD. AWARD NO.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(19)/4-402/14 DI ANTARA NOORHAYATI BINTI JARLILL DENGAN MAYA MAJU (M) SDN. BHD. AWARD NO: 1607 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-70/15 DI ANTARA TANG CHOOI KIM DENGAN WASCO MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD./ WASCO COATINGS LIMITED

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PENILAIAN PENGETAHUAN

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO: KES: 13(25)(24)/4-1230/13 DI ANTARA WAN NAJIB BIN WAN MOHD NASIR DAN SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD.

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH (8) DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KES SAMAN JABATAN NO. : /2015 ANTARA PENDAKWARAYA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PROSEDUR SOKONGAN KEPUASAN PELANGGAN. PK.UniMAP.(P).11. Disediakan oleh : Disemak oleh : Diluluskan oleh :

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (TK 1) BAGI PENERBIT RANCANGAN GRED B27/ B28

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PERCETAKAN SLIP PEPERIKSAAN

SCS. Kit HR FACILITIES (KEMUDAHAN)

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

3b) Birthday Privilege - Secret Recipe Slice Cake & Iced/Hot Beverage Voucher worth RM20

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

Plat Kaca Terma & Syarat

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Kod Dokumen : UPM/OPR/PKU/P005

Semua Pelajar Ijazah Tinggi (Mod Kerja Kursus & Mod Campuran), Luar Pesisir dan Ijazah Pertama (Penuh Masa) PERCETAKAN. & Ijazah Pertama [Penuh Masa]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Mohd Faiz Mohamed Yusof a,b,*,nurhanani Romli b, Zulzaidi Mahmod c, Joni Tamkin Borhan b

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Perpustakaan yang dilantik terus;

Co-operative College (Incorporation) (Amendment) 1 A BILL. i n t i t u l e d

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN [PERBICARAAN JENAYAH NO. 45A-87-08/2015] PENDAKWA RAYA LWN

KOMEN PELANGGAN DARIPADA SOAL SELIDIK JANUARI HINGGA DISEMBER 2013

Transcription:

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 10/4-708/12 ANTARA ABDUL MANAF BIN HASSAN DAN MANIKAR BEACH RESORT & SPA LABUAN GLOBAL UPLINE SDN BHD & VITAL ORIENT SDN. BHD. NO. AWARD: 1362 TAHUN 2018 Di Hadapan : Y.A. DATO' RASIDAH BINTI HJ. CHIK - Pengerusi Tempat : Mahkamah Perusahaan, Cawangan Perak Tarikh Rujukan : 23.4.2012 Tarikh Sebutan : 16.6.2012; 19.7.2012; 29.8.2012; 26.11.2012; 12.3.2013; 27.6.2013; 8.7.2013; 15.8.2013; 23.9.2.013; 28.10.2013; 9.12.2013; 15.1.2014; 29.9.2014; 27.4.2015; Tarikh Bicara : 10.4.2013; 11.4.2013; 28.10.2014; 24.3.2015; 27.4.2015 Representasi : En. Raam Kumar Messrs KB Tan, Kumar & Partners Peguambela & Penguamcara [Bagi Pihak Yang Menuntut] En. Shahabudin Shaik Alaudin & Pn. Rosnida Bt Che Ibrahim Tetuan Shahbudin & Rozima Peguambela & Penguamcara (Bagi Pihak Syarikat) 1

Rujukan Ini adalah satu rujukan oleh YB Menteri Sumber Manusia, Malaysia, di bawah Seksyen 20(3), Akta Perhubungan Perusahaan 1967 berkaitan dengan pembuangan kerja Abd Manaf Bin Hassan (selepas ini disebut sebagai Pihak Menuntut) oleh (1) Manikar Beach Resort & SPA Labuan (Manikar)/Global Upline Sdn Bhd dan (2) Vital Orient Sdn Bhd (selepas ini disebut sebagai Syarikat) pada 7 September 2009. AWARD Fakta Kes 1. Pertikaian di hadapan Mahkamah Yang Mulia ini adalah berkenaan suatu rujukan oleh YB Menteri Sumber Manusia, Malaysia yang dibuat di bawah Seksyen 20(3), Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bertarikh 23.4.2012 berkaitan dengan pembuangan kerja Pihak Menuntut pada 7.9.2009. 2. Pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian ini adalah Abd Manaf bin Hassan (Pihak Menuntut) dan Manikar Beach Resort & SPA Labuan/Global Upline Sdn. Bhd. dan Vital Orient Sdn Bhd (Syarikat). 3. Berdasarkan surat tawaran kerja bertarikh 2.10.2007 (m.s 1-3 CLB-1), Pihak Menuntut telah ditawarkan untuk bekerja dengan Global Upline Sdn Bhd sebagai Assistant Admin Manager mulai 2.10.2007 dan ditempatkan di Manikar Beach Resort & SPA Labuan, yang dimiliki sepenuhnya oleh Vital Orient Sdn. Bhd. Setelah itu melalui surat tawaran pekerjaan bertarikh 1.1.2008 (m.s 6-10 CLB-1) yang dikeluarkan oleh Manikar Beach Resort & SPA Labuan (Manikar), Pihak Menuntut telah dilantik sebagai Chef untuk bekerja dengan Manikar mulai 1.1.2008. Melalui surat bertarikh 1.5.2008 (m.s 6 COB-1), Manikar telah mengesahkan jawatan Pihak Menuntut dan gaji Pihak Menuntut telah dinaikkan ke RM4600.00 sebulan. 2

4. Global Upline Sdn. Bhd. kemudiannya melalui surat bertarikh 7.9.2009 (m.s 62-63 COB-1) telah menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut atas alasan ingkar arahan-arahan dari majikan dan pelbagai kesalahan disiplin dan/atau salah laku yang amat serius. Gaji terakhir Pihak Menuntut pada masa pembuangan kerja ini adalah RM4600.00 sebulan. 5. Dokumen-dokumen berikut telah dikemukakan dan ditanda dalam perbicaraan ini iaitu: - i. Company s Bundle of Documents COB-1; ii. Company s Bundle of Documents No. 2 COB-2; dan iii. Claimant s Bundle of Documents CLB-1 Undang-Undang 6. Fungsi Mahkamah Perusahaan telah dinyatakan dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Goon Kwee Phoy v. J & P Coats (M) Sdn.Bhd. [1981] 2 MLJ 129, iaitu: Where representations are made and are referred to the Industrial Court for enquiry, it is the duty of that court to determine whether the termination or dismissal is with or without just cause or excuse. If the employer chooses to give a reason for the action taken by him, the duty of the Industrial Court will be to enquire whether that excuse or reason has or has not been made out. If it finds as a fact that it has not been proved, the inevitable conclusion must be that the termination or dismissal was without just cause or excuse. The proper enquiry of the court is the reason advanced by it and that the court or the High Court cannot go into another reason not relied on by the employer or find one for it. 7. Peranan Mahkamah Perusahaan dalam kes-kes rujukan dibawah sek 20, Akta 1967 adalah untuk memutuskan dua isu utama iaitu samada terdapat pembuangan kerja dan seterusnya samada pembuangan kerja tersebut dibuat dengan sebab atau alasan yang adil. Ini adalah sepertimana yang 3

diterangkan dalam kes Milan Auto Sdn. Bhd. v. Wong Seh Yen [1995] 3 MLJ 537, dimana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: As pointed out by this court recently in Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. v. Wong Yuen Hock [1995]2 MLJ 753, the function of the Industrial Court in dismissal cases on a reference under s.20 is twofold: firstly, to determine whether the misconduct complained of by the employer has been established, and secondly to determine whether the proven misconduct constitutes just cause or excuse for the dismissal. 8. Sementara itu Mahkamah Persekutuan dalam kes Wong Yuen Hock v. Syarikat Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. & Another Appeal [1995] 3 CLJ 344, telah memutuskan: On the authorities, we were of the view that the main and only function of the Industrial Court in dealing with a reference under s.20 of the Act (unless otherwise lawfully provided by the terms of the reference) is to determine whether the misconduct or irregularities complained of by the management as the grounds of dismissal were in fact committed by the workman, and if so, whether such grounds constitute just cause or excuse for the dismissal. Beban Pembuktian 9. Undang-undang adalah mantap bahawa dalam kes pembuangan kerja, beban pembuktian adalah terletak diatas Syarikat untuk membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa pembuangan kerja Pihak Menuntut adalah dengan sebab atau alasan yang adil. Ini adalah seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes diatas Telekom Malaysia Kawasan Utara v. Krishnan Kutty Sanguni Nair & Anor [2002] 3 CLJ 314 iaitu: it is quite clear to us that the Industrial Court should not be burdened with the technicalities regarding the standard of proof, the rules of that are applied in a court of law. The Industrial Court should be allowed to conduct its proceedings as a court of arbitration, and be more flexible in arriving at its decision, so long as it gives special regard to substantial merits and decide a case in accordance with equity and good conscience. 4

. Thus, the Industrial Court, when hearing a claim for unjust dismissal, even where the ground is one of dishonest act, including theft, is not required to be satisfied beyond a reasonable doubt that the employee has committed the offence, as in a criminal prosecution...in our view, the passage quoted from Administrative Law by HW R Wade & CF Forsyth offers the clearest statement on the standard of proof required, that is the civil standard based on the balance of probabilities, which is flexible, so that the degree of probabilities, which is flexible, so the degree of probability required is proportionate to the nature of gravity of the issue. Isu 10. Berdasarkan kepada fakta-fakta yang dinyatakan diatas, adalah jelas bahawa Pihak Menuntut telah ditamatkan perkhidmatannya mulai 7.9.2009. Oleh itu, isu yang perlu diputuskan adalah samada penamatan kerja Pihak Menuntut itu adalah atas sebab atau alasan yang adil. Kes Syarikat 11. Syarikat telah mengemukakan 3 orang saksi untuk membuktikan kes mereka iaitu: i. Puan Rushiati Narudin COW-1; ii. En. Ninoe Nizzuan Abdullah COW-2; dan iii. Datuk Ting Sie Ping COW-3. 12. COW-1 telah memberi keterangan melalui Pernyataan Saksi yang ditanda sebagai COWS-1 dan juga secara lisan. Beliau merupakan Pegawai Perjawatan di Manikar sehingga 12.8.2009 dan kembali untuk bekerja semula dengan Manikar pada 10.2.2011. COW-1 telah memberi keterangan bahawa Pihak Menuntut bertugas sebagai Head Chef di Manikar dan mengetuai operasi dapur. Perkhidmatan Pihak Menuntut dengan Manikar telah ditamatkan kerana Pihak Menuntut didapati telah melakukan pelbagai salah laku serta ingkar arahan majikan. 5

13. COW-1 menyatakan sepanjang tempoh perkhidmatan Pihak Menuntut dengan Manikar, beliau ada mengeluarkan dua surat tunjuk sebab serta surat amaran kepada Pihak Menuntut berkait dengan salah laku yang dilakukan oleh Pihak Menuntut. Surat-surat tersebut telah dikeluarkan olehnya setelah beliau menerima aduan mengenai salah laku Pihak Menuntut dan setelah berbincang dengan Pengurus Operasi, Encik Tan Chong Yew. Surat-surat tunjuk sebab tersebut adalah seperti berikut: i. Surat bertarikh 10.7.2009 (m.s 24 COB-1) yang dikeluarkan berkaitan dengan salah laku yang dilakukan pada 10.7.2009 dimana Pihak Menuntut didapati telah keluar semasa dalam tugas tanpa memaklumkan kepada Pengurus Operasi; dan ii. Surat bertarikh 14.7.2009 (m.s 31 COB-1) yang dikeluarkan kerana kelewatan Pihak Menuntut menyediakan pesanan pelanggan sehingga makanan terpaksa diberikan secara percuma kepada pelanggan dan terdapat juga pesanan makanan yang langsung tidak disediakan oleh Pihak Menuntut. 14. COW-1 juga memberi keterangan bahawa Syarikat tidak menerima sebarang maklumbalas atau jawapan dari Pihak Menuntut kepada kedua-dua surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepadanya itu walaupun COW-1 telah berulang kali secara lisan mengingatkan Pihak Menuntut untuk berbuat demikian. Oleh sebab itu COW-1 telah mengeluarkan surat amaran pertama bertarikh 14.7.2009 (m.s 33-34 COB-1) kepada Pihak Menuntut kerana kegagalan/keengganan beliau menjawab surat tunjuk sebab bertarikh 10.7.2009 yang telah dikeluarkan kepadanya. Menurut COW-1 lagi walaupun setelah surat amaran pertama diserahkan kepada Pihak Menuntut, namun begitu Pihak Menuntut masih enggan memberikan penjelasan kepada surat tunjuk sebab bertarikh 14.7.2009 yang diberikan kepadanya. Kegagalan Pihak Menuntut menjawab kepada surat tunjuk sebab menyebabkan Syarikat sukar untuk mengambil tindakan selanjutnya keatas beliau. Oleh itu Syarikat tidak ada pilihan lain selain dari terpaksa mengeluarkan surat amaran kedua bertarikh 30.7.2009 (m.s 40 COB-1). 6

15. Selain dari itu COW-1 juga menyatakan berdasarkan rekod Pihak Menuntut, terdapat juga surat tunjuk sebab bertarikh 18.8.2009 yang dikeluarkan oleh Syarikat kepada Pihak Menuntut (m.s 42 COB-1) kerana Pihak Menuntut didapati telah membenarkan isterinya memasuki kawasan dapur pada 17.8.2009. Walau bagaimanapun Pihak Menuntut enggan menerima penyerahan surat ini walaupun ianya telah diserahkan secara kediri kepada beliau. 16. COW-1 juga menyatakan walaupun Syarikat kerapkali mengeluarkan surat tunjuk sebab dan surat amaran kepada Pihak Menuntut, ianya tidak menunjukkan Syarikat menghukum atau menjadikan Pihak Menuntut sebagai mangsa sebaliknya Syarikat mempunyai bukti yang kukuh mengenai salah laku yang dilakukan dan juga berdasarkan kepada pengaduan kepada pihak pengurusan yang memerlukan penjelasan dari Pihak Menuntut. Olehkerana tidak ada penjelasan dari Pihak Menuntut, maka COW-1 menyatakan kesimpulan yang boleh dibuat adalah bahawa semua kejadian salah laku tersebut adalah benar dan dengan itu beliau telah mengeluarkan surat amaran kepada Pihak Menuntut. 17. Menurut COW-1 lagi, Syarikat telah mengeluarkan notis penamatan kerja bertarikh 15.7.2009 kepada Pihak Menuntut (m.s 35-36 COB-1) apabila Pihak Menuntut masih berterusan melakukan salah laku dan enggan menjawab kepada surat-surat tunjuk sebab. Namun begitu Pihak Menuntut enggan mengakuterima notis penamatan kerja ini dan enggan keluar dari Manikar. Ini menyebabkan Syarikat terpaksa mengeluarkan satu lagi surat bertarikh 16.7.2009 (m.s 37 COB-1) yang meminta Pihak Menuntut meninggalkan premis Syarikat selewat-lewatnya pada 18.7.2009. 18. Selanjutnya mengikut COW-1 terdapat satu lagi surat tunjuk sebab bertarikh 3.9.2009 (m.s 46-50 COB-1) yang dikeluarkan oleh Datuk Micheal Ting (COW-3) kepada Pihak Menuntut. Surat tunjuk sebab ini mengandungi semua salah laku yang telah dilakukan oleh Pihak Menuntut sejak Januari 2009. Untuk kemudahan rujukan, diperturunkan semula kandungan surat tunjuk sebab tersebut seperti di bawah ini. 7

SCAN SURAT DI MS 46-50 COB-1 19. COW-1 dalam keterangannya juga menyatakan Pihak Menuntut telah mengemukakan jawapan kepada surat tunjuk sebab ini melalui surat bertarikh 5.9.2009 (m.s 52-61 COB-1). Kandungan surat jawapan tersebut adalah sepertimana yang diperturunkan di bawah ini. 8

9

10

11

12

13

SCAN SURAT DI MS 52-61 COB-1 20. COW-1 juga mengesahkan beliau ada menghadiri taklimat pagi yang diadakan pada 15.7.2009. Taklimat tersebut menjadi tegang apabila Pihak Menuntut telah meninggikan suaranya dan memarahi Encik Tan dan COW-1 ada terdengar Pihak Menuntut menyebut perkataan babi kepada Encik Tan. 14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

21. Sementara COW-2 pula telah memberi keterangan bahawa Syarikat sepatutnya mengadakan promosi Nyonya Food antara 16.5.2009 hingga 30.6.2009. Walau bagaimanapun promosi tersebut terpaksa dibatalkan kerana Pihak Menuntut hanya memberikan menu promosi pada pagi tarikh promosi tersebut sepatutnya bermula iaitu 16.5.2009, oleh itu pihak pengurusan memutuskan untuk membatalkan promosi tersebut. COW-2 menyatakan beliau memerlukan masa yang secukupnya untuk menyediakan brochure dan bahan-bahan promosi untuk diedarkan kepada bahagian pemasaran. Selain dari itu COW-2 juga menyatakan beliau juga terlibat dalam merekabentuk dan menyediakan bahan-bahan promosi seperti menu, meja menu, stand banner, bunting dan brochure bagi tujuan Indian Food Promotion dan Malaysian Laksa Promotion. 22. Berkaitan dengan kejadian yang berlaku pada 15.7.2009, COW-2 menyatakan beliau ada menghadiri sesi taklimat dan mesyuarat pada pagi tersebut. Taklimat tersebut telah menjadi tegang dimana Pihak Menuntut telah meninggikan suaranya serta memarahi Encik Tan dan telah mengeluarkan perkataan babi kepada Encik Tan. 23. Saksi terakhir Syarikat, COW-3, adalah Deputy Managing Director Syarikat. COW-3 dalam keterangannya menyatakan Pihak Menuntut telah dilantik melalui Global untuk bekerja di Labuan dan beliau mula bekerja sekitar Oktober 2007. Setelah itu COW-3 telah mengeluarkan satu lagi surat bertarikh 2.10.2007 (m.s 1-3 CLB-1) kepada Pihak Menuntut untuk menawarkan beliau bekerja dengan Manikar. Memandangkan Manikar memerlukan seseorang untuk mengetuai bahagian dapur, maka COW-3 telah mengarahkan Manikar untuk mengeluarkan surat tawaran yang baru kepada Pihak Menuntut menawarkan jawatan sebagai Chef dan Pengurus Operasi, Bahagian F&B di Manikar (m.s 1-4 COB-1). 24. COW-3 menyatakan beliau mendapati Pihak Menuntut selalu hadir lewat untuk taklimat pagi walaupun taklimat tersebut adalah penting untuk urusan harian dapur termasuklah hal-hal berkaitan bajet, menu dan penugasan harian bahagian dapur. Oleh itu COW-3 telah mengarahkan COW-1 untuk 25

mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Pihak Menuntut bertarikh 25.5.2009 untuk meminta Pihak Menuntut mengemukakan alasan kerana lewat hadir ke taklimat pagi pada 25.5.2009 (m.s 23 COB-1). Namun begitu Pihak Menuntut gagal mengemukakan sebarang penjelasan ataupun jawapan kepada surat tunjuk sebab tersebut. 25. COW-3 seterusnya menyatakan Pihak Menuntut juga didapati gagal hadir pada taklimat pagi yang diadakan pada 10.7.2009. Beliau hanya memberitahu Pegawai Rekreasi bahawa beliau tidak dapat hadir taklimat pagi tersebut kerana perlu mengambil kad laporan sekolah anaknya. COW-3 menyatakan alasan ini tidak dapat diterima kerana Pihak Menuntut sepatutnya memohon cuti untuk mengendalikan urusan peribadi beliau ataupun sekurangsekurangnya memaklumkan kepada pejabat supaya staf pengganti dapat mewakili beliau untuk taklimat pagi tersebut. 26. Selanjutnya COW-3 menyatakan Pihak Menuntut juga didapati selalu meninggalkan dapur tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan dan ini menyebabkan satu surat tunjuk sebab bertarikh 10.7.2009 telah dikeluarkan kepada Pihak Menuntut (m.s 24 COB-1) kerana telah keluar semasa dalam bertugas pada 10.7.2009 tanpa memaklumkan kepada Pengurus Operasi terlebih dahulu. Menurut COW-3 lagi, memandangkan Pihak Menuntut merupakan pegawai pengurusan tertinggi, maka beliau sepatutnya mengetahui apa yang perlu dilakukan olehnya sebagai Head Chef, malangnya beliau didapati telah gagal menjalankan tugas-tugasnya secara profesional. Memandangkan beliau bertugas di bahagian dapur yang merupakan bahagian utama Syarikat dimana pesanan untuk makanan akan datang secara berterusan pada setiap masa, maka beliau perlu sentiasa berada di dapur untuk menyelia dan memastikan operasi di dapur dapat berjalan dengan licin dan teratur pada setiap masa. 27. COW-3 juga menyatakan Pihak Menuntut telah gagal dalam menjalankan tugasan yang diberikan kepadanya dan ini amat mengecewakan pihak Syarikat. Sebagai seorang Chef yang berpengalaman, Pihak Menuntut seharusnya sedar mengenai tugasnya dan beliau tidak sepatutnya 26

melepaskan semua tanggungjawabnya begitu sahaja. Kualiti makanan yang disediakan adalah sangat tidak memuaskan dan sangat teruk serta di bawah standard seorang Chef yang berpengalaman. Pada masa yang sama, Pihak Menuntut masih melakukan salah laku dan ingkar arahan yang berterusan dan ini menyebabkan Manikar mengeluarkan dua surat amaran bertarikh 14.7.2009 kepada Pihak Menuntut. Surat amaran pertama (m.s 33 COB-1) adalah berkaitan dengan insiden yang berlaku pada 10.7.2009 dimana makanan yang dihidangkan tidak dimasak dengan sempurna dan dalam keadaan sejuk. Sementara surat amaran yang kedua (m.s 34 COB-1) pula adalah berkaitan dengan kegagalan Pihak Menuntut menjawab kepada surat tunjuk sebab bertarikh 10.7.2009 yang dikeluarkan terhadapnya kerana beliau didapati keluar semasa bertugas tanpa memaklumkan kepada Pengurus Operasi. 28. Disamping itu Syarikat juga telah mengeluarkan surat tunjuk sebab bertarikh 14.7.2009 (m.s 31 COB-1) kepada Pihak Menuntut untuk mendapatkan penjelasan dari Pihak Menuntut mengenai kelewatan atau kegagalan bahagian dapur untuk menyediakan pesanan yang ditempah oleh pelanggan. Dalam surat yang sama, Syarikat juga telah mengarahkan Pihak Menuntut untuk menjalankan siasatan berkaitan perkara ini dan seterusnya mengemukakan laporan siasatan tersebut kepada pihak pengurusan Syarikat. COW-3 dalam keterangannya menyatakan Pihak Menuntut gagal menjalankan siasatan mengenai perkara ini dan gagal menjawab kepada surat tunjuk sebab tersebut sebaliknya membiarkan perkhidmatan bahagian dapur menjadi semakin merosot dan ini menyebabkan Syarikat menerima banyak aduan dan rungutan dari pelanggan. 29. COW-3 selanjutnya menyatakan walaupun beberapa amaran dan teguran telah diberikan, namun Pihak Menuntut langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam kerja hariannya dan beliau juga tidak mempunyai hubungan yang baik dengan pekerja-pekerjanya. Sikap Pihak Menuntut terhadap kerjanya menjadi semakin teruk dan langsung tidak menunjukkan sikap sebagai seorang Chef yang berpengalaman. Oleh itu beliau telah mengeluarkan surat tunjuk sebab bertarikh 3.9.2009 (m.s 46-51 COB-1) 27

kepada Pihak Menuntut yang menyenaraikan semua salah laku-salah laku yang tidak sepatutnya dilakukan oleh Pihak Menuntut sebagai Head Chef. COW-3 menyatakan salah laku-salah laku yang dilakukan oleh Pihak Menuntut itu boleh mendatangkan mudarat kepada kepentingan dan perniagaan serta reputasi Manikar. Secara keseluruhannya surat tunjuk sebab tersebut menyenaraikan bukan sahaja prestasi kerja Pihak Menuntut yang tidak memuaskan dan ingkar perintah tetapi ianya adalah berkaitan dengan perangai, kelakuan, aptitude dan attitude Pihak Menuntut dengan kesesuaian kerja yang beliau diambil bekerja. 30. Pihak Menuntut telah menjawab kepada surat tunjuk sebab ini melalui surat bertarikh 5.9.2009 (m.s 52-61 COB-1). Setelah meneliti jawapan-jawapan yang dikemukakan oleh Pihak Menuntut terhadap insiden-insiden yang berlaku, COW-3 telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut dan ini dapat dilihat melalui surat penamatan kerja bertarikh 7.9.2009 (m.s 62 COB-1). COW-3 seterusnya menyatakan Pihak Menuntut telah diberi peluang yang secukupnya untuk menjawab segala dakwaan keatasnya. COW-3 juga menyatakan semua dakwaan yang terkandung dalam surat tunjuk sebab tersebut adalah benar dan disokong dengan buktibukti yang kukuh. Kes Pihak Menuntut 31. Pihak Menuntut telah memberi keterangan melalui Pernyataan Saksi yang ditanda sebagai CLWS-1 dan juga secara lisan. Dalam keterangannya beliau menyatakan beliau telah ditawarkan untuk bekerja sebagai Assistant Admin Manager mulai 2.10.2007 oleh Global Upline Sdn. Bhd. dan telah ditempatkan di Manikar Beach Resort & Spa. 32. Berkaitan dengan surat-surat tunjuk sebab yang dikeluarkan keatasnya, Pihak Menuntut menyatakan beliau telah mengemukakan penjelasan secara lisan kepada COW-3 dan selepas itu tiada tindakan selanjutnya yang diambil oleh Syarikat terhadapnya. Pihak Menuntut juga menyatakan beliau ada menghantar surat kepada Syarikat melalui surat bertarikh 1.8.2009 (m.s 19-28

20 CLB-1) yang menyatakan Syarikat mula mencari pasal dengan beliau dan Syarikat langsung tidak menjawab kepada surat tersebut. 33. Pihak Menuntut juga menyatakan beliau telah mula bertugas sebagai Chef sejak 2.10.2007 dan sepanjang tempoh tersebut beliau tidak menerima sebarang aduan atau rungutan mengenai masakannya. Hanya pada tahun 2009 sahaja Syarikat mendakwa makanan yang disediakan olehnya tidak memuaskan dan prestasi beliau tidak memuaskan dan ini jelas adalah sesuatu yang pelik dan tidak dapat diterima. Penilaian Keterangan dan Dapatan Mahkamah 34. Dalam kes ini tiada siasatan dalaman yang dijalankan oleh pihak Syarikat sebelum Syarikat mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut. Berdasarkan kepada keterangan-keterangan dan dokumendokumen yang dikemukakan sepanjang perbicaraan kes ini, COW-3 telah mengeluarkan surat tunjuk sebab bertarikh 3.9.2009 (m.s 46-51 COB-1) yang menyenaraikan salah laku-salah laku yang dikatakan telah dilakukan oleh Pihak Menuntut sejak Januari 2009. Secara keseluruhannya terdapat 25 alegasi salah laku yang disenaraikan dalam surat tunjuk sebab tersebut yang memerlukan jawapan dari pihak Menuntut dan Pihak Menuntut telahpun mengemukakan jawapan dan penjelasannya melalui surat bertarikh 5.9.2009 (m.s 52-61 COB-1). Setelah menilai jawapan-jawapan yang diberikan oleh Pihak Menuntut terhadap insiden-insiden yang berlaku, Syarikat memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut mulai 7.9.2009 (m.s 62 COB-1). Insiden 1 Indian Food Promotion mulai 5.1.2009 1.3.2009 35. Syarikat menyatakan menyatakan sepanjang tempoh promosi tersebut, Syarikat hanya menerima 11 tempahan makanan sahaja walaupun bahanbahan promosi yang mencukupi telah disediakan. Maklumbalas yang diterima adalah makanan tidak memuaskan dan tidak presentable dan harga yang mahal. Pihak Menuntut telahpun menjelaskan perkara ini adalah kerana bahagian pemasaran gagal membuat promosi yang secukupnya. Sementara 29

untuk kos makanan pula, ianya telahpun dipersetujui oleh Pengurus Operasi sendiri. Sepanjang pengetahuan beliau tidak ada sebarang aduan yang diterima mengenai kualiti makanan yang disediakan. 36. Pihak Syarikat gagal mengemukakan sebarang saksi untuk mengesahkan dan membuktikan bahawa promosi yang secukupnya telah dijalankan dan untuk menolak dakwaan Pihak Menuntut bahawa promosi hanya dijalankan dengan meletakkan banner di hadapan lobi sahaja dan tidak ada flyers yang disediakan dan diedarkan kepada pihak luar. Syarikat mengemukakan saksi COW-2 yang bekerja di bahagian IT dan yang terlibat dalam menyediakan bahan-bahan promosi untuk diserahkan ke bahagian pemasaran untuk tindakan selanjutnya. Malangnya tidak ada saksi dari bahagian pemasaran yang dikemukakan untuk membuktikan promosi yang secukupnya telah dijalankan untuk Indian Food Promotion ini. Memandangkan dakwaan Pihak Menuntut bahawa bahagian pemasaran telah tidak menjalankan promosi secara bersungguh-sungguh gagal disangkal oleh Syarikat, maka adalah jelas disini terdapat kelemahan di pihak pemasaran dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk mempromosikan Indian Food Promotion dan kegagalan ini telah mengakibatkan promosi tersebut tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Oleh itu Pihak Menuntut tidak sepatutnya dipersalahkan atas kegagalan promosi ini. 37. Syarikat juga menyatakan dari maklumbalas yang diterima menunjukkan makanan yang disediakan oleh Pihak Menuntut adalah tidak berkualiti. Sekali lagi Mahkamah mendapati Syarikat gagal mengemukakan sebarang bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan ini. Pihak Syarikat gagal mengemukakan sebarang aduan ataupun maklumbalas yang diterima dari pelanggan-pelanggan mengenai makanan yang tidak berkualiti ini. Oleh itu segala dakwaan Syarikat terhadap Pihak Menuntut berkaitan dengan insiden ini ternyata adalah dakwaan kosong semata-mata dan tidak disokong dengan sebarang bukti. 30

Insiden 2 Harga Makanan 38. Pihak Menuntut telahpun memberi penjelasan bahawa kos makanan (food cost) yang tinggi adalah disebabkan oleh rekod yang disediakan oleh bahagian purchasing tidak konsisten dan tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Penurunan Food Cost pada bulan-bulan berikutnya adalah setelah pemantauan berterusan yang dibuat oleh Pihak Menuntut. Pihak Syarikat gagal menunjukkan bahawa masalah ini adalah berpunca dari Pihak Menuntut dan adakah Pihak Menuntut sepatutnya dipersalahkan atas kerjakerja yang sepatutnya dilakukan oleh bahagaian purchasing. Nampaknya Syarikat sengaja mencari kesalahan Pihak Menuntut walaupun ianya bukan di bawah bidangkuasa kerja Pihak Menuntut. Insiden 3. 15.3.2009-1.5.2009 - Laksa Promotion 39. Pihak Syarikat menyatakan promosi ini gagal kerana makanan yang disediakan tidak mencapai tahap yang dijangkakan. Sekali lagi tidak ada sebarang bukti yang kukuh yang dikemukakan untuk menyokong dakwaan ini. Pihak Menuntut dalam jawapannya telah menyatakan bahagian pemasaran telah tidak menjalankan promosi secukupnya, oleh itu promosi ini tidak mendapat sambutan yang baik dan memberansangkan. Tidak ada sebarang keterangan yang dikemukakan oleh Syarikat untuk menunjukkan promosi yang secukupnya telah dilaksanakan oleh bahagian pemasaran untuk Laksa Promotion ini. Syarikat juga gagal mengemukakan sebarang bukti yang kukuh untuk membuktikan terdapatnya maklumbalas yang diterima berkaitan dengan rasa makanan yang dihidangkan itu tidak mencapai jangkaan yang diharapkan. Insiden 4 - Isu Komunikasi 40. Pihak Syarikat menyatakan terdapat isu komunikasi antara Pihak Menuntut dengan kakitangan Syarikat yang menyebabkan segala informasi lambat disalurkan kepada kakitangan lain ataupun langsung tidak disalurkan oleh Pihak Menuntut. Syarikat mendakwa pada 7.5.2009 semasa Persatuan 31

Dayak Labuan sedang menikmati food testing, didapati ayam yang dihidangkan tidak dimasak dengan sempurna dan semasa majlis makan malam pada 9.5.2009 berlangsung, terdapat banyak aduan yang diterima dari tetamu yang hadir bahawa makanan yang dihidangkan tidak sedap dan hambar. Pihak Menuntut menyatakan beliau tidak menerima sebarang aduan dari tetamu mengenai makanan yang dihidangkan untuk majlis tersebut. Sekali lagi tidak ada sebarang bukti yang dikemukakan oleh Syarikat untuk menyokong dakwaan ini. Malah Syarikat juga gagal mengemukakan saksi iaitu Ms. Christina untuk menyokong dakwaan ini. Insiden 5 Aduan dari Kementerian Pelancongan 41. Syarikat menyatakan terdapat aduan dari Kementerian Pelancongan berkaitan dengan kualiti makanan yang dihidangkan semasa BIMP-EAGA namun begitu Syarikat gagal mengemukakan aduan yang diterima itu secara bertulis. Syarikat juga tidak mengemukakan sebarang saksi untuk menyokong dakwaan mereka ini. Pihak Menuntut sebaliknya menyatakan tidak ada aduan yang diterima mengenai makanan yang dihidangkan oleh Pihak Menuntut sebaliknya aduan yang sebenar adalah berkaitan dengan kemudahan yang disediakan oleh Syarikat iaitu alat penghawa dingin di dalam ballroom dan bilik yang tidak sejuk, tandas yang berbau, terdapat banyak nyamuk di sekitar resort, tiada kemudahan/akses telefon dan internet dan kakitangan yang tidak mencukupi. Pihak Syarikat langsung tidak menjawab kepada dakwaan yang dikemukakan oleh Pihak Menuntut ini sebaliknya telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut. Ini menunjukkan tidak ada siasatan yang terperinci yang telah dijalankan oleh Syarikat sebelum membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut. Insiden 6. Nyonya Food Promotion 16.5.2009 30.6.2009 42. Syarikat menyatakan Promosi ini terpaksa di batalkan kerana kegagalan menyediakan menu, food testing, bahan-bahan promosi lebih awal dan Pihak Menuntut hanya mengemukakan menu kepada bahagian IT pada hari promosi tersebut sepatutnya bermula. COW-2 telahpun menyatakan bahawa 32

beliau telah dihubungi oleh Encik Tan dan memaklumkan bahawa promosi ini dibatalkan dan COW-2 juga menyatakan beliau tidak mempunyai bukti bahawa promosi ini dibatalkan kerana kegagalan Pihak Menuntut untuk mengambil tindakan yang sepatutnya. Semasa kes ini dibicarakan, Syarikat gagal mengemukakan Pengurus Operasi untuk memberi keterangan untuk menyokong dakwaan Syarikat bahawa promosi ini dibatalkan kerana kegagalan Pihak Menuntut untuk mengemukakan menu. Insiden 7 Kelewatan menyediakan makanan untuk bilik Pn. Maznah 43. Untuk dakwaan ini, Pihak Menuntut telahpun mengemukakan jawapannya bahawa beliau tidak pernah dimaklumkan oleh Pengurus Operasi mengenai kelewatan menyediakan pesanan makanan ke bilik Pn. Maznah dari Labuan Tourism Action Council. Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, maka sudah tentu ianya akan di catitkan dalam buku log, malangnya tiada sebarang catitan mengenai insiden ini yang dikemukakan untuk membuktikan dakwaan ini. Insiden 8 Kelewatan menyediakan pesanan makanan Dr. Nagesh 44. Syarikat menyatakan terdapat kelewatan selama 40 minit untuk penyediaan makanan yang dipesan oleh Dr. Nagesh dari Hospital Labuan. Pihak Menuntut telahpun menerangkan bahawa kelewatan sebenar adalah 20 minit sahaja dan ianya adalah berpunca dari pertindihan bil pesanan yang dibuat oleh pelayan F&B. Disini jelas menunjukkan kesilapan telah dilakukan oleh pelayan dan bukannya Pihak Menuntut, oleh itu tidak ada alasan yang sah mengapa Pihak Menuntut pula yang dipersalahkan atas kesalahan yang jelas bukan dilakukan olehnya. 33

Insiden 9 Gagal hadir Morning briefing pada 10.7.2009 45. Pihak Menuntut telahpun menjelaskan bahawa beliau telah menghubungi rakan sekerja, Encik Karim untuk memaklumkan bahawa beliau tidak dapat hadir taklimat pagi pada 10.7.2009 kerana beliau perlu hadir ke sekolah anaknya pada pagi tersebut untuk mengambil buku laporan sekolah anaknya. Walaupun telah dimaklumkan oleh Pihak Menuntut, Syarikat telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Pihak Menuntut dan ini menunjukkan niat jahat Syarikat. Pihak Menuntut bukannya sengaja memilih untuk tidak hadir pada taklimat pagi tersebut tetapi beliau perlu hadir ke sekolah anak-anaknya untuk tujuan mengambil kad laporan. Insiden 10 surat tunjuk sebab bertarikh 10.7.2009 46. Dalam para 10 senarai insiden ini, Pihak Menuntut dikatakan telah diserahkan dengan surat tunjuk sebab pada 10.7.2009 kerana menghidangkan makanan yang tidak berkualiti dan diberi masa sehingga 13.7.2009 untuk menjawab kepada dakwaan tersebut tetapi sehingga 14.7.2009 tiada sebarang jawapan yang diterima dari Pihak Menuntut dan dengan itu surat amaran telah dikeluarkan kepada Pihak Menuntut. Pihak Menuntut menyatakan tidak ada surat tunjuk sebab bertarikh 10.7.2009 berkaitan dengan kualiti makanan yang dihidangkan yang diserahkan kepada beliau. Untuk isu ini Syarikat telahpun mengeluarkan surat amaran kepada Pihak Menuntut untuk insiden ini. Oleh itu perkara ini tidak sepatutnya ditimbulkan lagi oleh Syarikat. Tindakan Syarikat membangkitkan semula isu ini menunjukkan Syarikat sememangnya sengaja mencari kesalahan Pihak Menuntut dan ini jelas menunjukkan tindakan mala fide Syarikat terhadap Pihak Menuntut. Insiden 11- Kelewatan menyediakan makanan pada 13.7.2009 47. Pada 13.7.2009 Pihak Menuntut telah diserahkan dengan surat tunjuk sebab kerana dikatakan makanan yang dipesan oleh pelanggan telah lewat disediakan dan item yang tidak terdapat pada hari itu hanya dimaklumkan selepas 30 minit pesanan diambil. Pihak Menuntut telah menjelaskan bahawa 34

pelayan telah mengambil pesanan untuk item 86 iaitu item yang tidak terdapat dalam menu pada hari tersebut tanpa merujuk kepada bahagian dapur terlebih dahulu. Pihak Menuntut menyatakan perkara ini tidak direkodkan dalam buku log dan kejadian ini boleh dielak sekiranya bahagian F&B lebih terurus dan sistematik. Jelas disini kesalahan tersebut bukan dilakukan oleh Pihak Menuntut, oleh itu Pihak Menuntut tidak sepatutnya dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan atas masalah yang berlaku ini. Insiden 12 Kejadian pada 14.7.2009 48. Satu surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada Pihak Menuntut pada 14.7.2009 kerana menghidangkan kway teow goreng yang tidak berkualiti untuk buffet pagi. Seterusnya surat amaran telah dikeluarkan pada 30.7.2009 kepada Pihak Menuntut kerana beliau gagal mengemukakan jawapan kepada surat tunjuk sebab tersebut. Untuk dakwaan ini, Pihak Menuntut telah pun menjawab dan menafikan dakwaan Syarikat. Menurut Pihak Menuntut, kway teow yang disediakan adalah segar dan berkualiti dan telah diisi semula sebanyak 3 kali dan ini menunjukkan segala dakwaan Syarikat adalah tidak berasas sama sekali. Disamping itu tidak terdapat sebarang aduan yang diterima dari pelanggan berkaitan dengan makanan yang dihidangkan itu. Syarikat sekali lagi telah membangkitkan isu ini semula walaupun surat amaran telah dikeluarkan kepada Pihak Menuntut dan ini menunjukkan Syarikat sememangnya sengaja mencari masalah atau kesilapan Pihak Menuntut walaupun ternyata tidak ada sebarang bukti yang kukuh berkaitan dengan dakwaan makanan yang dihidangkan itu tidak berkualiti. Insiden 13 dan 14 15.7.2009 49. Pihak Menuntut telahpun menjelaskan perkara ini bahawa Pengurus Operasi yang bersikap tidak profesioanal dalam menangani masalah kekurangan air dan gula yang dihadapi oleh Syarikat ketika itu. 50. Berkaitan dengan hashbrown yang dihidangkan pada pagi itu, Pihak Menuntut telahpun menjelaskan memandangkan terdapat 3 jenis jenama 35

yang berlainan yang telah dibeli oleh bahagian purchasing, ini menyebabkan rupa dan bentuk hashbrown yang dihidangkan pada pagi itu berlainan. Walaupun Pihak Menuntut telah menerangkan perkara ini, namun Pengurus Operasi masih tidak berpuashati dan telah mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya kepada Pihak Menuntut dan ini menyebabkan situasi menjadi tegang. Sebagai seorang Pengurus Operasi, beliau sepatutnya menunjukkan sikap yang lebih profesional dan memberikan jalan penyelesaian kepada masalah yang dibangkitkan oleh pagawai bawahannya. Walaupun jawatan Pengurus Operasi adalah satu jawatan yang tinggi di Syarikat, namun beliau tidak sepatutnya menunjukkan kuasanya dengan menindas orang bawahan atau menjadikan seseorang itu sebagai mangsanya. Insiden 15 Termination of Employment 51. Pada 16.7.2009 Pihak Menuntut telah diserahkan dengan notis penamatan kerja dan bayaran sebanyak RM 7435.02 tetapi Pihak Menuntut dikatakan enggan menerima notis tersebut. Pihak Menuntut menjelaskan bahawa beliau enggan menerima notis tersebut kerana Syarikat gagal memberi notis 3 bulan selaras dengan terma dan syarat yang terkandung dalam surat tawaran pekerjaannya. Oleh kerana perkhidmatan beliau telah ditamatkan secara sertamerta, maka beliau sepatutnya dibayar 3 bulan gaji dan Pihak Menuntut juga meminta Syarikat menyediakan tiket kapalterbang untuk beliau dan keluarganya. Pihak Menuntut juga menyatakan beliau tidak melakukan sebarang salah laku yang serius sehingga Syarikat boleh menamatkan perkhidmatannya dan jika benar beliau ada melakukan salah laku, maka beliau sepatutnya diberi peluang untuk mengemukakan pembelaannya. Malangnya disini beliau telah dijatuhkan hukuman tanpa diberi peluang untuk membela diri dan dengan itu jelas keputusan menamatkan perkhidmatannya telah dibuat tanpa mematuhi prinsip keadilan asasi. 36

Insiden 16 10.8.2009 52. Syarikat mendakwa Pihak Menuntut walaupun setelah diserah dengan surat pada 10.8.2009 dari COW-3 yang menyatakan beliau tidak lagi bertugas untuk menjaga bahagian dapur, namun Pihak Menuntut didapati tidak memperdulikan arahan tersebut dan masih meneruskan tugasnya dan menunjukkan kuasanya di bahagian dapur. Pihak Menuntut telah menjelaskan bahawa beliau telah dibawa oleh COW-3 ke hotel tersebut dan dipertanggungjawabkan untuk membawa perubahan dan pembaharuan kepada hotel. Beliau telah dibawa oleh COW-3 sendiri dan ini menunjukkan beliau tidak mempunyai sebarang masalah sebelum ini sebaliknya tindakan Pengurus Operasi yang mengarahkan beberapa surat tunjuk sebab dikeluarkan kepadanya dalam tempoh masa yang singkat menunjukkan seolah-olah beliau seorang yang mempunyai masalah attitude. Pihak Menuntut masih meneruskan kerjanya disitu dan Syarikat juga tidak mengambil sebarang tindakan selanjutnya selepas itu. Kegagalan Syarikat untuk mengambil tindakan selanjutnya selepas itu menyebabkan Syarikat telah mengenepikan haknya untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut ketika itu dan dengan itu perkara ini tidak sepatutnya dibangkitkan lagi oleh Syarikat pada peringkat ini. Insiden 17 Kejaadian pada 12.8.2009 53. Mahkamah mendapati dakwaan yang dikenakan terhadap Pihak Menuntut berkaitan dengan insiden yang berlaku pada 12.8.2009 iaitu memarahi pelayan F&B iaitu Nurliyana dan Asimah dan berkeras meminta minuman Malta dihantar kepada Pihak Menuntut langsung tidak dibuktikan. Ini kerana Syarikat gagal mengemukakan kedua-dua pelayan tersebut untuk memberi keterangan di Mahkamah ini untuk menyokong dakwaan Syarikat tersebut. 37

Insiden 18 54. Pihak Menuntut telahpun menerangkan bahawa beliau telah pergi ke bahagian purchasing semata-mata untuk bertanya mengenai bekalan udang yang tidak dibekalkan dan memohon bahagian tersebut membuat pembelian udang untuk satu majlis yang akan berlangsung keesokan harinya. Mahkamah berpendapat tindakan Pihak Menuntut ini adalah suatu tindakan yang wajar kerana adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan segala peralatan atau bahan masakan disediakan secukupnya untuk majlis yang akan berlangsung pada 13.8.2009 untuk mengelak sebarang aduan dari pelanggan. Insiden 19 55. Berkaitan dengan cuti Chef Mohamad Tarso yang telah diluluskan oleh Pihak Menuntut, Pihak Menuntut telahpun menjelaskan beliau telah meluluskan cuti tersebut atas rasa perikemanusiaan memandangkan anak dan isteri Chef Tarso yang telah jatuh sakit dan perkara ini telahpun dimaklumkan kepada pihak sumber manusia. Pihak Syarikat tidak mengalami apa-apa kerugian kerana Pihak Menuntut telah mengambil alih semua kerja-kerja Chef Tarso dalam tempoh Chef tarso bercuti. Insiden 20 56. Pihak Menuntut telahpun menjelaskan bahawa beliau terpaksa membatalkan pesanan udang yang dibuat oleh Schlumberger memandangkan ketiadaan stok udang ketika itu tambahan pula harga yang diberikan adalah terlalu rendah untuk membolehkan menu udang dimasukkan dalam senarai makanan yang ditempah. Walaupun Pihak Menuntut telah diarah keluar dari dapur, namun atas rasa tanggungjawab, beliau masih meneruskan kerja beliau untuk menyediakan tempahan makanan yang telah dipesan bagi memastikan Hari Keluarga Schlumberger berjalan dengan lancar. Pihak Syarikat tidak menerima sebarang aduan dari pelanggan dan ini menunjukkan pelanggan berpuashati dengan perkhidmatan yang telah beliau berikan. 38

Insiden 21 57. Berkaitan dengan punch cardnya yang dikatakan telah hilang, Pihak Menuntut menjelaskan bahawa punch card tidak sepatutnya hilang kerana ianya terletak di pondok dimana sentiasa terdapat pihak sekuriti yang bertugas di situ. Selain dari itu adalah diluar kawalan Pihak Menuntut sekiranya punch card beliau telah diambil oleh pihak sumber manusia atas arahan Pengurus Operasi. Insiden 22 58. Pihak Menuntut dikatakan telah membenarkan isterinya masuk ke bahagian dapur pada 17.8.2009, tetapi tiada sebarang bukti yang dikemukakan oleh pihak Syarikat untuk membuktikan bahawa isteri Pihak Menuntut telah masuk ke bahagian dapur. Insiden 23 59. Pihak Syarikat menyatakan Pihak Menuntut telah mengambil cuti dari 10.8.2009 sehingga 16.8.2009 tanpa kelulusan, namun begitu tiada sebarang bukti kukuh yang dikemukakan untuk menyokong dakwaan mereka ini. Insiden 24 60. Berkaitan dengan Jamuan Makan Malam pada 20.8.2009 oleh BP Shipcare Sdn. Bhd. dimana dikatakan makanan yang dihidangkan pada malam itu iaitu ayam masak merah terlebih masak dan kari daging yang manis, sekali lagi tiada sebarang bukti yang dikemukakan oleh Syarikat mengenai aduan yang diterima oleh pelanggan berkaitan dengan hidangan yang disediakan. Oleh itu adalah jelas menunjukkan dakwaan ini adalah dakwaan kosong semata-mata yang sengaja direka untuk menjatuhkan Pihak Menuntut. 39

Insiden 25 61. Pihak Menuntut menjelaskan apabila surat penggantungan kerja dibacakan kepadanya, beliau akur dengan arahan untuk mengosongkan pejabatnya dan semasa beliau sedang mengemas barang-barangnya, pihak polis datang dan setelah beliau menjelaskan perkara yang sebenarnya, pihak polis terus berlalu pergi dari situ tanpa berkata apa-apa dan tiada sebarang tindakan pun yang diambil oleh pihak polis. 62. Sebagai kesimpulannya Syarikat menyatakan Pihak Menuntut didapati telah tidak memperdulikan segala surat-surat tunjuk sebab yang diserahkan kepadanya dan menunjukkan sikap perselisihan dan menimbulkan masalah dengan kakitangan Syarikat walaupun setelah diserahkan dengan surat penggantungan kerja. Disamping itu Syarikat juga mendakwa Pihak Menuntut telah gagal menjalankan tugasnya sebagai Head Chef apabila beliau gagal memastikan makanan yang disediakan olehnya adalah berkualiti dan mengikut standard dari seorang Chef yang berpengalaman. 63. Adalah tidak dinafikan bahawa Pihak Menuntut telah bekerja di beberapa hotel dan berpengalaman sebagai Chef selama 20 tahun. Beliau telah dibawa oleh COW-3 dari Semenanjung ke Syarikat berdasarkan kepada pengalamannya supaya beliau dapat melakukan pembaharuan kepada Syarikat. Beliau telah mula bekerja dengan Syarikat sebagai Chef pada 7.10.2007 dan mulai dari tarikh itu sehinggalah tahun 2009, tidak ada sebarang aduan yang diterima mengenai masakan yang dihidang oleh Pihak Menuntut. Syarikat juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan prestasi kerja dan sikap Pihak Menuntut sebelum ini. Sekiranya Pihak Menuntut adalah seorang pekerja yang tidak professional, tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan, tidak mempunyai attitude dan tidak menunjukkan tahap kerja sepertimana yang diharapkan darinya, maka sudah tentu masalah ini akan timbul sejak dari awal lagi dan sudah tentu Syarikat akan mengambil tindakan yang sewajarnya ketika itu. Namun begitu dalam kes ini setelah 2 tahun Pihak Menuntut berkhidmat dengan Syarikat, barulah Syarikat membangkitkan segala dakwaan terhadap Pihak Menuntut. Pihak Menuntut 40

telah dibawa ke Syarikat oleh COW-3 berdasarkan pengalamannya yang luas sebagai seorang Chef, jadi adalah tidak munasabah Pihak Menuntut mempunyai prestasi yang tidak memuaskan, tidak professional, tidak mempunyai attitude dan sebagainya kerana jika benar dakwaan Syarikat itu, maka sudah tentu Pihak Menuntut tidak akan di bawa ke Syarikat untuk melakukan pembaharuan kepada Syarikat. Oleh itu kesimpulan yang dapat dibuat adalah masalah mula timbul dalam tahun 2009 apabila Pengurus Operasi yang tidak berpuashati dengan Pihak Menuntut dan kemudiannya sengaja mencari atau mereka kesalahan untuk menunjukkan Pihak Menuntut seorang yang tidak professional dan gagal melaksanakan tanggungjawabnya sepertimana yang diharapkan darinya. 64. Selain dari itu Mahkamah juga mendapati ketiga-tiga saksi yang dikemukakan oleh Syarikat dalam perbicaraan ini tidak mempunyai pengetahuan secara peribadi mengenai semua aduan yang dibuat terhadap Pihak Menuntut. Saksi-saksi yang terlibat dalam aduan-aduan tersebut telah gagal dikemukakan untuk memberi keterangan di Mahkamah untuk menyokong segala dakwaan yang dibuat oleh Syarikat terhadap Pihak Menuntut. Walaupun COW-1 dalam keterangannya menyatakan beliau telah mengeluarkan iklan keatas 10 orang bekas pekerja Syarikat yang mempunyai pengetahuan mengenai dakwaan-dakwaan terhadap Pihak Menuntut (COE-1 dan COE-2), namun begitu Mahkamah berpendapat pengiklanan sahaja adalah tidak mencukupi untuk menunjukkkan usaha Syarikat untuk mendapatkan saksi-saksi tersebut. Syarikat sudah tentu mempunyai alamat terakhir pekerja-pekerja tersebut dan Syarikat juga boleh mendapatkan alamat terkini saksi-saksi tersebut dari Pejabat Pendaftaran Negara dan seterusnya boleh memohon untuk mengeluarkan sapina keatas saksi-saksi tersebut. Malangnya Syarikat gagal melakukan perkara ini dan kegagalan untuk mengemukakan saksi-saksi ini adalah sesuatu yang fatal kerana hanya saksi-saksi tersebut sahaja yang mempunyai pengetahuan peribadi atas segala dakwaan yang dikenakan terhadap Pihak Menuntut. 65. Selain dari itu berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah berpendapat Pengurus Operasi iaitu Encik Tan 41

Chong Yew merupakan saksi penting dalam kes ini kerana beliau yang bertanggungjawab menyelia kerja Pihak Menuntut. Syarikat gagal mengemukakan saksi ini. COW-3 dalam keterangannya menyatakan saksi ini tidak dapat hadir ke Mahkamah kerana beliau kurang sihat. Malangnya tidak ada sijil cuti sakit mahupun sebarang surat dari pegawai perubatan yang dikemukakan untuk mengesahkan bahawa saksi ini sememangnya tidak dapat hadir ke Mahkamah atas sebab kesihatan. Oleh itu kesimpulan yang boleh dibuat oleh Mahkamah adalah bahawa Syarikat sebenarnya enggan mengemukakan saksi-saksi tersebut kerana ditakuti keterangan mereka tidak akan memihak kepada Syarikat. 66. Sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini, dalam kes ini Syarikat telah mengeluarkan satu surat tunjuk sebab bertarikh 3.9.2009 kepada Pihak Menuntut yang melampirkan senarai insiden-insiden yang didakwa telah dilakukan oleh Pihak Menuntut. Persoalannya adalah mengapa Syarikat perlu menunggu sehingga bulan September untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab bagi salah laku-salah laku yang dikatakan telah dilakukan sejak dari bulan Januari 2009 lagi. Syarikat juga telah mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut setelah Pihak Menuntut mengemukakan jawapan dan penjelasannya kepada alegasi-alegasi yang dikenakan keatasnya. Syarikat tidak menjalankan sebarang siasatan untuk menyiasat segala dakwaan-dakwaan tersebut. 67. Syarikat juga menyatakan prestasi kerja Pihak Menuntut adalah tidak memuaskan dimana makanan yang disediakan oleh Pihak Menuntut adalah tidak berkualiti dan tidak mengikut standard yang diharapkan darinya. Walau bagaimanapun tidak ada secebis keterangan pun yang dikemukakan untuk menunjukkan Pihak Menuntut telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan seterusnya peluang yang secukupnya telah diberikan kepada Pihak Menuntut untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasinya. Atas alasan ini sahaja Mahkamah mendapati pembuangan kerja Pihak Menuntut adalah sesuatu yang tidak wajar. 42

68. Berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan diatas, Mahkamah mendapati Syarikat telah gagal membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa Pihak Menuntut telah melakukan kesalahan-kesalahan/insideninsiden seperti yang dinyatakan dalam surat tunjuk sebab bertarikh 3.9.2009, dengan itu penamatan kerja Pihak Menuntut telah dibuat tanpa sebab atau alasan yang adil. Kesimpulan 69. Setelah menilai segala keterangan dan hujahan bertulis yang dikemukakan secara menyeluruh dan bertindak mengikut ekuiti, perasaan nurani dan merit kes, Mahkamah mendapati Syarikat telah gagal membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa penamatan kerja Pihak Menuntut telah dibuat dengan sebab atau alasan yang adil. Remedi 70. Setelah mendapati pembuangan kerja Pihak Menuntut adalah tanpa sebab atau alasan yang adil, maka adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah seterusnya untuk memutuskan berkaitan dengan jenis remedi yang bersesuaian yang perlu diawardkan kepada Pihak Menuntut. 71. Pihak Menuntut dalam Pernyataan Kesnya telah memohon kepada Mahkamah untuk satu perintah agar beliau dikembalikan semula ke jawatan asal beliau tanpa kehilangan kekananan dan lain-lain faedah. Namun begitu setelah mengambilkira keterangan yang dikemukakan, jelas menunjukkan terdapat perhubungan yang tidak baik antara Pihak Menuntut dengan Syarikat, oleh itu Mahkamah berpendapat remedi ini adalah tidak wajar dan tidak sesuai dalam keadaan dan fakta kes ini dan ianya adalah tidak seiring dengan keharmonian perusahaan. Oleh itu Mahkamah berpendapat award pampasan dalam bentuk kewangan adalah lebih sesuai. 43

72. Mahkamah Rayuan dalam kes Koperasi Serbaguna Sanya Bhd v Dr James Alfred (Sabah) & Anor [2002]3 CLJ 758 telah memutuskan seperti berikut: In Industrial Law, the usual remedy for unjustified dismissal is an order of reinstatement. It is only in rare cases that reinstatement is refused. For example, as here, where the relationship between the parties had broken down so badly that it would not be conducive to industrial harmony to return the workman to his place of work. In such a case, the Industrial Court may award monetary compensation. Such an award is usually in two parts. First, there is the usual award for the arrears of wages, or back wages, as it is sometimes called. It is to compensate the workman for the period that he has been unemployed because of the unjustified act of dismissal. Second, there is an award of compensation in lieu of reinstatement. 73. Sementara dalam kes Hotel Jayapuri v. National Union of Hotel Bar & Restaurant Workers [1980] 1 MLJ 105, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan sekiranya terdapat asas undang-undang untuk membayar pampasan, maka persoalan berkaitan dengan jumlah pampasan tersebut adalah terletak di bawah budibicara Mahkamah itu untuk menetapkannya di bawah Seksyen 30(5) Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Bayaran Gaji Kebelakang 74. Pihak Menuntut mula bekerja dengan Pihak Syarikat mulai 7.10.2007 dan pada masa pembuangan kerja, beliau telah berkhidmat hampir 2 tahun. Gaji terakhir Pihak Menuntut pada masa pembuangan kerja adalah RM 4600.00 sebulan. Adalah menjadi amalan Mahkamah apabila mengawardkan bayaran gaji kebelakang, bayaran ini hendaklah tidak melebihi 24 bulan dari tarikh pembuangan kerja tersebut dengan berdasarkan kepada gaji terakhir Pihak Menuntut yang telah di buang kerja tanpa sebab atau alasan yang adil seperti yang digariskan dalam Jadual Kedua Akta. Selain dari itu sekiranya terdapat pendapatan selepas pembuangan kerja, maka Mahkamah boleh membuat penolakan sebahagian dari bayaran gaji kebelakang tersebut. Pihak Menuntut menyatakan beliau tidak bekerja lebihkurang setahun selepas pembuangan kerja ini kerana beliau hanya mahir dalam bidang masakan. Setelah beberapa 44