KONSEP TA AWUN DALAM PENULISAN ILMIAH MENURUT AL-QURAN

Similar documents
The Concept of Ta awun in the Scientific Writing according to Al-Quran

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Amar Makruf Nahi Mungkar

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

Takrifan Etika ethos

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

PERANAN WANITA ISLAM DALAM MENYAMPAIKAN MESEJ DAKWAH KEPADA MASYARAKAT MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

Aplikasi Konsep Ta awun Dalam Praktis Kerja Sosial di Malaysia

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

ABSTRAK. Kata kunci: Al-Hazf, Al-Quran.

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

KONSEP HALALAN TAYYIBA DALAM MAKANAN MENURUT MUFASSIR

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

KONSEP DAN HAK JIRAN DI DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH: SATU KAJIAN

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)

KONSEP RABBANI DALAM GERAK KERJA PENYELIDIKAN

Ulasan Buku / Book Review

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

Transcription:

Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018 International Seminar on al-quran in Contemporary Society 2018 Penyunting: Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Tengku Fatimah Muliana Tengku Muda, Syh Noorul Madihah Syed Husin, Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Sumayyah Abdul Aziz, Nooraihan Ali, Kamaruddin Awang Mat, Azzyati Mohd Nazim, Nadhirah Nordin, Raja Hazirah Raja Sulaiman & Noorsafuan Che Noh Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ISBN 978-967-0899-96-1 (2018), http: //www.fki.unisza.edu.my KONSEP TA AWUN DALAM PENULISAN ILMIAH MENURUT AL-QURAN NURUL SYAFIQAH MAZLAN & WAN MOHD KHAIRUL FIRDAUS WAN KHAIRULDIN Abstrak: Perkongsian nama dalam penulisan merupakan satu amalan yang tidak asing pada masa kini. Umumnya, amalan ini berlaku dalam kalangan ahli akademik bagi memenuhi keperluan pelaksanaan KPI. Namun, sejauh manakah perkongsian yang dilakukan menepati kehendak syarak? Adakah perkongsian yang terjadi sekadar memenuhi keperluan perkongsian nama dalam penulisan tanpa sebarang panduan selari dengan konsep ta wun yang terdapat di dalam al-quran? Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti konsep ta awun menurut pandangan mufassir. Tambahan pula, kertas kerja ini bertujuan menganalisis konsep ta wun dalam penulisan ilmiah. Bagi merealisasikan tujuan tersebut, kajian perpustakaan digunakan melalui kaedah pengumpulan data. Manakala, kaedah analisis kandungan diaplikasikan dalam penganalisisan data. Hasilnya, dapatan awal menjelaskan bahawa perkongsian nama dalam penulisan merupakan amalan yang sering berlaku dalam kalangan sesetengah ahli akademik. Dapatan awal juga menunjukkan terdapat perkongsian yang berlaku dengan tidak mengikut kehendak syarak sehingga menimbulkan perlakuan yang bertentangan ayat al-quran. Kata kunci: ta awun, perkongsian, penulisan ilmiah, ahli akademik PENGENALAN Sejarah penulisan telah lama bermula dan terus berkembang sehingga kini. Amalan ini tidak pernah terhenti dan masih aktif walaupun telah lama berlaku. Perkara ini adalah kerana kebanyakan panduan penulisan turut berkait rapat dengan pembukuan al-quran sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat RA. Sahabat RA memastikan hafalan mereka terjaga dengan menulis pada kulit binatang dan tumbuhan (Mana Qattan, 2007; Mohd Muhiden Abd Rahman, 2004). Persamaannya adalah amalan penulisan yang masih berlaku sehingga kini namun yang membezakannya adalah alatan yang digunakan untuk menulis telah menjadi moden. Nabi Muhammad SAW, para Sahabat RA dan ulama-ulama juga turut menulis mengikut kepada tuntutan atau keperluan masing-masing. Zaman kini legasi penulisan tersebut masih diteruskan oleh penyelidik dalam kalangan ahli akademik dalam menyampaikan ilmu. Ahli akademik yang beragama Islam mestilah memenuhi tuntutan penyelidikan Islam dalam melaksanakan sesuatu penyelidikan atau penulisan. Peningkatan taraf pendidikan dapat meningkatan permintaan terhadap karya akademik. Menurut Zulkifli Abd. Latiff (2013), penulisan akademik merupakan antara perkara penting dalam membuat sesuatu penilaian aspek pengajaran dan pembelajaran. Manakala Strongman (2014) memandang penulisan akademik sebagai persembahan kesenian melalui pembacaan yang strategik dan kajian yang teratur. Penulisan akademik turut terhasil melalui perkongsian yang dilakukan dalam penulisan. Perkongsian berlaku dengan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam sesebuah penulisan dan memberi sumbangan yang sewajarnya. Perletakan nama dalam penulisan yang dikongsikan perlulah disertai dengan tenaga kerja yang dilakukan secara bersama dan mengelakkan daripada hanya sebahagian daripada mereka yang melakukan 363

Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 tugasan. Manakala perkara lain yang membezakan hanyalah menumpang nama sahaja. Perkara ini adalah menyalahi etika penulisan yang sebenar. Sebahagian daripada mereka menganggap perletakan nama dalam penulisan ilmiah tanpa usaha adalah salah satu daripada konsep tolong-menolong. Mereka juga turut beranggapan perbuatan tersebut sebagai penghargaan terhadap rakan atau atas dasar persahabatan. Oleh itu, kertas kerja ini memberikan kefahaman mengenai kaedah ta awun sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam al-quran. METODOLOGI KAJIAN Kertas kerja ini menggunakan kajian perpustakaan sebagai metodologi kajian. Kaedah pengumpulan data telah ditetapkan dengan khusus agar kertas kerja ini lebih tersusun dan bersistematik. Bagi mendapatkan data-data, kaedah analisis digunakan. Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2012), kaedah analisis data adalah kaedah bagi mendapatkan maklumat yang benar dan logik berbentuk dokumen daripada bahan yang bercetak. Bagi merealisasikan objektif kertas kerja ini, pengumpulan data berlaku dengan menganalisis dokumen daripada sumber klasik terutamanya kitab-kitab tafsir seperti tafsi Ibn Kathir, Tafsir al- Qurtubi, Tafsir al-azhar, Aisar al-tafasir dan Tafsir al-sa di. Pemihan tafsir-tafsir tersebut adalah berdasarkan kepada pengarang kitab yang juga ahli mufassirnya yang mu tabar. Setelah mengumpulkan data yang dikehendaki, data tersebut perlu dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis dokumen. Menurut Krippendorff (2004) dan Rohana Yusof (2004), cara penyelidikan dengan melakukan kesimpulan secara tersusun objektif melalui data-data yang berbentuk dokumen adalah merujuk kepada kaedah analisis dokumen. Oleh kerana data kerja kerja ini diperolehi daripada data berbentuk dokumen, maka analisis kandungan adalah kaedah yang bertepatan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan konsep ta awun dalam penulisan ilmiah menurut al-quran. ANALISIS DAPATAN KAJIAN Kertas kerja ini membahagikan kepada dua perbincangan. Pertama, mengenal pasti konsep ta awun menurut pandangan mufassir. Kedua, menganalisis konsep ta wun dalam penulisan ilmiah. Ta awun didefinisikan sebagai pembentukan satu kumpulan bagi melakukan sesuatu perkara bagi mendapatkan faedah bersama tanpa berhajat kepada perantaran pihak-pihak tertentu (Mu jam Wajiz, 1980). Manakala menurut Mu jam Wasit (2004), ta awun ialah saling membantu antara sama lain. Kedua-dua takrif ini adalah menunjukkan bahawa ta awun adalah merujuk kepada sikap tolong menolong melibatkan lebih dua individu atau lebih. Konsep Ta awun Menurut Pandangan Mufassir Ta awun atau tolong menolong adalah amalan yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian. Keharusan untuk melakukan amalan ini adalah berdasarkan kepada ayat suci al- Quran. Terdapat beberapa ayat dalam al-quran yang menjelaskan mengenai konsep ta awun. Namun, ayat dua dalam surah al-maidah jelas menceritakan mengenai konsep ta awun. Firman Allah SWT: 364

ث م و ٱل ع د و ن و ت ع او ن وا ع ل ى ٱلب ر و ٱلت ق و ى و ل ت ع او ن وا ع ل ى ٱ ل Maksudnya: Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa- Nya (al-maidah, 5: 2) Ibn Kathir (2000), Al-Qurtubi (2006). dan Abdurrahman Nashir as-sa di (2007), menjelaskan ayat kedua surah al-maidah sebelum ini adalah mengenai perintah Allah SWT untuk menghulurkan sebarang bentuk bantuan dalam perkara kebajikan dan kebaikan. Kebajikan merujuk kepada tingkah laku, secara zahir dan batin serta mendapat keredhaan Allah SWT. Ketaqwaan di sini membawa maksud perbuatan menjauhi segala tingkah laku zahir dan batin yang tidak disukai oleh Allah SWT. Abdurrahman Nashir as-sa di (2007) menambah, setiap daripada suruhan Allah SWT perlulah dilaksanakan dan setiap larangan- Nya mestilah dijauhi. Bagi melaksanakan tuntutan tersebut, bantuan daripada orang sekeliing seperti saudara mara perlulah terlibat sama melalui nasihat yang berguna ataupun bantuan berbentuk fizikal dan sebagainya. Taqwa juga merangkumi permasalahan agama secara kesuluruhan. Allah SWT memerintahkan supaya orang-orang beriman untuk bertaqwa kepadanya. Allah SWT turut memrintahkan agar mentaati perintah-nya, perintah Rasul-Nya dan meninggalkan segala larangan-nya. Manusia seharusnya bertaqwa bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT (Abu Bakar Jabir al-jazairi, 2007). Di samping itu, Allah SWT memberi peringatan dan anjuran supaya hidup tolong menolong dalam melakukan ibadah haji di Makkah selain menganjurkan untuk mempraktikkan tingkah laku yang baik. Antaranya adalah seperti mendahulukan ibu bapa dalam setiap perkara, menghormati orang lain dan berbuat baik kepada orang miskin dan anak yatim (HAMKA, 1982). Hal ini menunjukkan pelbagai kebaikan dapat dilakukan melalui kaedah tolong-menolong. Namun, dalam masa yang sama, umat Islam juga ditegah untuk memberikan bantuan dalam perkara yang membawa kepada keburukan seperti membawa kepada dosa. Oleh yang demikian, sikap saling tolong-menolong dalam sesuatu perkongsian yang dilakukan haruslah sesuatu yang membawa kepada kebaikan dan menghidari perkara yang membawa kepada keburukan (Al-Qurtubi, 2006; al-sa di, 2007; al-jazairi, 2007). Konsep ta awun juga mempunyai persamaan dengan konsep perkongsian. Amalan perkongsian banyak diamalkan dalam kehidupan manusia. Sudah menjadi satu kebiasaan apabila perkongsian berlaku dalam bidang muamalat. Manusia bermuamalat bagi memudahkan urusan antara satu lain. Namun, perkongsian tidak tertumpu kepada bidang muamalat sahaja tetapi juga dalam bidang-bidang lain termasuklah bidang akademik melibatkan penulisan. Kepentingan perkongsian dibuktikan oleh ayat Al-Quran. Al-Quran merupakan sumber utama bagi umat Islam. Allah SWT berfirman dalam dalam dua surah iaitu an-nisa dan surah Saad mengenai kepentingan perkongsian. Firman Allah SWT, و إ ن ك ث ير ا م ن ٱلخ ل ط ا ء ل ي ب غ ي ب ع ض ه م ع ل ى ب ع ض إ ل ٱل ذ ين ء ام ن وا و ع م ل وا ٱلص ل ح ت و ق ل يل م ا ه م Maksudnya: Dan sesungguhnya kebanyakan orang yang berkongsi itu sebahagian mereka berbuat zalim kepada sebahagian yang lain, kecuali orangorang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh; dan amat sedikit mereka ini. (Shaad, 38: 24) 365

Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 Menurut, al-tabari (2001), ayat sebelum ini menjelaskan mengenai perkongsian berlaku dengan cara mencampurkan harta antara pihak yang berkongsi. Percampuran terjadi sehingga tidak dapat dibezakan hak antara satu sama lain. Pembahagian yang sama rata diperolehi daripada percampuran tersebut. Perkara ini akan menjejaskan perkongsian dan timbul penganiayaan serta kezaliman dalam perkongsian. Justeru, keadaan seperti ini perlulah dijauhi agar perkongsian yang dijalankan menguntungkan bagi semua pihak yang terlibat. Firman Allah SWT dalam surah al-nisa : ف ه م ش ر ك ا ء ف ي ٱلث ل ث Maksudnya: Maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga (An-Nisa,4: 12) Ayat sebelum ini menjelaskan mengenai pewarisan harta pusaka dalam kalangan ahli waris. Setiap ahli waris yang mempunyai hak dalam pewarisan harta tersebut perlu mempunyai kesepakatan terhadap harta tersebut (Muhammad Ahmad Isawi, 2009). Perkara ini membuktikan bahawa perkara yang memudaratkan, contohnya seperti persengketaan. Hal ini akan membawa kepada permusuhan antara ahli waris. Harta yang ditinggalkan bukan untuk menimbulkan kemudaratan, tetapi untuk dikongsikan secara bersama. Islam menyeru umatnya untuk melakukan kebaikan. Perkongsian adalah salah satu amalan yang membawa kepada kebaikan selagi mana menepati kehendak syarak. Perkongsian yang didasari dengan keadilan dan kesamarataan amatlah dituntut bagi mencapai kesepakatan bersama. Manakala perkongsian yang hanya menguntungkan sebelah pihak atau pihak-pihak tertentu sahaja perlulah dihindari.perkongsian juga menepati konsep ta awun yang mana wujud konsep tolong-menolong dalam melakukan sesuatu perkara. Berdasarkan kepada perbincangan di atas, satu rajah dihasilkan sebagai penerangan yang ringkas kepada perbincangan tersebut. Rajah 1: Konsep ta awun dalam Islam 366

PERBINCANGAN Melalui konsep ta awun menurut pandangan mufassir, empat konsep dipecahkan daripada perbincangan tersebut iaitu niat kerana Allah SWT, mendapatkan keredhaan Allah SWT, bertaqwa kepada Allah SWT serta tolong menolong perkara yang membawa kepada kebaikan. Konsep yang pertama ialah niat kerana Allah SWT. Setiap perkara yang kita lakukan perlulah bermula dengan niat. Tanpa niat, perkara yang dilakukan hanyalah sia-sia kerana tidak mempunyai tujuan yang khusus. Bagi umat Islam, niat dalam melakukan sesuatu amalan atau ibadah mestilah semata-semata kerana Allah SWT. Dalam mengamalkan konsep ta awun, niat dalam menghulurkan sebarang pertolongan adalah kerana Allah bukan kerana sikap menunjuk-nunjuk. Begitu juga dengan penulisan ilmiah mestilah disertai dengan niat kerana Allah. Setiap penulisan yang baik dapat dihasilkan dengan permulaan niat yang baik. Penulisan yang dilakukan juga adalah ikhlas dilakukan kerana Allah SWT dan bukannya mengharapkan sesuatu daripada manusia seperti pujian. Pujian yang diperolehi akan mengangkat diri menjadi lebih sombong dan beranggapan bahawa setiap perkara yang dilakukan adalah dengan usaha diri sendiri bukannya dengan pertolongan daripada Allah SWT. Konsep yang kedua ialah mendapatkan keredhaan Allah SWT. Sesuatu yang dilakukan dalam kehidupan bertujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Apabila melakukan sesuatu perkara hendaklah dilakukan dengan penuh kesungguhan bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT. Keberkataan akan diperolehi melalui keredhaan Allah SWT. Jadi, dengan mengamalkan konsep ta awun, keberkataan hidup boleh dicapai dengan keredhaan daripada Allah SWT. Setiap penulisan yang dilakukan adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Penulisan yang baik dan bermanfaat akan diperolehi melalui keredhaan tersebut. Sekiranya penulisan dilakukan untuk mendapatkan pujian atau memenuhi kehendak manusia sematamata, akan bertentangan dengan konsep ta awun tersebut. Pertentangan ini akan mengundang kemurkaan Allah SWT. Penulisan yang dilakukan juga mengundang perkaraperkara yang negatif. Selain itu, konsep yang seterusnya ialah bertaqwa kepada Allah SWT. Taqwa merupakan salah satu sikap terpuji yang perlu ada dalam diri setiap individu. Melakukan tingkah laku yang baik juga adalah satu cara untuk menunjukkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Tingkah laku baik dengan menghulurkan pertolongan dapat meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Ketaqwaan kepada Allah SWT juga penting dalam melakukan sesuatu penulisan. Apabila sifat taqwa wujud dalam diri, segala perkara yang buruk dapat dihindari. Taqwa seumpama benteng yang dapat menahan diri daripada perkara buruk berlaku dalam penulisan seperti mencuri hasil karya orang lain tanpa pengetahuannya, penipuan dalam penulisan dan sebagainya yang dapat meruntuhkan nilai moral seseorang. Konsep yang terakhir ialah tolong-menolong kepada perkara yang membawa kepada kebaikan. Setiap kebaikan yang dilakukan diberi ganjaran kebaikan kepadanya, begitu juga dengan keburukan yang dilakukan akan diberikan ganjaran yang setimpal dengan kelakuannya. Tolong menolong kepada kebaikan bukan sahaja bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT dan meningkatkan ketaqwaan dalam diri tetapi juga meringankan beban orang yang benar-benar memerlukan. Penulisan ilmiah adalah satu bentuk penulisan yang mempunyai nilai dan manfaat yang tinggi kepada penulis dan pembaca. Bagi penulisan ilmiah, seseorang yang membantu rakannya lain perlulah menfokuskan kepada hasil yang baik. Sekiranya tolong- 367

Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 menolong kepada perkara yang tidak membawa kebaikan kepada syarak, tidak dikira dalam bentuk kebaikan walaupun dia berbuat baik kepada orang tersebut. Contohnya, apabila berlaku kenaikan pangkat dengan pertolongan daripada orang lain, bukan dengan usahanya adalah sesuatu bertentangan dengan kehendak syarak. Justeru, keempat-empat konsep ini menjelaskan tentang kepentingan konsep ta awun yang terdapat dalam Islam. Konsep tersebut juga boleh diamalkan dalam penulisan ilmiah bagi menghasilkan penulisan baik selari dengan tuntutan syarak. Penulisan yang baik dapat menghasilkan sesuatu berguna bukan sahaja kepada penulisan malahan masyarakat sekeliling juga turut berpeluang mendapatkan manfaat daripadanya. Berikut merupakan jadual bagi penerangan ringkas hubungan di antara konsep ta awun dan penulisan ilmiah. KESIMPULAN Jadual 1: Hubungan konsep ta awun dan penulisan ilmiah Bil Konsep Ta awun Penulisan Ilmiah 1. Niat kerana Allah SWT Niat kerana Allah SWT dan tidak mengharapkan sesuatu daripada manusia. 2. Mendapatkan keredhaan Allah SWT Setiap penulisan yang dilakukan mestilah dilakukan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT bukannya pujian atau paksaan daripada manusia. 3. Bertaqwa kepada Allah SWT 4. Tolong-menolong kepada perkara kebaikan Kesimpulannya, konsep ta awun adalan harus diamalkan dalam Islam. Terdapat ayat al- Quran yang menunjukkan keharusan untuk mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain. Pertolongan tersebut diharuskan kepada perkara-perkara kebaikan sahaja bukannya perkara yang bertentangan dengan ajaran al-quran. Di samping itu, penulisan ilmiah merupakan satu aktiviti yang mempunyai manfaat yang besar. Konsep ta awun boleh diaplikasikan dalam penulisan dengan mengikut konsep yang telah dijelaskan. Amalan ini dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada individu tertentu, tetapi dapat memenuhi keperluan penulisan dan masyarakat sekeliling juga turut mendapat manfaat daripadanya seperti penyebaran ilmu pengetahuan hasil daripada konsep ta awun. Masing-masing saling melengkapi antara satu sama lain seperti kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Rujukan Penulisan yang baik dapat dihasilkan apabila seseorang itu mempunyai sifat taqwa kepada Allah. Sifat ini dapat menghalang daripada perkara negatif berlaku dalam penulisan. Bagi penulisan ilmiah, dalam membantu orang lain perlulah melihat kepada kebaikan yang terdapat padanya dan tidak bertentangan dengan kehendak syarak. Abi Abdillah Muhammad Ahmad Abi Bakrin al-qurtubi. (2006). Al-Jami lil Ahkam Al-Qurtubi. Beirut: Mua asasah Al-Risalah. Abdul Malik Karim Amrullah. (1982). Tafsir Al-Azhar. Indonesia: Panji Masyarakat. Abdulrrahman Nashir al-sa di. (2007). Tafsir Al-Sa di. Terj. Muhammad Iqbal. Jakarta: Darul Haq. Abu Bakar Jabir al-jazairi. (2007). Tafsir Al-Aisar. Jakarta: Darus Sunnah Press. Al-Tabari, Abi Ja far Muhammad ibn Jarir. (2001). Tafsir al-tabari jami al-bayan an ta wil ay al-quran. Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi. Hakim Abbas. (2013). Ethical Theories in Islam. New Delhi: Random Publications. Hayland, K. (2002). Authority and invisibility: Autoral indentity in academic writing. Journal of pragmatics, 34(8), 1091-1112. 368

Ibn Kathir, Ismail Ibn Umar. (2000). Tafsir Ibn Kathir. Riyadh: Dar al-salam. Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Penyelidikan Kualitatif Dalam Sains Sosial. Johor Bharu: Universiti Teknologi Malaysia. Krippendorff, Klaus.(2004). Content Analysis: An Introduction to Its Methodology. California. SAGE Publications Ltd.. Mana Qattan. (2007). Mabahith fi Ulum al-quran. Kaherah: Maktabah Wahbah. Mohd. Muhiden Abd. Rahman. (2004). Sejarah Penulisan dan Pembukuan Hadith. Jurnal Usuluddin, 19, 115-138. Muhammad Ahmad Isawi. (2009). Tafsir Ibnu Mas ud. Terj. Ali Murtadho Syahudi. Jakarta: Pustaka Azzam. Muhammad Ahmad Isawi. (2009). Tafsir Ibnu Mas ud. Terj. Ali Murtadho Syahudi. Jakarta: Pustaka Azzam. Muhammad Syukri Salleh. (4 Julai 2011). Sindrom Boncengan Gratis dalam Dunia Akademik. Utusan Malasia. Diakses daripada http:www.utusan.com.my pada 15 Julai 2018. Rohana Yusof. (2004). Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: PTS Pub;ications & Distributors. Strongman, Luke. (2014). Academic Writing. Cambridge Scholars Publising. Zulkifli Abd. Latiff. (2013). Pengaruh Visi dan Misi Terhadap Pembentukan Dasar dan Amalan Penerbitan Unversiti: Satu Analisis. Dalam Prosiding International Conference on Social Research, ICSSR 2013. Pada 4-5 Jun, Pulau Pinang. Mu jam Al-Wasit. (2004). Majma Lughatul Al- Arabiyah. Al-Maktabah Al-Syaruk Al-Dauliyah. Mu jam Wajiz. (1980). Majma Al-Lughatul Al- Arabiah. 369