SIARAN AKHBAR MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1438H / 2017M ANJURAN YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

Similar documents
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SPEECH TEXT BY DR GRAHAEME HENDERSON MANAGING DIRECTOR BRUNEI SHELL PETROLEUM COMPANY SDN BHD BRUNEI ENVIRONMENT CONFERENCE 2005

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

WADAH PERPUSTAKAAN bruneilibraryassociation.wordpress.com

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

BULETIN JABATAN PENGAJIAN AM

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. MAZLAN YUSOFF PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA WACANA TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

JABATAN PENGAJIAN AM. Laporan Jabatan Pengajian Am

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Islamic Governance: Strategies for Relevance 1

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MATA PELAJARAN UMUM (MPU) PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN HOLISTIK. Universiti Selangor (UNISEL)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

EDISI KHAS Ulangtahun Ke 80 BSP

02-03 August 2017, Indera Samudra Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

LAPORAN PENYERTAAN STAFF DAN PELAJAR PSIS DI THAILAND ULTIMATE CHEF CHALLENGE, THAIFEX 2017, BANGKOK, THAILAND

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Pengajian Tarannum Sebelum Dan Semasa Era Datuk Hajjah Faridah Binti Mat Saman

Kandungan Laporan Tahunan 2017

VISI MISI. Berkhidmat kepada Negara Brunei Darussalam sebagai institusi kewangan utama melalui penyelesaian Islam

mengutamakan nilai-nilai kepimpinan,

01-02 August 2017, Indera Samudra Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club

Kandungan. Kandungan Laporan Tahunan BIBD A02 A06 A10 A12 A14 A18 A24

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera

SUMBANGAN QARIAH WANITA DALAM BIDANG TARANNUM AL-QURAN DI NEGERI TERENGGANU

Bahasa Dalam: Continuity, Change and Preservation

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PROFIL KORPORAT. Corporate Profile

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

BULETIN MARPA Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (Malaysian Radiation Protection Association)

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KERTAS KONSEP SEMINAR PELANCONGAN IMT-GT MEMANFAATKAN POTENSI PELANCONGAN SEBAGAI SUMBER PERTUMBUHAN BARU DI BAWAH KERANGKA KERJA PELANCONGAN IMT-GT

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

01-02 August 2017, Indera Samudra Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

& International Food Festival

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SENARAI BUKU DI BUAT KATALOG PADA BULAN MEI 2018

Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Haji Zainul Ariff Bin Haji Hussain, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis dan Yang Berbahagia Puan Seri.

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

KOMUNIKASI MASJID: KAJIAN TERHADAP HEBAHAN AKTIVITI MASJID AL-HASANAH BANDAR BARU BANGI KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Peranan Ngo Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal

KOPETRO KEKAL KOPERASI TERBAIK. To be a leading Cooperative with excellent business growth. volume

Recent Bahasa Books from Brunei March 2014

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

Petikan-Petikan Titah

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS ANUGERAH GEMILANG SISWA UniMAP MAC 2010

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

HHHC 9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 7) LAPORAN

e-buletin UTMSPACE EDISI 34 / 2015 BARISAN LEMBAGA PENGARAH UTMSPACE 2015

C. Sistem Persijilan Kendiri Asean dan Jendela Tunggal Asean. D. Pelanunan di laut dan penggubahan wang haram.

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM)

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

KEPERLUAN PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN PENGETAHUAN MELALUI MICROSOFT OFFICE SHAREPOINT SYSTEM (MOSS) DIKALANGAN WARGA NUKLEAR MALAYSIA.

Cabaran Sosial dalam Pelaksanaan Zakat Kalangan Masyarakat Muslim Bangkok

Welcoming Remarks and Introduction of the Book ASEAN FutureForward

WADAH PERPUSTAKAAN bruneilibraryassociation.wordpress.com

KEPERLUAN KEPADA SKIM BANTUAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) ATAU LIFELONG LEARNING UNTUK FAKIR MISKIN MENERUSI ZAKAT

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN ISLAM:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

32/,6,.(3(1'8'8.$11(*$5$1(*$5$$6($16$78 7,1-$8$1. Rahmah, M.A * 3(1*(1$/$1

Transcription:

ATTACHMENT A SIARAN AKHBAR MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1438H / 2017M ANJURAN YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH PADA : HARI ISNIN, 15 SYAWAL 1438H BERSAMAAN 10 JULAI 2017M TEMPAT : PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA (ICC), NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Alhamdulillah, dengan limpah kurnia titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu izzaddin Waddaulah ibni Al- Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) telah sekali lagi menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hari Isnin, 15 Syawal 1438H bersamaan 10 Julai 2017M bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Negara Brunei Darussalam. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis ini berserta ahli-ahli Kerabat Diraja. Majlis seumpama ini adalah merupakan kali ke-14 (empat belas) 1 dianjurkan oleh Yayasan dimana ia telah mula diadakan pada tahun 2003. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anjuran Yayasan ini mengumpulkan para peserta daripada latar belakang yang berbeza setiap tahun dalam memberikan kesempatan kepada mereka 1 Pada tahun 2009 majlis ini tidak diadakan disebabkan merebaknya penyakit H1N1 1

menyembahkan junjung kasih dalam suasana yang akrab dan meriah. Mereka ini terdiri daripada kumpulan masyarakat yang dikenalpasti dapat memberikan kepentingan dalam menjana kesejahteraan ugama, bangsa dan negara. Untuk Majlis tahun ini, dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan dengan berpandukan kepada aspirasi Baginda bagi kecemerlangan rakyat dan negara, Yayasan mengetengahkan mereka yang berjaya ( the achievers ) yang telah mencapai kecemerlangan dan menerima anugerah atau pingat diatas pencapaian dan jasa bakti mereka di dalam bidang dan lapangan tertentu sebagai peserta. Mereka ini telah mencapai kejayaan dan menerima pengiktirafan dalam pelbagai bidang samada secara individu mahupun secara berkumpulan, baik dari peringkat kebangsaan, serantau mahupun antarabangsa. Sebahagian daripada para peserta terdiri daripada tokoh, ilmuan dan jasawan dalam bidang ugama, pendidikan dan kesusasteraan; pemenang qari dan qariah termasuk pemenang pertandingan menghafaz al-quran; penerima anugerah kepimpinan belia; para penerima pengiktirafan dalam bidang perubatan, kejuruteraan, kewangan, kemasyarakatan, pengurusan dan perkhidmatan; pemenang acara sukan dan olahraga, para pelajar yang mendapat pengiktirafan top 10 in the world dalam mata-mata pelajaran tertentu, dan yang seumpamanya. Pencapaian mereka yang berjaya ini adalah sejajar dengan salah satu matlamat Wawasan 2035 di mana menjelang 2035 kita berhasrat menjadikan Negara Brunei Darussalam dikenali di seluruh dunia dengan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya. Adapun tujuan pemilihan ini adalah sebagai manifestasi keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terhadap kejayaan mereka dalam bidang dan lapangan masing-masing 2

yang setentunya dapat memberikan semangat dan motivasi kepada mereka untuk terus meningkatkan usaha bagi meraih kejayaan dan kecemerlangan di masa hadapan. Disamping itu, ia juga bertujuan sebagai tanda penghargaan, sokongan dan pengiktirafan terhadap jasa bakti, pencapaian dan kejayaan mereka dalam mengharumkan nama bangsa dan negara dan seterusnya akan menjadi contoh tauladan kepada generasi muda untuk gigih meningkatkan usaha bagi meraih kecemerlangan dan kejayaan di masa hadapan. Dalam menanam dan memupuk semangat kecemerlangan dikalangan rakyat, Yayasan sendiri mempunyai skim dalam memberikan pengiktirafan, galakan, insentif dan sokongan kepada mereka yang berjaya seperti Anugerah Biasiswa Sultan s Scholar, Anugerah Kesusasteraan Islam dan Anugerah Penulisan Islam, memberikan hadiah dan sumbangan bagi pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan swasta. Yayasan juga mempunyai skim-skim bagi membantu mereka yang memerlukan untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka, seperti Skim Pembiayaan Kebajikan, Program Intervensi Pendidikan, Skim Biasiswa Pendidikan dan sebagainya dimana ini merupakan antara inisiatif Yayasan membantu mereka untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Aturcara Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Ini diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan. Acara kemuncak Majlis ialah titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 3

Kemeriahan majlis ini diserikan lagi dengan persembahan pentas daripada gabungan para pelajar Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (yang terdiri daripada kanak-kanak Taman Asuhan Kanak-Kanak, murid-murid Sekolah Rendah dan penuntut-penuntut Sekolah Menengah) dengan tema Kejayaan dan Kecemerlangan. Saat yang ditunggu-tunggu oleh para peserta ialah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam untuk menerima junjung ziarah dan beramah mesra dengan semua peserta yang hadir. Disamping memberi kesempatan peluang kepada para peserta untuk beramah-mesra dengan raja yang sangat dikasihi, majlis ini juga setentunya akan memberi inspirasi dan perangsang kepada para peserta dalam melaksanakan peranan mereka masing-masing. Bersesuaian dengan meraikan mereka yang berjaya ( the achievers ), sebanyak 19 buah agensi daripada pihak Kerajaan dan swasta menyertai pameran yang mempamerkan kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai oleh organisasi samada pencapaian dan pengiktirafan yang dicapai oleh para tenaga kerja bagi setiap agensi tersebut mahupun inisiatif organisasi dalam melahirkan tenaga manusia yang berjaya dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Agensi-agensi kerajaan dan swasta yang menyertai pameran adalah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan, The Authority for Info-communications Technology Industry (AITI), icentre, Royal Brunei Airlines Sdn Bhd, Telekom Brunei Berhad (TelBru), Brunei LNG Sdn Bhd, Brunei Gas Carriers Sdn Bhd, Brunei Methanol Company, Bank Islam Brunei 4

Darussalam (BIBD), Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Baiduri Bank, DST, Progresif Cellular Sdn Bhd dan Pertubuhan Ukur Jurutera & Arkitek (PUJA). Turut hadir dalam Majlis ini ialah Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha- Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta para jemputan khas. Disediakan oleh : Bahagian Perhubungan Awam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah 14 Syawal 1438 Hijrah bersamaan 9 Julai 2017 Masihi 5