KATA PINJAMAN ARAB DALAM BAHASA MELAYU ANALISIS KAJIAN DARI SUDUT PERUBAHAN MORFOLOGI

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

KATA ADJEKTIF DALAM UJARAN MASYARAKAT BANJAR

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Analisis Morfologi dalam Syair Perahu

Leksis Periferal Indo -Arabo - Euro Dalam Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Alam Nusantara

KOHESI DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : PEMERHATIAN TERHADAP TERJEMAHAN KATA GANTI NAMA DIRI

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

ANALISIS KEPELBAGAIAN FUNGSI DAN MAKNA KATA PARTIKEL

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

METAPHORS CORRESPONDENCES OF SOURCE AND TARGET DOMAIN ON THE GOSPEL OF JOHN

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015)

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula

Transcription:

KATA PINJAMAN ARAB DALAM BAHASA MELAYU ANALISIS KAJIAN DARI SUDUT PERUBAHAN MORFOLOGI (Arabic Loanwords in Malay Language: Analytical Study of Morphological Changes) Ibtisam Abdullah & Imran Ho Abdullah ABSTRAK Kajian ini menganalisis proses perubahan morfologi yang berlaku apabila kata pinjaman Arab terserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Kata pinjaman adalah kata-kata yang dipinjam dari bahasa asing yang diserapkan ke dalam bahasa sasaran. Dengan menggunakan penjanaan data berkomputer DBP-UKM berjumlah 5 juta patah perkataan melalui konkordans dalam perisian WordSmith Tools 5.0, yang dianalisis berdasarkan Rumus Binaan Struktur Frasa. Hasil kajian mendapati bahawa perubahan morfologi yang berlaku adalah perubahan kelas kata bahasa sumber iaitu yang meresap masuk ke dalam bahasa sasaran. Perubahan kelas kata yang berlaku adalah kelas kata bahasa sumber yang pada asalnya Kata Nama (KN) berubah menjadi Kata Kerja (KK), atau Kata Nama (KN) berubah menjadi Kata Adjektif (KAdj), atau Kata Nama (KN) berubah menjadi Kata Adverba (KAdv) dalam bahasa sasaran mengikut binaan struktur ayat. Contohnya kata pinjaman Arab wujud, kuat, asyik, yang mana pada asalnya adalah KN berubah menjadi KK atau KAdj atau KAdv. Bahasa Melayu didapati banyak meminjam kata Arab yang terdiri daripada kelas kata Kata Nama kerana ianya menepati sistem tatabahasa bahasa Melayu itu sendiri. Justeru itu, peminjaman bahasa merupakan satu proses bahasa yang penting dalam perkembangan sesuatu bahasa. Kata kunci: Kata pinjaman, perubahan morfologi, morfologi generatif, kelas kata, data korpus ABSTRACT This research analyzes the process of morphological changes which occur when Arabic loanwords are absorbed into Malay language. Loanwords are words adopted from foreign languages and absorbed into the target language. Analysis is done based on Formula for Structural Construction of Phrases (Rumus Binaan Struktur Frasa) using computerized data generation of DBP-UKM, which has a total of 5 million words and through concordance in the software, WordSmith Tools 5.0. Research results find that morphological changes occurred in the classification of words from the source language which have been absorbed into the target language. The word class changes are: source language words originally Nouns become Verbs, or Nouns become Adjectives, or Nouns become Adverbs in the target language according to the construction of the sentence structure. For example, the Arabic loanwords wujud, kuat, asyik, which were originally Nouns changed into Verbs or Adjectives or Adverbs. Research finds that the Malay language mostly borrowed Arabic words in the Noun word class because these conform or are congruent to the Malay language grammatical system itself. Hence, burrowing of words from other languages is an important process in the development of a language. 43

Keywords: Loanwords, morphological changes, generative morphology, word class, corpus data PENDAHULUAN Peminjaman kata merupakan satu gejala biasa yang berlaku dalam mana-mana bahasa pun di dunia ini. Peminjaman kata adalah kata-kata yang dipinjam dari bahasa asing yang terserap ke dalam bahasa sasaran. Proses peminjaman kata ini berlaku apabila perkembangan sesuatu bahasa yang bergantung kepada penggunaan dan usaha memperkayakannya dan menambahkan atau mengambil kosa kata yang baru dari bahasa lain. Kemasukan unsur-unsur asing dari bahasa lain ke dalam bahasa sasaran tidak dapat dihindari. Ini adalah kerana bangsa yang kurang maju akan menyerapkan banyak perkataan dari bangsa yang maju. Justeru itu, ianya berlaku akibat pertembungan bahasa atau kontak bahasa iaitu pertembungan masyarakat pengguna bahasa yang berlainan yang terjadi akibat penghijrahan dan perantauan penuturnya. Pertembungan sesuatu bahasa dengan bahasa yang lain akan mengakibatkan berlakunya perubahan bahasa terutamanya dari segi bunyi atau fonologi, bentuk kata atau morfologi dan bentuk ayat atau sintaksis. Menurut Trask (2007) punca berlakunya perubahan bahasa adalah akibat kontak atau hubungan bahasa. Antara puncanya adalah fenomena peminjaman leksikal bahasa asing oleh pengguna bahasa sasaran. Justeru itu, peminjaman kata dalam sesuatu masyarakat berlaku akibat dari pertembungan bahasa dan budaya (Puteri Roslina 1994, Bynon 1994). Oleh itu, peminjaman bahasa adalah hasil yang berlaku daripada suatu proses pemindahan kata-kata dari bahasa asing ke dalam bahasa peminjam atau sasaran sama ada dikekalkan strukturnya atau dirombak mengikut kesesuaian bahasa sasaran (Noriah 1999, Abdul Basir 2009). Pada kebiasaannya peminjaman dalam bahasa adalah tidak dirancangkan. Gejala peminjaman ini timbul secara sedar atau tidak sedar di kalangan pemakai bahasa sesuatu masyarakat dalam pertembungan mereka dengan pemakai bahasa daripada masyarakat yang lain. Maka, peminjaman kata-kata ini berlaku bersama-sama dengan peminjaman atau pengenalan ciri-ciri kebudayaan baru, baik yang merupakan kebudayaan kebendaan mahupun yang merupakan kebudayaan bukan kebendaan (Puteri Roslina 1994, Asmah 1995, Trask 2007). SOROTAN KAJIAN Tidak dinafikan kesan percambahan kata pinjaman Arab ke dalam bahasa Melayu adalah berpunca dari kedatangan Islam yang dibawa oleh para perantau Arab yang bertindak sebagai pendakwah Islam ke rantau ini dapat memperkayakan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Malah dengan kedatangan Islam Abjad Arab yang mewujudkan Tulisan Jawi, menambahkan lagi perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu mencapai ke tahap yang begitu popular dan matang. Justeru itu, kedatangan Islamlah membawa pengaruh yang berkesan bagi perkembangan kesusasteraan Melayu. Maka, didapati buku-buku agama, buku ilmu pengetahuan dan kesusasteraan ditulis dengan huruf Jawi ini. Dari sinilah pemakaian perkataan-perkataan Arab digunakan dan diasimilasikan ke dalam bahasa Melayu menambahkan lagi pengukuhan dan kesempurnaan dalam kesusasteraan Melayu. Bahasa Melayu yang sebelumnya merupakan bahasa pasaran terbatas, kini berjaya menempah kedudukan yang tinggi dan kukuh sebagai bahasa perantaraan di seluruh Nusantara (Abdullah 1990, Ronkel 1977). 44

Bahasa Arab mempunyai keistimewaannya dan keunikannya tersendiri. Ini adalah kerana bahasa Arab merupakan bahasa yang terkenal dengan ungkapan ayat yang mudah difahami dan mempunyai kaedah yang tepat dalam sebarang permasalahan bahasa. Malah sistem fonologi, morfologi, dan lain-lain yang berkaitan dengan sistem bahasa dalam bahasa Arab mempunyai keistimewaannya yang tersendiri berbanding dengan bahasa-bahasa lain. Sebagaimana yang diketahui bahawa bahasa Arab ini adalah bahasa yang kaya dengan kosa katanya. Kosa kata bahasa Arab ini merangkumi pelbagai bidang dan lapangan. Selain itu, bahasa Arab ini juga mempunyai sistem morfologi yang unik, bahasa yang berdaya tahan dan ringkas dan kaedah analisis struktur ayat yang sempurna. Bahasa Arab juga mempunyai ungkapan yang halus dan teliti. Justeru itu, bahasa Arab adalah bahasa asing yang tidak boleh diabaikan kerana untuk memahami ajaran Islam dengan sempurna mestilah mengetahui, menguasai dan memahami bahasa Arab (Azhar 2005, Muṣṭafā Al-Ghalāyīnī 1994). Antara faktor utama berlakunya kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu adalah disebabkan oleh faktor urusan perniagaan dan penyebaran agama Islam yang dibawa oleh para pedagang Arab ke Tanah Melayu. Dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara dapat mengilhamkan pengkayaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu. Ini menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekali gus sebagai bahasa lingua franca di Nusantara. Faktor utama bahasa Melayu sebagai lingua franca adalah kerana sifat bahasa itu sendiri begitu fleksibel dan sederhana, dapat menerima perubahan dan perkembangan baru sejajar dengan kehendak masa. Malah, dari sifat tersebut bahasa Melayu itu mempunyai persamaan sifat ketatabahasaan dengan bahasa Arab. Dari segi linguistik, kedua-dua bahasa tersebut tergolong sebagai bahasa Oligo-Sintesis di mana kebanyakan perbendaharaan kata berpunca dari akar kata atau kata dasar yang sedikit jumlahnya (Abdullah 1990). Melalui bahasa Arab inilah agama Islam dapat disebarkan ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu, memandangkan istilah-istilah ini berkait dengan hukum-hukum Islam. Oleh yang demikian, bahasa Melayu telah mengalami perubahan yang besar. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama Islam di seluruh Kepulauan Melayu-Indonesia disebabkan kaya dengan kata istilah dari perkataan Arab dan Parsi. Justeru itu, dianggarkan lebih 1000 kata Arab telah dipinjam oleh bahasa Melayu, khususnya berkaitan dengan cabang ilmu Islam. Oleh sebab pengaruh bahasa Arab cukup besar maka ia telah membantu perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan pemikiran orang-orang Melayu dalam era globalisasi. Oleh itu, kata-kata seperti awal, akhir, nafas, kudrat, fardu, was-was, jiran, imam, asyik, ilmu, alim, unsur, kuru, masalah, ziarah, selamat, hal, ehwal, maktab, salam, mutakhir, tadbir adalah antara contoh kata Arab yang telah lama terserap masuk ke dalam bahasa Melayu sehingga tidak sedari bahawa kata-kata ini adalah kata pinjaman daripada bahasa Arab (Ayatroheadi 2002, Noresah 2006). Oleh itu, kajian mengenai kata pinjaman asing telah banyak dibincangkan dan dibahaskan. Kemasukan kata asing dalam bahasa Melayu bukanlah merupakan suatu perkara yang baru. Kata pinjaman asing telah lama menguasai perbendaharaan kata bahasa Melayu sehingga penutur bahasa Melayu sendiri tidak dapat mengenal pasti asal-usul perkataan yang telah terserap ke dalam bahasa sendiri. Ini menunjukkan bahawa kata pinjaman Arab telah menjadi sebahagian daripada bahasa Melayu. Justeru itu, isu yang dibincangkan dalam kajian ini adalah tentang peminjaman bahasa yang melibatkan perkataan. Apabila peminjaman bahasa berlaku maka perubahan juga akan berlaku. Perubahan ini melibatkan sistem linguistik iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan hal-hal yang berkaitan dengan peminjaman kata. 45

Para sarjana dan penyelidik sebelum ini telah membincangkan dan membuat kajian tentang kata pinjaman asing ini dengan meluas. Oleh sebab pengaruh bahasa Arab yang amat luas terhadap bahasa Melayu terutamanya dari aspek perbendaharaan kata, sistem ejaan dan tulisan melalui penyebaran dakwah, maka ramai pengkaji tempatan telah mengkaji kata pinjaman bahasa Melayu yang berasal daripada bahasa Arab. Di abad ke 14-18 adalah zaman bahasa Melayu klasik yang telah dikategorikan sebagai zaman bahasa Melayu yang menerima pengaruh bahasa Arab yang begitu ketara dan jelas. Pada ketika itu antara ciri utamanya adalah pengembangan falsafah dan intelektual yang berlaku dengan rancak. Dari sinilah bermulanya polemik Islam, penulisan buku ilmiah, dan penterjemahan kitab dan buku Islam dalam pelbagai bidang ilmu daripada bahasa Arab kepada bahasa Melayu yang banyak membantu memperkembangkan bahasa Melayu dan pemikiran orang Melayu (Al-Atas 1969, Asmah 1983, Hashim 1999). Menurut Zaaba (1965) dalam bahasa Melayu banyak perkataan daripada bahasa asing yang telah terpinjam atau termasuk menjadi sebahagian daripada perbendaharaan katanya. Didapati bahawa hampir semua perkataan tersebut telah mengalami perubahan terutamanya dari segi bunyi sebutannya yang mengikut tabiat lidah Melayu. Malah, maknanya juga kerap kali diubah atau ditambah daripada makna dalam bahasa asalnya. Kebanyakan perkataan pinjaman ini sudah tidak disedari bahawa ia berasal daripada bahasa asing. Ia disangka perkataan Melayu, melainkan jika seseorang tersebut mengetahui atau menguasai bahasa asalnya. Justeru itu, kebanyakan perkataan yang terserap telah dipelatkan mengikut lidah Melayu dan setengahnya pula telah begitu sebati dengan orang Melayu sehingga sudah tidak disangka bahawa ia adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab. Oleh yang demikian, dalam kajian kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu ini hanya tertumpu kepada perubahan morfologi sahaja. Setiap perkataan yang dipinjam akan mengalami perubahan dan disesuaikan dengan bahasa yang dipinjam. Terdapat sebahagian kata pinjaman ini dikekalkan bentuk strukturnya atau diubah mengikut lidah Melayu, dan ada yang tidak mengalami sebarang perubahan iaitu dikekalkan bentuk asalnya. Justeru itu, dari sudut perubahan morfologi, kajian ini tertumpu kepada perubahan yang berlaku dalam kata pinjaman Arab adalah perubahan kelas kata bahasa sumber yang meresap ke dalam bahasa sasaran. METODOLOGI KAJIAN Metod kajian ini menggunakan kerangka teori morfologi generatif yang merupakan kajian bidang morfologi. Dalam bahasa Melayu, proses pembentukan kata adalah berdasarkan kepada morfologi generatif yang melibatkan Rumus Pembentukan Kata (RPK) dan Konsep Rumus Struktur Frasa (RSF). Sementara data kajian pula dijana dari data korpus berkomputer UKM- DBP berjumlah 5 juta patah perkataan menerusi perisian Oxford WordSmith Tools 5.0. Data kajian ini dijana dari wordlist dan konkordans untuk melihat berapa banyak kata pinjaman Arab yang terserap ke dalam bahasa Melayu, di samping mengenal pasti kata pinjaman Arab dan kelas kata bahasa sumbernya. Data kajian ini dipilih secara rawak (random) dari setiap sample yang dipilih iaitu suratkhabar Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harakah dari data korpus tersebut. Lantaran itu, data kajian yang dipilih adalah perkataan umum sahaja. 46

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN Vol. 13, No.3 (2018) 043-050, ISSN: 1823-884x Hasil kajian mendapati bahawa perubahan morfologi yang berlaku apabila kata pinjaman Arab terserap ke dalam bahasa Melayu adalah melibatkan perubahan pengkelasan kata. Pengkelasan kata atau dikenali sebagai penggolongan kata merupakan satu aspek utama dalam penghuraian sistem morfologi sesuatu bahasa. Penggolongan kata adalah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi, atau bentuk dan fungsinya. Perkataan-perkataan yang mempunyai keserupaan yang demikian digolongkan ke dalam golongan kata yang sama. Oleh itu, golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Kriteria morfologi ini melihat ciri-ciri bentuk perkataan dalam membuat pengolongannya mengikut bentuk binaan perkataan dan juga setelah menerima imbuhan (Kridalaksana 2005, Abdullah 2007, Nik Safiah 2010). Dalam bahasa Arab pula, morfologi disebut sebagai ilmu Sarof adalah salah satu cabang ilmu yang mempelajari tentang segala peraturan yang berhubungan dengan pembentukan katakata Arab yang bukan i rab (tanda fleksi) dan bina (pembentukan kata). Oleh itu, ilmu morfologi Arab ini merujuk keadaan ilmu tentang hukum-hukum berkaitan pembinaan sesebuah perkataan yang terdiri daripada beberapa huruf. Menurut al-wasilah (1993) morfologi merupakan salah satu daripada ilmu linguistik yang mempelajari dan menganalisis struktur, bentuk serta klasifikasi kata. Di dalam bahasa Arab, kajian dari morfologi ini disebut sebagai Taṣrīf iaitu perubahan satu bentuk kata menjadi pelbagai bentuk untuk mendapatkan makna yang berbeza dan tanpa ada perubahan tersebut makna yang berbeza itu tidak akan diperoleh (Khudri 2004). Dari hasil kajian mendapati bahawa apabila sesuatu bahasa meminjam perkataan dari bahasa yang lain maka terdapat perkataan yang dipinjam mengalami perubahan. Oleh itu, apabila kata pinjaman Arab terserap masuk ke dalam bahasa Melayu didapati berlaku perubahan dari sudut kelas katanya. Perubahan kelas kata Arab ini berlaku kerana proses penyesuaian kata apabila terserap ke dalam bahasa Melayu. Perubahan kelas kata dalam kajian ini bermakna kata Arab yang terserap ke dalam bahasa Melayu tergolong dalam kategori kelas kata yang berlainan. Kata Arab ini mengalami perubahan kelasa katanya daripada Kata Nama (KN) berubah menjadi Kata Kerja (KK) atau Kata Adjektif (KA) atau Kata Adverba (KAdv) apabila digunakan dalam bahasa Melayu. Ini dapat dibuktikan bahawa kata-kata Arab ini mengalami perubahan kelas kata berdasarkan struktur ayat yang direkodkan dan disenaraikan dalam data korpus. Justeru itu, kata Arab seperti kuat, asyik, fikir, adil, wujud, selamat, yang terserap masuk ke dalam bahasa Melayu akan berubah kelas katanya dan tidak lagi sama seperti bahasa sumbernya. Perubahan kelas kata ini berlaku kerana mematuhi sistem bahasa apabila terserap ke dalam bahasa Melayu. Dapatan kajian mendapati bahawa kebanyakan kata Arab yang terserap masuk ke dalam bahasa Melayu pada asalnya adalah tergolong dalam kata terbitan (al-masdar) merupakan yang terbanyak (Raden Renjena 2010). Di dalam bahasa Arab al-masdar adalah dikategorikan sebagai golongan kata nama. Menurut Wan Moharani dan Muhammad Marwan (2008) al-masdar adalah kata nama terbitan yang menunjukkan kepada proses perbuatan tanpa diiringi oleh aspek masa. Sebagai contoh, dari hasil kajian mendapati bahawa kata kuat adalah berasal daripada kata Arab yang tergolong dalam kata nama terbitan atau al-masdar. Kata akar bagi kata kuat ini adalah berasal daripada kata kerja lampau iaitu qawiya ( قوي ). Kata kuat ini akan berubah kelas katanya apabila digunakan dalam bahasa Melayu berdasarkan kepada struktur binaan frasa ayat. 47

Kata kuat ini akan berubah kelas katanya daripada kata nama (KN) kepada kata adjektif (KA) apabila terdapat kata penguat seperti paling yang hadir sebelumnya (paling kuat). Kata kuat ini juga akan berubah kelas katanya daripada kata nama (KN) kepada kata adverba (KAdv) apabila terdapat kata kerja seperti bekerja kuat. Malah kata kuat ini juga akan berubah kelas katanya daripada kata nama (KN) kepada kata kerja (KK) apabila terdapat imbuhan seperti menguatkan (meng + kuat). Oleh yang demikian, kata kuat telah menepati binaan struktur frasa yang berfungsi sebagai kata adjektif seperti dalam rumusan berikut : [ [Agama Islam dan al-quran] adalah [tali pengikat [paling] [kuat] ] ] FN Peng KA FA FP Di dalam ayat di atas menunjukkan bahawa kata kuat adalah kata adjektif yang hadir selepas kata penguat iaitu paling. Kata penguat ini berfungsi untuk menguatkan makna kata adjektif yang diterangkannya. Di dalam ayat ini menunjukkan bahawa kata paling kuat adalah kata inti kepada frasa adjektif yang berfungsi sebagai keterangan dalam predikat. Oleh itu, kata kuat digolongkan sebagai kata adjektif kerana ia menerangkan keadaan kata nama iaitu tali pengikat. Sementara agama Islam dan al-quran pula adalah frasa nama. Justeru itu, kata kuat ini telah berubah kelas katanya apabila digunakan dalam bahasa Melayu dan menepati struktur binaan frasa ayat. Selain itu, dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat kata Arab yang terserap ke dalam bahasa Melayu berubah kelas katanya dari kata nama kepada kata kerja. Kata Arab ini dikatakan tergolong dalam kategori kata kerja apabila menepati binaan frasa kerja bahasa Melayu. Contoh ayat seperti berikut : [ Tetapi saya sekarang difahamkan TB [ telah ] [ wujud ] semula ] Kata Bantu KK FK Di dalam ayat tersebut kata wujud berfungsi sebagai kata kerja kerana terdapat kata bantu telah yang hadir sebelum kata wujud. Kata wujud adalah berasal dari kata Arab yang mana kata akarnya adalah daripada kata kerja lampau wajada ( وجد ). Kata Arab wujud ini asalnya adalah tergolong dalam kelas kata terbitan (al-masdar). Di dapati bahawa kata bantu ini terdapat dua jenis iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Oleh itu kata bantu telah yang hadir sebelum kata wujud adalah kata bantu aspek yang menerangkan aspek masa perbuatan yang sudah dilakukan. Justeru itu, telah wujud merupakan frasa kata kerja dalam predikat yang hadir selepas kata nama TB. Hasil dapatan kajian juga mendapati di dalam frasa kerja tersebut merupakan kata kerja tak transitif yang mana kata kerjanya tidak perlu diikuti frasa nama iaitu objek bagi melengkapkannya. Maka, kata wujud telah menepati binaan struktur frasa yang berfungsi sebagai kata kerja. Selain itu, dapatan kajian juga mendapati bahawa bahasa Melayu banyak meminjam kata nama Arab kerana menepati sistem tatabahasa bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu tidak meminjam kata kerja Arab kerana proses derivasi bahasa Arab itu sendiri yang bermula dari kata kerja lampau yang terdiri daripada tiga huruf atau tiga suku kata KV+KV+KV (wa+ja+da), (qa+wi+ya). Berbeza dengan bahasa Melayu yang sebahagian besar perkataannya bermula dari bentuk kata tunggal dua suku kata K+VK (h+al), (r+oh), V+KVK (a+syik), (a+dil), KV+VK (ku+at), (so+al), VK+KVK (ar+wah), (eh+wal), (wu+jud), KV+KVK (fa+ham), 48

(ji+ran) dan VKV+KVK (ula+mak), (ana+sir). Oleh sebab itu bahasa Melayu lebih mudah menerima dan menggunakan kata-kata Arab yang tergolong dalam bentuk kata nama terbitan kerana menepati binaan struktur frasanya. Malah menjadikan kata-kata Arab ini sebagai sebahagian dari perbendaharaan katanya (Nik Safiah 2010). Maka, kata-kata Arab ini telah mengalami perubahan kelas kata apabila digunapakai dalam bahasa Melayu. Perubahan kelas kata ini berlaku apabila kata-kata Arab ini yang terserap ke dalam bahasa Melayu menepati sistem tatabahasa iaitu rumusan binaan struktur frasa. Justeru itu, kata pinjaman Arab ini telah dianggap sebagai perbendahraan kata Melayu. KESIMPULAN Peminjaman bahasa merupakan satu proses yang penting dalam perkembangan sesuatu bahasa. Peminjaman bahasa ini terjadi akibat daripada pertembungan bahasa dan budaya tanpa disedari oleh sesebuah masyarakat. Adapun peminjaman bahasa ini merupakan satu proses yang penting dalam perkembangan sesuatu bahasa. Oleh itu, kata pinjaman adalah kata-kata yang dipinjam dari bahasa asing yang diserapkan ke dalam bahasa sasaran dan dijadikan sebagai sebahagian dari perbendaharaan kata kepada bahasa yang meminjam. Apabila kata pinjaman ini terserap ke dalam bahasa yang meminjam maka struktur bahasanya berubah sama ada dikekalkan atau dirombak mengikut kesesuaian bahasa yang meminjam terutamanya perubahan morfologi. Oleh yang demikian, memandangkan begitu banyaknya kata Arab yang terserap masuk ke dalam bahasa Melayu maka secara langsung atau tidak langsung ia bukan sahaja memperkayakan khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu, malah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekali gus sebagai bahasa lingua franca di Nusantara. Maka, peminjaman kata telah memberi impak kepada masyarakat yang mana ianya memperkayakan bahasa dan memperkemaskan sistem komunikasi kebahasaan. Justeru itu, peminjaman kata Arab ini telah memberi pengaruh yang amat besar terhadap perluasan perbendaharaan kata bahasa Melayu. RUJUKAN Abdullah Hassan., (2007). Linguistik am. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn.Bhd. Abdullah Ishak., (1990). Islam di Nusantara (khususnya di Tanah Melayu). Petaling Jaya: Al- Rahmaniah. Abdul Basir Awang., (2009). Peminjaman kata bahasa Arab dalam bahasa Melayu. Prosiding Malaysia Conference on Arabic Studies and Islamic Civilazation (MACASIC). 29-30 Disember 2009. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Al-Ghalāyīnī, Muhammad Musṭafā., (1994). Jami c al-durüs al- c Arabiyyah. Jilid ke-3. Cetakan 22. Beirut : al-maktabah al- c Aṣriyyah. Al-Wasilah, A. Chaedar., (1993). Linguistik suatu pengantar. Bandung: gkasa Bandung. Asmah Hj. Omar. 1983. The Malay peoples of Malaysian and their languages. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Hj. Omar., (1995). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ayatroheadi., (2002). Harian pikiran rakyat. 30 September 2002. 49

Azhar Muhammad., (2005). Beberapa aspek keunikan dan keistimewaan bahasa Arab sebagai bahasa al- Quran. Jurnal Teknologi, 42 (E). Skudai: Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, UTM. Bynon, Theodra., (1994). Linguistik sejarawi. Terj. Noor Elin Mohd. Noor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Harimurti Kridalaksana., (2005). Bahasa dan linguistik dalam Kushartanti, Untung Yuwono, dan Multamia RMT Lauder (peny). Pesona Bahasa Langkah Awal Memahami Linguistik. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama. Hashim Hj. Musa., (1993). Binaan dan fungsi perkataan dalam bahasa Melayu suatu huraian dari sudut tatabahasa generatif. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahmud Khudri., (2004). Afiks derivasif dalam tatabahasa Arab. Tesis. Medan: Universiti Sumatera Utara. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, Abdul Hamid Mahmood., (2010). Tatabahasa dewan. Edisi 3. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Noresah Baharom., (2006). Klik dewan bahasa dan pustaka. Berita Harian. (Rabu 20 Disember 2006). Noriah Mohamed., (1999). Sosiolinguistik bahasa Melayu di Malysia. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia. Ph. S. Van Ronkel., (1977). Mengenal pengaruh tatakalimat Arab terhadap tatakalimat Melayu. Jakarta : Bhratora. Puteri Roslina Abdul Wahid., (1994). Peminjaman kata dalam peristilahan undang-undang bahasa Melayu. MMLS. Pusat Bahasa : Universiti Malaya. Raden Ranjun Syukur Kusumah. t.th. Pembentukan nomina masdar thulāthī mujarrad ghayru Mim : analisis morfologi. Padjadjarawan : Fakultas Ilmu Budaya Universiti Syed Muhammad Naguib al-attas., (2011). Preliminary statement on a general theory of the Islamization of the Malay Indonesian arachipelago. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Trask, R. L., (2007). Language & linguistic the key concepts. 2nd.Edition. t.tp : t.pt Wan Moharani Muhammad., (2008). Kajian bandingan ayat namaan : bahasa Arab bahasa Melayu. Nilai : USIM. Zainal Abidin Ahmad., (1965). Ilmu mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibtisam Abdullah, Calon Doktor Falsafah di Program Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. ibtisam@ukm.edu.my Imran Ho Abdullah (PhD), Professor di Pusat Penyelidikan Kelestarian Sains Bahasa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Bangi, Selangor. imranho@ukm.edu.my 50