PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM KALANGAN SISWI UTM NORSAFAR BTE MD. KAMARZAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PERSEPSI PELAJAR 4 SPI TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR SITI ZAHARAH BINTI HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU RUMAH TANGGA DALAM KALANGAN BAKAL PENGANTIN: KAJIAN DI PEJABAT AGAMA DAERAH KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

KHULUK DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002: KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KOTA BHARU, KELANTAN

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

MUZIUM : PENGURUSAN KOLEKSI PAMERAN DI RUMAH KELAHIRAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Transcription:

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PSZ 19:16 (Pind. 1/97) Nama Penuh : MOHD AFEZAN BIN MD GHANI Tarikh Lahir : 14 FEBRUARI 1987 Judul : PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA Sesi Pengajian : 2010 / 2011 Saya mengakui tesis ini disahkan benar: SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 ) * (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) Saya bersetuju bahawa kajian saya ini boleh diterbitkan sebagai rangkaian talian terus Saya mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. Disahkan oleh : (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: (TANDATANGAN PENYELIA) Nama Penyelia: LOT 996 BATU 12, JALAN KUALA KRAI, 16450 KETEREH KOTA BHARU KELANTAN TEL: 0137113679 PROF. MADYA HJ.AZMI SHAH BIN SURATMAN Tarikh: 13 MEI 2011 Tarikh: 13 MEI 2011 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PENGESAHAN PENYELIA Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). Tandatangan : Nama Penyelia : PROF. MADYA AZMI SHAH BIN SURATMAN Tarikh : 13 MEI 2011

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MEI 2011

ii PENGAKUAN Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap- tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Tandatangan : Nama Penulis : MOHD AFEZAN BIN MD GHANI Tarikh : 13 MEI 2011

iii DEDIKASI Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW Istimewa Buat... Ayahanda yang dihormati dan disanjungi Md Ghani Bin Mat Jujoh Sokongan dan dorongan Ayahanda menguatkan azam anakanda Bonda yang disayangi dan dikasihi Kelsom Binti Mustapha Terima Kasih Di Atas Segala Pengorbananmu, Melahirkan, Menjaga Dan Mendidikku Tanpa Mengharapkan Balasan Ya Allah, Ampunkan Dosaku Kedua Ibu Bapaku Ya Allah Ampunkan Dosaku Ya Allah Sekiranya Aku Berdosa Kepada Ibu Bapa Ku Ya Allah Buat kekandaku, Saidi Bin Md Ghani,, Che Rahimah Binti Md Ghani dan Adnan Bin Md Ghani Terima kasih kerana sentiasa menyokong dan membantu di saat aku buntu. Hanya Allah yang mampu membalasnya.. Khas Buat Para Guru Dan Pensyarah, Jasa Mu Akanku Kenang,Kerana Mendidik Diri Ini Mejadi Insan Yang Berguna, Untuk Agama, Bangsa Dan Negara Buat Teman Seperjuangan, Sahabat-Sahabat 4SPI dan khairill helme Hargailah Persahabatan Yang Terjalin Selama Ini, Suka Dan Duka Akan Sentiasa Terpahat Disanubariku, Sekiranya Di Dunia Ini Kita Tidak Bertemu Lagi, Insyaallah Kita Bertemu Di Syurga Nanti.

iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Selawat serta Salam kepada junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahlul bait baginda dan para Sahabah RadiyaAllahu anhum ajmin. Pada Allah SWT saya bersyukur kerana dengan limpah dan kurnianya maka saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda bertajuk Persepsi Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia saya iaitu Prof. Madya Hj.Azmi Shah bin Suratman yang telah banyak membantu membimbing dan memberi tunjuk ajar sepanjang menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Begitu juga dengan pensyarah-pensyarah di Fakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan. Di samping itu, dorongan dan semangat daripada sahabat-sahabat berikan kepada saya telah banyak membantu saya agar sentiasa tabah dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan dalam apa jua keadaan bagi menyiapkan projek ini. Penghargaan setinggi-tingginya kepada pihak Jabatan Penjara Malaysia dan pihak Jabatan Penjara Kluang kerana membenarkan dan memberi kerjasama yang baik kepada saya sewaktu menjalankan penyelidikan di penjara. Saya juga mendoakan supaya banduan-banduan yang sedang menjalani tahanan itu akan diberi hidayah dan petunjuk dari Allah SWT. Sesungguhnya antara kita tidak ada bezanya disisi Allah SWT kecuali taqwa kepada Allah SWT. Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala kerjasama dan usaha yang diberikan, diberkati oleh Allah SWT. Semoga hasil kajian ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pandangan banduan terhadap program pembangunan sahsiah dan faktor-faktor penerimaan program pembangunan sahsiah di penjara. Disamping itu juga, ia juga bertujuan untuk mencari penambahbaikkan terhadap program pembangunan sahsiah. Seramai 50 orang responden yang terdiri daripada banduan dari program Halaqah. Program halaqah adalah terdiri daripada banduan-banduan Islam yang mempunyai pengetahuan yang cetek dalam agama Islam. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang mengandungi 35 item soalan. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 15.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min data. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α = 0.910. Hasil kajian menunjukkan persepsi banduan terhadap program pembangunan sahsiah yang dijalankan di penjara adalah baik dan perlunya dipertingkatkan lagi program-program pembangunan sahsiah yang lebih kepada berbentuk kerohanian.

vi ABSTRACT This research aims to identify the views of prisoners on personal development programs and the factors of acceptance regarding personal development programs in prisons. Besides, this research also aims to seek improvement of personal development programs. A total of 50 respondents are selected from the prisoners of the Halaqah programs. Halaqah program is for muslim prisoners who have superficial knowledge of Islam. Research instrument that has been used was questionnaires which contain 35 items. The data was analyzed descriptively to get the value for mode, mean and percentage using Statistical Package for Social Science (SPSS) with 15.0 versions. Questionnaire reliability value is α = 0.910. The results of this research recognized that perceptions of prisoners on personal development programs conducted at the prison were good and the need to enhance personal development programs towards spirituality programs.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN ii iii iv v vi vii xii xvi BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Penyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 8 1.5 Persoalan Kajian 8 1.6 Kepentingan Kajian 9 1.7 Batasan Kajian 10 1.8 Definisi Istilah 10 1.9 Kesimpulan 12

viii BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 14 2.2 Definisi Banduan Dalam Penjara 15 2.3 Definisi Pembangunan Sahsiah 15 2.4 Program-Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 17 2.4.1 Seksyen Perusahaan Dan Vokasional 17 2.4.1.1 Bengkel Perusahaan 17 2.4.1.2 Bengkel Akaun Amanah 18 2.4.1.3 Bengkel Skim Usahasama 18 2.4.2 Seksyen Pendidikan Dan Kebajikan 19 2.4.2.1 Pendidikan Kerohanian 19 2.4.2.2 Pendidikan Akademik 19 2.4.2.3 Kebajikan 20 2.4.3 Seksyen Rawatan, Pemulihan Dadah Dan Kesihatan Am 21 2.5 Faktor-Faktor Penerimaan Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 21 2.5.1 Mengikut Situasi Banduan 21 2.5.2 Komunikasi Dan Penyampaian 22 2.5.3 Mempunyai Nilai-Nilai Murni 23 2.6 Punca-Punca Berlakunya Bekas Banduan Yang Keluar Masuk Penjara 24 2.6.1 Kefahaman Agama Yang Lemah 24 2.6.2 Peluang Pekerjaan 27 2.6.3 Penerimaan Ahli Keluarga 28 2.6.4 Pengaruh Rakan Sebaya 30 2.6.5 Masalah Kemiskinan 31 2.6.6 Kurang Motivasi Diri 32 2.6.7 Penerimaan Negatif Masyarakat 33 2.6.8 Pendidikan 34 2.6.9 Keluarga Yang Bermasalah 35 2.7 Kajian Lepas 36 2.8 Kesimpulan 37

ix BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan 38 3.2 Reka Bentuk Kajian 38 3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 39 3.4 Instrumen Kajian 40 3.4.1 Bahagian A 40 3.4.2 Bahagian B, C Dan D 41 3.5 Prosedur Kajian 42 3.5.1 Kajian Rintis 43 3.6 Kaedah Pengumpulan Data 43 3.6.1 Pengumpulan Data Primer 43 3.6.2 Pengumpulan Data Sekunder 44 3.7 Analisis Data 45 3.8 Jangka Masa Kajian 46 3.9 Kesimpulan 47 BAB 1V ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pendahuluan 49 4.2 Analisis Bahagian A : Latar Belakang Responden 50 4.2.1 Taburan Responden Mengikut Program Pembangunan Sahsiah Yang Anda Minati. 53 4.3 Analisis Bahagian B, C Dan D 57 4.3.1 Analisis Data Berkenaan Dengan Pandangan Banduan Terhadap Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 57 4.3.2 Analisis Data Berkenaan Faktor-Faktor Penerimaan Program-Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 65 4.3.3 Analisis Data Berkenaan Cadangan Penambahbaikkan Terhadap Program-

x Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 70 4.4 Rumusan Min Dapatan Kajian 77 4.4.1 Mengenalpasti Pandangan Banduan Terhadap Program-Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 78 4.4.2 Mengenalpasti Faktor-Faktor Penerimaan Program-Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 79 4.4.3 Mengenalpasti Cadangan Penambahbaikkan Terhadap Program-Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 80 4.5 Kesimpulan 81 BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan 82 5.2 Perbincangan 82 5.2.1 Latar Belakang Responden 83 5.2.2 Pandangan Banduan Terhadap Program- Program Pembangunan Sahsiah 86 5.2.3 Faktor-Faktor Penerimaan Program-Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 90 5.2.4 Cadangan Penambahbaikkan Terhadap Program- Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 92 5.3 Rumusan 95 5.3.1 Pandangan Banduan Terhadap Program- Program Pembangunan Sahsiah 96 5.3.2 Faktor-Faktor Penerimaan Program-Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 96 5.3.3 Cadangan Penambahbaikkan Terhadap Program- Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 97 5.4 Cadangan Tindakan 97

xi 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 98 5.6 Kesimpulan 99 RUJUKAN 100 LAMPIRAN

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Bilangan dan populasi responden kajian 40 3.2 Pengkelasan Likert 41 3.3 Agihan Soalan Mengikut Klasifikasi Persoalan Kajian 42 3.4 Skala Pemeringkatan Likert Untuk Min 46 3.5 Nilai Skor Min 46 3.6 Carta Alir Jangka Waktu Perlaksanaan Kajian 46 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 50 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 51 4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 51 4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 52 4.5 Taburan Responden Mengikut Tempoh Tahanan 52 4.6 Taburan Responden Yang Minat Pada Qiamullai 53 4.7 Taburan Responden Yang Minat Pada Menghafaz Al-Quran 53 4.8 Taburan Responden Yang Minat Pada Pengurusan Jenazah 54 4.9 Taburan Responden Yang Minat Pada Kursus Imam dan Bilal 54 4.10 Taburan Responden Yang Minat Pada Belajar Tajwid 55 4.11 Taburan Responden Yang Minat Pada Ceramah Agama 55 4.12 Taburan Responden Yang Minat Pada

xiii Belajar Kraftangan 56 4.13 Taburan Responden Yang Minat Pada Penggunaan Teknologi ICT 56 4.14 Taburan Responden Yang Minat Pada Belajar Lain-Lain 57 4.15 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 1 58 4.16 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 2 58 4.17 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 3 59 4.18 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 4 59 4.19 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 5 60 4.20 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 6 61 4.21 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 7 61 4.22 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 8 62 4.23 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 9 62 4.24 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 10 63 4.25 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 11 64 4.26 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 12 64 4.27 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 13 65 4.28 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 14 66 4.29 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

xiv Bagi Item 15 66 4.30 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 16 67 4.31 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 17 67 4.32 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 18 68 4.33 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 19 68 4.34 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 20 69 4.35 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 21 69 4.36 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 22 70 4.37 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 23 71 4.38 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 24 71 4.39 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 25 72 4.40 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 26 72 4.41 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 27 73 4.42 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 28 73 4.43 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 29 74 4.44 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 30 74 4.45 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 31 75 4.46 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min

xv Bagi Item 32 75 4.47 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 33 76 4.48 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 34 76 4.49 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 35 77 4.50 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi Pandangan Banduan Terhadap Program-Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 78 4.51 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi Faktor- Faktor Penerimaan Program-Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 79 4.52 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi Cadangan Penambahbaikan Terhadap Program- Program Pembangunan Sahsiah Di Penjara 80 4.53 Min Keseluruhan Bagi Setiap Objektif Kajian 81

xvi SENARAI SINGKATAN ICT - Teknologi Komunikasi Maklumat KS - Kurang Setuju PMR - Peperiksaan Menengah Rendah SAW - Sallallahu alaihi wasallam SPM - Sijil Peperiksaan Malaysia SPSS - Statistical Package for the Social Science SS - Sangat Setuju STS - Sangat Tidak Setuju SWT - Subhanallahu Wa Ta ala TS - Tidak Setuju UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia UTM - Universiti Teknologi Malaysia VCD - Cakera Keras Video

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan Islam adalah agama yang diredhai oleh Allah SWT. Islam bermakna patuh kepada Allah SWT dan Rasulnya. Individu itu dikatakan muslim apabila individu itu melakukan penghambaan diri kepada Allah SWT. Kenapa manusia dituntut untuk melakukan kepatuhan kepada Allah SWT dan Rasul, ini adalah kerana demi kesejahteraan dan kebaikan manusia itu sendiri. Apa yang dituntut oleh Allah SWT adalah berbeza dengan tuntuan yang disuruh oleh manusia yang berkuasa, yang mana tuntutan itu adalah demi kepentingan diri manusia itu sendiri berbeza daripada Allah SWT yang mana tidak memerlukan apa pun dari manusia. Kehidupan ini tidak boleh lari dari mencintai Allah SWT, kerana Allah SWT yang paling mencintai makhluknya, dan lebih daripada sesiapa sahaja yang telah, yang sedang atau yang akan mencintai sesama makhluk. Pada hari ini telah banyak berlakunya masalah-masalah sosial, jenayah kejam, keruntuhan institusi rumah tangga dan kekurangan nilai-nilai murni dalam diri masyarakat. Ini berkait rapat dengan masalah hati manusia, semakin jauh hati itu dengan Allah SWT, semakin banyak perkara yang dilarang oleh Allah SWT akan dilakukan. Allah SWT telah menurunkan Al-Quran dan mengutuskan Rasul untuk membimbing manusia ke arah yang baik mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditentukan oleh Allah SWT dengan sempurna.

2 Dalam membentuk peribadi manusia ke arah yang baik adalah sesuatu yang amat sukar, kerana ia melibatkan jiwa dan hati manusia bukan melibatkan harta, sebab itu manusia disuruh untuk memintanya daripada yang selayaknya iaitu Allah SWT. Allah SWT berfirman : Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Anfal 8:63) Akibat daripada timbulnya masalah jenayah dan sosial sebegini, kerajaan telah mencari jalan penyelesaian dengan menubuhkan institusi-institusi yang mana tujuannya adalah untuk membantu kerajaan menangani masalah yang berlaku. Antara institusi yang ditubuhkan adalah institusi Jabatan Penjara Malaysia iaitu sebuah jabatan di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Jabatan penjara ditubuhkan dengan mempunyai tujuan dan fungsinya. Dalam konteks Islam, penjara merupakan sebuah tempat yang tujuannya adalah sebagai pusat pemulihan atau satu tempat platform perubahan yang mana dari kurang baik kepada baik. Penjara merupakan satu tempat untuk melahirkan keinsafan kepada banduan dan akan melalui satu proses taubat yang mana bertujuan untuk meminta ampun kepada Allah SWT di atas perbutan dosa dan kesalahan yang telah dilakukan. Menurut Siti Zalikhah Md. Nor (2008:112) taubat ialah meninggalkan perbuatan yang mengakibatkan dosa dan tidak mungkin seseorang meninggalkannya kecuali setelah pesalah itu telah mengetahuinya. Penjara juga merupakan satu platform yang terbaik untuk melakukan perubahan dan proses taubat kepada Allah SWT. Apabila pesalah dipenjarakan akan berlaku satu proses

3 perubahan sikap yang baik yang mana pada waktu itu proses taubat kepada Allah SWT berlaku. Perubahan ini berlaku sekiranya banduan itu betul ingin ke arah perubahan dan insaf dengan apa yang telah di lakukannya. Dalam Islam penjara dikelaskan dalam hukuman Ta zir. Menurut Paizah Ismail (1991:4) Ta zir ialah penolakan dan pencegahan ataupun membawa maksud pertolongan. Ta zir juga membawa maksud hukuman yang tidak ditentukan kadarnya oleh syarak yang merupakan hak Allah SWT, hak manusia yang mana hukumannya tidak ada dalam hukuman had. Penjara adalah merupakan satu denda yang dikenakan kepada pesalah yang telah melakukan kesalahan. Denda ini bertujuan untuk memberi pengajaran dan memulihkan sahsiah peribadi pesalah supaya dapat melakukan perubahan dan insaf dengan apa yang telah mereka dilakukan. Kesimpulannya, program pemulihan yang telah dirangka oleh Jabatan Penjara Malaysia ini jelas menunjukkan kesungguhan pihak Jabatan Penjara Malaysia untuk menyediakan banduan itu ke arah kehidupan yang lebih baik dan pembangunan sahsiah individu banduan yang sempurna apabila bebas nanti. 1.2 Latar Belakang Masalah Malaysia adalah sebuah negara yang pesat membangun dari segi ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Walaupun berlakunya pembangunan yang pesat, Malaysia telah dicemari dengan pelbagai masalah sosial, jenayah kejam, keruntuhan institusi kekeluargaan dan sebagainya. Keadaan Malaysia dapat dilihat amat berbeza sekali berbanding ketika Malaysia mula-mula ditubuhkan, kerana rakyat Malaysia waktu itu lebih menghormati antara satu sama lain. Berbeza dengan Malaysia di zaman sekarang yang semakin membimbangkan. Untuk membantu dan memantau masalah ini, kerajaan Malaysia menubuhkan beberapa institusi untuk membantu dan menyelesaikan masalah-masalah sebegini, yang diantaranya adalah institusi Jabatan Penjara Malaysia.

4 Institusi Jabatan Penjara Malaysia yang mana merupakan sebuah institusi yang bertujuan sebagai tempat penahanan dan pemulihan kepada pesalah-pesalah yang di hukum oleh pihak mahkamah. Penjara bukan sahaja sebagai pusat penahanan kepada banduan-banduan yang bersalah tetapi adalah sebagai pusat pemulihan kepada banduan untuk menjadikan mereka sebagai rakyat yang berguna dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain. Dalam institusi Jabatan Penjara Malaysia, mempunyai program-program pembangunan sahsiah yang disediakan untuk banduan-banduan semasa menjalani tahanan. Antaranya ialah aktiviti pemulihan yang menjadi peranan utama dalam memberi pemulihan dan pendedahan kepada banduan-banduan untuk ke arah perubahan yang lebih baik. Antara objektifnya ialah : a) Memulih dan melatih banduan/orang tahanan/juvana melalui aktiviti perusahaan vokasional, spiritual dan mental agar mereka menjadi warganegara yang berguna dan produktif. b) Menanam sikap menghargai diri, berdisiplin dan bertanggungjawab di kalangan banduan/orang tahanan/juvana dengan menerapkan nilai-nilai positif yang murni yang menjurus ke arah pembentukan sahsiah manusia yang baik. Menurut Abdullah Muhammad Zin et, al (1998:155), pembangunan sahsiah Islam adalah perkara yang amat penting dan perkara ini diberi perhatian oleh beberapa orang ulama terkemuka seperti Al-Muhasibi, Ibn Arabi, Al-Ghazali dan lain-lain. Dalam memandukan sahsiah, mengikut Ibn Arabi, jalan menuju Allah Taala yang dilalui oleh profesional dalam kerohanian mempunyai empat tahap iaitu dorongan (bawa ith), motivasi (dawa i), akhlak (akhlaq) dan realiti sebenar (haqa iq). Program-program pembangunan sahsiah ini dijalankan kepada banduan supaya berlaku satu perubahan sikap ataupun satu tranformasi terhadap banduan itu. Seperti yang telah dimaklumkan telah banyak program-program pembangunan sahsiah yang telah di jalankan oleh pihak jabatan penjara dan pihak-

5 pihak lain, namun begitu masih ramai lagi banduan-banduan dibebaskan dari penjara masuk kembali ke penjara. Ini menunjukkan bahawa tiada kesan perubahan yang berlaku terhadap banduan-banduan yang bebas ini. Banduan-banduan yang keluar masuk penjara seolah-olah tidak menjalani apa-apa program di penjara. Malah ada segelintir yang menjadikan penjara sebagai tempat yang boleh keluar masuk. Apakah punca yang menyebabkan berlakunya hal sedemikian, walaupun mereka telah melalui pelbagai program di penjara semata-mata untuk melihat akan ada perubahan ke atas banduan yang di penjarakan. Dalam kajian ini, penyelidik cuba untuk menyingkap apakah faktor yang menyebabkan berlakunya perkara-perkara ini. Antara faktor yang menyebabkan mengapa berlakunya banduan yang keluar masuk ke penjara adalah kerana banduan tidak mengambil berat tentang apa yang telah diberikan kepada banduan ketika di penjara. Ini adalah kerana kurangnya kesedaran banduan terhadap kepentingan program-program sebegini apabila mereka keluar nanti. Sebahagian banduan juga hanya menjalani program-program yang diaturkan hanya sekadar memenuhi apa yang telah diaturkan dan tidak cuba untuk memahami berkenaan dengan apa yang disampaikan. Selain itu juga, keberkesanan program-program pembangunan sahsiah terhadap banduan amat kurang. Ini disebabkan program-program yang dilaksanakan tidak meninggalkan kesan terhadap diri banduan dan banduan tidak mahu melakukan perubahan atau memotivasikan diri untuk melakukan perubahan kerana mereka tidak mahu terlibat dan malu dengan masyarakat. Apabila berlakunya perkara seperti ini mereka lebih gemar berdamping dengan rakan-rakan mereka yang bermasalah kerana bagi bekas banduan rakan-rakan mereka lebih memahami mereka. Pada masa sekarang, dari segi kebajikan ataupun peluang untuk bekas banduan yang dibebaskan untuk mendapat kemudahan seperti orang lain adalah amat terbatas. Antara faktornya kerana sikap dan pandangan negatif dalam penerimaan masyarakat terhadap bekas banduan penjara yang dibebaskan. Kebanyakan masyarakat memandang serong kepada bekas-bekas banduan kerana kesalahan yang telah dilakukan sebelum ini. Bekas-bekas banduan perlu diberi peluang oleh masyarakat kerana itu adalah hak mereka untuk mendapat kemudahan seperti

6 masyarakat yang lain. Masyarakat perlulah saling hormat-menghormati antara satu sama lain, kerana ia akan mewujudkan suasana yang positif. Antara faktor lain yang menunjukkan bekas banduan tidak menerima hak seperti orang lain adalah kerana sikap bekas banduan itu sendiri yang tidak mahu berubah dan terus melakukan masalah sosial dan jenayah. Walaupun banduan tidak mempunyai pilihan untuk menampung kehidupan mereka selepas dibebaskan, melakukan jenayah bukanlah cara yang terbaik bagi banduan kerana ia bertentangan dengan tujuan program pembangunan sahsiah yang dilakukan oleh pihak penjara. Pihak penjara menyediakan pelbagai program-program pembangunan sahsiah untuk membantu mereka melakukan perubahan apabila keluar daripada penjara nanti tetapi hasilnya masih ada lagi bekas banduan yang melakukan jenayah dan masalah sosial. Ini menunjukkan tahap keberkesanan program-program pembangunan sahsiah yang di jalankan di penjara tidak berada pada tahap yang sepatutnya. Penyelidik juga menyoalkan, adakah disebabkan cara penyampaian yang dilakukan oleh pihak penjara kepada banduan tidak berkesan kerana masih lagi ada banduan yang tidak memahami faedah dan kepentingannya kepada banduan ataupun ada faktor-faktor lain yang mempengaruhi. Ekoran daripada itu, kajian ini dijalankan oleh penyelidik untuk mencari masalah yang berlaku dengan mengkaji pandangan banduan terhadap programprogram pembangunan sahsiah yang dijalankan di penjara kerana walaupu sudah menjalani program-program pembangunan sahsiah di penjara tetapi masih lagi tidak memberi kesan yang baik kepada sebahagian banduan. 1.3 Penyataan Masalah Kajian ini dilakukan memandangkan pelbagai masalah-masalah sosial dan jenayah yang berlaku di negara ini, yang mana sebahagiannya adalah melibatkan bekas-bekas banduan yang keluar dari penjara. Masalah sosial dan jenayah yang berlaku ini semakin parah dan membingungkan semua pihak terutamanya bagi

7 pihak kerajaan sendiri untuk mencari jalan penyelesaian dan membanteras masalah ini. Kajian ini lebih memfokuskan kepada program-program pembangunan sahsiah kepada banduan, ini kerana jikalau diamati walaupun banduan telah menjalani aktiviti pembangunan sahsiah yang dijalankan oleh pihak penjara tetapi masih ada lagi sebahagian daripada banduan yang telah bebas melakukan masalah sosial dan jenayah. Semasa berada di penjara, banduan telah diberikan latihan dan menjalani program pembangunan sahsiah sepatutnya apabila banduan bebas dari penjara, sikap dan sahsiah peribadi banduan adalah lebih baik dari sebelumnya. Tetapi sebaliknya yang berlaku, dimana bekas banduan mengulangi kesalahan mereka. Kajian ini memfokuskan berkenaan dengan adakah program-program pembangunan sahsiah yang dijalankan oleh pihak penjara terhadap banduanbanduan memberi kesan atau tidak kepada diri banduan. Ini kerana penyelidik melihat kepada berlakunya masalah keluar masuk penjara dan sikap banduan yang tidak pernah berubah walaupun telah menjalani pelbagai program di penjara. Sesetengah daripada banduan, berjaya dalam kehidupan mereka apabila mereka bebas dari penjara. Namun masih lagi ada bekas-bekas banduan yang keluar masuk dalam penjara kembali akibat daripada kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan. Perkara ini amat membimbangkan kerana tempat untuk menampung jumlah kapasiti banduan adalah terhad dan kerajaan terpaksa menanggung beban yang besar. Selain itu, masyarakat ingin melihat rakyat Malaysia sebagai modal insan yang cemerlang untuk kepentingan masa hadapan. Menurut Richard (1970:34), sahsiah adalah punca-punca perlakuan manusia di mana perlakuannya dapat dilihat dari pengalaman subjektif. Walaupun hasil daripada program pembangunan sahsiah yang di jalankan oleh pihak penjara khususnya, masih ada lagi sebahagian daripada banduan ini apabila keluar daripada penjara, mereka masih berada di takuk yang lama, tiada perubahan yang berlaku dan

8 apa yang menyedihkan apabila banduan-banduan ingin melakukan perubahan dalam dirinya, masyarakat memandang negatif terhadap banduan. Ini adalah satu halangan terhadap banduan untuk melakukan perubahan. Diharapkan dengan adanya kajian ini, penyelidik dapat mengenalpasti masalah yang berlaku dan mencari jalan penyelesaian untuk penambahbaikkan programprogram pembangunan sahsiah yang dijalankan seperti keberkesanan programprogram pembangunan sahsiah kepada banduan. Dengan adanya kajian sebegini diharapkan masyarakat dapat bermuhasabah dan mengembling tenaga mencari jalan penyelesaian dalam menangani masalah ini 1.4 Objektif Kajian 1.4.1 Mengenalpasti pandangan banduan terhadap program-program pembangunan sahsiah di penjara. 1.4.2 Mengenal pasti faktor-faktor penerimaan program-program pembangunan sahsiah di penjara. 1.4.3 Mengenalpasti cadangan penambahbaikkan terhadap program-program pembangunan sahsiah di penjara. 1.5 Persoalan Kajian 1.5.1 Apakah pandangan banduan terhadap program-program pembangunan sahsiah di penjara?

9 1.5.2 Apakah faktor-faktor penerimaan program-program pembangunan sahsiah di penjara? 1.5.3 Apakah cadangan terbaik untuk penambahbaikkan terhadap programprogram pembangunan sahsiah di penjara?