MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-70/15 DI ANTARA TANG CHOOI KIM DENGAN WASCO MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD./ WASCO COATINGS LIMITED AWARD NO: 175 TAHUN 2018 DI HADAPAN : Y.A. TUAN SAPINI BIN MAT SAMAN Pengerusi (bersidang berseorangan) TEMPAT : Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur TARIKH RUJUKAN : 9 Januari 2015 TARIKH SEBUTAN : 2.3.2015, 6.5.2015, 27.5.2015, 25.6.2015, 27.7.2015, 22.2.2016, 23.2.2016 dan 8.6.2016. TARIKH BICARA : 18.8.2016, 19.8.2016, 28.11.2016, 29.11.2016, 22.2.2017, 20.3.2017, 23.5.2017, 25.5.2017 dan.6.2017. PERWAKILAN : Encik Ten Yee Phor bersama Cik Nursuhaila Mat Nudin Tetuan Ten & Colin (Peguam Pihak Menuntut) Rujukan : Encik T.Siva Subramaniam Tetuan Siva Sakthy (Peguam Pihak Syarikat) [1] Ini adalah satu rujukan yang dibuat di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul dari pembuangan kerja Tang Chooi Kim (selepas ini disebut sebagai Pihak Menuntut ) oleh majikannya Wasco Management Services Sdn. Bhd. / Wasco Coatings Limited (selepas ini disebut sebagai Pihak Responden ) pada 31.12.2013. Kes ini telah dirujuk oleh YB Menteri Sumber Manusia pada 9.1.2015 dan diterima oleh Mahkamah Perusahaan pada 19.1.2015 untuk diadili. 1
LATAR BELAKANG KES [2] Pihak Menuntut telah dilantik sebagai Secretary cum Administrator (Grade E2) di Syarikat Syn Tai Hung Trading Sdn. Bhd. pada 16.12.2003. Syarikat Syn Tai Hung dan Wasco Management Service (Responden Pertama) merupakan anak Syarikat (Subsidiaries) kepada Wah Seong Corporation. Pada 1.8.2010 Pihak Menuntut telah ditukarkan ke Wasco Management Sdn. Bhd. sebagai Secretary kepada Manager Admin / Executive Assistant to Group CEO dengan gaji bulanan RM4,200.00 sebulan Gred E1. Berdasarkan surat bertarikh 21.11.2012 Pihak Menuntut dikehendaki melaporkan diri kepada President, Pipeline Services di samping menguruskan segala urusan 5 Senior Heads of Department. Pada 21.11.2013 Pihak Menuntut mendakwa beliau telah ditamatkan perkhidmatan oleh Syarikat Wasco Coating Limited (Respondent Kedua) atas alasan 'redundancy' dan berkuatkuasa pada 31.12.2013 dengan pakej bayaran iaitu (i) Gaji Disember 2013, (ii) Lay off benefit RM32,049.45, (iii) Ex-gratia payment 2 months' basic salary dan (iv) Encashment for unconsumed annual leave. Dalam tempoh 21.11.2013 sehingga 31.12.2013 Pihak Menuntut diberi garden leave (rujuk CLB mukasurat 8 & 9). Pihak Menuntut mendakwa Pihak Responden gagal membayar pakej yang dijanjikan dan Pihak Menuntut mendakwa Pihak Responden telah gagal mematuhi prinsip 'retrenchment' kerana Pihak Menuntut tidak dibawa berbincang dan memaklumkan isu 'retrenchment' terlebih dahulu ini kerana Pihak Responden tidak mengambarkan apa-apa kerugian kewangan dan hanya Pihak Menuntut seorang sahaja yang terlibat dalam 'redundancy' ini. Pihak Menuntut mendakwa bahawa tujuan Pihak Responden melaksanakan 'retrenchment' dengan niat jahat dan menjalankan amalan pemburuhan yang tidak sihat dan 2
penamatan kerja Pihak Menuntut pada 31.12.2013 tanpa sebab dan alasan yang adil. ISU-ISU [3] (i) Samada wujud keadaan 'redundancy' apabila Pihak Menuntut di 'retrenched' oleh Pihak Responden pada 21.11.2013? (ii) Samada penamatan kerja Pihak Menuntut atas sebab dan alasan yang adil? (iii) Jika penamatan itu beralasan dan bersebab samada Pihak Responden mempunyai justifikasi untuk tidak membayar apa-apa faedah yang dinyatakan dalam notis 'retrenchment' itu? UNDANG-UNDANG [4] Dalam kes Goon Kwee Phoy v J & P Coats (M) Bhd (1981) 1 LNS 30 Mahkamah Persekutuan memutuskan (dalam bahasa asal); Where representations are made and are referred to the Industrial Court for inquiry, it is the duty of that Court to determine whether the termination or dismissal is with or without just cause or excuse. If the employer chooses to give a reason for the action taken by him the duty of the Industrial Court will be to inquire whether that excuse 3
or reason has or has not been made out. If it finds as a fact that it has not been proved, then the inevitable conclusion must be that the termination or dismissal was without just cause or excuse. The proper inquiry of the Court is the reason advanced by it and that Court or the High Court cannot go into another reason not relied on by the employer or find one for it. [Goon Kwee Phoy] 'Retrenchment' bermaksud apabila Syarikat menamatkan perkhidmatan pekerja atas lebihan tenaga kerja. Dalam kes William Jacks & Co. (M) Sdn. Bhd. v S. Balasingam (1997) 3 CLJ 235 Mahkamah Rayuan memutuskan (dalam bahasa asal); Whether the Retrenchment exercise in a particular case is bona fide or otherwise is a question of fact and of degree depending on he peculiar circumstances of the case. It is well settled that the employer is entitled to organize his business in the manner he considers best. So long the managerial power is exercised bona fide, the decision is immune from examination even by the Industrial Court... (William Jack) Beban untuk membuktikan bahawa terdapat situasi sebenar 'redundancy' berlaku terletak di bahu Pihak Syarikat seperti diputuskan dalam kes Bayer (M) Sdn. Bhd. V Ng Hong Fan (1999) 4 CLJ 155. 4
PENILAIAN KETERANGAN DAN DAPATAN [5] Pihak Responden telah mengemukakan seramai 4 orang saksi untuk memberi keterangan di Mahkamah iaitu: Irene Wong Ying Pun - COW-1 Phealicia Wong Hai Yeing - COW-2 Theng Peck Ni - COW-3 Vivian Tay Hin Mian - COW-4 Pihak Menuntut memberi keterangan bagi pihak dirinya di Mahkamah tanpa mengemukakan saksi-saksi lain di Mahkamah. [6] Mahkamah telah menilai dan meneliti kesemua keterangan saksi-saksi beserta bukti dokumentar yang dikemukakan di hadapan Mahkamah. Peguam terpelajar Pihak Responden dan Pihak Menuntut juga telah mengemukakan hujahan bertulis serta nas-nas dan otoriti untuk menyokong dakwaan mereka masing-masing di Mahkamah. Daripada fakta yang telah dikemukakan di hadapan Mahkamah bahawa Pihak Responden melalui saksi mereka COW-2 telah menyerahkan satu notis bertarikh 21.11.2003 (rujuk CLB mukasurat 9 10) Notice of Retrenchment Due to Redundancy kepada Pihak Menuntut pada 21.11.2013 dan menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut atas alasan 'redundancy' dan berkuatkuasa pada 31.12.2013. Dalam tempoh tersebut Pihak Menuntut tidak perlu hadir bertugas dan diletakkan di bawah 'garden leave' dan Pihak Responden bersetuju membayar pampasan; (I) 1 bulan gaji Disember 2013, (ii) Lay of benefit RM32,049.45, (iii) Ex-gratia payment 2 month 5
basic salary dan (iv) Encashment unutilized annual leave 2013. [7] Daripada keterangan saksi-saksi Pihak Responden COW-2, COW-3 dan COW- 4 di Mahkamah dan di dalam Kenyataan Jawapan (SIR) 'redundancy' wujud berikutan President of Pipeline Service telah berpindah ke Amerika Syarikat. Pihak Responden bersandarkan pengstrukturan yang dijalankan pada 1.11.2013 menyebabkan jawatan Martyn Wilmott's sebagai President Pipeline Service telah berubah. Mengikut keterangan COW-2 bahawa Pihak Menuntut telah ditukarkan dari Syn Tai Hung ke Wasco Management (Responden Pertama) pada 1.8.2010 dan jawatan Pihak Menuntut sewaktu di Syn Tai Hung sebagai Secretary cum Administrator dan melapor tugas kepada Manager Admin / Executive Assistant to Group CEO. Pada 21.11.2012 Pihak Menuntut telah diletakkan di bawah President, Pipeline Service Mr. Martyn Wilmott dan Pihak Responden berhujah sebagai Secretary kepada Mr. Martyn hampir 90% skop tugas Pihak Menuntut menguruskan Mr. Martyn Wilmott. Dengan pengstrukturan itu, Mr. Martyn Wilmott telah diarah untuk menjalan tugas di Houston USA bermula pada 1.11.2013. Pihak Responden berhujah bahawa keperluan Pihak Menuntut untuk memberi perkhidmatan kepada Mr. Martyn Wilmott atau Group CEO telah terhenti/tamat dan jawatan Pihaik Menuntut sebagai Secretary telah tidak wujud dan menyebabkan Pihak Responden telah mengeluarkan notis penamatan kerja atas alasan 'redundancy'. [9] COW-4 di dalam kenyataan saksinya yang ditanda sebagai COWS-4 menyatakan :...the group of Wasco Energy Group of Companies then assumed the position of Acting President for Pipeline Services Division. He had his 6
own Executive Assistant who started working for the Company since 1998. Pihak Responden berhujah bahawa dengan penukaran tugas Pihak Menuntut sebagai Secretary kepada President Pipeline (Mr. Marthyn Wilmott) merupakan tugas yang utama dan tugas-tugas lain yagn dikendalikan oleh Pihak Menuntut sebelum ini seperti di dalam Job profile hanya merupakan tanggungjawab 'secondary' sahaja. Pihak Menuntut melalui Peguam berhujah bahawa Pihak Responden telah gagal untuk membuktikan keadaan sebenar 'redundancy' berlaku kerana:- (a) Sewaktu notis to redundancy diberi kepada Pihak Menuntut, Syarikat Pihak Responden telah memperolehi 2 kontrak yang besar dan masih berjalan (b) Pihak Menuntut tidak beri peluang berbincang atau berunding sebelum notis 'redundancy' diberi kepada Pihak Menuntut. Pihak Menuntut juga menyatakan hanya beliau sahaja yang terlibat dalam penamatan secara 'retrenchment' perkhidmatan. dan hanya Pihak Menuntut sahaja ditamatkan Tetapi Pemandu kepada Mr. Martyn Wilmott telah ditukarkan ke Jabatan lain apabila Mr. Martyn Wilmott bertukar ke Houston, USA. (c) Peguam Pihak Menuntut juga berhujah bahawa tugas-tugas Pihak Menuntut sebelum perubahan tugas kepada product pipeline masih wujud dan relevan kerana tugas-tugas yang dijalankan oleh Pihak Menuntut 7
menguruskan 4 HOD yang masih wujud. Walaupun Mr. Martyn Wilmott telah bertukar ke Houston USA tetapi pipeline business masih wujud dan Mr. Giancarlo menjawat jawatan Acting President. Oleh itu isu 'redundancy' tidak timbul. (d) Peguam Pihak Menuntut juga membangkitkan isu bahawa 'retrenchment' yang dijalankan Pihak Responden tidak dijalankan secara adil kerana melanggar Code of Conduct Industrial Harmoni iaitu kegagalan Pihak Responden berbincang atau berunding dengan Pihak Menuntut sebelum notis 'retrenchment' dikeluarkan. Pihak Responden juga tidak menawarkan apa-apa V.S.S. dan prinsip LIFO tidak diikuti oleh Pihak Responden. (e) Pihak Menuntut juga mendakwa Pihak Responden gagal untuk mencarikan kerja pilihan kepada Pihak Menuntut dan tiada tawaran diberi kepada Pihak Menuntut untuk menjawat jawatan lain di Syarikat Pihak Responden sebelum penamatan secara 'retrenchment' dibuat terhadap Pihak Menuntut. Peguam Pihak Responden berhujah bahawa penamatan kerja Pihak Menuntut secara 'retrenchment' dilakukan secara bona fide kerana dalam Notice Due To Redundancy Pihak Menuntut telah diberi notis 40 hari dari tarikh penamatan kerja dan telah diletakkan di bawah 'garden leave' dan diberi pakej seperti dinyatakan dalam notis tersebut. Peguam Pihak Pesponden seterusnya menyatakan bahawa 'alternative employment' telah diusahakan oleh Pihak Responden dari tarikh Pihak Menuntut 8
dianggap 'redundant' sehingga Mr. Martyn Wilmott mengosongkan pejabatnya melalui email di mukasurat 2 3 COB-1 menunjukkan Mr. Martyn Wilmott ada bercakap dengan Mr. Khoo berhubung kedudukan Pihak Menuntut dan COW-4 (Vivian Tay) di dalam keterangannya menyatakan ada memaklumkan kepada Mr. Giancarlo Maccagno dan Mr. Martyn Wilmott bahawa COW-4 sedang mendapatkan pekerjaan alternative kepada Pihak Menuntut dalam Wah Seong Corporation. [10] Keterangan COW-2 di dalam kenyataan saksi menyatakan 'we did look for alternative employment before and even during the period of her notice. That is why Wasco treated the notice period as a period of Garden Leave but we were unable to find a suitable position which fit into her work experience, qualification and at her grade. Keterangan COW-3 dan COW-4 juga di dalam kenyataan saksi mereka ada menyatakan Pihak Responden berusaha untuk mencari pekerjaan pilihan kepada Pihak Menuntut tetapi tiada jawatan yang sesuai untuk ditawarkan kepada Pihak Menuntut. Peguam Pihak Responden merujuk kepada kes Kaolin (M) Sdn. Bhd. v Samba Sivang Thanimalai [1998] 2 ILR 637 (dalam bahasa asal) ;...the fact that an employee's job or function was still in existence but was performed by other remaining employees does not necessarily mean there was no redundancy. If the retrenched worker's job can be performed by those who were not retrenched (without perhaps having to do overtime which his more costly) it means the retrenched worker is surplus to the need of the employer 9
[11] Peguam Pihak Responden juga berhujah bahawa tindakan Pihak Menuntut bekerja pada 2.12.2013 dengan Syarikat Syn Tai Hung dalam tempoh 'garden leave' menunjukkan secara tersirat Pihak Menuntut meletak jawatan di dalam Syarikat Pihak Responden dan ini menunjukkan Pihak Menuntut tidak ditamatkan pekerjaan oleh Pihak Responden kerana dalam tempoh 2.12.2013 31.12.2013 Notice of Retrenchment belum tamat kerana Pihak Menuntut masih pekerja kepada Syarikat Pihak Responden. Tindakan Pihak Menuntut bekerja dengan Syarikat Tai Hung menunjukkan Pihak Responden tidak menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut oleh itu isu penamatan kerja tidak timbul kerana apabila Syn Tai Hung mengambil Pihak Menuntut bekerja pada 2.12.2013 menunjukkan perkhidmatan Pihak Menuntut masih berterusan sehingga Pihak Menuntut mendakwa ditamatkan secara konstruktif oleh Syn Tai Hung. Peguam Pihak Responden berhujah bahawa Wesco Management Service Sdn. Bhd. dan Wasco Coating Limited 100% owned subsidiaries of Wah Seong Corporation dan Syn Tai Hung merupakan Associated Employers' kepada Wah Seong Corporation. Berhubung perkara yang dibangkitkan oleh Peguam Pihak Responden, Peguam Pihak Menuntut berhujah bahawa: (i) Pihak Responden tidak memplidkan di dalam kenyataan jawapan bahawa Pihak Menuntut dipindahkan ke Syarikat Syn Tai Hung apabila Pihak Menuntut menerima pelantikan baru dari Syn Tai Hung sebagai Associates Executive. Pihak Responden tidak pernah membatalkan Notice Retrenchment due to Redundancy dan tiada keterangan dikemukakan oleh Syarikat Syn Tai Hung memindahkan Pihak Menuntut. 10
Peguam Pihak Menuntut merujuk surat pelantikan dari Syn Tai Hung (rujuk CLB mukasurat 11 16) merupakan satu pelantikan baru dan Grade E2 dan diletak di bawah percubaan untuk 6 bulan dan dengan gaji yang rendah daripada jawatan asal Pihak Menuntut iaitu RM4,200.00 sebulan dibandingkan jawatan terdahulu dengan Gred E1 dan dibayar gaji RM4,850.00. Kegagalan Pihak Responden untuk mengemukakan surat pertukaran ke Syarikat Syn Tai Hung menunjukkan pelantikan Pihak Menuntut ke Syarikat Syn Tai Hung dan COW-2 bersetuju bahawa pekerjaan baru Pihak Menuntut di Syarikat Syn Tai Hung merupakan satu kontrak pekerjaan yang baru. Peguam Piak Menuntut berhujah isu 'transfer' tidak timbul di sini dengan merujuk kes Affin Bank Bhd v. Mohd Kassim Ibrahim, Y.A.A. Abdul Hamid Embong di dalam keputusannya (petikan dalam bahasa asal);.that an employee cannot be transferred at the whim of his employer just by a stroke of a pen in an agreement, to which the employee is not a party. An employee, it was submitted is not a chattel to be traded or transferred at the employer's wish. Thus, said learned counsel, a Vesting Order cannot in law unilaterally transfer a contract of employment from one employer to another, since it is against the fundamental principle that an employee cannot be compelled by his employer to continue his employment with another employer. Peguam Pihak Menuntut juga menyatakan COW-2 dan COW-4 sewaktu disoalbalas bersetuju bahawa di dalam Notice of Retrenchment Due to Redundancy tidak menghalang Pihak Menuntut untuk mendapatkan pekerjaan di tempat lain. 11
RUMUSAN DAN DAPATAN [11] Setelah Mahkamah meneliti segala keterangan dan hujah-hujah yang telah dibangkitkan oleh Pihak Menuntut dan Pihak Resonden, Mahkamah berdasarkan Standard perseimbangan kebarangkalian dengan merujuk surat penamatan kerja bertarikh 21.11.2013 (rujuk CLB mukasurat 9 & 10) penamatan kerja Pihak Menuntut berdasarkan Retrenchment Due To Redundancy. Adakah Pihak Responden berjaya membuktikan wujud situasi redundandcy yang sebenar? [12] Mahkamah memutuskan Pihak Responden gagal untuk membuktikan wujud suasana 'redundancy' atas alasan: (1) Jawatan, tanggungjawab Pihak Menuntut masih wujud berdasarkan tugas-tugas Pihak Menuntut sebagai Secretary cum Administrator masih wujud walaupun Pihak Menuntut telah berubah jawatan sebagai Secretary kepada President Pipeline dan walaupun Mr. Martyn telah bertukar ke Houstan USA, fungsi, tanggungjawab dan tugas Pihak Menuntut masih ada (rujuk mukasurat 10 COB). Fakta juga menunjukkan Mr. Giancarlo Maccagno mengambilalih jawatan Acting President jelas menunjukkan jawatan Pihak Menuntut masih releven dan masih wujud walaupun telah diambilalih oleh orang lain. Oleh itu tidak timbul keadaan 'redundancy' yang dikenakan oleh Pihak 12
Responden wujud. (2) Keterangan COW-2 yang bersetuju tarikh akhir Pihak Menuntut selepas diserah Notis of Retrenchment pada 21.11.2013 dan setuju tarikh akhir Pihak Menuntut ditempat kerja pada 21.11.2013 walaupun tarikh kuatkuasa penamatan kerja pada 31.12.2013 dan Pihak Menuntut diletakkan di bawah 'garden leave' dan Pihak Responden tidak menghendaki Pihak Menuntut menjalankan pekerjaan tersebut. [3] Dalam tempoh notis dan tarikh penamatan pada 31.12.2013 Pihak Responden tidak ada menawarkan apa-apa pekerjaan pilihan kepada Pihak Menuntut. Tiada apa-apa keterangan dikemukakan oleh Pihak Responden secara dokumentar / bersurat bahawa ada tawaran kerja diberi kepada Pihak Menuntut. Walaupun keterangan saksi Pihak Responden COW-2, COW-3 dan COW-4 ada menyatakan secara lisan tetapi tiada bukti dokumentar yang menyokong dakwaan Pihak Responden. [4] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Peguam Pihak Menuntut bahawa dengan menunjukkan President of Pipeline Service bertukar ke United States menyebabkan jawatan Pihak Menuntut turut menjadi 'redundent'. Pihak Responden perlu mengemukakan satu keterangan yang lebih menyakinkan dan konkrit untuk menunjukkan tindakan menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut 13
tidak diperlukan lagi dan wajar. Kegagalan Pihak Responden untuk berbincang dan berunding dengan Pihak Menuntut sebelum Notice Retrenchment disampaikan kepada Pihak Menuntut menunjukkan Pihak Responden gagal mematuhi Code of Conduct for Industrial Harmony. Tiada tawaran VSS atau amaran awal dimaklum kepada Pihak Menuntut dan kegagalan Pihak Responden untuk mematuhi prinsip LIFO. (5) Hujahan Peguam Pihak Responden bahawa tidak wujud penamatan kerja berlaku apabila Pihak Menuntut dalam tempoh 'garden leave' telah bekerja di tempat baru. Isu ini tidak dapat dipertimbangkan oleh Mahkamah kerana Pihak Responden tidak pernah membatalkan Notice Retrenchment yang dikeluarkan terhadap Pihak Menuntut dan Mahkamah memutuskan bahawa Notice of Retrenchment itu masih berkuatkuasa mengikut tarikhnya pada 31.12.2013. Tiada apa-apa keterangan dikemukakan oleh Pihak Responden samada melalui surat yang menunjukkan Pihak Menuntut telah tidak mematuhi Notice of Retrenchment itu. [12] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah memutuskan Pihak Responden gagal untuk membuktikan dengan keterangan yang menyakinkan dan dipercayai bahawa 'redundancy' yang sebenar wujud dan Pihak Menuntut telah di'retrenched' dengan adill dan beralasan. Berdasarkan seksyen 30(5), Akta Perhubungan Perusahaan Mahkamah membenarkan permohonan Pihak Menuntut. 14
Remedi [13] Pihak Menuntut telah bertugas di Syarikat Syn Tai Hung mulai 16.12.2003 dengan gaji permulaan RM3,200.00 sebulan. Pada 1.8.2010 Pihak Menuntut telah dipindahkan ke Wasco Management Service Sdn. Bhd. dan pada 31.12.2013 Pihak Menuntut telah ditamatkan perkhidmatan oleh Wasco Coating Limited. Pihak Menuntut telah berkhidmat hampir 10 tahun Gaji terakhir Pihak Menuntut ialah RM4,850.00 sebulan. Setelah mengambilkira keadaan kes ini dan demi keharmonian pihak-pihak dalam kes ini Mahkamah memutuskan remedi yang sesuai :- Bayaran Upah Kebelakang 14 bulan x RM4,850.00 = RM 67,900.00 Galang Ganti diambil bekerja semula 10 bulan x RM4,850.00 = RM 48,500.00 JUMLAH = RM116,400.00 Bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 40 hari dari tarikh award ini diperturunkan setelah ditolak potongan statutori jika ada. DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 17 JANUARI 2018 tt ( SAPINI BIN MAT SAMAN ) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 15